Khamis, 25 September 2014

Biaqpila

Biaqpila


FUNGSINYA MASIH SAMA; UNTUK MENUTUP KEMALUAN...

Posted: 25 Sep 2014 10:44 AM PDT

Foto yang diambil oleh jurugambar Berita Harian menjadi bahan lawak apabila suspek yang direman menutup wajah mereka menggunakan spender berjenama Renoma/Pic:BH


PETALING JAYA: Amat mengelikan hati. Gara-gara ingin menutup malu, beberapa suspek yang diiringi oleh pihak polis setelah selesai menghadiri satu prosiding perbicaraan di sebuah mahkamah disini hari ini dilihat 'menyembunyikan' wajah mereka menggunakan seluar dalam lelaki (spender).

Portal Berita Harian hari ini memuat naik laporan bertajuk "Reman 15 Anggota, Pegawai Kastam Dilanjut Lima Hari" dimana foto yang disertakan bersama laporan tersebut telah menimbulkan unsur jenaka kepada ribuan pengikut portal berita tersebut.

Suspek yang ditahan berhubung kes penyeludupan arak dan rokok yang tidak dibayar duti dan cukai kastam sehingga menyebabkan negara mengalami kerugian RM4 bilion dilihat menggunakan kaedah yang 'bijak' untuk menutup wajah mereka dengan menggunakan seluar dalam berjenama Renoma.

Mereka adalah kumpulan kedua pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang ditahan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) termasuk seorang pengarah JKDM negeri bergelar Datuk.

Tindakan mereka secara langsung telah mencuit hati ribuan pengguna dilaman sosial tersebut yang menyifatkan ia suatu tindakan yang sangat kelakar dan 'terdesak'.

Bagaimanapun, segelintir pengguna dilaman sosial tersebut turut menasihati pengguna laman sosial yang lain agar tidak mengaibkan mereka memandangkan suspek masih belum diputuskan samada bersalah ataupun sebaliknya.

Berikut beberapa komen yang dimuat naik dilaman sosial Facebook berhubung foto suspek:



YANG INI MEMANG TAK BOLEH BLAH PUNYA KOMEN:




JANA PENDAPATAN TANPA HENTI WALAUPUN ANDA TELAH BERHENTI! PERCUMA BUKU PANDUAN! SILA KLIK SINI!

Tiada ulasan: