ALHUSSEYN |
Rakyat mesti bangkit, rakyat ialah raja Posted: 23 Sep 2014 03:41 AM PDT Aktivis ditahan semula selepas dijaminOLEH LEE SHI-IAN Published: 23 September 20149
Polis tidak menyatakan dengan spesifik mengapa Ali ditahan semula tetapi berkata beliau dibawa ke Johor untuk membantu siasatan. Peguam Ali New Sin Yew berkata, tiada sebab bagi polis menahan anak guamnya yang sudah membayar wang jaminan sebanyak RM8,000 jika ia untuk siasatan kerana menghasut. "Jika beliau dituduh kerana memuat naik mesej berbentuk hasutan di Facebook, saya tidak tahu mengapa beliau dibawa ke Johor. "Beliau tinggal di sini. Ini merupakan satu gangguan," kata New kepada pemberita di luar mahkamah hari ini. Ali tiba di mahkamah jam 3 petang ini, diiringi New dan polis, serta membayar ikat jamin. Bagaimanapun, sebaik saja membayar RM8,000 ikat jamin, New memberitahu wartawan anak guamnya ditahan semula dan dihantar ke Johor. "Polis tidak sebut secara jelas kenapa Ali dihantar ke Johor walaupun komen Facebooknya dibuat di Kuala Lumpur," kata New. Semasa meninggalkan kawasan mahkamah, Ali sempat bercakap dengan kira-kira 20 aktivis dan penyokong yang berkumpul di luar pintu masuk utama kompleks mahkamah. "Rakyat mesti bangkit, rakyat ialah raja," kata Ali disambut sorakan dan tepukan. Awal hari ini, The Malaysian Insider melaporkan Ali, yang ditahan reman di penjara Sungai Buloh selepas didakwa kerana menghasut, mendakwa dia dipukul seorang pegawai penjara. Kejadian itu dilaporkan berlaku pada malam pertama dia ditahan pada 8 September. The Malaysian Insider difahamkan laporan polis dibuat oleh abangnya di balai polis Taman Tun Dr Ismail pada Sabtu. Ali memberitahu keluarganya dia dipukul sewaktu mereka melawatnya di penjara Sungai Buloh. Dia pertama kali masuk penjara pada 8 September, dan mendakwa dipukul seorang pegawai penjara yang dikatakan menumbuk, menampar dan memukulnya mengunakan baton dan paip getah di dalam sebuah bilik kosong. Ali bagaimanapun mendakwa kejadian itu tidak meninggalkan sebarang tanda atau kecederaan pada tubuhnya dan dia tidak dapat memaklumkan sesiapa perkara itu kerana dia tidak dibenarkan berjumpa sesiapa sebelum Jumaat, apabila dia bertemu New. Dia yang didakwa kerana menghasut pada 8 September berhubung posting Facebook yang dibuatnya pada Januari berkata, seorang lagi warden mengugutnya mengatakan banduan lain juga akan memukulnya. Ali, yang juga bersama pertubuhan Asalkan Bukan Umno (ABU), dituduh membuat posting yang mengandungi kenyataan berunsur hasutan dalam laman Facebook bernama "Kapitalis Bangsat" dalam tiga komen berasingan, dituduh memperkecilkan Kesultanan Johor dan menyeru supaya ia dimansuhkan. – 23 September, 2014.~ SUMBER |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan