Biaqpila |
Posted: 19 Sep 2014 11:33 AM PDT Georgetown: Empat kereta rosak teruk selepas dihempap papan iklan yang terjatuh dari bumbung sebuah bangunan lima tingkat akibat dipukul ribut dalam kejadian di Krystal Point, Bayan Baru di sini, malam ini. Kejadian berlaku pada jam 7 malam apabila angin kencang disusuli hujan lebat menyebabkan papan iklan berkenaan jatuh lalu menghempap kereta jenis Citroen, BMW, Perodua Myvi dan Kelisa yang diletakkan di kawasan parkir kereta di luar bangunan berkenaan. Saksi dikenali sebagai Mariam, 24, berkata sebelum kejadian, dia berada di hadapan bangunan itu sambil melihat keadaan awan yang tiba-tiba bertukar gelap dan ketika itu hujan rintik-rintik. "Tidak lama kemudian saya bunyi kuat seperti ketulan batu jatuh dari atas bumbung sebelum papan iklan jatuh menjunam dan terus menghempap beberapa kereta dan saya berlari masuk ke dalam bangunan untuk menyelamatkan diri. "Selepas itu, ramai orang berkerumun untuk melihat kejadian berkenaan dan nasib baik tiada mangsa dilaporkan cedera," katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Sementara itu, Komander Kanan Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Abdul Rahim Ismail berkata, sepasukan pegawai dan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati papan iklan sebesar enam hingga 12 kaki yang berada di bahagian bumbung di tingkat lima runtuh dan jatuh. Beliau berkata, runtuhan itu menyebabkan empat kenderaan rosak teruk dan pihaknya akan mengarahkan pihak pengurusan bangunan mengosongkan kawasan runtuhan untuk kerja membersihkan saki baki runtuhan. "Kerja pembersihan akan dilakukan sepenuhnya esok dan tiada mangsa dilaporkan mengalami kecederaan akibat runtuhan itu. "Kejadian berlaku dipercayai akibat ribut dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya. Hmetro |
WHATSAPP SAMBIL DENGAR KHUTBAH Posted: 18 Sep 2014 09:21 PM PDT Hukum Whatsapp Ketika Khutbah Jumaat | Whatsapp adalah trend terkini komunikasi. Di masjid ketika mendengar khutbah Jumaat pun, ada jemaah yang berbalasWhatsapp. Apakah hukum membaca atau membalas pesanan Whatsapp ketika khutbah? Para ulama berselisih pendapat tentang hukum bercakap ketikakhutbah Jumaat. Kebanyakan mengatakan hukumnya haram, namun mazhab Syafii mengatakan hukumnya makruh. Kita disunatkan untuk diam dan mendengar khutbah dengan tekun. Rasulullah bersabda: "Jika kamu berkata-kata kepada sahabatmu, 'Diam!', padahal imam berkhutbah pada hari Jumaat, maka sesungguhnya kamu telah berkata yang lagha." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Lagha dalam hadis ini ertinya melakukan perkara yang dapat merosakkan kesempurnaan ibadah solat Jumaatnya. Membalas pesanan Whatsapp termasuk dalam larangan bercakap-cakap ketika khutbah. Ini kerana perbuatan tersebut melalaikan kita daripada memberi tumpuan mendengar isi kandungan khutbah dengan khusyuk. Begitu juga membaca risalah atau akhbar, atau membaca sesuatu dalam Facebook dan sebagainya. Semua perbuatan ini sangat tidak bersesuaian dan hendaklah dihindarkan. Justeru, eloklah sekiranya para jemaah diingatkan agar mematikan telefon bimbit mereka sebelum khutbah agar tidak merosakkan tumpuan mereka mendengar khutbah. Wallahuaklam. |
GANJARAN 96.5 JUTA CARI DALANG TEMBAK MH17 Posted: 18 Sep 2014 08:02 PM PDT Kuala Lumpur: Seorang penderma yang tidak dikenali mendepositkan AS$30 juta (RM96.53 juta) ke akaun sebuah firma penyiasatan persendirian Jerman untuk diberi kepada mana-mana pihak yang dapat memberikan bukti dalang yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MAS MH17 pada 17 Julai lalu. Menurut Portal Berita The Local edisi Jerman, wang tawaran itu diserahkan kepada sebuah firma yang berpusat di Schleswig-Holstein di utara Jerman iaitu Wifka. Wifka dalam satu kenyaataan yang disiarkan dalam laman webnya, semalam menyatakan penderma tersebut mahukan kepastian siapakah yang bertanggungjawab dalam memberikan arahan untuk menembak jatuh pesawat itu dan senjata yang digunakan. Wifka turut memberi jaminan bahawa orang yang mendedahkan kebenaran itu akan diberikan identiti baru sebagai langkah perlindungan. Foto FOTO Reuters "Sesiapa yang memberikan bukti dalam mengenalpasti dalang kejadian itu akan diberikan ganjaran sebanyak AS$30 Juta. Wang hadiah itu kini disimpan di Zurich, Switzerland," menurut kenyataan itu. Hmetro |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan