Kelab Greenboc |
- [VIDEO] Apakah PAS Akan Hormati Suara Anak Muda Ini Atau Akan Di"Barua"kan Juga?
- Melati - Ikon Anak Muda Generasi Y
- Najib Berucap Hanya Depan Rosmah & Perwakilan M'sa Di PBB? -updated
- Shaari & Hasnul Sudah Dipanggil, PAS Pusat Tentukan Nasib Mereka
- Gadis Melayu Berpurdah Sertai DAP
[VIDEO] Apakah PAS Akan Hormati Suara Anak Muda Ini Atau Akan Di"Barua"kan Juga? Posted: 30 Sep 2014 01:22 AM PDT NGO anak muda serah memorandum desak PAS keluar Pakatan Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada kumpulan anak muda hari ini mendesak PAS keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) jika tiada langkah pemulihan diambil parti Islam itu. NGO yang menggelarkan diri mereka sebagai Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa) berpandangan kenyataan yang dikeluarkan pemimpin PAS hanya menimbulkan ketegangan dalam PR dan jika tidak dibendung ia akan mengakibatkan hilangnya sokongan rakyat. "Lensa menyarankan PAS perlu menggesa semua pimpinan di semua peringkat untuk tidak lagi membuat kenyataan yang boleh memudaratkan hubungan sesama rakan PR. "Hal ini penting bagi mewujudkan tempoh bertenang seterusnya memberi ruang kepada komponen PR untuk memperkukuh semula permuafakatan. "Lensa berpendirian sekiranya PAS gagal bertindak tegas terhadap kelompok dalam PAS yang terus menerus mewujudkan konflik sesama PR maka Lensa mencadangkan PAS mengambil langkah berundur daripada PR," katanya selepas menghantar memorandum di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini. Lensa semalam berkata PAS menyebabkan krisis menteri besar Selangor yang mengundang perpecahan dalam PR. Berdasarkan pandangan ahli politik dan ahli akademik, NGO itu berkata, PAS harus dipersalahkan atas pendirian mereka yang berubah-ubah dalam isu menteri besar Selangor. Koordinator Lensa Ekhsan Bukharee berkata, PAS menjadi faktor utama menyebabkan krisis Selangor terheret sehingga hampir 5 bulan sedangkan konflik ini boleh diselesaikan lebih awal jika PAS menghormati semangat setiakawan menyokong calon menteri besar yang dipersetujui PKR dan DAP. Katanya, hubungan sesama komponen PR juga menjadi tidak menentu apabila terdapat pemimpin PAS yang mengeluarkan kenyataan terbuka merugikan PR. "Lensa khuatir jika pertembungan dalam PR tidak diurus segera, masyarakat akan hilang kepercayaan kepada PR dan secara khususnya kepada PAS. Ini berikutan tanggapan umum terhadap PAS yang dilihat membelakangkan semangat Pakatan. "Dalam empat siri forum yang dijalankan, 33 soalan diajukan penonton kepada ahli panel. Hasilnya 23 daripada 33 soalan tersebut menunjukkan kekecewaan terhadap sikap PAS dalam krisis Selangor. "Analisis juga menunjukkan semua soalan diajukan penonton bukan Islam mempertikai sikap PAS sepanjang konflik berlaku," katanya kepada pemberita yang turut dihadiri Pengarah Eksekutif Lensa Safwan Anang. Ekhsan berkata, PR perlu sentiasa memperkukuh persepakatan bagi menyemak imbang urus tadbir negara di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana pakatan pembangkang yang kuat akan melahirkan kerajaan yang lebih prihatin dan telus dalam pemerintahan. Katanya, PR begitu longlai dalam menangani keghairahan kerajaan menggunakan Akta Hasutan walaupun pemimpin utama PR sendiri disabitkan dengan akta drakonian tersebut. "Jika pakatan pembangkang lemah, kerajaan yang memerintah akan berpeluang untuk mentadbir secara sesuka hati sekali gus berpotensi untuk menindas rakyat. "Sebagai contoh, dalam masa PR terheret dengan konflik dalaman yang berpanjangan dan kelihatan lemah, tempoh tersebut digunakan pihak berkepentingan untuk menganiaya pemimpin politik dan aktivis rakyat menggunakan Akta Hasutan," katanya. – TMI
ULASAN GB GB dan blogger-blogger PAS yang lain dah banyak kena maki dengan puak yang mengaku pro-ulama. Kena barua dan sebagainya. Tapi kami tak heran sebab kami dah lama di dalam PAS dan dah lali kena maki..... itu asam garam perjuangan di alam siber... Yang GB khuatir ada di kalangan PAS terutama yang taksub gila yang akan membaruakan anak muda di atas. Mereka anak muda itu bukan semuanya ahli PAS, tetapi mereka kebanyakannya adalah pengundi-pengundi Pakatan Rakyat termasuk PAS. Terpulang kepada PAS nak layan memo mereka macamana... Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki dengan produk kami. Sila klik SINI |
Melati - Ikon Anak Muda Generasi Y Posted: 29 Sep 2014 10:07 PM PDT Melati Move'- cabaran politik baru anak muda M'sia ULASAN Melati Rahim bukanlah sosok anak muda yang baru saya kenali kelmarin. Penuntut UNISEL dari jurusan TESL ini pertama kali saya temui sewaktu mengikuti program anak muda di Kuala Lumpur. Membaca berita beliau yang lebih dikenali sebagai Melati, anak muda yang menyertai DAP baru-baru ini, membuatkan saya berfikir sejenak. Saya pasti inilah individu yang dimaksudkan oleh Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS semasa ucapan perasmian muktamar Pemuda PAS Malaysia kali ke-55 di Kota Tinggi pada 16 September lalu. Seingat saya, kali terakhir saya bertemu Melati adalah semasa jelajah program seni 'Anak Muda Politikal' di Batu Pahat, Johor. Dengan gaya penampilan yang 'humble' sambil mengenakan hijab lengkap berniqab, beliau tampil dalam program tersebut untuk mempersembahkan bacaan puisi yang beliau karang sendiri. Melati mungkin tidak mengenali saya. Tetapi beliau yang tampil penuh berani ketika itu, pastilah menjadi tarikan audien untuk mengamati puisi disampaikan. Walaupun saya akui gagal menangkap keseluruhan maksud bait-bait puitis beliau, namun tidaklah terlalu sukar untuk saya memahami mesej tersirat yang cuba disampaikan. Penuh dengan idea-idea politikal, sesekali sinikal dan yang pasti, sarat dengan kritikan sosial. Melati dan generasi Y "Melati masuk DAP?" Sesetengah rakan saya musykil seakan tidak percaya. Apa tidaknya, ramai sudah tahu bahawa parti DAP merupakan sebuah parti yang tak lekang diserang bertubi-tubi oleh parti kawan dan lawan dengan pelbagai konotasi negatif. Laras fikiran tipikal seorang Melayu Muslim seperti saya untuk menerima hakikat ini, pastilah sedikit sukar. "Inilah Melati Move!" Spontan saya menjawab berseloroh. Sebagai orang kecil dalam arena politik nasional, saya melihat bahawa langkah Melati menyertai DAP sedikit sebanyak menjadi sampel anak muda Malaysia hari ini yang berani mengambil langkah menongkah arus. Jika dahulu, gadis berniqab ini pastinya lebih mudah diasosiasikan dengan kumpulan-kumpulan Islam; baik NGO Islam mahupun parti Islam. Nampaknya kini tidak lagi. Pada hemat saya, anak muda generasi Y hari ini tidak boleh lagi dinilai sebegitu simplistik. Mereka terdedah dengan kebanjiran maklumat menerusi pelbagai saluran dalam mewarnai fikrah dan kefahaman mereka. Media baru antara medium yang memainkan peranan besar dalam memangkin hal ini. Bahkan kini, wacana umum anjuran pelbagai kelompok sivil dan kumpulan indipendan begitu giat sekali dihidupkan selaras dengan kesedaran rakyat yang kian prihatin terhadap peri pentingnya kebebasan bersuara, mendapatkan akses maklumat yang tepat dan menyuarakan pendangan sekalipun disana wujud pelbagai perbezaan. Bagi kelompok anak muda dan mahasiswa contohnya, mereka tidak lagi terbatas dengan kuliah-kuliah rasmi di universiti mahupun diskusi-diskusi formal untuk mendapatkan semua ini. Saya sendiri yang mendapat pengisian 'extra' menerusi kumpulan usrah dan daurah anjuran persatuan Islam semasa di universiti dahulu, dapat menyaksikan sendiri betapa ianya bukan lagi menjadi wadah tunggal dalam menjana fikrah ketika ini. Beberapa hari lalu, sempat saya meluangkan masa berdiskusi bersama adik-adik mahasiswa di sekitar Lembah Klang. Akhirnya, habis 'lunyai' saya diterjah dengan persoalan dan pandangan kritikal yang saya akui sendiri gagal untuk saya menjawabnya dengan baik dan tuntas! Tolak ketepi dahulu dengan 'cakap-cakap' bahawa Melati Move ini ialah agenda politik untuk mencairkan imej ke-Cinaan' DAP. Hakikat yang perlu diterima umum sekarang, seorang gadis Melayu-Islam yang berpurdah sudah mula memilih DAP; yang selama ini dimomokkan sebagai sebuah parti cauvonis, anti Islam dan sekular! Cabaran buat Pakatan Rakyat 'Melati Move' juga pada pandangan saya menjadi satu cabaran buat politik baru anak muda yang sewajarnya dijuarai Pakatan Rakyat. Apakah PAS, PKR dan DAP mampu terus segar menyediakan pentas, memberi ruang dan peluang serta mengemukakan platform bersifat 'true Malaysia' untuk anak muda tampil kehadapan? Lebih dari itu, parti-parti Pakatan Rakyat perlu keluar dari garis zon selesa mereka; PAS untuk kelompok Malayu Islam, DAP untuk orang Cina dan PKR untuk para pendokong reformasi (berpuncakan peristiwa reformasi 1998-1999) semata-mata. Mungkin sesetengah dari para pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat melihat garis ini sebagai teras sokongan politik dalam konteks pilihanraya, tetapi untuk menyediakan kolasi politik yang bekerja keras ke arah membina generasi Malaysia pada masa hadapan, sesuatu perlu dilakukan melangkaui skala tersebut. Dalam konteks PAS sendiri, saya kembali kepada intipati ucapan perasmian timbalan presiden PAS dalam muktamar Pemuda PAS Malaysia yang lalu. Jika DAP terus giat menjadikan partinya ke arah lebih inklusif dengan meraikan penyertaan anak muda hatta berimej Islamik bahkan berniqab, adakah PAS menerusi sayap pemudanya akan mengambil langkah yang sama? Atau apakah pemuda PAS akan terus menjadi wadah yang dilihat eksklusif menghimpunkan graduan lepasan timur tengah dan pengajian Islam semata-mata dalam memacu arah tuju politik anak muda Malaysia? Inilah cabaran membina generasi anak muda Malaysia untuk masa hadapan. Mampukah kita? Jawapannya bergantung sejauhmana usaha kita mencorakkannya pada hari ini. SHEIKH Omar Ali adalah ahli Pemuda PAS Johor dan pembantu kepada Ahli Parlimen Kluang) ULASAN GB Pertama, ramai yang ultra Melayu termasuk di dalam PAS sendiri yang skeptikal dengan "Melati Kove" ini. Walhal Presiden PAS sendiri, Abdul Hadi Awang semasa pilihanraya kecil Teluk Intan pernah mengkagumi dengan keberanian Dyana Sofya yang menyertai DAP. Samada ada keikhlasan di sebalik kekagumannya itu, hanya Allah Yang Maha Tahu. Kedua, saya tertarik dengan penulis mengenai persediaan parti-parti komponen di dalam PR menyediakan pentas, memberi ruang dan peluang serta mengemukakan platform bersifat 'true Malaysia' untuk anak muda tampil kehadapan Namun anehnya, bagaimana hendak mewujudkan imej "true Malaysia" melalui PAS apabila dua ADUN berkorban untuk pertahankan Pakatan Rakyat dari tumbang tiba-tiba ditempelak dan dihukum sendiri oleh presiden di muktamar sebagai broker dan barua? Ketiga, tanpa perlu tokok tambah, bila mengimbaui kelompok 50 pemmuda yang bertindak meninggalkan dewan di mutamar dan boo-mengeboo esok harinya, saya menyetujui yang ini: Apakah pemuda PAS akan terus menjadi wadah yang dilihat eksklusif menghimpunkan graduan lepasan timur tengah dan pengajian Islam semata-mata dalam memacu arah tuju politik anak muda Malaysia? klik untuk baca Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
Najib Berucap Hanya Depan Rosmah & Perwakilan M'sa Di PBB? -updated Posted: 29 Sep 2014 06:24 PM PDT Amalkan apa yang kamu cakap, kata pengguna media sosial kepada Najib Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diminta melaksanakan apa yang diucapkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menentang segala keganasan golongan pelampau Isis di Syria dan Iraq di negara sendiri. Melalui laman sosial Twitter, mereka menyifatkan Najib gagal di negara sendiri dalam mengekang keganasan dan tindakan tidak adil. Pengarah Eksekutif Peguam Untuk Kebebasan, Eric Paulsen melalui Twitternya menulis @NajibRazak berkata yang betul di PBB tetapi gagal sepenuhnya di negara sendiri Malaysia. "Umno, Isma, Perkasa, Utusan, Jakim, Jais adalah contoh pelampau yang dilihat oleh semua orang." Beliau menambah: "Di PBB @Najib Razak mencadangkan kedamaian & kesederhanaan tetapi tidak ada sikap sebegitu di Malaysia- semuanya diuruskan menggunakan Akta Hasutan." Ia diikuti oleh respon dari pengikut Twitter beliau, People Power yang menggunakan akaun @peoplepowerr yang menulis: "Dia jaguh dunia tetapi bukan jaguh kampung." Seorang lagi pengguna Twitter, Hafiz Noor Shams mengingatkan Najib tentang kenyataan beliau sebelum ini dengan menggunakan akaun @_earth: "Najib di PBB, Kami anti Isis. Najib bersama Umno: Kita patut contohi keberanian Isis." Najib ketika meraikan majlis makan malam 25 tahun penubuhan Umno Cheras Jun lalu meminta ahli partinya mencontohi pertubuhan yang memanggil sendiri Isis kerana mereka berjaya mengalahkan tentera Iraq walaupun jumlah mereka jauh lebih kecil. Sementara itu, peguam hak asasi manusia Latheefa Koya juga menggunakan Twitter hari ini dengan berkata: "Najib menggesa masyarakat global untuk mengalahkan keganasan & sikap tidak bertoleransi agama - hello? Ada kenal Isma & Perkasa?", merujuk kepada kedua-dua kumpulan hak Islam dan Melayu di Malaysia. Bekas de facto menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim juga menulis melalui Twitter @zaidibrahim: "PM dengan wajah manis; bercakap tentang idea-idea yang berbahaya meresapi dunia Islam di New York. Apabila pulang semula, adakah dia akan mengulanginya di Pekan?" Najib memberitahu PBB bahawa militan Isis memusnahkan kehidupan dan menjadikan masyarakat tidak stabil dan rapuh serta mengancam keselamatan serantau. "Kami menolak apa yang dipanggil Negara Islam. Kami menolak perkara yang ditakrifkan oleh ekstremisme. Dan kami mengutuk keganasan yang dilakukan atas nama Islam. "Kita tahu bahawa ancaman kepada keamanan dan keselamatan dunia bukan Islam, tetapi ekstremisme, tidak bertolak ansur, keganasan dan militan. Tindakan militan ini adalah di luar hati nurani dan kepercayaan. "Mereka melanggar ajaran Islam, contoh yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad dan prinsip undang-undang Islam." Najid berkata dalam ucapannya bahawa terdapat perkara-perkara utama yang dunia perlu lakukan untuk mengalahkan keganasan dan sikap tidak bertoleransi agama di Iraq dan Syria. "Pertama, keselamatan dan kenegaraan mesti dikembalikan kepada rakyat Syria dan Iraq. "Kedua, kita mesti mengejar politik yang berbeza... Kita mesti memecahkan kitaran di mana satu kumpulan mendapat kuasa hanya untuk menggunakannya terhadap yang lain... Oleh itu, kita harus komited untuk politik yang lebih inklusif. – TMI
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
Shaari & Hasnul Sudah Dipanggil, PAS Pusat Tentukan Nasib Mereka Posted: 29 Sep 2014 08:48 AM PDT Nasib dua Ahli Dewan Undangan (Adun) PAS yang menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dilantik sebagai Menteri Besar Selangor akan ditentukan Jawatankuasa PAS Pusat. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapa Ali berkata, kedua-dua Adun berkenaan, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) telah dipanggil memberi penjelasan berhubung isu itu dan pimpinan PAS Pusat akan membuat keputusan mengenai status mereka. "Mereka telah dipanggil secara formal untuk memberi penjelasan hari ini (Isnin). "Saya sudah dengar penjelasan setiap seorang daripada mereka dan ia akan dimaklumkan kepada PAS Pusat yang akan bertindak membuat keputusan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan dua Adun tersebut di Ibu Pejabat PAS Pusat di sini, Isnin. Menurut Mustapa, PAS Pusat juga akan memutuskan sama ada Saari dan Hasnul akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti atau sebaliknya. Mengulas lanjut mengenai pertemuan tersebut, beliau berkata ia diadakan secara berasingan. "Jumpa seorang-seorang...seorang ambil masa kira-kira sejam," katanya. Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan isi kandungan penjelasan yang diberikan dan tidak mahu menyatakan sama ada beliau berpuas hati atau tidak dengan penjelasan yang telah diberi. Mustapa berkata, kelewatan mengambil tindakan terhadap Saari dan Hasnul adalah disebabkan parti ingin menyelesaikan isu satu persatu. "Kita selesai satu-satu. Isu menteri besar di Selangor sudah selesai, PRK Pengkalan Kubor sudah selesai, sekarang isu ini pula," katanya. Status dua Adun PAS ini dalam parti masih lagi menjadi tanda tanya apabila tiada sebarang tindakan atau amaran dikenakan terhadap tindakan mereka yang dianggap membelakangkan parti dalam isu pelantikan menteri besar di Selangor. Kedua-dua Adun berkenaan menandatangani surat akuan bersumpah menyokong Dr Wan Azizah sebagai menteri besar di Selangor, satu tindakan yang bertentangan dengan pendirian parti. Terdahulu, Saari yang ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Mustapa berkata beliau masih ahli PAS dan akan menjadi ahli PAS sehingga ajal. -mstar
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki dengan produk kami. Sila klik SINI |
Gadis Melayu Berpurdah Sertai DAP Posted: 29 Sep 2014 05:35 AM PDT Seremban: Selepas peguam Melayu muda Dyana Sofya Mohd Daud dan anak gadis Melayu bertudung, Syefura Othman (Rara) menyertai parti DAP, kini Jamila Rahim atau lebih dikenali dengan panggilan Melati Rahim, 22, merupakan anak gadis Melayu terbaru menyertai parti yang terkenal dengan jolokan parti 'chauvinist' Cina tersebut. Melati merupakan seorang graduan dari UNISEL dalam jurusan Diploma TESL. Apabila ditanya kenapa Melati memilih DAP walaupun beliau berimej Islamik, Melati berkata wawasan dan asas DAP yang membuatkan beliau tertarik untuk bersama parti itu. "Jika diteliti secara kasar, perlembagaan DAP itu sendiri, humanisme atau dasar kemanusiaan diletakkan sebagai tunjang dan teras utama. "Dalam Islam sendiri, kemanusiaan adalah asas dan keperluan sebagai seorang insan. "Sejujurnya, DAP lebih dekat dengan keadilan seperti yang digagaskan oleh Islam. Islam merupakan prinsip utama saya dalam meneruskan kehidupan sebagai hamba Tuhan. "Namun dalam menjalani kehidupan dan berhadapan dengan manusia pelbagai kaum, saya percaya dasar kemanusiaan sangat penting. "Saya ingin tegaskan disini, Islam adalah pegangan saya dan saya bersaksi tiada Tuhan yang patut di sembah melainkan Allah, Nabi Muhammad S.A.W pesuruh Allah. "Dalam hal ini saya fikir kita harus buka dan lihat dalam kerangka lebih besar tentang kepelbagaian penganut agama di Malaysia," katanya. DAP menentang 'kapitalisme parti' Melati berkata beliau yakin tiada penganut dalam mana-mana agama merasakan agama mereka salah dan jika semua agama mahu pertahankan hak mereka tanpa bertolak-ansur dan bertoleransi, maka hancurlah dunia angkara peperangan kerana prejudis dan saling benci-membenci. "Misalnya, kita lihat di Gaza pihak Yahudi secara terbuka mengaku ingin merobohkan Masjid Aqsa kerana ingin mendirikan semula Kuil Sulaiman yang pernah di bina dibawah Masjid Aqsa. "Andai perkara ini dilihat pada dasar agama, pihak Yahudi sebenarnya sedang memperjuangkan hak agama mereka walau pada dasar kemanusiaan sebenarnya tanah tersebut milik Palestin. "Jadi, soal moraliti dan kemanusian harus kita jadikan indikator dalam menilai perkara ini. "Sesungguhnya Allah meletakkan darjat manusia itu tinggi. Seorang pemikir Barat zaman Ranaissance , Pico Della Mirandola pernah menyebut "nihil spectari homine admirabilius", yang membawa maksud tiada yang lebih indah dari manusia. Maka, mari kita baca dan fikir-fikirkan. "DAP menentang 'kapitalisme parti', mereka mempraktikkan perkara ini dengan meminta setiap ahli parlimen dibawah DAP mewakafkan di antara 20 hingga 30% daripada gaji mereka kepada parti. "Senaraikan kepada saya siapa ahli parlimen di dalam DAP yang memakai kereta mewah selepas menjadi wakil rakyat? DAP bukanlah parti Cina yang anti Islam Melati turut mengulas bahawa DAP juga gigih menjalankan khidmat dalam perkara berkaitan perlaksanaan perkhidmatan kesihatan dan dasar–dasar keselamatan sosial. Selain itu, pelindungan terhadap warga tua, orang kurang upaya dan miskin tegar juga menjadi isu utama dalam DAP. Ia dipraktikkan di Pulau Pinang dengan pelbagai jenis bantuan. "Di negeri naungan DAP itu juga mempunyai briged yang ditugaskan menjaga keselamatan awam di kawasan masing-masing dengan kelengkapan penuh yang di taja sepenuhnya oleh kerajaan Pulau Pinang. "Hadirnya wakil rakyat dari kaum Melayu dan India seperti Zairil Khir dan Ram Karpal menguatkan lagi bukti bahawa DAP bukanlah parti Cina yang anti Islam. "Saya yakin dalam hal ini kita harus berlapang dada dan cuba melihat dengan mata hati. "Rumi pernah berkata aku beriman dengan agama Cinta, dan Islam adalah agama yang penuh dengan nilai cinta namun dirosakkan oleh manusia yang menjadikan agama sebagai senjata untuk menindas manusia yang lemah. "Politik Islam meletakkan keadilan sosial dan kemanusiaan sebagai teras dan saya melihat ciri-ciri ini wujud dalam DAP. "Saya yakin sudah tiba masanya anak muda bersama-sama berjuang dalam DAP dan meruntuhkan segala dogma dan sifat rasisma yang sekian lama ditanam dalam benak rakyat Malaysia," kata Melati. -FMT ULASAN GB Tiada apa-apa kesalahan dilakukan oleh Melati Rahim. Bacalah yang tersirat dari yang tersurat, lagi ramai pemimpin melayu dan islam mengehentam DAP, semakin ramai pula muslimat menyertai parti itu. Itu hukum alam. Bagitahu kepada Nasruddin Tantawi dan Nik Mohd Abduh serta konco-konco mereka. Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan