Khamis, 18 September 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Siapa Angkat Sumpah Selasa ini - Azizah, Azmin Atau Adun Pas?

Posted: 18 Sep 2014 05:49 AM PDT

shahbudindotcom


Kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor sudah hampir sampai ke penghujungnya. Sebagaimana yang dilaporkan oleh media hari ini, Istana Selangor akan mengadakan majlis angkat sumpah jawatan ketua kerajaan negeri itu pada pagi Selasa, 23 September jam 10 pagi. Kad jemputan kepada wakil-wakil rakyat, pemimpin politik, orang kenamaan dan sebagainya sudah pun mula diedarkan.

Serentak itu, teka-teki mengenai siapa yang bakal mengisi jawatan itu bagi menggantikan Khalid Ibrahim turut menjadi perbualan ketika ini. Di media sosial pula ketika ini sarat dengan pelbagai jangkaan dan tekaan mengenai siapa yang bakal dipilih oleh Sultan Selangor untuk mengetuai kerajaan negeri itu.

Ada yang tetap memilih Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pilihan dan ada pula yang merasakan Azmin Ali akan dilantik. Tidak kurang juga yang meramalkan Sultan akan melantik Adun Pas sebagai Menteri Besar kali ini setelah tiada kesepakatan yang jitu mengenainya di kalangan ketiga-tiga parti dalam PR.

Adakah pilihan Sultan Selangor nanti ialah Dr Wan Azizah Wan Ismail yang sudah mendapat sokongan majoriti 30 Adun? Atau mungkinkah Azmin Ali atau lain-lain Adun daripada PKR?

Mungkinkah juga Sultan Selangor akan melantik mana-mana Adun Pas, terutamanya Pesuruhjaya Pas negeri, Iskandar Abdul Samad yang dicalonkan oleh Haji Hadi Awang sebelum ini?

Dalam masa yang sama, oleh kerana seiring dengan pengumuman tarikh majlis angkat sumpah ini terdapat pula teguran daripada Istana Selangor terhadap Anwar Ibrahim mengenai pencalonan hanya satu nama yang dianggap tidak tepat dan mengelirukan, ramai pula beranggapan ianya sebagai signal bahawa Dr Wan Azizah bukanlah pilihan untuk mengangkat sumpah Selasa ini.

Teguran terhadap Anwar itu adalah tanda Sultan Selangor tidak memberi perkenan terhadap pencalonan Dr Wan Azizah, demikian tafsiran ramai pemerhati politik sama ada yang gemar melayan sembang di coffee house hotel, di kedai-kedai mamak mahupun sekadar di alam maya Facebook dan Twitter.

Jika benar Dr Wan Azizah bukan pilihan Sultan, nama yang paling hampir tentulah Azmin Ali. Ini kerana Dr Wan Azizah Presiden PKR, Azmin pula timbalannya. Walaupun beliau sebelum ini menolak pencalonan untuk jawatan itu, tetapi jika Sultan memilihnya, tentulah mustahil Azmin akan menolak. Apa yang ditolaknya selama ini hanyalah pencalonan parti, bukannya pemilihan oleh Istana Selangor.

Bersama Azmin, nama lain yang turut disebut sebagai pengganti Khalid ialah Dr Idris Ahmad, Nik Nazmi dan Yaakob Sapari.

Selain wakil daripada PKR, nama Adun daripada Pas juga turut disebut-sebut akan dilantik tetapi kebarangkaliannya lebih tinggi jawatan ini kekal diserahkan kepada PKR. Istana juga tentunya sedia maklum bahawa semua parti dalam PR telah pun menyatakan secara jelas bahawa jawatan Menteri Besar adalah milik PKR.

Melantik Adun Pas yang hanya mempunyai sokongan 13 Adun lebih memungkinkan berlakunya kemelut yang berpanjangan, bahkan tidak mustahil berlarutan sehingga berlakunya undi tidak percaya dalam DUN nanti. PKR dan DAP yang telah jelas mempunyai blok 30 Adun mustahil akan berdiam diri.

Lagi pula, jika Adun PKR juga yang dilantik sebagai Menteri Besar, kemelut yang sudah lama berlarutan ini lebih mudah didamaikan. Dr Wan Azizah yang tidak dipilih lebih mudah untuk dipujuk dan disejukkan hatinya jika yang dipilih itu daripada PKR juga, tak kiralah sama ada Azmin, Dr Idris atau sesiapa saja.

Namun demikian, tidak mustahil juga sebenarnya Sultan Selangor akan bertindak memilih Dr Wan Azizah yang sudah mempunyai sokongan majoriti itu sebagai Menteri Besar Selangor yang baru. Jika ini dilakukan, ia pastilah lebih bertepatan dengan kehendak undang-undang dan perlembagaan yang mengatakan sokongan majoriti sebagai asasnya.

Mungkin juga teguran Istana Selangor terhadap Anwar itu sekadar peringatan semata-mata dan tidak menjejaskan kedudukan Dr Wan Azizah yang sudah ada sokongan majoriti. Lagi pun, Anwar juga sudah meminta maaf sekali lagi kepada Sultan Selangor berhubung kenyataannya itu. Jika itu yang berlaku, suatu sejarah baru akan tercipta iaitu buat pertama kalinya seorang wanita dilantik sebagai ketua kerajaan negeri Selangor.

Apa pun, bersabarlah menunggu detik yang ditunggu ini dan Adun-Adun yang disebut-sebut namanya ini janganlah ssmpai ada yang tak lena tidur dan hilang selera makan menanti ketibaan Selasa ini.

Semua MB Selangor 'keluar ikut tingkap'

Posted: 18 Sep 2014 05:41 AM PDT


 Tan Sri Muhammad Muhammad Taib  
Tan Sri Muhammad Muhammad Taib


SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dalam nada berseloroh berkata, kerusi yang pernah disandangnya itu memang kerusi panas sehingga menyebabkan ramai penyandangnya 'keluar ikut tingkap'.

Beliau juga mengakui hairan, "kenapa orang suka sangat berebut jawatan (menteri besar) ini. Kebanyakannya masuk ikut pintu depan tetapi bila habis terjun ikut tingkap... dari mula sehingga yang terkini (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) juga hampir mengikut langkah yang sama. Kalau siapa balik (berhenti) ikut pintu, itu luar biasa. Ikut tingkap perkara biasa."

Beliau sebelum itu disoal oleh penonton, kenapa kerusi Menteri Besar Selangor itu panas dan rata-rata bekas menteri besar yang mentadbir berdepan dengan masalah pada Wacana Sinar Harian siri ke-31 berjudul 'Kerusi Panas MB Selangor' di sini,  semalam.

Abdul Khalid Ibrahim dilihat turut terkena badi bekas menteri besar yang lalu apabila berdepan dengan pelbagai halangan sehingga beliau didesak untuk melepaskan jawatan.

Kerusi Menteri Besar Selangor dianggap panas sejak tahun 1964 lagi apabila Datuk Harun Idris dipaksa melepaskan jawatan atas dakwaan rasuah.

Pemandu maut nahas babitkan 4 kenderaan

Posted: 18 Sep 2014 05:37 AM PDT


Anggota bomba yang tiba di lokasi mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu. Anggota bomba yang tiba di lokasi mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu.
 
 
 
KUANTAN- Gara-gara tersilap laluan, seorang pemandu maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan tiga kenderaan ketika dia cuba berpatah balik dengan memandu secara melawan arus di Kilometer 25, Jalan Pintasan Sungai Ular, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kemalangan kira-kira jam 9 malam itu, mangsa, Mohamad Othman, 58,  dari Kemaman, Terengganu meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan anggota badan.

Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Deputi Superintendan Mohamad Noor Yusof Ali berkata, Mohamad Othman yang memandu kereta Perodua Kancil dipercayai dalam perjalanan dari arah bandar Kuantan menghala ke
Kemaman, Terengganu.

Menurutnya,  sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai tersilap laluan dengan memasuki lorong untuk berpatah balik ke arah bandar ini.

"Menyedari laluan itu salah, mangsa difahamkan berpatah balik dengan memandu secara melawan arus.

"Tindakannya membawa padah apabila kereta dipandu  merempuh tiga kenderaan iaitu van jenis Kia Pregio milik Universiti Teknologi Malaysia (UTM)  dan Toyota Hiace sebelum merempuh kereta Proton Inspira," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohd Noor berkata, anggota bomba yang tiba di lokasi selepas dihubungi mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu.

"Bagaimanapun dia disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan sebelum mayatnya dikeluarkan dan di hantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk dibedah siasat," katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa di tuntut oleh ahli keluarganya bagi urusan pengebumian.

"Siasatan awal mendapati mangsa cuba berpatah balik selepas tersilap laluan, namun tindakannya itu mengundang padah hingga meragut nyawanya apabila bertembung dengan tiga kenderaan lain.

"Pemandu dan penumpang kenderaan lain yang terlibat dilaporkan  tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Menurutnya, kemalangan yang meragut nyawa pemandu itu  di siasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1988.

Justeru, beliau menasihati pengguna jalan raya supaya mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan dan tidak bertindak sewenang-wenangnya dengan mengambil mudah aspek keselamatan kerana tindakan  itu bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah nyawa orang lain.

Orang Singgah Pengkalan Kubor Kerana Kenduri Kahwin - Calon Bebas

Posted: 18 Sep 2014 05:28 AM PDT

Oleh: IZRA ABDUL RAHMAN
 
 
Calon Bebas, Izat Bukhary (kanan) hadir bersama pencadang dan penyokong semasa pendaftaran penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.01 Pengkalan Kubor di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat baru-baru ini. Beliau bertanding bersama calon Barisan Nasional (BN), Mat Razi Mat Ail dan calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim.
 
 
 
KALI ini calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Izat Bukhary Ismail Bukhary nampaknya tidak kekok bertemu penduduk kampung berbanding sebelumnya.

Di sebuah kawasan perkampungan nelayan, dalam cuaca panas terik, kelihatan dia bersama isterinya, Nor Azian Mohd Hanafiah, 47, mesra berborak dengan mereka yang sedang menikmati sup belut di sebuah gerai di tepi jalan.

Rancak benar bualan mereka. Tanpa mengetahui butir-butir perbualan, sesekali mereka ketawa, bertepuk bahu dan selepas beberapa ketika, mereka bersalam-salaman sebelum Izat Bukhary menyapa pelanggan di meja seterusnya.

"Undilah saya...calon Bebas, saya guna lambang pen. Pen penentu masa depan anda.

"Kerajaan memang sudah terbentuk dan tak boleh diubah, tapi pemimpin masih boleh kita ubah," katanya dalam loghat Kelantan.

Sebagai reaksi terhadap kata-katanya, pelanggan yang kebanyakan sedang asyik menikmati sup belut bersama nasi putih memandang wajahnya, tersenyum, sambil mengangguk-anggukkan kepala.
Anggukan itu mungkin memberi dua maksud!

Anggukan kosong untuk tidak mengecewakan calon Bebas itu barangkali, atau anggukan tanda setuju dengan apa yang baharu diucapkannya, walau ia dilafazkan dalam nada selamba dan bersahaja.

Izat Bukhary, 47 mengakui tidak punya banyak kudrat dan wang ringgit untuk kempennya berbanding dua calon yang 'dipayungi' parti Barisan Nasional (BN) dan PAS.

Apa yang dia ada hanyalah 65 undi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang mungkin boleh dijadikan 'modal' kempen dan paling penting semangat untuk melakukan perubahan di Pengkalan Kubor.

Namun, dia mengakui 'berbelanja lebih' untuk kempen kali ini berbanding kempen ketika PRU-13.

"Bukan nak tunjuk hebat, saya guna dana sendiri tak ada tajaan atau peruntukan daripada mana-mana pihak.

"Kali ni ada rezeki lebih sedikit, jadi saya belanja lebih," katanya tanpa mahu menyebut sebarang angka.

Janji

Tanpa teragak-agak, anak kelahiran Kota Bharu ini berjanji akan membawa perubahan besar di Pengkalan Kubor jika diberi peluang.

"Saya berminat dengan Pengkalan Kubor kerana kawasannya kecil. Kalau saya menang agak mudah saya nak buat perubahan dalam masa kurang lima tahun," katanya.

Di sebalik santun tutur katanya, pensyarah ini juga sempat mengibaratkan dirinya seperti seekor burung tanpa sangkar.

"Sangkar adalah parti, saya tak ada sangkar.

"Kita tak tahu apa yang ada di dalam sangkar. Ada yang retak, pecah," katanya penuh makna.
Untuk kempennya kali ini, dia menggunakan poster berwarna hitam dengan kata-kata yang difikirkan berkesan untuk menarik minat penduduk.

Salah satu ayat yang tertera di poster kempennya adalah - "Siapa Izat Bukhary. Orang Islam. Orang Melayu. Orang Kelantan inginkan perubahan."

"Saya berkempen macam inilah. Keluar jumpa penduduk, beri penjelasan dengan mereka, semoga sikit-sikit hati mereka akan terbuka.

"Memang tak agresif (kempen), sebab saya bukan bergerak berkumpulan. Poster (kempen) saya keluarkan sikit-sikit," katanya mengenai perkembangan kempennya.

Ceritanya lagi, dia dan isteri, sering datang ke Pengkalan Kubor untuk meninjau perkembangan kawasan ini, namun tanpa berselindung dia berkata pembangunan di sini tidak dapat dilihat dengan jelas.

"Maaflah, kalau nak kata kawasan bebas cukai, ramai penduduk lebih selesa berbelanja di Tesco.
"Sayang nak berbelanja di sini dengan selesa dengan wang RM100, berbanding RM100 di tempat lain.

"Yang datang ke sini bukan sebab memang nak datang ke sini. Kebetulan datang Kelantan, ada kenduri kahwin, jadi mereka singgah sekejap," katanya.

Cabaran

Tanpa mahu menghiraukan gangguan dan cakap-cakap 'nakal' yang dihamburkan kepadanya, Izat Bukhary berkata, dia lebih senang menumpukan perhatian terhadap kempen mendekati penduduk kampung.

Katanya, dia menerima sokongan tidak berbelah bahagi daripada isteri dan ahli keluarganya untuk bertanding buat kali kedua di sini.

Isterinya berkata, suaminya itu mempunyai hasrat yang besar untuk melakukan perubahan dan dia yakin akan kemampuan suaminya jika penduduk memberikan peluang.

"Saya sokong dia kerana saya kenal dia. Saya tahu hasrat dan niat dia.

"Jika dia berjaya, dia tahu apa yang dia nak buat," katanya.

MH370: Kapal induk GO Phoenix berlepas hari ini

Posted: 18 Sep 2014 05:22 AM PDT

SINAR HARIAN

MH370



KUALA LUMPUR - Petronas bersama-sama dengan konsortium Deftech and Phoenix International akan mengerahkan kapal induk GO Phoenix dan kenderaan sonar ditunda Pro Synthetic Aperture Sonar atau ProSAS untuk menyertai misi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 3 Mac.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata GO Phoenix yang kini berada di Jakarta, Indonesia akan berlepas hari ini ke kawasan pencarian dan dijangka tiba di selatan Lautan Hindi pada 25 September.

"GO Phoenix akan menjalankan aktiviti pencarian selama 20 hari sebelum ke Pelabuhan Fremantle untuk mendapatkan bekalan baharu dan dijangka tiba di pelabuhan itu pada 20 Oktober.

"Kapal itu turut dilengkapi sonar pelbagai peringkat cahaya untuk tempat tersorok dan jika sebarang objek dikenal pasti semasa operasi pencarian itu, Phoenix International juga memiliki keupayaan mengambil objek itu dengan kenderaan kawalan jauh (ROV)," katanya dalam sidang akhbar berhubung perkembangan tragedi MH370 dan MH17 di sini hari ini.

Menteri itu berkata ProSAS yang ditempatkan atas kapal Go Phoenix mempunyai keupayaan untuk melakukan pencarian pada kedalaman sehingga 6,000 meter dan meliputi 194 kilometer persegi sehari.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata berdasarkan perbincangan antara Biro Jawatankuasa Pengangkutan Australia (ATSB) dan Jawatankuasa Pengerahan Aset pada 3 September, GO Phoenix akan ditugaskan di sektor 10A hingga 13A manakala kapal Furgo Discovery akan meneruskan tinjauan "bathymetric' di sektor 15A hingga 18A.

Katanya Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas Tan Sri Shamsul Azhar dan beliau akan ke Perth hujung bulan ini untuk mendengar taklimat berhubung operasi itu serta berjumpa dengan kru dan kakitangan kapal GO Phoenix.

Menteri itu berkata beliau juga akan mengadakan perbincangan lanjut dengan China minggu depan berhubung pengerahan aset-aset bagi operasi mencari MH370 melibatkan dua kapal China yang terlibat dalam fasa pertama misi pencarian iaitu ZhuKezhen dan Hai Xhun.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai penemuan 58 objek keras di selatan Lautan Hindi, Hishammuddin berkata pihaknya tidak akan membuat sebarang pengumuman terhadap apa juga petunjuk selagi tiada sebarang pengesahan dibuat.

"Misi pencarian ini bukan kita (Malaysia) buat secara sendirian, tapi bersama dengan China dan Australia, maka kita buat pengesahan bersama," katanya.

Pada 14 September, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pasukan pencarian MH370 menemui 58 objek 'pejal' yang tidak konsisten dengan permukaan dasar Lautan Hindi.

Liow Berkata Pusat Penyelaras Agensi Bersama Australia (JACC) kini mengumpul semua objek berkenaan untuk dianalisis bagi menentukan sama ada objek pejal itu batu atau bangkai pesawat MH370.

Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 pagi pada 8 Mac dan hilang daripada radar kira-kira sejam kemudian ketika merentasi Laut China Selatan.

Ia sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Misi mencari dianggotai pelbagai negara digerakkan untuk mencari pesawat itu di Laut China Selatan dan Laut Andaman sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada 24 Mac bahawa Penerbangan MH370 'berakhir di selatan

Lautan Hindi'. Usaha mencari pesawat itu masih diteruskan. - Bernama

Sallehen Mukhyi nafi jadi pilihan istana

Posted: 18 Sep 2014 05:20 AM PDT

SINAR HARIAN

Sallehen Mukhyi
 
 
 
BATU PAHAT - Exco Negeri Selangor Sallehen Mukhyi menafikan beliau menjadi pilihan Istana Selangor untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Sallehen, yang juga Timbalan Pesuruhjaya (1) Pas Selangor, dikerumuni wartawan sebaik sahaja selesai berucap membahaskan ucapan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar Pas ke-60 di Parit Raja, hari ini.

"Bukan, bukan (saya). Kita tidak tahu lagi (nama Menteri Besar Selangor yang baharu). Saya tidak ada maklumat lagi. Isnin pagi atau Selasa akan dimaklumkan. Yang pasti bukan saya," katanya.

Selain beliau, turut dinamakan sebagai calon pilihan Pas untuk menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar ialah Dr Ahmad Yunus Hairi dan Iskandar Abdul Samad, kedua-duanya exco negeri.
Iskandar juga merupakan Pesuruhjaya Pas Selangor.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani hari ini mengesahkan majlis angkat sumpah Menteri Besar Selangor yang baru, bakal diadakan Selasa ini di Istana Alam Shah, Klang.

Kenyataan daripada Istana Selangor itu bakal menandakan berakhirnya krisis berpanjangan jawatan Menteri Besar Selangor.

Sallehen juga berkata pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu diharap menjadi jalan penyelesaian terbaik untuk mengatasi kemelut jawatan itu sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

"Kita berharap ini adalah jalan penyelesaian yang terbaik, sebab kita tiada forum atau ruang yang terbaik kecuali rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat terima pilihan Istana (Selangor)," katanya. - Bernama

Kabel dasar laut sedang dibaiki, internet perlahan

Posted: 18 Sep 2014 05:18 AM PDT


Kabel dasar laut sedang dibaiki, internet perlahan
 
 
 
SHAH ALAM – Pengguna perkhidmatan jalur lebar Telekom Malaysia (TM) yang mengalami gangguan semasa melayari internet sejak semalam mungkin terpaksa menunggu seketika sementara sistem teknikal pihaknya dibaik pulih.

Laman mikro Twitter Telekom Malaysia (TM) @TMConnect yang turut mengesahkan kenyataan tersebut berkata, masalah itu oleh kerosakan pada kabel dasar laut AAG (Asia America Gateway).

"Kami mengalami sedikit kesulitan melibatkan penghantaran dan penerimaan trafik data daripada dan kepada  Amerika Syarikat (AS) yang disebabkan oleh kerosakan pada kabel dasar laut AAG.

"Masalah berkenaan sedang diatasi, dan kerja membaik pulih kabel AAG tersebut sedang  dilakukan.Sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan daripada pihak kami," katanya seperti yang dipetik melalui laman rasmi Twitter TM.

Kabel dasar laut AAG menghubungkan pengguna Asia kepada ke pelayar (server) yang berpusat di Amerika Syarikat (AS).

Perkhidmatan pesanan seperti Whatsapp juga dijangka terganggu.

Menurut beberapa kemaskini (update) oleh @TMConnects pihaknya juga berusaha untuk mempercepatkan proses baik pulih yang kini sedang giat dijalankan.

Pas akui syarat tahaluf siyasi dalam PR longgar

Posted: 18 Sep 2014 05:15 AM PDT


Muktamar
 
 
 
BATU PAHAT - PR mempunyai syarat tahaluf siyasi yang longgar, oleh kerana itu setiap parti dalam gabungan itu boleh menggunakan ideologi masing-masing (parti), kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sehubungan itu, beliau menegaskan sekali lagi bahawa prinsip Pas masih lagi teguh bersama PR.

Abdul Hadi juga berkata, buat masa ini tidak berlaku pelanggaran dasar tahaluf siyasi antara parti komponen dalam PR.

"Sehingga ini tidak berlaku lagi perkara yang menyentuh perkara dasar," katanya pada sidang media di Muktamar Tahunan Pas di Parit Salleh Ros, Parit Raja, di sini, hari ini.

Ditanya apa yang dianggap boleh melanggar tahaluf siyasi itu, Abdul Hadi menyatakan, "kita mempunyai prinsip umum iaitu mendukung demokrasi, keadilan kepada semua dan tidak ada percanggahan antara satu sama lain.

Menyentuh soal kemelut Menteri Besar Selangor yang dihadapi PR,  Abdul Hadi yakin masalah itu ada jalan penyelesaiannya.

"Sudah tentu ada jalan keluar. Kita tahu perlembagaan, Pas bukan sahaja parti politik yang ada kerusi dalam pilihan raya, termasuk sultan dalam perlembagaan," katanya.

Abdul Hadi menyifatkan kemelut yang berlaku itu sebagai masalah yang perlu diselesaikan.

"Apa yang berlaku itu bukan insiden tetapi masalah yang perlu diselesaikan. Umno juga ada masalah di Terengganu dan Perlis.

"Memang kita berdepan dengan masalah. Setiap parti ada masalah dan kita yakin dapat menyelesaikannya," katanya.

Beliau juga yakin, hubungan antara parti dalam PR kembali pulih selepas selesai isu terbabit.

Kes UPSR bocor hanya libat kalangan guru

Posted: 18 Sep 2014 05:13 AM PDT

SINAR HARIAN

UPSR Bocor   



PUTRAJAYA - Kes kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) hanya melibatkan serangkaian guru-guru sekolah dan bukan sindiket jenayah, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
  
Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada guru-guru yang ditahan polis sebelum ini berhubung kes kebocoran itu mempunyai hubungan antara satu sama lain.
  
"Kita dah tahan beberapa individu dan apa yang diperoleh polis adalah mereka ini terlibat dalam bidang pendidikan di peringkat sekolah rendah.
  
"Berdasarkan maklumat dari siasatan yang telah dilakukan, ia melibatkan hanya individu tetapi ada kemungkinan rangkaian dalam kalangan mereka untuk beri kemudahan menjawab soalan kepada kumpulan tertentu," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Ketua Polis Palestin Mej Jen Hazim Atallah di pejabatnya di sini, hari ini.
  
Menteri itu mengesahkan akan ada lagi tangkapan baharu berhubung kes itu dalam kalangan warga pendidik.

"Tangkapan lain ada...tidak libatkan VIP tetapi warga pendidik iaitu guru sekolah dan guru besar dan rangkaian ini dalam kalangan mereka sahaja...kita juga akan siasat sama ada individu yang sama melakukan kebocoran pada tahun-tahun sebelum ini," katanya.
  
Setakat semalam, polis telah menahan 12 individu terdiri daripada 10 guru, seorang ejen insurans dan seorang jurutera bagi membantu siasatan kes kebocoran kertas peperiksaan itu manakala 18 individu telah dipanggil untuk memberi keterangan.
  
Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid mendudukinya Khamis lepas manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan sebelum pelajar mendudukinya pada hari yang sama.
  
Lembaga Peperiksaan Malaysia menetapkan 30 September sebagai tarikh baharu peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran itu.

Sementara itu semasa diminta mengulas tindakan anggota Parlimen Kuching Chong Chieng Jen yang mempertikaikan lagu kebangsaan Negaraku dimainkan di panggung wayang, Ahmad Zahid berkata beliau seharusnya menghormati lagu kebangsaan.
  
"Adakah dia anggap Malaysia sama taraf dengan komunis...dia sebagai ahli politik biarpun berbeza parti dia patut hormat lagu itu. Dia patut tahu bezakan pegangan politik dan ketaatan kepada negara apatah lagu itu lagu kebangsaan.
  
"Saya sukacita apabila dia tarik balik dan memohon maaf bermakna dia ada kesedaran atas kesalahan yang dilakukannya," katanya.
  
Chong baru-baru ini didakwa mempertikaikan lagu Negaraku yang dimainkan di pawagam dalam akaun Facebooknya, telah mendapat kritikan pelbagai lapisan masyarakat sehingga membuatkan beliau akhirnya memohon maaf secara terbuka di Facebook dan menarik semula status tersebut. - Bernama

MB baru angkat sumpah Selasa ini

Posted: 18 Sep 2014 04:59 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Menteri besar baru Selangor akan mengangkat sumpah pada jam 10 pagi Selasa depan di Istana Alam Shah, Klang.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani.

Difahamkan, kad undangan untuk upacara itu dilapor sudah dihantar kepada pemimpin-pemimpin negeri, wakil rakyat dan orang-orang kenamaan.

Menurut Mohamad Munir lagi, pilihan menteri besar baru itu akan didedahkan kemudian dan keputusan akhir telah dibuat.

Beliau ketika dihubungi bagaimanapun enggan mendedahkan menteri besar baru itu daripada parti mana.

Istiadat itu difahamkan akan diadakan di Balairong Seri istana dan tetamu undangan dikehendaki memakai pakaian kebangsaan dan bersongkok hitam.

Bernama melaporkan, mereka difahamkan Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa Azmin Ali calon yang bakal mengangkat sumpah jawatan tertinggi pentadbiran negeri Selangor itu.

Namun, lapor agensi berita nasional, ketika diminta mengulas perkara itu,  Munir enggan mengesahkannya.

Sementara itu, PKR dan DAP Selangor ketika dihubungi Malaysiakini berkata mereka masih tidak tahu menahu berhubung siapakah calon pilihan sultan itu.

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan timbalannya Azmin Ali juga ketika dihubungi berkata mereka masih belum menerima undangan ke istiadat itu daripada pihak istana.

Ditemui di Muktamar PAS di Johor hari ini, exco Selangor daripada PAS Sallehen Mukhyi enggan mengulas berhubung spekulasi sekitar calon berpotensi.

Nama-nama dilihat berpotensi setakat ini termasuk Azmin, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok daripada PKR Ijok rep Idris Ahmad, Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad dan ADUN PAS Sijangkang Yunus Hairi.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan seorang lagi exco PAS Iskandar Samad berkata mereka tidak menerima apa-apa jemputan berhubung majlis pelantikan itu.

Mustafa berkata PAS pusat memutuskan bahawa jawatan tersebut adalah kerusi yang di berikan kepada rakan sekutunya, PKR.

"Saya tidak dengar apa-apa, saya tak tahu apa-apa. Saya tidak boleh komen perkara yang saya tidak tahu," katanya sambil tidak mahu membuat andaian jika calon PAS dilantik ke jawatan itu.

"Terserah kepada sultan. Memang kita tidak boleh (masuk campur), sebab dia (Sultan) kuasa prerogatif dia. Dan biasanya kita sudah mengalami banyak negeri macam tu. Suka tak suka, tak tahulah.

"Semua kena terima bukan sahaja PAS," katanya bagi menjawab soalan sama ada PAS bersetuju dengan keputuan sultan selepas ini.

Mengulas perkara yang sama, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata: "Kita tetap dengan keputusan 7 September."



Laporan tambahan oleh Abdul Rahim Sabri dan Nigel Aw.

Tanah rizab Melayu: Dah ambil ganti balik

Posted: 17 Sep 2014 04:31 PM PDT

 
Sepatutnya tanah rizab Melayu sepanjang masa kekal 50 peratus sebagaimana yang terkandung dalam perlembagaan negara dan selaras dengan wasiat Raja-Raja Melayu.


Ibrahim_ali


PETALING JAYA: Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali mendesak Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu Berhad (MTEM) menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi mengambil tindakan untuk memastikan rizab Melayu yang belum diganti diselesaikan segera.

Menurut Ibrahim, Ahli Majlis Tertinggi Umno juga patut menubuhkan jawatankuasa untuk tujuan sama.

"Menjadi kesalahan jenayah jika tanah rizab Melayu tidak diganti mengikut kehendak undang-undang," katanya kepada FMT.

Gesaan itu dibuat berikutan tanah rizab Melayu kini hanya tinggal 12 peratus sahaja.

"Sepatutnya tanah rizab Melayu kekal 50 peratus sepanjang masa, sebagaimana yang terkandung dalam perlembagaan negara dan selaras dengan wasiat Raja-Raja Melayu.

"Namun rizab Melayu yang diambil tidak diganti sebagaimana yang ditetap oleh undang-undang," jelasnya.

Tambahnya, beliau sudah beberapa kali membangkitkan perkara tanah rizab Melayu sewaktu menjadi Ahli Dewan Rakyat.

"Selain itu sewaktu Persidangan Agung Perkasa, dua tahun berturut-turut saya telah berucap dalam membentangkan usul mengenai Tanah Rizab Melayu, namun tiada apa-apa tindakan.

"Oleh itu saya rasa isu tanah rizab Melayu makin serius dan kerajaan harus menyelesaikan segera masalah ini," ujarnya.

Iktiraf hak Sabah, Sarawak

Posted: 17 Sep 2014 04:29 PM PDT

 
Jika pemimpin-pemimpin persekutuan dan Malaya tidak menghormati asas pembentukan Malaysia, maka Sabah dan Sarawak mempunyai hak undang-undang untuk tidak berterusan dengan Malaysia.


batu sumpah


KENINGAU: Orang ramai yang berkumpul tidak jauh dari Batu Sumpah selepas dihalau oleh pihak polis pada Hari Malaysia, berpendapat bahawa kerajaan persekutuan perlu menepati semua janjinya kepada Sabah dan Sarawak yang mula-mula dibuat pada 16 September 1963 .

"Putrajaya sebagai permulaan harus meminda Perlembagaan Persekutuan untuk mencerminkan bahawa Sabah dan Sarawak adalah setaraf dalam perkongsian dengan semenanjung dalam Persekutuan Malaysia," kata Ahli Dewan Undangan Bingkor dalam satu kenyataan yang mencerminkan sentimen di Batu Sumpah.

"Kami tidak pernah tawar-menawar untuk status masa kini kami sebagai negeri ke-12 dan ke-13 di dalam Persekutuan."

Beliau menasihatkan pemimpin-pemimpin semenunjung, dari kerajaan BN dan pembangkang Pakatan, untuk berhenti bercakap kosong dan memperdaya rakyat Sabah dan Sarawak dengan janji manis mereka demi masa depan Malaysia.

"Masanya telah tiba untuk semua pihak terutamanya kerajaan persekutuan untuk membetulkan kesilapan lalu mengenai pembentukan Malaysia dan menyelamatkan Malaysia sebelum ianya terlambat," katanya.

Beliau merujuk kepada kenyataan pelbagai pemimpin semenanjung termasuk dari PKR, DAP, MCA dan Gerakan yang kesimpulannya mereka mengakui bahawa banyak kesalahan telah dilakukan terhadap negara-negara Borneo.

Selanjutnya, mereka juga mengambil perhatian bahawa terdapat perkembangan yang sangat sedikit dan pulangan yang tidak adil 5 peratus daripada perolehan minyak dan gas Sabah dan Sarawak.

"Rakyat Sabah dan Sarawak sangat tidak berpuas hati dan ia telah mencapai perkadaran epik," kata Jeffrey. "Kerajaan persekutuan tidak boleh menyalahkan orang-orang yang mempunyai rasa tidak puas hati yang sah."

Malah Timbalan Menteri Dalam Negeri dari Sarawak, Wan Junaidi Tuanku Jaafar, mengakui bahawa perbezaan besar dan di bawah pembangunan adalah salah satu punca rasa tidak puas hati itu, katanya.

"Sabah dan Sarawak tidak meminta untuk hak-hak tambahan atau mengambil apa-apa hak dari negeri lain tetapi pemulihan hak-hak mereka yang telah dijanjikan atau diambil dari mereka."

"Jika pemimpin-pemimpin persekutuan dan Malaya tidak menghormati asas pembentukan Malaysia, maka Sabah dan Sarawak mempunyai hak undang-undang untuk tidak berterusan dengan Malaysia," tegas Jeffrey. "Ia tidak menjadi pemisah atau puak pemisah."

'Keluar untuk solat Asar, bukan protes'

Posted: 17 Sep 2014 04:27 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyangkal dakwaan wujudnya protes terhadap Timbalan Presiden Mohamad Sabu apabila sebilangan anggota perwakilan Pemuda meninggalkan dewan semasa Mohamad berucap merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS di Kota Tinggi, semalam.

Beliau berkata mereka meninggalkan dewan kerana hendak menunaikan sembahyang fardu Asar yang merupakan perkara biasa setiap kali muktamar berlangsung.

"Sebahagian mereka (perwakilan) adalah musafir. Mereka mungkin belum menunaikan solat fardu Zuhur kerana menunggu Asar untuk melakukan solat jamak.

"Saya ingat itu bukan protes...tidak betul... setiap tahun akan dibenarkan keluar dewan secara bergilir- gilir (untuk menunaikan sembahyang)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Dewan Muslimat PAS ke-54 di Pulai Springs Resort, di Johor Bahru, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan sebilangan anggota perwakilan Pemuda PAS yang meninggalkan dewan sejurus Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu memulakan ucapan perasmiannya di Dewan Choon Moi dan tindakan itu didakwa sebagai tanda protes terhadap Mohamad.

Mengenai perwakilan yang memakai jaket hitam bertulis, 'Kami bersama Presiden dan Majlis Syura', beliau berkata tindakan itu merupakan perkara biasa sebagai tanda sokongan kepada kepimpinan parti.

Sementara itu, Tuan Ibrahim yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, menyeru pengundi di luar Kelantan supaya pulang menunaikan tanggungjawab walaupun hari pengundian 25 Sept ini adalah hari bekerja.

"Hari mengundi adalah hari Khamis iaitu hari bekerja di negeri lain dan ia sangat berdekatan dengan tarikh hari raya Aidiladha. Keadaan ini meletakkan pengundi dalam keadaan payah membuat pilihan kerana mereka terpaksa pulang dua kali ke Pengkalan Kubor iaitu untuk mengundi dan menyambut perayaan.

"Walau bagaimanapun, kita seru lebih 1,700 pengundi yang berada di luar kawasan DUN Pengkalan Kubor ini untuk pulang (mengundi)," katanya.

PRK DUN Pengkalan Kubor  membabitkan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail; Wan Rosdi Wan Ibrahim daripada PAS dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada BN Datuk Noor Zahidi Omar akibat kanser hati pada 20 Ogos lalu.

Terdahulu, dalam ucapannya, Tuan Ibrahim mengingatkan anggota parti supaya tidak mempercayai fitnah yang dibawa musuh ke dalam parti bagi memecah-belahkan parti itu.

Beliau turut meminta anggota PAS supaya membudayakan kerja secara jemaah dalam menjaga ukhuwah setiap anggota parti.- Bernama

Teriak & tangis ibu gesa PM beri keadilan

Posted: 17 Sep 2014 04:26 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Tangis dan teriak menyelubungi sidang media seorang ibu kepada seorang pegawai bank yang mati dibunuh di Kuala Lumpur hari ini.

Mendakwa terdapat kesilapan mahkamah, Law Boh Ing menggesa perkara itu diperbetulkan.

"Saya harap perdana menteri kita, ketua hakim dan peguam negara mendengar kekhuatiran ini dan memberikan kami jawapan," katanya dalam sedu-sedan, sambil ditemani anak perempuannya.

Bagaimanapun, pada suatu masa, Hie Huong, kakak si mati Wong Jing Kui juga tidak dapat mengawal perasaannya ketika beliau dan ibunya menceritakan semula kecederaan saudara lelaki kandungnya itu.

Beliau sempat keluar seketika daripada bilik sidang media.

Jing Kui dibunuh pada 14 Jun 2012 dan Ling Hoe Ing kemudian mengaku bersalah atas dakwaan membunuh tanpa niat dan dihukum penjara 16 tahun oleh Mahkamah Tinggi Sibu tahun lepas.

Dua lagi, yang dituduh bersubahat dibebas tanpa dilepaskan oleh mahkamah.

Pensyarah cabar kesahan Akta Hasutan

Posted: 17 Sep 2014 04:24 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Pensyarah undang-undang Prof Madya Dr Azmi Sharom, yang berdepan pertuduhan bawah Akta Hasutan 1948, hari ini memfailkan permohonan mencabar kesahan undang-undang itu daripada aspek perlembagaan.

Peguamnya Gobind Singh Deo berkata, Azmi memohon mendapatkan arahan supaya Mahkamah Sesyen merujuk kesahan Seksyen 4(1) Akta Hasutan yang akan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi.

Beliau juga memohon pertuduhan terhadapnya ditangguh atau dibatalkan, kata Gobind kepada wartawan selepas memfailkan permohonan itu di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur hari ini.

Azmi, kakitangan akademik Universiti Malaya (UM), pada 2 September mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan terhadapnya bawah akta kontroversi itu dan dibebaskan dengan jaminan RM5,000.

Sebutan kesnya ditetapkan pada 3 Oktober.

PBB gesa henti tindakan Akta Hasutan

Posted: 17 Sep 2014 04:22 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi Manusia menyuarakan kebimbangan terhadap apa yang dilihatnya sebagai peningkatan penindasan untuk bersuara secara aman di Malaysia.

"Akta Hasutan Malaysia terlalu luas dan tidak menggariskan kriteria
yang jelas untuk hasutan," kata jurucakap itu Rupert Collvile (kiri) dalam satu kenyataan.

"Kami menyeru kerajaan supaya segera memulakan kajian semula yang dijanjikan terhadap akta tersebut dan memansuh atau memindanya selaras dengan obligasi hak asasi manusia antarabangsa."

Oleh itu, ia menggesa kerajaan menghentikan tindakan di bawah akta itu dan menggugurkan semua pertuduhan.

Colville menegaskan bahawa antara 19 orang yang berdepan tindakan di bawah akta tersebut sejak bulan Ogos termasuk anggota masyarakat sivil dan pemimpin agama.

Beliau berkata antara kes-kes yang membimbangkan termasuk  penangkapan wartawan Malaysiakini, Susan Loone (kanan) atas dakwaan menghasut.

Colville juga menimbulkan kebimbangan mengenai siasatan terhadap peguam Edmund Bon dan pensyarah undang-undang Universiti Malaya, Azmi Sharom.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lepas berkata kerajaan sedang mengkaji sama ada untuk menggantikan atau meminda akta tersebut.

Beliau sebelum ini berjanji untuk memansuhkan akta era penjajah itu pada 2012.

Berikutan protes yang meningkat, Peguam Negara Tan Abdul Gani Patail berkata pejabatnya sedang mengkaji tuduhan hasutan terhadap Azmi dan kes-kes lain.

Raikan penerima Pingat Gagah Berani

Posted: 17 Sep 2014 04:16 PM PDT

 
Penerima PGB tidak diraikan semasa Sambutan Kemerdekaan pada 31 Ogos di Kapit diikuti hari jadi Gabenor Sarawak pada 13 September serta sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan yang diadakan di Miri semalam.


iban trackerKUCHING: Bilangan bekas tentera yang masih hidup dan berhak menerima Pingat Gagah Berani (PGB), anugerah yang tertinggi di Malaysia, semakin berkurangan.

Mereka tidak boleh boleh dilupakan selama-lamanya.

Penerima PGB dalam kebingungan dan kecewa 'ketinggalan' dalam acara baru-baru ini.

Mereka tidak diraikan semasa Sambutan Kemerdekaan pada 31 Ogos di Kapit diikuti hari jadi Gabenor Sarawak pada 13 September,begitu juga dengan sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan yang diadakan di Miri semalam.

Penerima PGB Mejar (B) Michael Riman dalam satu kenyataan amat kecewa dengan hal terbabit.

"Ia kelihatan seperti orang kita secara beransur-ansur melupakan sumbangan kita untuk negeri dan negara. Kita tidak meminta layanan istimewa tetapi menjemput kami untuk menjadi sebahagian daripada perayaan sekurang-kurangnya akan membuat kami merasa bangga dengan apa yang negeri dan negara telah capai.

"Kita tidak tahu sama ada ia adalah disebabkan oleh salah faham atau sengaja dibuat tetapi apa sebab itu adalah hakikatnya kita semua berasa sangat kecewa dan marah," katanya dalam sebuah akhbar tempatan.

sarawak rangerBeliau berkata pada masa lepas mereka selalu dijemput untuk datang dan menyaksikan acara penting negeri tetapi terkejut kali ini tanpa ada alasan yang kukuh dan membuatkan mereka sangat kecewa.

Michael sempat merujuk perkara ini kepada Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Negeri (JHEV) Lt. Col Monday Juhid tetapi pihak mereka tidak mendedahkan perkara sebenar.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Veteran Sarawak Rangers Mejar (B) Sharkawi Dawi berkata pemegang PGB mengongsikan kekecewaan mereka kepada beliau.

"Tidak banyak daripada mereka yang tinggal … barangkali kurang daripada 10 yang kini kebanyakannya di atas 60 tahun. Mereka mahu menjadi sebahagian daripada acara istiadat sekurang-kurangnya sebagai tetamu sepertimana yang diberikan oleh protokol," kata beliau.

PEMENANG akan hantar memorandum kepada Raja-Raja

Posted: 17 Sep 2014 04:09 PM PDT

 
Memorandum itu berkenaan Tanah Rizab Melayu (TRM) yang seharusnya di kekalkan di paras 50% di negeri-negeri di Malaysia yang di ketuai oleh Raja-Raja.


pemenangGEORGE TOWN: Persatuan Orang Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) akan menghantar satu memorandum kepada Perdana Menteri dan Raja-Raja Tanah Melayu supaya TRM di kekalkan pada paras 50% di negeri-negeri yang di ketuai oleh Raja-Raja berdasarkan satu perjanjian yang di meterai pada tahun 1957.

Presiden PEMENANG Mohd Yussof Latiff berkata, memorandum tersebut akan menekankan pentingnya TRM demi melindungi hak-hak orang Melayu dan perlunya pembangunan-pembangunan yang membawa manfaat kepada masyarakat. PEMENANG juga akan bertemu dengan organisasi-organisasi Melayu yang lain seperti Persatuan Warisan Melayu (PEWARIS) Isnin depan untuk menetapkan dan melengkapkan isi kandungan memorandum tersebut yang di rencanakan akan siap dalam waktu dua minggu.

Mohd Yussof berkata, dasar memorandum berkenaan adalah Perjanjian Persekutuan Tanah Malaya yang di tandatangani oleh semua Raja-Raja Melayu pada 5 Ogos 1957. Perjanjian yang mengandungi tujuh poin itu yang di kenali sebagai Wasiat Kesultanan Melayu, separuh tanah-tanah di semua negeri-negeri di bawah naungan Raja-Raja Melayu seharusnya di gazet sebagai TRM. Namun Pulau Pinang dan Melaka tidak tertakluk dibawah perjanjian ini.

Sebagai bahan bukti, Mohd Yussof melampirkan kajian ilmiah yang di laksanakan oleh Mohd Hasrol Haffiz Aliasak dari UiTM yang menunjukkan bahawa TRM telah menyusut; dari 15.87% dalam tahun 1921,13.35% di tahun 1955 dan 12% di masa sekarang. Kebanyakkan TRM diambil alih oleh kerajaan pusat dan negeri untuk pembangunan kepentingan umum.

Mohd Yussof menjelaskan bahawa setiap TRM yang diambil, wajib diganti. Namun tidak pernah dilakukan.

"Ini perkembangan yang mengejutkan dan menakutkan kerana perjanjian itu di buat untuk melindungi TRM demi hak-hak orang Melayu."

“Muhyiddin tak faham apa dia cakap”

Posted: 17 Sep 2014 04:07 PM PDT

 
Beliau tidak berada di tempat PRK sepanjang kempen, apa yang berlaku beliau tidak tahu.


muhyiddin umnoPENGKALAN KUBOR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disifatkan "tidak faham apa yang beliau cakap".

Pengarah Operasi PRK N.01, Pengkalan Kubor, Dato' Wan Rahim Wan Abdullah berkata Timbalan Perdana Menuduh PAS membuat serangan peribadi terhadap calon BN sebagai tuduhan yang tidak berasas.

"Beliau tidak berada di tempat PRK sepanjang kempen, apa yang berlaku beliau tidak tahu,

"Sepatutnya beliau duduk berkampung di Pengkalan Kubor, untuk mengikut perkembangan yang berlaku baru boleh bercakap,"katanya.

Sepanjang berkempen PAS tidak pernah membuat serangan peribadi kepada parti lawan.

"Kita telah mengarahkan semua penceramah untuk tidak menggunakan serangan peribadi terhadap parti lawan,"ujarnya.

"Dalam berkempen tidak dinafikan ada sedikit percikan terhadap calon dan itu merupakan perkara biasa dalam suasana pilihanraya," tambah Wan Rahim.

Tiada ulasan: