Jumaat, 19 September 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Siapa sebenarnya Dr Azhari Ariffin yang baca doa panjang ....

Posted: 19 Sep 2014 08:26 AM PDT


Inilah orangnya yang sedang heboh diperkatakan orangramai kerana membelasan pimpinan parti sendiri melalui doa panjang menjela-jela.

Aku pelik, kenapa mamat ni pakai nama Azhari Ariffin dalam Muktamar PAS ni? Adakah sebab dia nak jaga namanya yang sebenar dalam dunia perniagaan konsultannya? Korang boleh akses biodata Dr Azhar bin Yaakub @ Ariffin  di sini

Itulah nama mamat tu sebenarnya.Mengapa dia nak merahsikannya? Kalau korang google nama Dr Azhari Ariffin, kalian hanya akan diarah kepada ucapannya pada Muktamar PAS yg sedang berlangsung ini. Harap disiasat perkara ini.

Berikut adalah antara doa yang beliau leterkan.Kesian para muktamirin terpaksa menadah tangan mereka begitu lama... hinggakan pengerusi tetap menegor mamat ni beberapa kali - rasang lebih dari 4 kali minta dia pendekan doa kalutnya itu.

 Sepatutnya mamat ni kena bahas ucapan dasar Presiden, tapi dia gi baca doa membelasah pimpinan yang tidak sehaluan dengannya.

Perwakilan Kuala Kedah Ust Ridzwan Abu Bakar telah mengulas kelakuan mamat tadi tu sejurus mamat tu habis baca doa dah berpantun. Pantun pun ada.....macam-macam ada! Loklak betul! Ramai yang memuji dan mengucapkan tahniah diatas tindakan Ust Ridzwan yang berani mencegah kemungkaran yangv sedang berlaku didepan mata, sedangkan para 'alim ulama khusyu' menadah tangan diatas pentas! Ziarahlah  facebook Ust Rizwan di sini


Wakil Kuala Kedah, Ust Ridzwan Abu Bakar menuntut agar tindakan 
dikenakan ke atas Azhari Ariffin yang membacakan doa laknat kepada timbalan presiden pas dan 2 adun selangor serta pro-pakatan rakyat.
17:00 ~ Ya Alah, alangkah jahatnya polan bin polan, andai masih ada manusia seperti ini dalam parti kami, justeru wahai Allah, jauhilah kami darpada mereka, dan jauhilah mereka daripada kami.Mereka khianat wahai Allah, mereka zalim wahai Allah, mereka menikam kami dari belakang wahai Allah.


17:22 ~ Ya Rabb, jangan biarkan mereka merosakan kepimpinan dan perjuanagan PAS yang kami sekalian kasihi, kesiahanilah kami wahai Allah, bentenglah kami wahai Allah!


 اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ
Ya Allah tunjukkanlah kebenaran itu kebenaran dan rezekikan kpd kami nikmat mengikuti kebenaran tersebut, wahai Allah, tunjukkanlah kebatilan itu kebatilan dan berikan kpd kami nikmat untuk menjauhi kebatilan tersebut.

17:56 ~ Ya Allah kami belajar kata-kata hikmah berbunyi:Kerana nila setitik, maka rosak susu sebelanga. 

18:04 ~ Wahai Allah, sekarang dalam parti kami ada dua titik nila yang merosakan parti dan ummah keseluruhannya.Satu titik nila bernama cap Ulu Kelang, dan satu titik nila, nila cop Morib.

18:20~ .....Aku dah tak tahan....korang dengarlah sendiri..Kah!Kah!Kah! "Satu titik nila bernama cap Ulu Kelang, dan satu titik nila, nila cop Morib..... korang tolong hafal doa tu. Hantu jembalang semua akan lari! Kah! Kah!


Ahli PAS mahu parti tolak jawatan MB Selangor

Posted: 19 Sep 2014 01:42 AM PDT

PAS mesti menolak pencalonan sebagai menteri besar Selangor sekiranya jawatan itu diberikan kepadanya, kata seorang pemimpin akar umbi dari Perlis semasa muktamar parti hari ini.

 Wan Kharizam Wan Khazim berkata PAS mesti berpegang teguh kepada prinsip integriti yang merupakan kekuatannya dan berpegang kepada janjinya terhadap rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) iaitu kerusi menteri besar Selangor milik PKR.

 "Ada kemungkinan jawatan itu diberi kepada PAS. Tetapi kita sudah janji, jawatan itu untuk PKR. Jadi, saya minta persidangan ini buat satu pendirian rasmi yang PAS akan tolak jawatan itu seperti yang kita umumkan pada 17 Ogos," katanya.

 Penganalisis berkata cara PAS menangani krisis menteri besar Selangor menyebabkan orang ramai mula hilang kepercayaan terhadap parti berusia 63 tahun itu. - Baca lagi di sini

BAL’AM BIN BA’URA’ : ULAMA’ YANG MATI KUFUR

Posted: 18 Sep 2014 07:34 PM PDT


Tergelincir hati boleh berlaku kepada mana-mana hamba Allah tidak kira walaupun dia seorang wali Allah atau hanya orang biasa yang mana boleh mengakibatkan seseorang itu mati dalam keadaan kufur. Dari cerita seorang pencuri kain kapan yang ditangkap setelah mencuri dari 1000 buah kubur orang Islam. Katanya selepas ditangkap, hanya satu jenazah sahaja yang mengadap kiblat yang lain berpaling dari arah kiblat kerana mereka ini semasa hidup zahirnya saja Islam tapi bathin mereka ini adalah kafir. Pada masa sekarang pun bolehlah kita lihat golongan ini walau pun nama saja Islam, tetapi cara hidup mereka ini bukan mencerminkan seorang Islam.


Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya Dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika Engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika Engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. ( Maksud ayat 176 : Surah al-A'raaf )

Demikianlah bandingan orang-orang Yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.

 Menurut Imam Fakhruddin Ar-Razi dan Imam Ibni Khathir, ayat ini diturunkan berkenaan dengan seorang lelaki dari Negara Yaman bernama Bal'am bin Ba'ura'. Sebilangan ulama lain menyatakan, Bal'am adalah seorang ahli ibadat yang mempunyai kemakbulan doa dari bangsa Bani Israel.

 Menurut cerita daripada Ibnu Abbas, pada zaman Nabi Musa a.s ada seorang alim bernama Bal'am bin Ba'ura. Allah s.w.t telah mengurniakan kepada Bal'am rahsia khasiat-khasiat nama-nama Allah Yang Maha Besar [ Do'a Bal'am bin Ba'ura mustajab] . Setelah peristiwa firaun dilemaskan dalam laut, Nabi Musa A.S dan bani Israel yang terselamat terus mengembara sehinggakan hampir sampai dengan negeri tempat tinggal Bal'am. Raja negeri tersebut ketakutan, takut kalau-kalau negerinya diserang oleh kaum yang telah berjaya menewaskan Firaun. Setelah bermesyuarat dengan penasihat-penasihatnya Raja tersebut memutuskan untuk meminta pertolongan Bal'am agar Bal'am menggunakan ilmunya [berdo'a] untuk mengalahkan Nabi Musa a.s.

 Pada mulanya Wali Allah ini menolak permintaan raja negeri tersebut kerana takutkan Allah SWT. Seperti juga sejarah Nabi Adam as yang mana iblis pernah menyuruh Nabi Adam memakan buah dari pohon yang dilarang oleh Allah SWT melalui Hawa. Tetapi Nabi Adam a.s terpengaruh dengan Hawa disebabkan bisikan iblis yang halus itu dan melanggari larangan Allah SWT dan diusir dari syurga dan dibuang ke dunia. Begitu juga raja negeri tersebut telah menggunakan isteri Bal'am seperti mana iblis menggunakan Hawa. Firaun telah memberi hadiah berupa barang-barang kemas dan perhiasan yang mahal kepada isteri Bal'am sebagai umpan supaya Bal'am mendoakan akan Nabi Musa as.

 Pada mulanya Bal'am masih tidak mahu mendoakan. Akan tetapi setelah isterinya tidak bercakap, melayannya dan menyediakan makanan seperti biasa dibuat. Lama kelamaan Bal'am pun bertanya kepada isterinya mengapa isteri beliau mogok dan beliau tidak dilayan seperti biasa dilakukan. Isteri Bal'am berkata "berdoalah bukan susah seperti yang dipinta oleh Raja".

 Bal'am dengan kekuatan ilmunya dan kemujaraban doanya telah mengenakan sekatan kepada Nabi Musa a.s. doa Bal'am itu termakbul, menyebabkan Nabi Musa tersesat di satu tempat yang bernama Tih (sekarang : semenanjung Sinai) selama 40 tahun.

 Kesesatan yang maha dahsyat itu, menyebabkan Nabi Musa bertanya Allah SWT, "Wahai Tuhan, apakah dosa yang kami lakukan sehingga kami tersesat di Tih ini?"9 Jawab Allah SWT, "berpunca dari doa Bal'am"

 Nabi Musa berkata lagi kepada Allah, "wahai Allah, sepertimana kamu mendengar doa Bal'am terhadapku, maka tolong makbulkan doaku terhadap Bal'am"

 Lalu, Nabi Musa mendoakan agar Bal'am dicabut keimanan dari dirinya. Doa Nabi Musa dimakbulkan oleh Allah, menyebabkan Bal'am mati dalam keadaan kufur dan lidahnya terjelir sepertimana anjing. "minta berlindung kita dengan Allah daripada menjadi seperti Bal'am bin Ba'ura" SUMBER

Tiada ulasan: