Selasa, 9 September 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Pakar undang-undang dakwa sultan langgar perlembagaan

Posted: 09 Sep 2014 03:33 AM PDT

Published on 09 September 2014 8:52 

Pakar Perlembagaan Aziz Bari berpendapat pihak istana Selangor melanggar perlembagaan apabila meminta meminta setiap parti komponen Pakatan Rakyat untuk mengemukakan tiga nama untuk Sultan Sharafuddin Idris Shah pertimbangkan sebagai menteri besar.

 Bekas pensyarah undang-undang itu berkata tindakan baginda bercanggah dengan sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini.


Kalau jadi PRN di Selangor

Posted: 08 Sep 2014 10:57 PM PDT

Sultan boleh pilih nama lain dari senarai

Peguam Datuk Sallehuddin Saidin berkata peruntukan undang-undang membolehkan sultan Selangor melantik menteri besar Selangor yang baru tanpa mengikut senarai yang dikemukakan oleh parti dalam Pakatan Rakyat.

 Seorang peguam kanan dan bekas pelapor khas bagi kebebasan hakim dan peguam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Datuk Param Cumaraswamy turut bersetuju dengan pandangan itu.

 Param berkata, jika seseorang individu yang dipilih oleh sultan tidak mendapat sokongan majoriti ahli Dewan, sultan boleh membubarkan DUN, kata Param.

 Sallehuddin, yang merupakan bekas ketua Jabatan Pendakwaan di Selangor berkata, sultan tidak dihadkan untuk memilih menteri besar dari senarai yang dikemukakan semata-mata.

 "Tidak ada di mana-mana bahagian dalam perlembagaan negeri yang kata sultan dihadkan kepada senarai yang dikemukakan kepadanya untuk memilih individu yang mungkin mendapat sokongan majoriti di DUN.

 "Ia memberi panduan, tetapi tidak mengehadkan budi bicara baginda. Sultan boleh menggunakan apa jua cara untuk memilih siapa yang patut mendapat sokongan majoriti," kata Sallehuddin kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

 Peguam itu berkata, apa yang dilakukan oleh sultan itu bukan mengikut amalan biasa tetapi undang-undang membenarkan sultan berbuat demikian.

 Sallehuddin berkata syaratnya adalah individu tersebut perlu mendapat sokongan majoriti dari anggota DUN.

 Param, yang juga bekas presiden Majlis Peguam berkata, sultan Selangor boleh melantik individu yang bukan dalam senarai tersebut, tetapi yang difikirkan baginda sebagai individu yang mendapat sokongan majoriti ADUN. Sallehuddin dan Param berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan dikeluarkan oleh setiausaha sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani.

 Dalam kenyataan itu, baginda menitahkan bahawa sokongan majoriti bukanlah satu-satunya syarat untuk melantik menteri besar baru dan baginda boleh memilih nama yang tidak tersenarai. SUMBER

Aku pening bacanya. Maka aku ringkaskan ambik poin penting begini saja:

1) Sultan Selangor boleh melantik menteri besar Selangor yang baru tanpa mengikut senarai yang dikemukakan oleh parti dalam Pakatan Rakyat .Sultan tidak dihadkan untuk memilih menteri besar dari senarai yang dikemukakan semata-mata

2) Sultan boleh menggunakan apa jua cara untuk memilih siapa yang patut mendapat sokongan majoriti.Sallehuddin berkata syaratnya adalah individu tersebut perlu mendapat sokongan majoriti dari anggota DUN.

3) Sultan Selangor boleh melantik individu yang bukan dalam senarai tersebut, tetapi yang difikirkan baginda sebagai individu yang mendapat sokongan majoriti ADUN.

4) Jika seseorang individu yang dipilih oleh sultan tidak mendapat sokongan majoriti ahli Dewan, sultan boleh membubarkan DUN, kata Param.

Macam mana tak pening? Pakatan Rakyat telah menghantar keputusan mesyuarat MPPR yang telah dipersetujui bersama pada 17 Ogos lalu disertakan dengan akuan bersumpah sokongan daripada 30 Adun PR.

KALAU JADI PRN

Kalau Sultan pilih lain dari apa yang telah dipersembahkan, maka bersiap-siaplah rakyat Selangor untuk berpilihanraya.

Kalau jadi sungguh PRN kali ini, siapakah yang akan menegeluarkan watikah calon bagi calon PAS? Inilah persoalan yang masing-masing ada jawapan sendiri. 

Kalau ikut senario PAS hari ini, MSU ada pandangan mereka. AJK PAS Pusat ada pandangan mereka. PAS Negeri ada pandangan mereka.... 

Mujurlah Presiden ada kuasa veto. Suruh sahaja presiden buat senarai calon.... Suruh dia sendiri pasang bendera.....Kita semua wala'

PAS tidak ada apa-apa hasrat atau pun niat untuk bersama dengan Umno - PasMa

Posted: 08 Sep 2014 09:56 PM PDT

Kemarahan terhadap Hadi Awang membuak

 Forum pertama anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) malam tadi yang mensasarkan untuk menghalang sebarang kerjasama di antara PAS dan Umno menyaksikan hadirin meluahkan kemarahan terhadap parti Islam itu dan presidennya berhubung peranan mereka dalam krisis menteri besar Selangor. 

 Persoalan sama ada Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu dikenakan tindakan kerana menentang keputusan parti dalam isu menteri besar Selangor termasuk masa depan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) diajukan kepada ahli panel Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi, Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari. 

"Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat PKR kerana enggan menurut keputusan parti, apakah tindakan yang akan dikenakan terhadap Hadi kerana menentang keputusan parti dalam isu MB Selangor?" soal seorang hadirin disambut tepukan gemuruh di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor di Kuala Lumpur malam tadi. 

 Terdapat hadirin yang merungut bagaimana rosaknya imej PAS dalam menguruskan krisis ini sehingga seorang daripada hadirin mempersoalkan Mujahid mengapa beliau dan pemimpin seperti Dr Dzulkefly Ahmad dan Khalid Samad perlu memberikan penjelasan kepada orang ramai berhubung masalah dilakukan pemimpin lain. 

 Mujahid yang berhati-hati memberikan penjelasan kepada kira-kira 500 hadirin berkata PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno dan Hadi tidak dianggap maksum oleh parti Islam itu.

 "PAS nak bersama dengan Umno, anda boleh mengandaikan apa yang anda ingin andaikan. Saya tidak boleh menyekat anda mengandai demikian. 

"Saya mahu beritahu pada malam ini di depan kamera dan wartawan. Jangan misquote saya. PAS tidak ada apa-apa hasrat atau pun niat untuk bersama dengan Umno," katanya disambut dengan tepukan hadirin pelbagai kaum di forum bertajuk PAS Campur Umno: Ke Mana Hala Tuju itu. 

 Mujahid berkata, tiada perjuangan dalam parti atau gerakan Islam yang mensucikan pemimpin tertentu dan mereka juga boleh ditegur kerana tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. 

 AJK PAS Pusat itu berkata, ketaatan kepada pemimpin bukanlah bersifat mutlak kerana kepatuhan sepenuhnya hanya diberikan kepada perintah Allah dan Nabi Muhammad.

 "Kami orang PAS dididik dengan satu hadis Nabi Muhammad, 'ketaatan manusia sesama manusia adalah ketaatan yang tidak mutlak manakala ketaatan kepada Allah dan rasul itu adalah mutlak'," katanya. Bagaimanapun, Phahrolrazi berkata tindakan PAS akhir-akhir ini tidak menunjukkan mereka mahu terus bersama PR. "Kadang-kadang kita lihat PAS berkata mereka akan terus kekal bersama PR, tetapi ia tidak jelas dalam tindakannya. 

 "Tidak dapat dinafikan agenda Umno adalah untuk melemahkan PR, dan PAS termasuk dalam perangkap itu dan sesetengah ahlinya terpengaruh. 


"Kita sudah lihat ini berlaku. (Bekas timbalan presiden PAS) Ustaz Nasharuddin (Mat Isa) contohnya, sangat rapat (dengan Umno) dan mengikut perdana menteri ke mana-mana, tetapi beliau masih belum dipecat lagi," katanya. 

 Phahrolrazi berkata, jika PAS mahu keluar daripada gabungan itu dan bersendirian, ia akan menguntungkan Umno kerana rakyat sudah tiada lagi gabungan alternatif untuk disokong. 

 "Kita (Pasma) tidak mahu PR runtuh. Kalau PR jatuh kita akan kembali kepada zaman 1950-an dan 1960-an di mana rakyat tiada pilihan," kata bekas timbalan pesuruhjaya PAS Kedah itu. 

 "Politik sihat adalah rakyat mempunyai pilihan dan mereka yang berkuasa perlu sedar rakyat boleh menyingkirkan mereka," katanya. 

Rayuan presiden PasMa agar PAS kekal dalam PR disambut dengan sorakan hadirin yang setia menanti forum selama 3 jam itu. 

PasMa, ditubuhkan ahli PAS yang mahu parti itu kekal dalam PR dan dilancarkan di Kota Baru pada 31 Ogos.

Bagaimanapun Mujahid enggan terheret sama dengan kekecewaan hadirin dengan peranan Hadi dalam krisis menteri besar Selangor dan dilihat masih membelanya. Aziz bagaimanapun kurang bersetuju dengan kenyataan Mujahid yang dilihat terlalu mempertahankan Hadi. 

Katanya, PAS tidak perlu membeza-bezakan ahlinya dalam mengambil tindakan kerana segalanya perlu diadili secara saksama. 

 "Saya kurang bersetuju dengan Mujahid. Kenapa tidak katakan dalam parti semua sama? Siapa saja boleh dikenakan tunjuk sebab.

 "Kenapa mesti pertahankan presiden secara tidak langsung? Hendak buat apa? Semua orang tahu. 

 "Boleh terangkan dalam parti semuanya sama. Jangan ingat satu golongan manusia maksum, satu golongan tidak boleh tegur," katanya.

 Mujahid dalam menegakkan hujahnya berkata, apa yang dikatakannya adalah prosedur dalam parti dan terpulang bagaimana pihak tertentu menafsirkannya. 

"Saya tidak kata begitu. Saya hanya katakan dalam disiplin ada prosesnya. Itu saja. Dia hendak tafsir saya mempertahankan, itu masalah dia," katanya kepada Aziz. – TMI

Dulu dikenali Majlis Syuro, Dewan Ulamak & Intelektual Islam untuk hadapi Asri

Posted: 08 Sep 2014 05:07 PM PDT

Haji Mohd Asri bin Haji Muda merupakan bekas 
Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
APABILA Datuk Asri Muda mentakrifkan kuasanya sebagai Presiden PAS adalah mutlak dan wajib diikuti oleh parti, sebilangan ulamak dan intelektual pada bulan September 1982 mengambil langkah berani dengan memanggil suatu mesyuarat untuk berbincang mengenai pemimpin no. 1 berkenaan.

 Hasil mesyuarat itu, suatu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk tujuan mengkaji serta mencadangkan suatu pindaan pada perlembagaan PAS, untuk menghadapi amalan sikap Asri yang semacam diktator.

Suatu dokumen penubuhan Majlis Syuro serta Dewan Ulamak dan Intelektual Islam akhirnya ditubuhkan dan diluluskan dalam Muktamar PAS, pada tahun 1983.


"...kerana PAS tidak mahu pengalaman lalu berulang, iaitu wujud pemusatan kuasa pada seorang individu sahaja (penulis: Presiden)..." dipetik dari Kertas Lampiran I Tubuh Majlis Syuro dan Dewan Ulamak & Intelektual Islam, 1982.

 Pindaan pada perlembagaan itu membawa maksud Presiden adalah ketua pada sebuah jawatankuasa PAS di peringkat Pusat, atau sebuah jawatankuasa PAS peringkat Pusat diketuai oleh seorang Presiden.

 'Ketua' di sini adalah mengetuai PAS Pusat dalam bermesyuarat, bukan membuat keputusan sendiri tanpa ada musyawarah dan syura.

 Peristiwa bersejarah ini berlaku di Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) dekat Kuala Lumpur.

 Selepas lebih 20 tahun, Majlis Syura dikenali sebagai Majlis Syura Ulama, manakala, Dewan Ulamak & Intelektual Islam dikenali sebagai Dewan Ulamak.

 Abdul Hadi pula semakin dipertikai banyak pihak, apabila semakin jelas sikapnya memerintah parti secara sendirian, sama seperti Asri.

ZAINULFAQAR YAACOB
 Kinokuniya KLCC | 7.01 petang

Tiada ulasan: