Selasa, 9 September 2014

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Apabila FB Dapat Kat Budak Bawah Umur

Posted: 09 Sep 2014 03:55 AM PDT



Macam tu sekali hujah. Adoi. Hahaha.. geli perut rasa.

Dah la tu. Makin lama makin mengarut fakta nya.

Demi kesepakatan menentang Umno, KEADILAN beri laluan kepada PAS di Pengkalan Kubur

Posted: 09 Sep 2014 02:43 AM PDT

KENYATAAN MEDIA

KEADILAN MEMBERI LALUAN KEPADA PAS DEMI KESEPAKATAN MENENTANG UMNO DI PRK PENGKALAN KUBUR

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam reformasi

Saya ingin menyusul kenyataan saya semalam yang merujuk kepada pendapat Dato' Seri Abdul Hadi Awang di mana saya telah menekankan kepentingan kerjasama dan muafakat berterusan Pakatan Rakyat. Saya percaya kita perlu kembali kepada hasrat rakyat agar Pakatan Rakyat terus menumpukan usaha menggembleng semula tenaga rakyat berhadapan Umno/Barisan Nasional.

Rakyat kini berhadapan dengan kenaikan harga minyak yang saya jangka akan diumumkan sebelum Belanjawan 2015, pengenalan GST menjelang April 2015, tangkapan dan pelbagai tindakan undang-undang khususnya di bawah Akta Hasutan selain dari adu domba perkauman dan keagamaan yang berterusan.

Untuk berhadapan dengan Umno/Barisan Nasional secara berkesan, keutuhan dan kesepakatan dalam Pakatan Rakyat perlu dipertahankan agar kita bersatu menentang Umno/Barisan Nasional. Saya percaya ini hanya dapat dicapai melalui tolak ansur, saling memahami dan berjiwa besar.

Oleh yang demikian, KEADILAN telah memutuskan untuk memberi laluan kepada calon PAS bertanding di Pilihanraya Kecil Pengkalan Kubur mengambil kira perlunya sesama kita ini bertolak ansur, saling memahami dan berjiwa besar.

Saya doakan Allah SWT memberi kemenangan kepada calon Pakatan Rakyat kelak.



DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL

Presiden KEADILAN

9 September 2014

DAP setia kepada Raja Berperlembagaan, mohon maaf kepada Sultan Selangor

Posted: 08 Sep 2014 09:50 PM PDT

KUALA LUMPUR, 9 SEPT: DAP hari ini menegaskan kesetiaan kepada institusi Raja Berperlembagaan dan sama sekali tidak berniat menimbulkan rasa dukacita terhadap Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam konflik Menteri Besar Selangor.

Oleh itu, DAP akan menghormati titah Tuanku dan akan mengadakan rundingan semula dengan PKR berhubung calon MB Selangor yang baru, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

"Bagi pihak DAP, saya ingin memohon ampun kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan kerana telah menyebabkan Tuanku merasa dukacita terhadap keputusan kami mengemukakan nama Wan Azizah sahaja sebagai calon MB yang baru.

"DAP mengulangi kesetiaan kepada institusi Raja Berperlembagaan yang tidak berbelah bahagi, dan akan berunding dengan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang titah Tuanku DYMM Sultan," katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Katanya lagi, tindakan menghantar satu nama bukanlah bermaksud untuk menimbulkan rasa dukacita Sultan, sebaliknya berdasaskan ketetapan bersama Pakatan Rakyat serta sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kepada Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

"Keputusan itu dicapai selepas rundingan dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa ia mengikut konvensyen sebelum ini berkaitan dengan lantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada tahun 2013.

Menurutnya lagi keputusan itu turut dibuat berdasarkan sokongan bertulis 30 daripada 56 Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor kepada Wan Azizah sebagai MB, dan keputusan Pakatan bahawa calon MB Selangor adalah daripada PKR.

Kenyataan itu adalah reaksi kepada kenyataan akhbar Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani semalam.

Mohamad Munir berkata Sultan Selangor 'dukacita di atas tindakan parti-parti DAP dan Keadilan yang engkar dengan titah Baginda bertarikh 27 Ogos 2014', agar setiap parti komponen Pakatan Rakyat menghantar lebih daripada dua nama sebagai calon MB yang baru. – Roketkini.com

Tiada ulasan: