Isnin, 29 September 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Video] Suspek Pencuri Telefon Bimbit Dibelasah Sampai Mati

Posted: 29 Sep 2014 02:50 AM PDT



[Bernama] BUKIT MERTAJAM, 28 Sept (Bernama) -- Seorang penganggur yang cedera parah dipukul orang ramai kerana mencuri sebuah telefon bimbit milik seorang pemandu lori Jumaat lepas, meninggal dunia di Hospital Bukit Mertajam (HBM) di sini, awal Ahad.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Rusli Mohd Noor berkata mangsa, Ooi Sim Guan, 38, mati pada pukul 12.40 pagi ini selepas kira-kira 36 jam tidak sedarkan diri dan menerima rawatan di hospital berkenaan.

"Dalam kejadian pada pukul 2 petang Jumaat lepas, mangsa telah menahan sebuah lori di tepi jalan di Taman Sejahtera di sini dan memberitahu pemandu berkenaan dia ingin menumpang ke Bandar Bukit Mertajam.

"Pemandu lori berkenaan yang berusia 33 tahun yang sedang dalam perjalanan ke Kulim kemudian membenarkan mangsa menaiki lorinya namun selepas satu kilometer, mangsa memaklumkan ingin turun," katanya pada sidang akhbar di sini Ahad.

Beliau berkata selepas lelaki itu turun, pemandu lori berkenaan menyedari telefon bimbitnya yang diletakkan dalam tempat penyimpanan barang di bahagian penumpang telah hilang dan dia berpatah balik ke Taman Sejahtera untuk mencari lelaki terbabit.

"Pemandu lori itu menemui lelaki berkenaan di kawasan padang berhampiran rumah kedai dan berlaku pertengkaran antara mereka apabila telefon bimbit yang hilang ditemui bersama mangsa," katanya.

Rusli berkata berlaku pergelutan dan beberapa lelaki yang berada di kawasan itu turut memukul mangsa dan pada masa yang sama seorang individu bertindak merakam kejadian tersebut menerusi telefon bimbit yang kemudiannya memuat naik rakaman itu di laman sosial.

Katanya susulan kejadian itu, polis menahan pemandu lori terbabit di sini bagi membantu siasatan.

"Kami juga sedang mengesan beberapa lagi individu yang dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan dan saya minta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes itu menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan," katanya.

Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak bertindak di luar batasan sehingga mencederakan orang lain biar pun mengesyaki mereka melakukan jenayah.

"Kita menghargai tindakan orang awam (yang mahu menangkap penjenayah), tetapi jangan bertindak sewenang-wenangnya sehingga melampaui undang-undang. Sepatutnya jika berlaku sebarang kejadian jenayah tangkap dan serah kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya. 



Saya tak tuduh Khalid rasuah, tapi tidak ada ketelusan - Anwar Ibrahim

Posted: 29 Sep 2014 02:35 AM PDT



[The Malaysian Insider] Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan dakwaannya yang meragui ketelusan bekas menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meluluskan beberapa projek pembangunan termasuk isu penstrukturan industri air dan Lebuhraya Kinrara Damansara (Kidex).

Anwar berkata, perjanjian yang dibuat secara tergesa-gesa terhadap dua projek itu tanpa mendengar penjelasan rakyat menimbulkan persoalan sama ada wujud kepentingan sesetengah pihak yang mengaut keuntungan.

"Berebut hendak luluskan kontrak air sebab apa? Siapa yang dapat?

"Saya hendak tahu siapa yang dapat kontrak? Berapa banyak keuntungan dan kalau keuntungan itu terlalu banyak kepada dua dan tiga orang-orang atasan yang memperolehi kekayaan, apakah kesan itu dirasai oleh rakyat Selangor yang mesti bayar kadar air yang tinggi selepas ini?" katanya kepada pemberita selepas program Syarahan 'Memerangi Ekstrimis' di Universiti Selangor (Unisel) hari ini.

Khalid dalam reaksinya terhadap dakwaan Anwar sebelum ini mengalu-alukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyemak perjanjian yang ditandatanganinya semasa beliau mentadbir negeri.

"Ini termasuk perjanjian air Selangor dan perjanjian pembangunan di Canal City. Peguam saya akan keluarkan kenyataan penuh berhubung hari ini," katanya.

Anwar bagaimanapun menafikan dakwaan yang dilemparkan terhadap Khalid itu seolah-olah ada unsur rasuah dalam perjanjian terbabit.

"Saya tidak tuduh rasuah, tetapi tidak ada ketelusan," katanya.

Bekas Penasihat Ekonomi Selangor yang dipecat semasa hari terakhir pentadbiran Khalid itu juga enggan mengaitkan dakwaannya yang bertentangan dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang memuji pentadbiran Khalid.

Sultan Sharafuddin dalam titahnya Jumaat minggu lalu turut menyifatkan Khalid sebagai 'mangsa' keadaan apabila PKR dan Pakatan Rakyat membuat 'Langkah Kajang' untuk menyingkirkannya sehingga menimbulkan krisis di negeri itu.

"Itu pandangan peribadi daripada Tuanku bahawa pentadbiran Khalid baik, saya hormat pandangan itu," katanya.

Katanya, beliau cuma mempersoalkan individu yang dianugerahkan kontrak daripada perjanjian, dan keputusan yang dibuat dalam masa singkat dan tertutup.

"Begitu juga dengan projek Lebuhraya Kidex, siapa yang dapat keuntungan penganugerahan tanah kepada Tan Sri Rashid Manaf juga perlu dijelaskan kenapa tidak ada tender.

"Ini soalan-soalannya yang perlu dikenalpasti. Saya tidak mahu diheret untuk berbicara dengan kontroversi kenyataan Sultan Selangor," katanya.

Beliau berkata, Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dan kerajaan barunya perlu
mendedahkan perkara ini kepada umum supaya tidak dikaitkan dengan keputusan Khalid yang terdahulu.

Ditanya mengenai pengurangan kuota kerusi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor PAS, Anwar berkata itu adalah keputusan Azmin sendiri.

"Ini adalah keputusan menteri besar selepas daripada perbincangan parti, kena bagi ruang kepada menteri besar untuk buat keputusan yang efisyen," katanya. – Jamilah Kamaruddin/29 September, 2014.


Gadis Melayu Berpurdah Sertai DAP

Posted: 29 Sep 2014 02:32 AM PDT


[FreeMalaysiaToday] Seremban: Selepas peguam Melayu muda Dyana Sofya Mohd Daud dan anak gadis Melayu bertudung, Syefura Othman (Rara) menyertai parti DAP, kini Jamila Rahim atau lebih dikenali dengan panggilan Melati Rahim, 22, merupakan anak gadis Melayu terbaru menyertai parti yang terkenal dengan jolokan parti 'chauvinist' Cina tersebut. 

Melati merupakan seorang graduan dari UNISEL dalam jurusan Diploma TESL. 

Apabila ditanya kenapa Melati memilih DAP walaupun beliau berimej Islamik, Melati berkata wawasan dan asas DAP yang membuatkan beliau tertarik untuk bersama parti itu. 

"Jika diteliti secara kasar, perlembagaan DAP itu sendiri, humanisme atau dasar kemanusiaan diletakkan sebagai tunjang dan teras utama. 

"Dalam Islam sendiri, kemanusiaan adalah asas dan keperluan sebagai seorang insan. 

"Sejujurnya, DAP lebih dekat dengan keadilan seperti yang digagaskan oleh Islam. Islam merupakan prinsip utama saya dalam meneruskan kehidupan sebagai hamba Tuhan. 

"Namun dalam menjalani kehidupan dan berhadapan dengan manusia pelbagai kaum, saya percaya dasar kemanusiaan sangat penting. "Saya ingin tegaskan disini, Islam adalah pegangan saya dan saya bersaksi tiada Tuhan yang patut di sembah melainkan Allah, Nabi Muhammad S.A.W pesuruh Allah. 

"Dalam hal ini saya fikir kita harus buka dan lihat dalam kerangka lebih besar tentang kepelbagaian penganut agama di Malaysia," katanya. 

DAP menentang 'kapitalisme parti' 

Melati berkata beliau yakin tiada penganut dalam mana-mana agama merasakan agama mereka salah dan jika semua agama mahu pertahankan hak mereka tanpa bertolak-ansur dan bertoleransi, maka hancurlah dunia angkara peperangan kerana prejudis dan saling benci-membenci. 

"Misalnya, kita lihat di Gaza pihak Yahudi secara terbuka mengaku ingin merobohkan Masjid Aqsa kerana ingin mendirikan semula Kuil Sulaiman yang pernah di bina dibawah Masjid Aqsa. 

"Andai perkara ini dilihat pada dasar agama, pihak Yahudi sebenarnya sedang memperjuangkan hak agama mereka walau pada dasar kemanusiaan sebenarnya tanah tersebut milik Palestin. 

"Jadi, soal moraliti dan kemanusian harus kita jadikan indikator dalam menilai perkara ini. 

"Sesungguhnya Allah meletakkan darjat manusia itu tinggi. Seorang pemikir Barat zaman Ranaissance , Pico Della Mirandola pernah menyebut "nihil spectari homine admirabilius", yang membawa maksud tiada yang lebih indah dari manusia. Maka, mari kita baca dan fikir-fikirkan. 

"DAP menentang 'kapitalisme parti', mereka mempraktikkan perkara ini dengan meminta setiap ahli parlimen dibawah DAP mewakafkan di antara 20 hingga 30% daripada gaji mereka kepada parti. 

"Senaraikan kepada saya siapa ahli parlimen di dalam DAP yang memakai kereta mewah selepas menjadi wakil rakyat? DAP bukanlah parti Cina yang anti Islam 

Melati turut mengulas bahawa DAP juga gigih menjalankan khidmat dalam perkara berkaitan perlaksanaan perkhidmatan kesihatan dan dasar–dasar keselamatan sosial. 

Selain itu, pelindungan terhadap warga tua, orang kurang upaya dan miskin tegar juga menjadi isu utama dalam DAP. Ia dipraktikkan di Pulau Pinang dengan pelbagai jenis bantuan. 

"Di negeri naungan DAP itu juga mempunyai briged yang ditugaskan menjaga keselamatan awam di kawasan masing-masing dengan kelengkapan penuh yang di taja sepenuhnya oleh kerajaan Pulau Pinang. 

"Hadirnya wakil rakyat dari kaum Melayu dan India seperti Zairil Khir dan Ram Karpal menguatkan lagi bukti bahawa DAP bukanlah parti Cina yang anti Islam. 

"Saya yakin dalam hal ini kita harus berlapang dada dan cuba melihat dengan mata hati. 

"Rumi pernah berkata aku beriman dengan agama Cinta, dan Islam adalah agama yang penuh dengan nilai cinta namun dirosakkan oleh manusia yang menjadikan agama sebagai senjata untuk menindas manusia yang lemah. 

"Politik Islam meletakkan keadilan sosial dan kemanusiaan sebagai teras dan saya melihat ciri-ciri ini wujud dalam DAP. "Saya yakin sudah tiba masanya anak muda bersama-sama berjuang dalam DAP dan meruntuhkan segala dogma dan sifat rasisma yang sekian lama ditanam dalam benak rakyat Malaysia," kata Melati. -FMT

[Video & Transkrip] Mengapa Ada Pihak Mahu Kekalkan Khalid Ibrahim?

Posted: 28 Sep 2014 05:51 PM PDT


[Al Husseyn] Ikuti pendedahan eksklusif Izham Hashim, ahli Badan Perhubungan PAS Selangor, bahawa ada pemimpin tertentu parti itu tidak mahu Tan Sri Khalid Ibrahim digantikan sebagai menteri besar Selangor kerana berkepentingan peribadi.

Tanpa menamakan pemimpin kanan PAS itu, katanya, individu berkenaan ada ikatan emosi dengan Khalid.

Ikuti trankrip berikut yang di muat naik melalui v-deo di bawah nanti :


0:01 ~ Sepatutnya kita rakan dalam Pakatan Rakyat, kita bantu dia untuk menyelesaikan masalah, itulah kawan!Semangat setia kawan.

Adakah Islam ajar kita, untuk jadi parti Islam atau pejuang Islam ni, istilah wala' sahaja...wala' sahaja, feqah...apa lagi ustaz? ...Taat, yang tu saja Islam? Setiakawan bukan Islam ker? 

0:23 ~ Tak bohong bukan Islam ker? Cakap bahasa elok-elok bukan Islam ker? Islam kalau nak perjuangkan Islam, semua benda kena ikut yang Islam ler...baru boleh klem kita berjuang Islam.

0:36 ~ Rakan kita sedang ada masalah, ini masa dia ada masalah, kita kena tolong dia...nanti kita suatu hari ada masalah, dia tolong kita pula!Itulah semangat setiakawan! Jadi bila isu timbul dah masalah, patut yang pertamanya ialah, kita jumpa mesyuarat Pakatan Rakyat, ini mesyuarat tak pergi....mesyuarat tak nak pergi....tak nak pergi....tak taulah... Mesyuarat Pakatan Rakyat tak mau pergi lepas tu buat keputusan sendiri.

1:02 ~ Dia; pergilah mesyuarat, itulah gunanya mesyuarat - syura bainahum, syuralah kamu. Nanti kita bincang-bincang,,tapi tak pergi, bincang macam mana? Bincanglah dalam mesyuarat elok-elok ... bincang apa masalah nak tukar Khalid...OK, kalau kita setuju, siapa calunnya...tak berlaku benda tu!Kalau berlaku benda tu, bulan tiga dah selesai dah!Tak akan timbul isu kemelut nih! Mungkin ada hikmahnya ustaz, benda ni berlaku; nak tunjukkan kita ni ada masalah... PAS ni sebenarnya yang masalah nih!

1:36 ~ Dia kata "Oh, PKR ni buat taik, kita yang masala!" Kalau PKR buat taik kau, engkau tau taik, kau pergi main buat apa? Sekarang terpalit semua orang!9 Betul tak? Tak payahlah main kalau tau tu taik! 

1:49 ~ Tapi saya rasa PKR bukan main taik, dia memang ada masalah betul.Kita tolong selesaikan isu Menteri Besar. kalau dah selesai tak timbul! Ni pergi sekejap, kita pun Selangor dah bagi pandangan, bagi pandangan dah dua kali jumpa lagi bagi tau kita tak nak.

2:06 ~ Tapi ada dikalangan PAS dalam Selangor ni, yang cara diam-diam pi jumpa pimpinan pi lobbi, kita nak Khalid Ibrahim; saya tahu siapa dia... pergi lobi, kita buang mai, orang pejabat agong mai bagi tau, lobi kita nak juga!melanggari keputusan kita.Dia nak kekal juga Khalid Ibrahim. Kalau saya tak jadi Khalid Ibrahim, Kalau Khalid Ibrahim dah tak jadi lagi Menteri Besar, saya ganti, saya jaga adat-adat Melayu saja nanti...Tak dapat exco lain.Nampak kepentingan diri! 

2:37 ~ Saya cakap terus terang. Ini, saya cakap fakta.Cuma saya tak nak sebut nama ...fakta benda ini berlaku.

2:44 ~ Kau pergi, nak kekalkan Khalid Ibrahim juga pasal apa nak kekalkan Khalid Ibrahim, saya tanya...

Sebab utama dia ialah kerana PAS mempunyai Kenapa nak kekalkan Khalid Ibrahim? Sebab utama ialah kerana PAS mempunyai kawalan yang kuat kepada GLC Selangor melalui Raja Idris.

3:09 ~ Dikalangan pegawai-pegawai kerajaan dikatakan, Raja Idris ini disebut sebagai Timbalan Menteri Besar sebenarnya di Selangor.Ini cara tidak resmi disebut kerana apa? Dia menjadi orang yang sangat dipercayai oleh Khalid Ibrahim dan Raja Idris ini adalah orang kepercayaan, rapat dengan Tuan Guru Presiden PAS!

3:30 ~ Jadi dia berkeyakinan, melalui Raja Idris ini, banyak agenda-agenda yang ... mungkin agenda yang baik, saya tidak nafikan itu, tapi atas ikatan emosi. Ikatan begini menyebabkan Khalid Ibrahim perlu dikekalkan kerana kalau naik orang lain, Raja idris tidak akan mendapat tempat yang sewajarnya kepada Menteri Besar yang baru, itu saja saya sebutkan.


3:55 ~ Dia bukan sahaja CEO Perangsang, dia juga adalah board of director kepada KDEB dan juga executif konsaltan kepada MBI.

Berkaitan:





Tiada ulasan: