Ahad, 21 September 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Hj Hadi tidak pandai berbohong !

Posted: 21 Sep 2014 07:26 AM PDT

Ekoran pendedahan Hadi ketika sesi penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor kelmarin mengenai berlakunya urusan jual beli 2 Adun PAS oleh rakan tahaluf siyasi, Saari Sungip mencabar Hj Hadi tunjukan bukti.

 Tuduhan tanpa bukti adalah fitnah. Tidak mungkin seorang Presiden gerakan Islam, pula merupakan ulamak taraf dunia sepertinya akan bercakap seenaknya. Tentu tidak ada masalah bagi Hj Hadi mengemukakan bukti mengenai tuduhannya itu.

 Kita tetap bersama dan menyokong pemimpin kita, al Fadhil Tuan Guru Hj Hadi. Beliau seorang yang sangat faqeh dan tentunya tidak pandai berbohong macam Munafiq Haraki atau orang-orang sosialis atau liberal. 

 "Mereka curi wakil rakyat kita. Inikah etika kita bertahaluf?" soal Hj Hadi.

Sehingga kini beliau masih belum mengambil apa-apa tindakan untuk melaporkannya ke pihak polis maupun SPRM. Hatinya terlalu mulia untuk buat khianat sesama kawan sebagaimana mereka telah lakukan terhadapnya - menikam kawan dibelakang!

Semoga Allah redha dengannya, insya'Allah.

 'Tunjuk Bukti Saya Dibeli' - Cabar Saari


PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang, Saari Sungib mencabar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menunjukkan bukti beliau telah dibeli oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) semata-mata untuk menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. 


"Tunjukkan bukti dahulu," katanya ketika dihubungi The Star Online pada Ahad. 

 Hadi dalam ucapan penggulungannya pada Sabtu mendakwa sekutunya dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR 'membeli' dua Adun PAS demi mendapatkan sokongan majoriti untuk menjadikan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar. 

 Saari menjelaskan tindakannnya menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Dr Wan Azizah adalah bagi menafikan peluang Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menimbulkan lebih banyak kekacauan terhadap pentadbiran kerajaan negeri. 

 "Khalid dakwa beliau mempunyai sokongan majoriti, dan dia mula memecat ahli Exco. Bagaimanapun, Khalid tidak mengadakan rundingan dengan mana-mana Adun bagi mengetahui sama ada mereka menyokong beliau atau sebaliknya. 

 "Matlamat ketika itu adalah menafikan apa yang dilakukan Khalid. Bagaimanapun, peguam menerangkan bahawa Dewan Undangan Negeri memerlukan sokongan daripada seorang lagi calon bagi mengesahkan SD berkenaan, jadi kami menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah kerana PKR dan DAP telah bersetuju dengan pencalonan beliau," katanya. 

 Saari menegaskan kesilapan yang dilakukannya hanyalah demi menyelamatkan kedudukan Pakatan Rakyat di Selangor dan membidas PAS kerana membenarkan ahli parti mencaci dan menghina beliau tanpa mengetahui kisah sebenar. 

 "Ramai sarjana Islam dalam parti, namun mereka membenarkan usul untuk mengutuk tindakan saya, perenggan mana dalam Perlembagaan parti membenarkan hukuman dijatuhkan sebelum perbicaraan dijalankan. Adakah ini sebuah parti Islam? "Di Muktamar, pengerusi tetap tidak campur tangan apabila ada perkwakilan yang memohon doa daripada Allah agar perkara buruk berlaku ke atas saya. Ini benar-benar memalukan parti," tambahnya. 

 Saari dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin merupakan dua Adun PAS yang menandatangani SD yang menyokong Dr Wan Azizah pada 14 Ogoso lalu, tiga hari sebelum PAS membuat kenyataan rasmi mengenai krisis menteri besar Selangor. -mstar ‪

1 ulasan:

Jaafar @ Par @ Prof @ Filosuf Puitis (Filopu) berkata...

Betulkah PAS parti Islam? Betulkah orang PAS dan orang UMNO orang Islam, bukan kafir, bukan orang Islam palsu? Fahamilah surah Kafirun dan erti Muslim serta erti sembah.