Ahad, 21 September 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Wanita menyamar petugas SPR ditahan

Posted: 21 Sep 2014 07:52 AM PDT


PRK Pengkalan Kubor
 
 
 
TUMPAT - Seorang wanita berusia 50-an dipercayai sakit mental ditahan kerana menyamar sebagai petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di proses Pengundian Awal di sini, hari ini.

Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, dalam kejadian kira-kira  12.30 tengah hari itu, wanita tersebut ditahan selepas  petugas SPR menyedari beliau memakai pas SPR 2012.

"Petugas SPR kemudian menyerahkan wanita itu kepada polis untuk tindakan lanjut, kami difahamkan dia mengalami sedikit masalah mental," katanya kepada media hari ini.

Dalam kejadian tersebut, wanita itu juga didakwa meminta dua helai baju T daripada pegawai bertugas.

Walau bagaimanapun, Abdul Ghani berkata, kejadian tersebut tidak menganggu proses pengundian awal yang dijalankan sejak jam 8 pagi itu.

Dua lagi kertas UPSR didakwa bocor

Posted: 21 Sep 2014 07:50 AM PDT

SINAR HARIAN

UPSR Bocor UPSR Bocor
 
 
 
KUALA LUMPUR - Polis hari ini menerima laporan mengenai dakwaan kebocoran dua lagi kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) iaitu kertas Bahasa Tamil dan Matematik.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa berkata, dua laporan polis berhubung kebocoran dua kertas ini telah dibuat oleh pegawai Lembaga Peperiksaan di Balai Polis Presint 7, Putrajaya, pukul 11 pagi tadi.

"Polis telah menerima laporan itu hari ini dan akan menyiasat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi berkata kes kebocoran terbaharu itu akan disiasat oleh pasukan sama yang sedang menyiasat kes kebocoran kertas Sains dan Bahasa Inggeris yang dilaporkan bocor sebelum ini.

Menurut jadual peperiksaan UPSR 2014, kesemua calon telah menduduki kertas Bahasa Tamil dan Matematik pada 10 September lepas.

Sebelum ini, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dan kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 didakwa telah bocor.

Berikutan itu, Lembaga Peperiksaan menetapkan 30 September ini sebagai tarikh baharu peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran itu. - Bernama

Muktamar medan tunjuk belang sebenar Pas

Posted: 21 Sep 2014 07:34 AM PDT


Muktamar

 


ANALISIS - Komitmen Pas untuk konsisten meneruskan tahaluf siyasi dalam PR yang sebelum ini berantakan akibat percanggahan pendirian dalam memilih calon Menteri Besar Selangor kian diragui selepas ucapan penggulungan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar Pas ke-60 yang melabuhkan tirainya semalam, menghantar isyarat yang jelas dan keras terhadap rakan komponen parti pembangkang itu.

Ucapan Abdul Hadi sarat dengan nasihat, teguran, kritikan, persoalan dan pendirian untuk mempertahankan parti Islam itu daripada cubaan mengikis imej Islam dan perlembagaannya apabila melakukan kerjasama politik bersama PKR dan DAP.

Muktamar Pas Pusat ke-60 itu juga telah menyerlahkan belang sebenar Abdul Hadi, pimpinan dan perwakilan yang sebulat suara mahu menepis anasir luar termasuk rakan komponen dalam menentukan hala tuju Pas, sedang tahaluf siyasi membenarkan mereka mengamalkan ideologi masing-masing.

Abdul Hadi antara paling lantang berhujah apabila mempersoalkan kepentingan Akuan Bersumpah (SD) berbanding bai'ah Pas dalam menyatakan sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor.

"Tidakkah wakil rakyat kita berbai'ah semasa hendak pilihan raya.

"Mana lebih besar, bai'ah atau SD," soalnya ketika menyampaikan ucapan penggulungan dan penangguhan Muktamar Pas Pusat ke-60 di Parit Raja, Batu Pahat, semalam.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi turut menyelar tindakan dua Adunnya di Selangor, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharudin (Morib) yang menandatangani SD itu sebagai broker atau barua yang mendahului keputusan Pas.

"Mereka curi wakil rakyat kita. Inikah etika kita bertahaluf?

"Kita tidak pandang ringan dua wakil rakyat kita, ada jadi broker, yang jadi barua semua ada," katanya.

Abdul Hadi juga turut memberi amaran kepada rakan tahalufnya supaya tidak menjadikan Pas sebagai tempat persinggahan demi mencapai tujuan dan matlamat politik mereka.

"Jangan jadikan Pas ini 'hotel atau jambatan pendek' untuk melintas sungai kemudian masuk hutan.

"Kita bertahaluf dengan PKR dan DAP melalui titik persamaan. Ahli Pas mesti faham ada perbezaan," tegasnya.

Aspek ketaatan kepada pemimpin Pas atau wala' turut diberi penekanan oleh Abdul Hadi kepada pimpinan semua peringkat dan ahli parti Islam itu.

Menurutnya, tindakan pemimpin dan ahlinya yang tidak wala' adalah bertentangan dengan prinsip berjemaah dalam parti itu, dan wala' kepada pihak lain adalah haram dalam jemaah Islam.

Begitu juga katanya dengan tindakan membocorkan rahsia mesyuarat parti serta membawa agenda pihak lain ke dalam parti.

"Wala' dengan pihak lain diharamkan, kita kena pegang kepada jati diri Islam," katanya.

Sementara itu, terdapat juga sesetengah perwakilan menyuarakan bahawa jika Sultan memilih Adun Pas menjadi Menteri Besar, jawatan itu perlu ditolak demi menjaga kesetiaan Pas dalam bertahaluf dengan PR.

Bagaimanapun perwakilan yang hadir tidak mudah menerimanya bulat-bulat susulan Pas mempunyai kerusi Dun yang mencukupi untuk menuntut kerusi panas itu namun Abdul Hadi menegaskan Pas tidak pelahap dengan jawatan tersebut.

"Walaupun Pas ada 15 kerusi, PKR ada 13 dan DAP 15, mengikut Perlembagaan Selangor, menteri besar mesti Melayu Islam, Pas tidak berebut jawatan itu.

"Tetapi dalam hal ini ada hukum syaraknya, jangan ikut hukum akal sahaja. Kita tidak boleh biarkan negeri dan rajanya, kita ada peranannya dan tidak boleh berdiam diri," ulasnya.

Aisyah turun padang bantu kempen calon Pas

Posted: 21 Sep 2014 07:28 AM PDT


Che Yam (kiri) tidak melepaskan peluang bergambar dengan Aisyah (dua, kiri) yang turun berkempen di Pasar Tani Kampung Geting. Che Yam (kiri) tidak melepaskan peluang bergambar dengan Aisyah (dua, kiri) yang turun berkempen di Pasar Tani Kampung Geting.
 
 
 
PENGKALAN KUBOR  –  Penyanyi  Aisyah antara selebriti tanah air yang datang ke Pengkalan Kubor untuk membantu calon Pas, Wan Rosdi Wan Ibrahim berkempen dalam PRK Dun Pengkalan Kubor ini.

Aisyah atau nama sebenarnya Wan Aisyah Wan Ariffin meluang masa di sekitar Pasar Tani Kampung Geting  untuk mengedarkan risalah kempen PR sempena PRK ini.

Kemunculannya itu turut merancakkan kempen yang hanya berbaki tiga hari lagi sebelum hari pengundian pada 25 September ini.

"Saya datang ke Pengkalan Kubor untuk bantu calon Pas, Wan Rosdi berkempen," kata Aisyah ketika ditemui Sinar Harian di Pasar Tani Kampung Geting,  sebentar tadi.

Lebih teruja apabila Aisyah yang popular  dengan lagu Janji Manismu diserbu peminat  untuk bergambar bersamanya.

Peminat,  Che Yam Che Bakar, 49, berkata, dia teruja apabila dapat berjumpa dengan penyanyi Aisyah yang turun padang sempena PRK Dun Pengkalan Kubor ini.

"Saya bergambar dengannya sekadar meminatinya sebagai artis.

"Saya bukan pengundi di sini, datang di Kampung Geting ini kerana berniaga di pasar tani ini," katanya.

Wahid Omar digesa bersemuka rakyat perjelas kenaikan tol Malaysia-Singapura

Posted: 21 Sep 2014 07:23 AM PDT

wahid_omar
Roketkini.com


KULAI: Sudah tiba masanya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Wahid Omar menerangkan kepada rakyat apa yang dicapai dalam mesyuarat dua hala bersama Singapura berhubung isu 'perang' kenaikan tol.

Adun DAP Senai Wong Shu Qi berkata, kini hanya tinggal sepuluh hari untuk Wahid menyelesaikan krisis ini atau menghadapi kerosakan teruk terutama kepada ekonomi negeri akibat tindakan semberono mereka.

"Beliau yang bertanggungjawab sebagai perancang ekonomi. Beliau perlu menjelaskan kepada orang ramai apa yang telah dicapai atau yang sedang diusahakan untuk mencapai persetujuan dalam mesyuarat dua hala.

"Wahid diarahkan untuk mengetuai delegasi Malaysia berunding dengan rakan-rakan Singapura, jadi saya cadangkan beliau sekurang-kurangnya memberitahu mengenai matlamat utama kerajaan BN.

"Inilah saatnya untuk beliau bertemu rakyat dari semua lapisan masyarakat," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu Shu Qi yang juga Pengarah Dasar DAP Johor menyatakan pihaknya secara sukarela bersedia membantu Wahid menyelesaikan desakan bagi peningkatan khidmat pengangkutan awam dan isu lain yang tercetus akibat kenaikan tol di CIQ.

Jelasnya, terdapat empat objektif yang harus dicapai bagi mengurangkan beban rakyat.

"Wahid mesti mengarahkan MRCB menyediakan RM1 juta sebulan bagi bas ulang-alik percuma antara Kompleks CIQ Johor Bahru dan Pusat Pemeriksaan Woodlands.

"Kedua, mencadangkan kepada Singapura bahawa kedua-dua negara harus membuka laluan pejalan kaki di Tambak masing-masing untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas.

"Ketiga, memantau projek landasan berkembar dari Gemas ke Johor Bahru untuk memastikan ia disiapkan pada 2015 dan melaksanakan sistem KTM Komuter," ujarnya.

Wahid turut dicadangkan memulakan semula perbincangan antara kedua-dua negara untuk memudahkan proses imigresen bagi warga yang setiap hari berulang alik bekerja dari Johor Bahru ke Singapura.

Keputusan Kerajaan BN untuk mula mengenakan caj EDL di Kompleks CIQ kini telah menyebabkan Singapura mengambil langkah untuk turut sama meningkatkan bayaran tol berkuatkuasa 1 Oktober ini.

"Perang kenaikan tol ini secara tidak langsung juga akan mengakibatkan kos perjalanan pergi balik bagi kereta meningkat kepada kira-kira RM33 hanya untuk menyeberangi Tambak yang berjarak 1.7 kilometer," kata Shu Qi. -Roketkini.com

MB Selangor: PKR Tetap Mahu Azizah, Mohon Mengadap Sultan

Posted: 21 Sep 2014 01:29 AM PDT

Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK 
 
 
 
 
 
PETALING JAYA: Berbaki empat hari sebelum menteri besar Selangor yang baharu mengangkat sumpah pada Selasa depan, Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengingatkan Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung sokongan majoriti yang dimiliki Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, sehingga kini presiden PKR itu kekal mempunyai sokongan daripada 30 wakil rakyat di Selangor.

Sehubungan itu PKR memohon sembah untuk menghadap Sultan Sharafuddin bagi mendapatkan pandangan berhubung situasi berkenaan.

"PKR mengambil pendirian bahawa kedudukan sokongan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) seperti yang dinyata sebelumnya menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah tidak berubah.\

"Oleh yang demikian, PKR merafa' sembah memohon limpah perkenan tuanku untuk mengadap bagi mendapatkan nasihat dan ehsan tuanku dalam keadaan sokongan majoriti adalah jelas dan tidak berubah," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat malam.

Keputusan berkenaan dicapai menerusi mesyuarat Biro Politik PKR yang diadakan pada Sabtu.

"PKR akan terus menjunjung kedaulatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan undang-undang tubuh Negeri Selangor yang dinaungi tuanku," katanya.

Majlis angkat sumpah menteri besar Selangor yang baharu akan diadakan di Istana Alam Shah, Klang pada Selasa ini sekali gus menamatkan kemelut yang berlarutan lebih sebulan lalu.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani mengesahkan perkara itu dan menyatakan majlis akan bermula pada pukul 10 pagi.

Kemelut jawatan menteri besar Selangor bermula apabila Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 9 Ogos lalu ekoran keengganannya meletak jawatan seperti yang diarahkan.

Mesyuarat Khas Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos pula menarik balik sokongan terhadap Khalid dan mengemukakan dua nama sebagai calon menteri besar iaitu Dr Wan Azizah dan timbalannya, Mohamed Azmin Ali.

Bayi Baru Lahir Jadi Seorang Lagi 'Penumpang' Di Balai Ketibaan KLIA

Posted: 21 Sep 2014 01:06 AM PDT

Oleh: NICHOLAS CHENG


(Dari kiri) Pegawai Imigresen, Nur Damiea, Nur Marlina dan Noor Rafiah Ibrahim bersama bayi yang baharu lahir.
 
 
)
PETALING JAYA: Pegawai Imigresen sentiasa berhadapan dengan semua jenis ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tetapi tiada seorang pun menjangka akan menerima bayi yang baharu lahir selepas seorang wanita warga Turki bersalin sebaik sahaja pesawat dinaikinya mendarat.
Pegawai Imigresen, Nur Marlina Daraman, 35, sedang bertugas di pintu ketibaan di aras tiga lapangan terbang itu pada Jumaat apabila seorang wanita mengandung meluru masuk ke pejabatnya pada kira-kira pukul 12.15 tengah hari.
Wanita dalam lingkungan 30an itu, terpaksa menahan kesakitan. Dia ketika itu sedang mendukung bayi berusia setahun dan membawa bagasi.
"Dia bercakap sesuatu kepada saya tetapi saya tidak faham bahasa asing yang dituturnya," kata Nur Marlina.
"Tetapi dia tidak perlu berkata apa-apa kerana saya dapat melihat air mukanya menandakan dia mahu bersalin."
Sementara rakan sekerjanya, Nur Damiea Lawrence Abdullah menghubungi seorang doktor, Nur Marlina memimpin wanita itu masuk ke pejabat dan membaringkannya di atas kain di atas lantai.
Dia sudah pun dapat melihat kepala bayi itu ketika dia membantu wanita itu menanggalkan pakaian.
"Saya ketika itu takut. Saya tidak dilatih untuk mengendalikan situasi seperti itu," katanya. 
"Saya tidak pernah melihat orang melahirkan anak sebelum ini. Tetapi dia sudah ada di situ di atas lantai, maka saya perlu berbuat sesuatu.
"Apa yang saya boleh lakukan adalah menenangkannya sementara kami menunggu doktor datang. Pegawai-pegawai lain turut membantu," kata Nur Marlina.
Seorang doktor dan seorang bidan tiba, dan beberapa pegawai Imigresen membantu dengan kelengkapan ketika wanita itu bersalin.
"Wanita itu selamat melahirkan anak yang sihat pada pukul 12.30 tengah hari," kata Nur Marlina.
Timbalan Pengarah Imigresen KLIA, Sarbini Hussein berkata, wanita itu dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut. Turut serta ialah bayi yang baharu dilahirkan dan seorang lagi bayi.
"Kami tidak dapat bercakap dengan dia selepas itu. Dia tidur selepas bersalin," kata Sarbini.
Menurut pasport wanita berkenaan, dia tiba di KLIA dari Johor Bahru. Jabatan Imigresen bagaimanapun enggan mendedahkan nama wanita itu atas sebab-sebab privasi.

[VIDEO] Yuhaizad: Mereka Yang Berjongkang-jongkit Di Rumah UMNO Perlu Ditegur

Posted: 21 Sep 2014 12:55 AM PDT

KELAB GREENBOC





Perwakilan Melaka Yuhaizad Abdullah berkata aspirasi rakyat yang mahukan PAS bersama Pakatan Rakyat sebagai satu-satunya cara untuk keluar daripada "belenggu" Umno dan BN.

"PAS meninggalkan Pakatan Rakyat bermaksud meninggal hasrat dan aspirasi rakyat kepada PAS For All menjadi PAS for PAS, Rahmat Untuk Semua akan menjadi Rahmat untuk PAS.

"Tajuk tema muktamar kita 'Terus Beristiqamah, kita boleh teruskan, tetapi lebih malang, jika rakyat terus dibelenggu oleh Umno dan BN," katanya.

Beliau juga menegur kumpulan ulama dalam PAS dengan melabel ahli PAS dengan label antaranya seperti 'munafik haraki', pengkhianat, akidah tidak sahih, liberal, parasit'.

"Mereka yang menyokong Pakatan Rakyat, jangan mudah dituduh sebagai pengkhianat.
Mereka yang berjongkang-jongkit di rumah Umno harus ditegur. Kerana setiap ahli kita ada nilai.

"Ulama juga jangan muda menghalau ahli keluar daripada PAS. Janganlah mereka yang berpegang kepada keputusan jawatankuasa PAS, itu dipandang serong dan dipersalahkan.

"Mempertahankan keputusan jawatankuasa PAS, bererti mempertahankan presiden, timbalan presiden, naib presiden dan seluruh AJK PAS pusat,"
katanya. -petikan malaysiakini


LIHAT VIDEO DI SINI



ULASAN GB

Hujjah yang mantap. Tahniah Yuhaizad. Berani kerana benar dan kebenaran itu tidak akan dapat sekali-kali dikalahkan oleh kebatilan.

Islam, Pas tetap baik walau ahlinya tidak

Posted: 21 Sep 2014 12:31 AM PDT


Muktamar
BATU PAHAT - Islam tetap baik, Pas juga tetap baik namun hanya segelintir ahli dalam parti Islam itu yang tidak baik, demikian kata Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), N Bala Subramaniam.

Beliau berkata, sikap kurang sopan ahli terhadap pemimpin Pas perlu dielakkan dan ditangani segera kerana dikhuatiri akan menjejaskan kepercayaan bukan Islam khususnya DHPP terhadap Pas.

"Bukan senang untuk mendapatkan kepercayaan kaum dan agama lain terhadap perjuangkan Pas.

"Sebelum ini, kami (DHPP) sudah biasa dengan parti di mana pemimpinnya tidak menepati janji, maka jangan ia wujud dalam parti Islam ini.

"Kami juga sudah biasa dengan sikap kurang sopan ahli kepada pemimpin dengan baling kerusi, maka jangan ada sikap ini dalam Pas," katanya ketika menggulungkan ucapan dasar Presiden Pas pada Muktamar Pas Pusat ke-60 di Parit Raja, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan jika Pas gagal menyelesaikan masalah dalaman dengan baik sebagaimana Islam itu sendiri adalah jalan penyelesaian, keupayaan parti itu untuk menjadi kerajaan akan dipersoalkan dan diragui.

"Islam itu jalan penyelesaian, maka buktikan Islam mampu menyelesaikan masalah dalam Pas sekrang.

"Kalau masalah dalaman Pas tidak dapat selesaikan, apakah mungkin Pas boleh selesaikan masalah di luar sana bila Pas memerintah negara.

"Jangan hampakan penyokong dan kaum bukan Islam kepada Pas, walaupun kami sudah dapat mencium kehampaan masyarakat Islam kepada Pas," ujarnya.

DHPP yang kini mempunyai keahlian seramai 6,000 menggesa Pas di setiap negeri supaya mengeratkan hubungan dengan kelab penyokong Pas itu untuk menarik lebih ramai bukan Islam menyokong parti itu.

Katanya lagi, bukan Islam kini lebih yakin dengan Pas apabila gabungan golongan ulama dan profesional dapat memperkasakan parti Islam itu dan lebih meyakinkan.

DHPP juga memberi amaran tidak wujudnya kelompok tertentu dalam Pas untuk menjatuhkan antara satu sama lain.

"Jangan ada gerakan dalaman untuk menjatuhkan golongan itu dan ini.

"Kita dengar teori Pas itu berkasih sayang, maka semua ahli dan pimpinan Pas jangan berpecah dan bermusuhan dan jika jujur mereka perlu berkata benar," katanya lagi.

Undi awal PRK Pengkalan Kubor berjalan lancar

Posted: 21 Sep 2014 12:27 AM PDT


PRK Pengkalan Kubor
 
 
 
TUMPAT- Proses pengundian awal bagi PRK Dun Pengkalan Kubor yang berlangsung di Dewan Delima Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat, di sini hari ini berjalan lancar.

Proses pengundian awal yang berlangsung pada jam 8 pagi tadi dijangka akan tamat jam 3 petang nanti.

Menurut salah seorang pengundi awal, Koperal Kamal Mahmod,50, beliau datang seawal yang mungkin bagi membolehkannya melaksanakan tanggungjawab tersebut dengan tenang.

"Saya bangun awal pagi ini, Alhamdulillah tanggungjawab saya sudah selesai," katanya.

Proses pengundian awal hari ini melibatkan seramai 109 anggota polis.

Buang yang keruh, kata TG Haron Din

Posted: 21 Sep 2014 12:24 AM PDT

HARAKAHDAILY



 


BATU PAHAT: Timbalan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Haron Din mahu segala perselisihan dalam parti ditamatkan seiring dengan selesainya Muktamar Tahunan PAS ke-60 petang ini.

Menurut beliau, seluruh ahli PAS perlu kembali memperkukuh ikatan ukhwah dan bersatu nenghadapi cabaran mendatang.

"Buang yang keruh ambik yang jernih. Bersatu kukuhkan kesatuan hadapi cabaran mendatang.

"Bermaaf-maafan, tolong menolong dan berlapang dada terima teguran, hulur kemaafan," kata beliau sewaktu membuat ucapan penangguhan hari ini.

Tambahnya, PAS akan sentiasa kukuh selagi ahli di segenap peringkat mematuhi arahan pimpinan.

Mengulas isu tahaluf siyasi dalam Pakatan Rakyat, Tuan Guru Harun Din mahu PAS meletakkan sedikit 'reserve' dalam perkara itu dengan mengambil contoh pensyariatan perceraian dalam Islam.

Menurut beliau, walaupun talak tidak digalakkan dalam Islam, tetapi ianya dibolehkan.

Sekalipun suami enggan melafazkan talak, namun syariat membenarkan isteri menuntut fasakh jika suami melanggar syarat tertentu, katanya.

"PAS tak keluar dari Pakatan Rakyat atau PAS dibuang dari Pakatan Rakyat. Kena reserve perkara itu.

"Pimpinan PAS pertimbang semua pandangan," katanya sambil menegaskan keputusan PAS setakat ini akan terus kekal bersama Pakatan Rakyat seperti ditegaskan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Dalam pada itu beliau turut mengingatkan bahawa Majlis Syura Ulamak mempunyai kuasa membuat penilaian kelangsungan tahaluf siyasi dengan mengambil kira kesan baik dan buruk dari masa ke masa. - HARAKAH

Nik Aziz: BN bodoh, rakyat kena bodoh

Posted: 21 Sep 2014 12:18 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertikaikan kenyataan yang dibuat oleh pemimpin BN berhubung pembangunan di Kelantan.

Menurut bekas menteri besar Kelantan itu, kenyataan yang mengatakan bahawa kerajaan Persekutuan tidak pernah mengabaikan pembangunan di Kelantan adalah tidak berasas.

Ini kerana, Nik Aziz berkata, tidak timbul sama ada kerajaan mengabaikan pembangunan atau tidak kerana sudah menjadi tanggungjawab kepada pemerintah untuk menjaga negeri-negeri Persekutuan termasuk Kelantan.

"Dia (kerajaan) sibuk bicara tentang pembangunan. Mana ada kerajaan yang tak ada pembangunan. Komunis ada pembangunan, Amerika Syarikat ada pembangunan. Yahudi ada pembangunan. Kelantan ada pembangunan, Kenapa dia sibuk dengan pembangunan?

"Pagi tadi dalam surat khabar, Umno sebut tidak abai pembangunan Kelantan. Macam mana nak abai sebab Kelantan ini dalam Persekutuan. Kita ini negeri Persekutuan. Mahu tak mahu Pusat kena jaga Kelantan. Dia kena jaga. Kenapa nak cakap (tak abai Kelantan) sedangkan memang kewajipan dia begitu.

"Macam cakap kena jaga bini (isteri). Nak cakap apa, itu memang bini kamu. Apa bodoh. Dia fikir orang bodoh sepanjang 50 tahun begitu. Dia yang sebenarnya bodoh. Rakyat (memang) kena bodoh dah," katanya.

Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira 700 hadirin pada ceramah perdana di Pantai Geting, Pengkalan Kubor malam semalam.

Nik Aziz berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengarah Jentera PRK DUN Pengkalan Kubor BN Datuk Seri Mustapa Mohamed yang mengatakan bahawa kerajaan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab kepada rakyat di Kelantan walaupun ditadbir oleh pembangkang.

Mustapa berkata, pelbagai pembangunan baru dan penambahan infrastruktur di kawasan DUN Pengkalan Kubor sebelum ini dibantu kerajaan dengan peruntukan sebanyak RM206 juta sejak 2004.

Rakyat S'pura masuki JB demi filem 'haram'

Posted: 21 Sep 2014 12:13 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Ramai rakyat Singapura kini memasuki Malaysia untuk menonton sebuah filem yang diharamkan di negara mereka.

Kira-kira orang rakyat republik itu pada Jumaat memasuki Johor Bahru untuk menonton filem To Singapore, with Love dalam acara anjuran Freedom Film Festival 2014 di Johor Bahru, lapor The Online Citizen.

Dokumentari 70 minit berkaitan orang buangan politik Singapura oleh Tan Pin Pin itu mendapat status "tidak dibenarkan tayang" (NAR) daripada Pihak Berkuasa Pembangunan Media (MDA) Singapura pada 10 September.

MDA mendakwa, subjek filem itu tidak menggambarkan keadaan sebenar.

Pengharaman filem itu mengundang bantahan rakyat Singapura.

Ramai yang memperolok-olokkan alasan diberikan MDA, iaitu demi "keselamatan negara".

Noh Omar sertai demo sokong sultan hari ini

Posted: 21 Sep 2014 12:12 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Setelah dilihat agak lama membisu dalam isu kemelut menteri besar Selangor, Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar muncul bersama ratusan rakyat Selangor memberi sokongan kepada sultan.

Beliau bersama lebih 500 rakyat mewakili 18 badan bukan kerajaan (NGO) berkumpul dengan berpakaian kuning di Seksyen 16 Shah Alam hari ini dalam Himpunan Menjunjung Kasih Sultan Selangor melafazkan ikrar taat setia kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam pemilihan menteri besar.

Noh berkata BN tidak boleh lagi berdiam diri apabila sultan dipertikaikan oleh pihak pembangkang dalam melaksanakan hak baginda memilih peneraju negeri itu.

"BN bangkit apabila institusi diraja dicabar dan tidak dihormati dan akan terus berjuang sekiranya selepas majlis angkat sumpah menteri besar baharu mendapat tentangan pihak tidak berpuas hati dengan pilihan sultan.

"Kita kena sokong siapa sahaja yang diperkenan sultan, jika ada mana-mana pihak yang mempertikaikan keputusan tuanku selepas Selasa ini dan juga cuba gugat kestabilan Selangor kerana tidak puas hati dengan keputusan dibuat Tuanku maka BN tidak akan berdiam diri kita akan bangun dan terus berdiri teguh di belakang tuanku," katanya dalam himpunan yang dianjurkan oleh gabungan NGO yang diberi nama "Gerak Daulat" itu,

Noh menafikan BN sebelum ini memberi sokongan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atau mana-mana individu untuk membentuk kerajaan perpaduan sebaliknya hanya menyokong usaha Khalid bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan masalah air di negeri ini.

Malah beliau menjelaskan BN tidak mempunyai apa-apa kepentingan dalam pentadbiran dan hanya mahu krisis ini diselesaikan segara dengan akur kepada keputusan sultan agar tidak menyusahkan rakyat sendiri.

Ini termasuk sebarang bantahan atau rancangan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas lantikan menteri besar baru Selasa ini

"Sesiapapun dilantik kita tetap jadi pembangkang dan buat kerja sebagai pembangkang, terima sepenuhnya pilihan tuanku.

"Diharapkan semua rakyat dan parti politik akur dan terima dengan keputusan tuanku.

"Bubar DUN..kita tak mahu fikir sekarang. Kita harap lepas Selasa kemelut ini akan selesai, banyak kerja nak buat, Selangor mesti ditadbir dengan baik demi rakyat," katanya.

Pakatan Rakyat dilihat tidak bersatu hati dalam krisis ini apabila PKR tetap mahukan presidennya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai menteri besar.

PAS pula dilaporkan menghantar nama ADUN mereka sendiri kepada istana setelah presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka tidak setuju dengan pilihan Wan Azizah menggantikan Khalid.

Masyarakat Siam akui sudah lama kenal Wan Rosdi

Posted: 21 Sep 2014 12:08 AM PDT

ASLANI M 



 


TUMPAT: Menjelang hari pengundian 25 September ini, Umno kelihatan semakin gelabah apabila terpaksa menjelaskan isu peribadi calon dan menjawab isu royalti yang sudah menjadi viral kalangan anak-anak muda di Kelantan.

Keadaan tambah keliru apabila ramai pengundi masyarakat Siam berani tampil memberitahu mereka tidak boleh menerima calon yang tak mereka kenali.

Biar pun segala jenis kelengkapan kempen dibawa ke Pengkalan Kubor dan aneka jenis kereta dan peralatan, namun keperibadian calon BN, Mat Razi Mat Ail meniti setiap bibir penduduk di Pengkalan Kubor.

Guru-guru ditukar kerana politik, penafian pelajar terhadap Kumpulan Wang Amanah Pelajar ((KWAP), bantuan banjir pelajar dan banyak cerita berkisar peribadi calon BN mulai diperkatakan secara meluas sekarang.

Eh Ron, 67, dari Kampung Mertua berkata, masyarakat Siam hanya berminat pemimpin yang lebih dekat dengan mereka dan bukan yang tidak pernah dikenali.

Katanya, kalau tidak kenal macam  mana hendak  diharapkan dia boleh membantu masyarakat Siam.

"Bagi calon PAS, Wan Rosdi  kita sudah lama kenal dia. Selalu datang ke Kampung Mertua. Sejak enam tahun lepas hubungan begitu rapat. Pemimpin macam inilah yang kita harapkan dapat membantu masyarakat Siam.

"Calon BN kita tidak kenal biar pun ada orang sebut bekerja sebagai guru. Kalau tak kenal payah sikit hendak pilih. Dahulu wakil rakyat BN kita kenal  dia," katanya ketika ditemui di sini.

Beliau ditemui selepas program penyampaian bantuan baja organik oleh kerajaan negeri di Jubakar Darat dekat sini semalam.

Penyampaian dilakukan anggota Exco, Datuk Che Abdullah Mat Nawi. Hadir sama anggota Exco, Datuk Anuar Tan Abdullah, Pengurus  Besar Kumpulan Kelantan Sdn Bhd, Abdul Aziz Yunus dan Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS, Lim Guan Seng.

Seramai 100 petani masyarakat Siam dari beberapa kampung menerima baja organik 50 kg dan empat jenis benih sayur-sayuran termasuk jagung.

Jelas terbayang kegembiraan di wajah mereka. Sebaik sahaja mendapat baja tersebut ada yang membawa balik baja dengan basikal dan motosikal. 

Eh Ron yang kini menderita sakit buah pinggang dan terpaksa menjalani dialisis sejak lima tahun lepas berkata, masyarakat Siam menerima banyak kemudahan disediakan kerajaan negeri termasuk bantuan Skim Takaful Kifaalah sebanyak RM1,500 apabila berlaku kematian warga emas.

"Selain itu pemuda yang miskin hendak berkahwin diberi bantuan RM1,000. Wan Rosdi datang sendiri  ke rumah penduduk yang meninggal dunia dan menyampaikan bantuan awal Kifaalah sebanyak RM500 sejak beberapa tahun lepas.

"Penduduk Siam rapat sangat dengan dia. Saya yakin ada perubahan undi masyarakat Siam kali ini," katanya.

Beberapa lagi penduduk Siam ketika ditemui turut mengakui hakikat sama. Paling acap mereka sebut sudah lama kenal Wan Rosdi. - HARAKAHDAILY

Kebanyakan jemaah haji sakit akibat jangkitan paru-paru

Posted: 21 Sep 2014 12:02 AM PDT

HAFIZAH KAMARUDDIN


MAKKAH: Kebanyakan jemaah haji yang jatuh sakit semasa di Tanah Suci adalah disebabkan masalah jangkitan paru-paru dan saluran pernafasan dengan ramai daripada mereka berusia antara 50 dan 70 tahun.
  
Timbalan Ketua Rombongan Haji (Perubatan) Dr Saiful Azlan Shariff bagaimanapun berkata, tiada jemaah yang dijangkiti penyakit berjangkit dan tahap kesihatan rata-rata jemaah haji berada dalam keadaan baik.
  
Klinik dan pusat rawatan TH di Tanah Suci, sehingga kini telah merawat sebanyak 5,000 jemaah sebagai pesakit luar dan 80 lagi telah dimasukkan ke pusat rawatan, katanya kepada media Malaysia di sini hari ini.
  
Beliau berkata semua jemah haji telah dinasihat supaya mendapatkan rawatan di 10 buah klinik, termasuk dua di Madinah, sekiranya demam agar rawatan dapat diberikan segera.
  
Beliau berkata jika didapati jemaah haji memerlukan rawatan selanjutnya mereka akan dihantar ke empat pusat rawatan TH, termasuk satu di Madinah untuk pemeriksaan lanjut oleh pakar-pakar perubatan Malaysia.  
  
"Jika dapati pesakit masih memerlukan perkhidmatan rawatan lebih canggih, mereka akan dirujuk ke hospital Arab Saudi, seperti pembedahan dan sebagainya," katanya.
  
Dr Saiful Azlan berkata TH telah menyediakan empat pusat rawatan iaitu Hospital Aziziah, Pusat Rawatan Shisya dan Pusat Rawatan Abraj Janadiriyyah di Makkah serta Pusat Rawatan Dar Siba di Madinah, selain 10 klinik di setiap pusat penginapan termasuk di dua di Madinah.
  
Buat pertama kali juga, Tabung Haji (TH) pada tahun ini menyediakan perkhidmatan pergigian untuk jemaah haji memandangkan kos rawatan pergigian di tanah suci sangat mahal, katanya.
  
Klinik pergigian itu dikendalikan seorang doktor pakar pergigian yang ditempatkan di Pusat Rawatan Shisya di sini. Ia diwujudkan berikutan permintaan jemaah haji sebelum ini, katanya.
  
Dr Saiful Azlan berkata dari segi perkhidmatan kesihatan lain, pihaknya telah menjadikan Pusat Rawatan Shisya sebagai hospital khas untuk kes jangkitan paru-paru, komplikasi kencing manis dan ortopedik untuk kes-kes patah tulang dan sebagainya.  
  
Sementara Hospital Aziziah pula, bagi mengendalikan kes-kes berkaitan kardiovaskular, psikiatrik dan gastroenteritis manakala Pusat Rawatan di Abraj Al-Janadiriyyah dijadikan wad am serta tempat menyaring pesakit untuk rujukan ke Pusat Rawatan Shisya atau ke Hospital Aziziah, tambahnya.
  
Beliau berkata, tahun ini pusat rawatan TH mempunyai sebanyak 250 petugas termasuk 50 doktor dan doktor pakar, jururawat, penolong pegawai perubatan, juru x-ray, fisoterapi dan pegawai farmasi.
  
Beliau berkata TH juga mewujudkan pelbagai unit pusat rawatan yang diketuai pakar-pakar perubatan dari Malaysia termasuk kemudahan bilik X-ray, makmal serta 15 buah ambulans, termasuk dua di Madinah.
  
Beliau berkata setiap tahun, Kementerian Kesihatan Arab Saudi akan membuat pemeriksaan terhadap kelengkapan di pusat perubatan TH termasuk di Madinah.
  
Mereka akan memeriksa dari segi peralatan hospital, jumlah petugas serta ubat-ubatan yang dibawa bagi memastikan pusat rawatan perkhidmatan kesihatan TH mempunyai kelengkapan mencukupi bagi mengendalikan jemaah haji Malaysia di sini.  
  
"Hanya selepas mendapat kelulusan dan permit dari Kementerian Kesihatan Arab Saudi, baru pusat perubatan TH dapat beroperasi.
  
"Sehingga hari ini, kita tidak mempunyai masalah dengan Kementerian Kesihatan Arab Saudi dan pasukan kita merupakan pasukan yang terbaik," katanya.
  
Sementara itu, beliau berkata TH menempatkan dua pembimbing ibadah lelaki dan perempuan di setiap pusat rawatan bagi membantu jemaah haji yang menerima rawatan.
  
Di Pusat Rawatan Shisya, pembimbing ibadah Zanariah Buang, yang merupakan guru agama di Sekolah Sukan Negeri Johor Tun Hussein Onn, Kluang, Johor berkata antara tanggugjawab mereka adalah untuk membimbing para pesakit dalam ibadah haji, terutama mereka yang dimasukkan ke hospital dalam keadaan berihram.
  
"Kami juga akan mengiringi pesakit semasa wukuf, bagi memastikan mereka dapat menjalankan ibadah haji dengan sebaik-baiknya," katanya yang turut tinggal di pusat rawatan itu sepanjang operasi haji ini.  
  
Rakan sejawatannya Mohd Nizar Ismail, guru agama Sekolah Menengh Kebangsaan Bakai, Kuala Ketil, Kedah, yang pertama kali menjadi pembimbing ibadah TH berkata mereka bukan sahaja turut memberi penerangan mengenai ibadah haji, tetapi turut sentiasa menenangkan perasaan para jemaah yang sakit dengan doa-doa dan sebagainya.
  
Bagi pesakit Che Yah Sulaiman, 69, dari Taiping, Perak yang datang berseorangan untuk mengerjakan haji berasa bertuah kerana beliau yang menghadapi masalah pernafasan dijaga dengan baik oleh para petugas di pusat rawatan berkenaan.
  
Sementara Ismail Abu Samad, 65, yang juga mengalami masalah pernafasan berkata petugas pusat rawatan itu memberinya layanan yang cukup baik.
  
"Pada saya perkhidmatan di sini, sama seperti perkhidmatan hospital Malaysia," katanya yang berasal dari Muar, Johor.
  
Sardon Ibrahim, 61, dari Batu Pahat, Johor, pula yang datang berseorangan berkata layanan yang diterimanya amat memuaskan dan beliau yang menghidap kencing manis kini, mendapatkan rawatan di pusat itu, akibat terjatuh ketika di Madinah dan mengalami retak tulang kaki. - Bernama

Perakan harap anak perantau pulang mengundi

Posted: 21 Sep 2014 12:01 AM PDT

ASLANI M 


TUMPAT: Persatuan Anak-anak Kelantan di Perantauan (Perakan) berharap warga perantau yang mengundi di Pengkalan Kubor pulang bagi menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pemilih pada 25 September ini.

Presidennya, Ir Hamdzah Ab Rahman berkata, menjadi harapannya anak Kelantan yang mengundi di Pengkalan Kubor dapat meluangkan masa untuk balik mengundi pada pilihan raya kecil tersebut.

"Harapan Perakan Malaysia supaya pengundi yang berada di luar Kelantan dapat balik menunaikan tanggungjawab seperti biasa.

"Di samping itu kami berharap mereka dapat menilai secara tepat serta rasional sumbangan kerajaan negeri kepada penduduk di Pengkalan Kubor.

"Biar pun Pengkalan Kubor diwakili BN sejak tiga penggal lepas, namun kerajaan negeri tetap berusaha membangunkan Pengkalan Kubor terutamanya berkaitan sektor pelancongan dan pertanian," katanya di sini.

Menurutnya juga tidak ketinggalan pengundi Pengkalan Kubor yang tinggal di luar kawasan tersebut hendaklah pulang mengundi memandangkan kerajaan negeri mengumumkan hari mengundi Khamis ini sebagai cuti peristiwa.

Terdapat lebih 1,600 pengundi Pengkalan Kubor yang berada di luar daerah mengundi termasuk Kuala Lumpur.- HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: