Ahad, 21 September 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Pelajar IPT Kantoi Lakukan Seks Oral di dalam Bas

Posted: 21 Sep 2014 07:15 AM PDT


Adegan berahi dalam bas

[Harian Metro] Kuantan: Seorang pemandu bas ekspres yang dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur terpaksa memberhentikan kenderaannya selepas terkejut melihat aksi sepasang kekasih sedang melakukan seks oral dalam bas itu, tengah malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah malam itu, pemandu berusia 39 tahun menyaksikan adegan itu menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang dalam kenderaan berkenaan. 

Sumber polis berkata, pemandu bas itu kemudian membuat laporan di Balai Polis Cherating sebelum pihaknya menahan pasangan kekasih itu dan meneliti rakaman CCTV itu untuk siasatan lanjut. 

Menurutnya, rakaman selama tujuh minit menunjukkan bahawa remaja berusia 20 tahun yang juga pelajar jurusan perakaunan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Terengganu sedang melakukan seks oral terhadap pasangannya yang juga berusia 20 tahun. -Syah Rul Aswari Abdullah dan Shahrul Nizam Mohamad/21/9/14

Berkaitan:

[Bernama] Polis menahan sepasang kekasih yang berkelakuan tidak senonoh di dalam sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari Terengganu menuju Kuala Lumpur pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata pihaknya menerima aduan berhubung kejadian itu daripada pemandu bas berkenaan kira-kira 2.01 pagi.

"Dia mendapati pasangan itu yang berumur 20 tahun sedang melakukan perkara tidak senonoh di tempat duduk penumpang ketika di Chendor dekat sini.

"Berikutan itu pasangan tersebut yang merupakan pelajar jurusan Diploma Perakaunan sebuah insitusi pengajian tinggi awam di Terengganu ditahan untuk diambil keterangan," katanya.


Pasangan berkenaan yang sedang bercuti untuk mengulang kaji pelajaran, mengaku melakukan perbuatan itu. - 20/9/14

Buktikan PKR 'Beli' Saya, Kata Saari kepada Hadi Awang

Posted: 21 Sep 2014 06:29 AM PDT



[Malaysia Kini] Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Saari Sungib dilapor mencabar presiden partinya Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengemukakan bukti beliau "dibeli" oleh PKR.

Perkara itu dilontarkan ekoran tindakannya menandatangani akuan berkanun (SD) yang menyokong Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai pengganti Menteri Bersar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Saari, wakil rakyat Hulu Selangor menjelaskan, beliau menandatangani SD itu bagi mengelakkan Khalid menyebabkan lebih banyak masalah pada negeri itu, lapor The Star Online.

"

Peguam menjelaskan bahawa ADUN mesti memindahkan sokongan kepada calon lain untuk mengesahkan SD itu, dan kami sokong Wan Azizah kerana PKR dan DAP setuju dengan pencalonannya," beliau dipetik sebagai berkata.

Hadi semalam berkata, PKR tidak patut "mencuri" dua wakil rakyatnya, Saari dan Hasnul Baharuddin (Morib), untuk menyokong Azizah sebagai calon menteri besar.

"Takut majoriti tak dapat, curi wakil rakyat kita, beli wakil rakyat. Adakah ini etika bertahaluf?

"Kita tidak memandang ringan, dua wakil rakyat yang sanggup menyeberang, yang jadi broker, yang jadi barua, semua ada," katanya.

Portal berbahasa Inggeris itu juga hari ini melaporkan Saari sebagai menegaskan, beliau hanya cuba mengekalkan kekuatan Pakatan di Selangor.

"

Banyak ulama dalam parti, tetapi mereka masih benarkan tindakan mengutuk saya atas tindakan saya, yang sebenarnya hukuman sebelum perbicaraan. Parti Islam jenis apa ini?

"Di muktamar, pengerusi tetap tidak campur tangan apabila perwakilan berdoa supaya tuhan murka pada saya. Perkara ini sangat memalukan parti," belia dipetik sebagai berkata.

Perwakilan dalam muktamar PAS sebelum ini mengambil peluang dalam ucapannya untuk membacakan doa mengutuk Saari dan Hasnul selain Timbalan Presiden Mohamad Sabu.

Wakil PAS Wilayah Persekutuan Azhari Ariffin berkata, dua ADUN itu ibarat ejen perosak dalam parti dan menyifatkan mereka sebagai "nila setitik yang merosakkan susu sebelanga". -21/9/14


P/s: Sebelum ini, Haji Hadi menuduh calon PKR menjual pil kuda dan  berideologi komunis sehingga mendorong ahli PKR menyamannya RM2 juta. Kes itu masih berjalan dan belum selesai.





Tiada ulasan: