ALHUSSEYN |
- ‘Broker’, ‘barua’ curi 2 Adun PAS tandatangan SD sokong Wan Azizah, kata Hadi
- Mat Sabu: Saya bukan manusia plastik
- Anwar restui dia jadi MB Selangor
- KEADILAN mohon mengadap Sultan Selangor
- Apakah di sini lahirnya sebuah cinta seorang Majnun?
‘Broker’, ‘barua’ curi 2 Adun PAS tandatangan SD sokong Wan Azizah, kata Hadi Posted: 20 Sep 2014 04:07 AM PDT
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan PAS tidak memandang ringan tindakan dua Adun PAS yang menandatangani akuan bersumpah menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan mendakwa ia taktik kotor pihak tertentu. Beliau berkata demikian semasa ucapan penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor, hari ini.Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa terdapat "broker" dan "barua" yang mencuri dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS di Selangor yang menyaksikan mereka menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor. Hadi ketika sesi penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor berkata, 2 Adun itu – Saari Sungip dan Hasnul Baharudin – juga dicuri dan dibeli. Beliau bagaimanapun tidak menyatakan pihak yang melakukan tindakan tersebut. "Mereka curi wakil rakyat kita. Inikah etika kita bertahaluf? "Kita tidak pandang ringan 2 wakil rakyat kita (tandatangan SD), ada jadi broker, yang jadi barua semua ada," katanya. Hadi menegaskan, 2 Adun itu seharusnya berfikir panjang sebelum melakukan tindakan sedemikian kerana mereka berikrar ketika sebelum pilihan raya umum lalu untuk taat setia kepada parti. "Tidakkah wakil rakyat kita berbaiah semasa nak pilihan raya? "Mana lebih besar baiah atau SD?" soal Hadi dalam ucapannya sempena penutupan muktamar yang berlangsung selama tiga hari itu. – 20 September, 2014. SUMBER Kenyataan Hj Hadi mengundang kemarahan rakan-rakan sendiri. Siapakah yang Hadi maksudkan "broker" dan "barua" yang mencuri dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS di Selangor itu? Kenyataan yang tidak sepatutnya terpancul dari mulut seorang ulamak yang baru sahaja menyatakan: PAS akan terus istiqamah mengadakan tahaaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat selama mana tidak berlaku pelanggaran syarat yang telah digariskan. Tiba-tiba dalam penggulungan Muktamar, Hadi menghamburkan kata-kata kononnya ada "broker" dan "barua" yang mencuri dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS di Selangor. Kenapa perkara tersebut tidak diusulkan untuk dibincangkan bersama semasa Muktamar? Kenapa perkara khianat itu tak dibentangkan? Saya dah cakap hari tu - Hj Hadi Cakap Tak Seropa Bikin! Perwakilan dan pemerhati penyokong Vest Kami sokong Ulama dan MSU marahkan Anwar, marahkan PKR, marahkan tahaaluf siyasi, tapi pelik kerana tidak ada usul untuk membincangkannya dalam muktamar. Mentaliti Hadi sama sahaja dengan mental malaon ini : Nampaknya, muktamar dah selesai tanpa pencapaian apa-apa yang dapat memajukan gerakerja jemaah. Menghabiskan masa tenaga dan wang ringgit dan sia-sia sahaja mengadakan muktamar kali ini - masing-masing terus dengan hala sendiri-sendiri. "Kita telah bermuktamar sebanyak 60 kali tetapi usul yang dibentangkan seperti kita tidak mengetahui apa-apa. "Saya melihat muktamar kali ini telah gagal dalam membentang usul yang baik," kata Ketua penerangan pas, tuan Hj Mahfuz Omar dalam ucapannya di Muktamar Tahunan PAS. Pertunjukan sarkis masih berlangsung.Di tengah khemah badut-badut masih dengan kelucuan tapi tak ada siapa pun yg terhibur... | ||
Mat Sabu: Saya bukan manusia plastik Posted: 20 Sep 2014 02:20 AM PDT Muktamar ke-60 ini beliau menjadi sasaran daripada perwakilan PAS untuk mengkritik tindakannya yang dirasakan bercanggah dengan Hadi. BATU PAHAT: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengatkan yang beliau juga ada terasa hati apabila menerima tomahan daripada rakyat umum dan dalam kalangan PAS yang tidak menyukai tindakannya. "Saya juga manusia biasa, bukannya plastik. Kadang-kadang terasa hati dengan tomahan," katanya. Menurut Mohamad Sabu atau Mat Sabu, muktamar kali ini beliau menjadi sasaran daripada perwakilan lain untuk mengkritik tindakannya. "Entah macam mana saya menjadi sasaran. "Tetapi saya berasa seronok bila mereka bercakap dan berterus terang dalam mengkritik dan memberi cadangan di Muktamar kali ke-60 ini. Katanya lagi, apa yang tidak seronok gambar beliau ada pihak yang tidak menyukai tindakannya telah membubuh cat. "Tak seronoklah, jangan buat macam itu, muslimat marah. "Bagi yang mengkritik itu perkara biasa. Namun perjuangan kita tetap berlandaskan Islam dan tidak akn berubah," jelasnya. Ujarnya, apa yang beliau cakap di depan wartawan itu semuanya berdasarkan mesyuarat yang telah diputuskan oleh semua di dalam PAS. Pada 17 Ogos lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak dapat hadir dan ada masalah kesihatan. "Tapi saya baca semua keputusan dan surat yang ditandatangani oleh Presiden. Tidak tinggal sepatah ayat pon. "7 September juga PAS sudah buat keputusan untuk menolak jawatan menteri besar. Kami sentiasa berhubung dan mengadakan mesyuarat dalam membuat keputusan yang penting. "Jadi tidak timbul saya mengkhianati Presiden atau membelakanginya," katanya di sini | ||
Anwar restui dia jadi MB Selangor Posted: 20 Sep 2014 12:30 AM PDT Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dipercayai akan dilantik sebagai menteri besar Selangor yang baru selepas kata sepakat dicapai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sumber memberitahu, Anwar menelefon Setiausaha Agung PKR Datuk Saifudin Nasution Ismail agar memasukkan nama Azmin dalam calon menteri besar Selangor yang dikemukakan PKR. "Anwar menelefon setiausaha agung dari Turki bagi memaklumkan keputusan itu," kata sumber PKR kepada The Malaysian Insider. Difahamkan, antara syarat yang dipersetujui antara Anwar dan Azmin adalah berhubung pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) dan juga pegawai di pejabat menteri besar Selangor perlulah mendapat persetujuan bersama. Sumber PAS pula berkata, besar kemungkinan Azmin juga terpilih sebagai menteri besar Selangor kerana sukar bagi calon parti Islam itu mendapat sokongan majoriti Adun Selangor. "Azmin akan mendapat sokongan PKR dan DAP. Adun PAS juga saya percaya akan menyokong beliau dalam keadaan sekarang. Lagipun mesyuarat PAS Pusat sudah memutuskan dua calon iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin," kata seorang pemimpin kanan PAS. Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, sekiranya calon partinya yang terpilih, kerajaan yang dibentuk tidak akan kekal lama. Mohamad berkata pelantikan itu tentu tidak akan dipersetujui DAP dan PKR. Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu berkata, PAS juga akan komited mempertahankan kerusi menteri besar itu sebagai milik PKR. "Jika DAP dan PKR tidak setuju PAS (sebagai menteri besar), Selangor akan jadi kerajaan sementara," kata Mohamad yang ditemui pemberita di Batu Pahat, Johor selepas Muktamar Tahunan PAS ke-60 semalam. Kenyataan beliau turut disokong Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali. "Keputusan dibuat, kerusi itu milik PKR," katanya ketika ditemui wartawan dalam muktamar itu. Istana Selangor mula menghantar surat jemputan bagi menghadiri majlis angkat sumpah menteri besar baru Selangor mulai Khamis. Majlis itu akan diadakan Selasa, 23 September ini di Istana Alam Shah, Klang. Dewan Diraja Selangor pula dikatakan akan bermesyuarat esok bagi mempersiapkan majlis pelantikan menteri besar yang baru di samping mengesahkan calonnya. – 20 September, 2014. SUMBER | ||
KEADILAN mohon mengadap Sultan Selangor Posted: 20 Sep 2014 12:08 AM PDT KUALA LUMPUR 20 SEPT: KEADILAN akan memohon untuk mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pelantikan Menteri Besar Selangor, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail. Dalam kenyataan media, Saifuddin berkata Biro Politik KEADILAN yang dihadiri pimpinan kanan bermesyuarat semalam lanjutan perkembangan terbaru mengenai isu itu. "KEADILAN mengambil pendirian bahawa kedudukan sokongan Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor seperti yang ternyata sebelumnya menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berubah. "Oleh yang demikian, KEADILAN merafa' sembah memohon limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk mengadap bagi mendapatkan nasihat dan ehsan Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam keadaan sokongan majoriti adalah jelas dan tidak berubah," ujarnya. Bernama kelmarin melaporkan, istana Selangor akan mengumumkan nama menteri besar Selangor yang baharu selewat-lewatnya Isnin, sebelum istiadat mengangkat sumpah. Perkara itu dinyatakan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani.SUMBER | ||
Apakah di sini lahirnya sebuah cinta seorang Majnun? Posted: 19 Sep 2014 06:59 PM PDT
"...Kami melihat bagaimana ketika ALLAH menguji musuh politik kami, Umno Terengganu dengan krisis Menteri Besar selepas PRU yang lalu. Kami melihat ia berakhir dengan bertukarnya menteri besar mereka yang lalu. "Kami melihat Ya ALLAH bagaimana hanya Presiden mereka yang bercakap, mengarah, dan membuat keputusan. Timbalan Presidennya tidak membantah. Apatah lagi tergamak mengeluarkan kenyataan, konon-kononya itu hanya kenyataan peribadinya (Presiden) saja," katanya ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden dalam bentuk doa, hari ini. Beliau turut menyentuh soal sikap pimpinan tertinggi Umno yang tidak kemaruk mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan Presiden parti.Baca lagi di sini Apahal memuji Umno? Tak mahulah nak tuduh UG ke apa benda. tapi nak tanya Dr Azhar Yaakob : Apakah di sini lahirnya sebuah cinta seorang Majnun seperti enta? Adakah ini Perhimpunan Agong Umno (PAU) atau Muktamar PAS? Belum pernah lagi Umno memuji PAS dalam PAU mereka. Tetapi menghina mengkeji PAS adalah perkara yg biasa bagi mereka. Adalah sangat pelik, apabila dalam Muktamar kali ini, PAS menghina pemimpin sendiri dan pemimpin rakan parti gabungan tahalluf siyasi. Krisis MB Terengganu ada tidak ada kena mengena langsung dengan situasi krisis MB di Selangor yang melibatkan 3 komponen rakan parti Pakatan Rakyat. Di Terengganu hanyalah krisis dalaman sesama Umno. Dalam krisis MB Terengganu, Timbalan Presiden Umno tidak membantah kerana tindakan menukar Ahmad Said itu adalah keputusan Majlis Tertinggi Umno. Presiden mereka akur dengan keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.Jadi apa yang perlu dibantah oleh Timbalannya? Dr Azhar Yaakob menyebut : "….. Apatah lagi tergamak mengeluarkan kenyataan, konon-kononya itu hanya kenyataan peribadinya (Presiden) saja." Beliau menyindir Hj Mohd Sabu dan Mahfuz Omar kerana memberikan penjelasan keadaan sebenar kepada publik yang terpinga-pinga dengan kenyataan Hj Hadi tersebut (menyokong Khalid). Selaku Timbalan Presiden dan Ketua Penerangan Pusat mereka perlu menjelaskan bahawa kenyataan Hj Hadi menyokong Khalid dikekalkan sebagai MB Selangor itu bukan keputusan PAS kerana PAS belum lagi bermesyuarat. Salahkah kenyataan mereka ini? Kalau dah bukan keputusan PAS, salahkah kalau mereka kata bahawaa kenyataan Hj Hadi itu adalah kenyataan peribadi? Hj Hadi dalam mesyuarat bersama AJK PAS Pusat pada 17 Ogos telah menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon pertama dan Azmin sebagai calon kedua. Ini adalah diluar dugaan sama sekali oleh kesemua AJK kerana sebelum ini Hj Hadi begitu mempertahankan Khalid. Maka mereka semua menyatakan bersetuju. Tiada yg membantah. Semua rakan gabungan Pakatan Rakyat turut gembira mengenainya. Tetapi, pada 22 Ogos, PAS telah enggan menandatangani surat akuan menyokong nama calon yg telah dipersetujui untuk dipersembahkan kpd Sultan bagi melantik Dr Wan Azizah. Maka terpaksalah AJK PAS bermesyuarat lagi pada 25 Ogos kerana mahu mengatasi masalah ini. Namun kali ini berlaku sedikit pertelingkahan. Sidang akhbar yang diadakan selepas mesyuarat tidak dihadiri bersama oleh Presiden dan Timbalannya.Mesyuarat gagal untuk memansuhkan keputusan meyuarat 17 Ogos lalu.Tiada apa-apa perubahan. Tetapi Hj Hadi telah hijacked dan membuat keputusan sendiri. Beliau hantar sendiri nama-nama selain itu ke Istana tanpa melalui Pejabat PAS hinggakan SUA, Mustafa Ali, Timbalan Presiden, Hj Mohd Sabu dan lain-lain AJK tidak tahu menahu tentangnya. Mudah kata beginilah sahaja, jika Hj Hadi tidak mengubah keputusan yg dia sendiri cadangkan pada 17 Ogos itu, PR sudah berjaya mengatasi krisis tersebut. Mengimbas kembali krisis MB Terengganu Oleh kerana Dr Azhar Yaakob begitu memuji-muja Umno berhubung krisis MB Terengganu, maka elok kalau kita mengimbas kembali krisis perlantikan MB Terengganu sebagaimana gambaran berikut: Akhbar perdana adalah dalam kawalan Umno. Maka itu berita penentangan dikawal rapi. Namun ada beberapa bukti mengenai adanya bantahan dari kumpulan yang membantah perlantikan Ahmad Said sebagai MB Terengganu sejak mula pertama beliau dilantik. Antaranya: 1) Selepas pilihanraya umum 2008 istana enggan menerima Datuk Seri Idris Jusoh yang dihantar oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah). Maka tiba-tiba nama ADUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said dipilih oleh istana. Ingat lagi tak : ' Kami nak Deris, Natang' ? 2) Pak Lah terpaksa tunduk kepada kehendak istana dan menerima Ahmad Said sebagai MB Terengganu dan beliau angkat sumpah pada 23 Mac 2008. 3) Pada PRU tahun 2013. Maka hasilnya BN menang 17 kerusi mengatasi PAS 15 kerusi. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan kecewa dengan prestasi BN Terengganu pada PRU tersebut. Maka Najib suruh Ahmad Said balik dahulu dan datang kemudian ambil watikah untuk dilantik sebagai MB bagi penggal kedua. Najib buat syarat boleh lantik semula Ahmad Said tetapi untuk setahun sahaja. Beliau angkat sumpah sebagai MB buat penggal kedua pada 9 Mei 2013. 4) Apabila Tempoh setahun itu berakhir pada Mac 2014, dia cuba menangguhkannya. Pagi 12 Mei 2014, Ahmad Said mengadap Najib dan minta tangguh seminggu letak jawatan sehingga selesai majlis perkahwinan anaknya di Kemaman pada 17 Mei. Najib enggan tunduk dan Ahmad letak jawatan sebagai MB. Ahmad Said telah meletakan jawatannya dari parti sebagai Ketua Umno Bahagian Kemaman dan ahli Umno hanya dengan melalui email sahaja. Ahmad Said keluar Umno kerana keciwa lantaran dipecat dari jawatan MB. Akhir sekali di sini saya nak bertanya Dr Azhar Yaakob satu soalan jahat: Kenapa agaknya PAS tidak setuju Dr Syed Azman jadi MB Terengganu? |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan