Sabtu, 20 September 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Mat Sabu Bantu Hadi dan Tantawi Menang PRU13

Posted: 20 Sep 2014 04:22 AM PDT

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu kecil hati dengan dakwaan beliau berkempen untuk menentang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 20 September, 2014.

Saya tak tentang Hadi, saya bantu dia PRU13, kata Mat Sabu

[The Malaysian Insider] Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang dikecam ahli parti kerana dikatakan berkempen menentang presiden parti menolak dakwaan tersebut dengan mengatakan bagaimana beliau berkempen bagi Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, beliau juga berkempen untuk bekas ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan, apabila beliau bertanding kerusi Temerloh tahun lepas.

Nasrudin dianggap suara yang berpengaruh antara golongan konservatif parti, juga antara yang tidak dipersetujui Mat Sabu.

Mat Sabu berkata beliau menolong Hadi dalam memenangi kerusi parlimen di Marang, Terengganu. Hadi berada di belakang calon Umno pada masa itu dan hampir kalah.

"Apabila saya mendengar Nasrudin susah mendapat sokongan kaum Cina, saya turun padang untuk bercakap kepada mereka dan bawa Nasrudin untuk memberitahu mereka inilah calon (Pakatan Rakyat). Tolong undi dia," kata Mat Sabu.

Mat Sabu berkata, Hadi dan Nasrudin dapat menang sementara beliau sendiri kalah di Parlimen Pendang.

"Mereka katakan saya cuba jatuhkan presiden. Tetapi apabila saya dengar presiden akan kalah di Marang, saya pergi ke Terengganu untuk buat sebaik mungkin.

"Saya tidak boleh terima yang presiden kita akan kalah. Pada masa sama saya tidak boleh terima bekas ketua pemuda kita (Nasrudin) akan kalah juga.

"Saya pernah bercanggah pendapat dengan Nasrudin dahulu, tetapi saya tidak boleh biarkan beliau kalah. Jadi saya tolong beliau. Akhirnya saya yang kalah tetapi tidak mengapa," kata Mohamad.

Mohamad sudah lama menjadi fokus kemarahan golongan konservatif PAS daripada sayap Pemuda ke para ulama hingga ke pemimpin bahagian di seluruh himpunan utama.

Beliau dituduh merancang kempen menentang Hadi selepas mempersoalkan keputusannya dalam krisis menteri besar Selangor.

Semasa himpunan Pemuda ketika beliau memberi ucapan, kumpulan delegasi keluar dari dewan sebagai tanda protes.

Mohamad berkata, walaupun beliau berada di dalam parti untuk masa yang lama dan banyak pengalaman dalam dikritik, beliau masih kecil hati dengan tuduhan komplot beliau terhadap presiden.

"Saya masih manusia juga, bukannya dibuat dari plastik." – SHERIDAN MAHAVERA/20 September, 2014.

P/s: Ada baiknya MP Temerloh ini kalah pada PRU14 agar dia bermuhasabah diri. Dengan kenyataan dan perkara yang berlaku di Selangor, susah mereka untuk mendapat kepercayaan kaum bukan Melayu pada masa akan datang.

Tolong ajarkan pantun ini kepada geng pak lebai junior: Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.




Muktamar PAS Paling Buang Masa dalam Sejarah Terdekat - Wan Saiful

Posted: 20 Sep 2014 04:10 AM PDT


Wan Saiful Wan Jan melahirkan rasa kecewanya dengan muktamar PAS dan melabelkan ia sebagai suatu muktamar yang paling membuang masa dalam sejarah terdekat.

[Astro Awani] KUALA LUMPUR: Ketua Eksekutif IDEAS, Wan Saiful Wan Jan hari ini melahirkan rasa kecewanya dengan Muktamar PAS yang masih berlangsung, dan melabelkan ia sebagai suatu muktamar yang 'paling membuang masa dalam sejarah terdekat'.

Beliau berkata demikian ekoran parti itu gagal mengutarakan dan membincangkan isu-isu yang serius dan melibatkan masalah negara seperti isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TTP).

"Tahniah. Hadi Awang berjaya melahirkan muktamar paling buang masa dalam sejarah terdekat. Sikit lagi jadi MIC," kata Wan Saiful di dalam laman Facebooknya.

Wan Saiful berkata muktamar kali ini membincangkan perkara remeh seperti isu dalaman, seolah-olah ia lupa membincangkan tentang isu yang lebih penting.

"Ini semua berlaku di bawah kepimpinan presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang.

"Setakat ini Hadi merupakan seorang pemimpin yang baik tetapi, sejak beberapa bulan yang lepas, beliau seolah-olah telah mencapai tahap maksima kebolehan beliau.

"Hadi gagal mengekalkan PAS sebagai parti yang serius untuk menjadi alternatif. Seorang Presiden yang gagal menggariskan wawasan untuk parti tetapi perangai beliau membawa PAS kepada apa yang dilihat sekarang. Gagal. Lemah. Lembik," katanya.

Beliau berpendapat, untuk melangkah ke hadapan, mereka yang berperangai seperti Hadi dan penyokongnya perlu ditukar dengan mereka yang lebih berwawasan dan lebih faham gaya politik zaman moden.

"Seperti yang saya pernah katakan sejak 2011 lagi, Hadi seharusnya tidak mempertahankan lagi jawatannya dan harus megumumkan yang beliau tidak akan bertanding dari sekarang lagi, supaya PAS boleh bersedia untuk peralihan kuasa," katanya.

Muktamar PAS akan berakhir hari ini. -T K Letchumy Tamboo/20/9/14


Tabung Haji akan Labur RM640 Juta untuk Projek Perumahan di 'Bandar Hantu' Detroit, AS?

Posted: 20 Sep 2014 04:04 AM PDT



Segala persoalan dan pertanyaan sudah dinyatakan dalam artikel di bawah ini. Baca dan hadam. Jika laporan ini benar, adakah anda rela dan reda duit anda dilaburkan untuk projek tersebut?

Baca ulasan MyKmu:

Keputusan Tabung Haji untuk melabur sebanyak RM 640 juta dalam projek perumahan di Detroit, Amerika Syarikat, menimbulkan tanda tanya dan persoalan yang besar sama ada ia merupakan satu pelaburan berbaloi dan mengambil kira risiko perniagaan yang tulen.

Isu ini didedahkan oleh juru blog Outsyed The Box semalam dengan mendakwa Tabung Haji bakal menandatangani perjanjian dengan sebuah syarikat pelaburan rumahan bagi pembangunan hartanah di Detroit, Amerika Syarikat.

Cadangan pelaburan dalam bidang hartanah sehingga berjumlah beratus juta ini sangat misteri kerana nilai hartanah di Detroit jatuh dengan begitu mendadak sehingga terdapat rumah di jual antara USD 1,000 sahaja.




Justeru pelaburan ini dianggap oleh ramai orang sebagai sangat berisiko kerana daerah Detroit merupakan kawasan yang telah ditinggalkan oleh kebanyakan orang berikutan kejatuhan industri kereta Amerika Syarikat.

Malahan pada tahun lalu, Majlis Tempatan Detroit cuba mengisytiharkan muflis sebelum ditolak oleh Mahkamah.



Justeru keputusan Tabung Haji untuk melabur ratusan juta di kawasan yang berisiko tinggi Amerika Syarikat bukan sahaja boleh menjejaskan kepentingan penyimpan Tabung Haji.

Sungguhpun demikian, bukan semua berperasaan negatif terhadap Detroit. Bilionair terkemuka Warren Buffet misalnya telah mengisytiharkan untuk membuat ibu pejabatnya di Detroit sebagai tanda sokongan kepada pemulihan bandar tersebut.

Billionaire investor Warren Buffett signaled plans to consider investments in Detroit, praised the General Motors CEO and said the city's historic bankruptcy is a good thing. Buffett, who spoke at the Detroit Homecoming conference, said it's critical for the city to cultivate corporate headquarters. "We would buy a company in Detroit today, and we would be happy to have the headquarters here," Buffett said. 

Namun, kenyataan Buffet ini dilihat lebih kepada sentimen dan perasaan kasih sayang terhadap Detroit berbanding keputusan pelaburan kerana beliau berasal dari sana.

Datuk Bandar Detroit sendiri yakin bandar tersebut akan bangkit dari zaman kegelapan hari ini untuk kembali menjadi antara bandar terkemuka Anerika Syarikat.

Bekas Datuk Bandar New Yor, Michael Bloomberg yakin Detroit boleh mengambil iktibar dari kejatuhan New York dan pembangunan semula bandar tersebut.

"Detroit is like New York City back in the '70s," former New York Mayor Michael Bloomberg said Thursday. "When everybody had written us off, there were people who believed."

Detroit's similarities to '70s New York make for a seemingly dire environment for the small-business graduates. The city is currently involved in a federal bankruptcy trial that officials hope will allow it to shed debts and make crucial investments in crumbling services.

The poverty rate is more than double the state average; the unemployment rate is the highest among the country's 50 largest cities. Detroit is also losing residents: At 700,000, the population is less than half its 1950 peak. 


Soalnya, apakah Tabung Haji mempunyai kemampuan dan keupayaan untuk bertahan dan bersama-sama membangunkan semula Detroit sehingga membolehkan pelaburan mereka sebanyak RM 640 juta tersebut bertukar menjadi berpuluh bilion dalam masa sepuluh tahun akan datang?

Laporan penuhnya di MyKmu.


Gambar Disabotaj, Mat Sabu "Tak Seronok"

Posted: 20 Sep 2014 03:55 AM PDT


[Sinar Harian] BATU PAHAT - ''Saya rasa tak seronok gambar saya dibubuh cat," demikian reaksi Timbalan Presiden, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu terhadap insiden gambarnya yang diconteng.

Mat Sabu sempat berseloroh kejadian itu menyebabkan Muslimat Pas 'marah'.

"Muktamar ini, entah macam mana tiba-tiba saya menjadi sasaran. Tapi saya rasa seronok bila mendengar mereka cakap terus terang dalam muktamar.

"Yang tak seronok apabila gambar saya dibubuh cat. Ini tak seronoklah. Janganlah buat begitu. Muslimat marah. Ada yang berhenti nak pergi basuh gambar itu," katanya ketika memberi ucapan penggulungan pada Muktamar Pas kali ke-60, di sini, hari ini.

Beliau juga menyentuh soal beberapa perwakilan yang mengkritiknya ketika menyampaikan perbahasan semalam termasuk dari Wilayah Persekutuan yang menggunakan doa ketika berbahas.

"Saya duduk lama dalam parti ini, baru pertama kali saya tengok ucapan dalam bentuk doa.

"Kita dulu, guna juga doa ini. Apabila berceramah tak boleh, disuruh bersurai, kita baca doa. Tak boleh nak dilarang doa," katanya.

Mat Sabu sempat bergurau untuk membaca talkin pada sesi perbahasan akan datang.

"(Semalam) Pengerusi tetap nak sekat (tak boleh), dia baca doa. Rupanya taktik baru ini. Lain kali kita baca talkin pula. Nak tegur macam mana (dia baca doa)?.

"Bagaimana pun keberanian bercakap itu baik. Cuma kadangkala, berani-berani pun, nama sebenar tak berani beritahu," katanya. - Raziatul Hanum A Rajak/ 20/9/14


'Berdoa waktu bahas, lepas ini kita baca talkin' - Mat Sabu

Posted: 20 Sep 2014 02:59 AM PDT


[Malaysia Kini] Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini menyindir perwakilan Wilayah Persekutuan Azhari Ariffin yang membacakan doa dalam ucapan untuk mengecam beliau dan dua ADUN Selangor semalam.

Beliau menyifatkan tindakan berdoa itu sebagai satu "taktik baru" yang tidak pernah digunakan sebelum ini.

"Walaupun ada perkara baru yang dipersembahkan. Baru kali pertama saya tengok ucapan dalam bentuk doa.

"Dulu kita guna doa, bila nak ceramah tak boleh, FRU suruh bersurai, akhirnya kita berdoa," katanya.

Perwakilan itu pula menggunakan taktik tersebut untuk menghadapi larangan pengerusi tetap, kata Mohamad dalam ucapan penggulungannnya di Muktamar PAS Ke-60, petang ini.

"Tambah lagi sewaktu Ustaz Abu Bakar Cik berdoa, panjang. Macam tu juga dengan Ustaz Fadzil Nor.

"Macam semalam, kalau berdoa panjang, Pengerusi tetap nak suruh berhenti, doa.

"Ooo... rupanya ini taktik baru. Lepas ini kita baca talkin pula. Lepas ini kita baca talkin dalam bahasa Melayu (sewaktu berbahas)," katanya sinis sambil diiringi gelak ketawa perwakilan. -20/9/14


P/s: Sempoi Abang Mat. Tidak emosi dan melatah apabila berhadapan dengan geng pak lebai.

Respons begini sebenarnya memberikan keuntungan politik pada masa hadapan.

‘Broker’, ‘Barua’ Curi 2 Adun PAS Tandatangan SD Sokong Wan Azizah - Haji Hadi

Posted: 20 Sep 2014 02:49 AM PDT


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan PAS tidak memandang ringan tindakan dua Adun PAS yang menandatangani akuan bersumpah menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan mendakwa ia taktik kotor pihak tertentu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 20 September, 2014.

[The Malaysian Insider] Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa terdapat "broker" dan "barua" yang mencuri dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS di Selangor yang menyaksikan mereka menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Hadi ketika sesi penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor berkata, 2 Adun itu – Saari Sungip dan Hasnul Baharudin – juga dicuri dan dibeli.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan pihak yang melakukan tindakan tersebut.

"Mereka curi wakil rakyat kita. Inikah etika kita bertahaluf?

"Kita tidak pandang ringan 2 wakil rakyat kita (tandatangan SD), ada jadi broker, yang jadi barua semua ada," katanya.

Hadi menegaskan, 2 Adun itu seharusnya berfikir panjang sebelum melakukan tindakan sedemikian kerana mereka berikrar ketika sebelum pilihan raya umum lalu untuk taat setia kepada parti.

"Tidakkah wakil rakyat kita berbaiah semasa nak pilihan raya?

"Mana lebih besar baiah atau SD?" soal Hadi dalam ucapannya sempena penutupan muktamar yang berlangsung selama tiga hari itu. – MOHD FARHAN DARWIS/ 20 September, 2014.


P/s: Keras nada Presiden PAS kepada ADUN yang menyokong PR di Selangor. Ya, Adun yang menyokong PR di Selangor sekali gus menggagalkan rancangan kerjasama dengan UMNO di Selangor untuk mengekalkan TSKI. Hal ini dilaporkan oleh TMI dan portal itu mempertahankan laporannya walaupun didesak untuk menarik berita itu semula.

Jika begitu, rakyat pun mahu bertanya siapakah BARUA, BROKER yang menjadi orang tengah untuk membawa PAS (sedang berpakat dan berjanji dengan PR) bekerjasama dalam gelap dengan UMNO selepas PRU12 di Perak dan seterusnya sehingga hari ini?

Siapa pula barua yang menandatangi watikah PRU13 sehingga menyebabkan pertindihan calon di beberapa tempat?


Berkaitan:

Hadi: Kami Tak Pelahap Jawatan MB

[Malaysia Kini] Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS tidak ingin merebut jawatan menteri besar Selangor tetapi tidak senang dengan layanan PKR kepada parti tersebut.

Katanya, PKR tidak patut "mencuri" dua wakil rakyatnya untuk menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar.

Usaha PKR untuk menukar Tan Sri Khalid Ibrahim melalui operasi 'Langkah Kajang' itu juga tidak disenangi PAS, katanya.

"Curi wakil rakyat kita, beli wakil rakyat. Adakah ini etika bertahaluf. kita tidak memandang ringan, dua wakil rakyat yang sanggup menyeberang, yang jadi broker, yang jadi barua, semua ada.

"Tidakkah setiap wakil rakyat kita berbaiah, macam jadi calon (sebut) wallahi, wabillahi, watallahi, berbai'ah, mana besar dengan baiah dengan aku janji?," katanya Abdul Hadi katanya ketika menyampaikan ucapan pengulungan. 

"Langkah Kajang yang tidak menyenang kita. Saya menegaskan PAS tidak berebut jawatan menteri besar. PAS tidak pelahap jawatan menteri besar.

"Walaupun tidak ada persefahaman untuk menentukan menteri besar, tak ada perjanjian bertulis," katanya.

Dua ADUN PAS Selangor yang menandatangani pengakuan berkanun bagi menyokong Wan Azizah itu ialah Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib). -20/9/14

Edisi kemas kini di sini.

P/s: Tak pelahap, tetapi hantar juga nama ADUN parti sendiri.

[Video] Walaupun Diboo, Hanipa Sekolahkan Geng UG

Posted: 19 Sep 2014 08:57 PM PDT


Muktamar: Takbir, Jerit Tak Ubah Perlembagaan Parti - Hanipa

[WargaMarhaen] "Tuan-tuan boleh jerit dan takbir sekuat hati. Undang-undang tak ambilkira kuatnya takbir dan jeritan," kata Pengerusi Lujnah Undang-Undang dan Hak Asasi Pas Pusat (LUHAM) Hanipa Maidin semasa diboo oleh perwakilan ketika menjelaskan kenapa LUHAM membuat kenyataan mempertikaikan kuasa presiden baru-baru ini.

"Persoalan timbul apabila LUHAM sentuh Majlis Syura Ulama (MSU) dan presiden, adakah LUHAM bertindak di luar bidang kuasa?

"Saya dan kami berpendapat ia tidak melampaui kerana pertama LUHAM tak ambil kuasa MSU," ujarnya semasa menggulung perbahasan sempena Muktamar Pas Pusat Kali Ke-60 di sini hari ini.

Hanipa berkata, sesiapa yang membaca kenyataan LUHAM secara penuh atau istilah read in total, mereka mendapati LUHAM mengiktiraf MSU dalam perlembagaan Pas.

Kepada dakwaan LUHAM ambil kuasa MSU, Hanipa berkata ia dibuat tanpa membawa sebarang fakta.

"LUHAM berpandangan apabila MSU beri kenyataan bagi sokongan pada presiden dan kes Selangor, kami berpandangan ia menyalahi melebihi kuasa yang diberi," katanya.

Bagaimanapun beliau menegaskan, LUHAM tidak berniat ambil alih MSU

"Cuma Setiausaha LUHAM beri kenyataan mengatakan kita apa salahnya semasa MSU menafsirkan perlembagaan apa salahnya LUHAM dirujuk," katanya sebelum diboo oleh perwakilan dan pemerhati.

Menurutnya, LUHAM tidak menafikan presiden parti boleh buat keputusan tapi mengikut amalan presiden biasanya rujuk kepada LUHAM.


"Kenapa LUHAM buat kenyataan secara terbuka? Saya nak tanya kenapa MSU buat kenyataan terbuka? Mana leih baik menerima pandangan LUHAM yang diamanahkan dalam keadaan LUHAM ada track record bela kes-kes bela melibatkan ahli dan pemimpin parti.

"Kepada soalan kenapa tidak bubarkan LUHAM? Saya tak jadi masalah..Kalau dibubarkan kami peguam-peguam Pas akan terus membela ahli-ahli Pas," katanya.

Jika Pas menerima jawatan MB Selangor yang baharu pula, Hanipa berkata, ia akan akan dicap sebagai mungkir janji dan mewujudkan kerajaan rapuh. -20/9/14


Hanipa: Tiada Peruntukan Kuasa Veto Presiden

[Malaysia Kini] Pengerusi lajnah undang-undang PAS Mohamed Hanipa Maidin terus menjadi sasaran ejekan pemerhati muktamar PAS apabila beliau membangkitkan mengenai had kuasa presiden dan Majlis Syura Ulama.

Malah, tindakan kumpulan pemerhati tersebut terpaksa diredakan oleh timbalan pengerusi tetap, Hussein Ismail yang meminta individu tersebut bertenang dan tidak mengacau persidangan.

Hanipa dalam ucapan penggulungannya menyebut bahawa Majlis Syura Ulama dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertindak melampaui kuasa dalam menetapkan calon menteri besar Selangor.

Menurutnya pada pindaan perlembagaan pada 1983 memutuskan bahawa tugas presiden perlu menumpukan soal tanggungjawab bersama dan turut menghapuskan pemusatan kuasa kepada presiden.

"Ia dipinda dan sememangnya tidak ada peruntukan khusus (mengenai kuasa veto presiden).

"Kita tidak menafikan presiden boleh buat keputusan tetapi dari soal perlembagan presiden biasanya merujuk kepada AJK PAs Pusat," katanya.

"Tidak ada sebarang masa bahawa pandangan Luham (Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia) mewakili kebenaran secara keseluruhannya dan kita pun tidak berniat begitu," katanya.

'Apa salahnya rujuk Luham?'

Beliau menambah, Luham yang diketuainya perlu dierujuk dalam mentafsir ruang lintup kuasa tersebut.

"Apa salahnya Majlis Syura Ulama, dalam mentafsirkan perlembagaan (PAS), apa salahnya Luham dirujuk untuk membantu Majlis Syura Ulama untuk memberi tafsiran (terbaik).

"Majlis Syura Ulama mesti mengetahui kaedah pentafsiran (undang-undang). Tak salah kalau merujuk pentafsiran moden... Perlembagaan PAS mengikuti semangat daripada Al-Quran," katanya dalam ucapannya.

Kata-katanya itu menyebabkan beliau diejek sekali lagi oleh para pemerhati tersebut.

Tindakan pemerhati berkenaan juga menimbulkan kemarahan sebahagian para perwakilan yang berteriak dan meminta kumpulan itu dihalau keluar dari khemah yang menjadi dewan persidangan. -Abdul Rahim Sabri/20/9/14

Berkaitan:

Peguam PAS Tetap Tegaskan Parti Tidak Patut Terima Jawatan MB Walau Diejek

[The Malaysian Insider] PAS meminggirkan rakan parti Pakatan Rakyat (PR) dan menjadi ketua kerajaan negeri tidak stabil sekiranya ia menerima jawatan menteri besar Selangor, kata peguam parti itu sementara disampuk berkali-kali oleh ahli yang tidak setuju.

Mohamed Hanipa Maidin meneruskan juga dalam gangguan ejekan dari akar umbi PAS di Muktamar ke-60 supaya beliau dapat memberi pandangannya sebagai peguam mengapa ia bukan idea yang baik bagi parti untuk menjadi menteri besar Selasa ini.

"Jika kita terima jawatan ini, PAS perlu menyesuaikan diri dengan kenyataan yang kita merupakan parti yang mungkir janji. Jika semua boleh biasakan diri dengan itu, baiklah.

"Tambahan lagi jika kita terima, kita akan mengetuai kerajaan negeri yang tidak stabil dan mungkin menghadapi pilihan raya negeri," kata Hanipa dalam ucapannya hari ini.

"Rakan kita di Pakatan tidak akan menerima parti sebagai menteri besar kerana kita sudah berjanji jawatan itu akan diberi ke PKR."

Semasa beliau memberi pendapatnya, hadirin melaung, "Boleh! Boleh!"

"Boleh apa?" soal Hanipa.

"Jika kita lakukan ini, kita akan hadapi sesuatu yang kita tidak mahu, iaitu pilihan raya negeri.

"Anda boleh boo sepuas hati, boleh jerit sebanyak mana, tetapi saya tidak akan mengalah daripada menyatakan sebab-sebab ini," kata Hanipa yang mengetuai Biro Hak Manusia dan Hal Ehwal Undang-undang parti itu.

Khabar angin seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS akan menjadi menteri besar Selangor baru pada 23 September semakin hangat.

Khabar angin tersebut meretakkan lagi PAS kerana sebahagian pemimpin dan ahli mahu menerima pilihan Sultan jika PAS dilantik.

Yang lain seperti Hanipa percaya ia akan merosakkan hubungan dengan rakan PR dan mengikis kepercayaan awam kepada parti tersebut.

Sehingga kini kepimpinan parti itu belum lagi muncul dengan pendirian rasmi sama ada menerima jawatan tersebut atau tidak. – SHERIDAN MAHAVERA/20 September, 2014.


P/s; Dakwa diri ulama, perangai memalukan Islam.





KENYATAAN PENUH LUHAM

Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Pas Pusat (LUHAM) bermesyuarat pada 8 September 2014 bagi membincangkan kenyataan yang dikeluarkan Majlis Syura Ulama (MSU) pada 7 September 2014.

Setelah berbincang dan meneliti segala peruntukan yang terkandung di dalam Perlembagaan Pas termasuk peruntukan-peruntukan tertentu yang dirujuk MSU di dalam kenyataan rasmi tersebut, LUHAM sebulat suara bersetuju supaya suatu kenyataan rasmi dibuat bagi menyatakan pandangan LUHAM berkenaan isu yang dibangkitkan dalam kenyataan rasmi MSU tersebut.

LUHAM berpendapat bahawa walaupun Fasal 8 (1) (a) Perlembagaan PAS memberi kuasa kepada MSU untuk menghurai, menjelaskan dan menafsir mana-mana peruntukan perlembagaan di dalam Perlembagaan Pas sepertimana yang dinyatakan MSU di dalam kenyataan rasmi badan itu, namun terdapat dua (2) prasyarat yang perlu dipenuhi sepertimana yang dinyatakan di Fasal 88 (1) Perlembagaan Pas iaitu perlunya ada perselisihan faham dan adanya rujukan secara rasmi kepada MSU terlebih dahulu.

Kemudiannya, jika dilihat kepada Fasal 8 (1) (a) tersebut, peruntukan itu juga menyebut bahawa kuasa menghurai, menjelas dan menafsirkan mana-mana peruntukan Perlembagaan Pas itu hanya timbul jika timbulnya kesamaran mengenai maksud dan tujuan mana-mana peruntukan perlembagaan tersebut.

Dengan tidak menafikan kewujudan kuasa MSU bagi menghurai, menjelas dan menafsir mana mana peruntukan Perlembagaan Pas jika timbulnya kesamaran, LUHAM juga berpendapat menjadi satu keperluan juga bagi MSU benar-benar mengetahui dan memahami kaedah-kaedah penafsiran sesuatu perlembagan supaya apa-apa tafsiran yang diberikan adalah lebih tepat, munasabah dan memenuhi ruh, matan dan niat perlembagaan itu sendiri.

LUHAM berpendapat tidak salah bagi MSU sepatutnya merujuk kepada LUHAM bagi membantu MSU dalam melaksanakan kuasa yang diberi kepadanya untuk menghurai, menjelas dan menafsir peruntukan dalam Perlembagaan Pas kerana LUHAM adalah lajnah yang telah diamanahkan parti di dalam apa-apa urusan perundangan dan berdasarkan amalan yang berlaku di dalam Pas, segala persoalan undang-undang yang melibatkan parti termasuk dalam memahami peruntukan undang-undang termasuk Perlembagaan parti rujukan lazimnya diajukan kepada LUHAM terlebih dahulu.

Bagi tujuan kenyataan rasmi ini, LUHAM akan menyentuh tentang dua (2) perkara iaitu isu:-

A) Kuasa MSU berdasarkan Perlembagaan Pas dan

B) Kuasa Presiden Pas yang dikatakan MSU sebagai pihak yang mempunyai kuasa pemutus di bawah Fasal 26 (1) (a) Perlembagaan PAS.

Isu pertama

1. Mengenai isu pertama iaitu berkaitan isu bidang kuasa dan kuasa MSU : LUHAM ingin menyatakan bahawa jika dilihat kepada Perlembagaan Pas, kewujudan MSU adalah terhad bagi melaksanakan hasrat berikut iaitu bagi menjamin kekuasaan Pas yang diperuntukan dalam Fasal 7 (2) dan badan-badan yang diberikan kuasa Muktamar Pas tidak keluar dari kehendak-kehendak yang diperuntukan dalam Fasal 7 (1) Perlembagaan Pas dan juga tidak berlawanan dengan dasar PAS (Lihat Fasal 8 (1) Perlembagaan Pas).

Adapun kuasa-kuasa MSU diperuntukan di dalam Fasal 8 (1) (a) hingga (c) Perlembagaan Pas.

2. Menjadi pengetahuan umum bahawa MSU (di atas sebab yang hanya diketahui oleh badan itu) turut sama terlibat dalam isu pemilihan calon MB Selangor.

Ini boleh dilihat dalam beberapa kenyataan rasmi yang dibuat MSU berhubung perkara tersebut.

Persoalan yang timbul adalah, adakah Perlembagaan Pas memberi kuasa kepada MSU untuk berbuat demikian?

3. LUHAM berpendapat MSU, dengan penuh hormat, bertindak melampaui kuasanya apabila badan itu membuat keputusan dalam isu yang melibatkan pelantikan MB Selangor. Alasan LUHAM adalah seperti berikut.

4. Isu pelantikan MB Selangor tidak melibatkan perkara yang bertentangan dengan kehendak-kehendak Fasal 7 (1) Perlembagaan Pas dan juga tidak berlawanan dengan dasar Pas.

Satu fakta yang tidak dipertikaikan adalah Pas bersetuju mengadakan tahaluf atau kerjasama dengan Pakatan Rakyat dan kerjasama tersebut disahkan Muktamar Pas dan sehingga kini tidak pernah dibatalkan. Menurut Fasal 7 (1) Perlembagaan Pas, kekuasaan Pas adalah dipegang Muktamar Pas.

Memandangkan Muktamar Pas sebagai kuasa tertinggi dalam Pas memutuskan bahawa Pas bertahaluf dengan PR maka tidak dapat tidak, di dalam apa sahaja tindakan dan keputusannya, maka MSU mahupun Pas mesti bertindak selari dengan ketetapan Mukamar Pas tersebut.

5. Isu pokok yang berbangkit dalam isu MB Selangor ini adalah presiden membuat ketetapan untuk menghantar nama daripada Pas sebagai calon MB (yang kemudiannya disokong MSU).
Sedangkan, presiden sendiri sebelum ini menyatakan bahawa Pas tidak akan menuntut jawatan MB Selangor memandangkan ia adalah milik PKR.

LUHAM percaya ini adalah berdasarkan kepada ketetapan Muktamar yang memutuskan bahawa Pas bertahaluf dengan PR.

Justeru, apabila nama Adun Pas turut dicalonkan sebagai MB Selangor, tidakkan ia menyalahi perjanjian Pas di dalam PR itu sendiri?

Tidakkah perlanggaran ini menjurus kepada pelanggaran keputusan Muktamar itu sendiri?

Justeru, LUHAM berpendapat tidak wujud sebarang perselisihan faham dalam hal keputusan muktamar ini yang perlu kepada tafsiran MSU.

6. Isu pelantikan MB Selangor juga tidak melibatkan keperluan untuk MSU menghurai, menjelas dan menafsirkan mana-mana peruntukan Perlembagaan PAS.

Maka LUHAM tidak nampak apakah keperluan atau justifikasi untuk MSU terlibat dalam perkara yang tidak termasuk dalam bidangkuasa badan tersebut sebagaimana yang digariskan dalam Perlembagaan Pas.

7. Hatta, jika MSU berpendapat isu pelantikan MB Selangor ini melibatkan perselisihan faham dan pendapat tentang tafsiran Perlembagaan PAS berdasarkan Fasal 88 (1) Perlembagaan PAS, badan itu hanya boleh bertindak sekiranya ada rujukan dibuat kepada badan itu.

8. Di dalam bahasa perundangan, kuasa MSU adalah kuasa atas rujukan (referral) dan bukan kuasa of first instance atau kuasa yang sedia ada (inherent).

Dengan ketiadaan perselisihan faham dan pendapat tentang tafsiran Perlembagaan Pas berhubung isu pelantikan MB Selangor dan dengan ketiadaan rujukan dibuat ahli jawatankuasa Pas Pusat kepada MSU bagi MSU menafsir Perlembagaan Pas, maka, tindakan MSU mencampuri isu pelantikan MB Selangor itu, dengan hormat, adalah "non-starter".

9. Apa yang jelas isu mengenai pelantikan MB Selangor adalah melibatkan isu penyusunan, pengaturan dan perlaksanaan strategi politik yang jelas di bawah bidangkuasa ahli jawatankuasa Pas Pusat sepertimana yang diperuntukkan di bawah Fasal 26 (9) (a) Perlembagaan Pas.

10. LUHAM kembali merujuk kepada dua (2) prasyarat di dalam Fasal 88 (1) Perlembagaan PAS yang tidak pun dipenuhi sebelum MSU mengeluarkan penafsiran tersebut.

Ini adalah kerana kuasa presiden adalah jelas dinyatakan secara bertulis di dalam Fasal 26 Perlembagaan PAS.

Sehubungan itu, jika MSU ingin menambah kuasa presiden yang tidak dinyatakan secara bertulis di dalam perlembagaan, maka perlulah dibuat pindaan perlembagaan bagi tujuan tersebut di dalam Muktamar.

Isu kedua

11. Isu ini melibatkan kuasa presiden dalam kerangka Perlembagaan Pas.

LUHAM merasa terpanggil untuk membuat kenyataan rasmi berkenaan isu kedua ini kerana LUHAM berpendapat MSU, dengan penuh hormat, membuat kenyataan yang tidak tepat mengenai kuasa presiden dalam kenyataan rasmi MSU yang dibuat pada 7 September 2014.

12. Dalam kenyataan rasminya itu, MSU menyatakan bahawa presiden Pas mempunyai kuasa pemutus dalam apa jua perkara yang melibatkan kepentingan parti berdasarkan Fasal 26 (1) Perlembagaan PAS. Dalam konteks isu pemilihan MB Selangor, kenyataan MSU itu boleh difahami bahawa kuasa presiden sebagai kuasa pemutus termasuk kuasa beliau membuat keputusan memutuskan siapakah calon MB Selangor yang beliau rasakan wajar diangkat kepada D.Y.M.M Sultan Selangor dan keputusan beliau itu adalah mewakili keputusan Pas dan tidak boleh dipertikaikan mana-mana pihak dalam Pas.

Dengan perkataan lain kuasa pemutus presiden yang ditafsir MSU adalah termasuk kuasa membuat apa-apa keputusan tanpa bermesyuarat atau berunding dengan anggota-angota permesyuaratan dalam Jawatankuasa Kerja Pas Pusat.

13. Dalam konteks fakta kes yang melatari kenyataan MSU itu, MSU berpendapat meskipun selepas mesyuarat pada 17 dan 25 Ogos 2014, Jawatankuasa Kerja Pas Pusat bermesyuarat dan membuat keputusan berhubung isu pelantikan MB Selangor, sebarang keputusan presiden secara bersendiri tanpa merujuk dan tanpa mesyuarat dengan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat selepas kedua-dua tarikh tersebut termasuk membuat keputusan yang sama sekali berbeza dari segi matan dan ruh keputusan pada kedua-dua tarikh tersebut adalah sah dan mesti dipatuhi.

14. Lanjutan dari kuasa pemutus residen yang ditafsir MSU tersebut, maka MSU juga menyatakan bahawa adalah menjadi kewajipan bagi ahli-ahli Jawatankuasa PAS Pusat menjalankan arahan dan tugas dari presiden tersebut sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Fasal 26 (9) (m) Perlembagaan PAS.

15. Dengan penuh hormat, LUHAM berpendapat, tafsiran yang diberikan MSU berkenaan kuasa presiden tersebut dibuat atas premis yang salah maka kenyataan yang keluar dari premis yang salah itu amat amat sukar untuk dipertahankan.

16. Kenyataan MSU berhubung kuasa pemutus presiden tersebut dibuat atas premis jawatan presiden dalam Perlembagaan Pas adalah satu jawatan yang berdiri secara sendiri dan terpisah dengan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat.

Kenyataan MSU malangnya bertentangan sama sekali dengan peruntukan-peruntukan yang terdapat dalam Perlembagaan Pas dan juga bertentangan dengan ruh, matan dan niat Perlembagaan Pas itu sendiri.

17. LUHAM berpendapat tidak wujud apa-apa peruntukan dalam Perlembagaan Pas mengenai jawatan presiden secara bersendiri. Sebaliknya jawatan Presiden Pas adalah termasuk dalam Fasal 26 Perlembagaan Pas iaitu dibawah kepala "Tugas-Tugas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat".

18. Jika dilihat kepada Fasal 26 tersebut, adalah jelas bahawa jawatan presiden diletakkan di bawah satu bumbung Jawatankuasa Kerja Pas Pusat di mana presiden adalah salah satu anggota Jawatankuasa Kerja Pas Pusat tersebut di samping timbalan presiden, naib-naib presiden, setiausahan agung, bendahari, ketua penerangan, pengarah pilihan raya dan ahli-ahli jawatankuasa kerja yang dipilih dalam Muktamar Pas dan dilantik berdasarkan Perlembagaan Pas.

19. Fasal 25 (1) Perlembagaan Pas secara jelas menyatakan keanggotaan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat di mana salah seorang anggota Jawatankuasa Kerja tersebut adalah presiden Pas.

20. Berdasarkan Fasal 25 dan 26 Perlembagaan PAS tersebut, adalah jelas niat penggubal Perlembagaan PAS adalah tidak memisahkan jawatan presiden dari Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan bertolak dari hal tersebut, idea bahawa presiden mempunyai kuasa pemutus dalam apa jua perkara dengan mengenepikan anggota-anggota permesyuaratan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat adalah suatu yang amat asing dalam PAS dan secara jelas tidak mengikuti peruntukan jelas, ruh dan niat Perlembagaan Pas.

21. Memandangkan jawatan presiden termasuk dalam Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Perlembagaan PAS mempromosi prinsip konsultasi dan permesyuaratan dalam Jawatankuasa Kerja PAS Pusat maka apa sahaja peruntukan yang menggariskan kuasa dan peranan presiden dalam Perlembagaan PAS harus dibaca atas prinsip yang dinyatakan tersebut.

22. Apatah lagi, Fasal 27 (5) Perlembagaan PAS sendiri mengesahkan bahawa Dewan Harian (di mana presiden sendiri adalah termasuk di dalam Dewan Harian) hanya melaksanakan tugas-tugas yang diperturunkan kuasanya Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Justeru, mana mungkin ahli-ahli Dewan Harian melangkaui tugas-tugas yang diperturunkan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat kepadanya.

23. LUHAM juga berpendapat apa sahaja peruntukan mengenai kuasa dan peranan presiden harus dibaca secara harmoni dengan peruntukan lain dalam Perlembagaan PAS bagi mencapai hasrat dan prinsip yang digariskan tersebut.

24. Sehubungan itu LUHAM berpendapat bahwa MSU, dengan penuh hormat, tersilap menyatakan bahawa kuasa Presiden di bawah Fasal 26 (1) (a) Perlembagaan PAS adalah satu kuasa pemutus yang secara tersiratnya satu kuasa yang bersifat mutlak atau "veto". Dengan lain perkataan, jika kita menerima tafsiran MSU tersebut, presiden mempunyai kuasa membuat apa-apa keputusan di luar mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sekaligus menjadikan peranan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat tidak lagi relevan.

25. Hakikat bahawa presiden sewajarnya mengamalkan prinsip permesyuaratan dan konsultasi dengan anggota-angota lain dalam Jawatankuasa Kerja PAS Pusat boleh dilihat dalam beberapa peruntukan lain dalam Perlembagaan PAS Pusat.

26. Sebagai contoh di dalam Fasal 26 (1) (c), meskipun ia termasuk dalam peruntukan mengenai kuasa presiden, fasal tersebut menyatakan bahawa persetujuan mesyuarat Kerja PAS Pusat perlu diperolehi dalam pelantikan jawatan-jawatan tertentu dalam PAS.

27. Jika dilihat kepada tugas-tugas yang diamanahkan kepada timbalan presiden PAS dan naib-naib presiden PAS sepertimana yang diperuntukkan masing-masing di bawah Fasal 26 (2) (a) dan (3) (a) Perlembagaan PAS adalah bagi membantu tugas-tugas presiden. Bagaimanakah timbalan presiden dan naib-naib presiden boleh menjalankan peranan mereka bagi membantu presiden bagi membuat atau mencapai satu keputusan jika mereka tidak dilibatkan dalam mesyuarat bagi membuat satu-satu keputusan bagi kepentingan parti?

28. Begitu juga jika dilihat kepada Fasal 27 iaitu peruntukan mengenai tugas-tugas Jawatankuasa Harian PAS Pusat, yang mana presiden salah seorang anggota Jawatankuasa Harian tersebut, adalah jelas di bawah Fasal 27 (6) Perlembagaan PAS, diperuntukan "semua keputusan dan tindakan yang dibuat jawatankuasa ini mengikut ceraian (1) , (2), (3) dan (4) fasal ini hendaklah dimaklumkan dan disahkan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat."

29. LUHAM berpendapat, berdasarkan prinsip-prinsip yang dinyatakan di atas dan juga peruntukan yang dinukilkan di atas, adalah jelas bahawa jawatan presiden tidak mempunyai kuasa pemutus di luar mesyuarat atau tanpa bermesyuarat dengan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat terlebih dahulu mengenai apa sahaja perkara sehingga ke tahap presiden tidak perlu mengendahkan atau memanggil atau mengadakan mesyuarat terlebih dahulu dengan anggota-anggota lain di dalam Jawankuasa Kerja PAS Pusat.

30. Berdasarkan kepada Fasal 27 (6) Perlembagaan PAS yang dinyatakan di atas, adalah jelas dinyatakan bahawa keputusan Dewan Harian yang merangkumi presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden, setiausaha agung dan sebagainya perlu membawa keputusan mereka kepada Jawatankuasa kerja PAS Pusat untuk kelulusan. Justeru, adalah aneh sekali apabila presiden secara tiba-tiba boleh bertindak seorang diri melangkaui kuasa Dewan Harian mahupun kuasa Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang menurunkan kuasa kepadanya. Lebih-lebih lagi, keputusan mengenai mencalonkan calon MB di kalangan Adun PAS juga dibuat tanpa memaklumkan perkara itu terlebih dahulu kepada ahli-ahli Dewan Harian yang lain.

31. LUHAM berpendapat sebarang tafsiran yang membenarkan presiden bertindak hingga ke tahap yang dinyatakan tersebut adalah bercanggah dengan ruh, matan dan niat Perlembagaan PAS.

32. LUHAM juga berpendapat jawatan presiden dalam PAS adalah berkonsep "Constitutional Presidency" (Presiden Berperlembagaan) iaitu kuasa dan peranannya dihadkan Perlembagaan maka sebarang tafsiran yang keluar dari konsep atau doktrin tersebut adalah tafsiran yang amat asing dan tidak boleh dipertahankan ("unsustainable").

33. Sayugia dinyatakan di sini, dalam menafsirkan perlembagaan khususnya yang menyentuh isu kuasa dan bagaimana kuasa itu dilaksanakan nasihat dari Lord Acton yang dinukilkan Almarhum Raja Azlan Shah dalam kes Sri Lempah Enterprise v Pentadbir Tanah Wilayah Persekutuan amat relevan untuk diperhati "Power corrupts and absolute power corrupts absolutely".

34. LUHAM juga ingin merujuk kepada petikan Kertas Pindaan Perlembagaan PAS pada tahun 1983 di mana pindaan dibuat untuk tidak memusatkan kuasa kepada presiden (secara bersendirian atau tanpa bermesyuarat dan mencapai persetujuan dengan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat terlebih dahulu). Pindaan dibuat untuk mengubahsuai beberapa perkara yang berkaitan dengan tugas presiden untuk mewujudkan tanggungjawab bersama dan berasaskan syura dalam mengendalikan urusan parti dan menghapuskan pemusatan kuasa kepada individu yang boleh menghalang segala langkah dan tindakan yang boleh diambil melalui syura.

35. Penjelasan yang diberikan LUHAM ini dibuat demi kebaikan parti dalam jangka masa yang panjang. LUHAM khuatir kita akan membuat duluan (precedent) yang tidak baik kepada generasi selepas ini yang memungkinkan mereka mengikut duluan ini tanpa usul periksa yang akhirnya membuatkan parti huru-hara dan hilang integritinya sebagai parti yang berprinsip dan Jemaah yang berdisiplin.

36. LUHAM sama sekali tidak merendahkan ketinggian MSU dalam Pas.

Namun sebagai lajnah yang diamanahkan dalam isu-isu perundangan, maka adalah menjadi tanggungjawab LUHAM untuk memberi pandangan atau menegur sesuatu yang dilihat melanggar peruntukan perlembagaan yang kita semua sepakati bersama, walaupun teguran ini agak pahit untuk ditelan.

37. Kenyataan rasmi ini adalah mewakili LUHAM di mana ahli lajnahnya secara kolektif bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala keputusan, pandangan dan komentar seperti yang dinyatakan di sini.

Lembu Didakwa Dirogol Lahir Anak Iras Wajah Manusia

Posted: 19 Sep 2014 08:18 PM PDT



[Harian Metro] Emazizini: Penduduk yang kehairanan bertumpu ke rumah keluarga Sebenzile di Afrika Selatan baru-baru ini untuk melihat sendiri anak lembu yang didakwa separuh manusia.

Ramai percaya lembu diberi nama Nyamazane itu 'dirogol' selepas ia melahirkan anak dengan wajah manusia dan dua organ seks berbeza. Sebenzile Mlangeni, 60, dari Kampung Emazizini, memberitahu akhbar tempatan, Daily Sun, lembu itu melahirkan anaknya Ahad lalu.

"Kira-kira jam 12 tengah hari, saya melihat kaki lembu keluar dari Nyamazane. Lembu itu mengalami kesakitan yang teruk. Proses melahirkan itu mengambil masa lebih lama berbanding biasa," kata Sebenzile.

"Saya memanggil anak saya untuk membantu. Selepas menarik anak lembu yang sudah mati itu keluar, kami terkejut melihat mukanya seperti manusia.

"Beberapa penduduk berkata, lembu itu mungkin dicabul di padang ragut oleh orang yang tidak dikenali. "Kami tidak pasti bagaimana untuk mengebumikannya, sama ada seperti manusia atau menghantarnya kepada doktor untuk memeriksanya," kata Sebenzile.

Berita mengenai kelahiran ganjil itu turut mengejutkan Datuk Bandar Ukhahlamba, Thulani Sibeko.

"Saya terkejut melihat gambar anak lembu itu. Saya menyangka gambar itu diubah suai," kata Sibeko.

Seorang pegawai tempatan, Induna Malinga berkata, sepanjang hidupnya, ini kali pertama dia mendengar cerita lembu melahirkan manusia.

Keluarga Sebenzile berkata, mereka kini takut untuk menyembelih Nyamazane.

"Kami melihatnya seperti manusia kerana dia melahirkan seorang manusia. Mana boleh dagingnya kami makan," kata Sebenzile. - Agensi/20/9/14


Masjid Songsang di Afrika Selatan

Posted: 19 Sep 2014 08:10 PM PDT

RHEEL Raza 60, mengimamkan sembahyang Jumaat di pusat pendidikan Islam Oxford yang diketuai Hargey tidak lama dulu.

[Harian Metro] Cape Town: Seorang ahli akademik akan meneruskan rancangan merasmikan apa yang dipanggilnya 'masjid terbuka' hari ini.

Masjid berkenaan, menurut pengasasnya, Dr Taj Hargey, profesor di Pusat Pendidikan Islam Oxford di Britain, akan dibuka kepada semua orang termasuk yang bukan Islam dan gay.

Menurutnya, dia tetap meneruskan rancangan membuka masjid itu walaupun menerima ancaman daripada pelbagai pihak. Dalam kenyataannya kepada akhbar The Cape Times, Hargey berkata, sudah tiba masanya untuk melancarkan 'revolusi agama' sesuai dengan revolusi demokrasi di Afrika Selatan dan masjid itu akan dibuka kepada semua orang, termasuk gay untuk bersembahyang di situ.

Ceramah yang akan diadakan bersifat progresif, berilmu dan sama rata.

Wanita akan dibenarkan menjadi imam sementara golongan gay dan bukan Islam dialu-alukan datang.

"Ada yang ancam membunuh saya kerana masjid ini. Tetapi saya tak peduli," katanya.

Masyarakat Islam Cape Town menyelar masjid itu dengan sebahagiannya menyifatkan Hargey sesat dan menyesatkan.

Majlis Islam Afrika Selatan (MJC) tidak mempunyai kuasa terhadap masjid itu. Timbalan Presidennya, Riad Fataar memberitahu wartawan, pihaknya sudah memulakan siasatan terhadap masjid berkenaan. Riad juga memberitahu, dia menganggapnya tempat ibadah, bukan masjid.

"Apa juga yang bertentangan dengan Islam, akan mendapat kecaman daripada MJC," kata Riad.

Sementara itu, Hargey berkata, masjid yang terletak di Wynberg itu, tempat dia dilahirkan, akan dirasmikan jam 1 petang hari ini. Azan akan dilakukan dalam bahasa Inggeris dan Arab sementara khutbah dalam bahasa Inggeris keseluruhannya. Wanita pula dipelawa solat sama saf dengan lelaki. Menurut Hargey, dia akan membaca khutbah sulung dan topiknya berkait dengan kewujudan bersama Kristian dan Islam. Dia menjangka 300 orang akan hadir pada majlis pembukaan itu.

Umat Islam Afrika Selatan bercadang berarak ke masjid berkenaan untuk mendesaknya ditutup sama sekali. - Agensi/20/9/14


P/s: Gila!!!


Majoriti Rakyat Scortland Pilih Kekal dalam UK

Posted: 19 Sep 2014 08:05 PM PDT



[Harian Metro] Edinburgh: Scotland semalam memilih untuk tetap kekal dalam United Kingdom (UK), namun pungutan suara diadakan nyata membawa kesan mendalam terhadap pemindahan kuasa di luar London.

Walaupun penyokong kem pemisahan meledak dalam tempoh dua minggu terakhir kempen, kumpulan 'No' yang menentangnya akhirnya berjaya meraih 55.3 peratus daripada undian berbanding hanya 44.7 peratus diperoleh kem 'Yes.' 

Selepas kempen yang turut menjadi pembakar semangat pemisah di seluruh dunia, proses pengundian semalam melihat kehadiran 84.6 peratus pengundi iaitu jumlah yang paling tinggi direkodkan untuk pilihan raya di Britain. 

Penyokong 'No' di seluruh Scotland bersorak dan berpeluk selepas keputusan diumumkan dan Perdana Menteri David Cameron menyatakan kegembiraannya sambil menambah "luluh hati saya jika UK yang kita sayangi berakhir di sini."


Penyokong 'No' bersorak dan berpeluk meraikan kemenangan kekal dalam UK.

Keputusan itu juga berita baik buat Cameron yang kerjayanya diramalkan di hujung tanduk sekiranya Scotland 'terlepas' dari UK.

Menurutnya, hasil pungutan suara itu memberi jawapan yang kukuh terhadap pendirian penduduk Scotland. 

"Debat ini kini ditamatkan selama satu lagi generasi. Tidak perlulah menyangkal atau mengulanginya lagi," katanya. 

Ramai aktivis 'Yes' mengalirkan air mata dengan keputusan itu, namun Menteri Pertama Scotland Alex Salmond menggesa mereka tidak patah semangat sokongan untuk merdeka dari UK amat kuat iaitu secara keseluruhannya 1.6 juta orang. 

"Saya berani katakan, ketika pertama kali menceburi politik tidak seorang pun daripada kita menjangka perkara ini boleh berlaku," kata pemimpin Parti Kebangsaan Scotland (SNP) itu kepada penyokongnya di Edinburgh. 

Malah, dia masih membayangkan kemungkinan isu berkenaan dibangkitkan lagi di masa depan berdasarkan sokongan kuat bagi kempen 'Yes.' - AFP/20/9/14


Bayi di dalam Paip Pembetung

Posted: 19 Sep 2014 08:01 PM PDT


[Harian Metro] Linyi (China): Seorang bayi baru lahir ditemui di dalam paip pembetung di sebuah universiti di sini selepas seorang pelajar melahirkannya dan melarikan diri.

Polis percaya wanita muda itu mahu menyembunyikan kehamilannya dengan membiarkan bayi itu jatuh ke dalam tandas di asrama pelajar universiti berkenaan di bandar di wilayah Shandong ini.

Bayi terselamat itu kerana paip berkenaan tidak cukup besar menyebabkan dia tersekat.

Pelajar yang menggunakan tandas asrama itu mendengar tangisan bayi malang berkenaan sebelum memaklumkan kepada pihak berkuasa.

Anggota bomba yang datang ke tempat kejadian terkejut melihat bayi itu tersekat di dalam paip dan menangis.

"Sukar menyelamatkannya dari atas. Dia jatuh ke dalam tandas dan melurut masuk ke paip pembentung, tersekat di antara tingkat tiga dan empat bangunan asrama," kata jurucakap bomba tempatan, Tao Fang.

Pasukan penyelamat memecahkan paip di tingkat tiga sebelum menolak bayi untuk disambut rakan mereka di tingkat empat.

Dalam pada itu, polis menjejaki ibu bayi itu yang juga pelajar dan menetap di bangunan asrama berkenaan.

Pegawai berkata, mereka masih menunggu hasil soal siasat sebelum memutuskan tuduhan yang akan dikenakan terhadapnya. - Agensi/20/9/14


Lelaki 24 Tahun Bocor Rahsia Seks Songsang Pak Imam Selepas Kekasihnya Itu Sering Curang

Posted: 19 Sep 2014 07:15 PM PDT



[Sinar Harian] KUALA TERENGGANU - Bahana cinta 'pak imam', seorang pemuda sanggup dijadikan tempat melampiaskan nafsu songsang seorang imam warga emas di sebuah masjid di Gong Badak, di sini, sejak enam tahun lalu.

Bagaimanapun, mangsa yang berusia 24 tahun itu nekad membocorkan rahsia hubungan mereka kepada pihak berkuasa selepas dipercayai tidak tahan lagi melayan kerenah 'kekasihnya' itu yang didakwa sering berlaku curang dengannya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, imam yang berusia 66 tahun itu dipercayai bukan pertama kali melakukan seks oral terhadap mangsa, malah boleh dikatakan hampir setiap kali mereka berdating iaitu sejak Januari 2008 lagi.

"Bagaimanapun, mangsa mendakwa kali terakhir suspek melakukan perbuatan terkutuk itu terhadapnya iaitu pada 4 Disember tahun lalu, kira-kira jam 11.30 malam di salah sebuah balai orang awam di kampung berkenaan.

"Suspek dikatakan telah mengambil kesempatan ketika mereka berjumpa memandangkan suasana persekitaran di situ gelap," katanya ketika ditemui pemberita, semalam.

Wan Abd Aziz berkata, mangsa mendakwa suspek sebelum ini banyak kali mengulangi perbuatan tersebut terhadapnya, bagaimanapun mangsa nekad membuat laporan polis disebabkan tidak tahan melayan kerenah suspek yang sering berlaku curang terhadapnya.

Jelasnya, siasatan awal mendapati mangsa pernah membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan pada awal tahun lalu, namun bertindak menarik semula laporan tersebut kerana terpedaya dengan janji manis suspek yang ingin berubah.

"Mangsa mendakwa suspek sebelum ini pernah berjanji dengannya yang dia akan menjaga mangsa dengan sebaik mungkin dan tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.

"Namun, suspek memungkiri janji tersebut, malah lebih menyebabkan mangsa marah selepas mendapati suspek ada menjalinkan hubungan dengan individu lain," katanya.

Menurut Wan Abd Aziz, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii.
Katanya, usaha mencari suspek kini giat dijalankan. - Rubiah Omar/19/9/14


P/s: GILA!!!!


Pelajar Tingkatan 5 Diculik dan Dicabul 4 Lelaki

Posted: 19 Sep 2014 07:09 PM PDT


[Mstar] BERA: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Lima dilarikan sebelum dicabul empat lelaki bertopeng di sebuah rumah kosong di Kemayan pada Jumaat. 

Dalam kejadian kira-kira 12.30 malam itu, mangsa yang berusia 17 tahun bangun dari tidur untuk ke tandas di luar rumahnya sebelum beliau dikepung empat lelaki berkenaan. 

Ketua Polis Daerah Bera DSP Zul Haizal Zainal Abidin berkata seorang daripada lelaki itu kemudian menutup mata dan mulut mangsa dengan kain dan melarikannya dengan motosikal. 

"Mangsa dibawa ke sebuah rumah kosong kira-kira 500 meter dari rumahnya dan keempat-empat lelaki itu mencabulnya di situ," katanya kepada pemberita disini.

Pelajar itu kemudian ditinggalkan di rumah itu sebelum beliau pergi ke rumah ibu saudaranya pada 4 pagi. 

Susulan kejadian itu, ibu saudaranya membuat laporan di Balai Polis Bera pada 8.08 pagi tadi. 

Zul Haizal berkata mangsa dihantar ke Klinik Kesihatan Bera untuk rawatan dan polis akan mengambil keterangan bagi membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. -20/9/14

Awas, Kopi Kuat Boleh Bawa Maut!!!

Posted: 19 Sep 2014 07:06 PM PDT


Perangsang Seks dalam Kopi Bawa Maut

[Berita Harian] KUALA LUMPUR: Minuman kopi dicampurkan dengan perangsang seks seperti Sildenafil ibarat membeli 'Viagra tanpa preskripsi doktor.'

Penggunaan bahan yang diklasifikasikan racun berjadual itu akan membahayakan nyawa pengguna sehingga boleh membawa maut.

Sumber Kementerian Kesihatan berkata, kes seorang pegawai keselamatan yang dilaporkan maut Ahad lalu, selepas minum kopi campuran tradisional, dipercayai mengandungi racun berjadual Sildenafil Analog.


Katanya, jenama kopi itu juga disahkan antara 129 produk dikesan mengandungi bahan terlarang yang diharamkan penjualan di pasaran.

Daripada jumlah itu, termasuk 81 diklasifikasikan sebagai produk berasaskan makanan yang dicampur palsu dengan perangsang seks, 26 produk dicampur palsu dengan agen pelangsing seperti Sibutramine dan tiga produk diklasifikasikan sebagai produk berasaskan makanan yang dicampur palsu dengan Steroid.

"Kopi jenama itu memang sah mengandungi Sildenafil Analog. Ia (Sildenafil Analog) ibarat Viagra, tapi Viagra memerlukan preskripsi doktor dan dikawal penggunaannya.

Tiada kajian dilakukan

"Sildenafil Analog ini sebahagian daripada molekulnya diubah dan berbahaya. Kajian tak dilakukan dan kita tidak tahu kesannya, tetapi dicampurkan dalam kopi sebelum dijual. Ini yang bahaya," katanya kepada BH ketika mengulas mengenai insiden di Kampung Baru Subang itu.

Media semalam melaporkan mangsa berusia 36 tahun mengambil minuman itu yang dibancuh isterinya sebelum tidur Ahad lalu.

Mangsa mengalami muntah berulang kali dan sesak nafas kira-kira dua jam kemudian sebelum disahkan meninggal dunia.

Sumber berkata, pihak menjual minuman yang dilarang penjualannya selepas disahkan mengandungi bahan terlarang, boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Racun 1952.

Katanya, minuman kopi campuran itu kebiasaannya dijual lebih mahal daripada kopi biasa, malah mencecah RM10 sepaket.

"Apa dibimbangkan, penjualannya secara terbuka dalam kalangan orang tua dan muda. Kesannya bahaya tetapi permintaannya tinggi," katanya.

Bahan kimia terlarang itu boleh memberi kesan buruk seperti pendarahan dalaman, sakit buah pinggang, mata kabur dan menyebabkan pelbagai penyakit berbahaya. -20/9/14


Budak 16 Tahun Lahir Anak di Tandas

Posted: 19 Sep 2014 06:50 PM PDT


[Bernama] BERA: Sepasang suami isteri amat terkejut apabila anak perempuan mereka yang baru berusia 16 tahun melahirkan anak lelaki di dalam tandas rumah mereka di Felda Bandar 32 dekat sini awal pagi Jumaat.

Wanita tersebut mendapati anaknya itu berlumuran darah, ketika dia hendak bersolat Subuh kira-kira 5.45 pagi.

Ketua Polis Daerah Bera, DSP Zul Haizal Zainal Abidin berkata bapa pelajar berkenaan kemudiannya membawa anaknya ke klinik kesihatan, sebelum membuat laporan polis kira-kira pukul 7.10 pagi.

Pelajar berkenaan kemudiannya dihantar ke Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh.
Remaja itu dikatakan sudah mengandung sembulan bulan, tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda dia mengandung. -20/9/14




Pemuda Tegur Pemegang Diari Hadi Kena 'Boo', Siapa yang 'Boo'?

Posted: 19 Sep 2014 06:43 PM PDT



[Malaysia Kini] Susulan rungutan terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak hadir dalam beberapa kali mesyuarat Pakatan Rakyat, perwakilan Pemuda PAS Malaysia menegur 'pemegang diari' beliau.

Mohd Sany Hamzan berkatanya hal demikian penting bagi membolehkan Abdul Hadi hadir dalam mesyuarat Pakatan untuk membuat "keputusan penting" demi memperkukuhkan gabungan parti pembangkang itu.

"Mutakhir ini ketidakhadiran presiden kita dalam dua atau tiga kali mesyuarat Pakatan. Yang jaga diari presiden kena jaga betul-betul. Tengok betul-betul.

"Kalau ditulis mesyuarat Pakatan, jangan (ada pertindihan) dengan program lain.

"Kalau sudah mesyuarat Pakatan itu penting, kita mahu pimpinan kita, Tuan Guru Presiden (kanan) untuk sama-sama buat keputusan penting dalam mesyuarat Pakatan Rakyat," katanya tanpa merujuk isu yang terbabit.

"Setuju atau tidak," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden dan kemudiannya sambil disambut segelintir perwakilan yang melaungkan "setuju".

Mohd Sany yang juga pengarah pilihan raya Pemuda PAS berkata kepimpinan sayap itu juga tidak mahu kepimpinan PAS membuat keputusan sendiri dalam perkara tertentu.

'Kita nak lawan Umno'

"Kita bukan nak lawan siapa, kita nak lawan Umno dan BN, sebab itu kena jaga diari itu betul-betul," katanya.

Dalam perbahasannya juga beliau membangkitkan pendirian PAS mengenai isu pelantikan MB Selangor jika pihak Istana melantik ADUN PAS menjawat jawatan itu, dan ia adalah kerusi MB.


"Sebab itu hari ini, kita nak penegasan semua yang hadir, menyatakan jika baginda sultan lantik daripada ADUN PAS, Pemuda ingin sarankan tolak jawatan MB yang ditawarkan.

"Sebab itu janji kita, janji setia kita dalam Pakatan. Setuju atau tidak," katanya sambil diiringi laungan 'setuju' perwakilan yang hadir.

Bagaimanapun terdapat suara daripada pemerhati yang melaungkan beliau 'turun' dan mengebunya.

"Itu pendirian Pemuda. Itu janji yang kita sepakati," katanya lagi sebelum mengakhiri perbahasannya. -19/9/14


P/s: Siapa yang 'boo'? Sudah tentu geng sama yang keluar dewan sewaktu Mat Sabu menyampaikan ucapan beberapa hari lepas. Kalau geng ini membuta tuli, sekurang-kurangnya ada juga pemuda PAS yang berani menegur kepimpinan partinya.






Tiada ulasan: