Sabtu, 20 September 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Hanipa Maidin pula diejek pemerhati PAS

Posted: 20 Sep 2014 05:36 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Seorang lagi pemimpin utama PAS diejek dalam persidangan Muktamar PAS ke-60, kali ini kerana mempersoalkan kewajaran mengemukakan nama calon dari parti berkenaan untuk jawatan menteri besar Selangor.

Pengerusi lajnah undang-undang PAS, Mohamed Hanipa Maidin diberi layanan seperti itu oleh sekumpulan pemerhati ketika beliau menyampaikan ucapan penggulungan di Muktamar PAS ke-60 di Batu Pahat, pagi ini.

Dalam ucapannya, Mohamed Hanipa berkata parti itu perlu membuat pertimbangan "rasional dan munasabah" sekiranya ADUN parti tersebut ditawar menjadi menteri besar Selangor.

Katanya, PAS perlu mempertimbangkan sejauh mana kerajaan negeri itu dapat menjamin kestabilan jika jawatan tersebut diisi oleh wakil parti berkenaan.

"Adakah kita terfikir bahawa jika kita terima jawatan MB, kita tidak akan boleh lari daripada tohmahan bahawa PAS telah memungkiri janji. Sebab kita kata sudah berjanji. Kalau boleh jamin (tak ditohmah), tiada masalah, silakan ambil,

"Kedua, sekiranya kita ambil, adakah kita terfikir kerajaan itu kuat atau lemah. Kalau kita terima, rakan-rakan Pakatan tidak akan menyokong kita.

Teriaklah sekuat-kuatnya

"Kerusi ini untuk PKR, kita tidak akan disokong oleh PR dan DAP. Bagaimana kita nak jadi MB yang kuat," katanya.

Kumpulan pemerhati parti Islam itu yang tidak bersetuju dengan ucapan berkenaan seterusnya mengebu Mohamed Hanipa, namun ia tidak menjejaskan pendirian peguam tersebut.

"Kamu boleh 'boo' dan teriak sekuat-kuatnya," kata Hanipa kepada sebahagian pemerhati yang memaksa timbalan pengerusi tetap Hussein Ismail menenangkan keadaan.

"Ketiga, kerajaan ini (bawah PAS) akan tercabar apabila nkepimpinan PAS akan menghadapi masalah dan memecah belahkan Pakatan Rakyat. Ini pandangan saya.

"Sekarang kamu jerit sekuat-kuatnya," katanya yang mengakhiri ucapannya.

Tindakan pemerhati dalam persidangan tersebut menunjukkan penentangan yang jelas dari kumpulan dalam PAS ke atas kelompok pro-Pakatan Rakyat yang tidak bersetuju dengan usaha melantik ADUN dari parti tersebut ke jawatan MB Selangor.

Majlis angkat sumpah MB Selangor bakal diadakan Selasa ini.

PAS sebelum ini mengemukakan tiga nama calon kepada sultan Selangor untuk pertimbangan baginda – dua calon PKR dan seorang dari PAS.

Ibu kecewa Mat Razi difitnah kes hubungan sulit

Posted: 20 Sep 2014 05:35 AM PDT

MALAYSIAKINI



 


Ibu kepada calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor, Mat Razi Mat Ail kecewa dengan serangan peribadi oleh pihak tertentu terhadap anaknya.

Habsah Ismail, 65, melahirkan kekecewaannya apabila ada pihak yang memfitnah Mat Razi yang baginya merupakan seorang anak yang baik.

"Tak patut timbul isu ini dan serangan peribadi macam itu, dia baik dan tiap kali ada kematian atau tahlil memang orang akan panggil dia untuk membacakan doa," katanya kepada pemberita di rumahnya di Kampung Simpangan di Tumpat, hari ini.

Habsah berkata anaknya adalah tulang belakang bagi mereka sekeluarga dan Mat Razi memang seorang yang patuh kepada agama dan meminati pengajian Islam.

Sebelum ini, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim, 56, mempertikaikan gelaran "ustaz" kepada Mat Razi dan menyifatkan bekas penolong pegawai pendidikan daerah Tumpat itu tidak layak dipanggil ustaz kerana pernah bekerja sebagai penjawat awam dan berpakaian formal ketika bertugas.

Sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan kelmarin sebuah blog menyebarkan dakwaan Mat Razi mempunyai hubungan sulit dengan bekas pelajarnya.

Habsah berkata dia berharap orang ramai dapat memberi peluang kepada anaknya menabur bakti di kawasan itu.

"Saya telah berpesan kepada Mat Razi, jika sudah terpilih menjadi wakil rakyat, tanggungjawab dan amanah orang jangan diabaikan serta perjuangan agamanya perlu diperkukuhkan lagi," katanya.

Katanya, anak sulungnya daripada 10 adik beradik itu meminta pendapatnya terlebih dahulu apabila mengetahui terpilih sebagai calon BN.

Habsah berkata Mat Razi mungkin mengikut jejak ayahnya yang telah meninggal dunia empat tahun lepas, Mat Ail Awang Besar dalam perjuangan politik.
  
"Arwah ayahnya dulu pun sentiasa bergerak dalam parti tetapi dia hanya di peringkat  kampung, kiranya dia ikut jejak ayah dia la. Kami sokong apa yang dia (Mat Razi) lakukan kerana kami sekeluarga sokong BN sejak dahulu lagi... BN sokmo-sokmo (selalu)," katanya.

PRK itu membabitkan pertandingan tiga penjuru antara Mat Razi, calon PAS Wan Rosdi dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

PRK itu diadakan berikutan kematian Anggota Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lepas dan Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 25 Sept ini sebagai hari mengundi.

Pada pilihan raya umum ke-13, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan Izat Bukhary (Bebas) dengan majoriti 1,736 undi.- Bernama

Mahfuz: Isu MB Selangor calar imej PAS

Posted: 20 Sep 2014 05:30 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Ketua Penerangan PAS Datuk Datuk Mahfuz Omar mengakui beliau berdepan dengan tugas berat untuk memulihkan imej PAS yang tercalar sejak sejak sambutan Aidilfitri sehingga kini.

Dalam ucapan di Muktamar PAS Ke-60 hari ini, Mahfuz berkata beliau akan memperbanyakkan program penerangan bagi menggilap semula imej parti Islam itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini selepas itu, beliau yang juga MP Pokok Sena menyatakan isunya ialah berkaitan "pengurusan isu MB Selangor".

"Kita mesti mengakui imej PAS tercalar sejak sebelum hari raya sehingga sekarang. Siapa yang kata imej kita tidak tercalar, kalau kita menafikan ia satu pembohongan.

"Saya mengakui kerja lajnah penerangan berat, untuk memulihkan imej yang tercalar (ekoran) daripada perjalanan pengurusan parti yang tak terurus," katanya.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata perbezaan pendapat dalam PAS tidak bermakna mereka tidak menghormati atau bergaduh dengan pemimpin.

Beliau membandingkan sikap tersebut dengan tindakan kisah seorang pemimpin yang menurutnya merenyuk sehelai kertas dan mencampakkannya ke muka seorang presiden.

"Masih ada adab dan akhlak yang baik, bukan sahaja dengan presiden walaupun masing-masing ada pendirian. Apa sahaja keputusan kita patuh dan laksanakan," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Saladuddin Ayub pula dalam ucapannya mempertahankan rakan jawatankuasa PAS pusat yang dilabel sebagai pemimpin liberal.

Beliau mencabar pihak yang memberi gelaran tersebut mendedahkan individu yang dimaksudkan sebagai "liberal".

"Label-melabel tak baik... Pastikan siapa mereka. Adakah Khalid Samad, Dr Dzulkifli, Dr Mujahid, Hanipa Maidin. Siakan pentas (untuk berdebat). Tak perlu media, adakan secara tertetutup.

"(Kalau betul) tak payah hadap jawatankuasa displin, kami boleh pecat," katanya.
 

Khalid umum rancangan seterusnya selepas Selasa

Posted: 20 Sep 2014 05:28 AM PDT

MALAYSIAKINI


Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini enggan mengulas mengenai bakal pengganti beliau yang dijadualkan mengangkat sumpah di Istana Alam Shah, Klang, Selasa ini.

Malah, Abdul Khalid juga enggan memberi sebarang komen berhubung proses penyerahan tugas jawatan tertinggi pentadbiran negeri Selangor itu.

"Tiada...kita sudah setuju tidak boleh buat komen sehingga Selasa (majlis angkat sumpah)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan 'Shah Alam City Ride' anjuran Tourism Selangor di Dataran Kemerdekaan di Shah Alam, hari ini.

Menteri Besar itu juga enggan mengulas lanjut ketika ditanya perancangan beliau seterusnya apabila mengakhiri tugas secara rasmi kelak.

"(Perkara itu) akan diumumkan selepas Selasa," jawabnya ringkas.

Persoalan mengenai siapa pengganti Abdul Khalid masih belum terjawab sehingga kini walaupun pihak Istana Selangor pada Khamis lepas, telah mengesahkan bahawa Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu akan diadakan pada Selasa ini di Istana Alam Shah.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani semalam dilaporkan berkata nama menteri besar yang baharu akan diumumkan selewat-lewatnya Isnin ini bergantung kepada perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Nama Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa Mohamad Azmin Ali dan ADUN Cempaka Iskandar Abdul Samad disebut-sebut sebagai calon yang dikatakan bakal mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Selangor yang ke-15 itu.

Bagaimanapun, akhbar The Star hari ini melaporkan Sultan Sharafuddin telah berkenan menerima menghadap Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR, Iskandar yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor dan seorang lagi Exco Selangor daripada PAS yang juga Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi secara berasingan pada awal minggu ini.

Akhbar itu melaporkan pertemuan itu adalah bagi membolehkan baginda menilai kesesuaian mereka untuk memegang jawatan tertinggi dalam pentadbiran Selangor itu dan merupakan sebahagian daripada langkah-langkah akhir untuk memutuskan siapakah calon terbaik yang mampu menggantikan Abdul Khalid.
  
Sementara itu, Abdul Khalid yang juga ADUN Pelabuhan Klang turut enggan memberi sebarang komen ketika diminta mengulas cubaan terakhir PKR untuk memohon menghadap Sultan Selangor.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail pula dalam satu kenyataan semalam memberitahu parti itu mengambil pendirian bahawa kedudukan sokongan majoriti Adun Pakatan Rakyat di Selangor terhadap Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berubah.

"Oleh demikian, PKR merafak sembah memohon limpah perkenaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk menghadap bagi mendapatkan nasihat dan ehsan Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam keadaan sokongan majoriti adalah jelas dan tidak berubah.

PKR akan terus menjunjung kedaulatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor yang dinaungi Duli Yang Maha Mulia Tuanku," kata Saifuddin. -- Bernama

'PKR hanya bincang senario sultan pilih Azmin'

Posted: 20 Sep 2014 05:21 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


dikemaskini Sumber PKR menafikan desas-desus bahawa parti itu bersetuju dengan pelantikan timbalan presidennya, Azmin Ali sebagai menteri besar baru Selangor.

Menurut sumber, pemimpin tertinggi PKR dalam mesyuarat pada malam tadi hanya membincangkan mengenai senario yang mungkin berlaku sekiranya sultan Selangor benar-benar berhasrat agar Azmin dipilih menjadi MB.

"Keputusan semalam hanya untuk mempertegas pilihan yang dibuat sebelum ini iaitu (Datuk Seri Dr) Wan Azizah (Wan Ismail) sebagai menteri besar," kata anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR itu lagi.

Cakap-cakap yang mendakwa PKR bersetuju dengan pelantikan Azmin itu timbul susulan kenyataan beberapa pengikut Azmin di Twitter selepas mesyuarat parti pada malam tadi.

Mesyuarat di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya itu dihadiri beberapa orang anggota Majlis Pimpinan Pusat dan dipengerusikan oleh Wan Azizah.

Senario lain yang dibincangkan dalam mesyuarat biro politik itu adalah kemungkinan ADUN PAS dipilih oleh Istana menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sumber itu turut menyatakan bahawa isu ini akan diadukan kepada sultan apabila wakil PKR dibenarkan menghadap kelak.

'MB perlu sokongan majoriti'

Beliau menyatakan bahawa PKR mempunyai hak untuk menjelaskan pendirian mereka kerana Wan Azizah telahpun disokong oleh majoriti ADUN Selangor.

"Kerana itulah kita buat keputusan seperti yang dinyatakan dalam kenyataan kita semalam. Kita hormat keputusan sultan tetapi kita masih mendukung perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri Selangor.

"Dalam itu sebut menteri besar perlu dapat sokongan majoriti dewan," kata beliau.

Sementara itu Malaysiakini difahamkan bahawa Azmin telahpun bertemu ketua umum Datuk Seri Anwar Ibrahim secara peribadi untuk membincangkan hal itu dan mengelak salah faham antara mereka.

Sumber dari kem Azmin turut memberitahu Malaysiakini bahawa "perbincangan" tersebut masih lagi berterusan.

Bagaimanapun butir perbincangan peribadi masih lagi tidak dapat didedahkan lagi buat masa ini.

Azmin sebelum ini secara terbuka menyokong pencalonan Wan Azizah sebagai menteri besar walaupun dicalonkan oleh PAS dalam mesyuarat mereka bulan lalu.

Hadi: Kami tak pelahap jawatan MB

Posted: 20 Sep 2014 05:16 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS tidak ingin merebut jawatan menteri besar Selangor tetapi tidak senang dengan layanan PKR kepada parti tersebut.

Katanya, PKR tidak patut "mencuri" dua wakil rakyatnya untuk menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar.

Usaha PKR untuk menukar Tan Sri Khalid Ibrahim melalui operasi 'Langkah Kajang' itu juga tidak disenangi PAS, katanya.

"Takut majoriti tak dapat, curi wakil rakyat kita, beli wakil rakyat. Adakah ini etika bertahaluf? Kita tidak memandang ringan, dua wakil rakyat yang sanggup menyeberang, yang jadi broker, yang jadi barua, semua ada.

"Tidakkah setiap wakil rakyat kita berbaiah, macam jadi calon (sebut) wallahi, wabillahi, watallahi, berbai'ah, mana besar dengan baiah dengan aku janji?," katanya Abdul Hadi katanya ketika menyampaikan ucapan pengulungan.

"Langkah Kajang yang tidak menyenang kita. Saya menegaskan PAS tidak berebut jawatan menteri besar. PAS tidak pelahap jawatan menteri besar.

"Walaupun tidak ada persefahaman untuk menentukan menteri besar, tak ada perjanjian bertulis," katanya.

Dua ADUN PAS Selangor yang menandatangani pengakuan berkanun bagi menyokong Wan Azizah itu ialah Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).

Hormati sultan

Hadi turut mengemukakan hujah bahawa PAS perlu "campur tangan" berhubung pelantikan calon menteri besar demi menghormati peranan raja yang menjaga Islam dan umat Melayu di negeri itu.

Beliau melandaskan hujah tersebut dengan sepotong hadis Nabi Muhammad yang menganjurkan agar seseorang pemimpin dilantik berdasarkan amanah dan kelayakan dan bukannya kecenderungan tertentu.

Katanya, para pemimpinnya bakal berdepan dengan kemurkaan Allah iaitu diseret ke neraka jahanam.

"Tetapi ingat ada hukum hakam sahaja, ada ikut hukum akal sahaja. Kita tidak boleh biarkan, raja yang menjaga agama Islam dan Melayu yang ada peranan di negeri itu.

"Oleh itu ita kena campur tangan dalam hal ini. Jangan pandang mudah dan remeh nak beri begitu sahaja. Ada amanahnya.

"Strategi politik mesti ada amanah dan reda-Nya. Saya tak pasti mahu bawa ahli PAS ke neraka?" kata Abdul Hadi.

Boleh dimaafkan

Dalam ucapannya itu, Abdul Hadi turut menegur anggota parti yang tidak menunjukkan ketaatan kepada pemimpin dan menghilangkan jati diri sebagai ahli PAS.

Beliau turut mensasarkan teguran pada pemimpin parti yang membocorkan rahsia parti dan juga golongan yang membawa agenda pihak laiin ke dalam PAS.

Bagaimanapun, beliau berkata perkara itu dapat dimaafkan.

Katanya, beliau mengambil teladan dari kisah Hatim bin Balta'ah, seorang sahabat Nabi yang membocor rahsia perang.

Katanya, Balta'ah dimaafkan kerana kedudukan sebagai panglima dalam perang Badar.

"Itu tidak boleh... Tetapi sikap memaafkan lebih baik," katanya sambil meminta anggota parti bersatu dalam semua perkara dan tidak berpecah walaupun berbeza pendapat

Tiada ulasan: