DIALOG RAKYAT |
- Muktamar PAS lulus usul mansuh Akta Hasutan
- BN parti ‘pelawok’
- Pas kena pegang janji tolak jawatan MB
- Tuan Ibrahim: Kalau Pas dipilih jadi MB...
- BERSIH: Penjara setahun terlalu berat
- PRK Pengkalan Kubor: 109 pengundi awal tunai tanggungjawab pilih calon Ahad ini
- NGO: Tiba masanya mansuh akta dadah
- CEO: Kemalangan MRT berpunca dari kurang penyeliaan
- AMK dakwa Putrajaya silap guna Akta Hasutan untuk takutkan rakyat
- Malaysia tak akan berhenti tuntut keadilan untuk mangsa MH17 - PM
- Lelaki mengamuk depan hotel di Alor Setar
- FB 'ayah legend': Lelaki ditahan Akta Hasutan
- PAS tetap bangkit isu royalti di P Kubor
- Pelajar UiTM maut dilanggar kereta pensyarah
- UPSR: Dua lagi guru ditahan di Bedong, Kedah
- Ekonomi Malaysia Akan Jatuh Teruk Jika Tidak Mahu Berubah. Malaysia Bakal Ikut Jejak Argentina?
- Penegasan Presiden resahkan musuh PAS
- Rakyat kecewa jika PR pecah
- PAS yakin kekal bersama Pakatan Rakyat
Muktamar PAS lulus usul mansuh Akta Hasutan Posted: 19 Sep 2014 04:14 AM PDT Usul bersama dari PAS Pusat dan Dewan Muslimat PAS Pusat itu dibacakan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof dan diluluskan secara sebulat suara. Gesaan pemansuhan akta itu dibuat antara lain kerana ianya bercanggah dengan prinsip keadilan Islam dan sejagat. Akta yang diwujudkan sejak zaman penjajah itu juga disifatkan sebagi lapuk tidak lagi releven dalam suasana 57 tahun negara mencapai kemerdekaan. Akta itu juga menurut usul tersebut, membolehkan seorang rakyat ditahan secara semberono tanpa perlu bukti dan kesan terhadap ucapan atau kenyataan yang dikeluarkan. "(Melaui akta ini) kerajaan BN telah menodai nilai kebebasan pandangan dan pendapat sehingga segenap lapisan masyarakat tidak terlepas dari akta hasutan," kata Mujahid ketika membaca ucul tersebut. Apatah lagi ujar beliau, akta ini bergantung sepenuhnya kepada budi bicara Jabatan Peguam Negara dan hukumannya pula adalah berat. Menurut Mujahid lagi, akta ini juga telah menutup perbincangan sihat di kalangan rakyat tentang dasar kerajaan sedangkan dalam Islam, menegur pemimpin yang zalim adalah satu usaha yang mulia. Desakan ini juga katanya, mengambil pengakuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berkata akta hasutan tidak releven dan perlu diganti dengan akta baru yang dinamakannya Akta Keharmonian Nasional. "Maka atas kesedaran itu, PAS Pusat dan Dewan Muslimat mencadangkan meyegerakan pemansuhan akta hasutan. "Kita juga mendesak agar akta baru yang akan menggantikan akta ini dibuat melalui proses konsultasi awam dan Jawatankuasa Khas Parlimen agar akta yang mengganti itu bukan yang lebih buruk," katanya. Pada masa sama, PAS turut menyatakan solidariti kepada mangsa dan keluarga yang dikenakan tindakan di bawah akta hasutan tersebut. Berikut adalah usul penuh. AJK PAS PUSAT & DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT USUL MEMANSUHKAN AKTA HASUTAN 1948 1. MENGINSAFI DAN MENSYUKURI bahawa negara ini telah mencapai kemerdekaan sejak 57 tahun yang lalu dari penjajahan Britain dan, 2. Menyedari bahawa AKTA HASUTAN 1948 merupakan undang-undang lapuk yang diperkenalkan oleh British pada zaman penjajahan bertujuan membenam suara rakyat yang menuntut kemerdekaan di penjajahan British, 3. MENYEDARI bahawa, setelah merdeka selama 57 tahun, AKTA HASUTAN (1948) masih lagi dipakai hari ini sehingga menyebabkan ramai yang menjadi mangsa kepada kegilaan akta ini. Kebebasan bersuara menjadi satu jenayah di negara yang berbangga dengan bahtera merdeka sedangkan mereka terus mewarisi akta lapok yang mendefinisikan hubungan rakyat dan kerajaan seperti hubungan penjajah dan yang dijajah. Sebagaimana AKTA HASUTAN (1948) juga secara substantifnya mempunyai tahap pendakwaan yang rendah kerana ia tidak memerlukan niat untuk menentukan pengertian 'hasutan' begitu juga ia tidak memerlukan bukti kesan sesuatu ucapan atau penulisan kepada suasana huru-hara atau tindakan fizikal. 4. MENYESALI bahawa Kerajaan BN telah menodai nilai kebebasan memberi pandangan dan pendapat melalui akta ini sehinggakan setiap anggota masyarakat tidak terlepas dari cengkaman AKTA HASUTAN (1948) lantas boleh membawa kepada rasa tidak selesa rakyat bahawa hak bersuara mereka telah dirampas oleh pihak penguasa. Apabila suara golongan akademik dianggap sebagai ancaman dan apabila suara kritikan ahli Parlimen dianggap tidak setia kepada negara dan apabila wartawan yang melaporkan berita dijadikan sasaran maka malapetaka pastinya akan menimpa negara ini. 5. Memahami bahawa pendakwaan ke atas kes-kes Akta Hasutan bergantung sepenuhnya kepada budi bicara Jabatan Peguam Negara dan hukuman yang dikenakan ke atas mereka yang didapati bersalah di bawah Akta Hasutan adalah berat. 6. Menginsafi betapa penguatkuasaan Akta Hasutan telah menutup ruang perbincangan yang sihat ke atas tindakan-tindakan kerajaan Malaysia yang memberi kesan besar kepada rakyat Malaysia. 7. Menyedari bahawa Islam menganjurkan supaya berkata benar walaupun pahit di hadapan pemimpin yang zalim dan pemimpin sebenarnya adalah khadam kepada rakyat yang perlu mendengar rintihan dan ketidakpuasan hati rakyat. 8. MEMPERAKUI bahawa kebebasan bersuara dan memberi pandangan mesti dipelihara dan keharmonian nasional mesti menjadi matlamat utama oleh setiap rakyat dan pemimpin negara, satu akta yang relevan diperlukan. Keperluan ini diperkukohkan dengan janji PM Satu Malaysia yang berucap pada 16Sept 2012, bahawa AKTA HASUTAN akan dihapuskan dan digantikan dengan Akta yang lebih konsisten dengan perkembangan semasa negara. Malah PM telah menyebut buat pertama kalinya sebuah Akta yang dinamakan AKTA KEHARMONIAN NASIONAL. 9. Menyedari bahawa Islam menganjurkan supaya berkata benar walaupun pahit di hadapan pemimpin yang zalim dan pemimpin sebenarnya adalah khadam kepada rakyat yang perlu mendengar rintihan dan ketidakpuasan hati rakyat. Justeru itu: 1. Maka Muktamar Parti Islam Se-Malaysia Kali Ke-60 yang bersidang pada hari ini, 23 Zulqaedah 1453 bersamaan dengan 18 September 2014, di Parit Raja, Johor Darul Takzim menuntut dan mendesak Kerajaan Persekutuan di bawah kuasa BN untuk menyegerakan pemansuhan AKTA HASUTAN (1948) yang lapok dan tidak relevan lagi dari sudut doktrin dan substantifnya. Sebagaimana Muktamar menuntut supaya akta baru yang akan digantikan mestilah melalui proses konsultasi awam dan melalui Jawatan Khas Parlimen supaya kita tidak menggantikan yang buruk kepada yang lebih buruk atau seumpamanya. 2. Muktamar kali ini juga merakamkan solidariti bersama mangsa AKTA HASUTAN (1948) dan keluarga mereka dan menyatakan sokongan kepada setiap pihak samada individu,gerakan sivil, mahupun parti-parti politik yang menggerakan GERAKAN MANSUHKAN AKTA HASUTAN dan menyeru rakyat menyokong gerakan ini demi memelihara PERPADUAN NASIONAL dan membela KEBEBASAN HAK BERSUARA di bumi Malaysia yang tercinta. Menyedari pelbagai pihak, termasuk wartawan dan ahli akademik, telah didakwa di mahkamah dan dikenakan tindakan undang-undang menggunakan Akta Hasutan. - HARAKAHDAILY |
Posted: 19 Sep 2014 04:04 AM PDT Bukan mereka yang 'underdog' tetapi kita (PAS) yang layak digelar 'underdog' kerana BN hampir tiga penggal memerintah DUN ini. PENGKALAN KUBOR: PAS menyifatkan parti BN bukanlah parti 'underdog' tetapi sebuah parti pelawok (pembohong). BN sudah tiga kali memenangi DUN N.01 Pengkalan Kubor dan mereka tidak boleh lagi digelar 'underdog' kata Pengarah Operasi PAS Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah. "Bukan mereka yang 'underdog' tetap kita (PAS) yang layak digelar 'underdog' kerana BN hampir tiga penggal memerintah DUN ini dan dengan majoriti sebanyak 1,700 lebih pada PRU lepas," katanya. Pada masa yang sama beliau menganggap BN ini sebuah parti yang 'pelawok' (pembohong) kepada rakyat kerana mereka selalu menyusahkan rakyat. "Memang syarat mereka untuk menjadi ahli BN, rakyat mestilah seorang yang pembohong ," jelas Wan Rahim. Sikap BN dari dulu lagi memang suka membohongi rakyat dan mereka terus membohongi rakyat dalam kempen PRK kali ini. PAS pernah bekerjasama dengan Umno menerusi Semangat 46, tetapi ditipu oleh Umno, dengan pengalaman itu PAS tetap beranggapan BN sebuah parti yang menipu rakyat. |
Pas kena pegang janji tolak jawatan MB Posted: 19 Sep 2014 04:02 AM PDT BATU PAHAT - Ketika isu jawatan Menteri Besar Selangor kembali hangat diperkatakan susulan upacara angkat sumpah yang bakal berlangsung pada Selasa, Pas hari ini digesa menolak jawatan itu jika calonnya yang menjadi pilihan istana. Perwakilan Perlis, Wan Khairizal Wan Khazim, menuntut Pas sebagai parti yang berintegriti, menolak jawatan itu berdasarkan kesepakatan yang dicapai pada mesyuarat PR 17 Ogos lalu. "Ada kemungkinan lantikan menteri besar akan diberikan kepada Pas. Di atas nilai integriti, saya menggesa Muktamar Pas membuat ketetapan untuk menolak jawatan itu," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden pada Muktamar Tahunan Pas ke-60 di sini, hari ini. Wan Khairilzal berkata, presiden parti sentiasa mengingatkan bahawa Pas adalah parti yang berpegang kepada janji dan nilai moral yang tinggi. "Justeru kita perlu menolak jawatan ini untuk menegaskan bahawa kita adalah parti yang mempunyai nilai integriti moral yang tinggi," katanya. Turut menyatakan pendirian sama, perwakilan dari Negeri Sembilan, Mohd Khairul Anwar Mohd Wafa yang mahu Pas berpegang teguh kepada kesepakatan yang dicapai sebelum ini. Menurutnya, tindakan itu sebagai langkah menghormati dasar setiakawan dalam PR sebagaimana ditegaskan berulang kali oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang. "Apa sahaja keputusan yang telah diputuskan oleh istana, sekurang-kurangnya seluruh ahli Pas telah bersama dengan pendirian yang dibuat presiden," katanya. |
Tuan Ibrahim: Kalau Pas dipilih jadi MB... Posted: 19 Sep 2014 03:22 AM PDT Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man SHAH ALAM - Pas akan mengadakan perbincangan lanjut bersama rakan komponennya sekiranya calon daripada parti itu dipilih sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu, ujar Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. "Perbincangan itu penting kerana Pas telah memilih untuk memberi komitmen bersama dalam Pakatan Rakyat. "Jadi apa-apa pun kita akan berbincang dahulu sebelum membuat kata putus," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini. Terdahulu, Pas dilapor mencadangkan tiga nama ahlinya kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk diteliti sebagai pengganti Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Angin bertiup kencang mengatakan, senarai nama yang dicalonkan Pas adalah anggota Exco Selangor dari parti itu iaitu Iskandar Abdul Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Sallehen Mukhyi. Kemudian muncul pula laporan yang menyebut hanya seorang ahli Pas iaitu Iskandar yang dicalonkan parti itu manakala dua lagi nama ialah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Mohamed Azmin Ali. Keputusan Pas mencalonkan lebih daripada dua nama mengundang kekecewaan rakan sekutunya dalam PR. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagaimanapun tidak pernah mendedahkan senarai sebenar nama yang dihantar oleh Pas untuk pertimbangan istana, namun secara terang-terangan mempertikaikan kemampuan Wan Azizah untuk menggalas jawatan penting itu. Berdasarkan kad jemputan yang telah diedarkan dan disahkan kebenarannya oleh pegawai istana, majlis mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Selangor akan diadakan pada Selasa di Istana Alam Shah, Klang. |
BERSIH: Penjara setahun terlalu berat Posted: 19 Sep 2014 03:13 AM PDT MALAYSIAKINI Gabungan NGO BERSIH menyifatkan sabitan ke atas aktivis sosial Adam Adli Abdul Halim atas kesalahan mengikut Akta Hasutan serta hukuman satu tahun penjara adalah terlalu berat. Bagaimanapun, hukuman tersebut tidak akan menyekat masyarakat umum dari menyatakan pandangan yang bertentangan, menurut kenyataan tersebut. "Rakyat tidak akan berhenti dari menyatakan pandangan bertentangan terutama ke atas kerajaan yang semakin hilang kewibawaan untuk memerintah," kenyataan itu dipetik. Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini mendapati Adam Adli bersalah atas tuduhan hasutan atas kenyataannya yang dengan menggesa kerajaan Umno/BN digulingkan. Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara setahun atas kesalahan tersebut. Menurut BERSIH, tiada bukti yang memadai untuk menunjukkan bahawa kenyataan Adam menyebabkan berlaku sebarang pergolakan atau keganasan. Sedangkan, perdana menteri sudahpun mengumumkan bahawa akta tersebut akan dimansuhkan, dan peguam negara juga memutuskan untuk menyemak semula semua kes bawah undang-undang itu. Oleh yang demikian, hukuman berkenaan dilihat mempersoalkan kewibawaan akta itu sendiri, kata BERSIH. "Perkara yang sepatutnya dilakukan adalam menangguhkan semua pendakwaan dan prosiding mengikut akta tersebut sehingga satu perbincangan penuh dijalankan di Parlimen, sama ada ia patut diganti atau tidak." |
PRK Pengkalan Kubor: 109 pengundi awal tunai tanggungjawab pilih calon Ahad ini Posted: 19 Sep 2014 03:12 AM PDT ANTARAPOS.COM TUMPAT: Sebanyak 109 anggota polis yang berdaftar sebagai pengundi awal bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor akan menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih calon pada pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu Ahad ini. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, mereka akan mengundi di Pusat Pengundian Awal di Dewan Delima, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat. Katanya, pusat pengundian awal itu dibuka dari pukul 8 pagi hingga pukul 3 petang pada hari berkenaan. ``Pengundian awal ini dibuat lima hari lebih awal daripada hari pengundian biasa dan proses pengundian itu adalah mengikut kaedah pengundian biasa dengan dikendalikan oleh petugas SPR,'' katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini. Abdul Ghani berkata daftar pemilih yang digunakan untuk PRK itu adalah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2013 dan digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Pertama Tahun 2014 yang telah dikemas kini sehingga 20 Ogos 2014. |
NGO: Tiba masanya mansuh akta dadah Posted: 19 Sep 2014 03:10 AM PDT MALAYSIAKINI Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 atau dikenali sebagai DDA 1985 digubal pada tahun 1985 dengan tujuan untuk menangani jenayah dadah berbahaya. DDA 1985 digubal bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan, iaitu kuasa yang membenarkan Parlimen membuat undang-undang tanpa perlu patuh kepada prinsip kebebasan asasi yang terkandung dalam Perkara 5,9,10 dan 13 demi menjaga keselamatan awam. Menurut laporan Agensi Anti Dadah Kebangsaan, pada tahun 2013, seramai 813 orang telah ditahan di bawah DDA 1985. Seksyen 1(3) DDA 1985 menyatakan akta ini memiliki tamat tempoh (sunset clause) iaitu setiap lima tahun sekali. Bermula daripada tarikh akta ini diwartakan, ia perlu diperbaharui setiap lima tahun sekali. Seksyen 1(4) pula menyatakan Parlimen perlu memutuskan sama ada ingin meneruskan atau membiarkan akta ini terluput dengan sendirinya. Jun 2015 akan menjadi tarikh luput bagi DDA 1985 setelah akta tersebut diperbaharui pada tahun 2010. Oleh itu Suaram berharap kerajaan Malaysia dan ahli Parlimen dapat membuat penilaian yang sewajarnya bagi memastikan akta ini tidak lagi disambung hayat sekaligus berhenti mencabuli hak asasi manusia. Mengapa DDA perlu dimansuh? 1. DDA 1985 cabul hak asasi manusia Hak asasi nanusia merupakan tonggak penting dalam Perlembagaan Persekutuan. Hak-hak ini diperuntukkan dalam bahagian kebebasan asasi iaitu Perkara 5 hingga 13. Penafian perkara-perkara ini menyebabkan individu yang ditangkap bawah DDA 1985 boleh ditahan tanpa dibicarakan. Malah seseorang itu boleh ditangkap secara arbitrari tanpa waran dan tanpa diberitahu sebab-sebab tangkapan. Setelah ditangkap, individu tersebut boleh ditahan sehingga 60 hari mengikut Seksyen 3(2) DDA 1985 tanpa perlu mendapatkan reman mahkamah terlebih dahulu. Apa yang lebih penting ialah, individu yang ditahan bawah DDA 1985 akan hilang hak untuk mendapat pembelaan yang adil di mahkamah. Seksyen 6 DDA 1985 memberi kuasa kepada menteri untuk mengeluarkan perintah tahanan atau perintah sekatan tanpa perlu orang yang ditahan dibicarakan di mahkamah. Ini bermaksud, DDA 1985 telah mematikan fungsi mahkamah dan fungsi tersebut telah diambil alih oleh menteri. Oleh itu, boleh dikatakan DDA 1985 telah menyebabkan seseorang itu dihukum tanpa dibuktikan bersalah oleh mahkamah. Perkara seperti ini sepatutnya tidak boleh berlaku lagi dalam sebuah negara yang menjulang perlembangaan dan demokrasi. 2. DDA tak kurangkan kesalahan Sejak tahun 2008 sehingga 2013, statistik yang dikeluarkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menunjukkan bilangan yang ditangkap bawah kesalahan dadah berbahaya terus meningkat. Pada tahun 2011, jumlah pesalah yang ditangkap bagi kesalahan Dadah Berbahaya adalah seramai 111, 719 orang. Manakala jumlah tangkapan meningkat pada tahun 2012 menjadi 116, 740 orang. Pada tahun 2013, Jumlah tangkapan terus meningkat dengan menyaksikan seramai 129, 250 ditangkap. Peningkatan secara berterusan ini menunjukkan DDA 1985 gagal menjadi mekanisme yang berkesan dalam menangani kesalahan dadah berbahaya di Malaysia. 3. Tiada transparensi cara siasatan polis Menurut peruntukkan bawah DDA 1985, seseorang yang ditangkap boleh ditahan selama 60 hari bagi tujuan siasatan. Bagaimanapun, bentuk siasatan yang dijalankan oleh pihak Polis dalam tempoh ini masih tidak jelas. Bentuk siasatan yang tidak jelas ini menimbulkan kerisauan tentang bagaimana sebenarnya operasi standard pihak polis dalam menjalankan siasatan. Kerisauan ini timbul ekoran fakta-fakta yang pernah direkodkan oleh bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Seperti DDA 1985, ISA juga memberi kuasa kepada pihak polis untuk menahan seseorang selama 60 bagi tujuan siasatan. Berdasarkan testimoni yang diperoleh daripada bekas tahanan ISA, dalam tempoh 60 hari tersebut terdapat dalam kalangan mereka yang diseksa oleh pihak polis bagi memaksa mereka membuat pengakuan. Menurut laporan Malaysiakini bertarikh 18 Jun 2012 yang bertajuk "Nota Mengharukan dari Kamunting", antara bentuk seksaan yang pernah dialami tahanan ISA termasuklah dibogelkan, dipukul beramai-ramai, kemaluan dicucuh api rokok dan seluruh badan dilumur dengan cili boh. Oleh itu adalah dikhuatiri jika perkara yang sama berlaku terhadap tahanan DDA 1985 kerana bentuk siasatan Polis tidak pernah didedahkan kepada umum. 4. Undang-undang lain lebih komprehensif Pihak Polis sering beralasan bahawa sukar untuk mendapatkan bukti untuk mensabitkan seseorang itu dengan jenayah dadah berbahaya kerana pesalah licik untuk menyelamatkan diri. Oleh itu undang-undang tahan tanpa bicara perlu digunakan. Namun alasan ini tidak wajar digunakan untuk merasionalkan pencabulan hak asasi kerana sudah menjadi tanggungjawab pihak polis untuk melakukan siasatan terperinci. Apakah pihak polis cuba mengatakan institusi polis di Malaysia tidak mampu menjalankan siasatan walaupun sudah memiliki kelengkapan yang cukup baik? Dalam masa yang sama, wujud undang-undang lain yang lebih komprehensif dalam menangani kesalahan dadah yang mengguna pakai Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah. Hal ini menyebabkan hak-hak orang yang ditahan akan sentiasa terjaga seperti hak untuk tidak ditahan melebihi tempoh reman 14 hari. Apa yang lebih penting ialah, orang yang ditangkap di bawah undang-undang yang lain akan berpeluang untuk membela diri di Mahkamah. Tuntutan Berdasarkan justifikasi yang telah diberikan di atas, maka kami mengusulkan tuntutan berikut: 1. Mansuhkan DDA Kerajaan Malaysia perlu memansuhkan DDA 1985 dengan cara tidak membentangkan usul pelanjutan akta tersebut di Parlimen. Dengan cara ini DDA 1985 akan secara automatik termansuh dengan sendirinya. Sekiranya kerajaan tetap ingin membentang usul pelanjutan DDA 1985, maka kami menuntut seluruh ahli parlimen tidak bersetuju dengan usul tersebut. 2. Bebaskan tahanan DDA Semua tahanan DDA 1985 perlu dibebaskan dan disiasat menggunakan undang-undang yang lebih adil dan patuh hak asasi manusia. Selain Suara Rakyat Malaysia (Suaram), pendirian dalam artikel ini turut dikongsi sebelas lagi badan, iaitu: Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall Youth Section (KLSCAH Youth), Persatuan Komuniti Prihatin Selangor & KL, Lawyer For Liberty (LFL), Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Kelab Bangsar Utama (KBU), Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) dan Malaysia Youth and Student Democratic Movement (DEMA). |
CEO: Kemalangan MRT berpunca dari kurang penyeliaan Posted: 19 Sep 2014 03:07 AM PDT ANTARAPOS,COM KUALA LUMPUR: MRT Corp hari ini mendedahkan bahawa insiden yang meragut tiga nyawa di tapak binaannya berpunca antara lain daripada "kurang penyeliaan". Dapatan daripada siasatan ke atas insiden itu mendapati mendapati jejambat geladak seberat 350 tan jatuh kerana pengurusan subkontraktor yang kurang kemas, antara lainnya. Organisasi yang bertanggungjawab untuk menyelia projek itu adalah rakan kongsi penyampai iaitu MMC Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd dan kontraktor utama Syarikat Muhibah Perniagaan dan Pembinaan Sdn Bhd. Insiden pada 18 Ogos lalu meragut tiga nyawa pekerja warganegara Bangladesh, Mohamed Faruk Khan, Mohammad Alauddin Mollik dan Mohammad Elahi Hossain, yang remuk ditimpa jejambat tersebut. Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Azhar Abdul Hamid berkata laporan menunjukkan kekurangan kepipis (kotak-kotak besi yang diisi turapan untuk menyokong jejambat) menyebabkan geladak tersebut kurang stabil. "Maka, apabila alang dipasang pada satu sisi jejambat itu ia menyebabkan jejambat geladak tersebut jatuh," kata Azhar Abdul Hamid dalam kenyataan. |
AMK dakwa Putrajaya silap guna Akta Hasutan untuk takutkan rakyat Posted: 19 Sep 2014 03:04 AM PDT ANTARAPOS,COM SHAH ALAM: Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa Putrajaya melakukan kesilapan apabila menggunakan Akta Hasutan untuk menakutkan rakyat, termasuk menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan kepada aktivis Adam Adli. Katanya, ini kerana rakyat akan terus bangkit dan bersatu menolak undang-undang itu sehingga ia dimansuhkan. "Kerajaan tersilap sekiranya mereka memikirkan pendakwaan besar-besaran mengikut akta ini akan menakut-nakutkan rakyat. "Malah, sebagaimana ditunjukkan dalam kempen #MansuhAktaHasutan selama ini, rakyat pelbagai lapisan dan latar belakang bangkit bersatu menolak undang-undang ini dan akan terus bergerak sehingga undang-undang ini dimansuhkan sama sekali," katanya dalam kenyataan hari ini. Timbalan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor berkata demikian mengulas keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi tadi mendapati Adam Adli bersalah mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan pada tahun lalu. Nik Nazmi juga turut menyifatkan keputusan itu sebagai mengejutkan serta ia juga menggambarkan kerakusan kerajaan Barisan Nasional (BN) menyekat segala bentuk pandangan kritis yang selari dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan dan sepatutnya diterima sistem demokrasi. Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berjanji memansuhkan Akta Hasutan sebagai sebahagian agenda transformasi beliau. Tetapi, trend terbaru menunjukkan semakin hari, Malaysia semakin menjadi negara polis. "Lebih malang lagi, siri pendakwaan dan sabitan yang berlaku ini memuncak ketika negara menyambut Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia," katanya. Bekas aktivis mahasiswa itu pada satu forum 13 Mei tahun lalu dilaporkan mencadangkan diadakan demonstrasi jalanan, dengan berkata:"Pilihan raya tidak akan menyingkirkan kerajaan, kuasa rakyat yang akan lakukannya." Sebelum ini, bekas mahasiswa Muhammad Safwan Anang dan ahli politik P Uthayakumar juga dijatuhi hukuman bersalah mengikut Akta Hasutan. Safwan dihukum penjara 10 bulan kerana mengeluarkan kenyataan hasutan pada forum 13 Mei yang sama dan kini sedang menunggu rayuan ikat jamin. Uthayakumar pula masih menjalani hukuman penjara 24 bulan di penjara Kajang selepas didapati bersalah pada Jun tahun lepas kerana menerbitkan bahan berunsurkan 'hasutan' pada 2007. Manakala, sekurang-kurangnya 8 orang termasuk golongan profesional dan wakil rakyat bakal berdepan risiko sama selepas pendakwaan kes dibuat terhadap mereka sejak Ogos lalu. Mereka adalah pendakwah Wan Ji Wan Hussin, peguam Chow Mun Fai, pelajar universiti Ali Abdul Jalil, ahli politik David Orok, ahli akademik Dr Azmi Sharom, Surendran yang juga ahli Parlimen Padang Serai, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, serta Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Delima RSN Rayer. |
Malaysia tak akan berhenti tuntut keadilan untuk mangsa MH17 - PM Posted: 19 Sep 2014 03:02 AM PDT ANTARAPOS.COM KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan Malaysia tidak akan berdiam diri dan berhenti sehingga keadilan terhadap mangsa tragedi nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17, diperoleh. "Hari ini, kita menerima tiga lagi (jenazah) mangsa warganegara Malaysia dari #MH17. Saya berkongsi kesedihan mereka dan kami tidak akan berhenti sehingga keadilan diperoleh," kata Perdana Menteri dalam akaun Twitternya hari ini. Jenazah tiga mangsa tragedi termasuk dua beradik dibawa pulang ke tanah air hari ini dan diberi penghormatan penuh adat ketenteraan sebaik tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang. Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang termasuk anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, telah ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai. Daripada 43 penumpang rakyat Malaysia berada dalam pesawat Boeing 777-200 itu, identiti 41 jenazah terdiri daripada 26 penumpang dan 15 anak kapal sudah dikenal pasti. Setakat ini, 36 jenazah penumpang rakyat Malaysia telah dibawa pulang ke tanah air dari Netherlands. Mayat mangsa nahas yang ditemui di Ukraine telah dibawa ke Netherlands kerana rakyat Belanda merupakan bilangan penumpang terbesar. Selain warganegara Malaysia dan Belanda, rakyat Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand adalah antara 298 penumpang yang berada dalam pesawat berkenaan. |
Lelaki mengamuk depan hotel di Alor Setar Posted: 19 Sep 2014 02:57 AM PDT MALAYSIAKINI Seorang lelaki ditahan kerana mengamuk menggunakan pisau dan besi di hadapan sebuah hotel di Jalan Pintu Sepuluh di Alor Setar hari ini. Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan berkata suspek berusia lingkungan 40-an itu ditahan di hadapan hotel tersebut tengah hari tadi. Beliau berkata pihak polis pada mulanya menerima maklumat mengenai kejadian amuk di hadapan kedai makan di Mergong Indah. Namun suspek kemudiannya dikesan di hadapan sebuah hotel, tetapi kemudian melarikan diri dengan memandu kereta secara agresif di sekitar Jalan Putra, Jalan Gangsa dan Jalan Suka Menanti," katanya kepada pemberita. Beliau berkata pihak polis kemudiannya menerima panggilan daripada seorang wanita yang mendakwa dia isteri kepada suspek dan menyatakan suaminya itu kurang siuman. Adzaman berkata suspek kemudiannya didapati memberhentikan keretanya di hadapan hotel yang sama dan bertindak menyerang polis dengan batang besi dan pisau apabila diminta menyerah diri. Suspek kemudiannya dihantar hospital psikiatri untuk diperiksa. - Bernama |
FB 'ayah legend': Lelaki ditahan Akta Hasutan Posted: 19 Sep 2014 02:53 AM PDT MALAYSIAKINI Penahananan bawah Akta Hasutan 1948 berterusan, kali ini giliran seorang lelaki yang didakwa pentadbir sebuah akaun Facebook parodi di Internet. Syafiq Abdul Wahid ditahan di rumahnya pada jam 3 pagi tadi dan dibawa ke balai polis Serdang, kata peguamnya Michelle Yesudas. Syafiq direman tiga hari. Polis mengesyaki lelaki itu sebagai pentadbir akaun menggunakan nama "Persatuan Kongsi Gelap Melayu", kata Michelle. "Pegawai penyiasat beritahu saya, polis akan mohon lanjutkan reman pada Ahad ini," katanya. Pengenalan laman itu menyebut: "Kisah ayah legend yang sembang kuat…Why so serious? Ni troll laaa bangang…" Seramai 5,247 pengguna menekan butang "like" di Facebook itu sehingga jam 3.30 petang hari ini. |
PAS tetap bangkit isu royalti di P Kubor Posted: 19 Sep 2014 02:51 AM PDT MALAYSIAKINI PAS tetap akan membangkitkan isu royalti minyak dalam kempen pilihan raya kecil Pengkalan Kubor walau lawannya, BN kelihatan tidak berminat untuk mengetengahkan isu berkenaan. Pemimpin jentera PAS, Mohamad Zaki Ibrahim berkata pihak PAS tidak mencapai apa-apa persefahaman dengan BN untuk tidak membangkitkan isu berkenaan dalam kempen pilihan raya ini. "Kita akan sebut hal yang berkenaan dengan hak Kelantan. Walaupun BN telah mendiamkan diri dalam kempen tanpa mrnyebut isu royalti kami tetap akan membawa isu ini" "Namun kita tidak akan sebut hal yang sedang dibincangkan di mahkamah," kata timbalan pengarah jentera PAS untuk pilihan raya kecil itu. "Kita tak ada persefahaman dengan BN tetapi segala tohmahan kita akan jawab dalam ceramah oleh (MP PAS, Datuk) Takiyuddin (Hassan) pada 22 haribulan," katanya yang juga ADUN Kelaboran. ADUN Kelaboran itu yang ditemui selepas sidang media harian PAS di markas besar jentera parti itu di Pengkalan Kubor pagi ini. |
Pelajar UiTM maut dilanggar kereta pensyarah Posted: 18 Sep 2014 05:11 PM PDT MALAYSIAKINI Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) maut akibat dilanggar sebuah kereta yang dipandu seorang pensyarah universiti berkenaan di dalam kawasan kampus di Shah Alam semalam. Mangsa, Fatin Farradia Yusof, 20, dilanggar kenderaan itu ketika berjalan selepas bergambar bersama rakan-rakannya di kawasan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media sehingga menyebabkannya terjatuh dari kawasan berbukit ke perhentian bas berdekatan. Fatin Farradia merupakan penuntut tahun kedua Diploma Sains Sukan dan Rekreasi meninggal dunia kira-kira jam 7.30 malam tadi, di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, berikutan pendarahan dalaman. Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM, Prof Dr Azizul Halim Yahya ketika dihubungi berkata dalam kejadian 5.20 petang itu, mangsa yang baru selesai menghadiri kuliah, dikatakan sedang berjalan bersama rakannya sebelum dilanggar kereta itu, menyebabkannya tercampak. "Kereta pensyarah itu kemudian melanggar pembahagi jalan manakala mangsa jatuh ke bawah bukit setinggi kira-kira lima meter dan pengsan sebelum dia dikejarkan ke HTAR," katanya. Menurut Azizul, pensyarah wanita berumur 58 tahun yang memandu kenderaan tersebut difahamkan mengalami sakit kepala sebelum kejadian itu, menyebabkan beliau gagal mengawal kereta tersebut. "Pensyarah itu kini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di sini untuk pemantauan lanjut daripada doktor," katanya. Sementara itu, jenazah Fatin Farradia difahamkan akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Dungun, Terengganu selepas proses bedah siasat selesai. Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Azisman Alias ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.- Bernama |
UPSR: Dua lagi guru ditahan di Bedong, Kedah Posted: 18 Sep 2014 05:06 PM PDT MALAYSIAKINI Polis menahan dua guru lelaki petang ini berhubung kes kebocoran soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi matapelajaran Sains dan Bahasa Inggeris, menjadikan jumlah tangkapan 14 orang setakat ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng berkata kedua-dua guru berusia 48 dan 51 tahun itu ditahan di Bedong, Kedah pada jam 5 petang semalam bagi membantu siasatan. "Setakat ini, 14 orang yang ditahan adalah 12 guru, seorang agen insurans dan seorang jurutera," katanya dalam kenyataan malam tadi. Polis turut merampas gajet komunikasi milik kedua-dua guru itu. Sehingga kini, seramai 22 individu telah dipanggil untuk memberi keterangan termasuk enam pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), masing masing seorang wartawan, ejen insurans dan jurutera dan 13 guru. Kelmarin, seorang guru wanita berumur 26 tahun ditahan di Labis, Johor dan seorang guru lelaki berumur 31 tahun ditahan di Nilai, Negeri Sembilan. Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid mendudukinya Khamis lepas manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan sebelum pelajar mendudukinya pada hari yang sama. Lembaga Peperiksaan Malaysia menetapkan 30 Sept sebagai tarikh baru peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran itu.- Bernama |
Ekonomi Malaysia Akan Jatuh Teruk Jika Tidak Mahu Berubah. Malaysia Bakal Ikut Jejak Argentina? Posted: 18 Sep 2014 05:02 PM PDT Alhamdulillah kita sudah pun menginjak ke tahun 2014 dan tidak lama sahaja lagi Malaysia bakal melangkah masuk ke tahun 2015. Tidak lama sahaja lagi. Pejam celik, pejam celik sudah 2015. Sekejap masa berlalu sekarang ini. Masa tidak menunggu kita tetapi kita akan menyesal kerana tidak menggunakan masa dan peluang yang ada dengan sebaiknya terutamanya potensi dan kekayaan hasil mahsul yang dimiliki bumi yang bernama Malaysia. Seperti biasa ayat yang akan… keluar adalah azam bagi tahun 2015 akan datang ini, ekonomi Malaysia akan lebih baik daripada yang sebelumnya sepertimana pengumuman mengenai kadar pertumbuhan ekonomi pada ketika ini oleh kerajaan Malaysia. Harap begitulah…..Semestinya rakyat Malaysia mahukan yang terbaik utnuk negaranya bukan? Walaubagaimanapun, Berita semasa selagi Malaysia tidak bangkit menentang penyelewengan dan ancaman ekonomi dari dalam dan luar negara, tidak mustahil negara kita akan mengalami nasib seperti Argentina. Kenapa Argentina? Baru-baru ini, Mahahir telah menemplak corak pemerintahan Datuk Seri Najib dan turut menyelitkan situasi dan kesempitan yang pernah dialami dan dirasai Argentina sebelum ini tidak mustahil untuk terjadi kepada Malaysia jika masih tiada iltizam untuk berubah menguruskan eokonomi Malaysia dengan baik menerusi (LAPORAN BERITA INI). Kenapa mesti Argentina? Anda tonton dokumentari video ini terlebih dahulu…. Berdasarkan video dokumentari di atas, secara ringkas ia berkisar kepada :
(Nak tahu lebih lanjut, anda boleh tonton dokumentari tersebut sehingga habis, anda akan dapat manfaatnya). Situasinya ibarat:
Ekonomi Malaysia vs Ekonomi Argentina?Isi pentingnya apa di sini? Bukan salah "along berlesen" tersebut tetapi salah sendiri disebabkan salah urus tadbir negara yang lemah & tiris :
KLIK SINI : Kerajaan Malaysia Bayar BR1M 3.0 2014 RM4.5 Bilion Tidak Efektif. Mahathir & Pakar Ekonomi (Dr. Fatimah Kari) Mahu BR1M Dihentikan! Kemudian antara bangunan 10 tingkat ke bawah dengan bangunan yang berpuluh-puluh tinggi, mana satu yang jadi pilihan anda?
Siapa kata kalau nak jadi negara maju, mesti ada bangunan pencakar langit yang tertinggi di Asia dan juga lapangan terbang yang tercantik & terbesar di Asia. Adakah itu sudah cukup menjadi penanda aras untuk menjadikan sesebuah negara sebagai negara maju? Cubalah lihat Britain atau New Zealand contohnya :
BACA SINI : PLUS Kutip RM4.1 Bilion (Untung Bersih RM2.5 Bilion : 61%). KESAS? 121%!! Syarikat Untung Besar, Rakyat? Wajar Kenaikan Tol 2014? Tetapi yang menariknya adakah akhirnya rakyat New Zealand sentiasa diberitahu bahawa mereka adalah rakyat First World Country tapi mentaliti Third World Country? Sekali lagi, kalau nak tunjukkan negara kita maju bukan dengan bangunan tetapi dengan pertumbuhan ekonomi Malaysia yang setaraf dengan pesaing kita suatu ketika dahulu, Korea Selatan, Taiwan dan Singapura yang dahulu bersama-sama dengan kita digelar "Harimau Asia" sekitar era tahun 90an daripada sudut ekonomi. Sekarang? Jadi…..ayuh bangkit semula Malaysia. Malaysia boleh!
Mungkin kita boleh jadikan negara Vietnam ataupun Thailand, kenapa pelabur asing sekarang ini banyak beralih kepada kedua-dua negara? Adakah mereka mempunyai lapangan terbang antara tercanggih & tercantik? Adakah Thailand mempunyai bangunan pencakar langit antara tertinggi dunia? Sekarang ini ekonomi Malaysia mesti bergerak cepat. Kalau tidak banyak lagi negara-negara lain yang akan meninggalkan Malaysia. Fokus kepada bagaimana cara nak membangunkan negara. Hentikanlah asyik bercerita kisah "seribu satu malam" yang tidak memberikan keuntungan kepada rakyat pun. Malaysia Perlu Jadi Mentaliti Pioneer VS Mentaliti Pembeli/Pengguna?Suka untuk Berita Semasa kongsikan satu kisah, lama dah cerita ini. Perbualan dengan seorang Mat Saleh ini tentang topik "apa yang kita Malaysia miliki". Jawapan Berita Semasa mudah sahaja pada masa itu dengan nada yang meyakinkan :
Kemudian Mat Saleh itu tanya satu soalan yang terus buat, antara kami terdiam.
Terdiam seketika. Apa yang cuba dia sampaikan adalah, ya…..benar Malaysia mempunyai bangunan tertinggi pada masa itu, lapangan terbang yang tercanggih & sebagainya kerana kita telah memperuntukkan banyak wang negara untuk memilikinya. Bak kata orang lama :
Tetapi sebaliknya, daripada segi teknologi negara Barat yang memiliki kemajuan teknologi yang paling hebat. Malah, ketika projek-projek mega ini berjalan dalam pada masa yang sama ia telah menjadikan salah satu faktor utama yang menyebabkan aliran ringgit yang terlalu banyak keluar dari Malaysia. Ini disebabkan fakta bahawa kebanyakan (yang boleh kami katakan 90%) kepakaran dan pakar teknologi melibatkan projek-projek mega seperti ini datang dari negara luar terutama Amerika Syarikat dan United Kingdom. Ada beza sebenarnya antara mentaliti pioneer dengan mentaliti pembeli/pengguna jika kita bercakap mengenai teknologi & ekonomi Malaysia. Pioneer contohnya, pembuat kereta akan rasa sangat bangga apabila produk apabila produk rekaannya dimiliki oleh ramai pengguna/konsumer. Sebagai contoh :
Berita berharap harap mentaliti bangga hanya kerana "menggunakan duit pembayar cukai untuk membina projek-projek mega" dan projek lain yang membazir tetapi dalam pada masa yang sama tidak memberikan impak yang besar kepada ekonomi dan rakyat marhaen, diharap dapat dikurangkan. Cukuplah dengan landmark, projek mega yang kita miliki setakat ini. Usahlah ditambah lagi. Dan diharap ekonomi Malaysia akan kembali rancak bukan setakat di atas kertas tetapi benar-benar dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia. Selagi kita semua ada iltizam untuk berubah. Insyaallah. Sekadar pandangan daripada pihak Berita Semasa, yang man mahu melihat Malaysia menjadi lebih baik dan baik pada masa akan datang, Insyaallah. Mungkin anda tidak bersetuju? Suarakan dan lontarkan pandangan anda di sini…. |
Penegasan Presiden resahkan musuh PAS Posted: 18 Sep 2014 04:55 PM PDT BATU PAHAT: Penegasan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tentang beberapa isu melalui Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 pagi tadi disifatkan berjaya 'membunuh' persepsi negatif terhadap PAS. Naib Presiden PAS Salahudin Ayub berkata, penegasan bahawa PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat selagi syarat persepakatan tidak dilanggar, dan tidak sesekali akan bersama Umno tentu meresahkan beberapa pihak menabur 'api fitnah' itu. "Penegasan itu sekaligus 'membunuh' segala persepsi dan tohmahan kita akan bersama Umno," katanya. Mengulas lanjut, Salahudin yang juga Pengerusi Lujnah Pemerkasaan Parti berkata, adalah penting bagi ahli diseluruh peringkat memahami bahawa pada tahap ini PAS tidak mungkin meninggalkan Pakatan Rakyat. Namun begitu ujarnya, seperti yang dipertegas oleh Ustaz Abdul Hadi bahawa PAS akan sentiasa membaiki segala kekurangan dan memposisikan diri dalam Pakatan Rakyat. Mengulas tema 'Terus Beristiqamah' pada Ucapan Dasar Presiden kali ini Salahudin berkata, adalah penting bagi ahli untuk terus kekal dalam bahtera ini sama ada pada waktu senang mahupun susah. "Presiden cuba mengutarakan penegasan tentang keutuhan parti bukan individu. Penting supaya setiap ahli berada dalam bahtera perjuangan walau dalam apa keadaan senang mahupun susah, damai atau kritikal. "Walaupun ada tak setuju dengan beberapa keputusan atau ucapan kepimpinan, konsep istiqamah itu kekal dan jangan sesekali tinggal perjuangan. "Ini yang saya faham dari konsep istiqamah itu dengan pengalaman saya sendiri tiga dekat dalam perjuangan ini," katanya.- HARAKAHDAILY |
Posted: 18 Sep 2014 04:47 PM PDT Beliau yang berucap pada perbahasan ucapan dasar Presiden mengingatkan pimpinan agar memahami golongan yang telah memilih PAS bagi tujuan membela mereka pada masa akan datang. "Kadang kala kita lupa, PAS sebenarnya merupakan parti minoriti begitu juga PKR dan DAP. Golongan majoriti dalam Pakatan Rakyat adalah rakyat yang memilih kita. "Jangan khianati amanah yang mereka berikan, kita perkukuhkan hubungan Pakatan Rakyat ini," ucap beliau pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di sini petang ini. Menurut beliau suasana politik negeri di Pantai Barat berbeza dengan negeri-negeri lain yang menuntut Pakatan Rakyat terus memperjuangkan nasib mereka. Yuhaizad bagaimanapun yakin melalui tahaaluf siyasi ini, PAS akan terus beristiqamah di dalam Pakatan Rakyat bagi meneruskan perjuangan dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang. "Kita jangan lupa mereka, meninggalkan Pakatan Rakyat memusnahkan harapan mereka. "Kita perlu menjadi pemimpin umat yang membela rakyat untuk kebajikan mereka," sambung beliau lagi. Beliau turut menggesa agar setiap ahli PAS menghormati Dewan Ulamak PAS Pusat dan tidak merendahkan kedudukan dewan tertinggi di dalam PAS. "Dewan Ulamak jangan kita rendah, rendahkan ulamak bermakna kita rendah parti kita sendiri. "Walaupun wujud pertentangan pendapat, kita perlu saling menghormati mereka yang berada di dalam Dewan Ulamak kerana pengalaman dan ilmu yang mereka miliki,"katanya. Pada masa sama beliu turut menegur sikap label melabel sesama ahli yang bagi beliau hanya meretakkan lagi hubungan sesama ahli dalam parti. Sebaiknya ujar beliau, semua pihak saling hormat-menghormati dan menegur secara baik jika terdapat perselisihan.- HARAKAHDAILY |
PAS yakin kekal bersama Pakatan Rakyat Posted: 18 Sep 2014 04:46 PM PDT BATU PAHAT: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yakin PAS akan terus kekal bersama Pakatan Rakyat dalam memperjuang hak keadilan untuk rakyat. Beliau berkata demikian pada sidang media di Muktamar Tahunan PAS Ke-60 di Batu Pahat hari ini. Beliau memberitahu bahawa setiap parti pasti mempunyai masalah masing-masing dan setiap parti perlu faham serta menyelesaikannya. "Semua ada masalah sendiri, diri kita pun ada masalah jadi apa yang perlu kita lakukan adalah menyelesaikan dengan lebih baik. "Saya yakin PAS akan kekal dalam Pakatan Rakyat dalam membawa dasar-dasar yang telah kita persetujui," kata beliau. Menurut Ahli Parlimen Marang itu lagi, walaupun di dalam Pakatan Rakyat menpunyai syarat yang longgar dan masing-masing boleh menganuti idealogi parti tetapi ia perlu saling menghormati dan memahami antara satu sama lain. "Masalah hanya kecil, rakan-rakan PAS di dalam Pakatan Rakyat turut hadir dalam Muktamar kita kali ini dan ini menunjukkan kesefahaman kita masih kekal seperti dulu. "Selagi tidak berlaku perlanggaran syarat terhadap perkara-perkara dasar iaitu kita mendokong prinsip demokrasi, mendokong keadilan untuk semua," sambung beliau. Hadi ketika ditanya mengenai krisis yang berlaku di Selangor membabitkan jawatan Menteri Besar, memberitahu setiap permasalah atau krisis tetap ada jalan keluar untuk menyelesaikannya. "Sudah tentu ada jalan keluar, kita kena ingat di dalam Perlembagaan Persekutuan bukan hanya parti politik yang mempunyai kerusi tetapi juga Raja mengikut perlembagaan. "Terpulang kepada Baginda Sultan Selangor untuk menbuat keputusan," katanya lagi. Hadi juga turut mengucapkan terima kasih kepada Badan Perhubungan PAS Johor kerana berjaya menganjurkan Muktamar PAS kali ke-60. "Pada PRU13 kita berjaya menampilkan jumlah wakil rakyat PAS seramai 4 orang dan ini tanda PAS mampu berkembang di Johor. "Dengan muktamar ini sekurang-kurangnya kita melatih jentera PAS Johor untuk mengendalikannya pada masa akan datang," sambungnya lagi. – HARAKAHDAILY |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan