Isnin, 15 September 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Insaflah wahai golongan ulama, katakanlah kebenaran itu walaupaun pahit untuk ditelan.

Posted: 15 Sep 2014 09:00 AM PDT

 Berkata benar dihadapan  raja yang zalim

Artikel lama, dicadangkan untuk pembacaan. Ibn Taimiyyah (661-728H) atau dikenali dengan Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah merupakan cahaya indah yang menghiasi sejarah para ulama gemilang. Beliau ilmuwan terbilang yang tiada tolok bandingnya, lagi pejuang yang berperang menentang menaklukan Tatar ke atas wilayah Islam. Berjihad dengan pena, suara dan pedang.

Satu ketika Ibn Taimiyyah bersama dengan sejumlah ulama Damsyik pergi berjumpa dengan Raja Tatar yang bernama Qazan. Raja Tatar tersebut mendakwa telah menganut Islam, tetapi melakukan penyelewengan dan kezaliman terhadap umat Islam. Ibnu Taimiyyah masuk untuk menasihatinya. Dengan nada tegas dan mesej yang jelas Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah menasihati Raja Qazan berkenaan.


 Kata Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah kepada penterjemah Raja Qazan:

 "Beritahu Qazan, engkau mendakwa engkau seorang muslim, aku dengar bersama engkau ramai ulama. Habis mengapa engkau memerangi negeri kami? Bapa dan datuk engkau Hulako dahulu adalah kafir, tetapi mereka tidak menyerang negeri kami, sebaliknya membuat perjanjian. Adapun engkau berjanji tetapi mungkir, berkata tetapi tidak tunaikan."

 Kemudian berlangsunglah dialog antara Ibn Taimiyyah dan Raja Qazan. Selepas itu Raja Qazan berkenaan menjamu sekelian yang hadir ke majlis tersebut dengan hidangan. Kesemua yang hadir makan dengan lazatnya. Namun Ibn Taimiyyah tidak mahu makan. Lalu Raja Tatar itu bertanya: 

"Mengapa engkau tidak mahu makan?"

 Jawab Ibn Taimiyyah:

 "Bagaimana aku hendak makan, kesemua ini adalah hasil rampasanmu ke atas harta orang ramai? Kamu pula memasaknya dengan menggunakan kayu yang kamu potong daripada pokok-pokok milik orangramai!"

 Kata Raja Qazan: "Berdoalah untukku".

 Kata Ibn Taimiyyah:

 "Ya Allah, jika hambaMu ini seorang yang mulia, berperang untuk meninggikan kalimahMu, maka bantulah dia, kuatkan kerajaannya. Namun jika dia berperang kerana menunjuk-nunjuk, untuk mengangkat dirinya dan menghina Islam, maka ambillah tindakan terhadapnya".

 Ulama-ulama yang sedang makan dengan asyik hidangan Raja Tatar itu, masing-masing mengangkat jubah mereka. Lalu Ibn Taimiyyah bertanya mereka:

 "Mengapa kamu semua mengangkat jubah?".

 Jawab mereka: "Kami bimbang jika Raja memancung kepala engkau, nanti darah engkau akan terkena jubah kami".

 Apabila keluar dari majlis berkenaan mereka berkata kepada Ibn Taimiyyah: "Engkau telah telah membahayakan kami, kami tidak mahu bersama dengan engkau lagi".

 Jawab Ibn Taimiyyah:

 "Aku pun tidak mahu bersama kamu semua lagi" (lihat: Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 14/92, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).

Apabila Ulama Disifat Bagaikan Anjing

 Saya memetik cerita ini bagi menggambarkan kadang-kala betapa ramai mereka yang memakai gelaran agama seperti ulama, syeikh, mufti dan seumpamanya yang mementingkan jubahnya agar tidak kotor atau tercemar lebih daripada mementingkan tanggungjawab mereka sebagai ilmuwan Islam untuk menegakkan kebenaran kerana Allah.

 Jika Ibn Taimiyyah tidak makan kerana mengenangkan nilai makanan yang dijamu, sementara ramai ulama lain yang 'sebat semacam' dalam kegawatan pertarungan yang seperti itu, apakah ulama di zaman keresahan rakyat miskin kini disebabkan kenaikan harga barang, akan mencontohi sikap Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah, atau akan tiru macam ulama-ulama dalam majlis Qazan itu lalu mereka juga akan 'sebat semacam' jamuan mewah yang melampaui batas yang patut menggunakan harta rakyat.

  Saya menulis tajuk ini bertujuan untuk mengingatkan diri sendiri, bukan untuk orang lain. Ia boleh dibaca sebagai iktibar.

 Hari ini mungkin sesetengah ulama sudah tidak bimbang jubah putih mereka tercemar lagi, kerana mereka memiliki koleksi pakaian yang cukup banyak hasil dari kemewahan memakai gelaran rasmi agama. Sehingga ada yang jumlah gajinya mengejutkan parlimen dan rakyat.

 Namun di zaman moden ini, mereka mungkin bimbang habuan yang dijanji tidak diberi, kontrak mereka tidak disambung, atau pangkat mereka tidak dinaikkan, atau bisnes yang mereka menjadi 'duta produk' atau juru larisnya terjejas, atau perlantikan mereka di institusi-institusi yang menghasilkan elaun bulanan itu terganggu.

 Atau ada pula yang menjaga kepentingan parti mereka melebihi daripada membela kebenaran dan fakta. Sehingga ada yang sanggup mengubah-ubah fatwa, hanya kerana partinya sudah berubah. Lalu mereka akan menjauhkan diri dari sesiapa yang cuba mengikuti semangat Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah.

 Kalau pada zaman Ibn Taimiyyah, untuk mengelakkan mereka terpaksa berjuang bersama Ibn Taimiyyah dan rakyat menentang penjajahan Tatar, para ulama berkepentingan tersebut menulis atau menyebarkan fitnah untuk memburukkan Ibn Taimiyyah. Tujuannya, untuk menutup kelemahan diri dan menjaga kepentingan sendiri. Sebelum dan selepas zaman Ibn Taimiyyah pun, gelagat ulama jenis ini tetap sama.

 Apabila ulama mengutamakan kepentingan sendiri, maka umat akan kehilangan garis panduan terutama pada waktu gawat dan getir. Pandangan dan pendapat yang benar disembunyikan sedangkan umat kehausan bimbingan. Jika diberikan pandangan pun hanya tajuk-tajuk yang dipersetujui oleh panaja.

Kadang-kala kita rasa tidak padan tajuk yang dicakapkan dengan jawatan yang dipegang. Maka amatlah buruk golongan yang menamakan diri mereka ulama jika hanya kelihatan ketika majlis-majlis rasmi untuk hadir hanya sebagai pembaca doa semata. Lebih menyedihkan lagi, dalam doa itu 'ada udang di sebalik mee', untuk dimakan sendiri. Sehingga kita yang mendengar pun terasa seram sejuk dengan pujian kepada pihak tertentu yang 'lebih daripada yang patut'.

 Atau golongan ini hanya kelihatan dalam majlis jamuan rasmi untuk memenuhi kerusi VIP yang dikhaskan untuk mereka. Hanya mampu makan jamuan yang diambil daripada peruntukan rakyat, namun tidak mampu bersuara jujur membela rakyat. Ada pula ulama-ulama rasmi yang minatnya adalah lawatan atas nama jawatannya ke sana-sini. Kononnya, untuk mengiringi orang itu dan ini.

 Mereka kelihatan sibuk, namun umat tidak pula tahu apakah hasil dan sumbangan mereka untuk kepentingan rakyat. Apa yang disibukkan itu? Apakah kesibukan itu bersesuaian dengan peranan mereka yang sepatutnya? Atau sekadar sibuk menjadi pengiring atau sebagai panel memenuhi kerusi jamuan?. Atau sibuk untuk harta dan pangkat sendiri.

 Ulama jenis ini, tidak mereka berjuang dengan suara, tidak juga dengan pena. Tentu jauh sekali dengan darah dan airmata. Walaupun pena atau komputer mereka mungkin berjenama mahal, tetapi kita tidak tahu apa yang mereka tulis dan sumbangkan untuk umat. Suara mereka tentu lebih mahal. Bak kata perpatah 'suara emas', sebab itu ia amat sukar untuk dikeluarkan walaupun keadaan amat memerlukan.

 Bicara mereka bicara 'ranggi'. Cerita mereka tentang kereta baru, perabut baru, lawatan keluar negara, lantikan baru, anugerah gelaran tambahan dan yang sewaktu dengannya. Wajah mereka berseri-seri jika bergambar di samping orang besar atau 'pak menteri'.

 Malangnya, sebahagian wajah yang berseri-seri itu tidak mampu untuk hadir mengajar atau memberikan pandangan untuk kepentingan orang awam. Kalau pun diberi, pandangan yang amat tidak berkualiti, atau dalam perkara yang kurang diperlukan. Mereka mungkin berfatwa tentang 'haram kanak-kanak bermain mercun' pada musim hari raya. Kerana itu kata mereka 'pembaziran'.

 Tetapi tidaklah pula mereka berfatwa tentang bunga api yang dibakar di sambutan-sambutan rasmi yang memakan belanja puluhan bahkan mungkin ratusan ribu. Padahal pembazirannya lebih jelas dan wangnya adalah wang orangramai.

 Maka tidak hairanlah jika ada yang berjawatan tinggi dalam agama, tetapi tidak dikenali oleh rakyatnya. Jika dikenali pun, tidak pula diketahui apakah peranannya dalam membela kemaslahatan umat yang menjadi tuntutan agama?

 Ulama yang seperti inilah yang menjual fatwa untuk kepentingan kedudukan, pangkat dan harta. Umat akan keliru, bahkan mungkin akan tersesat. Justeru, janganlah hairan jika al-Quran tidak pernah mensifatkan mana-mana golongan seperti anjing melainkan golongan ulama yang menjual agamanya untuk mendapatkan habuan dunia.

 Firman Allah: (maksudnya) "Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat kami. kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar darinya, lalu syaitan mengikutnya, maka jadilah dia daripada orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia mahu kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya seperti anjing, jika engkau menghalaunya, dia menjelirkan lidahnya, dan jika engkau membiarkannya: dia juga menjelirkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir". (Surah al-A'raf: ayat 175-176).

 Ayat ini menceritakan perihal kisah seorang ilmuwan agama yang meninggalkan ajaran Allah semata-mata kerana keinginannya kepada dunia. Riwayat-riwayat Israiliyyat yang tidak sahih menyebut nama orang tersebut ialah Bal'am. Kita tidak menerima periwayatan tanpa sokongan yang seperti itu.

 Apa yang penting, ayat ini telah menyamakan ulama yang menjual nilai ajaran Allah hanya untuk kepentingan dunianya sama seperti anjing. Padahal jika dia berpegang atas prinsip ilmu dia tetap akan mendapat kemuliaan. Namun, dia gopoh dengan silauan tawaran dunia. Samalah dia seperti anjing yang sentiasa menjelirkan lidah. Anjing menjelirkan lidah disebabkan kepanasan badannya, atau oksigen yang tidak cukup bagi tubuhnya. Demikian ilmuwan yang sentiasa kepanasan kerana gilakan dunia, atau sentiasa merasa tidak memadai dengan kedudukan mulianya sebagai ilmuwan, lalu dia menjelirkan lidahnya yang hodoh mencari yang lain habuan yang lain.

 Maka Allah menjanjikan bagi ulama yang menyembunyikan kebenaran balasan yang dahsyat. Allah berfirman: (maksudnya) "Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa-apa keterangan Kitab suci yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya harga yang sedikit, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain daripada api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab yang perit". (Surah al-Baqarah: ayat 174).

 Bagi ulama yang telah menyembunyikan kebenaran dan menyelewengkan fakta yang sebenar tiada jalan untuknya mendapat keampunan melainkan taubat dan menerangkan semula kebenaran yang disembunyikan atau fakta yang diselewengkan.

Firman Allah (maksudnya): "Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Kitab suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (penyelewengan mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Baqarah: ayat 159-160).

 Ya! ulama itu bukan malaikat atau nabi yang maksum. Mereka seperti insan lain yang terdedah kepada salah dan dosa. Namun walau apapun keadaannya, mereka tidak boleh menyelewengkan fakta, atau menyembunyikan kebenaran sehingga mengelirukan manusia tentang hakikat ajaran Allah S.W.T.

 Mereka juga boleh menjaga kaya dan berharta, tetapi tanpa menggadaikan kebenaran. Ini kerana yang menyebabkan mereka itu dianggap ulama kerana ilmu yang dimiliki oleh mereka. Peranan mereka adalah menjaga ilmu dan memastikan ilmu itu berfungsi untuk kemaslahatan manusia. Jika seseorang memakai pakaian ulama, atau menduduki jawatan ulama, atau memakai gelaran ulama tetapi dia kontang ilmu, dia sebenarnya bukan ulama walaupun diletakkan berbagai gelaran dan bintang.

 Perkataan ulama itu berkait dengan ilmu dan peranan mereka menyampai dan menyatakan kebenaran. Bukan kerja ulama menjadi pembela setia sesebuah kerajaan ataupun parti atau individu. Ulama membela kebenaran ajaran Allah dan RasulNya. Tiada kompromi dalam soal kebenaran, keadilan dan fakta sekalipun terpaksa menghadapi teman yang rapat, atau pihak berjasa lagi dikasihi.

 Sebab itu, seseorang apabila ingin menjadi penuntut ilmu-ilmu Islam, wajib baginya membetulkan niatnya. Jangan dia, atau ibubapa yang menghantarnya berfikir tujuan mempelajari ilmu-ilmu Islam untuk mendapatkan jawatan, atau menjadi penceramah yang lumayan, atau kerana ruang pekerjaan dalam bidang agama luas, atau melariskan bisnes.

 Jika itu berlaku dari awal, maka lahirlah ulama-ulama 'kakak tua' yang akan memperkatakan apa yang digemari oleh orangramai, atau apa yang diminati di pasaran, atau apa yang dibayar dengan harga yang tinggi oleh pihak tertentu. Maka Nabi s.a.w mengingatkan: "Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu yang dicari keredhaan Allah Azza wa Jalla dengannya, tetapi dia tidak mempelarinya kecuali untuk mendapatkan habuan dunia, maka dia tidak akan mendapat bau syurga pada hari kiamat. (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah. Al-Nawawi mensahihkannya dalam Riyadh al-Salihin).

 Menjadi mat rempit, atau perompak, atau pemimpin yang tidak jujur tidak lebih buruk daripada ulama yang menyembunyikan kebenaran atau menyelewengkan fakta sehingga manusia tersesat. Kita memerlukan ilmuwan seperti Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.a., bukan ulama yang menjaga jubah dari percikan darah pengorbanan dan kebenaran.SUMBER

JIHAD YANG BESAR IALAH BERANI BERKATA BENAR DI HADAPAN PEMERINTAH YANG ZALIM

Posted: 15 Sep 2014 01:07 AM PDT

Sukalah saya membawakan secara ringkas satu cerita popular tentang kisah seorang 'Raja dengan baju ajaibnya'.

Raja telah begitu terkesima bila ada yang mengusulkan sejenis kain yang ajaib untuk dibuat pakaian untuk baginda.Terlalu ajaibnya kain itu, hanya orang-orang tertentu sahaja yang dapat melihatnya...

"Mereka yang Munafiq Haraki, Islam Liberal atau Kominis dan seumpamanya, pasti tidak mampu melihatnya....." terang punahsehat diRaja.

Maka Raja sendiri terpaksa berpura-pura mengatakan rasa kagetnya terhadap jenis kain tersebut walaupun dia sendiri tidak upaya melihatnya.

 "Halus tenunnannya..." kata baginda penuh kepura-puraan ...

"Amat benar sekali, paduka tuanku!" sampuk punahsihat diRaja yang selalu mengiyakan apa juga titah baginda.Jenis kaki gosok dan ampu!

Rakyat juga turut terpegun bila Sang Raja kerap memberitahu mengenai warna kain tersebut.

"Kelmarin baginda kata warnanya merah.Hari ni dia kata biru pula..." bisik seorang rakyat.

"Itulah keajaiban kain tersebut; warnanya sentiasa bertukar-tukar tidak menentu...." bisik rakannya pula.

 Semakin ramai juak-juak sang raja yang selalu memuji memuja tentang kehebatan raja mereka yang segak dengan pakain yang serba cantik lagi mahal.

 Suatu hari Si Raja telah pun mahu mempamerkan sambil menggayakan sepasang pakaian yang diperbuat dari bahan yang ajaib itu.

Rakyat semua turut taajub apabila melihat Si Raja memperagakan dirinya dengan pakaian tersebut. Tetapi dalam hati mereka masing-masing berbisik:

" Kenapa sang Raja cuma memakai underwear Kokodal?" - mujurlah sang Raja tidak menempah seluar dalam dengan kain ajaib tersebut!

 Sehinggalah ada seorang budak kecil yang berani untuk bertanya kerana melihatkan keganjilan yang sedang berlaku dihadapan matanya.

"Ngapa sang Raja pakai underwear kokodal saja, Mak?" Sang ibu tak berani nak berkata apa.

"Diam dan lihat saja, nak..." balas si ibu. " Kamu nanti dilabel Munafiq Haraki, mau?" si ibu mengingatkan anaknya. Anaknya pun terdiam bungkam!

Rakyat lain yang terdengar perbualan anak dan ibu tadi mula berpandangan sesama sendiri. Ada yang mula sedar dan tidak kurang juga ramai yang marahkan budak tadi dan dianggap mulut celupar kerana mencemar kemuliaan sang Raja...

Sang Raja masih tidak sedarkan diri kerana terlalu ramai orang sekelilingnya yang masih terus mendewa-dewakan sang Raja .....Walaupun sang Raja selalu mengingatkan rakyat jelata : JIHAD YANG BESAR IALAH BERANI BERKATA BENAR DI HADAPAN  PEMERINTAH YANG ZALIM. 

SAMA ADA PAS KELUAR DARI PAKATAN ATAU GOLONGAN KONSERVATIF TINGGALKAN PAS

Posted: 14 Sep 2014 10:20 PM PDT

Aku teringat kata-kata J.F.Kennedy, Presiden Amerika Syarikat," "My fellow Americans, ask not what your country can do for you, ask what you can do for your country." Maknanya negara dan rakyat lebih penting dari segala-galanya dan fikirkanlah apakah sumbangan anda kepada bangsa dan negara. Cuma yang aku hendak tekankan disini ialah setiap pemimpin harus mementingkan kesejahteraan rakyat dan elakkan daripada memikirkan hal diri dan keluarga.

 Sehubungan dengan itu, bagi aku Pakatan Rakyat berada dalam keadaan yang agak 'tergugat' kini. Mahu tidak mahu itulah keadaanya. Tidak pula membimbangkan kerana dalam sekelip mata sahaja ia pasti dapat dipulihkan dengan adanya 'ubat' mujarab yang boleh dijadikan penwar kepada 'penyakit' yang dihidapi kini.

 Penyakit dalam Pakatan Rakyat kini ialah adanya pemimpin yang aku anggap tidak sehaluan dengan pemimpin lain dalam usaha untuk menumbangkan BN dan mengambil alih Puterajaya. Untuk dikatakan seperti musuh dalam selimut tentunya agak keterlaluan, namun yang pastinya 'barah' ini lambat laun akan merebak ke seluruh badan juga sekiranya tidak dibendung.

 Kenyataan TG Haji Hadi yang berkaitan dengan kedudukan TS Khalid Ibrahim merupakan kenyataan yang menggambarkan bahwa TG Haji Hadi sudah hilang pedoman sebagai peneraju parti yang dipandang tinggi oleh masyarakat sebelum ini. Namun dengan kenyataan yang dikeluarkannya itu adalah diyakini lebih rami lagi ahli PAS tegar yang akan kehilangan keyakinan kepada kepimpinannya dan yang paling menyedihkan akan 'menggugat' pilihanraya Kecil Pengkalan Kubur. Mungkin tidak……

 Kenyataan TG Haji Hadi mengenai kedudukan TS Khalid Ibrahim agak 'memeranjatkan'. Sebagaimana yang dikatakan oleh YB Nik Nazmi, "(Hadi insists on Khalid as MB) even though the issue of appointing a (new) menteri besar has yet to be resolved, and Khalid is only acting as a transitional menteri besar as requested by the Selangor sultan.

 ……What more, Khalid is an independent state assemblyperson without any party," Malaysiakini 13 September 2014

 Menampakkan bahawa disebabkan keghairahannya yang melampau untuk mempertahankan TS Khalid sebagai Menteri besar Selangor beliau telah 'melupakan' dan terlepas pandang banyak perkara. Yang agak serious ialah tentang perletakkan jawatan TS Khalid sudah diterima oleh DYMM Baginda Sultan Selangor. Apakah TG Haji Hadi sudah mahu menongkah arus tentang apa yang telah diputuskan oleh DYMM Sultan Selangor.

 Berlainan dengan DAP yang juga merupakan sekutu Pakatan Rakyat. Demi untuk memperjuangkan rakyat Malaysia DAP sanggup membuat berbagai perubahan terutama dari segi imejnya. Sejak zaman berzaman, DAP dilihat sebagai parti yang dimonopoli kaum Cina. Namun kini DAP mengambil langkah drastik menukar iemjnya agar dlihat sebagai sebuah parti yang dimiliki oleh berbagai kaum. Keadaan ini yang membimbangkan UMNO (Barisan Nasional) yang sentiasa mengharapkan agar DAP terus menerus mengekalkan identitinya sebagai parti orang Cina.

 Dengan beberapa tindakan yang dilakukan oleh DAP terutama dengan meletakkan Dyana sebagai calon di Teluk Intan baru-baru ini telah dapat mengubah persepsi orang Melayu yang semenjak sekian lama beranggapan sedemikian. Walaupun tewas sekurang-kurangnya telah mula menambat hati dan mendekatkan diri orang Melayu kepada parti DAP.

 Ramai yang tidak sedar dan melupai peribahasa Melayu lama yang berbunyi, 'sekali air bah sekali pasir berubah'. Dan kehadiran serikandi anak Perak untuk bertanding dalam PRK Teluk Intan merupakan tindakan yang agak menepati peribahasa berkaitan. Cuma ada segelintir rakyat Malaysia yang tidak berapa sedar bahawa 'air' sudah bah tetapi 'pasir' yang tidak mahu berubah.

 Kemunculan Dyana 'mengejut dan memeranjatkan' banyak pihak terutama UMNO (BN). Ia merupakan satu kemunculan luar biasa. 'Excitement' yang luar biasa yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia kini dengan kemasukan Dyana Sofya dalam 'ring' di Teluk Intan ini mungkin juga disebabkan rakayat terlampau mengharapkan akan terjelma suatu keadaan politik tanah air yang 'menyamankan'. Ini yang dikatakan anjakan paradigma politik. Tindakan DAP ini dengan serta merta boleh mengubah pandangan dan paradigma poltik masyarakat Malaysia.

 Seharusnya momentum seperti yang berlaku di Teluk Intan dan PRU 13 itu diteruskan. Maknanya kerjasama yang sungguh erat antara komponen parti dalam Pakatan Rakyat itu diteruskan. Malangnya akibat daripada tindakan beberapa orang pemimpin tertinggi PAS terutamanya TG Haji Hadi yang merupakan Presiden PAS yang dirasakan tentang 'kelainan'nya berbanding dengan TG Haji Hadi sebelumnya. Rakyat dari semua lapisan masyarakat dan dari semua kaum di Malaysia telah meletakkan harapan yang cukup tinggi kepada Pakatan Rakyat agar dapat merampas Puterajaya pada PRU ke 14. Setiap rakyat dari semua kaum sudah begitu yakin dengan hasrat dan perjuangan ini.

 Sayang seribu kali sayang. Beberpa tindakan TG Haji Hadi dan beberapa orang pemimpin yang agak 'usang' dai segi pemikirannya telah seolah-olah cuba melambatkan 'perjalanan' Pakatan Rakyat menuju Puterajaya. Dan kadang-kadang kelihatan seolah-olah ada 'tangan' yang menggerakkan pemimpin konservatif agar bertindak sedemikian. Dan telah timbul juga tohmahan-tohmatah yang mengatakan bahawa golongan pemimpin PAS berkenaan telah pun semacam bersetuju untuk bekerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional.

 Mungkin beberapa orang pemimpin PAS ( yang berfikiran usang) perlu diketepikan demi untuk meneruskan perjuangan kita ke Puterajaya. Mereka tidak seharusnya dilihat sebagai batu penghalang ke arah pencapaian matlamat rakyat Malaysia untuk menegakkan sebuah kerajaan yang adil dan berketerampilan terhadap rakyat.

 Aku semacam bersetuju dengan Abang Mat Sabu ( walaupun aku lebih tua darinya) apabilau mengatakan,' "The PAS Islamists should be wary of using Islam alone to get the votes of the people, for there will come a time when a "Jokowi" will be voted in by Malaysians and PAS hardline Islamists would have to mellow (down) and give their support to the one who will be getting the popular vote."Malaysiakini 13 September 2014.

 PAS bukan hanya untuk orang Melayu yang beragama Islam sahaja. PAS sudah pun diiktiraf sebagai parti yang memperjuangkan rakyat Malaysia beradasarkan keputusan PRU 13 yang lalu dimana golongan bukan Melayu telah berduyun-duyun menyokong Pakatan Rakyat yang meletakkan calon dari PAS. Sekali lagi diharapkan agar momentum sedemikian berterusan.

 Akhirnya tentulah tidak adil sekiranya aku memberikan suatu 'ultimatum' sebagai langkah untuk menyelsaikan isu yang agak kusut dalam pakatan Rakyat kini. Aku merasakan tidak ada jalan lain selain daripada samada samada PAS keluar dari Pakatan Rakyat atau pemimpin konservatif dalam PAS meninggalkan PAS dan membiarkan golongan progresif dalam PAS terus mengukuhkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat.9 Bukan merupakan sesuatu yang mudah……..

 abuhassanadam
 14 September 2014

HADI AWANG NYARIS DI SAMBAR PETIR

Posted: 14 Sep 2014 04:42 PM PDT

Tumpat – Ada yang mendakwa ia hanya sekadar kebetulan, namun ada juga yang mengatakan ia merupakan amaran tuhan agar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar berhati-hati ketika memberikan ucapan sepanjang kempen pilihanraya kecil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

 Hadi ketika berceramah semalam berkata perjuangan Nabi Ibrahim sama seperti rakyat Kelantan yang menurutnya ditindas oleh kerajaan pusat yang zalim dan kejam.

 Beliau berkata sudah pasti Allah mempunyai perancangan yang tersendiri apabila memerintahkan Nabi Ibrahim meninggalkan anaknya, Nabi Ismail di sebuah kawasan gurun yang kering kontang.

 "Mengapa Allah tidak memerintahkan Nabi Ibrahim meninggalkan keluarganya di China, sedangkan ekonomi negara itu sedang meningkat naik, mengapa bukan di Amerika yang merupakan negara terkuat? soalnya ketika menyampaikan ceramah pilihnaraya di Unit Peti Undi (UPU) Kampung Genting malam semalam?

 Menurutnya walaupun kerajaan negeri Kelantan miskin dan tidak mempunyai sumber ekonomi yang kuat, ia masih mampu ditadbir dengan baik oleh pimpinan PAS yang terdiri daripada ulama dan ahli agama.

 Namun ketika beliau berkata perjuangan tersebut sama dengan rakyat Kelantan yang hidup dalam serba kekurangan petir dan guruh secara tiba-tiba berdentum dengan kuat sehingga memeranjatkan beliau dan hadirin yang hadir.SUMBER

Berikut adalah rakaman ketika kejadian tersebut:

Tiada ulasan: