Isnin, 15 September 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


PRK Pengkalan Kubor: PKR Bantu PAS Berkempen Ketika Muktamar

Posted: 15 Sep 2014 08:01 AM PDT

Oleh: IZRA ABDUL RAHMAN 
 
 
 
 
 
PENGKALAN KUBOR: Pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan berada di sini sepanjang berlangsungnya Muktamar PAS ke-60, bagi membantu rakan sekutunya berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

Bendahari PKR Kelantan, Mohd Roslan Puteh berkata kehadiran pimpinan tertinggi PKR itu secara tidak langsung menolak dakwaan bahawa mereka menyimpan dendam terhadap PAS kerana tidak dapat bertanding di situ.

Beliau berkata, beberapa perancangan dan persiapan telah dilakukan oleh parti bagi memastikan gerak kerja dan jentera pilihan raya tidak terjejas oleh muktamar yang akan diadakan pada 16-20 September ini di Johor Bahru.

"Sewaktu muktamar di Johor, ketiadaan pimpinan PAS untuk berceramah akan dibantu oleh pimpinan PKR Pusat.

"Di peringkat awal sahaja ada ahli kita di Tumpat menyatakan rasa tak puas hati tapi selepas diberi penerangan, mereka setuju dengan keputusan pimpinan parti dan kita memang memberi bantuan kepada PAS dengan bersama-sama dengan mereka masuk ke UPU (Unit Peti Undi)," katanya pada sidang media di Markas Besar PAS, di sini, Isnin.

Menurut Ahli Dewan Undangan (Adun) Guchil itu, sehingga kini beberapa pimpinan tertinggi telah mengesahkan kehadiran mereka sementara beberapa yang lain dijangka akan memberikan pengesahan untuk hadir dalam masa terdekat.

Katanya, setakat ini mereka yang telah mengesahkan untuk hadir adalah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Abdul Rashid Abdullah, Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Abdullah Sani dan Exco Wanita Pusat, Faezah Ariffin.

"Kita sedang berusaha untuk membawa pimpinan besar seperti Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar sewaktu muktamar berlangsung.

"Datuk Seri Dr Wan wan Azizah pun kita akan bawa, begitu juga Datuk Seri Anwar Ibrahim tapi mungkin mereka datang dekat-dekat pilihan raya nanti," katanya.

Sementara itu Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail dalam satu kenyataan media pada Isnin berkata akan menghantar satu pasukan petugas untuk membantu kempen pilihan raya calon Pakatan Rakyat, Wan Rosdi Wan Ibrahim dari PAS.

Katanya, tindakan itu adalah selaras dengan pesanan Dr Wan Azizah.

"Sokongan dan bantuan ini dilihat sebagai tanda solidariti yang ikhlas dan permuafakatan yang masih utuh antara parti-parti komponen Pakatan Rakyat," katanya.

Kerusi DUN Pengkalan Kubor pada asalnya adalah milik PKR tetapi parti itu memberi laluan kepada PAS demi memastikan kesepakatan bersama terus utuh dalam menentang calon BN untuk merampas kembali kerusi tersebut.

Kerusi DUN Pengkalan Kubor diisytihar kosong selepas penyandangnya, Noor Zahidi daripada BN meninggal dunia akibat kanser pada 20 Ogos lalu.

Noor Zahidi yang juga Ketua Umno Bahagian Tumpat mempertahankan kerusi DUN Pangkalan Kubor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu dengan majoriti 1,736 undi.

PKR kecam KDN rampas Suara Keadilan

Posted: 15 Sep 2014 07:55 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


PKR mengecam tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas 300 akhbar Suara Keadilan di beberapa kawasan di Kedahantaranya di Jitra, Kuala Kedah, Alor Setar, Pendang dan Kepala Batas, pada 10 September lalu.

"Saya difahamkan bahawa para peniaga yang menjual Suara Keadilan di kawasan-kawasan itu telah diberi amaran, jika mereka terus menjual akhbar tersebut maka kedai-kedai mereka akan ditutup," kata Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil.

"Jika benar, perkara ini amat mendukacitakan dan cukup zalim. Pihak KDN perlu mengesahkan sama ada perkara ini benar-benar berlaku, dan jika ya, amalan ini wajib dihentikan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Portal KeadilanDaily - versi atas talian Suara Keadilan -  hari ini melaporkan lebih 300 naskah akhbar rasmi PKR Suara Keadilan keluaran minggu lepas dilapor dirampas KDN di negeri jelapang padi itu.

Akhbar keluaran 189 itu antaranya mengetengahkan isu sekitar krisis menteri besar Selangor dengan laporan muka depan berjudul "Kekal satu nama, tidak berubah ".

Ia dihias dengan gambar Presiden PKR Datuk Seri Azizah Ismail, yang juga calon baru menteri besar, merafak sembah sultan Selangor.

Muka depan Suara Keadilan juga memaparkan tajuk kecil berbunyi "Akta Hasutan: Muhyiddin Sahkan Najib Berbohong".

Fahmi turut menggesa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi menjelaskan status permohonan permit Suara Keadilan yang dihantar sejak tahun lalu.

Beliau turut meminta kerajaan memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan yang jelas mengekang kebebasan bersuara yang diperuntuk dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Walaupun akta tersebut telah dipinda pada 2012, namun pindaan tersebut tidak mencukupi dan akta itu masih bersifat kukubesi dan tidak demokratik.

"Perdana Menteri harus menunjukkan kesungguhan politik sebagai seorang "demokrat moderat" dan memansuhkan akta ini dengan segera," katanya.

'Pendaratan tentera AS simbolik iktiraf Israel'

Posted: 15 Sep 2014 07:51 AM PDT

MALAYSIAKINI



 


Pendaratan tentera Amerika Syarikat (AS) di negara ini dianggap simbolik pengiktirafan Malaysia terhadap keganasan kuasa besar dunia itu dan sekutunya terhadap umat Islam, khususnya di Gaza.

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) hari ini mengutuk tindakan kerajaan membenarkan latihan bersama Malaysia-AS di Terengganu dan Kelantan itu.

Presidennya Abdul Malik Ab Razak (kiri) berkata, walaupun pendaratan itu dikatakan untuk latihan pengurusan bencana alam dan perlaksanaan operasi pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), ia "sungguh mencurigakan".

"Kerajaan Malaysia telah meletakkan keselamatan negara dan rakyat diparas bahaya," kata Malik.

"Tidak boleh dinafikan melalui siri latihan yang diadakan ini mampu memberi peluang dengan lebih terbuka kepada tentera Amerika untuk mengakses maklumat ketenteraan Malaysia dan mengkaji geografi dan permukaan bumi di Malaysia.

Kementerian Pertahanan pada 12 September lalu menjelaskan, sekumpulan tentera AS hadir untuk menjalani Eksesais Keris Strike Siri 18/2014 bersama Tentera Darat Malaysia.

Bernama melaporkan, tentera AS yang terlibat dalam latihan antara 13 September hingga 26 September itu daripada pasukan United States Army Pacific Command (USARPAC) yang berpangkalan di Hawaii.

Seramai 540 anggota USARPAC dan 638 anggota tentera darat akan menyertai latihan kali ini yang berorentasi pengurusan bencana dan bantuan kemanusiaan dalam senario banjir.

GAMIS juga dalam kenyataannya hari ini kecewa kerana ia berlaku di ambang sambutan Hari Malaysia pada 16 September (esok).

"GAMIS terus mendesak kerajaan untuk mengambil langkah proaktif dengan memperketatkan keselamatan di darat, laut dan ruang udara negara." kata Malik.

Gerakan itu, kata Malik lagi, menuntut kerajaan menghentikan kerjasama ketenteraan dengan AS.

KJ: 45% pengundi muda takkan tolak BN

Posted: 15 Sep 2014 07:49 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Pemuda Umno yakin 45 peratus pengundi muda di Pengkalan Kubor akan terus memilih BN dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) itu pada 25 September ini.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata, pengundi muda jelas tahu apa yang dilakukan BN ketika allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar menjadi wakil rakyat DUN itu sejak tiga penggal lalu, lapor Bernama.

"Alhamdulillah saya lihat semua pengundi muda ini mengenali calon BN, (Mat Razi Mat Ail) yang mampu membawa kesinambungan allahyarham dan mengambil berat masalah mereka.

"Mereka tahu jasa allahyarham semasa menjadi wakil rakyat telah banyak membuat perubahan dan jika bukan jasanya tidak ada apa-apa sebenarnya di Pengkalan Kubor," beliau dipetik sebagai berkata kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pusat Daerah Mengundi Pengkalan Kubor di Tumpat, hari ini.

Turut hadir pada program itu adalah calon BN Mat Razi.

Menteri belia dan sukan itu berkata, daripada beberapa pertemuan dengan golongan itu, mereka mahukan pembangunan lebih menyeluruh termasuk peluang ekonomi yang boleh disertai.

Menurutnya hasrat golongan itu yang mahukan lebih banyak gelanggang futsal umpamanya akan diberi perhatian asalkan ada tapaknya.

"Masalah utama adalah tanah kerana ini di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

"Apa pun kita jamin untuk bina juga gelanggang itu," beliau dipetik sebagai berkata oleh agensi berita nasional.

'Tanpa wakil BN, P Kubor ketinggalan'

Sementara itu, Bernama juga melaporkan, sejak 2001, bermula dengan Rancangan Malaysia ke-8 (RMK-8) sehingga RMK-10 yang berakhir tahun depan, kerajaan pusat membelanjakan lebih RM155 juta untuk pelbagai projek pembangunan fizikal dan sosial di DUN itu.

Bernama juga melaporkan, tanpa wakil rakyat BN, Pengkalan Kubor hanyalah sebuah kawasan yang ketinggalan daripada pelbagai aspek.

Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Negeri Kelantan Datuk Makhtar Mustapha dipetik sebagai berkata, sebanyak 36 buah projek pembangunan dilaksanakan kerajaan pusat dalam tempoh 13 tahun.
 

'Kenaikan tarif air S'gor masa depan berpatutan'

Posted: 15 Sep 2014 07:43 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Sebarang kenaikan tarif air pada masa hadapan di Selangor akan dilakukan pada kadar berpatutan, kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrhaim.

Katanya, ia akan dilakukan bawah kawal selia Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan hanya dengan persetujuan kerajaan negeri.

Dalam kenyataannya hari ini, Khalid berkata, penstrukturan semula industri air Selangor memberi banyak manfaat kepada rakyat.

Ini kerana, tambahnya, isu beban hutang dan bon industri air diselesaikan secara muktamad dan hanya satu syarikat – Air Selangor – mengendalikan rawatan dan pengagihan air demi perkhidmatan lebih cekap.

"Selain itu, dengan pengambilalihan ini tiada lagi situasi keuntungan berlapis bagi syarikat konsesi air di samping mengelakkan kenaikan tarif air sebanyak 82 peratus yang sepatutnya berlaku di antara 2009 dan 2015 seperti yang termaktub dalam Perjanjian Konsesi," katanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan Khalid sebagai berkata, perjanjian utama penstrukturan semula industri air yang akan didedah kepada umum, tertakluk kepada Enakmen Kebebasan Maklumat Negeri Selangor.

"Perjanjian Utama ini akan didedahkan kepada umum, tertakluk kepada Enakmen Kebebasan Maklumat Negeri Selangor dengan kerjasama Persekutuan," beliau dipetik sebagai berkata dalam kenyataan hari ini.

Jumaat lepas, kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri memeterai perjanjian utama bagi memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air itu.

Dengan termeterainya perjanjian utama itu, Air Selangor Sdn Bhd (ASSB), sebuah entiti baharu, akan mengambil alih operasi dan penyelenggaraan loji rawatan air serta perkhidmatan pembekalan air yang sebelum ini dilakukan empat syarikat konsesi.

ASSB mengambil alih tiga syarikat konsesi air negeri Selangor iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABASS) dan pemegang lesen perkhidmatan iaitu Konsortium Air Selangor Sdn Bhd (KASB).

Khalid dilaporkan berkata perjanjian itu dimuktamad dengan kos pengambilalihan penstrukturan semula industri air jauh lebih rendah daripada tawaran awal yang dilakukan kerajaan negeri iaitu RM7.45 bilion berbanding RM9.65 bilion.

SPAD didakwa bertindak samseng

Posted: 15 Sep 2014 07:30 AM PDT


Jamal (dua kanan) bersama tiga pemandu kereta sewa/teksi mewakili ahli-ahli yang lain menunjukkan beberapa dokumen mengenai pekeliling kadar tambang yang dicadangkan kepada SPAD dan kadar tambang digunakan sekarang. Jamal (dua kanan) bersama tiga pemandu kereta sewa/teksi mewakili ahli-ahli yang lain menunjukkan beberapa dokumen mengenai pekeliling kadar tambang yang dicadangkan kepada SPAD dan kadar tambang digunakan sekarang.
 
 
 
KUANTAN – Persatuan pemilik permit dan pemandu teksi/kereta sewa Kuantan tidak berpuas hati dengan sikap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang didakwa melayan ahli-ahli persatuan seperti penjenayah.

Dalam tempoh seminggu, beberapa pemandu kereta sewa ditahan dan dikenakan saman serta beberapa dokumen penting juga disita.

Pengerusi Persatuan, Jamal Suhaili berkata, perkara utama yang dibangkitkan anggota SPAD ialah mengenai masalah tambang sedangkan mereka sendiri menjalankan tugas tanpa mengikut Prosedur operasi standard (SOP) yang betul.

Menurutnya, ahli-ahlinya ditahan kerana didakwa mengenakan tambang mahal sedangkan SPAD sendiri tidak pernah mengeluarkan kadar tambang untuk digunakan.

"Mereka menahan pemandu kereta sewa seperti samseng iaitu melakukan penyamaran sebagai penumpang dan kemudiannya kenderaan diekori menggunakan siren serta menyerbu.
"Tindakan itu dilakukan secara terbuka membuatkan ahli-ahli kami rasa terhina dan dokumen-dokumen penting turut disita.

"SPAD menjalankan operasi mengenai tambang sedangkan kadar yang kami gunakan sudah bertahun digunakan sebelum kewujudan suruhanjaya itu.

"Mereka mahu kami menggunakan kadar tambang ditetapkan oleh Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) sedangkan LPKP sudah tidak ada sejak kewujudan SPAD.

"Mereka mahu kami mengikut kadar tambang LPKP tetapi saman atau kompaun dikenakan adalah mengikut kadar SPAD.

"Peraturan dan tindakan mereka itu jelas menampakkan perkara tidak adil serta tambang yang kami kenakan ini adalah di atas persetujuan persatuan serta penumpang sendiri," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, pihaknya beberapa kali mengeluarkan usul atau cadangan mengenai kadar tambang dan perkara itu sudah dibincangkan bersama SPAD tetapi sehingga kini tiada tindakan lanjut diambil.

"Semakan semula kadar tambang teksi sudah dijalankan pada 12 November 2013 di SPAD Terengganu tetapi sehingga kini mereka gagal mengeluarkan kadar tambang sebenar.

"Jika mereka tidak mengeluarkan pekeliling kadar tambang, bagaimana SPAD boleh bertindak mengenakan tindakan terhadap pemandu kereta sewa atau teksi.

"Terdapat kira-kira 100 pemandu di bawah persatuan ini yang tidak bersetuju dengan tindakan SPAD dan ini tidak termasuk beberapa lagi persatuan lain di daerah ini," katanya.

Pemandu kereta sewa, Abdul Aziz Abd Rashid, 54 berkata, dia antara pemandu kereta sewa yang ditahan dan diarahkan ke cawangan SPAD Terengganu untuk siasatan lanjut.

"Dua anggota SPAD menyamar sebagai pelajar untuk ke Kolej Shahputra dan saya maklumkan harga tambangnya RM15 serta mereka bersetuju.

"Sampai di pertengahan jalan mereka memohon tambang dikurangkan tetapi saya tidak bersetuju.

"Selepas itu tiba-tiba ada kereta SPAD mengekori dari belakang dengan memasang siren dan empat anggota menyerbu saya.

"Beberapa dokumen penting saya disita termasuk permit kenderaan, lesen pengendali kenderaan, kad pemandu dan wang tunai RM15 tetapi wang dikembalikan semula dengan mengganti dengan wang lain.

"Mereka mengarahkan saya ke SPAD Terengganu sedangkan di Kuantan ada pejabat SPAD dan kenapa tidak diselesaikan di sini sahaja.

"Ia hanya merugikan saya dan segala kos perlu ditanggung sendiri serta perkara ini memang tidak relevan," katanya.

Pengurus Penguatkuasa SPAD Wilayah Timur, Leftenan Kolonel (B) Mohd Yusof Nordin berkata, isu layanan seperti samseng sepatutnya tidak timbul memandangkan semua anggota penguat kuasa SPAD adalah terlatih dan apa yang dilakukan mengikut prosedur ditetapkan.

Katanya, sekiranya tidak ada pihak yang tidak berpuas hati dengan layanan anggota penguat kuasa ketika melakukan operasi mereka dialukan untuk membuat aduan.

"Sekiranya mereka rasa dilayan mengikut cara tidak sepatutnya, mereka boleh membuat aduan terus kepada SPAD sendiri.

"Selain itu, aduan atau laporan kepada pihak polis juga boleh dibuat sekiranya timbul perkara atau isu tidak puas hati.

"SPAD menjalankan tanggungjawab mengikut yang sewajarnya dan tidak berniat untuk menganiaya serta operasi juga dilakukan jika ada aduan pengguna.

"Sebenarnya jika dari destinasi A ke B , anggota kami membuat penyamaran dan akan buat pemeriksaan terus di situ serta tiada yang dikejar.

"Sekiranya pemandu sampai dahulu kita akan susuli kemudian tetapi tiada bunyi siren diaktifkan kecuali jika kenderaan diparkir di tepi jalan lampu amaran akan dinyalakan sebagai tanda amaran kepada orang awam.

"Mengenai pemandu yang disaman dan perlu hadir ke cawangan Terengganu kerana kami tidak mempunyai kakitangan yang cukup serta Ibu Pejabat SPAD Wilayah Timur adalah di Terengganu.
"Apa yang pasti SPAD tidak berniat menganiayai sesiapa dan hanya menjalankan tugas demi kepentingan semua pihak," katanya.

Bagaimanapun, isu mengenai kadar tambang perlu mendapatkan maklum balas di peringkat atasan dan akan dijawab kemudian.

Hari Malaysia disambut pendaratan tentera AS

Posted: 15 Sep 2014 07:26 AM PDT

Oleh ABDUL MALIK AB RAZAK



1. Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) mengutuk tindakan kerajaan Malaysia dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana telah membenarkan tentera Amerika Syarikat mengadakan latihan eksesais bilateral di negara ini.

2. GAMIS meluahkan rasa kebimbangan dan kerisauan di sebalik apa yang terjadi. Walaupun dimaklumkan oleh Angkatan Tentera Darat Malaysia bahawa tujuan pendaratan mereka adalah untuk latihan dalam bidang pengurusan bencana alam dan perlaksanaan Operasi Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), namun ia sungguh mencurigakan. 

3. Pendaratan tentera Amerika ini juga sebagai satu simbolik pengiktirafan kerajaan Malaysia terhadap keganasan Amerika dan sekutunya Israel terhadap umat Islam di seluruh dunia, khususnya di bumi Gaza melalui Operasi Perlindungan Sempadan (Operation Protective Edge) selama tujuh minggu.

4. Kerajaan Malaysia telah meletakkan keselamatan negara dan rakyat diparas bahaya. Tidak boleh dinafikan melalui siri latihan yang diadakan ini mampu memberi peluang dengan lebih terbuka kepada tentera Amerika untuk mengakses maklumat ketenteraan Malaysia dan mengkaji geografi dan permukaan bumi di Malaysia. Seribu satu kemungkinan bakal berlaku.

5. Justeru itu, GAMIS begitu kecewa dengan tindakan kerajaan dalam menyambut Hari Malaysia, 16 September dengan mencetuskan kebimbangan dilubuk hati rakyat akan keselamatan tanah air tercinta. Negara dalam keadaan bahaya selepas menjadi mangsa pertembungan kuasa besar dunia dengan tragedi pesawat MH370 dan MH17 serta di sebalik kedatangan Barack Obama yang mempunyai seribu satu persoalan.

6. GAMIS terus mendesak kerajaan untuk mengambil langkah proaktif dengan memperketatkan keselamatan di darat, laut dan ruang udara negara.

7. GAMIS sebagai sebuah gerakan mahasiswa dengan tegas mahu kerajaan Malaysia bertindak segera dengan menghentikan kerjasama ketenteraan dengan Amerika Syarikat.

(*)  Abdul Malik Ab Razak ialah Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS).

Muhyiddin: Insiden kobocoran UPSR memalukan

Posted: 15 Sep 2014 07:22 AM PDT

SINAR HARIAN


UPSR Bocor UPSR Bocor
 
 
 
GENTING HIGHLANDS - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyifatkan isu kebocoran soalan kertas Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sebagai satu perkara memalukan di sebalik negara dilihat mempunyai sistem pendidikan antara terbaik di dunia.
  
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan kesal perkara seperti itu masih berlaku walaupun sistem pendidikan yang teratur telah diwujudkan oleh kementerian sejak sekian lama.
  
"Ini memang sesuatu yang boleh saya katakan memalukan, perkara seperti itu masih berlaku," katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Tritahunan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan(KPPK) ke-20, di sebuah hotel, di sini, hari ini.
  
Rabu lepas, Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) mengumumkan peperiksaan UPSR bagi mata pelajaran Sains 018, 028, 038 yang dijadualkan pada Khamis ditangguhkan berikutan kebocoran kertas peperiksaan dikesan sehari sebelum itu.
  
Keesokannya, Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh pula berkata kertas UPSR mata pelajaran Bahasa Inggeris 1 dan 2 juga bocor, dikesan setelah pelajar menduduki kertas tersebut dan kerajaan menetapkan 30 Sept sebagai tarikh baharu bagi peperiksaan kedua-dua kertas itu.

Dalam perkembangan sama, Muhyiddin berkata intipati mesyuarat khas isu UPSR  yang dipengerusikannya di Putrajaya pagi tadi akan diumum dalam masa terdekat.
  
"Sebentar tadi kita baru selesai mesyuarat khas, banyak perkara yang kita bincangkan, saya tak perlu umumkan dahulu," katanya.
  
Bagaimanapun, beliau menarik perhatian mesyuarat itu membincangkan antaranya langkah bagi memperkukuh sistem pendidikan dan proses peperiksaan awam serta inisiatif baharu bagi memastikan integriti LPM, kementerian dan jabatan perguruan dihormati dan disegani.
  
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata beliau menyambut baik saranan presiden KPPK dalam ucapannya, supaya budaya mengharapkan kepada soalan bocor tidak diamalkan lagi.
Dalam perkembangan lain, Muhyiddin menerima dengan terbuka tawaran khidmat konsultasi KPPK secara percuma kepada Kementerian Pendidikan.
  
"Mungkin pakar-pakar pendidikan dari KPPK ini yang telah lama berkhidmat dalam pendidikan ini dapat kita manfaatkan pengalaman mereka. Oleh sebab itu apa-apa inisiatif yang kita lakukan, InsyaAllah kita akan menjemput semua, ataupun wakil daripada KPPK," katanya.
  
Muhyiddin turut merakam penghargaan dan tahniah kepada KPPK kerana menjadi kesatuan sekerja terbesar di Malaysia dengan keanggotaan 180,000 guru, selain turut menarik perhatian bahawa kesatuan guru yang kukuh akan menjadi aset kepada pembangunan pendidikan.
  
Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri menyempurnakan penyampaian Anugerah Keahlian Kehormat KPPK yang diberikan setiap tiga tahun kepada empat penerima.
  
Mereka ialah bekas pengerusi KPPK Kelantan Kamarudin Ibrahim; bekas penolong setiausaha agung KPPK CNN Sivaraman dan dua bekas Exco KPPK Malaysia Choong Sen Min dan Phoon Chong Chee.
  
Persidangan tritahunan KPPK bermula semalam dan akan berakhir Rabu ini. - Bernama

Kelantan isytihar 25 Sept cuti peristiwa

Posted: 15 Sep 2014 07:19 AM PDT


Datuk Ahmad Yakob Datuk Ahmad Yakob
 
 
 
KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan mengumumkan 25 Septemberi ini sebagai cuti peristiwa bagi memudahkan masyarakat di Pengkalan Kubor keluar mengundi.

Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, tindakan itu dibuat setelah menghalusi dan mempertimbangkan kesukaran  yang dihadapi bakal pengundi dan anggota keluarga yang terlibat.

"Undi hari bekerja sememangnya menyulitkan pergerakan rakyat. Sepatutnya kerajaan persekutuan melihat kesukaran-kesukaran yang dilalui  kakitangan awam dan swasta, pihak kerajaan negeri simpati.

"Oleh itu, saya sebagai ketua kerajaan yang sentiasa mengutamakan kebajikan rakayat mengishtiharkan 25 September ini sebagai cuti peristiwa bagi rakyat Kelantan," katanya.

Ahmad turut mengharapkan agar proses pengundian pada hari itu berjalan lancar dana aman tanpa ada sebarang unsur manipulasi undi.

Terdahulu dalam kenyataan berasingan, Ahmad  meletakkan harapan agar semua pengundi di Dun Pengkalan Kubor termasuk pengundi yang berada di perantauan yang mencecah 1,900 orang dapat keluar mengundi  dan mencorak kepimpinan baru.

Senarai anggota jawatankuasa bebas diumum Rabu

Posted: 15 Sep 2014 07:15 AM PDT

SINAR HARIAN

Idris Jusoh
 
 
 
PUTRAJAYA - Senarai anggota jawatankuasa bebas untuk menambah baik Prosedur Operasi Standard (SOP) penyediaan kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan diumum Rabu ini.

Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, keputusan itu dibuat selepas mesyuarat khas hampir tiga jam yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kementerian Pendidikan hari ini.

"Ia akan dianggotai sembilan anggota jawatankuasa dan (bilangannya) mungkin berubah. Jawatankuasa khas tersebut akan memberi input penambahbaikan SOP yang perlu dilakukan.

"Nama-Nama itu akan diumumkan, (termasuk) siapa yang akan menjadi pengerusi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat khas itu.

Menyentuh isu yang dibincang dalam mesyuarat khas itu, Idris berkata antaranya ialah kaedah memperhalusi SOP baharu dan perkara yang perlu dilaksana oleh Kementerian Pendidikan.
Beliau turut menyerahkan kepada polis untuk membuat siasatan berhubung kes kebocoran kertas soalan UPSR.

"Siasatan sedang berjalan. Kita serah kepada polis untuk menentukan siapakah yang bertanggungjawab. Timbalan Perdana Menteri amat dukacita mengenai insiden ini dan sekali lagi memohon maaf kepada ibu bapa dan guru-guru yang terlibat kerana menyebabkan banyak program tergendala. Kita berharap perkara ini tidak berlaku lagi," katanya. - Bernama

Khianat pemimpin PAS?

Posted: 15 Sep 2014 07:09 AM PDT

Oleh Timmy Say 


Wahai ahli-ahli PAS,

Percayakah kamu kalau ada yang menyampaikan khabar Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat akan mengkhianati PAS dan melakukan perkara yang merugikan PAS?

Bagaimana pula kalau khabar sama disampaikan mengenai Tuan Guru Haron Din? Apakah kamu akan percaya beliau juga akan melakukan perkara-perkara yang merugikan PAS?

Apa pula reaksi kamu jika ada yang membisik khabar Tuan Guru Presiden Abdul Hadi Awang sudah mengkhianati PAS dan sengaja melakukan sesuatu yang merugikan parti? Apakah kamu akan melayan bisikan tersebut atau terus menolaknya kerana yakin pada peribadi presiden?

Bagaimana pula kalau tuduhan itu terkena pada Mohamad Sabu, timbalan PAS, yang sudah beberapa kali ditahan di bawah ISA dan bermalam di lokap kerana perjuangannya di dalam PAS? Apakah kamu akan percaya?

Jika orang menuduh perkara yang sama pada Salahuddin Ayub, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Husam Musa dan juga Mahfuz Omar, apakah reaksi spontan kamu? Apakah kamu percaya mereka akan mengkhianati parti dan melakukan perkara merugikan parti setelah mereka berlawan dengan Umno dan BN sebegitu lama?

Begitu juga jika tuduhan ini terkena pada Suhaizan Kaiat, Siti Zailah dan Ustaz Ahmad Yaakob dan lain-lain pemimpin tertinggi parti, apakah kamu akan percaya mereka yang bersama PAS selama ini berpotensi mengkhianati dan sengaja mensabotaj parti?

Semua pemimpin tertinggi parti ini sayang pada PAS sebagaimana kamu semua. Mereka meletakkan parti dahulu sebelum diri mereka. Pengorbanan mereka bukan sehari dua, tetapi bertahun-tahun beristiqamah dengan PAS, ketika susah mahupun senang.

Mereka mungkin berbeza pendapat atas sesetengah perkara dan pendekatan politik, tetapi percaya dan yakinlah mereka sama sekali tidak akan mengkhianati parti dan melakukan sesuatu yang merugikan parti.

Jangan terlalu awal menilai untung-rugi satu-satu tindakan mahupun pendapat mereka. Ada sesetengah perkara mengambil bertahun masa lamanya untuk dibuktikan betul. Yang kamu nampak seperti rugi hari ini mungkin menjadi untung besar pada hari besok.

Mereka ini pejuang – bermula daripada anak kapal sehingga kini menjadi nakhoda-nakhoda kapal. Di antara mereka, ada yang menjadi ketua nakhoda melebihi satu dekad. Oleh itu, jangan sesekali bersangka buruk pada mereka.

Apabila kamu bersangka buruk pada mereka, musuh mudah mengambil peluang memasukkan racun yang memecahkan jamaah. Jika seorang terkena racun, rakan usrah pun akan teracun, lambat-laun pemikiran beracun ini merebak menjadi besar sehinggakan rakan seperjuangan sendiri juga disangsi.

Dalam jamaah, kamu kena belajar untuk setuju untuk tidak setuju. Kamu kena terima ada perbezaan pendapat. Kamu kena terima ada benda yang tidak boleh diberitahu. Kamu kena terima kadang-kala keputusan kamu ditolak. Tapi jangan sesekali kerana tidak bersetuju maka terus bersangka buruk dan meletakkan label pada seseorang dan menuduh mereka mengkhianati parti.

Ingatlah kamu bahawa mereka juga adalah manusia biasa yang tidak lari daripada kesilapan membuat perhitungan. Yang penting, mereka tahu memperbetulkan diri dan terus istiqamah bersama perjuangan ini.

Minggu ini minggu muktamar. Ambillah peluang ini untuk memulihkan semula keyakinan dan kepercayaan kamu pada kepimpinan PAS.

Semoga selepas muktamar ini, kamu dapat kembali bersama bergerak seiring selangkah, dalam ribut mahupun panas, menuju dan mencapai cita-cita yang sama bersama kepimpinan parti yang dipilih.
Selamat bermuktamar. Teruskan istiqamah dan thiqah kamu kepada kepimpinan parti. –http://www.themalaysianinsider.com

Sah harga minyak naik lagi dengan GST

Posted: 15 Sep 2014 07:01 AM PDT

Oleh RAFIZI RAMLI 


Laporan akhbar Sin Chew Daily yang turut dipetik oleh laman kereta paultan.org mengesahkan bahawa Umno/Barisan Nasional akan mengenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke atas petrol dan diesel. 

Mengikut laporan, pengesahan ini dibuat oleh Ishak Daud, Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kastam dan Eksais dalam satu taklimat GST anjuran Universiti Tuanku Abdul Rahman (UTAR) minggu lalu.

Ini mengesahkan sangkaan saya selama ini bahawa Umno/Barisan Nasional akan mengenakan GST ke atas petrol dan diesel yang secara langsung bermakna harga minyak akan dinaikkan apabila GST dilaksanakan dalam April 2015 kelak.

Pada kadar GST 6%, harga seliter petrol selepas ini adalah RM2.27 sen. Jika seorang pengguna biasa dianggarkan menggunakan 80 liter seminggu bersamaan 320 liter petrol sebulan, kenaikan harga minyak akibat pelaksanaan GST ini bermakna bil petrol satu isi rumah biasa akan meningkat sebanyak RM50 sebulan.

Pada masa yang sama, kenaikan harga minyak ini juga akan menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang lain.

Akhirnya, bebanan bulanan setiap isi rumah akan bertambah dan saya anggarkan sekurang-kurangnya meningkat RM100 sebulan (kenaikan terus harga minyak dan kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang lain) bagi setiap isi rumah di kawasan bandar dan separa bandar.

Saya juga telah menyatakan bahawa Dato' Seri Najib Tun Razak akan melaksanakan penarikan balik subsidi minyak dengan menghadkannya kepada golongan tertentu dan sebahagian pengguna akan terpaksa membayar harga penuh tanpa subsidi.

Saya dimaklumkan keputusan itu telah dibuat tetapi belum dilaksanakan sementara memuktamadkan syarikat yang dianugerahkan kontrak untuk menaiktaraf semua pam minyak bagi tujuan ini.
Sudah tentu apabila ini juga dilaksanakan, bebanan akibat kenaikan harga minyak itu adalah lebih tinggi dan kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang menyusul juga lebih tinggi.

Pada ketika pegawai-pegawai Jabatan Kastam dan Eksais telah mula mengesahkan mengenai kenaikan harga minyak akibat pelaksanaan GST ini, Dato' Seri Najib Tun Razak masih diam seribu bahasa dan mahu berahsia.

Saya menggesa supaya Dato' Seri Najib Tun Razak mengesahkan dengan segera bahawa harga minyak akan naik dengan pelaksanaan GST dan berterus terang dengan rakyat.

Pada masa yang sama, saya seru seluruh rakyat Malaysia menzahirkan bangkangan mereka kepada kenaikan harga minyak ini melalui laman-laman sosial terlebih dahulu sebelum disusuli dengan protes yang lebih besar.

DAP lebih baik bersama PAS berbanding PKR, kata penulis veteran

Posted: 15 Sep 2014 02:31 AM PDT

OLEH MOHD FARHAN DARWIS



 Penulis veteran Subky Latif berkata meskipun Sultan menerima PAS menjadi menteri besar, parti Islam itu tidak akan dapat bertahan sekiranya DAP tidak bersedia. – Gambar fail, 15 September, 2014.
Penulis veteran Subky Latif berkata meskipun Sultan menerima PAS menjadi menteri besar, parti Islam itu tidak akan dapat bertahan sekiranya DAP tidak bersedia. – Gambar fail,


Penulis veteran Subky Latif mengatakan keadaan DAP lebih baik bersama PAS berbanding PKR, memandangkan parti Islam itu mampu membawa parti majoriti Cina itu ke Putrajaya.

Dalam kolumnya di lidah rasmi PAS Harakahdaily, Subky berkata meskipun Sultan menerima PAS menjadi menteri besar, parti Islam itu tidak akan dapat bertahan sekiranya DAP tidak bersedia.

"Jika DAP merasa perlu keluar daripada cap derhaka istana, ia mesti membuat keputusan menenangkan PKR supaya berlunak dengan PAS.

 "Kerana suasana politik yang demikian, masa depan DAP lebih selesa bersama PAS. Tidak mengapa DAP tidak perlukan PAS, tetapi PAS tetap merasa perlu berkawan dengan DAP. DAP jangan buang PKR, tetapi PAS boleh lebih penting," katanya.

Subky berkata hanya PAS yang dapat membersihkan imej DAP, lebih-lebih lagi selepas parti itu dan PKR kini dianggap menderhaka kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah apabila hanya menghantar satu nama calon untuk dipilih sebagai menteri besar Selangor.

"Sultan mengkehendaki setiap parti dalam Pakatan Rakyat (PR) menghantar lebih dari dua nama menteri besar.

"Sekarang Sultan Selangor sudah kata DAP derhaka. Sama ada titah Sultan tepat atau sebaliknya, ia amat disenangi Umno dan sekalian rakyat yang tidak sukakan DAP.

 "PAS tidak dapat mencairkan pandangan negatif umum terhadap DAP seperti sebelum ini. Sebelum ini apa yang Melayu kata tentang DAP, PASlah yang mencairkannya," katanya.

Subky berkata DAP masih relevan buat PAS dan masih dapat bertahan lama sekalipun dengan ketiadaan Lim Kit Siang dan selepas Lim Guan Eng menjadi warga emas, katanya merujuk kepada dua beranak yang kini berada dalam kepimpinan tertinggi DAP.

"Ia akan lebih terserlah jika ia dapat sekutu Melayu yang boleh bersamanya bagi mencabar kekuasaan BN dan Putrajaya.

Sekutu yang ada akar umbi ialah PAS. PAS akan ada lama.

 "Tetapi PKR tidak boleh jadi sekutu yang penting, kerana pertama tidak jelas siapa yang boleh menjaganya selepas tiada Anwar?" soalnya.

 Beliau berkata sokongan orang Melayu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR banyak daripada PAS.

"Apabila Anwar tidak ada, tidak dapat dipastikan sokongan itu. Orang bukan Melayu pula bergantung kepada sokongan yang DAP boleh bantu. Sokongan DAP kepada PKR juga adalah kerana Anwar.

"Kalau Anwar sendiri hilang sokongan orang Melayu, apa lagi yang DAP harap untuk membantunya lebih dekat ke Putrajaya?," soalnya.

"Jawapannya ialah DAP bukan sahaja diperlukan oleh PAS, tetapi DAP juga memerlukan PAS. Jika tidak DAP akan balik ke tempat lama bersendirian."

 Beliau turut membangkitkan persoalan siapa yang akan bertanggungjawab menjaga PKR, salah satu parti komponen dalam PR selepas ketiadaan Anwar. Dalam tulisan bertajuk

"‎Masa depan Pakatan, PAS dan DAP", Subky berkata masa depan pembangkang di Malaysia adalah antara PAS dan DAP.

"Tetapi saya tidak menyebutnya kerana saya menjaga hati rakan-rakan dalam PKR, terutamanya Brother Anwar Ibrahim yang saya tidak mahu bermasalah lagi dengannya," kata Subky, dalam tulisannya.

"Cukuplah kami sudah tidak berdua selama dia dalam Umno. Sesudah berdua semula selepas itu, janganlah tidak berdua lagi."

Subky berkata daripada pandangan akar umbi DAP yang diterimanya, parti majoriti Cina itu boleh menerima PAS sebagai menteri besar Selangor sekiranya parti Islam itu meletakkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru Dr Rani Othman sebagai calon mereka.

 Kerusi menteri besar Selangor sekarang ini milik PKR yang memecat keahlian Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bulan lalu.

 Khalid kini mentadbir Selangor atas kapasiti Adun Bebas, bersama empat anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) PAS selepas beliau memecat enam exco dari PKR dan DAP.

"Imej PKR tidak akan serosak sekarang dalam kalangan rakyat terbanyak jika DAP dapat memberi nasihat yang baik kepada Anwar dan PKR.

 "PAS sekarang hodoh pada orang PKR saja, tidak pada orang ramai. DAP tidak sekadar tidak membantu PKR dan Pakatan, ia tidak membantu dirinya sendiri," kata Subky.

MB: Elaun KAFA RM1,500 & kenaikan gaji kontrak giat diusahakan

Posted: 15 Sep 2014 02:19 AM PDT

Oleh: NORHAYATI UMOR


SHAH ALAM: Kerajaan Negeri ketika ini sedang berusaha untuk menaikkan elaun guru KAFA kepada RM1,500 sebulan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau juga akan meminta pihak Kerajaan Pusat dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk membantu menaikkan kadar elaun itu.

KAFAKatanya, usaha itu penting demi masa depan yang lebih terjamin ekoran peningkatan kos kehidupan seharian ketika ini.

"Tugas mendidik dan mengajar anak bangsa merupakan tugas sepanjang masa. Hal ini menyebabkan kalangan guru KAFA tidak berkesempatan untuk melakukan kerja sampingan untuk mendapatkan pendapatan tambahan.

"Kita sedang berusaha menaikkan kadar elaun mereka kepada RM1,500. Sebelum ini, kita berjaya menaikkan kadar itu dari RM650 kepada RM1,300 sebulan," katanya dalam ucapannya ketika merasmikan program Multaqa Imam-Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid, Guru Kafa dan Guru Takmir peringkat negeri Selangor di Masjid Negeri di Shah Alam.

Hadir sama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pemangku Imam Besar Masjid Negeri, Mohd Hata Ahmad.

Abdul Khalid berkata pihaknya juga meminta JAKIM untuk membuat kajian agar guru-guru Kafa itu dapat ditukar daripada menerima gaji melalui sistem elaun kepada kenaikan gaji tahunan secara kontrak.

Selain itu, beliau turut meminta guru takmir ditambah menjadi 300 orang daripada 142 orang sahaja ekoran pertambahan jumlah masjid dan surau di negeri itu.

"Selangor mempunyai 400 buah masjid dan 1,800 buah surau. Oleh kerana penduduknya bertambah pesat, jadi diharapkan permohonan tambahan guru takmir mendapat perhatian sewajarnya," katanya.
Dalam program itu, kira-kira 1,000 orang peserta menyertai program yang terdiri daripada Guru Takmir, Imam dan Jawatankuasa Masjid seluruh negeri Selangor.

Ia diadakan bertujuan memberi ruang kepada pihak Jakim dan Jabatan Agama Islam Selangor berkongsi hasrat dan amanat berkaitan isu-isu dalam negara, pengurusan dan pengimarahan masjid serta menyampaikan maklumat semasa kepada peserta khususnya berkaitan hal ehwal Islam.EZY

LIHAT VIDEO DI SINI

MB: Air Selangor kendali penstrukturan air, saham ditawar umum

Posted: 15 Sep 2014 02:15 AM PDT

SELANGOR KINI


SHAH ALAM : Sebahagian saham Air Selangor akan ditawarkan kepada umum selepas selesai penstukturan dan setelah syarikat berkenaan menunjukkan rekod keuntungan baik.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata ia adalah seperti yang diumumkan beliau sebelum ini.

Katanya, sebarang kenaikan tarif air pada masa hadapan akan dilakukan pada kadar berpatutan di bawah kawal selia SPAN dan hanya dengan persetujuan Kerajaan Negeri.

"Penstrukturan semula industri air Selangor memberi banyak manfaat kepada rakyat kerana isu beban hutang dan bon industri air diselesaikan secara muktamad," kata Abdul Khalid dalam kenyataan media.

Katanya, Perjanjian Utama yang ditandatangani Kerajaan Selangor dan Kerajaan Pusat pada Jumaat lalu adalah konsisten dengan tawaran dibuat kepada empat syarikat konsesi air semenjak 2012.

Isu pengambilalihan SPLASH akan diselesaikan berasingan namun ia tidak akan menganggu Kerajaan Negeri dalam usaha mengambilalih industri air Selangor menerusi entiti baru, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

"Hanya satu syarikat iaitu Air Selangor yang mengendalikan rawatan dan pengagihan air demi perkhidmatan air lebih cekap dan kompetitif," kata Abdul Khalid dalam kenyataan media.

Beliau berkata, antara terma penting Perjanjian Utama ialah suntikan aset negeri Kerajaan Negeri bernilai RM14.92 bilion ke dalam Air Selangor dan penyediaan dana Persekutuan sehingga RM2 bilion.

Ini untuk membolehkan Kerajaan Negeri mengambil alih empat konsesi air di Selangor.

"Pemindahan aset air kepada Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB) adalah secara pegangan pajakan selama 45 tahun termasuk kesemua liabiliti seperti hutang air dan bon SYABAS, PNSB dan ABBAS berjumlah RM6.1 bilion bersama aset air milik konsesi," katanya.

Baca kenyataan media penuh di sini.

Ahli perniagaan hadapi tuduhan ceroboh DUN PP

Posted: 15 Sep 2014 01:01 AM PDT

MALAYSIAKINI


Seorang ahli perniagaan yang juga bekas ketua Pemuda Umno Cawangan Kampung Rawana di George Town mengaku tidak bersalah atas tuduhan menceroboh masuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada Mei lepas.
  
Wan Norazman Ariffin, 41, didakwa menceroboh masuk DUN Pulau Pinang dengan niat hendak menggusarkan orang yang memiliki harta itu iaitu Setiausaha DUN Pulau Pinang M. Maheswari pada 1.30 tengah hari, 21 Mei lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya.
  
Majistret L. Umma Devi menetapkan 29 September ini untuk sebutan semula kes dan tertuduh dibenarkan diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.
  
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Talib berkata tertuduh adalah tangkapan baru berhubung kes menceroboh DUN Pulau Pinang pada Mei lepas.
  
Oleh itu, beliau memohon agar tertuduh dibicarakan bersama-sama 15 lagi individu yang telah dihadapkan ke mahkamah pada 19 Jun lepas bagi pertuduhan sama, pada 29 September ini.
  
Wan Norazman diwakili tiga peguam bela Rosli Ismail, Yusnita Yusof dan Norhardi Haron.
  
Lima belas tertuduh berkenaan ialah Datuk Mohd Ridzwan Bakar, 54, Hisham Ahmad Sabri, 43, Afriz Mohd Noor, 36, Rosesarwandi Saad@Yaacob, 33, Mohd Rizuad Mohd Azudin, 37, Hisham Abdul Hamid, 38, Mohd Nashrol Hisham  Abdullah, 38, Azmeal Abu Bakar, 42, Mohamad Yusmadi Mohad Yusof, 34, Mohd Hilmie Ibrahim, 37, Jasmin Noordin, 40, Nordin Wahab, 41, Mohamed Ghani Abd Jiman, 48, Wan Abidin Zain, 51  dan Mohamed Ibrahim A.Siahoo, 31. - Bernama

Sekolah seperti bangunan tinggal

Posted: 15 Sep 2014 12:53 AM PDT


Azman menunjukkan pintu sekolah yang sudah rosak dimakan anak-anai. Azman menunjukkan pintu sekolah yang sudah rosak dimakan anak-anai.
 
 
 
MACHAP - Percaya atau tidak, peralatan di sebuah sekolah agama di sini, tidak pernah diganti sejak ia ditubuhkan pada 1980.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, meskipun Sekolah Agama Seri Maju Jaya, yang dibina kira-kira 34 tahun lalu itu pernah menjalani proses baik pulih, keadaannya kelihatan semakin uzur.

Ia tidak ubah seperti bangunan tinggal dengan pintu kelas yang reput dimamah anai-anai, cermin tingkap pecah di sana sini, meja guru dan murid terkopak, kipas siling tidak berfungsi serta kawasan sekolah dinaiki semak.

Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Seri Maju Jaya, Azman Norkam berkata, hanya sekali proses penggantian atap bumbung dilakukan di sekolah itu hasil peruntukan daripada kerajaan negeri pada 2005.

Menurutnya, sekolah yang dibina di atas tanah wakaf itu dibina hasil kerjasama penduduk kampung menggunakan peruntukan kerajaan dan pungutan derma penduduk.

"Situasi yang berlaku kepada sekolah yang hanya menampung 175 murid dengan enam guru ini menimbulkan pelbagai persepsi negatif dalam kalangan penduduk kampung.

"Kekurangan pelbagai kemudahan seperti kipas dalam bilik darjah menyebabkan murid tidak selesa ketika belajar terutama ketika cuaca panas dan tidak berangin," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Azman berkata, selaku wakil ibu bapa murid di sekolah berkenaan, dia amat berharap agar kerajaan negeri mengambil berat masalah berkenaan.

Katanya, peruntukan sebanyak RM4 juta seperti diumumkan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, baru-baru ini untuk memperkemas kemudahan dan sistem pembelajaran semua sekolah agama amat ditagih.

Tambahnya, tanpa peralatan dan kemudahan terkini, sudah pasti proses pengajaran dan pembelajaran anak mereka akan terjejas.

"Kami mengharapkan perkara ini dapat direalisasikan agar semua murid sekolah agama sama ada dalam mahupun luar bandar mendapat manfaat yang sama hasil daripada pengumuman itu," katanya.

Azman turut berharap agar sedikit peruntukan dapat disediakan bagi membina laluan berbumbung dan tempat perhimpunan di sekolah berkenaan untuk kemudahan murid terutama ketika musim hujan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Liang Teck Meng berkata, masalah yang dihadapi sekolah agama berkenaan sudah dalam tindakan pihaknya.

Beliau berkata, sehingga setakat tahun ini, sudah hampir RM40,000 disalurkan di sekolah tersebut untuk proses baik pulih pembinaan pagar, tandas dan bumbung sekolah.

"Setiap tahun pihak kita tidak pernah terlepas daripada menyalurkan sumbangan ke sekolah tersebut berikutan keadaan sekolah yang terlalu uzur dari segi peralatan namun, kita tidak boleh tertumpu di sekolah agama itu sahaja kerana kawasan Simpang Renggam mempunyai banyak sekolah.

"Kita juga akan cuba untuk bantu sekolah ini untuk dapatkan dana bagi membaikpulih bahagian yang dilihat perlu dan berkeperluan," katanya.

Berhijrah jika mahu derhaka

Posted: 15 Sep 2014 12:50 AM PDT



 

SULTAN Selangor murka kepada ultra kiasu atas keingkaran menuruti titah Baginda yang mahukan setiap parti dalam PR mencalonkan tiga nama, untuk dipilih sebagai MB Selangor, kecuali Pas.

Tindakan Pas menghantar tiga nama, telah menimbulkan kemarahan ultra kiasu kerana tidak mengikuti jejak mereka. Pas dihentam dan dikritik habis-habisan. Setelah lama bersabar, kali ini Pas tidak berdiam diri. Pas membidas, dengan bertanya apakah hak mereka berbuat demikian?

Ternyata, Pas nampaknya semakin matang dalam memahami percaturan  politik negara ini, kecuali segelintir yang pro ultra kiasu yang perlu disingkirkan.

Bak kata Mursyidul Am Pas, Nik Aziz, Pas sudah lama dalam politik Malaysia, berbanding ultra kiasu yang ibarat sebagai penumpang baru belajar, terutama parti ultra kiasu Melayu yang berasa dirinya kuat.

Penyerahan kerusi kepada Pas dalam PRK Pengkalan Kubor, bukan bermakna ultra kiasu melakukannya atas dasar setia kawan. Hakikat sebenar, ultra kiasu sudah menjangkakan keputusannya untuk terus kalah jika bertanding. Bagi menutupi kelemahan, maka kerusi tersebut diberikan. Harap Pas tidak lena dengan gula-gula ini.

Setakat ini, tindakan Pas mendapat pujian kerana tidak menderhaka kepada titah sultan. Ultra kiasu yang ingkar, bukan sahaja derhaka, malah gagal memahami realiti dan adat budaya politik negara ini, serta tidak selayaknya mereka tinggal atau bertanding di Selangor.

Maka, sudah sampai masanya mereka yang bertanding dalam pilihan raya akan datang, dikenakan beberapa syarat yang mesti dipatuhi.

Pertama, telah tinggal sekurang-kurangnya 10 tahun di kawasan negeri yang ditandingi. Ini bertujuan supaya mereka mahir dengan adat budaya setempat.

Orang luar, tidak boleh bertanding secara tiba-tiba seperti berlaku dalam PRK Kajang (langkah Kajang), semata-mata untuk melunaskan nafsu serakah menguasai Putrajaya.

Pilihan raya bukan perkara main-main. Ia melibat amanah rakyat dan menelan belanja jutaan ringgit. Peletakan jawatan tidak boleh diterima untuk memberi laluan kepada PRK, kecuali jika berlaku kematian, seperti PRK Pengkalan Kubor.

Kedua, setiap calon yang mahu bertanding, perlu mempunyai kelulusan minimum, iaitu diploma, bagi memelihara standard Dewan (Parlimen). Mereka juga perlu diwajibkan mengikuti kursus asas sains politik, termasuk kalangan mereka yang mendakwa pakar dalam perlembagaan dan undang-undang.

Ilmu asas politik dan budaya politik Malaysia, berteraskan payung anak watan (indigeous canopy), bertuankan raja, perlu dihadam dan dikhatam untuk elakkan penderhakaan.

Ketiga, fasih berbahasa Melayu. Calon ultra kiasu yang tidak boleh berbahasa Melayu, perlu diwajibkan mengikuti kursus bahasa sehingga pandai.

Sekiranya masih pelat, mereka tidak layak untuk bertanding. Bagaimana hendak menjadi wakil rakyat, jika tidak boleh berkomunikasi dengan rakyat, apatah lagi dengan istana? Kalau boleh, kita tidak mahu mendengar bahasa asing dipertuturkan atau ayat "dengan izin", diikuti bahasa lain.

Keempat, mengikut kursus protokol berada di Parlimen, agar tidak memakai pakaian belang-belang. Saya begitu teruja sekali untuk melihat, ketika pembukaan Parlimen atau istiadat istana (anugerah pingat bertemu raja), semua wakil rakyat memakai pakaian kebangsaan, berbaju Melayu dan bersongkok. Ingat, baju Melayu bersongkok adalah pakaian kebangsaan, bukan pakaian Melayu. Sama juga bahasa Melayu bukan bahasa orang Melayu tetapi bahasa negara.

Terus-terang, sebagai rakyat jelata, patik amat menghormati institusi raja-raja Melayu kerana itulah asal-usul negara tercinta ini. Masa depan Islam (Melayu) berada di tangan raja (dengan izin ALLAH). Inilah realiti politik Malaysia.

Dalam kes MB Selangor, Sultan hanya menitahkan tiga nama. Patuhilah. Selesai masalah. Peliknya, kenapa ultra kiasu terlalu obses dengan satu nama? Semua ini kerana politik, kroni dan kuasa. Pas diperangkap dan terperangkap, serta berada dalam dilema.

Jika saya berada di tempat Pas sekalipun, saya tidak akan setuju dengan satu nama yang dicadangkan itu. Apakah sudah pupus Adun-Adun lelaki dalam parti ultra kiasu? Atau sudah kurang kejantanannya sehingga terpaksa mencalonkan seorang wanita sahaja?

Sejak kecil saya diingatkan, jika masuk ke rumah orang, patuhilah peraturan dan adat budayanya. Sekiranya tidak mahu, carilah tempat lain atau berhijrah ke rumah lain yang boleh memberi keselesaan kepada kita.

Isu PasMA: Pemimpin PAS Patut Dengar Suara Akar Umbi

Posted: 15 Sep 2014 12:44 AM PDT

KELAB GREENBOC



PasMA akui ada mahu singkir Hadi tapi...


Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Phahrolrazi Mat Zawawi mengakui terdapat suara yang mahu Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang disingkirkan dalam pertemuan NGO itu pada 31 Ogos lalu di Kota Bharu.

Bagaimanapun, katanya, ia pandangan peribadi anggota PAS tertentu dan bukan pendirian rasmi PasMa.

"Saya tak menafikan yang disampaikan oleh peserta-peserta. Apabila mereka bangun berucap, macam-macam cadangan dan kritikan keluar sebab memang PasMa menjadi satu wacana untuk penyokong Pakatan Rakyat memberi pendapat, kritikan dan sebagainya.

"Tapi kita bukan nak menentukan satu ketetapan. Kita beri pandangan, sama ada mereka setuju tak setuju dengan sesiapa pimpinan Pakatan, itu terpulang kepada mereka," katanya.

Beliau merujuk kepada dakwaan anggota jawatankuasa pusat PAS Nasrudin Hassan bahawa PasMa bertujuan menjatuhkan kepimpinan Hadi.

Menulis di laman Facebook semalam, anggota parlimen Temerloh itu mendakwa, pertemuan PasMa pada 31 Ogos lalu di Kota Bharu menunjukkan perancangan sebenarnya mahu menukar presiden.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Phahrolrazi juga berkata, tidak timbul soal tuduhan itu kerana naik turun seseorang pemimpin ditentukan oleh perwakilan parti dalam persidangan tahunannya.

Sementara itu, ditanya sama PasMa menerima kritikan pada Hadi, beliau berkata, mereka hanya menyediakan wacana sahaja dan menegaskan ia pandangan penyokong Pakatan dalam berdepan kemelut sedia ada.

"Kita dengarlah pandangan itu dan pimpinan parti ini (PAS) patut dengar dan hadir sebenarnya program PasMa ini, (tetapi) mereka tak nak hadir," katanya yang mengecualikan seorang anggota jawatankuasa pusat PAS.

'PAS Terengganu yang rugi'

Sementara itu, ditanya tentang larangan PAS Terengganu supaya anggotanya tidak menyertai NGO itu, Phahrolrazi berkata mereka tiada masalah dengan perkembangan itu.

"Tapi PAS Terengganu rugilah, sebab mereka tak ambil kesempatan dengan peranan PasMa ini untuk mendekati penyokong-penyokong," katanya.

UASAN GB

Menyamakan PasMA sebagai serpihan PAS seperti HAMIM dan BERJASA adalah satu kesilapan.

Ini kerana yang menjadi suara yang tidak sependapat dengan Presiden parti adalah dalam bilangan yang ramai, berbanding ketika serpihan HAMIM dan BERJASA ditubuhkan. Malah tidak keterlaluan jika GB menyatakaan bahawa kini, suara mereka adalah majoriti di dalam parti.

Tetapi jika masih enggan untuk menerima suara akar umbi yang ramai tersebut... maka hanya muktamar menjadi penentu.

Angin kencang, laut bergelora sehingga Rabu

Posted: 15 Sep 2014 12:40 AM PDT

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
  
 
 
KUALA LUMPUR: Angin kencang dan laut bergelora dari arah barat di kawasan perairan Phuket, Condore, Reef North, Layang-layang dan Palawan dijangka berterusan sehingga Rabu.
 
Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran bahawa angin kencang itu yang berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi dan sukan laut.

ELDA nafi beli mana-mana kelab bola sepak

Posted: 15 Sep 2014 12:38 AM PDT

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Pengurusan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) termasuk Felda United FC tidak pernah memutuskan untuk membeli atau memiliki mana-mana kelab bola sepak seperti didakwa oleh Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK).
 
Sebaliknya, ahli lembaga pengarahnya, Datuk Mohd. Isa Abu Kasim menegaskan dakwaan ANAK itu adalah fitnah semata-mata.
 
"Itu satu fitnah yang dibuat oleh ANAK.
 
"Pengurusan FELDA tidak pernah memutuskan...termasuklah pengurusan Felda United, kita tidak pernah memutuskan untuk membeli mana-mana kelab setakat hari ini," tegasnya ketika dihubungi Antarapos.
 
Malah, beliau mencabar Presiden ANAK, Mazlan Aliman mengemukakan bukti sahih jika dakwaan itu benar.
 
Katanya, ini kerana sehingga kini pihaknya tidak pernah mendengar mahupun menerima apa-apa cadangan pembelian kelab terbabit.
 
"Saya nak tanya pada ANAK, apa bukti dan apa sumber sahih yang mengatakan kita (FELDA) nak beli kelab (bola sepak luar negara)? Apa buktinya?
 
"Sekarang ini tidak ada siapa pun yang mengatakan kita (Felda) nak beli kelab tersebut, siapa yang kata? Kalau betul ANAK ada bukti sahih mengatakan kita (FELDA) ada buat perjanjian dan sebagainya sila kemukakan. Setakat hari ini tidak adapun yang mengatakan kita ingin membeli kelab bola sepak dan sebagainya," jelasnya.
 
Selain itu, Isa turut menyelar Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad berhubung dakwaannnya bahawa Felda United FC melantik Rafat Rizvi, seorang lelaki yang dikehendaki polis antarabangsa atas tuduhan rasuah, penipuan dan jenayah perbankan di Indonesia sebagai penasihat kelab tersebut.
 
"Apa bukti dia yang mengatakan kita (Felda United) melantik sesuatu individu sebagai penasihat kita, apa buktinya? 
 
"Setakat kita nampak orang berborak minum kopi apakah kita melantik orang itu? Itu ke buktinya? Siapa yang lantik? Bila dilantik? Siapa yang tandatangan surat pelantikan?" soal beliau. 
 
ANAK menasihatkan Felda menumpukan kepada pembangunan peneroka daripada menyertai bidang lain termasuk membeli kelab bola sepak.
 
Mazlan berkata, teras pembangunan FELDA ialah komoditi kelapa sawit dan getah.
 
Katanya, FELD harus ingat mereka mempunyai tanggungjawab kepada kira-kira 1.5 juta peneroka dan keluarga mereka di seluruh negara.
 
"Apa yang berlaku sekarang ialah harga komoditi kelapa sawit dan getah jatuh merudum, harga saham Felda Global Ventute (FGV) semalam ialah RM3. 79 bagi satu unit.
 
"Ini sangat rendah berbanding sewaktu FGV diperkenalkan...ini yang perlu diberi perhatian berbanding membeli kelab bola sepak," katanya.
 
Mazlan mengulas laporan mengenai kononnya Felda berminat untuk membeli kelab bola sepak Scotland, Glasgow Ranger. 
 
Ini ekoran lawatan Pengurus Besar Felda Datuk Faizoul Ahmad ke kelab bola sepak itu baru-baru ini sekai gus melantik Rafat Rizvi sebagai penasihat Felda United.

Henti latihan tentera dengan AS

Posted: 15 Sep 2014 12:36 AM PDT


Mohd Azmi Abdul Hamid Mohd Azmi Abdul Hamid
 
 
 
SHAH ALAM - Kerajaan patut menghentikan kerjasama latihan ketenteraan antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan Amerika Syarikat (AS).

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, kerjasama dengan AS dari segi ketenteraan mendedahkan Malaysia kepada kemarahan banyak pejuang Islam dan pejuang pembebasan di dunia yang melihat AS sebagai dalang dan punca pelbagai konflik umat Islam dan antara negara di merata dunia.

"Kami kecewa dengan dasar Malaysia mengukuhkan hubungan dan kerjasama ketenteraan dengan AS kerana ia menunjukkan tanda kesediaan Malaysia untuk terus menjadi rakan AS bersama dengan segala dasarnya," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, Malaysia harus berani menunjukkan sikap tegas terhadap kuasa imperialis dunia itu yang jelas menyokong Israel dalam serangan selama 50 hari di Gaza, baru-baru ini.

"Malah ketika pembunuhan besar-besaran rakyat Palestin di Gaza dan menghancurkan hampir seluruh prasarana di Gaza oleh Israel, AS mengisytiharkan bantuan dana tambahan AS$250 juta (RM800 juta) untuk tentera Israel," katanya.

Beliau mengulas laporan kira-kira 300 anggota tentera AS tiba di Terengganu, Khamis lalu bagi menjalani latihan bersama Tentera Darat Malaysia.

Menurut Mohd Azmi, latihan bersama seperti itu petanda jalinan Malaysia dengan tentera AS terus akrab.

Beliau menegaskan, keselamatan negara berhadapan risiko bila tentera AS berada di bumi Malaysia kerana segala maklumat yang diperlukan oleh AS terhadap keseluruhan aspek pertahanan Malaysia akan lebih mudah diperoleh dan boleh diakses secara langsung.

Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan, Jumaat lalu, memaklumkan kehadiran tentera AS itu adalah bagi menjalani latihan Eksesais Keris Strike Siri 18/14 dari 13 hingga 26 September 2014 di sekitar kawasan Kem Pangkalan Chepa dan Kem Desa Pahlawan.

Menurut kementerian itu, eksesais itu merupakan siri latihan gabungan yang diadakan setiap tahun dan bagi tahun ini, ia dilaksanakan berorientasikan pengurusan bencana dan bantuan kemanusiaan dalam senario bencana banjir.

Namun menurut Mohd Azmi, penjelasan itu tidak meyakinkan kerana Malaysia boleh memilih negara lain untuk menjalankan latihan seperti itu.

Beliau turut memetik laporan Jabatan Negara AS kepada Kongres pada 2007 yang menyebut kerjasama keselamatan menjadi alat dasar luar penting bagi AS untuk mengukuhkan kepentingan  negara itu.

"Berdasarkan laporan seperti inilah yang menyebabkan kami yakin sebarang kerjasama ketenteraan dengan AS pasti memberi impak kepada bentuk kepatuhan yang dikehendaki oleh AS kepada negara yang mengadakan kerjasama dengannya," katanya.

Warga Malaysia terlibat banjir di India tiba hari ini

Posted: 15 Sep 2014 12:35 AM PDT

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Kumpulan terakhir 17 rakyat Malaysia yang terkandas akibat banjir besar di Jammu dan Kashmir, India, dijangka tiba di tanah air hari ini.
 
Wisma Putra dalam satu kenyataan malam tadi berkata Malaysia Airlines (MAS) telah mengesahkan bahawa 16 mangsa telah berlepas dari New Delhi, malam tadi.
 
"Baki seorang lagi rakyat Malaysia akan diterbangkan keluar melalui Malindo Air," kata kenyataan itu.
 
Kenyataan itu menyebut kumpulan terakhir rakyat Malaysia telah diterbangkan keluar dari kawasan yang dilanda banjir oleh Tentera India dan dibawa ke kediaman Gabenor pada Sabtu.
 
"Dari sana, mereka diterbangkan ke lapangan terbang Srinagar dan kemudian ke New Delhi dengan menaiki penerbangan komersial. Mereka tiba di New Delhi malam tadi dan disambut dan dibantu oleh pegawai daripada Suruhanjaya Tinggi," kata Wisma Putra.
 
Menurut kenyataan itu, kerajaan melahirkan ucapan takziah yang amat mendalam kepada kerajaan India atas kehilangan nyawa rakyatnya dalam apa yang diisytiharkan oleh kerajaan India sebagai bencana negara.
 
"Kerajaan Malaysia juga ingin menyampaikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada kerajaan India atas semua bantuan dalam misi menyelamat ini apabila semua warga kita berjaya diselamatkan.
 
"MAS dan Malindo Airways juga membantu untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas," kata kenyataan itu.
 
Sebanyak 59 rakyat Malaysia terkandas di kawasan Himalaya itu yang kini dilanda banjir paling buruk dalam tempoh 60 tahun. 
 
Banjir itu setakat ini telah mengorbankan lebih 250 nyawa.

15 lagi mangsa MH17 dikenal pasti - Liow

Posted: 15 Sep 2014 12:33 AM PDT

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Seramai 15 orang anak kapal MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine sudah dikenal pasti.
 
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, anak kapal terakhir yang dikenal pasti ialah Shaikh Mohd Noor Mahmood, 44 manakala penumpang terbaharu dikenal pasti adalah Liew Yau Chee.
 
"Kami bekerjasama dengan pihak berkuasa Belanda untuk mempercepatkan proses pengecaman terhadap tujuh orang lagi mangsa.
 
"Kami berharap semua mangsa sudah berada di Belanda, dan jika sebaliknya kita perlu kembali ke lokasi insiden untuk mencari mereka," katanya yang dipetik mStar Online.
 
Setakat ini, seramai 32 orang rakyat Malaysia dan tiga mangsa dari Belanda dibawa balik ke Malaysia dari Amsterdam.
 
"Kami sedang menguruskan untuk membawa empat lagi mangsa, termasuk dua orang anak pekerja Shell, Tambi Jee yang dikenal pasti minggu lepas," jawab Tiong Lai.
 
Dua mangsa itu adalah Marsha Azmeena,15, dan Muhammad Afzal,17.
 
Tambi,49, dan isterinya Ariza Gazalee,47, bersama empat orang anaknya terbunuh dalam insiden pada 17 Julai lalu.
 
Kesemua mereka telah dikenal pasti kecuali anak bongsu Muhammad Afruz,13.
 
Ketibaan jenazah seterusnya dijangka akan tiba Khamis ini.

Anggota PRM mengaku tidak bersalah hina KPN, PDRM

Posted: 15 Sep 2014 12:30 AM PDT

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Victor Wong yang didakwa menghina Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengaku tidak bersalah hari ini di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
 
Beliau yang merupakan Anggota Parti Rakyat Malaysia (PRM) didakwa ekoran tweetnya pada 31 Ogos, yang dibuat sebagai reaksi terhadap penangkapan anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang pada hari itu.
 
Wong ditahan bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dengan pendakwaan tambahan bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
 
Beliau diikat jamin RM4,000 dan perbicaraan ditetapkan pada 27 Oktober.
 
Wong, 44, seorang pengurus kilang dan penulis sambilan di portal berita The Ant Daily.

Tiada ulasan: