Isnin, 15 September 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Kebocoran Kertas UPSR: Guru Besar Antara 4 Ditahan Mengikut OSA

Posted: 14 Sep 2014 11:12 PM PDT

Empat suspek ditahan semalam dengan kaitan kebocoran kertas soalan UPSR dan akan dibawa ke Mahkamah Tinggi di Putrajaya hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 15 September, 2014.
[The Malaysian Insider] Polis menerima empat hari perintah reman terhadap empat individu, termasuk guru besar sebuah sekolah di Pulau Pinang yang kini disiasat mengikut Akta Rahsia Rasmi berhubung kebocoran kertas soalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Suspek lain adalah dua guru dari Pulau Pinang dan seorang ejen insurans dari Kuala Lumpur.

Perintah reman itu dikeluarkan selepas polis membawa suspek berusia lingkungan 30-an hingga 50-an di hadapan Majistret Nur Dahlia Azmi di Putrajaya hari ini.

Peguam mereka Ester Tan Siew Choo berkata, polis memohon permit selama tujuh hari, namun majistret hanya memberikan empat hari. – V Anbalagan/ 15 September, 2014.

Putrajaya Sahkan Petrol, Diesel Kena GST - Rafizi

Posted: 14 Sep 2014 09:40 PM PDT


[The Malaysian Insider] Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kastam dan Eksais Ishak Daud mengesahkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dikenakan kepada petrol dan diesel walaupun kerajaan masih belum membuat pengumuman demikian, kata Rafizi Ramli.

Naib presiden PKR itu berkata, Ishak mendedahkan perkara berkenaan dalam satu taklimat GST anjuran Universiti Tuanku Abdul Rahman minggu lalu yang juga dilaporkan akhbar bahasa Cina, Sin Chew Daily.

"Laporan akhbar Sin Chew Daily turut dipetik oleh laman kereta paultan.org, mengesahkan Umno Barisan Nasional (BN) akan mengenakan GST ke atas petrol dan diesel.

"Ini mengesahkan sangkaan saya selama ini bahawa Umno – BN akan mengenakan GST ke atas petrol dan diesel yang secara langsung bermakna harga minyak akan dinaikkan apabila GST dilaksanakan dalam April 2015 kelak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan sebelum ini berkata kerajaan akan mempertimbangkan tidak mengenakan GST ke atas petrol dan diesel apabila sistem percukaian baru itu dilaksanakan pada April 2015.

Katanya, kerajaan bakal kehilangan hasil jika GST tidak dikenakan ke atas petrol dan diesel, tetapi ia dapat ditampung melalui pelan rasionalisasi subsidi.

Rafizi berkata dengan GST pada kadar 6%, harga seliter petrol selepas ini adalah RM2.27 sen dan jika seorang pengguna biasa dianggarkan menggunakan 320 liter petrol sebulan, kenaikan harga minyak akibat GST akan meningkat RM50 sebulan.

Katanya, petrol dan diesel yang dikenakan GST akan memberi kesan kepada kenaikan harga barang dan perkhidmatan apabila cukai kepenggunaan itu dilaksanakan kelak.

"Akhirnya, bebanan bulanan setiap isi rumah akan bertambah. Saya anggarkan sekurang-kurangnya meningkat RM100 sebulan dengan kenaikan terus harga minyak, harga barang dan perkhidmatan bagi setiap isi rumah di kawasan bandar dan separa bandar.

"Pada ketika pegawai Jabatan Kastam dan Eksais mula mengesahkan kenaikan harga minyak akibat pelaksanaan GST, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih diam seribu bahasa dan mahu berahsia," katanya.

Ahli Parlimen Pandan itu juga dimaklumkan kerajaan akan melaksanakan penarikan balik subsidi minyak dengan mengehadkan kepada golongan tertentu dan sebahagian pengguna terpaksa membayar harga penuh tanpa subsidi.

"Saya dimaklumkan keputusan itu sudah dibuat tetapi belum dilaksanakan sementara memuktamadkan syarikat yang dianugerahkan kontrak untuk menaiktaraf semua pam minyak bagi tujuan ini," katanya.

Katanya, jika dasar begitu dilaksanakan, bebanan kenaikan harga minyak akan menjadi lebih tinggi, begitu juga dengan harga barang dan perkhidmatan.

"Saya menggesa supaya Najib mengesahkan segera harga minyak akan naik dengan pelaksanaan GST dan berterus terang dengan rakyat.

"Pada masa yang sama, saya seru rakyat Malaysia menzahirkan bangkangan mereka kepada kenaikan harga minyak ini melalui laman sosial terlebih dahulu sebelum disusuli dengan protes yang lebih besar," katanya. – 15 September, 2014.


Selfie dengan Mayat, Penggali Kubur Digantung Kerja

Posted: 14 Sep 2014 09:26 PM PDT


CELESTINO (kanan) bersama anak saudara si mati ber'selfie' dengan mayat.

[Harian Metro] Alicante (Sepanyol): Seorang penggali kubur yang merakam gambarnya dengan mumia lelaki yang mati 23 tahun lalu digantung kerja, semalam.

Dalam sekeping gambar, Celestino Reyna dilihat tersenyum di sisi mayat lelaki yang baru digalinya semula. Anak saudara si mati juga kelihatan di gambar itu.

Mayat berkenaan digali untuk ditanam semula dalam kubur yang sama dengan isterinya di sebuah tanah perkuburan di Guardamar del Segura.

Ketika anak saudara si mati menyaksikan penggali kubur itu membawa naik semula mayat berkenaan, mereka terkejut melihat mayat itu sudah menjadi mumia.

Selepas merakam gambar itu, anak saudara si mati yang namanya tidak disiarkan berkongsi gambar itu dengan rakan sekerjanya menerusi Whatsapp dan ia menjadi viral dalam sekelip mata.

Bagaimanapun, dia mendakwa tidak bermaksud untuk menyakitkan hati sesiapa.

"Saya tidak menyangka ia membawa padah. Saya juga tidak bertujuan untuk menghina bapa saudara saya," katanya.

Sementara itu, penggali kubur berusia 55 tahun itu digantung tugas dan dipindahkan ke bahagian lain sementara pihak berkuasa tempatan menjalankan siasatan.

Seorang anggota majlis, Felipe Aldeguer, bagaimanapun berkata, Reyna tidak bersalah dalam hal itu.

"Dia hanya bertindak bodoh dengan mengikuti kehendak keluarga si mati," katanya.
Mayat boleh menjadi mumia secara semula jadi apabila ia direndam dengan air berasid, bercampur dengan suhu sejuk dan kekurangan oksigen. - Agensi/15/9/14



Wanita Didakwa Rogol Lelaki, Suspek Dakwa Tidak Ingat

Posted: 14 Sep 2014 09:24 PM PDT


Wanita Tak Ingat Rogol Lelaki

[Harian Metro] Seattle: Seorang wanita Chantae Gilman, berdepan dengan tuduhan merogol selepas seorang lelaki mendakwa wanita berkenaan memecah masuk ke rumahnya pada tengah malam lalu menindih serta memperkosanya ketika dia tidur.

Mangsa yang berusia 31 tahun itu berkata, dia menghadiri satu majlis hari jadi pada malam berkenaan sebelum pulang dalam keadaan letih dan terus tertidur. 

Mangsa terjaga apabila menyedari tangannya ditekan di bawah kepala sementara suspek berada di atas badannya.

Mangsa mendakwa tidak mengenali suspek tetapi tahu dia kenalan seorang lelaki lain dalam bangunan berkenaan. 

Sementara itu, wanita berkenaan memberitahu polis dia tidak kenal mangsanya atau mengingati memasuki rumah lelaki terbabit dan mengadakan seks dengannya. 

Laporan memetik, penyiasat sebagai berkata, suspek menghidap masalah mental dan gangguan bipolar dan psikosis. 

Baru-baru ini suspek memuat naik komen dalam laman Facebooknya dengan berkata, dia yang sudah mempunyai dua anak, mengandung dua bulan. - Agensi/15/9/14

Lanjut di sini.

Orang yang Gemar Menanam Bebola Besi di Bahagian Kemaluan, Sila Baca.

Posted: 14 Sep 2014 08:27 PM PDT


'Anu dah berkarat'

[Harian Metro] Kuala Lumpur: "Hampir enam bulan saya mengalami lemah tenaga batin, malah kerap gagal 'beraksi'. Selepas mendapatkan nasihat doktor pakar, saya setuju melakukan pembedahan mengeluarkan 10 bebola besi ditanam di dalam kemaluan dan cukup terkejut apabila mendapati semuanya berkarat," kata Ramli, 44.

Sebelum itu, pada awal 2004, Ramli membeli 10 bebola besi daripada penjual replika seks di sekitar ibu kota pada harga RM50. 

Kerana tertarik dengan kisah kehebatan rakannya beraksi di ranjang selepas memakai bebola besi itu, Ramli nekad menoreh sendiri kulit permukaan kemaluan dengan pisau sebelum memasukkan bebola besi terbabit di bawah kulit berkenaan. 

"Rakan mengatakan dia melakukan sendiri pembedahan terbabit dan walaupun sakit, saya nekad melakukannya sendirian di rumah di Sentul.

"Tiga hari kemaluan membengkak, namun saya tidak bertemu doktor sebaliknya hanya menahan kesakitan," katanya.

Menurut Ramli, dia menanam bebola besi itu di sekeliling pangkal kemaluan dan apabila pulih daripada bengkak, dia mula mencari teman wanita atau mana-mana wanita yang sudi melakukan hubungan seks dengannya. 

Ramli bangga kerana dapat memuaskan nafsu ramai wanita, namun mula berdepan masalah kesihatan lapan bulan kemudian. -Nazarali Saeril, Iskandar Shah Mohamed dan Mohamad Azim Fitri Abd Aziz/15/9/14


Tiada ulasan: