Isnin, 18 Ogos 2014

Tukar Tiub

Tukar Tiub


SURENDRAN KENA TANGKAP

Posted: 18 Aug 2014 06:36 PM PDT







WARAN TANGKAP
Kalau satu malaysia termasuk sabah sarawak keluarkan kenyataan yang sama macam surendran, berapa banyak waran tangkap polis yang terpaksa dikeluarkan? 

TT awak tolong siarkan komen aku di muka depan blog ya. Kasi la aku bangga sikit dengan komen bijaksana aku ni. Err.. Tapi kenapa pihak pendakwa tak bantah keputusan mahkamah kes altantuya dulu? Kahkahkah ingat semua orang lupa ke? on PECAH BERITA SEDUNIA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 8/18/14

Peguam Anwar ditahan kerana menghasut, bebas selepas beri kenyataan

18 Aug — Polis merekodkan kenyataan Naib Presiden PKR N Surendran di Ibu Pejabat Polis Wangsa Maju petang ini selepas mengeluarkan waran tangkap berikutan dakwaan kenyataan berunsur hasutan. Timbalan Ketua Polis Jabatan Siasatan Jenayah 


--------



TAEK TERJULUR JULUR

Posted: 18 Aug 2014 06:00 PM PDT







KOMENTAR

kenapa tetiba
najib razak jadi pro melayu

jawabnya kerana
laporan asian sentinel
lima hari dulu

dalam laporan media ini
najib dan suaminya rosmah
telah dilapor bercuti 
dilaut mediterrenean
najib telah dikelilingi
oleh ramai para cukong
oleh towkay china
dan oleh taek jho low

sebelum ibrahim ali marah
sebelum madey mengamok
lebih baik buat kenyataan ini


Malaysian Prime Minister's Mystery Holiday

From there, he went on holiday, with no public record of where he might have gone. Requests for information from Najmuddin Abdullah, Malaysian Airlines' public relations head, about the premier's travel arrangements met with no response. But other sources say while there had been requests for the Prime Minister to fly Malaysian Airlines to demonstrate his confidence in the national flag carrier in the wake of the horrific incidents, he and his wife, Rosmah Monsour, flew on a private jet. It isn't known who owned the private craft.

"He has never flown on either MAS or AirAsia in seven years," a political observer in KL said. "Mahathir did, Abdullah Badawi did. But Najib has never once flown on either one."

But after the press conference, according to well-placed sources in Malaysia, the prime minister and Rosmah flew to Paris. They were reportedly joined by Chinese playboy Taek Jho Low and the former prime minister of Qatar, then are believed to have gone on to Sardinia in Italy, to Cannes on the French Cote d'Azur, then back to Sardinia with what was described as a large entourage of Chinese Malaysian tycoons. From Sardinia, the group flew to Rome before returning to London.


Najib saran Bumiputera sertai misi perdagangan ke luar negara untuk kembang ekonomi


Najib Razak menyarankan agar Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mengikuti lawatan dan misi dagangan kerajaan Malaysia ke luar negara bagi mengukuhkan pembangunan ekonomi Bumiputera.

Beliau berkata, hasratnya itu disampaikan kepada presiden DPMM Datuk Syed Ali Al-Attas dan mengikuti rombongan kerajaan bersama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

"Saya berjumpa presiden dan menyarankan DPMM bersama dengan Dewan Perniagaan Nasional (NCC) bersama saya dalam lawatan ke luar negara, terutamanya misi perdagangan termasuk bersama Datuk Seri Mustapha Mohamad," kata Najib dalam ucapannya di Majlis Pelancaran Program Pembangunan Usahawan Melayu DPMM di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur hari ini.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-saran-bumiputera-sertai-misi-perdagangan-ke-luar-negara-untuk-kembang#sthash.5vRDB4C8.dpuf


KAH KAH KAH
woit
taik ter julur julur
tak lama lagi
taik terjulur julur ini
akan tahu
langit ini tinggi
atau
rendah

KAH KAH KAH



----------

HARI HARI AKHIR SAEKOR NAJIB

Posted: 18 Aug 2014 07:00 AM PDT





Mahathir tarik balik 

sokongan kepada Najib

Mahathir Mohamad berkata hari ini beliau terpaksa menarik balik sokongan dan terpaksa mengkritik kerajaan  Najib Razak kerana prestasinya lebih buruk daripada penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu berkata, beliau terpaksa berbuat demikian kerana Najib tidak mengambil iktibar daripada prestasi buruknya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

"Saya tidak ada pilihan selain menarik balik sokongan saya. Ini pun tidak berkesan. Oleh itu terpaksalah saya menegur," kata Mahathir.

"Harapan saya Najib akan mengambil ikhtibar daripada prestasinya yang buruk dalam PRU13. Malangnya sehingga kini tidak ternampak apa-apa perubahan daripada segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya, (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara langsung kepada Najib," katanya.

Dr Mahathir berkata, beliau tidak menyangka prestasi perdana menteri dalam PRU13 akan menjadi lebih buruk daripada Abdullah dalam PRU12 pada 2008.

"Pilihan saya bagi mengganti Abdullah ialah Najib. Setelah beberapa lama dilihat dasar dan tindakan Najib tidak lebih berkesan daripada Abdullah.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dr-mahathir-tarik-balik-sokong-najib-kerana-tidak-ambil-iktibar-kekalahan-p#sthash.yFGkLcyZ.dpuf

KAH KAH KAH
hari hari
akhir saekor najib?
atau hari hari akhir
gerombolan
ketuanan melayu

kemana rosmah nak lari
anak belum kahwin lagi

KAH KAH KAH 


----------

KHALID WAJIB TUTUP KEDAI

Posted: 18 Aug 2014 05:45 AM PDT





KAH KAH KAH

Nik Aziz setuju PAS tolak  KhalidBernama | 2:00PM Aug 18

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini bersetuju dengan segala keputusan mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat semalam yang menolak kepimpinan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

KAH KAH KAH


satu dunia naik bosan

satu dunia nak muntah

satu dunia naik muak

woit

bila nak pulang kunci


KAH  KAH KAH




-------

PECAH BERITA SEDUNIA

Posted: 18 Aug 2014 01:55 AM PDT




TUKAR TIUB PECAH BERITA

waran tangkap telah dikeluarkan
keatas surendran peguam anwar ibrahim

surendran akan dihadapkan
ke mahkamah jalan duta
esok 19 ogos 2014 jam 9:00 pagi

surendran akan didakwa
di bawah akta hasutan 1948

ini berikutan dengan kenyataan 
surendran yang mengatakan
najib razak terlibat dalam konspoirasi
untuk memenjarakan anwar ibrahim
dalam kes liwat saifol bukhari

polis sedang mencari



APA SUDAH JADI?

Posted: 18 Aug 2014 01:50 AM PDT





Khalid seru hentikan persepsi negatif terhadap Sultan Selangor


Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim menyeru pemimpin politik menghormati titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu beliau mentadbir negeri sehingga baginda pulang daripada bercuti. 


KAH KAH KAH

pagi tadi mak cik faekah
pagi tadi mak cik arfa
dah siap siap
dah pesan pesan
dah gud bai gud bai
dah nak krim kirim
dah sedia kamera
dah tukar ringgit
dah beli forint

apa sudah jadi
pasal apa tak jadi
hotel penuh kah
tiket habis kah
atau
kena rejek

KAH KAH KAH



-----------

NASI PANGGUNG KELMARIN

Posted: 18 Aug 2014 12:00 AM PDT








NASI PANGGUNG
Displaying IMAG0892.jpg

Jln Panggung awalnya agak lengang
cakap Pak Mat ramai yg lain join open house di Titiwangsa
sedang beratur berkongsi makanan, perlahan-lahan
kelihatan sosok-sosok datang dari lorong-lorong
masih ada tak nak 'miss' open house di jln panggung

YANG DATANG
Displaying IMAG0889.jpg

Menu & para penyumbang 
untuk Dapur Jalanan minggu lepas:-
Tim Dapur Jalanan - Koey Teaw Tomyam
Tim Syed Syahir - Roti Canai
Tim CUCMS - Kek Pisang
Syu Kelas Kita - Agar-agar
Qish awek cun - Cucur Sayur

Mereka yg sama bantu kerja bakti:-
Awek-awek baik hati - Fuzzy, Una, Aisyah Amira, Syu, Qish
Rizal Hamdan, Shafiq, Zuriani & kawan-kawan dari UniRazak
Jus, Sit, Rizz & kawan-kawan dari CUCMS Cyberjaya
Muzz, Fauzi & the geng, Azen, Hijrah & Gerombolan Geng Kotak
& semua kawan2 yg sama bantu, buat sibuk, buat ramai meriahkan petang ahad jln panggung!

TERIMA KASEH
Displaying IMAG0891.jpg

Terima Kasih! 
Thank you! Gracias! merci! cảm Æ¡n bạn!
Jumpa di minggu hadapan

 PENGUMUMAN
 Seperti yang dirancang, Dapur Raya Jln Panggung @ Hari Raya Rakyat, 31 Ogos ini, Ahad jam 5ptg. Ada muzik jalanan, puisi jalanan, wayang pacak & mcm2 lg. pengumuman rasmi & poster akan keluar dlm masa terdekat. semua bertenang, rilek & tungguuuu!
++ Untuk maklumat info, sila cari dan tekan like Facebook page DapurJalanan KualaLumpur dan follow twitter: dapurjalananKL & insta - dapurjalananKL

MURID BERSAMA GURU
Displaying IMG-20140818-WA0005.jpg
Untuk yang mahu menyumbang boleh masuk ke akaun dapur jalanan

8001-7278-49 
spkl collective


Untuk yang ingin sama-sama potong bawang atau sumbang makanan atau apa-apa nak disumbang boleh tekan number dibawah

 Pakwan = 019-2671285 
Hadikhalid = 012-6648873

Dapur Jalanan Kuala Lumpur

 *Makanan Adalah Hak Anak Semua Bangsa*
18 Ogos 201






----------

KOMENTAR

Posted: 17 Aug 2014 08:53 PM PDT





KOMENTAR

cukup jelas khalid ibrahim
tidak mewakili sesiapa pun
cukup jelas khalid ibrahim tegak
berdiri seorang diri
cukup bukti khalid ibrahim
tak mendapat sokongan

maka tidak ada uuup...
maka tidak ada iiippp..
tidak ada oooo...
tidak ada nanti...

letak jawatan dengan segera
berundur dari pejabat menteri besar
pulangkan kunci dengan serta merta

bungkus apa yang perlu dibungkus
ambil barang pribadi
tinggalkan pensel dan dakwat
tinggal fail dan buku

jangan cuba nak bawa lari
fail fail mustahak
fail fail penting
terutama fail kidex
terutama fail langat dua
terutama fail tanah ecoworld




fail hutang bank islam boleh angkut

tapi
fail projek pj sentral jangan ambil
fail ini penting untuk sprm







tak perlu libatkan sultan
tak perlu gunakan sultan
untuk talian hayat

Khalid perlu berundur sekarang, tidak perlu mengadap Sultan



Abdul Khalid Ibrahim membatalkan pertemuan dengan penjawat awam di Shah Alam pagi ini, urusan wajib beliau sejak menjadi menteri besar Selangor pada 2008.

Dengan alasan munasabah juga, beliau hilang sokongan PAS untuk terus kekal memerintah. PAS kini bersama PKR dan DAP menyokong Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar baharu.

Khalid mengetahui hilang sokongan tersebut dan semalam berkata akan mengadap Tuanku Sultan Selangor untuk memutuskan nasibnya. Masalahnya, Sultan Selangor hanya kembali daripada bercuti minggu depan.

Tetapi mengapa tunggu Sultan untuk tentukan masa depannya? Kenapa berselindung di sebalik protokol istana?

Apabila pemimpin hilang sokongan majoriti seperti jelas berlaku ke atas Khalid dalam tempoh beberapa minggu ini, langkah terhormat adalah dengan meletak jawatan dan memberikan seseorang yang memiliki kepercayaan mengambil alih.

Malah, Khalid juga sudah memecat empat Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) DAP dan PKR daripada pentadbirannya hanya kerana tidak mendapat sokongan mereka. Beliau perlu mengambil keputusan sama ke atas exco PAS.

Ini akan menyebabkan beliau hilang minimum empat exco untuk memerintah negeri terkaya dalam negara tersebut. Sokongan 12 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) saja tidak memadai.

Semua isyarat sekarang menunjukkan Khalid sudah hilang kedudukannya. Beliau perlu letak jawatan. Beliau hanya perlu memberitahu Sultan dan tidak menanti untuk mengadap.

Mengapa Selangor perlu ditadbir seminggu atau lebih oleh seorang menteri besar yang tidak mempunyai sokongan? Adakah penjawat awam perlu menuruti arahannya kerana beliau masih mentadbir sehinggalah Sultan melepaskannya?

Khalid boleh mengambil tindakan sewajarnya selepas terseret dalam kemelut dengan Pakatan Rakyat. Bukan saja boleh, tetapi wajib.

Beliau boleh hantar surat peletakan jawatannya dan mengisytiharkan dirinya sebagai pemangku menteri besar sehingga Sultan memutuskan untuk menerima atau tidak pencalonan Dr Wan Azizah sebagai pengganti Khalid.

Atau Sultan boleh membubarkan dewan atas nasihat Khalid. Yang mana satu pun, Khalid perlu mengambil jalan terhormat dengan meletak jawatan terlebih dulu. Tidak perlu tunggu Sultan untuk membuat keputusan tersebut. – 18 Ogos, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/khalid-perlu-berundur-sekarang-tidak-perlu-mengadap-sultan#sthash.TOPsbPnf.dpuf


KAH KAH KAH

mustahil tak faham
mustahil tak sedar
mustahil tak tahu






----------

MUKA WAJIB DI GUGURKAN

Posted: 17 Aug 2014 08:23 PM PDT






Rumah YB disimbah cat
KUALA LANGAT - Rumah Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid, di Bandar Sungai Mas, di sini, disimbah cat. Menurutnya, kejadian jam 10.28 malam kelmarin itu disedari anak kelimanya.

KAH KAH KAH
woit
ini tak sangkut 
dengan politik
malaon ini berbini dua

entah entah
ada cawangan gelap

woit
gaduh dengan bini
jangan busukkan
nama parti
jangan burukan
kesatuan buruh 


NOTA
muka yang wajib digugurkan
dalam pru 14


----------

HARI HARI AKHIR SAEKOR KHALID

Posted: 17 Aug 2014 07:48 PM PDT




KOMENTAR

apabila khalid merenung kembali
apabila khalid melihat ke belakang
maka dia pasti akan bertemu dua nama
faekah bekas setiausaha politik
affa setiausha akhbar

dua perempaun inilah
yang memberi nasehat
hingga lingkup khalid ibrahim

kalau ada pelajar sejarah eropah moden
melihat  politik selangor 2014
tidak dapat tidak
pelajar ini akan melihat
peranan faekah husin
sama saperti peranan rasputin 
untuk czar nicolas pada tahun 1917


Khalid  pasti hilang jawatan MB

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Abdul Khalid Ibrahim hampir pasti hilang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor berikutan sokongan majoriti Adun negeri itu kini memihak kepada Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, calon yang mendapat sokongan majoriti dalam Dun akan menjadi menteri besar.

Dalam situasi itu, beliau berpendapat, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah akan melihat kepada sokongan majoriti Dun.

"Sama ada Dr Wan Azizah akan diperkenan oleh Sultan Selangor, itu terpulang kepada baginda. Namun, Dr Wan Azizah sudah mendapat sokongan majoriti lebih dua pertiga Dun seperti yang diperuntukkan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.


KAH KAH KAH
di belakang kejayaan
saekor jantan
ada saekor betina
di belakang keruntuhan
saekor  khalid
ada dua ekor betina

KAH KAH KAH




----------

Tiada ulasan: