Isnin, 18 Ogos 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Video] Komen TG Nik Aziz, TG Hadi Awang, dan Mustafa Ali tentang Isu Menteri Besar Selangor

Posted: 18 Aug 2014 01:53 AM PDT



Berita berkaitan dengan video di atas ada disertakan di bawah ini. Namun, jika anda mahu bermain dengan persepsi, sila teliti video di atas.

Tidak Timbul Lagi Soal Sokong Khalid - Presiden PAS

[Harakah Daily] KOTA BHARU: Presiden PAS menjelaskan Majlis Syura sebelum ini menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memandangkan ketika itu Menteri Besar Selangor masih lagi sebagai ahli PKR.

"Maka masalah itu sekarang tidak timbul lagi," kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ditanya tuduhan penyelewengan terhadap Khalid belum lagi dapat dibuktikan kata beliau itu adalah perkara lain. 

Jawatankuasa PAS Pusat semalam memutuskan PAS menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid.

Selain itu mesyuarat itu juga menamakan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mengisi jawatan tersebut.

Bercakap pada sidang media bersama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Darulnaim hari ini katanya, ketika keputusan Majlis Syura menyokong Khalid masih lagi sebagai ahli PKR, namun sekarang tidak lagi. Hadir sama pada sidang media itu ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali. (Foto atas oleh UKMB)

"Malah Khalid dilaporkan menghargai keputusan dibuat PAS semalam," ujarnya.

Ditanya apa nasihat PAS kepada Khalid, katanya beliau hanya menyatakan pandangannya apabila dapat berjumpa dengan Menteri Besar nanti dan bukan kenyataan melalui media.

Mengenai cadangan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hanya mencadang nama Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor kata Presiden PAS, Majlis Presiden Pakatan menghargai pencalonan dibuat PAS menggantikan Khalid.

"Majlis Pimpinan mengambil maklum Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Azmin Ali diputuskan sebagai cadangan mengisi jawatan menteri besar.

"Sebaliknya Azmin menghormati keputusan partinya, ini maknanya kita serah kepada Sultan untuk putuskan dengan satu nama nama yang diangkat," ujarnya.

Oleh itu kata beliau tidak ada percanggahan dengan keputusan sebelum ini, dan terpulang kepada Sultan menamakan sesiapa sahaja termasuk Wan Azizah.

Tuan Guru Abdul Hadi juga berkata, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat turut menghargai pendirian PAS kekal bersama Pakatan Rakyat dan keperluan menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Ditanya kemungkinan Khalid membubarkan Dun, katanya itu terpulang kepada rakyat kerana kuasa membubar Dun hak sultan.

"Kita tidak boleh campur tangan. Kalau tuanku bubar maka kita terima realiti. Namun kita harap tidak berlaku begitu," katanya.

Presiden PAS juga menolak persepsi nepotisme berlaku bagi mengisi jawatan Meneri Besar Selangor.

Manakala, Tuan Guru Nik Abdul Aziz menolak dakwaan PAS sering berubah pendirian. Ini kerana kata beliau perubahan itu berlaku ketika sebelum ada keputusan Jawatankuasa PAS Pusat.

"Dan apabila ada keputusan ia tidak lagi berubah kerana telah dibuat (Jawatankuasa PAS Pusat) dengan bilangan yang ramai," katanya.

Beliau juga menyokong penuh keputusan dibuah Jawatnkuasa PAS Pusat untuk PAS kekal dalam Pakatan Rakyat.

Menurutnya kekal dalam Pakatan adalah perkara paling penting sebagai seorang beragama Islam kerana agama menyuruh supaya berpakat.

"Islam agama tauhid. Tauhid bermakna bersatu dan semasa Rasulullah saw hidup penyatuan dibuat dengan pelbagai bangsa dan agama yang kita panggil tahaluf siyasi.

"Syukur kepada Allah Taala dengan keputusan dibuat semalam kekal dengan Pakatan. Saya sokong keputusan dibuat jawatankuasa PAS Pusat, siapa jadi menteri besar itu soal lain," tambahnya. -HARAKAHDAILY 18/8/2014


Jari Tengah daripada Pekerja Pusat Permainan Video Bertudung

Posted: 17 Aug 2014 10:59 PM PDT


Kalau diterjemahkan kepada percakapan, mungkin tindakan ini mahu disamakan dengan makian "F*** you". Apa lagi yang mahu dimaksudkan oleh pekerja sebuah pusat permainan video yang menunjukkan jari tengahnya kepada pelanggan?

Berdasarkan laporan MyNewsHub, cerita yang disebarkan pelanggan terbabit menerusi laman sosial bermula apabila seorang rakannya meminta token ganti kerana token yang dibeli pelanggan itu telah  digunakan pada salah satu mesin yang rosak. Walau bagaimanapun, pekerja di situ memintanya supaya membeli token baharu.

Rakannya menolak untuk membeli token baharu kerana hal itu bukan berpunca daripada salahnya. Pekerja di situ kemudiannya membenarkan rakannya itu bermain satu permainan secara percuma dan hal ini dipersetujui oleh mereka.

Namun tidak lama kemudian dua pekerja seperti dalam gambar di atas dikatakan mula mengekori mereka dan mengeluarkan kata-kata mengejek.

Berasa panas hati dengan keadaan itu, pelanggan terbabit mengambil gambar untuk membuat aduan kepada pihak pengurusan dan salah satu gambar yang diambil menunjukkan pekerja itu menunjukkan jari tengahnya kepada mereka.

Tanpa menggunakan akal dan beradap, maka perbuatan pekerja itu kini tersebar meluas di laman sosial. Bukan sekadar dianggap mencemar imej tudung, pekerja ini turut dimaki hamun oleh pengguna laman sosial.

Jadi, siapa yang malu dan mungkin dikenakan tindakan disiplin oleh majikan?  -DCM


Tun M Tarik Balik Sokongan kepada Najib

Posted: 17 Aug 2014 10:40 PM PDT


[Malaysia Kini] Tun Mahathir Mohamad menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas melihat prestasinya lebih buruk berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini.

Mahathir berkata, beliau tidak sangka pencapaian Najib dalam pilihan raya umum lalu lebih buruk berbanding Abdullah dan "dasar dan tindakannya juga tidak lebih berkesan" berbanding pendahulunya itu.

"Harapan saya Datuk Seri Najib akan mengambil ikhtiar dari prestasinya yang buruk dalam pilihan raya umum ke-13," katanya.

"Malangnya sehingga kini tidak ternampak apa-apa perubahan dari segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya, (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara langsung kepada Datuk Seri Najib."

Justeru, menulis dalam blognya hari ini, Mahathir berkata, beliau tiada pilihan selain menarik balik sokongan dan menegur pemimpin itu.

"Saya tidak ada pilihan selain dari menarik balik sokongan saya. Ini pun tidak berkesan. Oleh itu terpaksalah saya menegur," katanya. - 18/8/14


[Video] Iklan yang Meruntun Jiwa, Kecuali Anda Tiada Perasaan

Posted: 17 Aug 2014 10:33 PM PDT


Selepas iklan Thailand yang kerap dikongsi di laman sosial, kali ini iklan China pula mendapat perhatian pengguna laman sosial. 

Iklan dengan tema masakan ibu ini sungguh menyentuh hati.

Tonton iklan ini sehingga habis dan akan mengerti pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya.

Sayangi ibu bapa kerana anda akan amat merindui mereka apabila mereka sudah tiada nanti.



Ayam Sabung PAS Sudah Jadi Ayam Daging Anwar dan Guan Eng - Dr Zuhdi Marzuki

Posted: 17 Aug 2014 10:19 PM PDT


[The Malaysian Insider] Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki meneruskan kontroversi apabila kali ini dipercayai mengkritik Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu kerana bersetuju dengan keputusan Pakatan Rakyat (PR) untuk hanya mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, walaupun parti Islam itu turut menamakan Mohamed Azmin Ali.

Zuhdi sebelum ini terkenal dengan mesej WhatsApp kumpulan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang terbocor dilihat mengkritik timbalan presiden PAS itu yang dikenali dengan gelaran "ayam sabung PAS."

"Ayam sabung PAS sudah menjadi ayam daging (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng," tulis Zuhdi melalui akaun Facebooknya hari ini.

"PAS Pusat sudah sebulat suara mencalonkan dua pimpinan PKR. Keputusan sebulat suara ini pun tak boleh dipertahankan bila berdepan dengan PKR dan DAP.

"Paling tidak beritahu pada PKR dan DAP, kami perlu bawa balik kepada PAS Pusat keputusan PR hari ini yang hanya mencalonkan DSWA. Tak akan perkara itu pun tak boleh buat?" tulisnya di Facebook hari ini.

Semalam PR berkata hanya akan menghantar satu nama iaitu Dr Wan Azizah yang juga presiden PKR sebagai calon menteri besar Selangor baharu untuk menggantikan Khalid yang sudah dipecat partinya.

Keputusan itu dibuat selepas calon kedua yang dicadangkan PAS, Azmin menolak dirinya dicalonkan, memandangkan terikat dengan PKR yang mencalonkan Dr Wan Azizah.

PAS sebelum itu memutuskan untuk kekal dalam PR dan bersetuju dengan pilihan PKR melantik Dr Wan Azizah menggantikan Khalid dalam satu mesyuarat yang dikatakan sebagai penentu kepada masa depan gabungan pembangkang.

Parti Islam itu bagaimanapun turut menyerahkan nama Azmin sebagai calon lain bagi jawatan menteri besar Selangor.

PAS juga mengambil ketetapan mengekalkan empat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) mereka dalam pentadbiran Selangor.

Dalam respon balas Khalid kepada keputusan PAS, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu akan memohon mengadap Sultan Selangor bagi mendapatkan nasihat seterusnya berkenaan status beliau.

Khalid berkata, beliau menerima keputusan berkenaan dengan hati yang terbuka.

Sebelum ini kontroversi timbul dalam PR apabila tersebar mesej WhatsApp Zuhdi yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Mesej itu berbunyi:

"Kalau kita keluar PR kita boleh retain Selangor malah untuk seterusnya. Kita 15 kerusi+TSKI+seorang lagi Adun PKR+12 Umno, dah bentuk simple majoriti. Umno dalam kenyataannya mutakhir ini boleh terima TSKI jadi MB.

"Lepas ini kalau DAP, gereja dan non Muslim melalak isu serbuan, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka. Hujung tahun ini ubah sempadan kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam. So mana-mana suara non-muslim, gereja, kita boleh sergah macam sebelum ini."

Mesej tersebut menimbulkan kemarahan pimpinan PKR dan DAP yang mendesak parti Islam itu memecatnya kerana lari daripada landasan perjuangan PR. – 18 Ogos, 2014.


Luahan Peminjam PTPTN: "So skrg ni? bayar sampai mati lah kan?"

Posted: 17 Aug 2014 08:59 PM PDT


Berdasarkan luahan di atas, peminjam meminjam sebanyak RM24 000 ribu daripada PTPTN. Menurut peminjam, dia telah membayar pinjaman itu bermula tahun 2012 berdasarkan jadual dan jumlah yang ditetapkan oleh pihak berkenaan. Pembayaran semula pinjaman itu dibuat melalui potongan gaji. 

Selepas lebih kurang dua tahun, peminjam mendapati pinjamannya bukan sahaja tidak luak tetapi jumlah pinjamannya bertambah kepada RM24 748. Kata peminjam, jumlah pinjaman itu naik kerana setiap bulan dia dikenakan caj pembiayaan sebanyak RM60 dan insurans 0.79 sen. 

Yang membuatkan peminjam tidak berpuas hati, jumlah ansuran bayaran balik pinajaman itu ditetapkan oleh pihak berkenaan, namun pinjamannya tidak berkurang sebaliknya bertambah. Jika keadaannya begitu, pemimjam berkata dia mungkin membayar pinjaman itu sampai mati.- DCM



Lelaki Rogol Ibu Mentua yang Sedang Berkemban

Posted: 17 Aug 2014 08:10 PM PDT


[Borneo Post] SIBU: Seorang bapa kepada lapan anak ditahan polis setelah dia dilaporkan merogol ibu mentuanya, awal pagi semalam.

Menurut sumber polis, suspek berusia 42 tahun merupakan seorang penganggur dikatakan telah pergi ke rumah mangsa yang berusia 69 tahun yang terletak di sebelah rumahnya di Kampung Jeriah di sini pada jam 4 petang, Jumaat lepas.

Setibanya di rumah itu, mangsa dikatakan sedang duduk di ruang tamu sambil mengenakan kain sarung sahaja.

Mungkin melihat keadaan mangsa berpakaian begitu, nafsu suspek memuncak dan terus menerkam mangsa sambil menolaknya ke lantai.

Suspek yang bersikap seperti binatang itu kemudian terus melakukan perkara terkutuk itu dan menutup mulut mangsa apabila mangsa cuba menjerit.

Apakan daya tenaga seorang warga emas tidak mampu melawan tindakan suspek dan dia tewas jua akhirnya walaupun cuba melawan.

Berdasarkan rekod, suspek mempunyai rekod pengambilan dadah dan pecah rumah.

Dipercayai suspek melakukan perkara terkutuk itu disebabkan khayal akibat pengaruh dadah.

Mangsa kemudian memaklumkan kejadian itu kepada anak perempuannya (isteri suspek) pada jam 7 malam hari yang sama.

Ahli-ahli keluarga mangsa membawa ibu mereka (mangsa) membuat laporan polis pada jam 10.30 malam kelmarin tanpa pengetahuan suspek.

Bertindak atas laporan itu, satu unit polis D7 yang diketuai Inspektor Fazirul menyerbu masuk ke rumah kayu suspek pada jam 2 pagi semalam.

Apabila polis tiba, suspek sedang tidur di dalam biliknya manakala isteri dan lapan anaknya tidur di ruang tamu.

Suspek ditahan di bawah reman tujuh hari bermula semalam.

Lapan anak suspek berusia antara satu tahun dan 20 tahun. -18/8/14

Tiada ulasan: