Isnin, 18 Ogos 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Mahathir Janji Akan Terus 'Menekan' Najib

Posted: 18 Aug 2014 02:45 AM PDT

shahbudindotcom


Sudah agak lama sebenarnya bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad tidak menegur kepimpinan Perdana Menteri, Najib Razak. Mungkin disebabkan banyak isu-isu lain yang timbul seperti kehilangan pesawat MH370, tragedi MH17 dan pertukaran Menteri Besar Selangor menyebabkan Mahathir tidak bersuara mengenai Najib.

Lantaran itu, barangkali ramai yang beranggapan bahawa Mahathir kini sudah mulai akur dan menyokong sepenuhnya kepimpinan Najib. Tambahan pula dalam beberapa majlis berbuka puasa sebelum ini dirakamkan pula kemesraan antara kedua mereka itu.

Tetapi dalam tulisan terbaru Mahathir dalam blognya yang bertajuk "Menegur", bekas Perdana Menteri itu jelas memberi isyarat bahawa akan terus menegur dan mengkritik kepimpinan Najib yang disifatkannya masih tiada perubahan dari segi dasar dan pendekatan.

Sambil mengimbas tindakannya menulis surat kepada Tunku Abdul Rahman dan kritikannya kepada Abdullah Badawi sebelum ini, Mahathir tetap berpendapat bahawa jika seseorang pemimpin itu tidak ditegur, mereka barangkali tidak sedar dengan kesilapan yang dilakukannya.

Beliau juga membawakan dua kisah zaman silam bagaimana pengampu dan datuk-datuk yang kerjanya hanya mengampu dan mengiyakan saja semua perkataan dan perbuatan raja, akhirnya telah membawa malu kepada raja setelah disedari semua yang dilakukan selama ini adalah salah.

Dua kisah yang ditulis oleh Mahathir dalam blognya seperti menyindir Najib dan mereka yang dekat dengannya lantaran Mahathir mengetahui bahawa ada orang-orang tertentu telah menyampaikan kepada Najib bahawa beliau telah memburuk-burukkan pemerintahan Perdana Menteri.

Tidak menyangkal hakikat itu, malah Mahathir juga menyebut beberapa teguran yang pernah dilakukannya sebelum ini terhadap Najib serta alasan berbuat demikian.

Di akhir tulisannya, Mahathir menegaskan sekali lagi, "jikalau tiada siapa yang sanggup menegur, biarlah saya menegur" dan "bukan saya tidak sayang pemimpin tetapi saya lebih sayang bangsa dan negara saya."

Tulisan yang dimuatkan dalam blognya serentak dengan mulanya Najib kembali bertugas setelah bercuti mewah selama lebih dua minggu di beberapa negara Eropah di sebalik meminta rakyat bersederhana dan turut berduka dengan tragedi MH17 sambil membatalkan jamuan Hari Rayanya, barangkali adalah perkhabaran buruk bagi Najib pada hari ini.

Selain terus berhadapan dengan serangan pembangkang dan ketidakpuasan hati rakyat terhadap kepimpinannya, isyarat jelas daripada Mahathir bahawa beliau akan terus menegur dan mengkritik Najib, barangkali juga turut tidak disenangi oleh para penasihat dan datuk-datuk yang berada di sekeliling Najib sekarang ini.

Sejak tragedi MH17 terutamanya, Najib agak terpisah daripada banyak kritikan kerana rakyat rata-rata bersimpati dengan tragedi yang berlaku itu. Tambahan pula, Najib turut menunjukkan beliau turut "lebih berakal" dalam menangani sesuatu musibah berbanding MH370 sebelumnya.

Tetapi apabila kelibatnya menghilang lebih dua minggu di sebalik perbagai kemelut dalam negara dan kemudian didapati bercuti mewah di beberapa bandar Eropah bersama jutawan playboy Hollywood, Taek Jho Low dan bekas Perdana Menteri Qatar, reputasi sebenar Najib mulai tercalar dan diperkatakan. Lebih-lebih lagi dalam sebuah kunjungannya ke Sardinia, Itali, turut juga bersamanya ialah sekumpulan besar ahli perniagaan Cina.

Dengan isyarat jelas daripada Mahathir yang masih mempunyai pengaruh dalam UMNO dan masyarakat bahawa beliau akan terus menegur walaupun akhirnya tinggal keseorangan, Najib sebenarnya masih jauh dari selesa dalam memimpin negara ini.

Walaupun tidak diketahui sampai ke mana teguran Mahathir ini atau apa kesudahannya nanti, ditambah dengan PR yang kembali kukuh setelah menyelesaikan isu pertukaran Menteri Besar Selangor dengan jayanya, masa depan Najib sebenarnya masih lagi tidak menentu sambil serangan daripada luar dan dalam UMNO akan berterusan tanpa titik nokhtahnya.

MH17: 18 keranda, 4 bekas abu dibawa pulang dari Belanda

Posted: 18 Aug 2014 02:38 AM PDT

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
 
THE HAGUE: Sebanyak 22 jenazah mangsa tragedi Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 akan dihantar pulang dari Belanda pada Khamis dan dijangka tiba di tanah air pada pagi Jumaat ini.
 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata penghantaran pulang jenazah merangkumi 18 keranda dan empat bekas berisi abu mayat warganegara Malaysia dan seorang bukan warga Malaysia.
 
Beliau berkata, proses dokumentasi semua 22 jenazah itu dijangka diselesaikan pada Selasa ini termasuk memastikan semuanya menjalani proses pengurusan jenazah dan memperoleh kelulusan kerajaan Belanda sebelum boleh dibawa pulang.
 
"Sehingga Sabtu, (urusan membabitkan) 18 keranda sudah selesai dan hanya empat bekas abu (mayat mangsa) sahaja belum diuruskan yang perkara ini kita jangka disempurnakan pada Selasa ini.
 
"Jadi, kita merancang untuk membawa balik semuanya pada tengah hari Khamis ini (dari Belanda) dan dijangka tiba (di Malaysia) pada Jumaat ini," kata Wee kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pelajar Malaysia di sini, hari ini.
 
Wee berkata, kerajaan akan cuba membawa pulang jenazah rakyat Malaysia yang lain dalam masa terdekat dan ia bergantung kepada proses pengurusan jenazah dan kelulusan kerajaan Belanda.
 
Pada lewat Sabtu, Wee berkata pihak berkuasa Belanda mengenal pasti dua lagi mayat warga negara Malaysia menjadikan 26 jenazah rakyat Malaysia yang sudah disahkan identiti mereka.
 
Pada 14 Ogos lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata 24 jenazah rakyat Malaysia telah dikenal pasti oleh pihak berkuasa Belanda iaitu 14 penumpang dan 10 anak kapal.
 
Beliau berkata sempena istiadat penghormatan ketibaan jenazah rakyat Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 10 pagi Jumaat, kerajaan mengisytiharkan hari berkenaan sebagai hari berkabung negara.
 
Penerbangan MH17 yang membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal, terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Russia pada 17 Julai lalu.
 
Pesawat dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu dipercayai ditembak jatuh, namun belum ada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap perbuatan itu.

Isu MB: Mampukah Khalid Elak Perangkap Pakatan?

Posted: 18 Aug 2014 02:33 AM PDT

MALAYSIAKINI


Abdul Khalid Ibrahim.
 
 
 
PETALING JAYA: Kemelut politik di Selangor semakin menghampiri noktah selepas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali menolak cadangan PAS yang menamakan beliau sebagai calon kedua untuk jawatan menteri besar.

Azmin menegaskan beliau akur dengan keputusan parti untuk hanya mengemukakan nama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail - kepada Istana.

Ini bermaksud, seperti yang dipersetujui sebelum ini, kepimpinan Pakatan Rakyat hanya akan mengemukakan nama Wan Azizah kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk dipertimbangkan.

Bagaimanapun, ini tidak memberi jaminan bahawa isteri ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Beberapa kemungkinan timbul daripada perkembangan terbaharu kemelut ini dan pengakhirannya hanya akan bergantung kepada tindakan susulan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas ini.

Dalam satu kenyataan pada Ahad, Khalid menjelaskan beliau akur dengan keputusan PAS yang akhirnya menyatakan pendirian menolak beliau daripada terus kekal sebagai menteri besar Selangor.
Sehubungan itu, Khalid akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi memaklumkan mengenai perkembangan terbaharu itu.

Khalid boleh mengalah dan memaklumkan Sultan bahawa beliau sanggup meletak jawatan dengan serta-merta kerana tidak mendapat sokongan daripada mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat.

Ini akan menjadi senario terbaik untuk Pakatan Rakyat yang melancarkan proses pelantikan Wan Azizah sebagai menteri besar yang baharu dalam masa terdekat.

Namun, dengan mengambil kira tindakan pemecatan Khalid daripada PKR pada 9 Ogos lalu, Menteri Besar itu tidak akan melepaskan jawatannya dengan mudah dan mungkin mempunyai beberapa percaturan di luar jangkaan.

Beliau mungkin akan menangguhkan pengundurannya sehingga November apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) dijangka bersidang semula dan memilih untuk berundur menerusi usul undi tidak percaya.

Kini, PAS turut menyokong Khalid digantikan, ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat itu akan memperoleh majoriti mudah untuk menyingkirkannya kerana mereka memenangi 43 daripada 56 kerusi DUN.

Apabila itu berlaku, PKR bebas melantik Wan Azizah untuk mengisi jawatan itu walaupun masih belum jelas sama ada Sultan akan menerima hanya satu saja nama.

Ini kerana, dalam kes yang sama apabila berkaitan pelantikan Menteri Besar, Istana akan meminta sekurang-kurangnya dua atau tiga nama untuk dicalonkan.

Pakatan kemudian akan dipaksa untuk menghantar beberapa pilihan nama untuk jawatan tersebut dan seperti yang dibincangkan antara pemimpin Pakatan Rakyat pada Ahad, nama Azmin mungkin dihantar bersama nama Wan Azizah.

Jika senario itu berlaku, sumber berkata Azmin mempunyai peluang terbaik untuk dilantik sebagai menteri besar kerana Istana menolak pelantikan Wan Azizah selepas permintaan beliau untuk menghadap Sultan ditolak.

Penyelesaian terakhir adalah Khalid boleh menasihati Sultan untuk membubarkan DUN bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Kecil diadakan untuk menyelesaikan kemelut politik yang semakin meruncing di negeri itu.

Kes kencing tikus meningkat di Pahang

Posted: 18 Aug 2014 02:24 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Penyakit kencing tikus atau Leptospirosis di Pahang meningkat dari tahun 2011 hingga 2013, persidangan Dewan Undangan Negeri diberitahu hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas Pahang, Datuk Norol Azali Sulaiman berkata kes yang dicatat di seluruh negeri tahun lepas ialah 277 berbanding 163 pada 2012 dan 135 pada tahun sebelumnya.

Beliau berkata antara daerah yang mencatat kes tertinggi ialah Kuantan, Jerantut, Lipis, Pekan, Maran dan Temerloh.

Kes kematian yang berpunca daripada penyakit tersebut juga meningkat tahun lepas iaitu lima kes berbanding sifar pada tahun sebelumnya dan satu kes pada 2011, katanya menjawab soalan Lee Chin Chen (DAP-Ketari) di persidangan Dewan Undangan Negeri.

"Kerajaan negeri mengambil pelbagai tindakan bagi mengelak penyakit Leptospirosis dari terus merebak, antaranya melalui aktiviti pendidikan kesihatan yang dilakukan Jabatan Kesihatan Negeri, Pejabat Kesihatan Daerah, Klinik Kesihatan dan hospital," katanya.

Norol Azali berkata kerajaan negeri turut mengeluarkan garis panduan mngenai pengurusan pusat rekreasi sungai dan air terjun bagi mengelak sebarang penyakit berjangkit bawaan air.

"Jabatan Kesihatan Negeri juga telah mengadakan kursus pengurusan Leptospirosis kepada anggota kesihatan dan perubatan yang terlibat dalam pengendalian penyakit bagi meningkatkan kefahaman mengenainya," katanya. - Bernama

Aziz Bari: Pulangkan yang 'dicuri', Khalid

Posted: 18 Aug 2014 02:21 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari menegaskan, berdasarkan perkembangan terbaru kemelut politik Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mempunyai pilihan selain daripada meletakkan jawatan sebagai menteri besar.

Ini kerana, menurut Aziz, keputusan Khalid untuk menghadap sultan Selangor adalah tidak wajar.

Aziz berkata, sokongan majoriti yang diperoleh oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar pada Khamis lalu telah membolehkan ADUN Kajang itu menjadi pengganti menteri besar.

"Khalid akan berjumpa dengan sultan dan nak tunggu nasihat sultan. Tak ada apa boleh buat dah. Dia dah macam pencuri. Kau sekarang nak (kena) pulangkan balik benda yang kau curi daripada tuan dia.

"Tak ada pilihan. Pilihan dari segi perundangan ialah dengan meletakkan jawatan serta-merta," katanya dalam sebuah forum di Kuala Lumpur malam tadi.

Turut menjadi ahli panel Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad, Khalid Samad dan Ketua Pemuda Suhaizan Kaiat.

Khalid semalam menerima dengan hati terbuka keputusan PAS mencalonkan dua nama sebagai penggantinya sebagai menteri besar Selangor dan akan memohon menghadap sultan Selangor ekoran perkembangan terbaru itu.

Kata Khalid, sehingga sultan belum membuat keputusan muktamad, beliau akan meneruskan pentadbiran kerajaan negeri Selangor bersama empat exco daripada PAS dan akan meneruskan pentadbiran bagi memastikan rakyat tidak terkesan dengan krisis politik tersebut.

Bercakap dalam forum yang dihadiri kira-kira 100 orang, Aziz turut mengkritik tindakan PAS yang kekal meletakkan empat exconya bawah pentadbiran Khalid.

Exco PAS masuk k'jaan 'haram'?

Jelasnya, kerajaan yang ditadbir Khalid kini merupakan sebuah kerajaan haram memandangkan ADUN Pelabuhan Klang itu tidak mempunyai majoriti yang cukup.

"Kenyataan (Datuk Seri Abdul) Hadi (Awang) yang mengatakan PAS kekal bersama kabinet itu mengarut. Karut. Sebab apa? Sebab kerajaan ini sudah haram. Nak duduk buat apa. Nak tolong rakyat? Nak tolong ikut cara undang-undang. Bukan cara haram.

"Jadi, orang PAS ini kalau nak main bola masuk padang bola bukan padang ragbi.

"Yang empat (exco) yang bersama tu dah jadi pembangkang. Bukan kerajaan. Apa empat orang buat ini pelik. Sepatutnya Sallehan (Mukhyi) dan Iskandar (Samad) kena ada temujanji baru, bukan dengan Khalid dah," katanya.

Selepas Aziz memberikan 'hujahnya' tentang tindakan PAS, Khalid Samad yang juga Ahli Parlimen Shah Alam bangun membalas hujah bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu dengan menegaskan bahawa isu Selangor tidak boleh diselesaikan dengan cara perundangan sahaja.

Katanya, sebagai orang politik, pendekatan yang diambil PAS bagi menyelesaikan kemelut menteri besar itu bertujuan bagi meneruskan 'permainan' yang sedang berlangsung.

"Ini beza orang perundangan dengan orang politik. Dia ingat dah selesai. Eh, selesai apa? Saya beri analogi main bola. Ada pemain yang buat faul tapi pengadil tak bunyikan wisel.

"Ini menyalahi undang-undang tetapi permainan tetap di teruskan. Orang politik akan terus bermain. Orang perundangan akan kata 'saya saman awak di mahkamah,", kata Khalid Samad sambil ketawa dan mendapat tepukan hadirin.
 

Dr M tarik balik sokongan pada Najib

Posted: 18 Aug 2014 02:13 AM PDT

MALAYSIAKINI



 


Tun Mahathir Mohamad menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas melihat prestasinya lebih buruk berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini.

Mahathir berkata, beliau tidak sangka pencapaian Najib dalam pilihan raya umum lalu lebih buruk berbanding Abdullah dan "dasar dan tindakannya juga tidak lebih berkesan" berbanding pendahulunya itu.

"Harapan saya Datuk Seri Najib akan mengambil ikhtiar dari prestasinya yang buruk dalam pilihan raya umum ke-13," katanya.

"Malangnya sehingga kini tidak ternampak apa-apa perubahan dari segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya, (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara langsung kepada Datuk Seri Najib."

Justeru, menulis dalam blognya hari ini, Mahathir berkata, beliau tiada pilihan selain menarik balik sokongan dan menegur pemimpin itu.

"Saya tidak ada pilihan selain dari menarik balik sokongan saya. Ini pun tidak berkesan. Oleh itu terpaksalah saya menegur," katanya.

Mahathir antaranya mengkritik tindakan Najib "melayan tuntutan musuh" dengan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), bersikap rendah diri kepada negara jiran serta memberikan layanan tidak saksama terhadap kaum dan parti yang menyelamatkan kerajaan.

Lebih sayangkan negara


Bekas perdana menteri juga mengkritik penggunaan wang kerajaan untuk mempengaruhi sokongan dalam pilihan raya, pengabaian industri tempatan, pertambahan cuti dan kenaikan gaji minimum.

"Sesungguhnya banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara.

"Semua ini disebabkan penyokong kerajaan tidak pernah menegur pemimpin," katanya yang sebelum itu yang antaranya menceritakan kisah dongeng terkenal "kisah maharaja bogel".

Mahathir (kiri) berkata beliau rela menerima akibatnya akibat menegur pemimpin nombor satu negara itu.

"Jikalau tiada siapa yang sanggup menegur, biarlah saya menegur. Saya pernah dipecat oleh Tunku Abdul Rahman, dipulau oleh Datuk Seri Abdullah dan difitnah oleh ramai. Jika kerana menegur saya akan didera, terpaksalah saya terima.

"Bukanlah saya tidak sayang pemimpin. Tetapi saya lebih sayang bangsa dan negara saya," katanya.

Anwar dakwa Umno 'ganggu' rayuan Liwat II

Posted: 18 Aug 2014 02:11 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Umno cuba mengganggu proses rayuan terhadap sabitan kes liwatnya di Mahkamah Persekutuan dengan dengan menyerang peguamnya.

Katanya, sejak ditetapkan tarikh rayuan, Umno melalui bahagian-bahagiannya di seluruh negara membuat beratus-ratus laporan polis terhadap N Surendran (bawah) dan rencana di akhbar mahukan tindakan serta-merta terhadapnya.

"Sekarang, Umno sedang bertungkus-lumus untuk menghalang peguam-peguam saya dari menyebut tentang keterlibatan Najib (Razak) dalam konspirasi ini," katanya.

Sedangkan, kata Anwar, dalamnya daripada kandang tertuduh, beliau menyebut bahawa keseluruhan proses itu "konspirasi" Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak.

Ia juga didakwa bertujuan menghapuskannya daripada persada politik dengan "cuba memasukkan ke dalam penjara" , menurut kenyataan Anwar itu lagi.

"Kenapakah ia satu kesalahan untuk peguam saya menyebut perkara yang akan menjadi dasar pembelaan saya dalam rayuan kes Fitnah 2? "

Najib pada 30 Jun 2008 menafikan yang beliau terbabit dengan isu laporan kes liwat terhadap Anwar yang dibuat oleh seorang pembantu ketua umum PKR itu.

Mahkamah Persekutuan menetapkan 28 dan 29 Oktober untuk mendengar rayuan Anwar untuk mengenepikan sabitan dan hukuman bagi tuduhan Liwat II dan rayuan balas pihak pendakwa untuk menambah hukuman itu.
 

Exco Majlis Belia maut dilanggar lori

Posted: 18 Aug 2014 02:01 AM PDT

SINAR HARIAN


KUANTAN - Seorang anggota Exco Majlis Belia Malaysia maut dilanggar lori kontena di hadapan pondok bas berhampiran Universiti Malaysia Pahang (UMP), kira-kira tiga kilometer dari Plaza Tol Gambang malam tadi.

Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, DSP Mohd Noor Yusof Ali kejadian berlaku kira-kira pukul 7.50 malam ketika Abu Qassim Nor Azmi, 28, turun dari sebuah bas ekspres.

"Setelah turun mangsa berjalan menuju ke kereta yang ditunggu isterinya, yang diletakkan di belakang bas tersebut, di sebelah kiri jalan menghala ke Kuantan.

"Setelah selesai memasukkan barang dan begnya ke dalam bonet, mangsa berjalan ke pintu bahagian pemandu untuk memandu. Namun semasa membuka pintu
untuk masuk ke dalam kereta, mangsa dilanggar dari belakang oleh lori kontena berkenaan," katanya.

Beliau berkata akibat rempuhan itu, mangsa yang juga Ahli Majlis Perundingan Belia Negara meninggal di tempat kejadian.

Mohd Noor berkata, sehingga kini pemandu lori terbabit belum membuat laporan polis dan dia sedang dikesan.

Beliau berkata pihak polis akan membuat semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di Tol Gambang bagi mengenal pasti lori berkenaan. - Bernama

Khalid hampir pasti hilang jawatan MB

Posted: 18 Aug 2014 02:00 AM PDT


kemelut politik
 
 
 
SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hampir pasti hilang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor berikutan sokongan majoriti Adun negeri itu kini memihak kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, calon yang mendapat sokongan majoriti dalam Dun akan menjadi menteri besar.

Dalam situasi itu, beliau berpendapat, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah akan melihat kepada sokongan majoriti Dun.

"Sama ada Dr Wan Azizah akan diperkenan oleh Sultan Selangor, itu terpulang kepada baginda. Namun, Dr Wan Azizah sudah mendapat sokongan majoriti lebih dua pertiga Dun seperti yang diperuntukkan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

"Malah, nama yang dicadangkan PR juga cuma satu. Melainkan PR meletakkan beberapa nama lain, barulah baginda (kemungkinan) memilih (calon lain)," katanya.

Semalam, PR bersetuju sebulat suara untuk mencadangkan Dr Wan Azizah sebagai satu-satunya calon bagi menggantikan Abdul Khalid selepas Pas mengumumkan pendirian akhir mereka.

Sokongan tersebut sekali gus menjadikan Abdul Khalid yang kini ahli parti Bebas hanya bergantung kepada sokongan 12 Adun Umno, berbanding 43 Adun PR.

Namun, Mohd Azizuddin berkata, Abdul Khalid masih mempunyai hak sebagai menteri besar untuk menasihati Sultan Selangor membubarkan Dun.

"Tetapi, ia masih tertakluk kepada perkenan baginda. Dalam keadaan sekarang, saya tidak melihat pembubaran Dun dan mengadakan pilihan raya negeri merupakan pilihan terbaik kerana sudah ada calon menteri besar yang dapat sokongan," katanya.

Sultan tolak jumpa Khalid di luar negara

Posted: 18 Aug 2014 01:53 AM PDT


kemelut politik
 
 
 
SHAH ALAM – Keputusan bagi mengakhiri kemelut perebutan jawatan bagi Menteri Besar Selangor hanya akan terjawab setelah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kembali ke tanah air nanti.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Muhamad Munir Bani mengesahkan ada menerima permohonan daripada Abdul Khalid untuk menghadap Sultan Selangor di luar negara bagi menjelaskan tentang perkembangan terbaru membabitkan isu jawatan Menteri Besar Selangor.

"Bagaimanapun baginda telah menitahkan supaya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menunggu baginda berangkat balik ke tanah air dalam tempoh beberapa hari lagi," jelas kenyataan itu.

Abdul Khalid dalam satu kenyataan semalam memaklumkan beliau akan menghadap Sultan Selangor untuk mendapatkan nasihat mengenai kedudukannya selepas Pas memutuskan untuk menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai calon menteri besar yang baharu.

Sultan Selangor dijadual berangkat pulang dari luar negara pada 27 Ogos.

Pas Tetap Pendirian Calonkan Azmin, Wan Azizah

Posted: 17 Aug 2014 10:22 PM PDT

RAKYATNEWS
 

alt
 
 
 
KOTA BHARU  - Pas masih tetap dengan keputusannya untuk menyenaraikan dua nama iaitu Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali dan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail bagi jawatan Menteri Besar Selangor.
 
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, bagaimanapun pakatan pembangkang hanya akan menyerahkan satu nama sahaja iaitu Wan Azizah kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
 
Katanya, jika baginda menolak Wan Azizah, maka nama Azmin akan disenaraikan untuk jawatan tersebut.
 
"Bagaimanapun, terpulang kepada baginda Tuanku untuk menentukan siapa Menteri Besar Selangor," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
 
Pada masa yang sama, beliau menafikan bahawa Azmin menarik diri daripada disenaraikan untuk jawatan tersebut.
 
Katanya, Azmin hanya menghormati keputusan partinya untuk memberi laluan kepada Wan Azizah.
 

22 jenazah mangsa MH17 dijangka tiba Jumaat

Posted: 17 Aug 2014 10:19 PM PDT

MALAYSIAKINI


Sebanyak 22 jenazah mangsa tragedi Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 dihantar pulang dari Netherlands pada Khamis dan dijangka tiba di tanah air pada pagi Jumaat ini.
  
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong berkata
penghantaran pulang jenazah merangkumi 18 keranda dan empat bekas berisi abu mayat warganegara Malaysia dan seorang bukan warga Malaysia.
  
Beliau berkata proses dokumentasi kesemua 22 jenazah itu dijangka
diselesaikan pada Selasa ini termasuk memastikan kesemuanya menjalani proses pengurusan jenazah dan memperoleh kelulusan kerajaan Netherlands sebelum boleh dibawa pulang.
  
"Sehingga Sabtu (lepas), (urusan melibatkan) 18 keranda sudah selesai dan hanya empat bekas abu (mayat mangsa) sahaja belum diuruskan yang perkara ini kita jangka disempurnakan pada Selasa ini.
  
"Jadi, kita merancang untuk membawa balik kesemuanya pada tengah hari Khamis ini (dari Netherlands) dan dijangka tiba (di Malaysia) pada Jumaat ini," kata Wee kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pelajar Malaysia di Hague pada pagi Ahad.

Wee berkata kerajaan akan cuba membawa pulang jenazah rakyat Malaysia yang lain dalam masa terdekat dan ia bergantung kepada proses pengurusan jenazah dan kelulusan kerajaan Netherlands.
  
Pada lewat Sabtu, Wee berkata pihak berkuasa Netherlands mengenal pasti dua lagi mayat warganegara Malaysia menjadikan 26 jenazah rakyat Malaysia yang sudah disahkan identiti mereka.
   
Pada 14 Ogos lepas, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata 24 jenazah rakyat Malaysia telah dikenal pasti oleh pihak berkuasa Netherlands iaitu 14 penumpang dan 10 anak kapal.
  
Beliau berkata sempena istiadat penghormatan ketibaan jenazah rakyat Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 10 pagi Jumaat, kerajaan mengisytiharkan hari berkenaan sebagai hari berkabung negara.
   
Penerbangan MH17, yang membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal, terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai lepas.
  
Pesawat dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu dipercayai ditembak jatuh, namun belum ada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap perbuatan itu.- Bernama

Telefon SU PAS Selangor PAS digodam

Posted: 17 Aug 2014 10:17 PM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Nombor telefon bimbit setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman telah digodam untuk menyebarkan mesej yang bertujuan untuk memarakkan krisis politik di Selangor.

"No hp saya telah di hack dan di guna oleh seseorang untuk hantar
sms berikut yang tidak bertanggungjawab yang bukan dihantar oleh saya dan dari hp saya," tulis Khairuddin (kanan) dalam Facebook malam tadi.

Mesej itu berbunyi: "Haji Hadi mptahankn TSKI krn bersih, x kurap & x stuju dgn DSAI sbab PKR nak sapu harta PKNS & projek besar. PAS sllu d ank tirikn d dlm projek pbangunan."

Mesej itu disebar beberapa jam selepas Jawatankuasa PAS Pusat semalam sebulat suara memutuskan untuk menarik balik sokongan kepada Khalid sebagai menteri besar.

Tidak lama selepas keputusan itu dibuat, Khairuddin mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa PAS Selangor akan mematuhi keputusan parti.

Ditanya dalam kumpulan kumpulan WhatsApp PAS Selangor sama ada beliau akan membuat laporan polis, Khairuddin berkata "tidak sampai" ke tahap itu.

"Saya rasa tak sampai ke laporan polis sebab proses yang panjang. Tapi saya nak nafikan SMS itu takut ada liabiliti di esok hari," katanya.

Penantian Keluarga Mangsa MH17 Berakhir Jumaat Ini

Posted: 17 Aug 2014 10:04 PM PDT



Ketua Agama Sikh, Sardar Harcharan Singh (dua kanan) diiringi Pegawai Polis Bukit Aman, Datuk Amar Singh Ishar Singh menjalankan upacara keagamaan agama Buddha di Rumah Mayat Monuta Ineeme, S-Gravanhage di The Hauge pada Sabtu lalu. - fotoBERNAMA
 
 
 
PETALING JAYA: Penantian ahli keluarga mangsa pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH17 semakin menghampiri noktah apabila jenazah mangsa dijangka tiba di tanah air pada Jumaat ini.

Bagaimanapun, bagi mangsa yang belum dikenal pasti, penantian ahli keluarga mereka mungkin berpanjangan.

Choo Ewe Keat berkata, beliau tidak menerima apa-apa berita mengenai mayat anak lelakinya iaitu Kapten Eugene Choo Jin Leong, 45.

"Kami masih mengharapkan yang terbaik," kata bekas guru berusia 76 tahun itu kepada The Star.

Semalam, genap sebulan tragedi pesawat MH17 yang terhempas dipercayai ditembak jatuh oleh kumpulan pemisah pro-Rusia di timur Ukraine dan Ewe Keat masih dalam keadaan bersedih.

"Saya amat sedih," katanya.

Sementara itu, Jijar Singh berkata, beliau masih menunggu sebarang berita daripada pihak berkuasa sama ada anak lelakinya, Sanjid Singh Sandhu, 41, pramugara pesawat MH17, antara mayat yang telah dikenal-pasti.

"Sudah tentunya, kami amat berharap," katanya.

Pada Sabtu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendedahkan nenek tirinya, Puan Sri Siti Amirah Kusuma, tidak termasuk dalam kalangan mayat yang dikenal-pasti.

Siti Amirah, 83, pernah berkahwin dengan Tan Sri Mohammad Noah Omar sebagai isteri kedua.

Noah, yang meninggal dunia pada tahun 1990, adalah datuk kepada Hishammuddin dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Amran Daud yang juga bapa saudara kepada pembantu juruterbang Ahmad Hakimi Hanapi, 29, tiba dari Amsterdam dengan lima ahli keluarga pada Ahad.

Beliau berkata, mereka berlepas ke Belanda pada 11 Ogos lalu dan pihak berkuasa di sana membenarkan mereka melihat jenazah Ahmad Hakimi.

"Kami diberitahu jenazahnya berada dalam keadaan sempurna tetapi kami dinasihatkan untuk tidak melihatnya," kata Amran.

Amran, 50, berkata bapa Ahmad Hakimi, isteri dan anak lelakinya masih berada di Belanda.

"Bagi kami, terdapat sedikit pengakhiran," katanya.

Amran turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada MAS dan kerajaan kerana mengatur perjalanan mereka.

"Terdapat pegawai MAS menunggu kami di lapangan terbang bagi membantu kami dan kami amat berterima-kasih," katanya.

Murphy Govind, 29, adik kepada pramugari Premila Rajandran, 30, mengesahkan beliau berada di Amsterdam tetapi enggan memberikan sebarang komen.

Khalid Sokong Wan Azizah Sebagai MB?

Posted: 17 Aug 2014 10:00 PM PDT

MSTAR ONLINE


Abdul Khalid Ibrahim
 
 
KLANG: Kemelut Menteri Besar di Selangor bakal menyaksikan kejutan di luar jangkaan apabila Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mungkin membuat 'pusingan U' dengan membenarkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengambil alih jawatannya.

Ini kerana Menteri Besar itu enggan memberi laluan kepada Timbalan Presiden, Azmin Ali untuk menggantikannya, kata sumber terdekat kepada Khalid.

"Saya percaya Khalid sanggup mengalah kepada Wan Azizah dan akan mengatur beliau (Wan Azizah) menghadap Sultan," kata sumber itu yang juga ahli PKR.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menolak permintaan Wan Azizah untuk menghadap baginda pada awal bulan ini.


Menurut sumber, Khalid mungkin tidak akan memohon untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi melancarkan proses peralihan kuasa diantara beliau dan Wan Azizah, isteri kepada penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Khalid yang enggan meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Wan Azizah dipecat oleh parti pada minggu lalu.


PAS pada Ahad sebulat suara memutuskan untuk tidak menyokong Khalid sebagai menteri besar tetapi meminta nama Azmin dicalonkan bersama dengan Wan Azizah bagi jawatan tersebut.

Azmin mengisytiharkan bahawa beliau menghormati keputusan parti untuk hanya mengemukakan nama Wan Azizah.


Bekas setiausaha politik Khalid, Faekah Husin berkata Wan Azizah mahupun Azmin tidak mendapat sokongan majoriti untuk dilantik sebagai Menteri Besar.

"Adalah baik untuk mengadakan forum bagi mengetepikan kebaikan dan keburukan daripada mempunyai salah seorang daripada mereka sebagai Menteri Besar," katanya.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, beliau yakin Khalid akan 'berjuang hingga ke penghujungnya'.

"Jika beliau masih gagal menghalang Azmin untuk mengambil alih jawatan itu, Khalid boleh memohon perkenan Sultan untuk membubarkan DUN," katanya.

PAS kekal bersama Pakatan, impian Umno BN ranap

Posted: 17 Aug 2014 09:57 PM PDT

Oleh Azuan Ab Rahman


KUALA LUMPUR : Umno Barisan Nasional (BN) menerima tamparan hebat apabila Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyatakan komitmen mereka untuk meneruskan permuafakatan politik bagi mempertahankan Pakatan Rakyat.

Keputusan tersebut jelas meranapkan harapan Umno BN yang mahu melihat permuafakan di antara tiga parti yang mendapat undi popular dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu terungkai lantaran krisis pertukaran Menteri Besar (MB) Selangor.

DSC_8299

Timbalan Presiden PAS, Muhammad Sabu dalam sidang media sejurus selesai mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat di ibu pejabat parti itu di ibu negara tengahari tadi menyatakan keputusan itu dicapai setelah mereka berbincang dan mempertimbangkan isu berkenaan.

"PAS akan terus komited dengan Pakatan Rakyat dalam melaksanakan kerjasama politik Tahaluf Siyasi.

"Ini adalah keputusan sebulat suara hasil dari mesyuarat yang dihadiri oleh hampir kesemua Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat kecuali beberapa orang yang uzur dan berada di luar negara," jelasnya.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dalam sidang media sama, Muhammad Sabu menegaskan PAS tidak akan menuntut jawatan MB Selangor bagi menghormati semangat yang ada dalam Pakatan.

Beliau berkata, PAS sebulat suara mengangkat dua nama bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor.

Selain Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, PAS mencadangkan Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali sebagai calon MB Selangor yang baru.

Sidang media berkenaan turut dihadiri pimpinan tertinggi parti itu antaranya Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat; Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusuf; Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar;  Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub.

Anti MLM Business di Malaysia? Ini Kisah Benar Modus Operandi Upline Elken Untuk Jadi “Jutawan Segera” Jerat Pelanggan Baru!

Posted: 17 Aug 2014 09:48 PM PDT

   



mlm business



Anti MLM Business di Malaysia : Sekarang boleh dikatakan kos sara hidup terus melonjak tinggi meinggalkan  skala kenaikan gaji rakyat Malaysia hanya suam-suam kuku sahaja. Itu sebablah boleh kita lihat ada sahaja MLM business di Malaysia yang tumbuh bagaikan cendawan bagi "memerangkap ahli dan pelanggan baru dengan kaedah yang cukup tidak beretika" contohnya kes (DI SINI)

Yang menjalankan pernigaan dan MLM business di Malaysia dengan penuh beretika dan tidak menipu orang ramai, Berita Semasa ucapkan tahniah. Anda sememangnya peniaga yang unik. Ehem…..

Tetapi dengan lambakan MLM Business dan lambakan peniaga MLm baru yang tiada latar belakang pengurusan kewangan dan ilmu berniaga yang kuat, menyebabkan mereka mudah goyang dek kerana digoncang dengan cabaran dan liku-liku dalam perniagaan sehingga timbulnya perasaan ingin cepat kaya dengan cara pintas walaupun terpaksa memperdayakan orang lain atas nama "mengejar kekayaan dan pangkat dengan cepat".

Anti MLM Business di Malaysia : Ramai Yang Mahu Jadi Jutawan Segera Dengan Jalan Pintas

 

Timbullah, modus operandi kalangan yang mendesak pelanggan untuk buat pinjaman peribadi dengan Bank Rakyat terutamanya kakitangan kerajaan, pinjaman peribadi Easy RHB, memperdaya golongan pelajar yang masih terpakai-kapai mencari identiti dan pengalaman hidup.

Bersama-sama ini Berita Semasa ingin kongsikan kisah benar yang pernah terjerat dengan kalangan upline MLM Business yang sanggup bebruat apa sahaja, asalkan mencapai sasaran yang ditetapkan oleh pihak atasan mereka. Semoga menjadi pengajaran kepada adik-adik di kolej, universiti, IPTA, kalangan kakitangan kerajaan dan cikgu-cikgu supaya lebih berhati-hati jika mahu terjebak dengan MLM business di Malaysia.

Samada mahu masuk MLM business atau tidak, terpulang. Itu pilihan dan kehendaka nda. Tetapi saranan Berita Semasa, berhati-hatilah.
Assalamualaikum,

Adakah anda anti MLM? Saya yakin ramai yang menjawab YA! Jikalau anda bertanya kepada saya? Saya akan jawab YA!!! Kerana itulah saya tidak hairan kalau ramai yang anti MLM business di Malaysia kerana pendekatan beberapa jenis MLM di Malaysia yang sangat agresif dan tidak bertimbang rasa. Kenapa?
Ini adalah kerana saya ada banyak kenangan pahit tentang rakan-rakan atau orang asing yang mengajak saya join MLM pada waktu dahulu. Paling parah orang yang kenakan saya ini dari Kuantan Pahang. Minta maaf saya sebut nama MLM business ni iaitu Elken. Saya dan Juli di ajak datang ke Kuantan oleh seorang caller ni dengan alasan mahu join bisnes kami.
Berbekalkan harapan yang tinggi kerana makcik ini beriya sangat katanya nak join bisnes, kami pergi juga ke Kuantan tumpang Dr. Juhari. Kami bermalam 1 malam di Kuantan. Semuanya menggunakan perbelanjaan sendiri. Masa tu duit belum mahsyuk lagi so, bagi kami yang merupakan pelajar dan baru je nak mula bisnes memang agak sempitlah keadaan masa tu. (masa itu kami belum ada kenderaan dan baru sangat dalam hal bisnes ini).
So, kami berjumpalah makcik tersebut dan suaminya yang menjemput kami di tempat kami menginap. Dalam kereta bukan main beriya bertanya hal bisnes kami dan katanya nak bawa kami sembang-sembang di suatu tempat yang lebih aman. Tapi anda tahu tak ke mana dia bawa kami? Ke bangunan Elken! Tapi kami ok lagilah walaupun agak terkejut kerana makcik langsung tak beritahu kami apa-apa tentang Elken ni. So, mula-mula sembang di meja bulat, masa tu orang-orang di sana senyum-senyum pada kami dan tanya pada makcik 'orang baru ke'? Makcik jawab 'ya dari KL' (sambil sengih-sengih). (owh tolonglah masa tu kami sangat mentah nak tahu trick macam ni. Makcik ni pulak macam bangga betul dapat perangkap orang dari 'KL').
Tiba-tiba datang seorang lelaki yang dikenali sebagai 'cikgu' alih-alih dia tunjuk cek komisen dia pada kami. Eh apahal pulak ni? Kami datang bukan nak tengok duit/ cek dia. Saya ingat lagi cek tersebut nilainya RM3000 tapi saya tak hairan pun sebab dah mula rasa 'tertipu'. So, slow-slow makcik ni mula cucuk jarum. Ok sabar-sabar…..
Setelah beberapa lama kami dengar cerita makcik ni dia ajak kami masuk dewan. Masyaallah, rupa-rupanya tengah ada ceramah Elken lah. Saya dan Juli berpandangan sebab kenapa pulakkami kena dengar ceramah Elken! Patutnya makcik tu yang dengar penerangan kami tentang bisnes yang kami buat! Saya mula panas punggung dan ajak Juli keluar. Kami keluar dan makcik tu ikut. Kami diajak duduk lagi di meja bulat dan tiba-tiba anda tahu tak apa berlaku!
Aduhhhhhh. Tiba-tiba kami didatangi beberapa orang upline makcik yang berbangsa Cina dan bawa borang ahli. Owh, kami dikerumuni macam gula dan dipaksa-paksa sign atas borang tu. Makcik senyum-senyum kerana dah dapat perangkap saya dan Juli. Kami pun tak nak lah sign sebab bukan tujuan kami nak masuk Elken. Keadaan bertambah panas apabilasuami makcik tu pulak macam mula nak naik angin. Muka makcik juga dah berubah jadi sedih. Kami disuruh keluarkan I/C pulak tapi kami mestilah tak nak. Kami tetap tak mahu sign. Bukan kerana kami kata Elken tak bagus tetapi adalah kerana makcik dan suami dah TIPU kami yang datang jauh dari Bangi! Tergamaknya makcik ni!!
Akhirnya setelah kami puas dipujuk dan tak mahu sign kami pun pulang. Dah sampai di tempat kami menginap makcik tu pujuk lagi supaya join Elken. Kami pun buka cerita pasal bisnes yang kami jalankan (at least kami share juga tentang our bisnes kan) walaupun badan dah mula longlai dan geram juga lah dengan makcik dan suaminya tu. Tetapi, as what has been expected ? makcik memang tak mahu join bisnes kami dengan alasan tak ada duit. Kami tak hairan pun dengan kata makcik tu sebab dia memang pandai buat trick kan.
Begitulah salah satu (baru satu ? ada banyak lagi) pengalaman saya yang di tipu oleh orang MLM. Sebab itulah ramai yang anti MLM dengan adanya orang seperti makcik ni yang menipu macam tu.
Saya tahu perasaan orang yang tertipu gara-gara MLM ni dan tak mahu orang lain terkena juga. Saya lihat sekarang ini ada beberapa jenis MLM yang 'malu-malu' nak nyatakan mereka tu MLM apa dalam brochure dan sms yang dihantar (kenapa malu kalau anda memang syarikat dan MLM yang bagus?).
Umpan mereka :
  1. MENJANA PENDAPATAN 4-5 ANGKA SEBULAN lah
  2. UBAH NASIB KELUARGA ANDA lah
  3. JADI JUTAWAN KERJA DARI RUMAH lah
  4. TAK PAYAH JUAL BARANG lah dan macam-macam lagi yang berunsurkan WANG dan KESENANGAN tetapi tidak sebut sikit pun apa bisnes yang dijalankan.
Kalau kita call pula, si penjawab akan kata"Datang lah dahulu ke ceramah ni, lain dari yang lain" tetapi tak cakap pun dia tu bisnes Syarikat Cap A etc. Aduhai.

Ok kesimpulannya, untuk berniaga MLM buatlah dengan cara yang betul jangan memburukkan lagi status MLM yang sebenarnya bagus dan eksklusif! Buktinya saya TAK PERNAH buat 'trick' macam makcik tadi dan tak buat sms atau iklan yang samar-samar tetapi masih boleh memperoleh pendapatan 5 angka sebulan. Kejujuran itu asas kejayaan. Anda mampu mengubahnya. Wassalam.

p/s: Saya tidak kata produk Elken tidak bagus. Ada juga pengedar Elken yang saya kenali bagus dan bermoral. Cuma makcik dari Kuantan itu je yang menjejaskan imej Elken dalam hati saya. Itu adalah pandangan dan pengalaman peribadi sahaja. Harap maklum.

mlm business malaysia

Anti MLM Business di Malaysia : Jual Konsep Vs Jual Produk?


Bagi Berita Semasa sendiri, kita perlu faham MLM ini sebenarnya menjual konsep dan yang ingin dijual itu hanyalah sebagai salah satu daripada alat pendekatan sahaja. Dan apabila anda sudah menceburkan diri dalam MLm business tersebut, anda perlu buat kerja :
  1. cari downline
  2. tidak semua upline MLm business di Malaysia ini menipu, tetapi ramai yang menipu sekarang
  3. Yang tidak menipu dalam meniaga di mana percaya kepada konsep dan sanggup tebal muka, mereka-mereka ini yang akan berjaya
  4. Cuma bagi yang hanya memikirkan ia cara cara mudah untuk senang, mereka-mereka inilah yang akan terkandas
  5. MLM perlukan modal, jaringan dan paling penting masa
Hanya MLM business sahaja sibuk mencanang satu dunia,  duit mudah dapat. Tanyalah yang berniaga apa sahaja bentuk perniagaan servis dan perkhidmatan, produk fizikal dan macam-macam lagi di luar sana, beli kereta pun ikat perut ikat perbelanjaan sebab mahukan bisnes maju. Tetapi lain pula, kalangan yang sertai MLM business, baru join tidak menunggu lama untuk pergi ke showroom "Auto Bavaria" setelah dikelilingi persekitaran dan kelompok yang telah meracuni pemikiran mereka.
"ilmu di dada tidak cukup lagi, sibuk menambah hutang. Inilah BALA MLM jikalau tidak "berhati-hati"

Anti MLM Business di Malaysia : Gambar Jutawan & Orang Kaya Elken

P/S : MLM business di Malaysia terkandas sebab sistem pyramid. Barang yang  MAHAL bukan semua orang mampu beli, di mana barang pula perlu beli tiap-tiap bulan untuk "maintain point".

PP/S : Duit boleh cari, TETAPI hancurkan hidup orang Tuhan akan balas berlipat kali ganda. Jadi lebih baik cari rezeki berniaga benda lain. Cari benda HALAL dan BERKAH.

Krisis Selangor: Ibrahim Ali dakwa PAS pengecut

Posted: 17 Aug 2014 09:43 PM PDT

KL TODAY

 


Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali malam tadi berkata bahawa pemimpin PAS melepaskan peluang keemasan untuk membuktikan bahawa mereka boleh menggantikan UMNO demi masa depan Islam dan Melayu."Tapi PAS akhirnya menjadi parti pengecut sehingga membelakangkan keputusan Majlis Syura Ulama dan mengenepikan pendirian Presiden serta Mursyidul Am," tegasnya dalam satu kenyataan.

Beliau juga menilai bahawa PAS menunjukkan sifat sebagai sebuah parti sekular yang tidak ada bezanya dengan UMNO. 

"PAS jauh dari layak untuk menggantikan UMNO, cakap saja Islam tetapi mempermainkan hukum Allah dalam berpolitik," sindirnya.

Ibrahim juga menduga bahawa Tuanku Sultan Selangor pasti sukar untuk menerima Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Wan Azizah sebagai menteri besar dengan alasan beliau bukanlah anak jati Selangor.

"Azmin Ali pula didalam media sebelum ini dikaitkan dengan mempersendakan institusi Raja dan Istana Negara, betul atau tidak Wallahualam, tambahnya lagi.

Ibrahim berpendapat PKR harus mengusulkan calon ke tiga yang mempunyai kelayakan dari kalangan ahli PKR.

"Tak kan lah tak ada calon lain yang lebih layak dalam PKR selain Wan Azizah dan Azmin."

"Politik Selangor akan terus bergolak, sebaiknya Tan Sri Khalid Ibrahim menasihati Tuanku Sultan Selangor untuk bubarkan DUN," akhirinya.

Kerana rupa macam ’syaitan’ bertindik, Dubai halau keluar

Posted: 17 Aug 2014 09:37 PM PDT

KL TODAY

 
 Foto  ROLF miliki 453 lubang pada muka, telinga dan anggota tubuh.


Dubai: Pihak berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai semalam melarang lelaki warga Jerman, Rolf Buchholz, memasuki negara itu, sebaliknya mengarahnya menaiki pesawat untuk pulang dari tempat dia berlepas.

Menurut laporan akhbar Emarat Al Youm, Rolf dihantar semula ke Turki.Sumber yang dipetik laporan itu menyatakan, muka lelaki itu penuh dengan tindikan, berlubang dan juga mempunyai dua 'tanduk' pada dahinya.

"Orang ramai di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai ketakutan melihat penampilannya," menurut laporan itu.

Buchholz dikatakan datang ke Dubai untuk muncul di satu pertunjukan kelab malam yang mempamerkan orang paling ganjil di dunia.

Dia hadir sebagai orang paling banyak lubang pada muka, telinga dan anggota tubuh lain – 453 semuanya.

Menurut laporan media, Buchhoz, pengatur cara komputer, menjalani pembedahan plastik besar-besaran untuk mendapatkan penampilan sedemikian.

Dia diiktiraf oleh Buku Rekod Guinness pada 2012 selaku lelaki paling banyak bertindik di dunia.- Agensi

Hormati Sultan, Exco PKR & DAP terus laksanakan tugas di bawah Abdul Khalid

Posted: 17 Aug 2014 09:32 PM PDT

SELANGOR KINI


SHAH ALAM: Semua Exco daripada PKR dan DAP menghormati perkenan DYMM Tuanku Sultan Selangor bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meneruskan tugas sebagai Menteri Besar Selangor.

Dalam satu kenyataan media bersama enam exco PKR dan DAP itu berkata PKR dan DAP akan menggunakan kaedah yang menepati Undang-undang Tubuh Negeri dan enakmen yang berkenaan berhubung isu Menteri Besar.

EXCOSELANGOR

"Sebagai menghormati kehendak rakyat dan titah DYMM Tuanku Sultan Selangor tersebut, kami akan terus menjalankan tugas harian," kata mereka.

Mereka berkata urusan yang melibatkan anggota Exco dari PKR dan DAP adalah mengikut mandat yang telah ditetapkan oleh parti.

"Kami tidak akan berjumpa dengan Tan Sri Khalid Ibrahim (kecuali di mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) untuk mengelakkan sebarang perbincangan mengenai kedudukan parti masing-masing.

"Kami akan terus menjalankan tugas mengikut mandat yang diberikan kepada Pakatan Rakyat sementara perkara ini diselesaikan secara baik," katanya.

KENYATAAN MEDIA PENUH KLIK DI SINI    EZY

Jika PR berpecah, jangan dikambing-hitamkan PAS sahaja, semua mesti bertanggungjawab

Posted: 17 Aug 2014 09:29 PM PDT

Tiga tahun lagi pilihanraya umum akan diadakan dan apa yang berlaku semasa itu nanti tidak dapat kita telah. Politik negara begitu 'fluid' dan apa sahaja boleh berlaku, dan ia bergantung kepada permainan politik kedua-dua belah pihak BN dan Pakatan Rakyat. Kita lupakan sahaja apa yang baik yang akan dilakukan oleh kedua-dua belah pihak kerana mereka tidak memberikan tumpuan kepada negara selain daripada bermain politik untuk kepentingan peribadi individu-individu dalam parti-parti tersebut.

Politik sekarang ialah politik untuk pergaduhan dan bukan untuk menyatukan rakyat. Rakyat dijadikan sebagai alat mereka membuat tuntutan sahaja. Lagi berkocak rakyat lagi untung setengah pihak. Apa pun yang terjadi ia pihak kerajaan tidak akan berhadapan tekanan seperti yang mereka hadapi semasa PRU ke-13 lalu.

Apa yang berlaku di Selangor kini, akan memberikan impak yang begitu negatif terhadap Pakatan Rakyat. 'Lenggang tidak sehayun lagi, langkah sudah tidak seirama lagi' dan bermacam-macam lagi yang tidak kena samada dalam masalah 'intra-party' yang dialami oleh parti-parti dalam Pakatan Rakyat, tetapi mereka juga berhadapan dengan masalah 'inter-party' dalam gabungan itu.

Dalam PRU yang lalu 'life force' yang ada dalam diri masing-masing dalam Pakatan Rakyat begitu tinggi dan seolah-olah BN akan terkubur selepas sahaja dalam pilihanraya itu. Pemimpin-pemimpin tertinggi dalam Pakatan Rakyat sudah ada yang mendabik dada dan memberi amaran kepada banyak agensi kerajaan yang mereka akan diambil tindakan setelah Pakatan Rakyat berada di Putrajaya.

Semasa itu saya bersama-sama mendukung perjuangan mereka dan saya telah gambarkan yang selepas PRU itu ramai pemimpin BN akan masuk ke Sungai Buluh kerana sudah ada kecenderungan masing-masing mahu membesarkan keluasan penjara Sungai Buluh semasa itu untuk menempatkan ramai pimpinan BN di sana.

Semasa mereka menyebut tentang penjara Sungai Buluh terasa juga di dalam diri saya yang Pakatan Rakyat tidak akan berjaya kerana kerakusan untuk berdendam semasa itu amat tinggi. Saya tahu yang sikap itu akan digagalkan oleh 'nature' kerana itu bukan matlamat perjuangan seperti yang tertulis dalam manifesto Pakatan Rakyat yang sentiasa ada dalam saku saya.

Imbasan yang datang kepada saya memberikan keyakinan yang matlamat PR akan terbengkalai kerana sikap terlalu ghairah untuk berdendam itu akan menyekat kemaraan PKR untuk ke Putrajaya. Keputusannya telah kita saksikan dan apa yang terasa di dalam hati saya dan beberapa orang yang berbincang secara 'private' itu benar-benar berlaku. Bagi saya keputusan itu tidak mengejutkan walaupun ada pemimpin DAP yang begitu yakin yang Pakatan Rakyat akan memenangi 125 kerusi di dalam Dewan Legislatif Persekutuan.

Apa pun semasa dalam masa berkempen Pakatan Rakyat telah menunjukkan kemampuan untuk membina aura penentangan yang besar terhadap BN tetapi keputusannya tetap kalah. Berbagai-bagai tuduhan terhadap pihak pemerintah seperti SPR dan sebagainya, malahan ada tuduhan yang mengatakan seramai 40,000 pengundi dari Bangladesh telah mengundi secara haram semasa PRU itu dan berbagai-bagai lagi. Tetapi mereka yang sudah masak dengan politik negara ini isu itu hanyalah isu untuk mengalihkan perasaan kekalahan dan kelemahan mereka kepada pihak lain.

Tetapi bagaimana pula kemungkinan yang akan berlaku dalam PRU yang akan datang? Bagi setengah pihak keadaannya adalah 'predictable'. Ada yang yakin yang PR akan berjaya menumpaskan BN dan ada yang mengatakan yang BN akan lebih kuat dari sekarang. Semuanya berhak umtuk membuat telahan dan andaian masing-masing.

Tetapi jika didasarkan kepada penilaian yang agak ilmiah, tidak mungkin Pakatan Rakyat akan mendapatkan kejayaan lebih dari apa yang mereka perolehi semasa PRU yang lalu. Perpecahan hari ini, mengambil masa untuk bersatu kembali dan cantas-mencatas di antara mereka akan tetap berterusan. Masing-masing ramai yang tidak berpuas hati dengan parti masing-masing dan parti-parti yang menganggotai Pakatan Rakyat itu.

DAP terutamanya, tersangat mengada-ngada dan menekan PAS dalam isu Khalid Ibrahim ini. DAP mahukan semuanya dalam Pakatan Rakyat mahu mengikut telunjuknya dan perasaan tidak puas hati terhadap rakan kongsinya itu dengan mengambil kesempatan untuk melakukan tekanan terhadap PAS sekarang ini. .

Saya begitu tertarik dengan kenyataan Subki Latif, veteran PAS, yang berpendapat amat mudah untuk menyalahkan PAS tetapi DAP dan Anwar tidak melakukan secukupnya untuk mempertahankan Pakatan Rakyat daripada berpecah. PAS tidak bersetuju untuk menyingkirkan Khalid Ibrahim, samalah seperti DAP tidak bersetuju dengan pelaksanaan hudud. DAP tidak bersetuju dengan hukum hudud tetapi PAS tidak pernah mendesak supaya Lim Guan Eng meletakkan jawatan.

PAS seperti DAP juga, sedar mempunyai kemahuan agar Pakatan Rakyat kuat, tetapi takkanlah PAS sahaja yang berkorban. Sesungguhnya perpecahan dalam Pakatan Rakyat terutamanya di Selangor adalah kesalahan semua parti dan PAS tidak wajar menjadi kambing hitam kerana ketamakan kuasa sesetengah pemimpin dalam Pakatan Rakyat itu.

Kecenderungan Anwar hanya mahukan semua dalam Pakatan Rakyat itu untuk mendengar dan tunduk kepada telunjuknya sahaja itu akan melemahkan semangat parti-parti dan ahli yang menganggotai parti-parti dalam Pakatan Rakyat itu.

Anwar tidak boleh menggunakan sokongan yang telah diterimanya untuk menyembelih sesiapa di kalangan jemaah kepimpinannya. Yang hendak dipaksanya ini adalah manusia yang mempunyai perasaan dan bukannya haiwan belaannya.

Sedangkan 'anjing kurap pun boleh mengotekkan ekornya kalau dibuli' sedemikian rupa. Apatah lagi manusia yang telah sama-sama menyumbang kepada pembangunan negeri Selangor dan menaikkan imej parti itu dahulu.

Jika tidak dilakukan 'langkah kajang' dahulu, keadaan yang kita hadapi sekarang mungkin tidak akan kita alaminya. Ingat tu. Sesungguhnya keadaan sekarang adalah satu keadaan yang begitu 'unnecessary' untuk berlaku.

Perancangan untuk menjatuhkan pemimpin dalam parti sendiri itu adalah perbuatan yang hanya dilakukan oleh mereka yang dipandu oleh 'devilish intentions' dan ia bermula dengan 'Kajang Move' yang dimulakan oleh 'semua orang tahu' itu.

Sesudah itu paksa PAS untuk mengikut telunjuk mereka. Anwar mahukan dirinya seperti Nabi Adam di mana semua malaikat itu tunduk kepadanya. Yang tidak tunduk dianggapnya sebagai Iblis.

Khalid setuju berundur sebagai MB?

Posted: 17 Aug 2014 09:24 PM PDT

Oleh Nur Atiqah Abd Samad, Shuhaniza Said dan Shawaliah Hadir
Post Pic

 
 
KUALA LUMPUR: Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini membayangkan beliau akan akan berundur sebagai Menteri Besar setelah PAS secara rasmi menarik balik sokongan untuk beliau terus memegang jawatan itu.
 
Khalid berkata beliau akan memaklumkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bahawa PAS akur dengan kehendak PKR, mahukan beliau diganti walaupun Pakatan Rakyat belum membuat keputusan muktamad mengenai soal calon baru untuk jawatan itu. 
 
"Dengan perkembangan terbaru ini, saya akan memohon menghadap DYMM Sultan Selangor untuk memberi nasihat tentang langkah-langkah seterusnya," kata Khalid dalam satu kenyataan. 
 
"Sehingga DYMM Sultan membuat keputusan muktamad, saya akan meneruskan pentadbiran kerajaan Negeri Selangor bersama 4 ahli MMKN (EXCO) daripada PAS  akan meneruskan pentadbiran bagi memastikan rakyat tidak terkesan dengan krisis politik ini," katanya. 
 
"Saya juga berterima kasih atas kesabaran semua pihak dalam penyelesaian isu dan  perkembangan-perkembangan terkini mengikut tatacara yang betul dan berasaskan undang-undang," tambah beliau. 
 
Sultan Sharafuddin Shah akan pulang dari luar negara pada 27 Ogos. 
 
Tengah hari tadi, PAS mendesak Pakatan Rakyat untuk mencadangkan kepada Istana Selangor nama Timbalan Presiden PKR Azmin Ali selain daripada presiden parti itu Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Khalid. 
 
Majlis Presiden Pakatan Rakyat akan bermesyuarat petang ini untuk membincangkan pendirian PAS itu yang diputuskan pada mesyuarat tiga jam AJK PAS Pusat. 
 
DAP sebelum ini menyokong pendirian PKR untuk hanya mencalonkan Wan Azizah bagi mengisi jawatan itu namun pendirian itu boleh berubah pada mesyuarat tertinggi gagasan itu petang tadi susulan keputusan PAS menarik balik sokongannya untuk Khalid sebulat suara. 
 
Khalid dipecat oleh PKR minggu lalu setelah beliau enggan meletak jawatan untuk memberi laluan kepada Wan Azizah. 
 
Beliau bagaimanapun diberi mandat oleh Istana Selangor untuk terus menjadi MB setelah memberi perakuan kepada Sultan Sharafuddin bahawa beliau masih mempunyai sokongan majoriti dalam DUN Selangor. 
 
Pendirian itu disanggah oleh Wan Azizah yang mengemukakan perakuan bersumpah 30 daripada 56 ADUN Selangor termasuk dua daripada PAS bahawa mereka menyokongnya untuk menggantikan Khalid.

Azmin Ali pun okay, malahan lebih dari okay

Posted: 17 Aug 2014 04:50 PM PDT

Kenapa PKR meletakkan Wan Azizah sebagai pengganti Khalid, semua orang tahu sebabnya. Kenapa PKR tidak meletakkan Azmin Ali, Pengerusi PKR Negeri Selangor, ke jawatan itu pun semua orang tahu. Sebagai seorang yang mengetuai parti di Selangor Azmin sebenarnya adalah orang yang 'legitimate' untuk mengambil alih Khalid jika benar Khalid tidak lagi mendapat sokongan dari Dewan Undangan. Malahan ramai bertanya kenapa selepas pilihanraya ke13 dahulu Azmin tidak dibawa ke Istana untuk mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar itu?

Jika Anwar dan PKR menganggap Khalid tidak sesuai lagi dan perlu diganti, mencadangkan Wan Azizah itu juga merupakan satu 'misadventure' bagi PKR. Keadaaan di Selangor tidak kan kembali seperti dahulu kala lagi. Azmin bukannya seorang yang sakit atau mengidapi penyakit  mental atau sebagainya. Azmin sihat dan segar bugar. Beliau adalah Ketua PKR Selangor dan juga seorang Ahli kepada Dewan Undangan Negeri Selangor.

Azmin merupakan seorang arkitek pembinaan PKR dan beliau bukan calang-calang orang untuk tidak dipertimbangkan kepada jawatan ini. Nasib Azmin yang tidak dipandang oleh pucuk pimpinan PKR ini juga adalah diatas pertimbangan politik peribadi seseorang atau keluarga seseorang itu.

Bukan tidak ada desakan untuk Azmin ditempatkan ke jawatan itu. Kenapa hendakkan Wan Azizah juga? Tetapi persoalan itu hanya boleh dijawab oleh Anwar Ibrahim dan keluarganya sahaja. Jika kita sebut sebabnya yang benar, nanti kita akan dinafikan kebenaran itu.

Ada yang membuat spekulasi supaya meletakkan Dr Idris, ADUN Ijok sebagai calon kompromi. Jika semua pihak termasuk Azmin bersetuju, Dr Idris mungkin calon kompromi yang sesuai. Tetapi Dr Idris sebagai seorang yang saya kenali agak rapat, adalah orang baik dan orang baik semata-mata bukannya pilihan yang tepat. Kita bukannya mencari orang baik, tetapi pemimpin yang baik.

Kalau hendak mencari setakat orang baik, mungkin bilal dan imam di mana-mana masjid di Kuala Selangor dan Tanjung Karang ada yang layak untuk menggantikan Khalid Ibrahim ini.

Nama Azmin ini bukan terbit dari saya atau sesiapa, tetapi itulah yang saya dengar berlegar dipemikiran orang biasa di bawah-bawah ini dan saya bersetuju dengan pandangan itu. Saya sendiri mengenali Azmin dan pernah duduk bercakap tentang apa yang berlaku dalam politik negara.

Adalah tidak adil bagi saya untuk menafikan yang Azmin adalah seorang yang mempunyai 'sisek' kepemimpinannya. Beliau mempunyai pemikiran dan jiwa yang mantap untuk menjadi calon pengganti kepada Khalid jika Khalid terpaksa juga berhenti. Azmin menjaga bukan sahaja kekuatan mentalnya, tetapi beliau juga menjaga kesihatan tubuhnya seolah-olah sudah bersedia untuk menyeliakan sebuah negeri yang maju di negara ini.

Tetapi apa yang menyebabkan beliau dipinggirkan tidak dapat ramai yang tahu. Hanya Anwar boleh memberikan jawapannya walaupun agak ramai juga yang boleh 'menyelam air dalam tunggak itu'.

Tetapi pandangan ini hanyalah pandangan seorang yang di 'luar kandor' bak kata pepatah orang kampung saya. Saya hanya memberikan pandangan sebagai seorang biasa yang telah menumpang berteduh di negeri Selangor sejak 44 tahun dahulu.

Relatively speaking, memilih Azmin itu adalah lebih dari okay. Yang nyata Kajang Move dahulu merupakan satu tindakan yang menghasilkan apa kita semua lihat hari ini. Ia tidak berapa nak menjadi.

MH17: Sebulan berlalu, ingatan masih segar

Posted: 17 Aug 2014 04:35 PM PDT

SINAR HARIAN


MH17


AMSTERDAM - Suasana sepi menyelubungi galeri khas 'Reflection MH17' di Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol di sini, Ahad walaupun ramai pelancong asing dan rakyat tempatan memenuhi ruang itu bagi memberi penghormatan sempena genap sebulan tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 hari ini.

Hujan renyai di sekitar Amsterdam sejak awal pagi seolah-olah turut menangisi pemergian kesemua 298 penumpang dan anak kapal yang terkorban dalam nahas itu pada 17 Julai lepas, ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Tinjauan Bernama di galeri itu mendapati ada pelawat yang meletakkan kuntuman bunga, surat, mesej, gambar, lilin, bendera dan pelbagai barangan sebagai tanda takziah dan kenangan buat mangsa.

Ada yang bertafakur, ada yang memeluk anggota keluarga sambil menangis ketika mendekati sudut yang memaparkan gambar dan maklumat mengenai kesemua penumpang dan anak kapal MH17.

Kesan titisan air mata juga menjadi sebahagian daripada kandungan di dalam buku takziah di galeri itu, yang menurut petugas galeri berkenaan yang enggan dikenali, berpuluh-puluh buku takziah telah disediakan di ruang itu sejak bulan lepas.

Seorang pelancong kanak-kanak dari Itali yang hanya mahu dikenali sebagai Leonardo, 10, berkata beliau menulis "Kami akan sentiasa bersama anda" di dalam buku takziah itu.

Seorang gadis tempatan yang hanya mahu dikenali sebagai Maaike, 20, percaya kesemua mangsa nahas itu pasti dikenangi selama-lamanya terutamanya dalam kalangan rakyat Belanda.

Seorang petugas di lapangan terbang itu pula berkata hatinya sentiasa sedih dan sayu setiap kali melalui galeri itu dan berharap roh kesemua mangsa tenang.

Para pengunjung galeri itu tidak ketinggalan merakamkan takziah khusus buat juruterbang dan anak kapal MAS yang terkorban.

Penjaga parkir, Bashah dari Surinam berkata: "Saya amat sedih dengan tragedi ini, dan saya bersimpati dengan negara anda yang terpaksa berdepan dengan tragedi dua pesawat."

Selain pesawat MH17 yang ditembak jatuh pihak tidak bertanggungjawab di Donestk, timur Ukraine bulan lepas, Malaysia masih lagi kesedihan dengan kehilangan Penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lepas.

Gerakan mencari MH370, yang membabitkan pelbagai negara, bermula di Laut China Selatan sebelum diperluas ke Selat Melaka dan di selatan Lautan Hindi. - Bernama

Ahli PAS jangan menangguk di air keruh, ikut arahan Presiden

Posted: 17 Aug 2014 04:33 PM PDT

Oleh: AFEEQA AFEERA


SHAH ALAM: Semua ahli PAS diingatkan supaya tidak menangguk di air keruh dan perlu mendengar segala arahan yang akan dibuat secara rasmi oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Iskandar Abdul Samad selaku Pesuruhjaya PAS Selangor.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali dalam satu kenyataan berkata, semua ahli parti Islam itu perlu merujuk arahan daripada Presiden dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menggugat imej parti.

Hadi PAS"Saya difahamkan ada mesej yang mengaitkan saya sebagai pemberi arahan (untuk melakukan tindakan) kepada ahli yang lain. Perkara itu jelas tidak benar.

"Saya mengingatkan kepada ahli PAS, supaya merujuk arahan rasmi daripada Presiden dan Pesuruhjaya PAS Selangor sahaja," katanya menerusi laman Facebook.

Kenyataan Halimah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang itu dipercayai bersangkut paut dengan kemelut politik di Selangor yang membabitkan jawatan Menteri Besar yang masih disandang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

PC EXCO MB - 13.08.2014 (11)Halimah adalah salah seorang daripada empat exco PAS yang memilih untuk kekal dalam pentadbiran Selangor selepas Abdul Khalid dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat.

Empat Exco berkenaan masih meneruskan tugas seperti biasa sehingga Jawatankuasa PAS Pusat bermesyuarat dan menetapkan pendirian berhubung krisis di Selangor, esok.-NFN-

Tiada ulasan: