Isnin, 18 Ogos 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Kenyataan Ayam Dr Zuhdi Marzuki

Posted: 18 Aug 2014 03:00 AM PDT

Selepas PAS bersetuju menyingkirkan Khalid sebagai MB Selangor dan menamakan 2 calon untuk menggantikannya, Majlis Presiden Pakatan Rakyat akhirnya mengambil keputusan hanya menamakan satu calon sahaja daripada dua nama yang dicadangkan PAS itu.Ini adalah kerana calon yang satu lagi itu telah menarik diri. 

Tapi apa halnya Dr Zuhdi Marzuki, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS buat status ayam macam ini?


Patutlah sangat dia dikeluarkan dari jawatannya Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS.Mula dulu tidak mengaku, kemudian dia akui pula? Bukan aku yang kata, Pak Subky kata :


Adakah Ayam sabung yang Dr Zuhdi maksudkan itu Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu? Kesian Mat Sabu. Macam-macam dia dah kena - Syiah pun dia, Kominis pun dia, Islam Liberal pun dia...Apa lagi yang korang mahu?


Harap mereka yang sewaktu dengan Dr Zuhdi ni tolong baca kenyataan berikut:

PAS menerima keputusan Pakatan untuk mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sahaja sebagai calon menteri besar Selangor.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad berkata, beliau juga menghormati keputusan Timbalan Presiden parti itu, Mohamed Azmin Ali yang menyokong keputusan PKR untuk menamakan Wan Azizah sebagai pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
.

"Sebenarnya PAS mencadangkan Azmin kerana kita dapat maklum dari pihak istana kemungkinan istana tak sanggup terima Wan Azizah. Atas dasar itu kita cadangkan nama Azmin sekali.


"Oleh kerana Azmin sendiri menarik diri maka kita tak boleh nak buat apalah. saya rasa ia bukan satu masalah
.

"Sebab utama kerana kita dapat maklumat dari istana. Itu sebab utama. Tapi kita tengoklah. Sebahagian ahli PAS kata cuba dulu. Kalau sultan tolak, biarlah sultan tolak. Maknanya, bukan kita (PAS) yang tolak, tapi sultan," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan forum di Kuala Lumpur malam tadi.


Semalam, Pakatan Rakyat akhirnya memutuskan untuk mencalonkan Wan Azizah sahaja sebagai calon menteri besar Selangor


Perkara itu baru diputuskan dalam mesyuarat majlis presiden PKR, DAP dan PAS di sebuah hotel di Subang Jaya, Selangor.


Sementara itu, Azmin ketika ditemui media menegaskan partinya dan Pakatan lebih penting berbanding siapa yang menjadi menteri besar. "Bagi saya, parti diutamakan. Saya beritahu rakan sejawat saya (dalam mesyuarat) kita mesti bekerja sedaya upaya untuk Pakatan.


"Saya amat percaya selepas krisis ini Pakatan dan PKR akan bertambah kuat," kata Amin (kiri).


Sebelum itu, dalam forum krisis Selangor yang diadakan di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur- Selangor malam tadi, Khalid turut menjelaskan perkara yang menyebabkan Pakatan menolak Khalid Ibrahim sebagai menteri besar.


Forum selama dua jam setengah yang turut dihadiri oleh AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad, Ketua Pemuda Suhaizan Kaiat dan pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari antara lainnya turut membincangkan tentang sebab utama PAS masih meletakkan empat orang exconya di dalam kerajaan negeri Selangor. ~ SUMBER

Tanya Jakim : Apakah ahli Umno tu semuanya Islam?

Posted: 18 Aug 2014 12:00 AM PDT

Hanya orang Islam membantu umat Islam - Jakim

KUALA LUMPUR, 15 Ogos - Umat Islam di seluruh negara hari ini telah diberi amaran terhadap kenyakinan mengenai kerjasama daripada masyarakat lain dalam semua aspek kehidupan, dengan mengatakan bahawa berbuat demikian hanya akan membawa kepada menjejaskan mereka sendiri.

Dalam khutbah Jumaat mingguan oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) hari ini, umat Islam juga diberitahu bahawa konflik yang sedang berlaku di Palestin juga boleh berlaku di Malaysia jika masyarakat gagal untuk datang bersama-sama.


"Berhenti meletakkan harapan untuk mendapatkan bantuan, pertolongan, dan bersubahat dengan mereka, kerana pada akhirnya ia hanya akan membawa kemudaratan dan kerugian kepada masyarakat Islam itu sendiri," kata khutbah.

 "Sebab Allah telah mengingatkan kita bahawa musuh-musuh Islam tidak akan pernah sekali melindungi Islam dan masyarakat, melainkan jika mereka mendapat sanjungan dan pujian daripada itu."

 Mesej dipertengahan khutbah itu mengeluh kurangnya tindakan dari dunia Islam terhadap konflik itu, yang menyaksikan ribuan rakyat Palestin dibunuh.

Jakim juga mendakwa bahawa konflik yang lebih besar daripada isu kemanusiaan, dan mendakwa bahawa Zionis mengejek iman umat Islam dengan kekejaman mereka.

 Memetik sebuah buku oleh bekas Grand Imam al-Azhar dan ulama berpengaruh Muhammad Sayyid Tantawi, khutbah juga menuduh Israel menjadi "bangsa penjenayah" yang mencaci Islam dan orang-orang Arab.

 Israel juga sedang berusaha bukan sahaja untuk menakluk Palestin , tetapi juga negara-negara sekitar Jordan, Syria, Lebanon, Iraq, dan juga kota suci Madinah, katanya.

 Dalam usaha untuk menghadapi konflik, khutbah menggesa umat Islam di negara ini dengan cepat bersatu supaya apa yang berlaku di Palestin tidak berulang di sini.

 "Ini adalah masa yang telah dijangka oleh musuh-musuh Islam dan agenda jahat mereka pasti akan berjaya," kata khutbah itu, merujuk ke titik di mana umat Islam menjadi berpecah-belah.

 Bulan lalu, khutbah Jakim telah memberitahu umat Islam bersatu dan melakukan semua yang mereka boleh untuk mempertahankan negara mereka terhadap musuh-musuh mereka termasuk di Malaysia, berikutan pengeboman maut Palestin oleh Israel.

 Ia juga berkali-kali memberi amaran kepada umat Islam di sini bahawa kuasa-kuasa asing telah bersubahat dengan personaliti dan kumpulan tempatan tertentu untuk melemahkan Islam dan dalam khutbah pada masjid-masjid di seluruh negara hari ini, terus mengaitkan serangan Israel di Semenanjung Gaza untuk serangan ke atas Malaysia.SUMBER

komen al-Husseyn


Saya sekadar ingin bertanya Jakim, Malaysia yang rakyatnya berbilang bangsa dan ugama ini mestikah terus berpuak-puak dan bersengketa sesama sendiri?

PAS tidak boleh berkawan dengan DAP dan PKR tetapi Umno boleh berkawan dengan MCA dan MIC? Aper cerita Jakim nih?

Nak suruh PAS berkawan dengan Umno? Apakah ahli Umno tu semuanya orang Islam? 

Ketua UMNO Bahagian Penampang, Datuk John Ambrose adalah beragama Kristian. Adakah dia sahaja Kristian  yang jadi ahli Umno?

Charern Intachat Ketua Cawangan UMNO Kota Giam Sungai Baru Bahagian Kubang Pasu, adalah seorang penganut Budha. Beliau adalah Pengerusi Persatuan Siam Malaysia dan bernaung di bawah UMNO. Cuba bayangkan, persatuan ini mewakili Masyarakat Siam di Malaysia yang dianggarkan berjumlah 60,000 dan memberi pengakuan menyokong Umno/BN Adakah korang ingat hanya Charem Intrachat seorang penganut Budha tu sorang saja yang jadi ahli Umno? Sila baca di sini  Jawab tu dulu wahai Jakim!

Venezuela, negara kafir tu ada hubungan diplomatik dengan Palestin sejak April 2009 dan Palestin telah membuka kedutaannya  di Caracass. Venezuela merupakan antara negara pertama menghantar bantuan ke Palestin. Baca  laporan di sini 

Bandingkan pula dengan negara Islam Mesir yang menutup pintu sempadan Refah dan menghalang bantuan kemanusiaan dan makanan dapat masuk ke Gaza. 

 Tentara junta Mesir itu mengatakan pada Ahad (27/7/2014) bahwa mereka telah menghancurkan 13 terowongan lainnya yang menghubungkan Semenanjung Sinai ke Jalur Gaza, lansir Ma'an. - Baca lagi di sini

Apakah Jakim tidak sedar Arab Saudi dan sekutu-sekutunya (Yordania, Kuwait, UEA, dan Irak (sekarang), tidak membantu Palestin? Mereka ini negara Islam atau Kafir?

Memantapkan Integriti MSU

Posted: 17 Aug 2014 07:30 PM PDT

MEMANTAPKAN DAN MEMPERKUKUHKAN MAJLIS SYURA ULAMAK (MSU) PAS - oleh ZULHASMI SHARIFF


MUQADDIMAH0 Majlis Syura Ulamak (MSU) diperkenalkan bagi mengukuhkan konsep "kepimpinan ulamak" di dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS). Pada awal penubuhan PAS, struktur organisasi di dalam PAS, hanyalah terdiri daripada Jawatankuasa Kerja Pas Pusat (JKPP), Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP), Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP) dan Dewan Muslimat Pas Pusat (DMPP).

 Menyedari kepentingan meletakkan ulamak di tahap tertinggi organisasi parti maka pada 22 Oktober 1982, Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP) di dalam Muktamar Tahunannya telah mengusulkan konsep "kepimpinan ulamak" dan penubuhan "Majlis Syura Ulamak". Usul tersebut telah diterima dan kemudian pada 29 April 1983, di dalam Muktamar Tahunan Pas kali ke-29, Perlembagaan PAS dipinda untuk menubuhkan Majlis Syura Ulamak. Pindaan Perlembagaan tersebut kemudiannya telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan pada 18 Mac 1987 dan seterusnya sejarah tercipta apabila Tuan Guru Haji Yusuf Rawa telah dilantik menjadi Mursyidul Am Pas pertama pada November 1987.

 MAJLIS SYURA ULAMAK (MSU)

 Perlembagaan Pas bagaimana pun telah melalui beberapa pindaan lain sehingga kemudiannya peruntukkan berkaitan Majlis Syura Ulamak dikhususkan di dalam Fasal 8 Perlembagaan Pas.

 Fasal 8 Majlis Syura Ulamak99 (1) "Bagi menjamin kekuasaan PAS yang diperuntukan dalam Fasal 7(2) di atas dan badan-badan yang diberikan kepadanya kuasa oleh Muktamar Tahunan PAS dan oleh mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan ini, tidak terkeluar daripada kehendak-kehendak yang diperuntukan dalam Fasal 7 (1) dan tidak berlawanan dengan dasar PAS seperti yang diperuntukan dalam Fasal 3 Perlembagaan ini, maka hendaklah ditubuhkan sebuah majlis yang dinamakan "Majlis Syura 'Ulamak" dan diberi kepadanya kuasa-kuasa seperti berikut :-

 Menghurai, menjelas dan mentafsirkan dasar PAS dan mana-mana peruntukan di dalam Perlembagaan ini yang menimbulkan kesamaran mengenai maksud dan tujuannya dan membuat ketetapan mengenainya.

 Mengeluarkan arahan dan perintah supaya dasar dan ketetapan itu dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memelihara supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak dalam 8 Perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan, gerakan dan pentadbiran PAS.

 Mendengar dan memutuskan semua rayuan semula tatatertib yang dikemukakan oleh ahli PAS mengikut Fasal 83 Perlembagaan ini.

 Secara ringkasnya MSU ditubuhkan dengan tujuan untuk menjamin kekuasaan PAS yang diperuntukan dalam Fasal 7(2) dan memastikan segala perjalanan seluruh badan di dalam Pas iaitu JKPP, DUPP, DPPP, DMPP dan terbaru DHPP tidak terkeluar daripada dasar ISLAM Pas dan keputusan Muktamar.

 Bagi maksud penubuhannya MSU telah diberikan kuasa oleh Perlembagaan Pas seperti yang diperuntukkan dalam subfasal (a),(b) dan (c) di atas iaitu :-

 Menghurai, menjelas dan mentafsir dasar Pas dan peruntukkan Perlembagaan yang samar;

 Mengeluarkan arahan dan perintah supaya dasar dan ketetapan tersebut dipatuhi dan dilaksanakan; dan

 Mendengar dan memutuskan rayuan tatatertib yang dikemukakan oleh ahli.9 Selain kuasa khusus di bawah Fasal 8 (1), MSU juga telah diberikan kuasa sampingan yang lain seperti yang diperuntukkan Fasal 88 (1) dan (2).

 FASAL 88. Lain-lain Perkara

 Segala perkara yang berbangkit dan perselisihan faham dan pendapat di atas tafsiran Perlembagaan ini, serta Aturan dan Peraturan yang diperbuat mengikut kuasa-kuasa yang diperuntukan dalam Perlembagaan ini hendaklah dirujukkan kepada 'MAJLIS SYURA 'ULAMAK' dan sebarang keputusannya adalah muktamad, jika tidak diubah oleh Muktamar.

 'MAJLIS SYURA 'ULAMAK' adalah berkuasa membuat sebarang keputusan di atas perkara-perkara yang tidak diperuntukan dalam Perlembagaan ini dengan syarat keputusan itu hendaklah tidak bercanggah dengan dasar dan tujuan PAS seperti yang termaktub dalam Perlembagaan ini dan tertakluk kepada kuasa tertinggi Muktamar

 AHLI MAJLIS SYURA

 Majlis Syura Ulamak dianggotai oleh tidak lebih daripada 17 orang yang dilantik oleh JKPP, DUPP, DPPP, DMPP dan MSU sendiri.

 Fasal 8 (2) - Ahli-ahli Majlis Syura 'Ulamak hendaklah terdiri daripada tidak lebih tujuh belas orang iaitu: 

(a) Seorang Mursyidul 'Am
(b) Seorang Timbalan Mursyidul 'Am
(c) Seorang Setiausaha Majlis Syura 'Ulamak, dan
(d) Tidak lebih empat belas orang Ahli Majlis Syura 'Ulamak

 Fasal 8 (4) mempertuntukkan kaedah perlantikan anggota-anggota MSU iaitu :-

(4) Empat orang daripada ahli Majlis Syura 'Ulamak itu hendaklah dipilih dan dilantik oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan empat orang yang dipilih dan dilantik oleh Jawatankuasa Kerja Dewan 'Ulamak PAS Pusat dan masing-masing dua orang yang dipilih dan dilantik oleh Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat dan Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat dan tidak lebih lima orang yang baki itu dipilih dan dilantik oleh Majlis Syura 'Ulamak itu sendiri. Keahlian seseorang ahli majlis itu boleh diperbaharui oleh pihak yang memilih/ melantiknya setelah tamat tempoh tersebut.

 Secara ringkasnya Fasal 8 (4) seperti di bawah :-

Empat (4) orang ahli dilantik oleh JKPP;
Empat (4) orang ahli dilantik oleh DUPP;
Dua (2) orang ahli dilantik oleh DPPP;
Dua (2) orang ahli dilantik oleh DMPP; dan
Tidak lebih lima (5) orang ahli dilantik oleh MSU sendiri.
Apabila lengkap perlantikan keanggotaan MSU, maka ahli-ahli MSU akan bermesyuarat melantik ketua MSU iaitu Mursyidul Am, Timbalan Mursyidul Am dan Setiausaha MSU di kalangan ahli-ahli MSU. Ini diperuntukkan di dalam Fasal 8 (6) dan (7)

 Walau bagaimana pun perlu diambil perhatian bahawa setiap ahli PAS yang hendak dilantik menjadi ahli MSU, mereka mestilah mempunyai kelayakan yang telah ditetapkan di dalam Fasal 8 (3) iaitu : 

 (3) Seseorang yang hendak dilantik menjadi Ahli Majlis Syura 'Ulamak itu hendaklah seseorang yang mengetahui masalah-masalah pokok (AL-USUL) dalam syariat Islam dan hukum-hukumnya atau/dan dapat merujuk masalah-masalah itu kepada al-Quran, as-Sunnah, Ijmak dan Qias dengan faham akan maksud dan maknanya yang muktabar dan hendaklah seorang yang adil yakni tidak melakukan dosa besar atau terus menerus melakukan dosa kecil dan hendaklah terpelihara maruahnya serta hendaklah seorang ahli PAS.

 Berdasarkan kepada Fasal 8 (3) di atas, dapat disimpulkan bahawa untuk dilantik menjadi ahli MSU, seseorang itu bukan sembarangan orang. Mereka yang hendak dilantik mesti menepati kehendak Fasal 8 (3) dengan kukuh untuk mengelakkan integriti MSU dipertikai.

 SIAPAKAH AHLI MAJLIS SYURA SEKARANG (2014)

 Daripada maklumat yang diperolehi, MSU sekarang dianggotai oleh :

Tuan Guru Dato' Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat (Mursyidul Am)
Tuan Guru Dato' Dr. Harun Din (Timbalan Mursyidul Am)
Dato' Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh (Setiausaha)
Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang (Ahli)
Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Ahli)
Dato' Hj Abdul halim Abdul Rahman (Ahli)
Dato' Hj Ahmad Yaakob (Ahli)
Dato' Dr Hj Mahfodz Mohamed (Ahli)
Dato Hj Muhammed Daud Al-Iraqi (Ahli)
Ustaz Nasruddin Hassan At-Tantawi (Ahli)
Ustaz Hj Hashim Jassin (Ahli)
Ustaz Zaharuddin Muhammad (Ahli)
Ustaz Idrid Ahmad (Ahli)
Dato' Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri (Ahli)
Ustazah Wardah Tahir (Ahli)
Ustazah Nadzirah Mohamad (Ahli)

Memantapkan dan memperkukuhkan Majlis Syura Ulamak

Sesuai dengan tujuan penubuhannya untuk menjaga, mengawal dan menjamin perjalanan seluruh badan-badan di dalam PAS tidak terkeluar daripada landasan dasar PAS iaitu Islam dalam menjalankan gerak-kerja mereka, maka MSU mestilah mempunyai integriti yang tidak boleh dipertikai sedikit pun. Bertitik tolak daripada ugas-tugas harakinya, MSU hendaklah menjalankan tugas dalam kerangka bidang kuasa yang telah ditetapkan di dalam Perlembagaan PAS kerana MSU adalah institusi tertinggi di dalam hierarki organisasi sehinggalah Muktamar membuat kata putus. Ini jelas disebutkan di dalam Fasal 88 (1) dan 88 (2) yang disebutkan sebelum ini.

 Integriti sesebuah badan tertinggi seperti MSU adalah amat mustahak, lebih-lebih lagi MSU yang bertindak sebagai pengawal agar sebarang tindakan ahli atau badan-badan di bawahnya tidak tergelincir daripada dasar. Integriti MSU boleh saja dipertikai jika sesuatu keputusan atau tindakan dilihat tidak menepati kehendak Perlembagaan atau aspirasi parti. Sesuatu tindakan tidak hanya perlu dirasakan adil tetapi perlu dilihat adil. Untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku, maka perlu dinilai siapa yang berada di dalam sesebuah badan tersebut.

 Dalam konteks MSU ini, bagi mengelakkan integriti MSU dipertikai, maka dicadangkan PAS mengambil beberapa pendekatan seperti berikut :-

 Ahli yang hendak dilantik menjadi Ahli MSU hendaklah benar-benar menepati kelayakan yang ditetapkan oleh Fasal 8 (3) Ahli yang hendak dilantik menjadi Ahli MSU hendaklah tiada pertalian keluarga dengan mana-mana pimpinan tertinggi parti samada di peringkat Pusat atau Negeri;

 Ahli yang hendak dilantik menjadi Ahli MSU hendaklah tidak memegang apa-apa jawatan di dalam mana-mana badan lain di dalam PAS seperti JKPP, DUPP, DPPP dan DMPP.

 Ahli yang hendak dilantik menjadi Ahli MSU hendaklah di dalam bidang-bidang ilmu yang berlainan;

Dalam menjalankan tugasnya di bawah Fasal 8 (1), MSU hendaklah mengambilkira atau mendapatkan pandangan badan lain di dalam PAS yang mempunyai kepakaran berkaitan sesuatu perkara. 

 Ahli yang hendak dilantik menjadi Ahli MSU hendaklah benar-benar menepati kelayakan yang ditetapkan oleh Fasal 8 (3) 
Fasal 8 (3) 
Seseorang yang hendak dilantik menjadi Ahli Majlis Syura 'Ulamak itu hendaklah seseorang yang mengetahui masalah-masalah pokok (AL-USUL) dalam syariat Islam dan hukum-hukumnya atau/dan dapat merujuk masalah-masalah itu kepada al-Quran, as-Sunnah, Ijmak dan Qias dengan faham akan maksud dan maknanya yang muktabar dan hendaklah seorang yang adil yakni tidak melakukan dosa besar atau terus menerus melakukan dosa kecil dan hendaklah terpelihara maruahnya serta hendaklah seorang ahli PAS.

 Syarat WAJIB untuk menjadi ahli MSU ialah :

Mengetahui masalah-masalah pokok (Al-Usul) dalam syariat Islam dan hukum-hukumnya; Dapat merujuk masalah-masalah pokok itu kepada Al-quran, Sunnah, Ijmak dan Qias dengan faham maksud dan makna yang muktabar;
Seorang yang adil (tidak melakukan dosa besar atau terus menerus melakukan dosa kecil);
Seorang yang terpelihara maruahnya; dan
Seorang Ahli Pas.

 Syarat-syarat wajib ini, wajib dipenuhi oleh setiap orang yang hendak dilantik menjadi ahli MSU.

 Rujuk kembali kepada senarai Ahli MSU 2014 yang disebutkan di atas sebelum ini. Sama-sama kita nilai dengan hati terbuka tanpa emosi dan assabiyah, adakah semua yang tersenarai itu benar-benar menepati syarat wajib yang telah ditetapkan oleh Fasal 8 (3) Perlembagaan? Jawapannya ada pada diri kita masing-masing. Samada ya atau tidak, maka sudah ada ruang untuk MSU dipertikaikan integritinya.

 Ahli yang hendak dilantik menjadi Ahli MSU hendaklah tiada pertalian keluarga dengan mana-mana pimpinan tertinggi parti samada di peringkat Pusat atau Negeri. Pertindihan kepentingan (conflict of interest) dalam sesuatu oraganisasi wajar dielakkan kerana ianya akan membuka ruang kepada fitnah. Islam sendiri melarang ummatnya mendedahkan diri kepada fitnah. Apabila ada ruang terbuka untuk fitnah (pertikaian) maka sewajarnya ia ditutup atau dielakkan supaya tidak merebak menjadi mudharat yang lebih besar.

 Benar, setiap ahli MSU yang dilantik berpegang teguh kepada ilmu yang berpandukan Al-quran, Sunnah, Ijmak dan qias tetapi selagi mana namanya manusia, maka tidak lepas daripada hasutan syaitan.

 Rujuk kepada senarai Ahli Msu yang dinyatakan di atas sebelum ini, maka kita akan temui ada di sana ruang untuk fitnah itu berlaku.

 Ahli yang hendak dilantik menjadi Ahli MSU hendaklah tidak memegang apa-apa jawatan di dalam mana-mana badan lain di dalam PAS seperti JKPP, DUPP, DPPP dan DMPP. Perkara ini juga melibatkan pertindihan kepentingan (conflict of interest). Sekali lagi ditegaskan bahawa jika ada ruang yang membolehkan ahli-ahli di bawah untuk bercakap berkaitan hal ini, maka ianya seharusnya ditutup atau dielakkan.

 Fasal 8 (3) dan Fasal 8 (4) Perlembagaan Pas tidak mesyaratkan seseorang yang hendak dilantik mesti memegang jawatan di dalam badan-badan lain di dalam PAS. Fasal 8 (3) memperuntukkan syarat wajib kelayakan seseorang yang hendak dilantik manakala Fasal 8 (4) berkaitan bagaimana dan siapa yang melantik.

 Dalam hal ini Fasal 8 (4) hanya menyebutkan bahawa empat (4) orang ahli dilantik oleh JKPP, empat (4) yang lain dilantik oleh DUPP, empat (4) lagi dilantik masing-masing oleh dua (2) oleh DPPP dan dua (2) DMPP manakala selebihnya lima (5) dilantik oleh MSU sendiri di kalangan ahli PAS. Jelas bahawa tidak disyaratkan seseorang yang hendak dilantik menjadi ahli MSU hendaklah berjawatan. Tujuan peruntukkan Fasal 8 (4) tersebut adalah untuk mengelakkan sebarang pertindihan kepentingan.

 Jika dilihat pada senarai Ahli MSU sekarang, kita dapat lihat majoriti Ahli MSU adalah pemegang jawatan di dalam badan-badan lain di dalam PAS contohnya :-

Dato' Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh (Setiausaha MSU yang dalam masa yang sama beliau adalah Ahli Jawatankuasa DUPP);
Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang (Ahli MSU sedangkan dalam masa yang sama beliau ialah Presiden PAS;
Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Ahli MSU yang juga Naib Presiden PAS)
Dato' Hj Ahmad Yaakob (Ahli MSU yang merupakan Pemangku Ketua DUPP)
Dato' Dr. Mahfodz Mohamed (Ahli MSU yang juga adalah Naib Ketua DUPP)
Ustaz Nasrudin Hassan (Ahli MSU yang juga AJK Pas Pusat)
Ustaz Idris Ahmad (Ahli MSU juga merupakan AJK Pas Pusat)
Ustaz Zaharudin Muhammad (Ahli MSU yang juga merupakan Ketua Penerangan DPPP)

 Jawatan-jawatan mereka sedia ada boleh menyebabkan berlakunya "conflict on interest" apabila mereka menjalankan tugas mereka sebagai Ahli MSU. 

 Antara tugas haraki MSU yang utama ialah seperti di dalam Fasal 8 (1)(c) iaitu mendengar rayuan tatatertib yang dikemukakan oleh ahli. Bagaimana Presiden yang memecat atau mengambil tindakan tatatertib terhadap seseorang ahli pada peringkat bawah dan kemudian beliau juga akan mendengar rayuan pada peringkat MSU?

 Contohnya Ali (bukan nama sebenar) telah didapati ingkar arahan parti dan/atau melakukan perkara yang merugikan parti. Maka JKPP yang diketuai oleh Presiden memutuskan bahawa Ali dipecat keahlian. Ali mempunyai hak untuk merayu dan membuat rayuan kepada MSU. Presiden, Naib Presiden (Dato' Tuan Ibrahim), AJK PAS Pusat (Ustaz Idris Ahmad dan Ustaz Nasruddin Hassan) yang membuat proses pemecatan Ali di peringkat JKPP juga merupakan Ahli MSU untuk mendengar rayuan Ali. Adakah perkara sebegini boleh dilakukan dan adakah ianya akan menjamin keadilan kepada Ali malah lebih dari itu adakah ianya akan dilihat adil?

 Berpandukan ruang yang luas yang diberikan oleh Fasal 8 (4), maka ahli-ahli yang hendak dilantik menjadi ahli MSU sewajarnya adalah mereka yang tidak memegang apa-apa jawatan di dalam parti. Contohnya empat (4) orang yang dilantik oleh JKPP, boleh dilantik di kalangan Tuan-tuan Guru ulamak yang amat dipandang tinggi dan dihormati seperti Tuan Guru Haji Salleh Musa, Sik sekadar menyebut.

 Dengan lantikan berkecuali ini maka integriti MSU akan lebih terjamin dan lebih daripada itu para alim ulama dapat dilibatkan sama untuk aktif bersama parti.

 Ahli yang hendak dilantik menjadi Ahli MSU hendaklah di dalam bidang-bidang ilmu yang berlainan.

 PAS ditubuhkan bertujuan untuk memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah dan mempertahankan kesucian Islam serta kedaulatan dan kemerdekaan negara seperti yang diperuntukkan di dalam Fasal 5 Perlembagaan PAS.

 Sesuai dengan tujuan haraki PAS tersebut maka sewajarnya MSU dianggotai oleh ahli-ahli yang mempunyai kepakaran dalam bidang yang pelbagai samada dari sudut ilmu aqidah, ilmu hadith, ilmu muamalat dan lain-lain.Kepelbagaian kepakaran ilmu ini membolehkan sesuatu keputusan MSU itu lebih tepat dan jitu sesuai dengan peredaran masa. Dengan keputusan yang jitu dan tepat maka MSU akan lebih disanjung, dihormati dan diiktiraf semua lapisan ahli malah boleh menjadi rujukan hukum kepada Negara di samping Majlis Fatwa Kebangsaan. Ia juga akan lebih meninggikan martabat PAS secara keseluruhannya.

 Dalam menjalankan tugasnya di bawah Fasal 8 (1), MSU hendaklah mengambilkira atau mendapatkan pandangan badan lain di dalam PAS yang mempunyai kepakaran berkaitan sesuatu perkara.

 Mengetahui tugas MSU adalah untuk menghurai, menjelas dan mentafsir dasar PAS serta peruntukkan perlembagaan serta untuk membuat sebarang keputusan bagi perkara-perkara yang tidak dinyatakan secara jelas di dalam Perlembagaan maka sebaiknya MSU juga mendapatkan pandangan daripada badan-badan atau lajnah-lajnah tertentu di dalam PAS yang mempunyai kepakaran di dalam sesuatu hal.

 Contohnya apabila MSU hendak mentafsir sesuatu peruntukkan Perlembagaan, maka sebaiknya MSU merujuk kepada Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) yang mempunyai pengetahuan dan kepakaran di dalam undang-undang. Pandangan dan rujukan bukan kepada peguam perseorangan tetapi kepada sebuah Lajnah dan Lajnah tersebut (LUHAM) akan memberikan pandangan dan nasihat atas kapasiti Lajnah bukan persendirian.

 Justeru dengan pandangan pihak-pihak tersebut, MSU akan dapat membuat keputusan yang lebih tepat dan seterusnya keputusan MSU akan dihormati dan disanjung.

 KESIMPULAN.

 Harapan tinggi ahli kepada Majlis Syura Ulamak bukan suatu yang boleh dipandang mudah. Integriti MSU mesti ditahap tertinggi supaya setiap keputusannya tidak diragui dan dipandang remeh oleh bukan sahaja ahli tetapi musuh yang sudah memang cemburu dan tidak menyenangi PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam secara syumul

 Disediakan oleh  Zulhazmi Shariff  SUMBER

Tiada ulasan: