Isnin, 18 Ogos 2014

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Dr Mahathir tarik balik sokongan kepada Najib

Posted: 17 Aug 2014 10:39 PM PDT

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata hari ini beliau terpaksa menarik balik sokongan dan terpaksa mengkritik kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana prestasinya lebih buruk daripada penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu berkata, beliau terpaksa berbuat demikian kerana Najib tidak mengambil iktibar daripada prestasi buruknya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

"Saya tidak ada pilihan selain menarik balik sokongan saya. Ini pun tidak berkesan. Oleh itu terpaksalah saya menegur," kata Dr Mahathir melalui tulisan di blognya, www.chedet.cc.

"Harapan saya Najib akan mengambil ikhtibar daripada prestasinya yang buruk dalam PRU13. Malangnya sehingga kini tidak ternampak apa-apa perubahan daripada segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya, (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara langsung kepada Najib," katanya.

Dr Mahathir berkata, beliau tidak menyangka prestasi perdana menteri dalam PRU13 akan menjadi lebih buruk daripada Abdullah dalam PRU12 pada 2008.

"Pilihan saya bagi mengganti Abdullah ialah Najib. Setelah beberapa lama dilihat dasar dan tindakan Najib tidak lebih berkesan daripada Abdullah.

"Sesungguhnya banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan kerajaan pimpinan Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara," katanya menerusi blog popularnya itu.

Dr Mahathir berkata, kelemahan pentadbiran Najib disebabkan penyokong kerajaan tidak pernah menegur pemimpin.

"Jikalau tiada siapa yang sanggup menegur, biarlah saya menegur. Saya pernah dipecat oleh Tunku Abdul Rahman, dipulau Datuk Seri Abdullah dan difitnah ramai. Jika kerana menegur saya akan didera, terpaksalah saya terima.

"Bukanlah saya tidak sayang pemimpin. Tetapi saya lebih sayang bangsa dan negara saya," katanya.

Beliau berkata, kesalahan pertama Najib adalah apabila beliau melayan tuntutan musuh.

"ISA dan undang-undang buang daerah dimansuh. Tindakan ini tidak sedikit pun mengurangkan tentangan parti lawan.

"Sebaliknya jenayah bertambah dengan banyaknya kerana pembebasan ketua-ketua geng," katanya.

Dr Mahathir juga tidak berpuas hati dengan sikap pentadbiran Najib yang dilihat terlalu tunduk kepada negara-negara jiran.

"Wang kerajaan diguna untuk mempengaruhi sokongan rakyat apabila pilihan raya umum diadakan.

"Ini menjadikan rakyat terlalu bergantung kepada kerajaan untuk segala-galanya," katanya.

Dalam PRU13 lalu, pencapaian Najib lebih buruk daripada Abdullah pada PRU12 apabila hanya berjaya mendapat 133 kerusi Parlimen berbanding 140 pada 2008. – 18 Ogos, 2014.

Terkini! Sidang Media TG Nik Aziz Selepas TG Haji Haji Mengadakan Perjumpaan Tertutup

Posted: 17 Aug 2014 08:46 PM PDT



Sidang media TGNA & TGHH selepas pertemuan sulit antara keduanya sekejap tadi.

"Selepas diberikan taklimat oleh TGHH & Cikgu Pa, saya menyokong penuh keputusan Mesyuarat Pas Pusat semalam" - TGNA

Allahuakhbar!

Awas! Fitnah Terbaru Sedang Tersebar

Posted: 17 Aug 2014 07:53 PM PDT



Ingat. Semua kita akan mati.

UMNO JANGAN JADI BONEKA US DAN ZIONIS

Posted: 17 Aug 2014 04:43 PM PDT

Perjuangan UMNO sekarang sudah songsang. Perlembagaan UMNO yang memperkasakan bangsa Melayu, islam dan negara sudah dianggap ketinggalan zaman. Waktu Anwar dalam UMNO dia sudah mengembangkan ajaran politik liberalisme, masyarakat madani, pluralisme yang menjadi falsafah politik Zionisme yang menguasai kepimpinan negara US.Waktu dalam ABIM Islam menjadi slogan untuk memukau para pengikutnya. Akhirnya Islam ditinggalkan setelah dia berkuasa dan menyemaikan idelogi Zionisme yang berkiblat ke Washington. Walaupun dia mempunyai pengaruh meluas dalam UM NO di waktu itu namun dia gagal menumbangkan Dr Mahathir yang menjadfi PM kerana kekuatan intelektual Mahathir dan kewibawaannya sebagai PM yang berani menentang US dan Zionisme tidak dapat ditandingi Anwar. Walau pun dia mengadakan "reformasi jalanan" namun ia tetap gagal menghancurkan pengaruh dan kuasa politik Mahathir.

Kelemahan Pak Lah sebagai PM dengan anak menantu dan kaum keluarga yang berlagak super sombong dan super rakus menjadi "ulam" kepada Anwear. Malah di era Pak Lah inilah pengaruh US dan Zionisme sudah meresap masuk kerana kelemahan Pak Lah yang dikuasai oleh anak-anak dan menantunya. Anwar yang menjadfi musuh politik UMNO dan merengkok dalam penjara dibebaskan tanpa menghabiskan waktunya. Besar kemungkinan US dan Zionis telah menekan Pak Lah membebaskan Anwar segera kerana Pak Lah dikaitkan dengan skandal "minyak untuk makanan" diera Saddam Hussein, dan anaknya pula terlibat dalam penjualan alat nukliar kepada Libya melalui syarikat Scomi. Pendedahan yang dibuat oleh US melalui CIA dan juga Mossad menyebabkan Pak Lah terpaksa tunduk pada tekanan kuasa luar. Situasi politik negara semakin gawat. PengaruhtCIA dan Mossad semakin berkuasa.

Soalnya apakah Najib sekarang bebas dari engaruh US dan Zionis? Tidak. Malah 1 Malaysia yang dijajanya merupakan ciri-ciri perjuangan liberalisme US dan Zionis.Penghapusan ISA yang diperjuangkan Anwar dilaksanakan Najib. Justeru itu Anwar tidak menentang gagasan 1 Malaysia kerana perjuangan Najib dan Anwar adalah sama, iaitu menjadi boneka US dan Zonis Tanya pada ahli-ahli dan para pemimpin UMNO apakah kalian jahil dan bodoh tidak memahami matalamat 1 Malaysia itu? UMNO sudah jadi koro, bisu dan pekak, buta matahati kerana dihanyut olehmitos bahawa selagi ada bulan dan matahari Melayu dan UMNO akan terus berkuasa. Mereka tidak sedar bahawa UMNO sekarang sudah hilang tenaga magisnya, dibenci, dipandang rendah oleh bangsa Melayu sendiri kerana perjuangan UMNO sudah jauh menyimpang dari semangat Melayu, islam dan patritisme yang terkandung dalam perlembagaannya.

-yahya-

NASIB PAKATAN RAKYAT DI SELANGOR MASIH TERTAKLUK KEPADA BUDI BICARA TAN SRI KHALID IBRAHIM DAN SULTAN SELANGOR

Posted: 17 Aug 2014 04:33 PM PDT

Kamarul Yusoff


Apabila Jawatankuasa Kerja PAS Pusat di dalam mesyuaratnya pada 17 Ogos 2014 bersetuju menarik balik sokongan yang diberikan oleh PAS terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar dan apabila Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di dalam mesyuaratnya pada 17 Ogos 2014 bersetuju mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar yang baru maka, secara moralnya, kemelut politik di Selangor boleh dijangkakan akan selesai melalui pengunduran Tan Sri Khalid Ibrahim dari jawatan Menteri Besar. Bagaimanapun, para pemimpin dan para penyokong Pakatan Rakyat tidaklah boleh terlalu bergembira dengan jangkaan selesainya kemelut politik di Selangor ini kerana nasib Pakatan Rakyat di Selangor sebenarnya masih tertakluk kepada budi bicara Tan Sri Khalid Ibrahim dan Sultan Selangor.

Secara undang-undangnya, jika Tan Sri Khalid Ibrahim masih mahu melawan maka, selama mana beliau tidak diminta meletakkan jawatan oleh Sultan Selangor dan jika Sultan Selangor meminta penarikan sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim dibuktikan di dalam Dewan Undangan Negeri, beliau boleh sahaja meneruskan kemelut politik ini dengan menghalang Pakatan Rakyat dari mengemukakan usul tidak percaya terhadap beliau sehingga kira-kira empat bulan lagi dengan tidak menasihatkan Sultan Selangor untuk memanggil Dewan Undangan Negeri bersidang di dalam tempoh itu berdasarkan peruntukan Artikel 70(1) Perlembagaan Negeri Selangor yang menyebut "His Highness shall from time to time by Proclamation published in the Gazette summon the Legislative Assembly and shall not allow six months to elapse between the last sitting in one session and the date appointed for its first sitting in the next session", juga peruntukan Artikel 55(1) Perlembagaan Negeri Selangor yang menyebut "In the exercise of his functions under this Constitution or any law... His Highness shall act in accordance with the advice of the State Executive Council or of a member thereof acting under the general authority of the Council".

Secara undang-undangnya juga, jika Tan Sri Khalid Ibrahim masih mahu melawan di sebalik kewujudan bukti nyata penarikan sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri terhadap beliau maka beliau boleh sahaja memohon kepada Sultan Selangor supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi membuka jalan kepada satu pilihan raya semula diadakan berdasarkan peruntukan Artikel 53(6) Perlembagaan Negeri Selangor yang menyebut "If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the majority of the members of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the State Executive Council". Melainkan jika Sultan Selangor menggunakan kuasa budi bicara Baginda untuk menolak permohonan Tan Sri Khalid Ibrahim supaya Baginda membubarkan Dewan Undangan Negeri berdasarkan peruntukan Artikel 55(2)(b) Perlembagaan Negeri Selangor yang menyebut "His Highness may act in his discretion in...the withholding of consent to a request for the dissolution of the Legislative Assembly" maka kemungkinan untuk rakyat Selangor berpilihan raya semula masih ada.

Tiada ulasan: