Jumaat, 8 Ogos 2014

Biaqpila

Biaqpila


AMARAN HAMAS: TERIMA SYARAT ATAU TERUS BERPERANG

Posted: 08 Aug 2014 07:30 AM PDT




GAZA: Sayap kanan Hamas Briged Izzudin Al-Qassam, memberi amaran sedia meneruskan pertempuran dengan Israel jika negara haram Zionis itu enggan membebaskan Palestin dari kepungan secara total.

Dalam satu siaran televisyen, mereka mendakwa tidak akan bersetuju dengan mudah untuk genjatan senjata kecuali Israel menerima syarat yang mereka tetapkan.

Kenyataan itu dibuat sebagi mesej kepada deligasi Palestin yang kini berada di Mesir bagi membuat rundingan dengan Israel untuk melanjutkan tempoh genjatan senjata tiga hari yang sepatutnya tamat hari ini.

"Kami merayu kepada delegasi Palestin agar tidak menerima pelan genjatan senjata kecuali kita berpuas hati dengan tuntutan rakyat Palestin," katanya.

"Kami akan memulai serangan ke Israel pada jam 8.00 pagi Jumat setelah gencatan senjata selesain" katanya.

Sementara itu,beribu-ribu penduduk Gaza berarak semalam bagi menyokong tuntutan Briged Al-Qassam dan pasukan rundingan Palestin di Kaherah.

Ahli Majlis Perundangan Palestin Mushir al-Masri berkata, Gaza tetap bersama Hamas walaupun kira-kira 2,000 rakyat syahid dan 10,000 cedera dalam serangan empat minggu oleh Israel.

Beliau menambah bahawa pasukan rundingan Palestin mesti sedar bahawa orang-orang Palestin, yang telah mengorbankan orang kesayangan mereka sesekali tidak akan bersetuju untuk apa-apa perjanjian gencatan senjata kecuali tuntutan mereka dipenuhi.

Berikut adalah 10 syarat genjatan senjata yang ditetapkan Hamas dan rakyat Palestin.

1- Memberhentikan serta-merta peperangan antara kedua-dua belah pihak dan pengunduran kereta-kereta kebal Israel ke pangkalannya serta mengembalikan kawasan-kawasan perbatasan kuning yang digariskan sebelum ini serta tanah pertanian juga membenarkan para petani Palestin untuk bekerja di tanah-tanah pertanian mereka.

2- Membebaskan semua rakyat-rakyat Palestin yang ditangkap sejak 23 Jun 2014 juga jaminan kebajikan mereka khususnya tahanan dari Jerusalem, Gaza dan rakyat Palestin dalam(rakyat palestin yang tinggal dalam Israel).

3- Membuka kepungan ke atas Gaza secara total serta laluan-laluan sempadan untuk laluan barangan-barangan serta individu dan laluan untuk kemasukan semua bahan-bahan mentah seperti makanan dan bahan-bahan binaan serta membina stesen jana elektrik yang cukup untuk semua keperluan Semenanjung Gaza.

4- Pembangunan semula pelabuhan laut antarabangsa dan lapangan terbang antarabangsa yang diselia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan negara-negara berkecuali.

5- Perluasan kawasan penangkapan ikan bagi nelayan sehingga 10km dari persisir pantai Gaza serta menyediakan para nelayan dengan kapal-kapal nelayan dan muatan/kargo besar.

6- Menjadikan laluan Rafah sebagai laluan antarabangsa yang diselia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), negara-negara Arab dan negara atas kerjasama.

7- Penandatanganan untuk gencatan senjata bagi tempoh 10 tahun serta menempatkan pengawal-pengawal antarabangsa di setiap sempadan.

8- Jaminan dari pihak Israel untuk tidak menceroboh ruang udara Palestin serta membenarkan mereka dari Gaza untuk menunaikan solat di Masjid Al-Aqsa.

9- Israel tidak dibenarkan masuk campur dalam urusan kerajaan Palestin mahupun dalam pembentukan kerajaan perpaduan Palestin.

10- Pembinaan semula kawasan-kawasan perindustrian di sempadan serta jaminan keselamatannya dan kemajuannya.

- HARAKAHDAILY 8/8/2014


KONTROVERSI ANAK DARA TUA KURANG SEKS

Posted: 08 Aug 2014 02:28 AM PDT




Faekah 'Anak Dara Tua Kurang Seks' kata Hishamuddin Rais


Aktivis Pembangkang, Hishamuddin Rais telah mengundang kontroversi apabila menggelar Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Hussin sebagai 'anak dara tua yang kurang seks'.

Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut ketika menjadi panel dalam forum berjudul 'Krisis Selangor: Pakatan berpecah?' di Dewan Perhumpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH) kelmarin.

Beliau yang turut mengecam kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim memberi gelaran tersebut setelah menganggap Faekah sebagai penyokong tegar Khalid yang terlalu beremosi apabila beberapa pihak mengkritik bosnya itu.

"Bila cakap pasal tak kahwin semua tahu kan? Faekah tak kahwin lagi. "Inilah masalahnya. Orang yang bernama Faekah ini adalah penyokong tegar Khalid.

"Kalau petang semalam tak bersetuju untuk bertemu dan berbincang, malam esok Faekah kata Jangan.. Jangan.. Jangan.. Jangan.

"Ini saya bagi satu analisis apabila 'orang itu' kurang seks," katanya dengan nada sinis. Hishamuddin berkata demikian dengan memberi contoh menyamakan Faekah dengan watak seorang jururawat dalam filem Milos Forman berjudul "One Flew Over the Cuckoo's Nest".

Ianya turut dirakamkan menerusi laman Youtube 'KiniTV' bertajuk 'Forum 'Krisis Selangor hangat pula dengan isu hina wanita'.

Kenyataan beliau itu dilaporkan telah menimbulkan ketidakpuasan hati beberapa peserta yang hadir pada forum berkenaan.

Sebelum ini, Faekah mengeluarkan kenyataan menyelar beberapa pihak di dalam pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang merancang menjauhkan karier politik Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Malah beliau pernah menyatakan rasa ketidakpuasan hatinya menerusi laman twitternya terhadap keputusan pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggugurkan bosnya dari jawatan Menteri Besar Selangor dan menamakan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti bagi jawatan tersebut.

Faekah dengan nada sinis menganggap keputusan mesyuarat yang dipimpin Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tindakan 'Ikut Suka Aku' tanpa merujuk kepada Undang-Undang Tubuh Negeri dalam melantik atau menggantikan jawatan tertinggi pentadbiran negeri Selangor itu lapor Malaysiakini.


darisungaiderhaka





BOIKOT DALAM KONTEKS PERJUANGAN PALESTIN

Posted: 07 Aug 2014 09:21 PM PDT


Bagi saya kempen boikot barangan Amerika dan Israel adalah agenda penting dalam konteks roh perjuangan umat Islam di Palestin.

Jika boikot tidak penting, ulama tidak akan berbincang dan memberikan fatwa mengenainya. Contohnya, di Islam online terdapat 20 soalan dan jawapan daripada pelbagai ulama mengenai perlunya memboikot barangan Israel dan penyokong Israel.

Lihat http://www.islamonl ine.net/complete search/english/ CounsellorSearch Ack.asp?hSection =0&hKeyword=israel+ boycott&hChoice=2&hJoin=1

Jika ianya satu perkara yang remeh, Sheikh Yusuf alQardhawi tidak akan memberikan fatwa beliau yang jelas dan tegas :

Each riyal, dirham …etc. used to buy their goods eventually becomes bullets to be fired at the hearts of brothers and children in Palestine . For this reason, it is an obligation not to help them (the enemies of Islam) by buying their goods. To buy their goods is to support tyranny, oppression and aggression."
- 20 Muharram 1423 AH 4 April 2002 (www.inminds. co.uk)

Di Islam Online tertera fatwa Dr. As-Sayed Nuh, Profesor di Universiti Kuwait:

"We should differentiate between what we call Daruriyyat or necessary needs, and Tahsiniyyat or luxuries.

If the products that Muslims tend to buy are from the second category (i.e. they are Tahsiniyyat), then it is better to forgo them irrespective of whether those products are American, European or even national products.

However, if some Muslims find themselves weak and have strong desires to buy goods belonging to Tahsiniyyat category, then they should not buy from those who support the Jews and Zionists who occupy Palestine and kill the innocents, demolish houses, plunder money, violate the honor of people and profane the sanctity of sacred places in an attempt to bring the progress of the Muslim Ummah to a virtual standstill. It is well known that America plays the greater role in supporting those Jews and Zionists."

Pada pandangan saya, kita tidak boleh melonggokkan semua syarikat Amerika dalam satu kategori.

Ada syarikat Amerika yang tidak menyokong Israel dan ada juga syarikat bukan Amerika yang kuat dan terang-terangan menyokong Israel . Dalam konteks ini misalnya, McDonalds dan Starbucks tidak boleh disamakan dengan KFC dan Pizza Hut. Ini kerana McDonalds, Coca-cola dan Starbucks telah terbukti melalui dokumen sahih terlibat menyokong, menyumbang dan bersimpati dengan negara zionis Israel.

Syarikat Sara Lee pula yang mengedarkan produk Brylcreem, Ambipur, Ridsect dan Kiwi juga terbukti menyokong Israel seperti tertera di dalam website mereka. Website Boycott Israel, www.inminds. co.uk banyak memberikan bukti rujukan penglibatan pelbagai syarikat lain dengan Israel. Misalnya Nestle yang melabur di Israel, lihat ni (http://www.flex- news-food. com/ console/PageViewer. aspx?page= 21216&str=Israel%20Nestle )

Tidak semua syarikat mengisytiharkan penglibatan mereka membantu Israel tetapi jika Israel sendiri mengaku sumbangan mereka, seperti memberikan anugerah atau pengiktirafan seperti dibuktikan oleh website Boycott Israel, perlukah kita mencari alasan untuk terus bermuamalah dengan mereka?

Syarikat-syarikat ini jelas mesti diboikot. Kita mesti merasa tidak berselera, tidak selesa bermuamalah membeli produk syarikat tersebut, seperti kata Sheikh Yusuf Qardhawi, "Setiap riyal, dirham...dsbnya yang digunakan untuk membeli barangan mereka akhirnya menjadi peluru yang akan menembusi jantung saudara-saudara dan anak-anak kita di Palestin".

Bagi syarikat Amerika lain, contohnya KFC & Pizza Hut, kita tidak mempunyai bukti kukuh bahawa mereka menyokong atau bersimpati dengan pendudukan haram Israel di bumi Palestin, keperluan boikotnya tidaklah seberat syarikat-syarikat di atas. Walaubagaimanapun, oleh kerana mereka adalah syarikat dan icon/simbol kebudayaan Amerika yang kerajaannya merupakan penyokong kuat Israel, maka menurut Dr. Monzer Kahf, "They are American cultural symbols that are included in the declaration of boycott more than anything else. (Islam online).

Perlu juga dijelaskan bahawa samada boikot mungkin berkesan atau tidak memberi kesan kepada syarikat berkenaan adalah soal kedua; yakni kita tidak perlu bertanya" kenapa kita perlu boikot jika ianya tidak berkesan?".

Yang penting, boikot ini ialah untuk kita sendiri. Kita mahukan dhamir (conscience) kita tenteram bahawa kita tidak langsung memberi saham kepada penjajahan bumi Palestin, tidak memberi sumbangan kepada titisan darah dan airmata anak-anak Palestin, tidak redha bersekongkol dengan usaha memusnahkan Masjidil-Aqsa, walaupun peratusnya hanya 0.001% dari wang yang kita belanjakan!

Kesimpulan, cadangan keutamaan kempen:

Priority 1: Mesti boikot, jangan sentuh: Syarikat yang jelas sokong/menyumbang kepada Israel: Mcdonalds, Starbucks, Coca cola
Priority 2: Kalau boleh boikot juga, syarikat yang melabur di Israel (maknanya mengiktiraf pendudukan haram Israel di tanah-air kita): Nestle, Nokia,
Priority 3: Buy American Last: Semua syarikat Amerika yang lain

Banyak alternatif lain bagi barangan, produk dan servis yang disediakan.

Allahu a'lam.

sumber : http://omar600. webs.com

utaraonline

Tiada ulasan: