Jumaat, 8 Ogos 2014

Komentar Kini

Komentar Kini


PAS tak ada hak?

Posted: 08 Aug 2014 06:33 PM PDT

Apabila mendengar kenyataan media Datuk Seri Anwar Ibrahim malam semalam, penulis difahamkan bahawa PAS tidak ada kena mengena dengan kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Yang peliknya mengapa Ahli jawatankuasa Pas Pusat tidak setuju dengan pendirian Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, presidennya.

Bukan sahaja setakat tidak setuju, malah mereka menempelak presiden atas sebab menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar Selangor.

Bukan setakat itu sahaja, malah mereka tidak setuju dengan keputusan yang dibuat "syura ulamak" bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim mesti kekal menteri besar Selangor dalam mesyuarat di Kota Baharu dua hari lepas.

Persoalan yang timbul sekarang, apakah benar Pas tidak ada kena mengena dengan kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Jika demikian apa penting PAS campur tangan dalam kemelut tersebut. Bukankah ada lebih baik serah sahaja kes itu pada PKR untuk menyelesaikannya.

Lebih lebih lagi itu adalah kes rumahtangga PKR yang sangat wajar diselesaikan senditi oleh PKR,  agar rumahtangga mereka dapat diselamatkan.

PKR lebih arif apa yang berlaku dalam rumahtangga mereka dan  difahamkan dari kenyataan media Daruk Seri Anwar Ibarhim yang penulis kenali sejak tahun 1972, bahawa PAS tidak ada hak.

Jika tak hak ddengan kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor sudah barang tentu PAS tak perlu campurtangan.

Kuasa untuk menentukan kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor terletak ditangan PKR sendiri dan PAS tidak ada hak, malah tidak ada kena mengena pun.

PAS tidak boleh buat apa apa dengan keputusan yang dibuat oleh PKR, termasuk akan berhadepan dengan dipecat sebagai Ahli parti.

Dan tidak mustahil Tan Sri Khalid Ibrahim akan dipecat sebagai ahli parti dan secara tidak langsung gugurlah jawatan yang disandang itu.

Inilah tindakan yang boleh menukar Tan Sri Khalid Ibrahim menteri besar Selangor kepada menteri besar baru Dr Wan Azizah Wan Ismail yang disenaraikan oleh Suaminya.

Persoalan boleh atau tidak wanita di lantik sebagai menteri besar Selangur tidak berbangkit, miskipun ada hadis yang menyatakan tiada mencapai falah melantik wanita sebagai ketua


Oleh itu, tercapailah cita cita Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melantik Isterinya sebagai menteri Selangor yang baru.


Tiada ulasan: