Jumaat, 8 Ogos 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Dr Zasmani: Akar umbi PP mahu Khalid kekal

Posted: 08 Aug 2014 08:18 AM PDT

MALAYSIAKINI


Seorang ahli seumur hidup PKR, Prof Madya Dr Zasmani Shafiee mendakwa bahawa ahli akar umbi PKR Pulau Pinang mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus dikekalkan sebagai menteri besar Selangor.
  
Beliau yang mendakwa mewakili suara akar umbi anggota PKR berkata tidak ada sebab Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggantikan Abdul Khalid kerana menteri besar Selangor itu mentadbir urus negeri dengan baik.
  
"Ramai di antara kami ahli-ahli akar umbi berasa kecewa, keliru dan marah terhadap sikap segelintir pemimpin atasan yang telah mencemar nama baik parti.

"Parti ini pun parti kami juga, parti ini bukan sendirian berhad. Kami pun ada hak dalam parti ini dan kami boleh bersuara.
  
"Jadi, kami terasa agak terkilan apabila segelintir pemimpin kami telah mencemar nama baik parti melalui 'serangan' bertubi-tubi, tuduh menuduh, mengaibkan pemimpin kanan seperti Tan Sri Abdul Khalid secara umum," katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas menghantar laporan aduan berkaitan proses pemilihan 2014 cabang Bayan Baru di Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) Pulau Pinang, Seberang Perai Utara hari ini.
  
Dr Zasmani yang juga merupakan pengerusi Memacu Arus Perjuangan (MAP) Pulau Pinang, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang rata-rata dianggotai ahli akar umbi PKR.

Beliau menyifatkan tindakan segelintir pemimpin atasan yang membuat 'serangan' terhadap Abdul Khalid seperti tiada lagi adab, hormat dan disiplin.- Bernama

'Ini bukan 1998, Khalid bukan seteru saya'

Posted: 08 Aug 2014 08:15 AM PDT

MALAYSIAKINI



 


Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata situasi yang dialami Tan Sri Khalid Ibrahim kini berbeza dengan keadaan semasa beliau berdepan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1998.

Tegasnya, menteri besar Selangor itu tidak akan dipecat dengan tidak adil dan menjadi musuh ketat PKR

Katanya, Khalid sendiri sudah mendapat bayangan mengenai rancangan untuk menggantikan menteri besar sejak 15 Januari.

Namun, keputusan akhir akan dibuat secara muafakat di kalangan pemimpin Pakatan, walau Khalid tetap berkeras untuk tidak meletak jawatan menteri besar.

"Saya tidak fikir ianya betul untuk mengumpamakan perisitiwa penuh dendam pada 1998 itu dengan situasi sekarang dan isu yang timbul. Saya tampil untuk melawan Umno, bukan untuk memperteguhkan Umno.

"Bila sampai waktu yang sesuai, sekiranya perlu, say akan jelaskan. Apa yang orang ramai perlu tahu, kita sudah memerhatikan proses mesyuarat kaunseling dan nasihat (dengan Khalid) berlangsung berulang kali," katanya.

Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat PKR hari ini, Anwar bukan sahaja menyifatkan Khalid sebagai seorang kawan, tetapi juga seorang saudara.

Beliau turut mengingatkan Khalid bahawa menteri besar itu mengetuai jentera kempen pilihan raya kecil DUN Kajang, yang akan membolehkan Datuk Seri Dr Wan Azizah dilantik menggantikan beliau.

Anwar berkata, Wan Azizah serta Datuk Seri Abdul Hadi Awang dari PAS dan Lim Kit Siang dari DAP sudah melakukan pertemuan demi pertemuan berhubung 'Langkah Kajang' untuk menggantikan Khalid.

Malah, Khalid juga menyertai salah satu mesyuarat tersebut di Shah Alam, kata Anwar.

Maka, isu tersebut tidak perlu digembar-gembur menjadi permusuhan yang pahit, katanya.

"Sebab itulah saya mengelak dari menjawab tuduhan dari budak-budak bawah. Kadang-kadang, mereka melampau sedikit dan nasihat saya agar mereka sentiasa ingat dan fokus pada perjuangan bersama parti.

"Tidak perlu jadi melampau," katanya dalam sidang media tersebut.

Isu MB: Selesaikan cara baik, elak pergeseran terbuka

Posted: 08 Aug 2014 08:11 AM PDT

Oleh: NAZLI IBRAHIM


SHAH ALAM- Semua pihak yang terlibat dalam kemelut Menteri Besar Selangor agar  'buang yang keruh, ambil yang jernih' seperti mana peribahasa Melayu supaya isu ini dapat di selesaikan dengan baik.

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Zuhdi Marzuki, berkata beliau percaya kekeruhan itu angkara wujudnya tangan yang mengocakkan air tenang.

Solat Hajat Perdana rumah MB (100)aKata beliau sekiranya tangan yang mengocakkan itu masih meneruskan perbuatannya itu, akan menyebabkan berlaku suatu perkara yang lebih buruk.

"Untuk menyelesaikan isu ini kena jumpa orang yang mengocakkan beritahu jangan kocak lagi. Kalau kocak juga," kata Dr Zuhdi.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Solat Hajat Perdana Selamatkan Gaza dan Selangor Bumi Bertuah yang diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor di sini.

Kata beliau lagi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) sepatutnya menghargai kepercayaan Rakyat Selangor yang memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat (PR) Selangor selama dua penggal berturut-turut.

Jelas beliau salah satu faktor penting pengundi di Selangor memilih PR sekali lagi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu apabila mendapati pentadbiran PR pada penggal 2008-2013 jauh lebih baik dan mementingkan kebajikkan rakyat berbanding sebelumnya.EZY

Khalid pulau Lembaga Disiplin PKR, anggap pengerusi badan tidak adil

Posted: 08 Aug 2014 07:53 AM PDT

ANTARAPOS.CO,


Post Pic



SHAH ALAM: Seperti yang dijangka, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan memberi keterangan kepada Lembaga  Disiplin PKR hari ini dan menegaskan beliau hanya akan hadir jika sesi pendengaran itu ditangguh dan badan itu menerima beberapa syarat yang ditetapkan olehnya.

Khalid juga membidas Pengerusi Lembaga Disiplin Datuk Dr Tan Kee Kwong kerana mahukan beliau menjelaskan isu-isu seperti penstrukturan semula industri air dan pembinaan Lebuhraya Kidex. 
Khalid berkata isu-isu itu adalah urusan kerajaan negeri dan tidak kena mengena dengan hal parti.

"Lembaga Disiplin hanya mempunyai bidang kuasa untuk mendengar salah laku disiplin berkenaan (hal) parti dan bukan perkara lain apatah lagi dalam hal pentadbiran kerajaan negeri," kata Khalid dalam  suratnya kepada Lembaga Disiplin PKR yang diperolehi oleh Antarapos.

Tindak balas Khalid menyusul selepas 13 ADUN PKR diminta hadir di ibu pejabat parti itu pagi ini untuk menandatangani surat akuan bersumpah menyatakan mereka sudah hilang kepercayaan terhadap beliau sebagai Menteri Besar Selangor.

ADUN Seri Andalas Xavier Jayakumar mengesahkan arahan parti itu yang dilihat sebagai petanda jelas PKR memperlengkapkan diri untuk membentangkan usul tidak percaya terhadap Khalid sama ada di DUN Selangor ataupun untuk dihantar ke Istana Selangor.

Perlembagaan negeri memberikan kuasa mutlak kepada Sultan Selangor untuk melantik menteri besar berasaskan sokongan yang diterima dalam DUN.  

Bagaimanapun tindakan parti itu tidak menggusarkan Khalid yang diarah untuk memberi keterangan kepada Lembaga Disiplin PKR petang ini kerana mengingkari arahan parti supaya meletak jawatan sebagai MB.

Sebaliknya Khalid memulau sesi itu dan  sekali lagi membidas PKR kerana mendakwa tuduhan-tuduhan terhadapnya tidak diperinci secara jelas bagi membolehkan beliau mengemukakan pembelaan.

"Saya hanya diberikan notis amat singkat iaitu kurang 24 jam untuk menghadiri pendengaran tersebut...ia tidak munasabah dan tidak adil," kata beliau dalam suratnya kepada Lembaga Disiplin PKR yang diperolehi oleh Antarapos.

"Saya tidak dapat menghadiri sesi pendengaran tersebut kerana saya terikat dengan tanggungjawab sebagai menteri besar pada masa sesi pendengaran mahu dijalankan," kata beliau dan memohon sesi itu ditangguh kepada Jumaat depan.

Bagaimanapun Khalid menegaskan beliau hanya akan hadir pada tarikh baru itu jika Lembaga Disiplin bersetuju untuk:

1. Menamakan ahli lembaga yang akan mendengar keterangan beliau
2. Prosedur yang akan diguna untuk sidang keterangan itu
3. Menyatakan sama ada beliau boleh membawa peguam atau pegawai-pegawainya hadir sama di pendengaran itu

Khalid berkata beliau khuatir dengan tindakan tergesa-gesa yang diambil oleh Lembaga Disiplin terhadapnya dan membandingkannya dengan perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya amat risau..seperti mana Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim berasa risau tentang rayuannya dalam Mahkamah Rayuan telah dilaksanakan tergesa-gesa. Kita tidak boleh memberi suatu persepsi awam yang sama dalam perkara di hadapan kita ini," kata beliau. 

Masa depan Khalid diputuskan esok - Tan Kee Kwong

Posted: 08 Aug 2014 07:51 AM PDT

Oleh Shawaliah Hadir
Post Pic
 
 
 
PETALING JAYA: Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Dr Tan Kee Kwong memberitahu bahawa parti itu akan membincangkan surat jawapan tunjuk sebab yang dikirim oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim esok dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR. 
 
Ujarnya lagi masa depan Khalid akan dibincangkan bersama pemimpin kanan parti selain ketua cabang juga dijemput memberikan pandangan. 
 
"Kita sudah terima (surat Khalid) dan esok kita bincang di MPP. Pandangan kami tidak boleh diberitahu hari ini. 
 
"Lebih baik 3 petang esok kita panggil ketua cabang maka mesyuarat akan diadakan di sana. Pemimpin kanan juga akan hadir," katanya ketika ditemui media di Ibu Pejabat PKR hari ini. 
 
‎Sementara itu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju dengan cadangan Pemuda Pakatan Rakyat (PR) yang mahu pemimpin parti itu mengadakan perjumpaan 'lapan mata' bagi membincangkan kemelut penggantian Menteri Besar Selangor.
 
Menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd. Akin,  pertemuan lapan mata yang bersama kepimpinan parti dalam pakatan pembangkang itu akan diadakan dalam masa terdekat yang tarikhnya belum ditetapkan lagi.
 
Barisan pimpinan yang dimaksudkan adalah Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Anwar termasuk Tan Sri AbKhalid sendiri yang perlu hadir dalam perbincangan itu.
 
"Kita sudah smpaikan cadangan ini kepada Anwar dan beliau tidak ada halangan untuk mengadakan pertemuan dengan khalid termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.
 
Pemuda PR berpendapat krisis yang melanda negeri Selangor berhubung isu penggantian Menteri Besar negeri itu seharusnya diselesaikan dengan cara perjumpaan lapan mata diantara pemimpin-pemimpin tertinggi.
 
Menerusi kenyataan media bersama Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin, dan Ketua DAPSY, Teo Kok Seong semalam berkata, Pemuda PR merasakan krisis yang melanda negeri itu telah memberi gambaran kurang baik kepada generasi muda yang akan mewarisi pucuk pimpinan akan datang.

[KANTOI LAGI] Pesta Bogel Disertai Bekas Ketua Wanita GERAKAN Dari BN

Posted: 08 Aug 2014 07:47 AM PDT

KELAB GREENBOC



Bekas ketua Wanita Gerakan sertai pesta sukan bogel


Seorang daripada peserta terbabit dalam pesta sukan bogel di kawasan pantai terpencil dalam kawasan Taman Negara Teluk Bahang Pulau Pinang adalah bekas ketua Wanita Gerakan Kedah.

Timbalan Presiden Gerakan Datuk Dr Cheah Soon Hai berkata, wanita itu yang pernah menjawat jawatan pemimpin sayap pergerakan itu pada 1980-an bagaimanapun kini bukan lagi ahli parti itu.

Beliau berkata, keahlian wanita itu tamat tempoh apabila beliau berhenti membayar yuran selama lebih 20 tahun dan insiden di Teluk Bahang berkenaan tiada kena mengena dengan parti.

"Saya tidak kenal dia secara peribadi dan saya tidak tonton video acara bogel itu. Beberapa wartawan yang mengetahui mengenai wanita itu kemudian bertanya kepada Gerakan.

"Saya minta Gerakan Kedah membuat siasatan dan ia mengesahkan beliau bekas ahli. Beliau adalah bekas ketua Wanita parti di Kedah ketika muda semasa berusia 20-an. Beliau berasal dari Lunas dan kini 54 tahun.

"Gerakan juga terkejut dengan acara bogel yang berlaku di Pulau Pinang itu. Ia sesuatu yang tidak dijangka," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider, hari ini.

Awal minggu ini, klip video sekumpulan lelaki dan perempuan menyertai acara sukan bogel di Pulau Pinang tersebar luas di Internet.

Berbogel di tempat awam tidak dibenarkan di Malaysia dan polis kini menjejaki 15 orang dalam klip video itu. Tujuh daripadanya rakyat Malaysia.

Dr Cheah mengadakan siding akhbar di ibu pejabat Gerakan Kedah di Alor Star hari ini dan mengutuk tindakan pengguna media social Facebook yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Sultan Abdul Halim Badlishah.

Pengguna Facebook yang menggunakan nama profil "Chandra Lawan Tetap Lawan" memuat naik gambar kemalangan negeri yang disunting dan memasukkan imej Agong.

Dr Cheah berkata, kenyataan tidak sensitif mengenai kaum dan agama semakin kerap berlaku akhir-akhir ini di media sosial.

"Kini, kerabat diraja juga menjadi sasaran. Ia menunjukkan ada sebahagian golongan dalam masyarakat kita yang suka mencipta ketegangan di kalangan rakyat.

"Bagi mengelak keadaan ini, polis perlu siasat dan cari siapa yang melakukannya dan dakwa mereka di mahkamah.

"Jika polis tidak dapat kumpul cukup bukti untuk bawa kes ke mahkamah, mereka perlu memaklumkan kepada masyarakat supaya tidak timbul tuduhan polis berat sebelah ketika mengendalikan kes seumpama itu," katanya.

Beliau berkata, orang ramai tidak sepatutnya percaya apa yang dilihat di media sosial dan bertindak terburu-buru.

"Ada pihak di luar sana yang akan mengambil kesempatan mengganggu sentimen jadi jangan percaya semua yang anda lihat," katanya.

Katanya, orang ramai juga tidak sepatutnya mengaitkan semua kejadian dengan isu perkauman, contohnya kes Kiki dalam satu kemalangan jalan raya di Kuantan bulan lalu.

"Ia tiada kaitan dengan kaum atau agama. Ia adalah kes ancaman oleh seseorang kepada seseorang yang lain.

"Ia menjadikan insiden itu berbeza dan tidak sepatutnya dikelirukan dengan sesuatu berbentuk perkauman dan agama," katanya, merujuk kepada kejadian klip video seorang wanita muda mengancam lelaki warga emas dengan pengunci stereng selepas keretanya dilanggar dari belakang.

Dilaporkan semalam Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bekerjasama dengan polis menyiasat pengguna Facebook yang menuduh Agong itu.

Pengerusi Suruhanjaya Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata dalam satu kenyataan malam tadi semua pihak ditegah membuat spekulasi mengenai isu itu, kerana ia boleh menjejaskan siasatan dan mengganggu institusi diraja. -TMI

Berita Terkini MB Selangor, Khalid Ibrahim ‘Kena Halau’ Ganti Wan Azizah. Setuju atau Tidak Rakyat Selangor?

Posted: 08 Aug 2014 07:40 AM PDT


mb selangor



Berita Terkini MB Selangor, Khalid Ibrahim 'Kena Halau' Ganti Wan Azizah. : Tidak habis-habis dengan masalah yang beraku dalam politik di negeri Selangor. Cukuplah…..Berita Semasa merasakan ini semua ini berlaku dek kerana (LANGKAH KAJANG). Masih mahu mengatakan 'Langkah Kajang' adalah betul? Apa alasannya? 

Hakikatnya rakyat Selangor akan mula fedup dengan politiking seperti ini. Penuh penggal acapkali bermain politik atas bawah kiri dan kanan. Selepas Pilihan Raya Umum ke 13 yang sudah lama berlalu. Hentikanlah dengan segera politiking di mata umum.

Pada pandangan kaca mata Berita Semasa bagi menjernihkan suasana sekarang ini, Mb Selangor Khalid Ibrahim sepatutnya turun dengan rela hati apabila bossnya meminta untuk letak jawatan. Seperti mana apabila Datuk Najib Razak menggantikan MB Johor tetapi tiada pula MB Johor lama itu protes tidak mahu letak jawatan dan membangkitkan perlantikan Menteri Besar MB adalah hak mutlak Sultan? Ya…..memang benar Sultan secara tersuratnya 'melantik' MB tetapi semua orang tahu tangan yang menukar Menteri, MB adalah PM. Agung dan Sultan hanya untuk merasmikan sahaja.

Berita Terkini MB Selangor : Khalid Ibrahim Letak Jawatan. Patutkah?

 

mb selangor kena halauUntuk situasi di Selangor pula agak berlainan. Jikalau dahulu pemimpinan kanan khususnya baik Azmin Ali, Saifuddin Nasuition, Nurul Izzah Anwar, Rafizi Ramli termasuk juga Anwar ibrahim begitu gembira mencanang di seluruh Malaysia bahawa Mb Selangor Khalid Ibrahim sangat cekap mentadbir negeri Selangor sehingga mampu meningkatkan rizab negeri Selangor sehingga mencecah RM3 bilion. Sekarang?

Sekarang pimpinan inilah juga yang buat U-Turn dengan dakwaan kebobrokan kepimpinan Khalid Ibrahim dengan harapan MB Selangor letak jawatan dan Wan Azizah yang merupakan "bayangan" Anwar Ibrahim diangkat dan dilantik menjadi Menteri Besar Selangor yang baru.
"Dahulu lain sekarang lain?"
Tetapi bezanya di sini, Khalid Ibrahim tidak bersetuju kerana ada alasan tersendiri dan mahu meneruskan tugasnya sebagai Menteri besar Selangor sehingga berakhir penggal kali ini. Dan berdasarkan jawapan balas melalui surat tunjuk sebab seperti di bawah ini :

Berita Terkini MB Selangor : Surat Tunjuk Sebab Khalid Ibrahim

 

  1. Bagaimana pun MB Selangor Khalid Ibrahim mahu menjawab dengan lebih tepat jikalau tidak memberikan perincian tentang kesalahannya.
  2. Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim menemplak Langkah Kajang dilakukan tanpa perbincangan yang adil kepada beliau dan dalam pada masa yang sama menyebabkan Hadi Awang & Nik Aziz terus-terusan "blur" apa motif sebenar Langkah Kajang disebalik permainan politik Rafizi Ramli, Azmin & Anuar Ibrahim di selangor, apatah lagi rakyat jelata.
  3. Alasan yang diberikan pimpinan parti acapkali berubah-ubah. (Hari ini bagi reason A, Esok bagi reason B, Lusa tulat pula bagi reason C)
  4. MB Selangor Khalid Ibrahim membidas Langkah kajang telah mencemar prinsip demokrasi dan mengkhianati kepentingan rakyat
  5. PKR telah membelakangkan pihak istana dan sekutu PKR dalam Pakatan Rakyat dalam isu jawatan MB Selangor yang mahukan Menteri Besar MB Selangor Khalid Ibrahim letak jawatan
  6. Serius, Berita Semasa cukup letih dengan sinetron politik di Selangor seperti ini.
Bahaya jikalau subordinate berani tidak mahu dengar cakap boss.  Kalau setakat gaduh & berbeza pendapat antara boss & subordinate adalah perkara biasa., Tetapi kali ini "totally shutdown".  Ini sama parti, kalau inter party bagaimana pula? Berita Semasa masih teringat lagi isu UMNO dalam krisis MB Terengganu dan Kedah semasa zaman Sanusi Junid pun ada tentangan tetapi berjaya diselesaikan dalam tempoh 1 hingga 2 minggu.

Tetapi….Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti kehilangan arah & mahu cepat MB Selangor kena halau keluar daripada pentadbiran negeri Selangor.  Bertambah teruk lagi menjadi tontonan dan tatapan umum bagaiaman cara PKR PAS DAP (pakatan Rakyat) menguruskan isu krisis di Selangor ini.

Bagi Berita Semasa, andaikata mahu menjadi penyokong politik sehingga mengangkat mereka menjadi idola janganlah meletakkan diri kita di "tahap terbawah". Zaman menyokong membuta tuli patut berlalu sudah.

Anak muda Malaysia terutamanya anak Selangor mahukan segala masalah yang timbul dalam Pakatan Rakyat (DAP, PAS, PKR) diselesaikan melalui meja rundingan dengan segera. Sampai bila rakyat Selangor amnya dan rakyat Malaysia umumnya disuapkan dengan isu seperti ini?

P/S : Sepatutnya kita sebagai "pengundi" menggunakan ahli politik yang berada di Malaysia, bukannya kita mudah dipergunakan. Renung-renungkanlah….

PP/S : "In their attempt to topple Khalid Ibrahim, they have set fire to their own house. Whoever takes over from him will be taking over a house divided." Krisis dalaman Pakatan Rakyat(PR) rentetan isu penggantian Menteri Besar MB Selangor Khalid Ibrahim berada pada tahap membimbangkan yang membawa perpecahan yang akan berkekalan buat PKR VS PAS dan PR. Mungkin?

Pertemuan '8 mata': Saya cuba cari jalan, kata Mustafa

Posted: 08 Aug 2014 07:32 AM PDT

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menyambut baik cadangan pemuda Pakatan Rakyat semalam agar diadakan pertemuan lapan mata membabitkan pimpinan tertinggi ketia-tiga parti dalam Pakatan Rakyat bagi merungkai isu jawatan Menteri Besar Selangor.

Mustafa berkata beliau mengambil maklum cadangan itu dan sedia memikul tanggungjawab untuk cuba mencari jalan agar perkara itu dapat direalisasikan.

"Cadangan pertemuan lapan mata antara pemimpin tertinggi Pakatan satu idea yang baik.

"Saya akan cuba memikirkan jalan agar pertemuan seperti yang dicadang itu dapat diadakan," kata beliau kepada Harakahdaily.

Semalam, Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat, Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mat Akin dan Ketua Pemuda DAP (Dapsy), Teo Kok Seong dalam satu kenyataan bersama mencadangkan pertemuan lapan mata pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat bagi menyelesaikan isu jawatan Menteri Besar Selangor.

Pertemuan lapan mata itu membabitkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abd Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang  dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Menurut mereka, krisis dalaman Pakatan Rakyat rentetan isu penggantian Menteri Besar Selangor kini berada pada tahap membimbangkan dan boleh merosakkan masa depan Pakatan Rakyat dalam melakukan perubahan kepada negara tercinta.

Ianya juga boleh memberi gambaran kurang baik kepada generasi muda yang akan mewarisi kepimpinan akan datang.

"Anak muda Malaysia mahukan segala masalah yang timbul dalam Pakatan Rakyat diselesaikan melalui meja rundingan dengan segera," ujar kenyataan itu.

"Kami yakin berdasarkan pengalaman, ketokohan dan kebijaksanaan yang dimiliki empat tokoh tersebut, ia mampu merungkai dan menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi," kata kenyataan itu semalam.- HARAKAHDAILY

Semua berhak berkongsi kuasa di Putrajaya, termasuk PAS dan DAP

Posted: 08 Aug 2014 04:36 AM PDT


Nampaknya PKR akan memecat Khalid Ibrahim dari PKR kerana Khalid dianggap melakukan 'insubordination' terhadap partinya sendiri. Beliau akan tetap menjadi Menteri Besar sementara ini dan beliau akan jadi Menteri Besar bebas, tanpa parti. Seandainya PAS bersekongkol untuk bersama Khalid seperti yang di syaki oleh PKR maka PAS tidak akan bersama Pakatan Rakyat lagi. Jika itu berlaku kepada PAS maka PAS bolehlah meneruskan perjuangan asal parti itu tanpa mengenepikan sebahagian dari perjuangannya semata-mata untuk menyesuaikan dengan kehendak rakan kongsinya DAP.

Tidak terkejut jika berlaku landskap politik baru dalam Selangor dan negara. Jika ini berlaku apa juga 'consequence' nya cita-cita Pakatan Rakyat untuk menguasai Putrajaya akan bertambah jauh dari kenyataan. Maknanya cita-cita Pakatan Rakyat untuk meletakkan Anwar sebagai Perdana Menteri gantian tidak akan dan mustahil untuk di capai. Tidak kira PAS yang akan kalah atau PKR yang akan kalah kenyataannya Anwar sudah tidak lagi berupaya untuk menjadi Perdana Menteri, jawatan igauannya sejak beliau sebelum menyertai UMNO lagi.

Segala usaha telah dilakukan oleh Anwar sehingga membawa rakyat berarak dan berdemonstrasi di seluruh negara dan berusaha dengan politiking yang tidak pernah dijangkakan itu hanya akan membuktikan yang beliau dan penyokongnya selama ini hanya membuang masa dan waktu sahaja. Kepada penyokong-penyokong setianya mereka akan kecewa kerana hakikat yang ada beliau amat sulit untuk mencapai cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri.

Mungkin ramai dikalangan mereka yang menyokong Anwar itu masih berada dalam 'denial syndrome' hakikat yang akan terpaksa mereka terima Anwar tidak akan berjaya menjadi Perdana Menteri jika keadaan sekarang tidak berubah dan tidak mempunyai 'delineation' politik yang baru. Orang seperti saya amat bersetuju jika keunggulan perpaduan hendak di capai, semua pihak perlu melalui pengorbanan sebenar.

Semua pihak wajar merasakan nikmat berdemokrasi. Yang saya maksudkan DAP sendiri wajar berada dalam kerajaan yang berbentuk baru ini. Begitu juga PAS dan PKR. Tetapi adakah kewajaran ini dapat terlaksana jika masih ada pimpinan yang mahu merebut jawatan dengan kekerasan demokrasi. Jika Anwar dengan 'intrigue' politiknya sekarang ini berjaya ke Putrajaya beliau tidak akan dapat menyatukan kerana mengambil kuasa secara ini tidak akan dapat sokongan semua pihak untuk menyusun semula negara yang sedang bercelaru sekarang ini. Anwar tidak akan mendapat sokongan semua pihak kerana yang menang tidak akan menang semua dan yang kalah tidak akan kalah semuanya.

Sekarang ini adalah masa untuk menyatukan semua pihak dan semua yang berlumba-lumba ke Putrajaya itu tidak akan mencapai matlamat perpaduan itu. Kita memerlukan seorang pemimpin yang diterima oleh semua pihak untuk membawa ke meja perundingan.

Kita mahukan pemimpin, selain dari mampu membawa UMNO ke meja perundingan tetapi juga mampu untuk membawa PAS serta DAP dan parti-parti lain, untuk memulakan negara dan siasah yang baru.

Kita wajar di representasikan secara menyeluruh dari semua pihak termasuk dari parti-parti pembangkang untuk bersama berada dalam kerajaan dan bersama-sama membangunkan negara baik dalam siasahnya, mahupun dalam pembangunan ekonomi dan sosial negara. Saya mengimpikan semua pihak bersatu termasuk mereka dari DAP, PKR dan lebih-lebih lagi PAS untuk menyertai jika ada, gerakan pembaharuan ini. Semua pihak wajar bersama dan tinggalkan sikap bergaduh diantara satu dengan lain untuk membawa rakyat menyokong mereka untuk membentuk kerajaan.

Jika tidak diubah pendekatan oleh pembangkang, mereka tidak akan dapat merasai duduk sebagai kerajaan bagi membangunkan negara kerana kita akan tetap ditadbir oleh pimpinan lemah yang ada pada hari ini. Kaedah politik yang ada kini tidak memberikan kesempatan untuk pembangkang menjadi kerajaan di Putrajaya itu setidak-tidaknya tiga pilihanraya lagi.

Blog ini tidak pernah jemu menyebut yang kita memerlukan siasah baru bagi negara jika benar kita mahukan sebuah negara yang maju yang bersatu melepasi sempadan bangsa dan agama dan kepercayaan dan cara hidup semua dalam negara ini.

Itu sebabnya saya sentiasa mengatakan untuk mendapatkan kuasa dengan berkelahi siang dan malam tidak ada siapa terutamanya dalam pembangkang hari ini akan menikmati kuasa dalam kerajaan.

Tetapi yang hanya perlu dilakukan seseorang yang dipertanggungjawabkan untuk menyatukan semua pihak ialah seorang yang berpengalaman dan seorang yang tidak keluar berucap dan melakukan 'soliciting' sokongan melalui demokrasi yang tidak sempurna sekarang ini.

Kita tidak lagi memerlukan seorang yang seratus peratus 'politician' untuk melakukan perubahan ini, sebaliknya ia perlu dipelopori oleh seorang yang 'senior' dan berpengalaman yang tahap nya sudah menacap tahap 'institution'

Itu sebabnya saya katakan Anwar tidak boleh melakukan penyatuan ini kerana beliau masih bermain politik 'intrigue' meng 'intrigue' yang keterlaluan. Berjaya Anwar mendapatkan sokongan 52 peratus, yang 48 peratus lagi tetap akan menjadi beban kepada beliau tanpa henti-henti.

DAP dan PAS perlu membawa isu ini ke dalam pemikiran mereka kerana ini bukan sahaja untuk kepentingan rakyat malahan ia juga untuk kepentingan parti itu sendiri. Sudah setengah dekad DAP berada di luar, mungkin masanya sudah tiba bagi parti itu merasakan kerusi empuk di Putrajaya itu bersama-sama yang lain dan membangunkan negara tanpa berkelahi seperti anjing dengan kucing lagi.

Kekal Menteri Besar Selangor Jika Gugur Ahli PKR

Posted: 08 Aug 2014 04:25 AM PDT

RAKYATNEWS


alt
 
 
 
KUALA LUMPUR - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih boleh mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor walaupun digantung atau digugurkan sebagai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR).
 
Penganalisis Perundangan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia, Prof Madya Dr Sham Rahayu Ab Aziz berkata, tidak termaktub dalam amalan demokrasi di negara ini individu yang digugurkan dalam parti tidak boleh jadi menteri besar.
 
"Jika dilihat dari sudut perundangan, seseorang yang digantung atau dipecat dalam parti tidak ada masalah untuk menjadi Menteri Besar Selangor kerana beliau adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).
 
"Jadi tiada masalah jika Abdul Khalid enggan melepaskan jawatannya kerana beliau masih mendapat sokongan majoriti daripada ahli dewan," katanya berhubung krisis perebutan kerusi Menteri Besar Selangor.
 
Beliau berkata, sekiranya PKR nekad mahu Abdul Khalid melepaskan jawatannya, ahli dalam dewan negeri perlu meluluskan usul atau membuat undi tidak percaya.
 
"Kalau parti tidak gembira dengan Abdul Khalid, ahli dewan negeri boleh guna alternatif itu.
 
"Hanya cara ini saja boleh memecat Abdul Khalid dan perkara ini tidak sepatutnya dilengah-lengahkan oleh PKR," katanya.
 
Menurutnya, segala serangan berbentuk politik yang PKR lakukan ketika ini sebenarnya tidak sedikit pun menjejaskan Abdul Khalid kerana tindakan tersebut tidak berkaitan dengan amalan perundangan negara ini.
 
"Kalau hendak menggunakan tekanan politik untuk Abdul Khalid bersara...itu isu lain kerana perkara itu tiada kena mengena dengan isu undang-undang," katanya.
 
Jelas Sham Rahayu, jika Abdul Khalid meletakkan jawatannya secara sukarela maka peletakan jawatan itu sah di sisi perundangan.

Kemelut MB: Khalid Tidak Mengadu Kepada Sultan

Posted: 08 Aug 2014 04:20 AM PDT

RAKYATNEWS


alt


 
SHAH ALAM - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengesahkan beliau tidak "mengadu" kepada Sultan Selangor berkenaan pergolakan kepimpinan di negeri itu.

"Tidak, tidak," kata menteri besar penggal kedua itu ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perjumpaan Kakitangan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bersama Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Shah Alam hari ini.

"(Saya) tidak ada bercakap dengan Sultan tentang isu di Selangor sekarang ini," katanya.

Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor kini berdepan krisis untuk menggantikan Khalid dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi meneruskan rancangan "Langkah Kajang" yang dipelopori PKR.

Khalid bagaimanapun tidak bersetuju dengan tindakan pucuk pimpinan partinya itu, sebaliknya berkata beliau akan kekal sehingga habis penggal sesi ini.

Pensyarah perundangan berpendapat, terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan PKR untuk menggantikan Khalid termasuk usul undi tidak percaya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mana akan menyaksikan Khalid terpaksa meletak jawatan bersama barisan exco kerajaan negeri Selangor.

Namun, sekiranya Khalid berkeras, beliau boleh menasihati sultan untuk membubarkan DUN dan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi memilih kerajaan baru untuk Selangor.

Pensyarah undang-undang Universiti Malaya Profesor Gurdial Singh Nijar bagaimanapun berpendapat, sultan tidak terikat untuk menuruti permintaan menteri besar untuk membubarkan DUN  sekiranya menteri besar enggan berundur meskipun tewas usul undi tidak percaya yang dibuat terhadapnya.

Beliau berkata, sultan sebaliknya perlu menilai sama ada usul undi tidak percaya yang dilakukan terhadap menteri besar bakal mencetuskan situasi yang mencadangkan urusan DUN tidak boleh dilakukan melainkan dengan pilihan raya menggantikan menteri besar dan pelantikan exco.

"Sekiranya ini boleh dilaksanakan, sultan berhak untuk tidak membubarkan DUN," katanya.

Kerajaan Akan Umum Pelan Penstrukturan MAS Akhir Ogos

Posted: 08 Aug 2014 04:17 AM PDT

RAKYATNEWS


alt

 

KUALA LUMPUR  - Kerajaan dan Khazanah Nasional Bhd kini dalam peringkat akhir menyiapkan pelan penstrukturan menyeluruh Malaysian Airline System Bhd (MAS), dan pelan terperinci mengenainya akan diumumkan akhir Ogos, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kerajaan menerusi dana pelaburan strategiknya, Khazanah Nasional, hari ini mengumumkan proses formal untuk mengambil alih pemilikan penuh serta menyahsenarai syarikat penerbangan itu daripada Bursa Malaysia.

"Ini adalah langkah pertama yang diperlukan supaya syarikat itu kembali mencatat keuntungan. Ia merupakan langkah yang saya sokong sepenuh hati.

"MAS merupakan sebahagian daripada sejarah Malaysia. Ia kebanggaan negara, pencapaian kita dan tempat kita di dunia. Oleh itu, hari ini kita membuat perubahan bagi memastikan ia juga merupakan sebahagian sejarah masa depan Malaysia," kata Perdana Menteri dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat sebagai respons beliau kepada cadangan penyahsenaraian MAS.

Beliau yakin syarikat penerbangan negara itu mesti dicergaskan semula untuk mewujudkan syarikat penerbangan nasional yang kukuh dan mampan.

"Proses pembaharuan semula ini akan melibatkan kerja keras dan pengorbanan daripada semua pihak.

"Arahan dan komitmen saya kepada semua pihak yang terlibat ialah supaya proses itu dilaksanakan secara profesional, menggunakan prinsip-prinsip adil, telus dan bersungguh-sungguh," katanya.

Najib juga menyentuh mengenai kehilangan MH370 dan MH17, dengan berkata jarang sebuah syarikat terpaksa melalui dua tragedi malang dan luar biasa dalam tempoh yang singkat.

Perdana Menteri berharap dua tragedi itu akan mengubah cara industri penerbangan beroperasi untuk menjadikan perjalanan di dunia ini lebih selamat untuk semua.

Amaran PAS Kepada PKR Supaya Muhasabah

Posted: 08 Aug 2014 04:13 AM PDT

RAKYAT NEWS


alt


SUBANG - Keputusan Majlis Syura Ulama PAS tidak menyokong desakan PKR mengarahkan Tan Sri Khalid Ibrahim meletakkan jawatan sebagai menteri besar merupakan amaran yang diutarakan menerusi kaedah diplomasi.

Menurut sumber dari PAS Subang, PAS mahu Khalid kekal sebagai menteri besar sepertimana persetujuan yang dicapai oleh rakan Pakatan Rakyat (PR) selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lepas.

"Malah ia juga amaran kepada rakan pakatan lain kerana bertindak seolah-olah menafikan peranan PAS dalam pentadbiran kerajaan negeri yang kononnya selama ini dikuasai PKR.

"PKR harus bermuhasabah dan sedar betapa pentingnya pengaruh dan peranan PAS terhadap jalinan kerjasama antara parti dalam pakatan dan bukannya melihat PAS sebagai ancaman khususnya dalam konteks pemerintahan negeri Selangor," katanya menerusi kenyataan kepada media, hari ini.

Katanya, Selangor bukan milik PKR semata-mata dan bukan milik mana-mana parti ekoran kemenangan yang dicapai pada PRU13 merupakan hasil kematangan politik PR bekerjasama menawan negeri tersebut.

"Sekiranya kekuatan tersebut tidak dapat dipertahankan malah bertindak pula menyerang kredibiliti dan tindakan beberapa pemimpin PAS, maka nantikanlah sahaka natijah yang akan diterima kelak," tegasnya lagi.

Sebelum ini, Mursyidul Am PAS Datuk nik Aziz Nik Mat serta timbalannya Datuk Dr Haron Din menerusi Majlis Syura Ulama parti menegaskan sokongan terhadap kepimpinan Khalid sebagai menteri besar.

Kedua-dua mereka berkata, Khalid tidak boleh didesak untuk melepaskan jawatan selagi mana beliau tidak melakukan sebarang kesalahan.

Khalid menerusi surat kepada PKR dalam pada itu menimbulkan persoalan kepada parti terutama kepada Ketua Umum parti Datuk Seri Anwar Ibrahim yang begitu tergesa-gesa mengambil tindakan disiplin keatasnya demi memastikan isterinya merangkap Presiden PKR dijadikan sebagai menteri besar.

Jelas Khalid, kerisauannya itu sama seperti kerisauan yang melanda Anwar menghadapi rayuan dalam Mahakamah Rayuan berhubung isu liwat-2 beliau.

Apa Sebenarnya Nik Aziz Mahu?

Posted: 08 Aug 2014 04:11 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
 
PETALING JAYA: Konflik kepimpinan kerajaan Selangor menunjukkan perkembangan baharu yang semakin menarik apabila Mursyidul Am PAS mengeluarkan kenyataan yang menunjukkan dia sebenarnya tidak berhasrat campur tangan.

Pendirian Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Pengerusi Majlis Syura Ulama PAS itu dinyatakan pada majlis sambutan Aidilfitri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan yang berlangsung di Kota Bharu pada malam Khamis.

"Politik Selangor tu, saya dah sebut dah hari tu, Kelantan pun saya beri pada orang lain, usahkan nak ganggu Selangor pulak. Kelantan yang saya buat macam anak saya pun saya beri pada oran lain, ini nak jaga Selangor buat apa, orang Selangor pandai la nak jaga Selangor ," katanya ketika ditanya mengenai isu pertukaran Menteri Besar Selangor itu.

Malah, rakaman sidang media kenyataan Nik Aziz  itu mula tersebar di media sosial pada Khamis.
Kenyataan yang itu dibuat sekali gus menyokong pendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang minggu lalu.

Pendiriannya itu ternyata bercanggah dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS sebelum ini, di mana Nik Aziz dikatakan menandatangani kenyataan bersama timbalannya, Datuk Haron Din untuk mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sekali gus menolak pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Difahamkan, pada mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS itu, Nik Aziz hanya hadir selama 30 minit dan keluar sebelum sebarang keputusan berhubung isu berkaitan kemelut politik Selangor itu ditetapkan.
Pendirian Nik Aziz ini seiring dengan kenyataan Abdul Khalid sendiri mengenai nasihat yang disampaikan kepadanya dalam pertemuan mereka baru-baru ini.

Nik Aziz mengingatkan Abdul Khalid supaya bersabar dan cuba memperbaiki diri, selain tidak memalukan musuh atau menjatuhkan golongan munafik yang cuba menyingkirkannya daripada kedudukannya beliau sekarang.

Isu MB Selangor: PKR Didakwa Paksa Adun Tolak Khalid

Posted: 08 Aug 2014 03:58 AM PDT

Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK
 
 
 
 
 
PETALING JAYA: Komplot menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada jawatan menteri besar Selangor kini memasuki episod baharu apabila kesemua 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri itu turut diberi tekanan bagi menjayakan agenda berkenaan.

Terbaharu, kesemua 13 Adun itu didakwa diarahkan oleh pucuk pimpinan PKR supaya menandatangani surat akuan sumpah yang mengakui mereka hilang kepercayaan terhadap Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.

mStar Online difahamkan surat yang diedarkan pada Khamis itu perlu diserahkan kembali ke Ibu Pejabat PKR selewat-lewatnya pada pukul 10 pagi Jumaat.



Untuk rekod, PKR mempunyai 14 Adun termasuk Abdul Khalid.

Bagaimanapun, kesahihan surat berkenaan masih diragui.

Pada lewat malam Khamis, mStar Online menerima satu salinan surat akuan sumpah versi digital yang tertera nama dan maklumat peribadi salah seorang daripada 13 Adun PKR Selangor.

Antara inti pati surat akuan yang perlu ditandatangani oleh Adun terbabit yang juga Exco Selangor itu, tertulis bahawa beliau tidak lagi mempunyai kepercayaan terhadap Abdul Khalid untuk mentadbir kerajaan negeri.

Turut dinyatakan ialah bahawa pengaku mempunyai kepercayaan terhadap Adun Kajang yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dilantik sebagai menteri besar Selangor yang baharu.

Menurut sumber yang rapat dengan Abdul Khalid, terdapat dikalangan Adun-adun yang menerima surat itu tampil memaklumkan mengenai perkembangan terbaharu tersebut.

"Mereka kena paksa tandatangan surat ini. Adun sendiri yang bagi (salinan surat)," katanya ringkas.

MAS Terima Notis Cadangan Khazanah Nasional Untuk Nyahsenarai Saham

Posted: 08 Aug 2014 03:55 AM PDT

MSTAR ONLINE


MAS sudah menerima notis mengenai cadangan Khazanah Nasional Bhd untuk mengambil alih pemilikan penuh serta menyahsenarai syarikat penerbangan itu dari Bursa Malaysia.
 
 
 
KUALA LUMPUR: Malaysian Airline System Bhd (MAS) sudah menerima notis mengenai cadangan Khazanah Nasional Bhd untuk mengambil alih pemilikan penuh serta menyahsenarai syarikat penerbangan itu dari Bursa Malaysia.

"Lembaga Pengarah kami akan membincangkan cadangan ini dan kenyataan rasmi akan dikeluarkan kemudian. Dalam tempoh ini, operasi perniagaan kami tidak berubah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Awal hari ini, Khazanah Nasional mengeluarkan kenyataan bahawa ia sudah mengemukakan permohonan rasmi kepada lembaga pengarah MAS untuk melaksana langkah pengurangan dan pembayaran balik modal secara terpilih ke atas saham-saham biasa syarikat penerbangan itu, yang seterusnya membawa kepada penyahsenaraian MAS.

Pemegang saham minoriti MAS akan menerima pembayaran balik modal bernilai 27 sen sesaham biasa, berjumlah RM1.38 bilion, mewakili 12.5 peratus premium pada harga penutup 7 Ogos dan 29.2 peratus premium atas harga pasaran purata wajaran bagi tempoh tiga bulan.

MH17: Mangsa Pertama Berjaya Dikenalpasti

Posted: 08 Aug 2014 03:53 AM PDT

Oleh: NATASHA JOIBI 
 
 
Teoh mangsa pertama yang terkorban dalam nahas MH17 yang berjaya dikenalpasti.
 
 
 
PETALING JAYA: Tiga minggu selepas pesawat MH17 ditembak jatuh, identiti seorang rakyat Malaysia berjaya dikenalpasti, menurut sumber.

Elaine Teoh, 27, yang berasal dari Pulau Pinang, dipercayai rakyat Malaysia pertama yang berjaya dikenalpasti oleh pakar forensik di Belanda.

Alumni Universiti Melbourne  berkata identiti mangsa berjaya dikenalpasti dalam tempoh dua dan empat hari lalu.

Pihak polis telah menghantar wakil untuk memaklumkan kepada keluarga Teoh untuk pengesahan.

Difahamkan teman lelaki mangsa Emiel Mahler, 27, yang bersama-sama dengan Teoh dalam pesawat berkenan masih belum dapat dikenalpasti sehingga kini. 

Teoh dan Mahler sedang bekerja dalam sektor kewangan di Melbourne dalam perjalanan ke Malaysia selepas menikmati percutian mereka di Portugal dan Belanda.

Sebelum ini pernah dilaporkan, teman baik Teoh, Tan Sook Then sepatutnya menjemput pasangan ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 18 Julai.

MB Selangor: PKR Tidak Terikat Keputusan Majlis Syura PAS - Anwar

Posted: 08 Aug 2014 03:50 AM PDT

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim. Foto AZHAR MAHFOF / THE STAR
 
 
 
PETALING JAYA: Parti Keadlian Rakyat (PKR) tidak terikat dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya kekal sebagai Menteri Besar Selangor, kata Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar bagaimanapun berkata, beliau menghormati keputusan majlis itu dan akan mengambil kira semua pandangan berhubung perkara tersebut.
"PAS tidak membuat keputusan bagi mewakili PKR. Sebagai sekutu dalam Pakatan Rakyat, kita mengormati pandangan mereka," katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, petang Jumaat.
Beliau berkata, beliau akan melengkapkan maklumat dan sebab tambahan mengenai penggantian Khalid, kepada kepimpinan PAS.
"Majlis Syura Ulama PAS bukan Majlis Syura Pakatan," katanya.
Ditanya sekiranya Khalid akan dipecat dari parti, Anwar berkata, keputusan itu akan dibuat oleh kepimpinan pusat.
Tambahnya, Khalid seperti ahli keluarga dan beliau tidak mahu mengeruhkan hubungan kekeluargaan.
"Saya menasihatkan semua anggota untuk memberi fokus kepada kenyataan dan bukan emosi demi parti," katanya.
Khalid tidak hadir ke pertemuan dengan jawatankuasa disiplin parti yang dijadualkan pada pukul 3 petang Jumaat di Ibu Pejabat PKR.
Terdahulu, Khalid memberitahu pemberita bahawa beliau tidak dapat menghadirkan diri kerana beliau dijadualkan mengadakan mesyuarat bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.
Majlis Syura Ulama PAS pada malam Rabu sebulat surat memutuskan Khalid perlu dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor.

Mesyuarat PAS ditunda lagi, tarikh baru 17 Ogos

Posted: 08 Aug 2014 02:07 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Jawatankuasa PAS Pusat sekali lagi menunda tarikh bagi mesyuarat untuk membincangkan pendirian parti berhubung jawatan menteri besar Selangor kepada 17 Ogos.

Laporan Harakahdaily menyebut, setiausaha agung parti Datuk Mustafa Ali berkata sejumlah anggotanya tidak dapat hadir ke mesyuarat pada tarikh yang ditetapkan sebelum ini, 13 Ogos.

"Oleh kerana mesyuarat ini penting, maka PAS mahu memastikan semua pihak dapat hadir, maka insya Allah, 17 Ogos ini semua boleh hadir," katanya seperti dipetik dalam laporan lidah parti itu.

Jawatankuasa PAS Pusat sebelum ini sepatutnya bermesyuarat pada 10 Ogos ini.

Namun, ia ditunda kepada 13 Ogos.

Laporan sebelum ini tidak menyebut sebab ia ditunda tetapi ia dibuat selepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipanggil untuk berdepan dengan Lembaga Disiplin PKR pada hari Sabtu

'Ahli Pas jangan cakap tak tentu fasal'

Posted: 08 Aug 2014 02:05 AM PDT


Nik Aziz (tengah) bersalaman dengan ahli Pas dan orang ramai yang menghadiri Majlis Aidilfitri Pakatan Rakyat di Kota Bharu, semalam Nik Aziz (tengah) bersalaman dengan ahli Pas dan orang ramai yang menghadiri Majlis Aidilfitri Pakatan Rakyat di Kota Bharu, semalam



KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihati ahli-ahli Pas supaya tidak mengeluarkan kenyataan mendahului pucuk pimpinan parti sehingga boleh dipolemikkan mana-mana pihak.

Menurutnya, setiap keputusan mesyuarat atau perbincangan melibatkan pimpinan tertinggi parti itu haruslah dihormati serta diumumkan oleh mereka yang dipersetujui menjadi jurucakap mesyuarat tersebut.

"Setiap mesyuarat ini ada kaedahnya, saya tidak boleh jadi jurucakap, kita ada setiausaha. Dalam hal mesyuarat semalam (kelmarin), Setiausaha, Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh ada ke rumah saya selepas waktu Maghrib dan memberitahu keputusan mesyuarat kerana saya hanya menghadiri mesyuarat tersebut untuk setengah jam pertama sahaja.

"Bagi saya, keputusan itu sangat menarik namun biarlah diumumkan beliau (Nik Muhammad Zawawi). Kita ada peraturan, tidak boleh semua orang bercakap sahaja, walaupun langit terbuka, bumi terbuka, saya mahu perkara ini dijadikan contoh dan ikutan kepada orang Pas supaya tidak ada yang bercakap tidak tentu fasal," katanya kepada media, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas keputusan persidangan Majlis Syura Ulama Pas yang bersidang, di sini, kelmarin ketika ditemui pada Majlis Mesra Aidilfitri Pakatan Rakyat Kota Bharu.

Nik Aziz ketika ditanya mengenai pendirian perebutan jawatan Menteri Besar Selangor itu turut berkata, perkara itu perlulah diselesaikan pihak berkenaan dengan cara berhemah tanpa penglibatan orang lain.

"Kelantan ini yang saya jaga macam anak sendiri pun saya beri pada orang lain. Tentang Selangor, biarlah mereka selesaikan nanti," katanya.

Pesta bogel: Guru muzik ditahan untuk siasatan

Posted: 08 Aug 2014 02:01 AM PDT


Polis menunjukkan gambar individu terbabit dalam pesta bogel di Teluk Kampi, Teluk Bahang, Mei lalu. - Foto Sinar Harian oleh SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI Polis menunjukkan gambar individu terbabit dalam pesta bogel di Teluk Kampi, Teluk Bahang, Mei lalu. - Foto Sinar Harian oleh SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI


BALIK PULAU - Polis menahan seorang guru muzik bernama Ellen bagi membantu siasatan berhubung penganjuran pesta bogel di Teluk Kampi, Teluk Bahang, Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin berkata, warganegara Malaysia berusia 34 tahun itu ditahan di daerah Barat Daya untuk diambil keterangan berhubung pesta berkenaan.

"Polis turut mengenalpasti 15 individu yang terlibat yang terdiri daripada tujuh warga Malaysia, empat dari Singapura, dua warga Burma serta Filipina dan India masing-masing seorang.

"Sementara itu, dua lagi dikenalpasti sebagai penganjur iaitu Chew Tok Hwa, 57 dari Malaysia dan warga Singapura, Albert Yam, 40 an. Polis minta kepada semua individu ini supaya tampil untuk membantu siasatan," katanya kepada media.

Fah Hin berkata, seramai 16 orang saksi telah direkodkan keterangan berhubung penganjuran pesta berkenaan.

Dalam video berdurasi 1 minit 56 minit saat itu, sekumpulan 18 individu yang terdiri daripada lelaki dan wanita berbogel sambil menjalankan aktiviti di Teluk Kampi, Teluk Bahang, Mei lalu.

Selain video itu, ada juga video penuh dengan durasi 5 minit 25 saat yang tersebar secara meluas di laman sosial dengan tajuk 'Malaysia Nude Sports Games 2014'.

Difahamkan, kesemua individu itu terdiri daripada warga asing serta tempatan yang datang ke negeri ini untuk menyertai pesta bogel berkenaan.

Khalid sibuk, mahu Lembaga Disiplin tunda mesyuarat

Posted: 08 Aug 2014 01:53 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim tidak akan hadir ke mesyuarat Lembaga Disiplin PKR petang ini bagi mengemukakan jawapan ke atas tuduhan yang dilemparkan ke atasnya.

Beliau sebaliknya memohon agar pertemuan itu ditunda ke tarikh 15 Ogos.

Bercakap kepada pemberita hari ini, Khalid berkata beliau tidak dapat menghadiri mesyuarat yang dijadualkan pada petang ini kerana beliau perlu menghadiri satu lagi mesyuarat.

Katanya, mesyuarat dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar itu akan membincangkan mengenai Rancangan Malaysia ke-11.

Khalid juga mengesahkan bahawa beliau sudah menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh lembaga tersebut ke atasnya.

Khalid yang ditemui pemberita selepas hadir di satu program bersama Sultan Selangor hari ini turut ditanya sekiranya beliau berbincang mengenai senario politik semasa bersama baginda.

Katanya, perbincangan seperti itu tidak berlaku.

Beliau mengutuskan wakilnya ke Lembaga Disiplin PKR hari ini untuk menyerahkan dokumen dipercayai surat jawapan kepada notis tunjuk sebab ke atasnya.

Pengerusi lembaga tersebut, Datuk Tan Kee Kwong ketika dihubungi mengesahkan menerima surat yang diserahkan secara peribadi oleh setiausaha politik Khalid.

Tan juga memberitahu Malaysiakini bahawa menteri besar itu tidak akan menghadiri mesyuarat dengan lembaga berkenaan, yang dijadualkan jam 3 petang ini.

Khalid semalam diarahkan hadir ke mesyuarat lembaga tersebut  untuk memberi penjelasan berhubung isu kontroversi yang menyebabkan timbul gesaan agar beliau disingkirkan dari jawatan tersebut.

Lembaga itu antara lainnya akan meminta Khalid menjelaskan mengenai kandungan kenyataan akhbar bertarikh 22 Julai.

Selain itu, menteri besar itu juga akan ditanya mengenai penstrukturan semula industri air, elaun baru menteri besar, kenaikan kadar lesen perniagaan, hutang peribadinya dengan Bank Islam dan juga cadangan projek lebuh raya Kidex.

Khalid juga diberi kelonggaran untuk hadir pada tengahari, Sabtu, sekiranya tidak dapat hadir dalam sesi hari ini.

Khalid: Tuduhan tak munasabah, tak adil

Posted: 08 Aug 2014 01:50 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menuntut agar PKR bertindak adil dalam membuat tuduhan ke atasnya, selari dengan slogan "Keadilan untuk semua" yang dicanang parti itu.

Beliau juga meminta agar Lembaga Disiplin PKR mengikut prosedur yang betul dan mengambil teladan dari kes berhubung tuduhan Liwat II melibatkan ketua umum parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya berasa amat risau berkenaan bagaimana tergesa-gesanya perkara tindakan disiplin ini sedang dilaksanakan.

"Seperti bagaimana Anwar berasa risau tentang rayuannya dalam Mahkamah Rayuan yang dilaksanan tergesa-gesa.

"Kita tidak boleh memberi satu persepsi awam yang sama dalam perkara ini di hadapan kita ini," katanya lagi dalam suratnya kepada Lembaga Disiplin.

Ia merupakan surat kedua Khalid, selepas lembaga tersebut mengeluarkan notis tunjuk sebab ke atas beliau pada hari Selasa.

Khalid berkata, beliau kecewa kerana lembaga tersebut tidak menerima jawapannya pada hari Rabu, yang menyifatkan notis tunjuk sebab itu sebagai "cacat".

Katanya lagi, lembaga itu juga mengemukakan permintaan tidak munasabah kerana mahu beliau menjelaskan lima tuduhan ke atasnya dalam masa singkat.

Tiada salah laku disiplin

Tuduhan itu juga tidak adil kerana diberi tempoh yang amat singkat – kurang 24 jam – untuk menjawab tuduhan yang tidak dinyatakan dengan jelas dan terperinci, kata Khalid.

Perkara itu merupakan antara alasan utama dalam jawapan kepada notis tunjuk sebab ke atasnya, yang diutuskan kepada lembaga tersebut hari ini.

"Jika notis tunjuk sebab tersebut tidak menyatakan, antara lainnya tuduhan dan perlanggaran mana-mana peruntukan dalam perlembagaan parti oleh saya, ini bermakna secara prima facie, tiada apa-apa salah laku disiplin yang telah dilakukan oleh saya dan tiada apa-apa salah laku disiplin yang boleh didengar oleh Lembaga Disiplin.

"Tanpa sebab-sebab tersebut, saya tidak dapat membela diri saya dengan efektif," katanya lagi.

Tambahnya lagi, perkara itu juga dibincangkan dalam mesyuarat Exco, sedangkan Lembaga Disiplin hanya berkuasa untuk mendengar kes berkaitan disiplin parti.

"Oleh sebab itu, tidak munasabah bagi Datuk (Tan Kee Kwong) dan Lembaga Disiplin mengkehendakkan saya dalam tempoh yang sangat singkat menjelaskan lima perkara tersebut," katanya.

Beliau merujuk kepada permintaan lembaga tersebut agar beliau menjelaskan mengenai lima perkara – penstrukturan industri air, elaun baru menteri besar, kenaikan cukai bagi lesen perniagaan, pinjaman bank Islam dan cadangan projek lebuh raya Kidex.

Kenapa saya kritik Anwar? - Dr Zuhdi

Posted: 08 Aug 2014 01:45 AM PDT


Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki


SHAH ALAM - Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki menyebut dua alasan kenapa beliau bertindak mengkritik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Menurutnya, tindakan itu kerana sebagai ahli Pas, beliau tidak boleh berdiam diri melihat serangan hendap ke atas peribadi Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Pengerusi Kumpulan Perangsang Selangor, Raja Idris Raja Kamarudin yang telah dikenalinya sejak berada di UK lagi .

Malah beliau mendakwa serangan-serangan peribadi tersebut yang disiarkan sebuah portal berita sebelum ini dipercayai bersumberkan orang sekeliling Anwar.

"Saya kritik Anwar disebabkan dua perkara. Pertama, saya dimaklumkan, ada suatu bentuk serangan-serangan hendap yang dilakukan ke atas peribadi Tuan Guru Presiden dan Raja Idris. Bahawa mereka inilah yang pertahankan Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) disebabkan kepentingan peribadi. Ini dilakukan melalui sebuah portal berita online.

"Melalui wartawan yang menulis, berita itu datang (sumber) dari orang sekeliling Anwar. Sebagai ahli Pas, saya tak boleh berdiam diri. Apakah apabila kita serang semula, kita dituduh tidak amanah dan bertujuan meruntuhkan PR? Serangan itu masih berterusan sehingga ke hari ini," katanya ketika berucap pada Majlis Solat Hajat Perdana 'Munajat Selamatkan Gaza dan Selangor Bumi Bertuah' di sini, malam tadi.

Alasan kedua Anwar dikritik adalah kerana keputusan Langkah Kajang yang disifatkan memperjudi kepercayaan rakyat Selangor kepada PR ekoran tidak mampu bersabar untuk menuju ke Putrajaya.

"Langkah Kajang merupakan jalan pintas untuk menuju Putrajaya. Pas telah masuk pilihan raya sejak 1955 dan kita bersabar walaupun tak menang pada tahun 2013. Meskipun ketika itu ramai pemimpin PR yakin kita dapat ke Putrajaya tapi ALLAH takdirkan belum sampai masanya.

"...kerana tak sabar menunggu pilihan raya pada 2017 atau 2018. Gerakan seperti ini adalah satu pengkhianatan kepada rakyat Selangor yang mengundi PR atas lambang Pas, DAP dan PKR," katanya.

Tegasnya, amanah yang diberi rakyat perlu dipikul bukan dengan menjadikan negeri itu sebagai jalan pintas.

"Rakyat Selangor beri amanah kepada Abdul Khalid dan pasukannya supaya kita singsing lengan, turun padang untuk beri khidmat kepada rakyat. Bukan jadikan Selangor jalan pintas untuk mendapatkan jawatan-jawatan penting di Putrajaya.

"Langkah Kajang satu persoalan yang rakyat perlu tahu. Malah, gerakan untuk Langkah Kajang ini tak dimaklumkan sepenuhnya kepada pimpinan PR termasuk Pas," katanya.

Keputusan Majlis Syura tak jejas pendirian PKR

Posted: 08 Aug 2014 01:37 AM PDT


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap pada sidang media di ibu pejabat PKR, sebentar tadi. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap pada sidang media di ibu pejabat PKR, sebentar tadi. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB


PETALING JAYA - Keputusan Majlis Syura Pas yang sebulat suara mahu kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dikekalkan tidak akan mengongkong dan menjejaskan pendirian PKR menentukan nasib partinya itu.

Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun berkata, beliau menghormati dan mengambil kira semua pandangan pimpinan parti komponen PR itu walaupun akur nasib Abdul Khalid bakal ditentukan oleh mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu dalam masa terdekat.

"Sebagai parti sahabat kita ambil kira dan hormati pandangan namum mereka memerlukan penjelasan lanjut pendirian PKR.

"Kita kena tumpu kepada fakta dan perjuangan parti dan bukannya kepentingan peribadi, kerana kita berpegang teguh kepada keputusan MPP pada 15 Januari lalu.

"Walaupn Pas menangguhkan mesyuaratnya pada 17 Ogos ini, namun PKR kena buat keputusan mengikut bidang kuasa kami ke atas Abdul Khalid selaku ahli PKR," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini

Tiada ulasan: