Nuffnang

Pengikut

ANAK SENGAT

sumber :-

ANAK SENGAT


ANDA ADA BUKTI??? MARI KITA KONGSI

Posted: 04 Aug 2014 12:10 AM PDT

Idulfitri dah masuk minggu ke dua…. Rumah terbuka  masih di adakan  di sana sini.  Sekadaar budaya dan tanda kesyukuran, menyatakan kegembiraan di samping mengambil kesempatan menghubungkan silaturahim sesame rakan dan jiran… namun perbincangan panas yang di minati masih bertopikkan pertukaran Menteri Besar Selangor…  Walau cuba mengelak… namun tak  mungkin membiarkan yang bertanya dalam persoalan… sekurang kurangnya sebuah pencerahan… aku memilih untuk menulis kesekian kalinya bertopik tersebut sementara menanti 10 Ogos… Kerana aku bukan pimpinan… ia bukan kenyataan… sekadar pencerahan agar kita masih di atas landasan perbincangan… bukan khayalan yang di ciptakan untuk melarikan kita dari asas permasalahan.
Mengharapkan agar biarlah ini tulisan terakhir seblum 10 Ogos, saya cuba menyimpulkan beberapa asas agar pendirian perbincangan dan punca permasalah tidak lari dari kenyataan.
PKR mahu menggantikan TSKI sebagai Menteri Besar Selangor. Pertanyaan paling utama ialah apa kesalahannya sehingga melayakkan ia di turunkan?? Persoalan ini adalah persoalan asas yang paling lojika untuk di perbahaskan…
            - Di awal lontaran kemarahan PKR kepada Khalid ialah beliau "Kedekut"… Jangan lupa punca awal ini kerana dari sinilah kita akan memahami apa yang di lindungi sebenarnya. Perkara ini bukan rahsia kerana ia di sebutkan dalam Konvensyen PKR yang lalu. Cuba selidiki maksud kedekut yang di maksudkan. Apakah kepada rakyat atau kepada golongan tertentu di kalangan pimpinan? Jika kepada rakyat, saya tak Nampak… dan mereka juga gagal menunjukkannya… sehingga kini.. skim insuran, simpanan untuk anak baru yang lahir di Selangor, air percuma dan bonus untuk kakitangan yang selalunya melebihi kerajaan pusat antara sederetan kemurahan yang TSKI lakukan untuk rakyat… Untuk pemimpin… persetankan… bukan itu yang menjadi tujuan… anda ada bukti??? Mari kita kongsikan.. saya menanti..
            - TSKI menyeleweng…. Tuduhan ini datang kemudian…. Apa yang di selewengkan…? maka di sebutlah beberapa syarikat… yang masih belum di buktikan… Pastinya PAS adalah parti yang menanti bukti yang di tuduh kepada TSKI… sehingga kini… masih sebagai tuduhan tanpa pembuktian… wajarkah di terima??? Anda ada bukti ??? Mari kita kongsikan… saya menanti..
            - "TSKI tidak wala kepada jamaah… Kalau PAS pun marah…" ooohhhh mentertawakan aku… bukankah wala itu candu bagi yang tidak berjuang untuk Islam…. Malah kamus wala hanya wujud untuk pejuang Islam… kerana wala bermula kepada Allah dan rasul serta pemimpin yang mewaris amanahnya.. Jangan sebut kepada aku sebagaimana ulasan beberapa pemimpin PAS Pusat yan g aku baca.." Selangor dah bagi kepada PKR… mengapa kita nak sibuk… adushhhh takkan sebagai pemimpin PAS Pusat tak tahu sampai tahap itu… atau ada yang mengidam sesuatu janji andai dapat duduk  di kerusi Putrajaya?
Bagi PAS, sebagaimana yang di sebut Presiden serta pendokong aspirasinya… Tiada bukti TSKI pecah amanah yang melayakkan dia di turunkan… jika di turunkan, ianya khianat… PAS adalah parti Islam yang menolak khianat walau dari rakan sendiri. Sehingga kini tiada bukti pengkhianatan… Anda ada bukti?? Mari kita kongsikan… saya menanti..
Saya ingin simpulkan dengan beberapa pemerhatian…
            a) Kemarahan bermula kerana TSKI kedekut.
            b) Langkah Kajang yang kononnya untuk ke Putrajaya… Seorang ADUN meletakkan jawatan tanpa sebab yang wajar… ia mempermainkan mandat rakyat… menyusahkan orang lain untuk bekerja bagi pihak PKR semata mata untuk meletakkan seorang yang bernama Anwar Ibrahim. Bermula dengan penipuan terbuka… menafikan untuk menggantikan MB Selangor.. Menafikan dirinya sebagai Calon… semuanya BOHONG!!! Anda boleh terima seorang PEMBOHONG??? Jangan bagi tau saya itu helah politik… jika itu jawapannya… mengapa berhelah dengan rakan… ia pengkhianatan..
            c) Langkah Kajang tersadung di pintu mahkamah… Anwar tak boleh bertanding… di ganti oleh isteri… aduss…. Yang pernah letak jawatan MP kerana nak bagi pada suami… Kini nak bertanding DUN di Selangor pulak… sebagai Presiden yang partinya tak terurus dalam pemilihan baru baru ini… inikah pemimpin hebat yang di cadangkan menggantikan TSKI… ???  kebodohan apakah ini???
            d) Ketegasan TGHH dan di sokong TGNA membunuh harapan melaksanakan kegilaan dan kerakusan ini… Terperangkap dengan jerat sendiri… tersebarlah "Printscreen" yang mengkambing hitamkan Dr Zuhdi….( yang ni aku akan ulas dalam posting akan datangInsyaAllah). Bangunlah pencacai senada… dari PKR dan DAP… di sambut oleh pimpinan PAS… paling akhir.. " Dr Zuhdi kena bertanggungjawab…" . ha…ha…ha….. Bukankah itu perbincangan dalaman. Satu analisis dari penyelidik dalaman PAS sendiri. Beliau sendiri menyatakan bukan pendirian beliau dan tidak menyokong PAS keluar PR… namun di khabarkan ada beberapa orang yang mahu PAS keluar PR… Jom terjah… siapa mereka??? SIAPA PIMPINAN YANG MAHU PAS KELUAR PR…???  Mungkin Mahfuz boleh mendedahkan siapa mereka…. Anda tak minat bertanya… nanti saya buktikan jika ia satu keperluan… mengapa itu pilihan mereka?? Nanti saya ceritakan… jika di beri kekuatan..
Persoalan besar isu ini ialah… tiada asas kukuh melakukan pertukaran melainkan dapat di lihat dari strategi yang sentiasa berubah menunjukkan ianya bukan sesuatu yang konsisten untuk melakukan perubahan kebaikan… tetapi ada yang tersembunyi… fikirkan.. atau perlu pula saya nyatakan…??

               



Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT