Ahad, 3 Ogos 2014

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


'To defend Selangor, Khalid must go'

Posted: 03 Aug 2014 01:59 AM PDT


Pakatan Rakyat kekal utuh - Majlis Presiden

Posted: 03 Aug 2014 01:46 AM PDT

Pakatan Rakyat kekal utuh - Majlis Presiden

Menyedari bahawa mutakhir ini timbul perselisihan faham di kalangan anggota-anggota parti komponen Pakatan Rakyat, terutama berkisar isu kepimpinan di Selangor yang masih dalam proses penyelesaian;

Memahami bahawa suara dan hasrat rakyat yang telah memberikan mandat dan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu untuk mentadbir tiga negeri;

Mengamati bahawa semangat persefahaman dan setiakawan Pakatan Rakyat merupakan asas kekuatan dan keutuhan perjuangan membawa perubahan dan agenda reformasi dalam persada politik, sosial dan ekonomi di negara tercinta;

Maka, Pakatan Rakyat bertegas bahawa kami beriltizam meneruskan perjuangan ini dengan mengukuhkan persefahaman dan setiakawan koalisi politik dalam kerangka Dasar-Dasar Bersama kami.

Kami juga komited untuk mendepani isu-isu berbangkit mutakhir ini secara kolektif, berani, berprinsip dengan berteraskan nilai-nilai sejagat yang dikongsi bersama, demi memenuhi amanah dan menggalas tanggungjawab yang telah diberikan rakyat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum PKR

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Lim Kit Siang
Ketua Ahli Parlimen DAP

Tiada Dalam Terma Khalid Kekal Sebagai MB Sepenuh Penggal

Posted: 03 Aug 2014 01:39 AM PDT

Tiada Dalam Terma Khalid Kekal Sebagai MB Sepenuh Penggal

greenboc 

PKR Selayang senarai sebab mengapa Khalid tidak layak jadi MB

Ketua PKR cabang Selayang, William Leong Jee Keen hari ini berkata, pihaknya bersama 28 Ahli Jawatankuasa dalam mesyuarat khas cabang selama 40 minit malam tadi bersepakat mendesak Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim melepaskan jawatannya.

William Leong turut meminta kerjasama Khalid supaya akur menerima keputusan yang telah dicapai Majlis Kepimpinan Pusat Pakatan Rakyat pada 5 Januari lalu serta disahkan semula pada mesyuarat 23 Julai lalu di mana Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail akan mengambil alih.

"Jawatan MB bukan hak peribadi Khalid dan tiada terma yang mengatakan beliau akan kekal sebagai MB sepenuh penggal kerana dalam politik parti mesti mengambil kira dari semasa ke semasa apa jua pandangan dan sokongan rakyat.

"Jika seseorang pemimpin didapati hilang kelayakan atau kepercayaan rakyat, maka adalah menjadi tanggungjawab parti menukar pemimpin, tak perlu tunggu penggal tamat.

"Sebab itu kita minta Khalid memikirkan lebih mendalam dan minta nasihat orang lebih layak untuk mengambil keputusan dan berundur.

"Lagipun ramai mendakwa bahawa Anwar gila kuasa kerana tak dapat jadi MB lantik isterinya Wan Azizah, itu sebenarnya tak benar, PKR yang mempunyai 219 cabang dengan hampir 500,000 ahli bukan dipengaruhi satu individu, ini keputusan majlis perwakilan pusat PR," katanya pada sidang akhbar berhubung konflik politik di Taman Selayang Jaya di sini.

Menurut beliau, sebenarnya parti membuat keputusan kerana Khalid gagal melaksanakan manifesto PR yang dipersetujui malah menafikan ia sebagai janji rakyat.

Malah katanya, isu lebuh raya Kinrara-Damansara (Kidex) bila ditanya rakyat, Khalid tanpa rasa bersalah memberi jawapan ia adalah manifesto pembangkang yang tiada kena mengena dengan negeri.

Selain itu katanya lagi, Khalid didakwa membuat keputusan sesuka hati tanpa mempedulikan manifesto PR untuk negeri menaikkan premium cukai tanah dan cukai pintu melambung sehingga 400 peratus menyusahkan rakyat sehingga pakatan tidak boleh menjawab di Parlimen.

"Kita soal kerajaan BN pusat kenapa naikkan tol dan cukai tetapi kerajaan negeri Selangor PKR buat begitu dan menyusahkan parti, selain geran tanah dengan kadar premium tinggi, sampah melimpah dan wabak denggi diluar kawalan yang mana turut dikecam rakyat.

"Bukan sekadar itu, mesyuarat biro politik pun dia tak pernah datang selain kurang menyertai Majlis Kepimpinan Pusat setiap bulan sehingga parti PKR tak dapat tahu apa Khalid buat.


"Kita lantik Anwar sebagai penasihat ekonomi negeri pada 2009 sebagai inisiatif untuk mengadakan satu saluran membincangkan polisi antara parti dan Khalid melibatkan ekonomi negeri, kebajikan rakyat dan polisi parti.

"Ini semua tidak dapat dilaksanakan disebabkan Khalid tidak mahu menerima cadangan atau idea Anwar sambil mengatakan dia bukan pak urut yang mendengar 100 peratus semua cadangannya.

"Malah prestasi Khalid tidak begitu memuaskan, Khalid tak ikut polisi parti, menafikan dan tidak mengikut juga manifesto dan janji kepada rakyat negeri.

"Selepas Mesyuarat Majlis Pepimpinan Pusat dah buat keputusan, kini sudah 7 bulan berlalu dan ini bukan perkara (tukar MB) dibuat secara tiba-tiba. Kajang Move menerusi PRK Kajang satu langkah awal Khalid perlu berundur," tegasnya.

Lagipun katanya, tidak wajar seorang presiden PKR (Wan Azizah) berfungsi sebagai ADUN biasa di bawah seorang MB (Khalid) yang tiada jawatan dalam parti di negeri.

Dalam pada itu beliau turut berharap komponen PR iaitu Pas supaya menimbangkan dengan teliti keputusan pakatan rakyat kerana adalah penting untuk gabungan pembangkang menjadi lebih kuat memenuhi harapan rakyat.

"Kita sedia memberi penjelasan penuh jika terdapat perkara yang kurang mereka ketahui dalam soal pertukaran MB," katanya. -MG



Saya yang cadang Wan Azizah jadi MB - Syed Husin

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Syed Husin Ali memberitahu, cadangan nama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu diberikan olehnya kepada biro politik PKR.

Dalam laman Tweeternya, Dr Syed Ali turut mengakui nama Wan Azizah itu diberikan bukan sahaja untuk jawatan MB Selangor tetapi sudah diberikan untuk menjadi calon PKR untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang yang berlangsung pada 23 Mac lepas.



Pada Sabtu, empat pemimpin cabang PKR iaitu R Sivarasa (Subang), William Leong (Selayang), Yew Boon Lye (Klang) dan David Cheong (Kuala Langat) menyatakan sokongan kepada Wan Azizah yang dianggap paling layak menjadi menteri besar.

Mereka turut meminta Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berundur dari jawatan tersebut bagi menghormati keputusan parti.


Keempat-empat mereka juga meminta anggota PKR menyokong keputusan Majlis Pimpinan Pusat pada 21 Julai lalu yang menamakan Wan Azizah sebagai calon untuk jawatan itu.

Sebelum ini, Wan Azizah turut membayangkan kesediaan memikul tanggungjawab sebagai Menteri Besar Selangor sekali gus menggantikan Abdul Khalid.

Azizah berkata, ia adalah satu tanggungjawab yang besar dan amanah yang perlu dijaga.
- astroawani


TAMRIN MAKSUDKAN PAS PERNAH BELOT

Posted: 03 Aug 2014 12:19 AM PDT

Silap PKR umum pengganti Khalid sebelum masanya, kata anak bekas TPM

 

Kah..kah ..kah   kalau Tamrin orang luar setahun jagung masuk Pas komen Pas , aku tabik, sebab beliau bukan sahaja lama dalam perjuangan bangsa  Umno , tetapi melihat bahawa Pas ini pernah menjadi sebuah parti yang boleh belot pada Pakatan Rakyat demi sevival beberapa ahli yang nak pada dunia.

Apa yang didengar dan dikatakan oleh orang ramai ialah "Kalau Arwah Dato Hj Fadzil Noor ada, benda ini tak akan berlaku.Benda nak bincang dengan Umno,Benda nak pakat dengan Umno, benda nak bagi negeri yang dipegang terlepas pada Umno. Bukan sebuah negeri 2 buah negeri terlepas"

Ramai juga yang kata Allahyarham tidak mendengar membuta tuli, tetapi  banyak membaca, menelaah bukan sahaja kitab agama, tetapi isu semasa dalam negara demi kebaikan parti. Beliau tidak mengharapkan orang memberi nasihat yang membawa rebah, mengharap orang mencetak kertas untuk dibaca, mendengar anak menantu memberi kata nasihat. itu Allahyarham Fadzil Noor. 

Apa pandangan bangsa Cina dan India yang selama ini menganggap bahawa Pas ada sebuah parti orang beragama,boleh dipercayai, baik,malah melebihi parti mereka sendiri iaitu Mca,Gerakan hatta DAP.

Kajian Tony Pua , Jika pilihanraya di adakan di Selangor, Pas akan kehilangan sebahagian besar kerusi yang dimenangi mereka kerana kehilangan pengundi Cina melebihi 35% hingga 55% yang mana meletakkan calon Pas. 

 

Situasi 1.

" Isu hudud ni Majlis Kerja Tertinggi UMNO tak pernah bincang jauh sekali bersetuju.
Yg pemimpin2 PAS Kelantan terhegeh-hegeh nak sambut pelawaan Jamil Khir tu apasal?
Mana maruah korang?" Tulang besi MalaysiaWaves

 Situasi 2.

Kalo berjaya projek tukar Khalid Ibrahim kpd Kak Wan, inshaalah, projek seterusnya adalah tukar TMB Kelantan kepada Husam Musa

 Situasi 3.

Punya Lama Sejak Mac Lagi Bekalan Air Di Selangor Sudah Di Sabotaj... Semalam Baru Perasan Ke... Dari Dulu Kini Selamanya Keje Sabotaj Nie Akan Berlaku Selagi Syabas Di Bawah Kroni Umno Yang Punya... Mau Jadi MB Bukan Pandai Simpan Duit Je... Kene Gak Pandai Baca Permainan Politik Pihak Lawan Yang Cuba Menjatuhkan Pakatan Rakyat... Maklumlah... Rakyat Kata Beliau Hebat.. Kalau Hebat Takkan Biarkan Rakyat Menderita Dah Beberapa Bulan Air Di Catu... Sampai Lani Baru Perasan Kene Sabotaj... ...kikik

 situasi 4.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=784765384901814&set=a.581587838552904.1073741826.100001050809013&type=1




Anak bekas timbalan perdana menteri Tun Ghafar Baba, Tamrin Ghafar (paling kanan) berkata mengumumkan pengganti Khalid sebelum tiba pada masanya adalah kesilapan Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Ogos, 2014.  


Anak bekas timbalan perdana menteri Tun Ghafar Baba, Tamrin Ghafar (paling kanan) berkata mengumumkan pengganti Khalid sebelum tiba pada masanya adalah kesilapan Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Ogos, 2014. 


 Usaha PKR untuk memastikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatan sebagai menteri besar Selangor sedikit sebanyak merosakkan reputasi PAS dan Pakatan Rakyat (PR), kata Tamrin Ghafar.
Beliau yang juga anak kepada bekas timbalan perdana menteri, Tun Ghafar Baba melihat kesilapan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah mengumumkan pengganti Khalid sebelum tiba pada masanya.

"MB Selangor daripada PKR, bukan daripada PAS, tetapi yang mulai retak ialah PAS dan Pakatan. Aneh dan ajaib.


"Apabila Anwar membuat kenyataan bakal pengganti Khalid, itu dia bercakap bagi pihak partinya PKR, bukan bagi pihak Pakatan.
  "Mungkin pada PAS, kelemahan Anwar ialah mengumumkan nama pengganti MB sebelum 10 Ogos. Mungkin juga kelemahan kita ialah membuat kenyataan umum sebelum tarikh itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

PKR pada mesyuarat tergempar Majlis Pimpinan Pusatnya pada 22 Julai lalu mencapai keputusan untuk meletakkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Khalid bagi jawatan menteri besar Selangor.

Anwar berkata Dr Wan Azizah yang juga presiden PKR mampu memberi kestabilan kepada PR di Selangor selain bertujuan menyelesaikan isu di negeri itu yang semakin meruncing.
Bagaimanapun, Tamrin tidak meletakkan kesalahan 100% kepada PKR, dengan melihat PAS juga tidak terlepas dari melakukan kesalahan.

Tanpa menyebut kelemahan PAS secara spesifik, beliau merujuk tingkah laku PAS yang dikatakan memungkiri janji pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Mungkin kalau itu dikatakan kelemahan, PAS juga ada kelemahannya. Cuba kita renung kembali apa yang berlaku semasa PRU13 yang lepas.

"Memungkir janji persetujuan yang dicapai itu bagi saya kelemahan yang susah hendak dilupakan. Selepas (kewafatan) Rasulullah, tidak ada siapa pun yang maksum," katanya.

Sehubungan itu, Tamrin menggesa pemimpin parti mengambil kesempatan kemuliaan Syawal untuk saling bermaaf-maafan sebelum keadaan menjadi semakin buruk.

Katanya, perawakan yang selama ini dijaja oleh Umno perlu segera dielakkan dan tidak harus dibawa ke dalam PR.

"Di hari dan bulan yang mulia ini, sebaik-baik amalan kita ialah bermaaf-maafaan. Yang lebih baik lagi kita memaafkan sebelum dipinta. Musuh sedang menunggu retak menjadi belah.

"Jangan disebabkan Khalid seorang, rumah yang dibina sejak berzaman lamanya boleh rebah ke bumi.
"Jangan biarkan, malah menggalakkan amalan membisu dan mengampu yang ada pada Umno menular ke dalam parti kita. Yang penting ialah perjuangan parti bukan pemimpin," katanya. – 3 Ogos, 2014.



Tiada ulasan: