Kelab Greenboc |
- Gencatan Senjata: Helah Israel Untuk Serang Palestine Lagi Tanpa Lawan
- Sekeping Kad Raya Ditemui Di Tempat Nahas MH17
- Hukum Wanita Jadi Pemimpin Dari Kacamata Prof Dr HAMKA
Gencatan Senjata: Helah Israel Untuk Serang Palestine Lagi Tanpa Lawan Posted: 04 Aug 2014 01:09 AM PDT Israel umum gencatan senjata kemanusiaan 7 jam di Gaza BAITUL-MAQDIS: Tentera Israel mengumumkan akan melaksanakan gencatan senjata kemanusiaan selama tujuh jam di Semenanjung Gaza hari ini, tindakan terbaharu selepas hampir empat minggu konflik Israel-Palestin berlangsung. Menurut kenyataan tentera Israel, gencatan senjata akan bermula pada 0700 GMT (3 petang waktu Malaysia) dan berakhir pada 1400 (10 malam waktu Malaysia). Ia akan dilaksanakan di semua bahagian kecuali di timur bandar Rafah dengan alasan masih ada pertempuran yang berlangsung dan wujud kehadiran tentera rejim di situ. Bagaimanapun pemimpin tentera rejim Israel di Tebing Barat dan Gaza Yoav Mordechai memberikan amaran yang pihaknya akan membalas sebarang serangan sekiranya dilancarkan sepanjang gencatan senjata itu dilaksanakan. Mordechai juga menggesa dua penduduk perkampungan di Abasan al Kabira dan Abasan al Saghira di wilayah Khan Yunis ke selatan Gaza untuk pulang ke kediaman mereka bermula 0500 GMT (1 petang waktu Malaysia). Sementara itu tentera Israel dilaporkan mula mengundurkan sebahagian anggota tenteranya termasuk sejumlah kereta kebal dari Gaza. Bagaimanapun ia masih melancarkan beberapa serangan udara ke atas wilayah Palestin itu. Pengunduran dilaksanakan ketika perdana menteri rejim, Benjamin Netanyahu berikrar untuk meneruskan operasi ketenteraan ke atas Gaza walaupun mengambil tempoh lama dan menggunakan sebanyak mana kekuatan yang diperlukan. Katanya, tentera rejim zionis mencapai kejayaan besar dalam memusnahkan infrastruktur milik Hamas. Bagaimanapun jurucakap Hamas, Fawzi Barhum berkata Netanyahu keliru terhadap krisis sebenar yang dihadapinya. Hamas juga kata Fawzi tidak akan mengalah dan meneruskan penentangan terhadap penjajah Yahudi sehingga misi tercapai. Angka kematian di pihak Palestin kini melebihi 1,775 nyawa dengan mangsa kebanyakkannya adalah orang awam. ~Agensi
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki dengan produk kami. Sila klik SINI |
Sekeping Kad Raya Ditemui Di Tempat Nahas MH17 Posted: 03 Aug 2014 11:31 PM PDT Negara kita memang digemparkan dengan tragedi pesawat MAS MH17 yang terhempas di sempadan Ukraine dan Russia beberapa minggu lalu. Sehingga ke hari ini belum dikenalpasti siapakah yang sebenar-benarnya bertanggungjawab terhadap tragedi malang berkenaan. Yang ada kini saling tuduh-menuduh dan tuding menuding dengan pelbagai teori yang tidak kurang mengejutkan disampig tidak menolak kewujudan "konspirasi" pihak tertentu, apatah lagi hanya beberapa hari selepasnya, pihak Israel melakukan serangannya ke atas Gaza dan menuduh pula Malaysia melatih pihak Hamas untuk menyerang mereka. Namun di sebalik semua itu, ada sekeping gambar yang pasti akan menyentuh perasaan setiap rakyat Malaysia. Gambar sekeping kad raya yang berjaya dijumpai di lokasi nahas. Maklum saja tragedi sedih ini berlaku ketika umat Islam sedang hampir untuk menyambut Syawal. Ia amat menyayatkan hati. Al-Fatihah buat yang beragama Islam. Buat keluarga mangsa MH17 didoakan semoga mereka semua tabah dan kuat hadapi situasi ini. P/s : Semoga selepas ini Malaysia dijauhkan daripada malapetaka yang meragut nyawa, Amiiin ya Rabb -apahell/GB Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki dengan produk kami. Sila klik SINI |
Hukum Wanita Jadi Pemimpin Dari Kacamata Prof Dr HAMKA Posted: 03 Aug 2014 05:25 PM PDT Prof. Dr. HAMKA menjawab "hukum wanita menjadi pemimpin" Pertanyaan: "Saya pernah mendengar bahwa di negara islam yang harus menjadi kepala negara harus laki-laki. Saya ingin tahu bagaimana hukumnya jika seorang raja diangkat dari wanita? Contohnya ialah dibawah ratu Elisabeth dan Ratu Wilhelmina ? Jawab : Memang ada hadis Nabi bahawasanya suatu kaum yang merajakan wanita akan ditimpa kerugian. Berdasarkan kepada hadis itu maka sudah menjadi tradisi (sunnah) bagi Alam Islami tidak mengangkat raja perempuan, apatah lagi menjabat jadi khalifah. Tetapi sekali dalam sejarah Islam di Mesir, iaitu pada tahun 1249, terjadi seorang perempuan menjadi raja. Namanya ialah Syajaratud Duur (pohon permata). Dia adalah salur galur dari raja Al-Malikus Shalih. Suaminya pergi berangkat ke Mansuriah, melawan raja Perancis Lodewijk IX dalam satu rentetan perang Salib. Lalu datang berita bahawa raja itu wafat dalam peperangan, padahal putera yang berhak menjadi raja bernama Khalil masih kecil. Kerana banyak benar yang ingin menjadi raja sedang permaisuri tersebut melihat bahawa bahaya penumpahan darah akan menjadi, beliau pun memaklumkan dirinya menjadi Sultanah, memakai gelaran "Al Mu'tashimat al Shalihiyah Ummu Khalil, 'ishmad dunya waddin malikatul Muslimin". Dia menjadi Ratu Wanita berkuasa penuh sampai kepada tahun 1257. Dia mati terbunuh kerana kekuasaan direbut oleh lawan politiknya. Menurut penyelidikan sejarah, baru sekali itulah ada raja perempuan di negeri Islam. Salah satu jasa baginda (bagindi?), ialah kerana bagindalah yang mula-mula mengatur mengirimkan "mahmal", iaitu seekor unta dengan berbagai kebesaran membawa selubung Ka'bah ke Mekah. Adat itu berlaku sampai kepada zaman sekarang ini. Tetapi ahli-ahli fiqhi sudah menjadi lebih luas pandangannya/ijtihadnya tentang: kalau keadaan memerlukan, wanita boleh diangkat menjadi pemimpin/raja, asal saja orang-orang besar dan penasihat yang berdiri dibelakangnya sanggup memberikan fikiran-fikiran yang benar dan berharga kepada baginda. Di Indonesia, setelah Iskandar Tsani 'Alauddin Mogayat Syah, Sultan Aceh yang mengantikan mertuanya Iskandar Muda Mahkota Alam mangkat pada tahun 1641, maka orang-orang besar di Aceh termasuk Ulamak-ulamaknya mengangkat perempuan menjadi pemimpin, iaitu isteri dari Iskandar Muda Mahkota Alam Almarhum, sebab yang mangkat tidak mempunyai putera laki-laki. Sultan wanita pertama di tanah air kita itu memakai gelaran Sultan Taj'ul Alam Shafiyatuddin Syah. Disebut juga Puteri Seri Alam Permaisuri. Baginda memerintah sampai tahun 1675, iaitu selama 34 tahun. Dan setelah baginda mangkat, orang besar-besar dan Ulamak memilih pula puterinya, ertinya wanita lagi gantinya dengan gelaran Sultanat Naqiyatud Din Nurul Alam. Beliau mangkat pada tahun 1678, setelah 3 tahun memerintah. Dan yang menggantikannya Sultan perempuan juga, iaitu Sultanat 'Inayat Syah, memerintah sampai tahun 1688 (10 tahun). Sesudah itu memerintah juga Sultan perempuan, iaitu Sultanat Kamalat Syah, memerintah sampai tahun 1699 (10 tahun). Setelah kita selidiki sejarah Islam di Aceh dengan agak saksama, ternyata pemerintahan raja perempuan itu berjalan lancar, terutama pada zaman Raja Perempuan Pertama. Sebab pembantu-pembantunya terdiri daripada ahli-ahli musyawarat dan penasihat yang bijak pandai. Nescaya kejadian itu tidaklah akan melanggar bunyi Hadis Nabi tadi, yang mengatakan rugilah suatu kaum kalau yang memimpinnya itu wanita, iaitu kalau wanita itu memerintah menurut kehendaknya sendiri saja, tidak dipelengkapi dengan ahli-ahli musyawarat yang bijak, terdiri daripada kaum laki-laki. Bahkan laki-laki sendiri pun nescaya merugikan kalau memerintah sendiri saja, tidak dilengkapi dengan ahli-ahli musyawarat yang bijaksana dan turut bertanggungjawab. Dalam penyelidikan kita di negeri Bugis, terdapat juga "Datuk-datuk" wanita, yang dilengkapi dengan "selewatang" (penasihat), Perdana Menteri atau Menteri-menteri yang ahli. -Dr.HAMKA (Gema Islam 1 April 1963) Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki dengan produk kami. Sila klik SINI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan