WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
Posted: 24 Jul 2014 09:27 AM PDT 1.Mencabar DUN membuat undi tidak percaya.....baca http://wrlr.blogspot.com/2014/07/jangan-ulangi-peristiwa-1977-menimpa.html soalnya kenapa Khalid begitu keras tidak mahu berundur dengan menyatakan bahawa rakyat Selangor masih menyukai beliau? Adakah ini fakta atau ianya adalah alasan mempertahankan jawatan beliau? atau adakah beliau ingin menyelesaikan perjalanan KIDEX dan juga Langat 2 selesai sebelum beliau melepaskan jawatan MB? Masih banyak kroni Umno yang mendapat banyak faedah berniaga di Selangor dan ini menjadi kenapa Umno juga akan mepertahankan Khalid Ibrahim sebagai MB? Jika berlaku seperti di Kelantan (Baca MSO) , Khalid kanmenjadi MB dibawah UMNO? atau ianya memangdirancang sedemikian rupa? APA KATA TERIMA CABARAN KHALID???? Khalid cabar Adun Selangor kemuka undi tidak percayaTan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencabar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) supaya mengemukakan undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (Dun) jika mahu beliau berundur. Menteri besar Selangor itu ketika ini berdepan kemungkinan disingkir, bagaimanapun bertegas ia mesti dilakukan mengikut peraturan dan proses mengikut undang-undang negeri. "Memang boleh, saya rasa dalam tatacara pengendalian dewan, parti atau Adun secara berkumpulan boleh meminta Speaker untuk bawa apa yang dipanggil usul ke dalam Dewan," kata Khalid semasa ditemui di Kajang hari ini. Khalid sudah menyatakan secara terbuka tidak akan berundur, malah memberi amaran Pakatan Rakyat (PR) akan hilang negeri terkaya tersebut. "Saya dah kata, saya akan mengikut lunas enakmen-enakmen yang perlu diikuti kerajaan negeri Selangor sebab ada beberapa tatacara yang perlu dilakukan. "Kedua apabila saya dilantik, saya juga diminta untuk angkat sembah dan sumpah sebagai menteri besar negeri Selangor," beliau berkata. Selangor terus bergolak selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 apabila ada pihak dalam PKR tidak setuju khidmat Khalid disambung walaupun mendapat sokongan penuh PAS dan DAP. Untuk rekod, PAS dan DAP memiliki kerusi lebih banyak berbanding PKR. Sejak itu, satu persatu isu dan pertelingkahan dibincangkan secara terbuka di media oleh pemimpin PR sendiri termasuk dalam isu rampasan Bible Melayu dan Iban dari pejabat Pertubuhan Bible Malaysia, serbuan perkahwinan Hindu yang pengantin wanitanya bernama Melayu dan cadangan pembinaan Lebuhraya Kidex. Turut menjadi isu adalah penstrukturan air di Selangor yang belum selesai dan terkini adalah apabila PKR secara rasmi melalui Langkah Kajang mahu menukar Khalid sebagai menteri besar sedangkan beliau tidak bersedia untuk berundur dan mahu menghabiskan penggalnya hingga PRU14. Turut merosakkan imej PR adalah kekecohan dalam pemilihan PKR yang selalu digunakan oleh media BN untuk memburuk-burukkan parti itu di mata umum. Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim juga sudah mengumumkan PKR memutuskan memilih presiden parti itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan Khalid sebagai MB Selangor. Ia kemudian dimaklumkan secara rasmi dalam mesyuarat Majlis Presiden PR di Bangunan Parlimen petang semalam. Walaupun menerima kenyataan PKR berhak menamakan Dr Wan Azizah sebagai bakal MB baru, PAS dan DAP akan berbincang di kalangan pimpinan mereka untuk menentukan pendirian. PAS akan bermesyuarat selepas Aidiltitri yang dijangka minggu depan manakala DAP belum memaklumkan tarikhnya. – 24 Julai, 2014. |
Berasaskan kriteria Sultan Selangor, Khalid wajar berundur sebagai MB Posted: 24 Jul 2014 09:15 AM PDT Tan Sri Khalid Ibrahim perlu berundur selaku menteri besar Selangor jika beliau mematuhi tiga kriteria yang diletakkan Sultan Selangor kerana mentadbir secara bersendirian. Khalid berkata sultan mengingatkan beliau supaya negeri ditadbir dengan telus, tegas dan bertanggungjawab. Antara tiga perkara, kita simpulkan ketelusan paling penting. Sesiapa yang telus layak mendapat kepercayaan dan keyakinan, serta diharap menjadi seorang yang jujur. Nilai perkataan boleh dipercayai dibandingkan dengan melihat makna berlawanan. Jujur. Berprinsip. Beretika. Mulia. Tidak rasuah. Perkara ini adalah penting kerana ahli politik yang memegang jawatan dan mentadbir kerajaan memiliki kuasa yang besar dan menguasai sejumlah besar wang pembayar cukai hanya dengan satu tandatangan. Seorang pemimpin dilihat sebagai jujur dan boleh dipercayai jika namanya tidak terpalit dengan kontroversi berjuta ringgit. Di sini, ia agak mencabar Khalid kerana dirinya antara tiga individu yang dianggap istimewa memandangkan mendapat penyelesaian luar mahkamah. Antara individu lain tersebut ialah bekas bos Malaysia Airlines (MAS), Tajuddin Ramli. Suatu ketika pada 2012, Menteri Undang-Undang Datuk Seri Nazri Aziz menulis kepada syarikat berkaitan kerajaan meminta mereka menghentikan semua tindakan undang-undang ke atas Tajuddin. Mengatakan ini suatu yang mengejutkan, ia pasti tidak masuk akal. Lagipun, Danaharta sudah memenangi tindakan mahkamah sejumlah RM580 juta ke atas beliau, malah dijangka menang kes tersebut walaupun diperingkat rayuan. Apa perkara yang menyebabkan kerajaan terpaksa tunduk masih tidak diketahui hingga hari ini, malah menteri kewangan enggan menjelaskan perjanjian tersebut. Setengah orang berkata Tajuddin menggugut mendedahkan peranan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kontroversi melibatkan syarikat penerbangan negara tersebut. Penyelesaian luar mahkamah kedua pula melibatkan Menteri Kabinet, Datuk Seri Hasan Malek yang campur tangan dalam kontroversi Bank Rakyat yang dibuat dengan ahli perniagaan karpet, Deepak Jaikishan, jumlah diskaun yang besar diberi oleh institusi kewangan tersebut. Deepak sebelum ini pernah menggugut mendedahkan mengenai pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shariibuu. Mengapa seorang yang pernah menggugut pemimpin kerajaan diberikan layanan istimewa sebegini? Apakah merit menyebabkan beliau mendapat layanan istimewa? Tiada siapa tahu. Kes ini sama dengan kes dimana Bank Islam secara tiba-tiba mengugurkan tindakan mahkamah untuk mendapatkan semula RM70 juta daripada Khalid. Kontroversi tersebut berlaku secara terbuka, malah pihak bank sendiri berusaha mengheret Khalid ke mahkamah sejak beberapa tahun lalu. Isu Khalid-Bank Islam juga berakhir begitu sahaja dengan penyelesaian luar mahkamah. Khalid sehingga hari ini tidak mendedahkan kepada pemimpin senior dalam partinya bagaimana kes tersebut diselesaikan. Cerita di belakang tabir mengatakan wujud penglibatan seorang peguam yang menjadi orang tengah Umno semasa Khalid menjadi tokoh korporat suatu ketika dahulu dalam penyelesaian Bank Islam. Adakah ini benar? Siapa tahu. Khalid yang sering bercakap mengenai urus tadbir dan proses yang telus, masih berdiam diri dalam isu ini. Khalid juga sudah memberi amaran kepada Pakatan Rakyat negeri supaya mengikut proses menyelesaikan kemelut politik di negeri tersebut atau hilang negeri terkaya tersebut. Namun, sesiapa yang mahu menerajui kepimpinan negeri tidak boleh mempunyai tanda soal berlegar atas kepalanya. – 24 Julai, 2014. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan