Kelab Greenboc |
- [VIDEO] Bangkai Pesawat Air Algerie Ditemui - Tiada Yang Selamat
- [VIDEO] Syukur Ya Allah... Adik Firdaus Telah Dibenar Keluar Dari Hospital
- Selepas TransAsia Airways, Kini Air Algerie Terhempas Kerana Cuaca Buruk -updated
[VIDEO] Bangkai Pesawat Air Algerie Ditemui - Tiada Yang Selamat Posted: 25 Jul 2014 12:25 AM PDT Burkina Faso - Pesawat Air Algerie yang hilang awal semalam dengan 116 orang di dalamnya ditemui terhempas di Mali, berhampiran sempadan Burkina Faso. Perkara itu dilaporkan penyelaras unit krisis di Ouagadougou. "Kami sudah menemui pesawat Algeria. Bangkainya sudah di kenal pasti lokasinya... 50 kilometer di utara sempadan Burkina Faso di Wilayah Gossi, Mali," kata Jeneral Gilbert Diendiere dari Tentera Burkina Faso, lapor AFP. Agensi berita Reuters melaporkan tiada yang terselamat di dalam nahas berkenaan. Semalam pesawat penumpang itu dilaporkan terputus hubungan dengan syarikat penerbangan 50 minit selepas ia berlepas. Seorang pegawai syarikat penerbangan itu berkata, separuh daripada jumlah penumpang merupakan warga Perancis. Seorang wakil Air Algerie di Burkina Faso, Kara Terki pada sidang media berkata, kesemua penumpang yang menaiki pesawat itu dalam penerbangan transit sama ada ke Eropah, Timur Tengah atau Kanada. Beliau berkata, senarai penumpang termasuk 50 warga Perancis, Burkinabe (24), Lebanon (8), Algeria (4), Luxembourg (2), Belgium (1), Nigeria (1), Ukraine (1) dan Romania (1).
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
[VIDEO] Syukur Ya Allah... Adik Firdaus Telah Dibenar Keluar Dari Hospital Posted: 24 Jul 2014 08:20 PM PDT Meme" tanda lapar Seremban: Perasaan hiba dan gembira jelas kelihatan di wajah jururawat wad kanak-kanak Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) yang mengiringi remaja kurang upaya (OKU) Muhammad Firdaus Dullah, 15, untuk dibawa keluar, semalam. Sebaik remaja terbabit menaiki van Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri di lobi utama hospital, rata-rata jururawat memeluk dan mencium serta merakam gambar terakhir bersamanya. Perasaan kasih terpancar kerana merekalah yang menguruskan Muhammad Firdaus apabila dia dimasukkan ke wad sejak 21 Jun lalu dalam keadaan tidak terurus dengan berat badan hanya 14 kilogram (kg), namun kini mencapai 22 kg. Ketua Jabatan Dietetik HJT Dr Basmawati Baharom berkata, Firdaus kini lebih sihat dan suka makan. "Muhammad Firdaus suka makan apa saja tetapi dia tidak suka mengunyah, jadi kami memberinya makanan lembut dan sayur-sayuran. "Walaupun Muhammad Firdaus tidak boleh bercakap, dia mempunyai cara sendiri untuk memberitahu kami sekiranya dia lapar dengan menyebut 'meme' berulang kali sehingga dia diberi makan," katanya ketika ditemui pemberita, semalam.. ~HM
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
Selepas TransAsia Airways, Kini Air Algerie Terhempas Kerana Cuaca Buruk -updated Posted: 24 Jul 2014 05:32 PM PDT Pesawat Air Algerie AH5017 terhempas di Niger kerana cuaca buruk Dalam tempoh tidak sampai dua minggu, selepas insiden malang menimpa pesawat Malaysia Airlines MH17, hari ini pesawat milik Air Algerie AH5017 disahkankan terhempas di Niger selepas terbang melalui ribut kuat. Stesen televisyen Algeria Elnahar mengesahkan pesawat itu terhempas kerana cuaca buruk. Pesawat itu terhempas selepas melalui bandaraya Niger dan dianggarkan kesemua116 orang penumpang terbunuh. Penerbangan itu dikatakan ditemui berhampiran Niamey, ibu negara Niger. Pesawat berkenaan berlepas dari bandaraya Burkinan, Ouagadougou dan terputus hubungan dengan stesen kawalan ketika melalui ruang udara Mali dan dikatakan satu jam perjalanan dari sempadan Algeria. Pesawat malang itu dijadualkan mendarat di destinasinya kira-kira jam 5.10 waktu tempatan tetapi tiada komunikasi dengan pusat kawalan, walaupun cuba dihubungi pegawai selama enam jam selepas ia melakukan lencongan. Seorang wakil Air Algerie di Burkina Faso, Kara Terki pada sidang media berkata, kesemua penumpang yang menaiki pesawat itu dalam penerbangan transit sama ada ke Eropah, Timur Tengah atau Kanada. Beliau berkata, senarai penumpang termasuk 50 warga Perancis, Burkinabe (24), Lebanon (8), Algeria (4), Luxembourg (2), Belgium (1), Nigeria (1), Ukraine (1) dan Romania (1). Ribut Akibat Taufan Matmo Dipercayai Punca Nahas Pesawat Taiwan TAIPEI: Ribut petir yang melanda akibat Taufan Matmo dipercayai menjadi punca pesawat Taiwan terhempas sehingga mengorbankan 48 orang, menurut syarikat penerbangan berkenaan. Nahas pesawat dalam penerbangan dari Kaohsiung di selatan Taiwan itu berlaku hanya beberapa jam selepas Taufan Matmo membadai Taiwan. Penerbangan ATR-72 milik TransAsia Airways yang membawa 58 penumpang dan kru itu terhempas apabila melakukan pendaratan cemas di Pulau Penghu di Selat Taiwan yang terletak antara negara itu dengan China, malam Rabu. "Mengikut apa yang kami faham setakat ini, kejadian itu berlaku akibat cuaca buruk yang dipengaruhi taufan berkenaan," kata wakil TransAsia, Phoebe Lu. Mangsa yang maut termasuk 46 warga Taiwan dan dua penuntut perubatan Perancis yang menjalani kerja amali di Taiwan. Terdahulu, kira-kira 200 penerbangan di Lapangan Terbang Taiwan terpaksa dibatalkan berikutan hujan lebat dan angin kuat. Biro Kajicuaca Pusat Taiwan memberi amaran mengenai hujan lebat melanda negara itu walaupun selepas Taufan Matmo membadai dan menghala ke barat China. -mstar ULASAN GB Berbeza dengan tragedi MH370 & MH17, kedua-dua nahas di atas adalah kerana faktor cuaca. Kehilangan MH370 sehingga kini belum dapat dikesan, manakala MH17 pula ditembak jatuh di Ukraine. Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan