Khamis, 24 Julai 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Video] Cuba Dengar Ceramah Kazim Elias tentang Nabi Jamu Roti Jala, Apa Kata Dr Asri?

Posted: 24 Jul 2014 01:25 AM PDT


Ustaz Kazim Jawab Petikan Ceramah 'Roti Jala Cicah Kari'

[Mstar] PETALING JAYA: Pendakwah selebriti Ustaz Kazim Elias berkata beliau tidak bermaksud memberi contoh Nabi Muhammad S.A.W melakukan kenduri paling mahal dengan menyediakan roti jala yang dicelup dengan kuah kari seperti yang dipaparkan dalam sebuah buku dan juga rakaman ceramah yang tersebar.

Menurut Kazim, sebenarnya mengikut sejarah, Nabi pernah menyediakan roti yang dicicah dengan kuah kambing dan bagi mengikut sunah Rasulullah, masyarakat zaman ini boleh menyediakan roti jala dicelup dengan kuah kari kepada tetamu yang hadir.

"Saya tahu ramai yang mempertikaikan tentang perkara itu. Takkanlah saya bodoh nak cakap Rasulullah beri makan roti jala kepada tetamunya. Zaman itu ada ke roti jala?

"Ia sebenarnya hanyalah satu contoh di mana jika Rasulullah menyediakan roti dengan kuah kambing, apa salahnya kita sediakan roti jala dengan kuah kari. Tetapi ramai yang salah faham," katanya yang dihubungi mStar Online.

Pada tahun lalu, sebuah buku berjudul Tuhan Sedang Menguji Kita yang memetik ceramah-ceramah Kazim telah diterbitkan di bawah penerbitan Karangkraf.


Artikel yang ditulis di sebuah buku 'Tuhan Sedang Menguji Kita'.

Bagaimanapun buku tersebut menjadi bualan ramai apabila pada muka surat ke-51, terdapat artikel yang mengatakan kenduri Rasulullah S.A.W yang paling mahal adalah roti jala dicelup dengan kuah kari.

Rakaman video ceramah mengenai topik itu juga turut dirakamkan dan disiarkan menerusi YouTube sehingga menimbulkan komen-komen negatif masyarakat.

Ramai yang memberi reaksi bahawa Kazim telah menyampaikan informasi salah dan ia boleh menjejaskan akidah masyarakat yang mengikuti ceramah-ceramahnya.

Dalam pada itu, Kazim berkata, sebelum buku tersebut diterbitkan, dia telah membuat beberapa pembetulan termasuklah bahagian isu roti jala yang ditulis, namun dia tak pasti sama ada ia telah diperbetulkan atau tidak.

Sementara itu, Kazim berkata, dia tidak mempunyai masalah dengan isu yang ditimbulkan kerana dia tahu ada pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja mencetuskan kontroversi tersebut dengan memanipulasikan kenyataannya itu.

"Sebenarnya perkara itu sudah lama malah buku itu laris dijual. Tetapi kenapa ia perlu dibangkitkan sekarang?

"Saya tahu ada pihak yang tidak puas hati dengan saya yang tidak menyokong sesebuah parti politik itu sehinga ia sengaja mencetuskan isu.

"Dan pendirian saya pula, sebagai pendakwah tidak akan memihak kepada mana-mana parti politik kerana saya hanya mahu berdakwah. Itu sahaja," tegasnya. - Feride Hikmet/23/7/14


P/s: Cuba dengar ceramahnya. Adakah dia sekadar menyebut hal itu sebagai contoh atau sebaliknya?


Apa kata Dr Asri?




Lelaki Terima Padah Rogol Bekas Isteri Depan Anak

Posted: 23 Jul 2014 11:59 PM PDT


[Harian Metro] Johor Bahru: Padah merogol bekas isterinya sehingga mendatangkan kecederaan tahun lalu, seorang pengawal keselamatan dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan 10 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hakim Rozilah Salleh membuat keputusan itu selepas memutuskan tertuduh yang berusia 38 tahun, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan pada akhir kes pembelaan.

Bapa kepada empat anak itu didakwa merogol bekas isterinya sehingga menyebabkan kecederaan di rumah lama mereka di Taman Anggerik Kempas di sini, pada jam 2 pagi, 29 Ogos tahun lalu.

Sebelum hukuman dijatuhkan, tertuduh hanya tunduk diam, tetapi selepas dipujuk hakim, dia memohon hukuman ringan dan berharap tidak dikenakan sebatan kerana menghidap kencing manis.

"Saya tetap mahu beritahu saya tidak bersalah.

Tetapi saya terima keputusan hakim, cuma saya mohon hukuman ringan penjara dari tarikh saya ditangkap dan tidak dikenakan sebat kerana ada kencing manis," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Iffa Zarilla Abd Rahman meminta mahkamah tidak memberi pengecualian hukuman sebatan kepada tertuduh.

"Sekiranya tertuduh disahkan mempunyai masalah kesihatan, itu bidang kuasa pihak penjara untuk memutuskan pelaksanaan hukuman sebatan terbabit," katanya.

Sementara itu, mangsa yang diceraikan talak tiga pada 2008 tidak hadir ke mahkamah kerana bekerja, menyerahkan keterangan impak mangsa (VIS) secara bertulis kepada mahkamah.

Berdasarkan VIS, wanita berusia 36 tahun itu mengakui masih trauma dengan kejadian berkenaan serta malu diperlakukan sedemikian di ruang tamu rumah di hadapan anaknya.

"Saya malu dengan anak, tertekan kerana bukan saja dirogol, tetapi dicederakan dengan pisau.

Dia ceroboh rumah sewa saya dan kononnya mahu ajak saya dan anak keluar minum, rupanya dia bawa ke rumah lama kami.

Saya ikutkan kerana saya takut.

"Saya mohon hukuman berat terhadapnya kerana bimbang jika dia berada di luar, dia terus mengganggu dan saya takut kerana dia berani bunuh saya," katanya.

Pertuduhan yang dibuat terhadap tertuduh mengikut Seksyen 376(2)(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 376(2) kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Tertuduh didakwa pada 23 September 2013, dibebaskan bagi tuduhan berkenaan, tetapi pihak pendakwaan membuat rayuan pada 19 November menyebabkan Mahkamah Tinggi di sini, memerintahkan dia membela diri Jun lalu.

Seramai lapan saksi pendakwaan sepanjang perbicaraan, manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam, mengemukakan empat saksi ketika prosiding pembelaan. -Izlaily Nurul Ain Hussein/24/7/14


Remaja Lelaki Paksa Sepupu Lalukan Perkara Sumbang

Posted: 23 Jul 2014 11:01 PM PDT


[Sinar Harian] KUALA TERENGGANU - Usia baru menjangkau 15 tahun, tetapi kerana dipercayai terpengaruh dengan video lucah, seorang remaja lelaki memaksa sepupu lelakinya berusia lima tahun lakukan perkara sumbang dalam kejadian di Kijal, Chukai, Kemaman.

Rahsia remaja tersebut yang bernafsu songsang terbongkar selepas kelakuan jijiknya itu disedari ibu mangsa yang juga ibu saudara suspek, kira-kira jam 12.35 tengah hari, 17 Jun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, sebelum itu, ibu mangsa yang sedang berehat di rumahnya telah dimaklumkan seorang lagi anak saudaranya yang ternampak mangsa bersama suspek berada di kawasan semak belakang sebuah rumah.

Katanya, ibu mangsa yang bimbang kejadian tidak diingini bergegas ke lokasi dimaksudkan dan tergamam apabila melihat anaknya sedang melakukan perkara tersebut.

"Suspek yang terkejut dengan kehadiran ibu saudaranya segera memberhentikan perbuatan terkutuknya itu.

"Hasil siasatan awal mendapati, suspek yang tinggal berhampiran rumah mangsa sememangnya rapat dengan mangsa dan sebelum ini sering bermain dengannya, malah suspek juga dikatakan kerap membawa mangsa ke dalam semak itu," katanya.

Wan Abd Aziz berkata, susulan kejadian itu, ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Kijal kelmarin untuk tindakan lanjut.

Jelasnya, siasatan sedang dijalankan dan usaha memburu suspek yang melarikan diri giat dilakukan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii. - 24/7/14



Tan Sri Abdul Khalid TIDAK Akan Berundur dan Lepaskan Jawatan MB

Posted: 23 Jul 2014 10:19 PM PDT


[Sinar Harian] KUALA SELANGOR - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan sekali lagi tidak akan berundur ataupun melepaskan jawatannya meskipun mendapat desakan pucuk pimpinan parti.

Adun Pelabuhan Klang itu turut berjanji dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk bekerja sehingga khidmatnya tidak diperlukan lagi sebaik sahaja mandat sebagai menteri besar berakhir.

"Saya sendiri sudah berkata kepada baginda tuanku untuk bekerja sebaik mungkin sehingga habis penggal...bahkan sudah keluarkan kenyataan sebelum ini bagi mana-mana pihak yang mahu saya berundur, kena patuh enakmen.

"Saya tegaskan, baginda tuanku memandang serius perkara ini dan yang paling penting baginda mahu pentadbiran yang amanah, teguh dan bertanggungjawab untuk rakyat Selangor," katanya yang enggan mengulas 'perbincangan' yang dibuat bersama Sultan Selangor pada majlis berbuka puasa semalam.

Terdahulu, Abdul Khalid mengingatkan parti politik yang diwakilinya supaya menggunakan saluran betul dalam usaha untuk menyingkirkan beliau daripada kerusi Menteri Besar Selangor.

"PKR tidak seharusnya membelakangkan enakmen dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri, khususnya mengenai tatacara pelantikan atau penggantian menteri besar.

"Saya percaya mereka yang terlibat dalam usaha ini perlu melalui proses tersebut untuk mencapai matlamat yang mereka inginkan.

"Sehingga proses tersebut berlaku dan selesai, saya akan terus menjalankan tugas sebagai menteri besar," katanya. - Arziana/24/7/14


Tiada ulasan: