Kerabu Bersuara ® |
- Gambar Terakhir Salah Seorang Mangsa #MH17
- Manusia Laknat
- DUA KENYATAAN RASMI MB KELANTAN
- MH17 terhempas: Mayat ditemui di lokasi, serpihan bersepah sejauh beberapa kilometer
Gambar Terakhir Salah Seorang Mangsa #MH17 Posted: 17 Jul 2014 09:27 PM PDT |
Posted: 17 Jul 2014 07:48 PM PDT |
DUA KENYATAAN RASMI MB KELANTAN Posted: 17 Jul 2014 07:38 PM PDT 1. KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI BESAR KELANTAN BERKENAAN NAHAS PESAWAT MH 17 بسم الله الرحمن الرحيم Firman Allah yang bermaksud: Orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu musibah, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan pelbagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya. ( Al-Baqarah: 156-157 ) Saya agak terkejut apabila mendapat makluman bahawa pesawat MH 17 yang memuatkan ramai penumpang dari negara kita yang dijangka tiba di KLIA pada jam 6.10 pagi tadi telah terhempas dan kesemua 295 orang penumpang serta anak kapal dilaporkan setakat ini terkorban. Belum lagi reda isu kehilangan pesawat MH 370 pada Mac lalu, kini satu ujian yang besar lagi terpaksa dihadapi oleh rakyat Malaysia. Saya yakin kepimpinan kerajaan sedang mengenalpasti punca nahas ini dan berharap dapat melaporkan peringkat demi peringkat khususnya berhubung dengan keadaan penumpang serta anak kapal. Sudah tentu keluarga mereka yang sebahagiannya menanti di KLIA pagi tadi amat sedih diatas kejadian yang tidak diduga ini. Takziah dari pihak saya dan kerajaan negeri, semoga seluruh keluarga penumpang serta anak kapal dapat bersabar dan tabah menghadapi ujian getir ini. Salam hormat, Ustaz Dato' Haji Ahmad Yakob Menteri Besar 2. TOK GURU PEMIMPIN UMMAH SEJAGAT Pagi ini tersebar dilaman sosial serta sms yang mengatakan bahawa Tokguru Hj Nik Aziz meninggal dunia kerana komplikasi jantung. Sejak daripada semalam sms yang mengatakan beliau kritikal dan tadi telah meninggal menjadi bahan cakap pagi ini. Tokguru ada keluarga jadi kena tanya keluarga dia dan berita tentangnya sudah sekian lama dilaporkan secara pantas, tiba-tiba datang sumber yang tidak berasas terus dipercayai, ini tidak betul. Islam melarang keras menyebarkan hal peribadi seseorang yang belum ada kepastian dan ia termasuk dalam perkara fitnah yang boleh membawa dosa. Pemberitaan mesti tepat dan benar, walau terhadap musuh atau orang yang tidak disenangi. Kecanggihan dunia hari ini dan semangat suka berlumba-lumba dalam melaporkan sesuatu kadang-kadang menjadi musibah dalam masyarakat. Sebelum zohor kelmarin, saya menziarahi Tokguru di HUSM, soalan pertama Tokguru kepada saya ialah tentang macamana pergolakan yang berlaku di Gaza dan bukannya diceritakan perihal keuzuran diri dia. Sikap Murabbi ummah ini yang sentiasa mementingkan orang lain menjadi darah dagingnya. Pemikirannya tertumpu kepada masalah masyarakat tempatan dan dunia. Inilah Tokguru! Tiada yang boleh menandinginya dalam hal ini. Sama-sama kita doakan Tokguru sentiasa sihat dan dapat memberi idea membangunkan ummah sepanjang waktu. Ustaz Dato Haji Ahmad Yakob Pesuruhjaya PAS Kelantan 20 Ramadhan 1435 |
MH17 terhempas: Mayat ditemui di lokasi, serpihan bersepah sejauh beberapa kilometer Posted: 17 Jul 2014 12:03 PM PDT Astro Awani MH17 terhempas: Mayat ditemui di lokasi, serpihan bersepah sejauh beberapa kilometer Bangkai pesawat MH17 yang ditemui. - AFP PHOTO/DOMINIQUE FAGE KUALA LUMPUR: Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT) dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia telah disahkan terhempas menurut laporan AFP. AFP turut melaporkan beberapa mayat telah ditemui di sekitar lokasi pesawat terhempas dan serpihan dikatakan bersepah sejauh beberapa kilometer. Ekor pesawat malang itu dijumpai di sebuah ladang jagung berhampiran manakala pasukan mencari dan menyelamat kelihatan di lokasi. Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengahari (waktu tempatan) dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi Jumaat. Terdahulu, pesawat Malaysia Airlines MH17 dikatakan terhempas di Ukraine, lapor Reuter. Pesawat terbabit membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal. Dalam pada itu, sebuah pusat operasi telah dibuka dan akan beroperasi 24 jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. Malaysia Airlines (MAS) dijadual mengadakan satu sidang media pada pukul 4 pagi di KLIA. Wisma Putra kini sedang bekerjasama rapat dengan kerajaan Rusia dan Ukraine susulan laporan bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 telah terhempas di Ukraine, lapor Bernama. Laporan itu menyebut Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin mengesahkan perkara berkenaan. "Kami sedang bekerjasama rapat dengan kedua-dua kerajaan untuk mendapat maklumat. "Buat masa ini, kami mempunyai beberapa maklumat, cuma tunggu nak mengesahkan sahaja", kata beliau ketika dihubungi Bernama hari ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa terkejut dengan kejadian yang dilaporkan menimpa pesawat Boeing 777 milik MAS penerbangan MH17. Perdana Menteri menerusi akaun Twitternya berkata, kerajaan akan menyiasat segera kejadian tersebut. Bagaimanapun Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi akaun twitternya menjelaskan, masih belum ada pengesahan bahawa pesawat itu ditembak jatuh. "Pihak tentera telah diarahkan untuk menyiasat kesahihan dakwaan itu. Kita juga bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan (berhubung insiden tersebut)," katanya. |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan