Jumaat, 18 Julai 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Mungkinkah ia peluru berpandu buatan Russia?

Posted: 18 Jul 2014 03:41 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


MH17 Ketika Ukraine dan kumpulan pemisah pro-Rusia menyalahkan antara satu sama lain berhubung nahas MH17, sistem peluru berpandu canggih telah mendapat perhatian awam - 9K37 Buk buatan Rusia.

Pengesahan bahawa peluru berpandu itu telah digunakan hanya akan diketahui jika ada orang mengaku menembaknya, atau jika penyiasat nahas itu menemui serpihan dan tanda-tanda lain pada serpihan pesawat dan mayat yang ditemui.

Soal penggunaan peluru berpandu itu dibangkitkan sejurus selepas nahas MH17 oleh pegawai Kementerian Dalam Negeri Ukraine yang mengatakan bahawa pasukan pro-Rusia telah menggunakan peluru berpandu untuk menembak pesawat.

Bagaimanapun, Republik Rakyat Donetsk menafikan memiliki peluru berpandu tersebut.

Peluru berpandu jarak sederhana dari darat ke udara, seperti Buk, adalah perlu untuk menjatuhkan sebuah pesawat di ketinggian penerbangannya kerana peluru berpandu yang ditembak dari bahu (dikenali sebagai Manpads atau Man-Portable Air Defense System), digemari pemberontak di seluruh dunia kerana mudah dibawa.

MANPADS hanya boleh mengancam keselamatan pesawat komersial semasa berlepas dan mendarat, dan ketika ia terbang rendah dan perlahan.


Versi awal peluru berpandu Buk mempunyai pencapaian ketinggian maksimum 14 kilometer. MH17 dilaporkan terbang pada ketinggian kira-kira 33,000 kaki (9.5 kilometer).

AS dan Russia serta Ukraine sendiri mesti bertanggungjawab

Posted: 18 Jul 2014 03:27 AM PDT















  





Oleh Aspan Alias


Siapa yang menembak jatuh pesawat MH 17 itu? Kalau hendak mendapat jawapannya ia m3333333333estilah dari salah satu dari dua pihak yang sedang berperang, iaitu tentera Ukraine dan pihak pemisah yang di kuasai oleh Russia. Ia tidak mungkin ditembak oleh tentera Jepun atau tentera Saudi Arabia.

Mungkin pihak pemisah pro Russia adalah pihak yang bertanggungjawab kerana beberapa hari sebelumnya pihak pemisah yang di sokong Russia ini telah menembak kapal terbang pengangkutan Ukraine. Maka ada pihak yang menyangka pesawat MAS itu adalah kapal terbang pengangkutan yang besar dan terus menembaknya. Apa pun dan siapa yang menembaknya mestilah dari salah satu puak yang sedang berganyang dan berperang untuk meluaskan kuasa.

Tetapi penyebab peperangan itu adalah punca sebenarnya kenapa MH 17 ini disangkakan sebagai pihak musuh mereka dan hanya setelah pesawat itu terhempas dengan 295 orang nyawa terkorban  itu bukanlah satu pihak yang sedang berperang. Pesawat itu kepunyaan sebuah negara yang tidak mahu perang dan tidak berkemampuan untuk berperang.

Dalam isu ini bukan sahaja pihak pemisah pro Russia atau tentera Ukraine yang patut bertanggungjawab, ia sepatutnya di pertanggungjawabkan kepada pihak Amerika Syarikat juga kerana peperangan saudara di Ukraine itu adalah di sebabkan AS campur tangan dalam hal ehwal Ukraine sehinggakan ia menjadi isu besar kepada Russia dan bertindak menggunakan pengaruh dan kekuatan tentera mereka untuk menyekat pengaruh AS di negara jiran Russia, Ukraine itu.

Ukraine Air Traffic Services Enterprise memberi kenyataan yang tidak ada masalah yang dihadapi oleh anak kapal MAS itu semasa memasuki ruang udara Ukraine dan terhempasnya pesawat ini tidak lain dari kesilapan mengenali pesawat ini sebagai pesawat Ukraine dan ditembak jatuh oleh pihak pemisah yang di sokong Russia itu. Jika mereka mengenali pesawat itu adalah pesawat 'commercial' MAS tidak ada sebab mereka mengarahkan 'ground-to-air missile' kepada MH 17 itu.

Dunia wajar mengambil 'accountability' terhadap insiden pedih ini dan tidak wajar masing-masing diantara yang berperang itu memperlihatkan 'blame trading' diantara satu dengan lain. Masing-masing yang berperang wajar bersatu seketika dan mengambil tanggungjawab terhadap pesawat dan negara yang tidak bersalah ini.

Di sini juga kita harapkan tidak ada 'blame game' diantara yang tidak bersetuju diantara satu dengan lain dan adalah kejam serta tidak bertamadun diantara kita jika kita menggunakan isu ini sebagai isu politik diantara dua atau lebih pihak yang sedang gila bermain politik ini.

Hanya yang kita mahu lihat tindakan kerajaan kita dengan 'diplomatic language' yang tidak memalukan negara. Ini merupakan isu yang sangat mencabar bagi kerajaan kita dan diharap isu ini akan di usahakan melalui saluran diplomatik yang paling bersesuaian.

Negara-negara yang terlibat dengan peperangan di Ukraine ini wajar tampil dengan solusi yang terbaik dan di senangi oleh keluarga mangsa korban pesawat ini yang banyak dari negara dan bangsa ini.

MH17: Petronas tubuh dana awal, sumbang RM10j

Posted: 18 Jul 2014 03:14 AM PDT

Pesawat penumpang Malaysia terhempas di Ukraine Pesawat penumpang Malaysia terhempas di Ukraine


KUALA LUMPUR - Petronas telah menubuhkan dana awal berjumlah RM10 juta untuk membantu kerajaan memberikan sokongan kepada keluarga mereka yang berada dalam penerbangan malang, MH17.
  
Dalam satu kenyataan, syarikat minyak nasional itu juga menyeru semua syarikat perniagaan, baik di dalam mahupun di luar industri minyak dan gas menggembleng tenaga bagi dana yang diberi nama "Care for MH017" itu.
 
Pertanyaan berhubung dana itu boleh disalurkan melalui e-mel kepada careforMH017@petro nas.com.my
  
Petronas berkata, pengurusan dan kakitangannya amat sedih dengan tragedi itu dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga dan rakan mereka yang berada dalam penerbangan itu.
  
Pesawat MH17 sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur semasa ia terhempas di Ukraine. Ia membawa 298 orang, terdiri daripada 283 penumpang dan 15 anak kapal.
  
Sebelum ini, hari ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat Boeing 777 itu ditembak jatuh.  - Bernama

Jangan biar Ukraine, Rusia sentuh kotak hitam MH17

Posted: 18 Jul 2014 03:11 AM PDT


Kenyataan Khairy Jamaluddin di laman mikro Twitter Kenyataan Khairy Jamaluddin di laman mikro Twitter


SHAH ALAM - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berpendapat kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 perlu diserahkan terus kepada Malaysia tanpa disentuh oleh mana-mana pihak.

"Saya sangat-sangat berharap kotak hitam MH17 tidak diperiksa Rusia mahupun Ukraine.

"Ia harus kembali ke Malaysia," katanya dipetik daripada laman mikro Twitter miliknya.

Pesawat MH17 yang berlepas dari Amsterdam malam tadi (waktu tempatan) dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 6.10 pagi ini.

Pesawat tersebut yang membawa 298 penumpang termasuk anak kapal dikatakan ditembak dengan menggunakan peluru berpandu sistem anti-pesawat jenis BUK sebelum terhempas di Ukraine dekat sempadan Rusia.

Terdahulu, Khairy berkata bahawa Malaysia tidak akan berhenti mencari dalang  nahas MH17.

"Rusia menyalahkan Ukraine. Ukraine menyalahkan pemisah pro-Rusia.

"Kami tidak akan berhenti mencari pihak yang bertanggungjawab terhadap nahas MH17," tambahnya.

AS yakin MH17 diserang, tapi keliru siapa dalang

Posted: 18 Jul 2014 03:06 AM PDT

Pesawat penumpang Malaysia terhempas di Ukraine Pesawat penumpang Malaysia terhempas di Ukraine
 

HASIL siasatan yang dilakukan ke atas data satelit di negara Ukraine mendapati pesawat MH17 sememangnya telah diserang dan diletupkan di udara ketika mengambil laluan berhampiran sempadan Rusia untuk ke Kuala Lumpur.

Menurut laporan yang dipetik CNN, Amerika Syarikat kini yakin bahawa pesawat MH17 yang terhempas telah diserang di udara dan ditembak dengan peluru berpandu.

Namun hasil siasatan sedikit tergantung apabila pihaknya tidak dapat mencari pihak yang mendalangi insiden berkenaan.

Pegawai kanan AS Barbara Starr dilaporkan berkata, berdasarkan sistem radar, pihaknya melihat sistem peluru berpandu darat ke udara dihidupkan dan terdapat kesan pesawat sebelum terhempas.

Manakala sistem kedua melihat kesan haba ketika pesawat ditembak.

Amerika Syarikat berkata, pihaknya kini sedang menganalisis trajektori peluru berpandu untuk menentukan dari mana ia datang.

Sementara itu, media asing turut memetik kenyataan puak pemisah pro Rusia yang mendakwa kotak hitam pesawat MH17 berada di tangan mereka.

Stesen radio Rusia, Kommersant FM pula melaporkan bahawa kotak hitam telah dihantar ke Moscow oleh puak pemisah Rusia yang tidak dikenalpasti.

Kotak hitam kedua MH17 dilapor ditemui

Posted: 18 Jul 2014 03:01 AM PDT

MALAYSIAKINI


Reuters melaporkan bahawa pekerja penyelamat telah menemui kota hitam kedua pesawat MAS MH17 yang terhempas di Ukraine semalam.

Manakala akhbar Rusia, Pravda, pula melaporkan 121 mayat dijumpai dari lokasi kemalangan.

Akhbar itu memetik angka itu dari perkhidmatan kecemasan Ukraine.

Sementara itu, kedutaan Ukraine di Malaysia menafikan negara terbabit mempuyai sebarang peranan dalam nahas MH17 dan sebaliknya menuding jari kepada "pengganas pro-Rusia dan senjata buatan Rusia".

"Kami tidak mengecualikan bahawa pesawat ini juga diserang dan kami ingin menekankan bahawa pada sepanjang masa apabila menjalankan operasi anti-pengganas, sistem pertahanan udara bagi Angkatan Tentera Ukraine tidak pernah digunakan," kata kedutaan itu dalam kenyataan akhbar.

MH17: Jumlah penumpang 298 orang bukan 283

Posted: 18 Jul 2014 02:58 AM PDT

BERNAMA 


KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari ini menjelaskan bahawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal - berada dalam pesawat Boeing 777 yang terhempas di Ukraine semalam semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.


MAS menjelaskan bertentangan dengan kenyataan sebelum ini, penerbangan itu membawa sejumlah 283 penumpang, termasuk tiga bayi, pelbagai warganegara dan 15 anak kapal warga Malaysia.

Syarikat penerbangan itu dalam kenyataan sebelum ini berkata bahawa pesawat malang penerbangan MH17 itu membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.

Sesetengah warganegara penumpang masih belum dikenal pasti, kata MAS.

Syarikat penerbangan itu menyenaraikan jumlah penumpang dan anak kapal mengikut warganegara iaitu Belanda 154; Malaysia 43 (termasuk 15 anak kapal dan dua bayi); Australia, 27; Indonesia, 12 (termasuk seorang bayi), United Kingdom, sembilan; Jerman, empat; Belgium, empat; Filipina, tiga; Kanada, satu; dan yang tidak disahkan 41.

Menurut Malaysia Airlines, syarikat itu sedang dalam proses memaklumkan waris terdekat penumpang dan anak kapal.

"Fokus kami sekarang adalah bekerjasama dengan pasukan bantuan kecemasan dan pihak berkuasa dan menggerakkan sepenuh sokongannya bagi menyediakan bantuan penjagaan sebaik mungkin kepada waris terdekat," kata kenyataan itu.

MAS mengesahkan pesawat itu tidak membuat panggilan kecemasan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh.

Malaysia Airlines juga menggerakkan "Go Team" ke Amsterdam dengan sekumpulan penjaga dan sukarelawan membantu anggota keluarga penumpang.

"Doa dan harapan kami bersama dengan penumpang dan anak kapal yang terlibat dan anggota keluarga mereka," kata syarikat penerbangan itu.

Syarikat itu akan menyediakan perkembangan terkini berhubung keadaan itu.

Anggota keluarga penumpang dan anak kapal boleh menghubungi talian +603 7884 1234 (Malaysia) atau +31703487770 (Netherlands).-- BERNAMA

Pemimpin Pakatan gesa tubuh badan siasatan antarabangsa

Posted: 18 Jul 2014 02:56 AM PDT

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Para pemimpin Pakatan Rakyat menggesa badan siasatan bebas antarabangsa ditubuhkan bagi menyiasat tragedi MH17 yang terhempas akibat ditembak di wilayah Ukraine dan mahu pihak yang bertanggung jawab dibawa ke muka pengadilan.

Sambil mengucapkan takziah kepada keluarga 295 mangsa terbabit, mereka turut menggesa kebajikan keluarga mangsa diberi perhatian oleh Penerbangan Malaysia (MAS) dan pihak berkuasa.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan media melahirkan rasa terkejut dan kesedihan yang mendalam terhadap nasib yang menimpa pesawat MH 17.

Beliau mengucapkan takziah kepada keluarga penumpang dan krew pesawat terbabit terutamanya 23 rakyat Malaysia yang terkorban dalam kejadian itu.

Menurut Anwar, walaupun dilaporkan pesawat Boeing 777-200 MAS itu ditembak jatuh oleh peluru berpandu darat ke udara di zon konflik di Ukraine, tidak dapat dipastikan siapa yang bertanggung jawab.

Sehubungan itu, beliau mengutuk tindakan ganas itu dan menggesa pihak berkuasa antarabangsa mengadakan siasatan bebas dan menyeluruh serta membawa dalang yang bertanggung jawab ke muka pengadilan.

Dalam satu kenyataan berasingan, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail menggesa Kerajaan Malaysia supaya melakukan siasatan menyeluruh terhadap tragedi ini.

PKR juga, tambah beliau berharap masyarakat antarabangsa khususnya di Rusia dan Ukraine, termasuklah puak pemisah pro-Rusia di kawasan terhempasnya pesawat MH17, akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pasukan penyiasat dan penyelamat antarabangsa.
 
"Seluruh keluarga PKR merakamkan salam takziah kepada kesemua keluarga mangsa tragedi ini, dengan doa agar kita semua sabar dan tabah dalam menghadapi saat yang cukup getir dan penuh dugaan ini," katanya.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang menggesa seluruh rakyat bersatu di belakang Perdana Menteri dan menyokong penuh gesaan beliau agar keadilan ditegakkan segera terhadap dalang tragedi tersebut.

Menurutnya, walaupun negara belum pulih daripada tragedi kehilangan MH370 yang telah masuk hari ke-132, rakyat negara ini sekali lagi dirundung kesedihan apabila satu lagi bencana membabitkan pesawat Boeing 777 berlaku dalam masa kurang dari lima bulan.

Sambil mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, beliau menyifatkan tragedi ini sebagai 'bencana antarabangsa' ekoran mangsa yang terkorban membabitkan warga sembilan negara iaitu Belanda (154 orang), Malaysia (43 termasuk 15 krew), Australia (27), Indonesia (12), United Kingdom (9), German (4), Belgium (4), Filipina (3), Kanada (1) manakala 41 masih belum disahkan kewarganegaraan.

"Masyarakat antarabangsa perlu mengutuk dan menggesa badan penyiasat antarabangsa ditubuhkan terhadap jenayah menembak jatuh MH 17 dan membunuh 298 penumpang. Penjenayah perlu dibawa ke muka pengadilan sama ada ianya rakyat Russia, pro-Russia, pemisah Ukraine ataupun rakyat Ukraine," tegas beliau.

Beliau turut menggesa pihak berkuasa Malaysia agar segera melancarkan usaha diplomatik antarabangsa terhadap tragedi MH17 bagi memastikan penyiasatan antarabangsa yang berwibawa dan menyeluruh.- HARAKAHDAILY,

WWW1: Mahkamah tolak permohonan TV3

Posted: 18 Jul 2014 02:54 AM PDT

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR 


KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan Putrajaya semalam menolak notis usul permohonan semakan semula oleh TV3 berhubung pembidaan plat WWW1 yang membabitkan Sultan Johor.

TV3 memohon untuk menolak keputusan Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur pada 25 Februari lalu yang telah membenarkan rayuan Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin ke atas keputusan Mahkamah Tinggi sebelum itu.

Peguam yang mewakili TV3, TH Liew memberikan alasan bahawasanya seorang daripada tiga orang hakim yang mendengar rayuan iaitu Mohamad Ariff Md Yusof pernah menjadi ahli PAS yang aktif.

TH Liew juga mendakwa hakim itu pernah menjadi calon PAS pada Pilihan Raya Umum ke-11 dan juga pernah menjadi penasihat undang-undang PAS.

Mohamad Ariff juga dikatakan pernah mewakili PAS dalam beberapa kes petisyen pilihanraya dan pihak TV3 merasakan bahawa hakim itu menarik diri daripada mendengar rayuan Nizar yang sudah diketahui umum adalah seorang ahli dan pimpinan PAS.

TV3 beranggapan Mohamad Ariff perlu menarik diri seperti mana yang pernah dilakukannya semasa beliau mendengar kes semakan kehakiman Nizar terhadap Dato' Dr Zamrbry Kadir pada tahun 2009 berhubung isu krisis politik Perak ketika itu.

Dalam pada itu, peguam Nizar, Mohd Fitri Asmuni dan Mohamad Zamri Ibrahim ketika memberikan hujahannya semalam menyatakan mahkamah tidak sepatutnya mendengar kes ini dan perlu menolak permohonan TV3 itu kerana keputusan yang dikeluarkan pada 25 Februari lalu bukanlah keputusan daripada mahkamah tertinggi.

Dalam erti kata yang lain tv3 masih mempunyai peluang untuk membangkitkan itu tersebut di dalam rayuannya  di Mahkamah Persekutuan tanpa perlu membuat permohonan semakan semula penghakiman Mahkamah Rayuan tersebut.

Ketua barisan hakim yang mendengar rayuan tersebut, Tan Sri Md Raus Sharif bagaimanapun menolak permohonan TV3 dan bersetuju dengan hujahan pihak Nizar bahawa penghakiman yang diberikan oleh Mahkamah Rayuan pada 25 Februari bukanlah penghakiman daripada mahkamah tertinggi.

Hakim juga bersetuju dengan hujah peguam Nizar bahawa TV3 sepatutnya membangkitkan isu tersebut di dalam rayuan mereka di dalam Mahkamah Persekutuan.

Mahkamah memerintahkan agar TV3 membayar kos sebanyak RM5,000 kepada Nizar.

Adun Changkat Jering itu menyaman TV3 berikutan stesen TV itu menerbitkan pernyataan fitnah berhubung pembelian nombor plat kenderaan WWW 1 yang dibida pada harga RM520,000 oleh Sultan Johor.

Mahkamah Tinggi pada 12 April 2013 telah menolak saman yang difailkan itu, walaubagaimanapun Mahkamah Rayuan telah membenarkan rayuan terhadap kes tersebut. - HARAKAHDAILY

PAS Negeri Sembilan melawat mangsa MH17

Posted: 18 Jul 2014 02:51 AM PDT

FAIZ ABDULLAH 





PAROI: Kepimpinan PAS Negeri Sembilan termasuk Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan dan Muslimat PAS Rembau,meluangkan masa menziarahi keluarga salah seorang mangsa pesawat MH17 yang terhempas, dipercayai ditembak pemberontak di Ukraine.

(Gambar atas: Ustaz Norazman Mohamad (kiri) dan Mohd Taufek Abdul Ghani (kanan) memberikan kata-kata semangat kepada  ayah Mastura, Mustafa Abdul Samad).

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani; Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, MK Ibrahim Abdul Rahman; Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Negeri Sembilan, Mohamad Hassan Tamby; Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Ustaz Norazman Mohamad dan Ketua Muslimat PAS Rembau, Fauziah Mohd Tahir menziarahi kediaman keluarga pramugari MAS, Mastura Mustafa, 40, di Kampung Sentosa, Paroi.

Ayah kepada Mastura iaitu Mustafa Abdul Samad, 83 berkata beliau sedih kerana ini kali kedua beliau 'kehilangan' anaknya.

"Kali pertama saya 'kehilangan' anak saya yang kelima beberapa tahun lepas. Anak perempuan meninggal dunia kerana sakit strok dan meninggalkan dua anak (cucu). Kini saya kehilangan seorang lagi anak perempuan dan Mastura meninggalkan seorang anak lelaki berumur 10 tahun. Saya redha," kata Mustafa.

Mustafa juga menyatakan kekesalannya apabila pihak MAS masih tidak menghubungi beliau (ketika kepimpinan PAS melawat mustafa), untuk memaklumkan secara rasmi tentang kejadian itu.

"Saya hanya tahu dari anak lelaki saya yang bekerja sebagai jurutera dengan MAS. Itu pun selepas anak saya menghubungi KLIA pada malam kejadian," katanya.

(Gambar kanan: Gambar kenangan bersama Mastura bersama arwah ibunya).

Menurut Mustafa, anaknya Mastura bekerja sebagai pramugari MAS sejak berumur 18 tahun. Mastura merupakan anak bongsu daripada tujuh adik beradik. Mastura dan anak lelaki Mastura sememangnya menetap dengan Mustafa. Ibu Mastura iaitu Rahimah Amrah Ibrahim sudah lama meninggal dunia.

Sementara itu Mohd Taufek turut menghulurkan sumbangan kewangan kepada Mustafa. Kepimpinan PAS turut membacakan doa selamat dan mengadakan tahlil.

Sebelum ini pesawat MAS, MH17 yang berlepas dari Amsterdam, Belanda dan sepatutnya mendarat di KLIA, dipercayai ditembak jatuh oleh pemberontak menggunakan peluru berpandu (surface-to-air-missile) BUK, di Ukraine dan berdekatan dengan sempadan Rusia. Seramai 298 orang termasuk penumpang dan anak kapal MH17 terbunuh. - HARAKAHDAILY

Ribuan demo di Kedutaan AS, bantah rejim Zionis

Posted: 18 Jul 2014 02:48 AM PDT

MUHAMMAD FAIZAL 






KUALA LUMPUR: Ribuan umat Islam hari ini berhimpun di hadapan bangunan Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara bagi menyatakan bantahan terhadap kezaliman sekutunya rejim Zionis Israel yang sedang meratah nyawa rakyat Palestin khususnya di Gaza.

Himpunan anjuran Pemuda PAS Malaysia bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam itu bermula di sejurus selepas solat Jumaat di Masjid Tabung Haji dan Masjid As-Syakirin, KLCC sebelum berarak ke bangunan kedutaan.

Rata-rata mereka membawa kain rentang dan plakad mengutuk kekejaman tentera rejim yang membunuh rakyat Palestin tanpa perikemanusiaan.

Mereka turut berarak sambil menjunjung bendera Palestin bersaiz besar.

Antara mereka yang hadir adalah Naib Presiden PAS, Datuk Tuanb Ibrahim Tuan Man, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Abd Samad dan juga Dr Riduan Mohd Nor.

Tuan Ibrahim ketika ucapannya memberitahu keganasan yang berlaku di Gaza adalah kerana sokongan yang diberikan Amerika kepada Israel.

Jelasnya, Israel tidak akan berani bertindak sedemikian rupa jika tidak ada kuasa besar dunia yang berada dibelakang sambil memberi bantuan senjata kepada negara zionis itu.

"Kita mohon Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) campur tangan dalam isu keganasan ini dan jika gagal Setiausaha Agung PBB digesa meletakkan jawatan dengan segera.

"Kita juga meminta seluruh dunai menghantar bantuan kepada penduduk Palestin agar Israel takut serta menghentikan kezaliman yang dilakukannya," ucapnya.

Beliau bersama wakil MAPIM dan IKRAM telah masuk menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan Amerika melalui Ketua Keselamatan Kedutaan.

"Saya yakin apa yang kita tuntut itu tidak akan dipenuhi oleh kuasa besar (Amerika) dalam desakan menghentikan keganasan.

"Tetapi kita akan terus memberi sokongan dan tekanan kepada Israel serta Amerika agar mereka akur pada desakan yang dilakukan ini, saya memohon semua pihak dapat bergerak bagi memberi sokongan sepenuhnya kepada Gaza," sambung beliau lagi.

Serangan tentera rejim Zionis ke atas Gaza masuk hari ke-12 hari ini di mana mereka mula melakukan serangan darat di samping serangan udara dan laut.

Israel mengerahkan 56,000 tentera darat mereka, lengkap dengan senjata berat menyerang Gaza bermula petang semalam.

Sehingga kini jumlah gugur syahid di Gaza mencecah 240 orang manakala 1770 lagi cedera.

Majoriti mereka adalah orang awam terdiri daripada orang tua, wanita dan kanak-kanak. - HARAKAHDAILY

Bukti video MH17 ditembak pemisah Ukraine?

Posted: 18 Jul 2014 02:46 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Berikut adalah rakaman perbualan yang dicanang sebagai bukti oleh Ukraine bahawa Penerbangsan Malaysia MH17 ditembak jatuh oleh militan yang disokong oleh Russia untuk menentang kerajaan Ukraine. 
 
Rakaman ini membabitkan pegawai agensi risikan tentera Rusia dan pihak militan Ukraine.
 
Igor Bezler adalah dikatakan pegawai pasukan  militan  dan  pegawai risikan Rusia  adalah Vasili Geranin.
 
Vasili Geranin: Mana juruterbang pesawat 
 
Bezler: Kami pergi mencari dan mengambil gambar pesawat. Ada asap.
 
Geranin: Bila kejadian berlaku 
 
Bezler: Kira-kira setengah jam lalu
 
Berikut satu lagi rakaman membabitkan dua pegawai militan yang dikenalpasti sebagai Grek dan Major selepas tinjauan dilakukan ke atas lokasi pesawat MH17 terhempas. 
 
"Major":  Pesawat  musnah ketika dalam penerbangsan. Kami sudah menjumpai mayat-mayat. Mereka orang awam. 
 
"Major": Ia 100 peratus pesawat awam. 
 
"Greek": Berapa ramai orang? Pesawat jenis apa
 
"Major": saya belum pastikan. Saya belum ke lokasi. Saya cuma berada di lokasi awal di mana mayat-mayat  jatuh ke bumi. Yang tinggal cuma tuala ubat-ubatan dan barangan orang awam. 
 
"Greek": Apa-apa dokumen 
 
"Major": Ya, seorang pelajar Indonesia daripada Univesiti Thompson. 
 
Satu lagi perbualan adalah dengan seorang militan yang tidak dikenali dan pegawai militan Nikolay Kozitsin.
 
Militan: Dalam TV, mereka mendakwa yang ditembak adalah pesawat pengangkut  AN26. Tapi bangkai pesawat ditulis Malaysia Airlines. Apa pesawat ini buat dalam wilayah Ukraine?
 
Kozitsin: Bermakna mereka membawa penguntip. Mereka tidak patut terbang di sini. Ini kawasan perang.
 
MAS menegaskan MH17 menggunakan laluan udara yang di luluskan oleh badan pengawal lalu lintas udara yang telah mengambil kira perang saudara di Ukraine itu. 
 

Deejay Sinar FM dipecat tanpa alasan kukuh

Posted: 18 Jul 2014 02:35 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic

 
 
PETALING JAYA: Berita memeranjatkan apabila penyampai radio Sinar FM iaitu Najman Mohamed telah dipecat daripada stesen radio itu berkuatkuasa 11 Julai lalu.
 
Najman, 44, yang bekerja secara kontrak saluran radio itu berkata, dia terkejut dengan tindakan pihak pengurusan Astro Radio yang membuat keputusan tersebut tanpa memberi sebarang alasan kukuh sebab-sebab pemecatannya.
 
"Benar, saya sudah diberhentikan pada 11 Julai lalu dan saya tidak tahu punca sebenar mereka bertindak begitu. 
 
"Mereka hanya memberi alasan kononnya saya tidak memberi khidmat cemerlang dalam stesen itu sedangkan sudah 10 tahun saya bersama Sinar FM," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Jumaat.
 
Dalam pada itu, Najman berkata rakan-rakan seangkatannya juga terkejut dengan perkara tersebut dan dia kini sedang mencari punca kenapa pihak pengurusan stesen radio itu bertindak sedemikian.
 
"Setakat ini , ada beberapa rakan yang memberikan cadangan untuk saya cari sebab saya diberhentikan. Kalau boleh saya akan usahakan sebelum sambutan Aidilfitri ini.
 
"Tidak kisahlah apa hasilnya nanti, sekurang-kurangnya saya berusaha untuk mendapatkan semula pekerjaan saya.
 
"Saya pun tidak pasti adakah perlu untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka. Seharusnya pihak pengurusan berbincang dahulu dengan saya sekiranya reputasi kerja saya tidak mencapai piawaian yang ditentukan," ujarnya.
 
Sementara itu, Najman menyifatkan kejadian yang berlaku kepadanya lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan ini mungkin mempunyai hikmah di sebaliknya walaupun berasa risau kerana isterinya kini sedang hamil dua bulan.
 
"Saya reda dengan apa yang sudah berlaku. Mungkin Tuhan beri rezeki anak, Dia tarik rezeki lain. Mujurlah saya dan isteri ada pendapatan lain dengan menjalani perniagaan secara kecil-kecilan," tuturnya.
 
Najman memulakan karier separuh masa sebagai penyampai radio di stesen Best 104 FM pada tahun 1989 dan diserap sebagai penyampai tetap pada 1991.
 
Setelah berkhidmat lebih kurang lapan tahun, Najman telah ke saluran radio Era FM dan kemudian dipindahkan ke  Sinar FM pada tahun 2004.
 
Najman mengendalikan  segmen Senandung Malam (8 malam hingga 12 tengah malam) bersama deejay Jamal Jamaluddin.
 
Sementara itu Pengurus Saluran Sinar FM, Rizal Sahimy yang dihubungi mStar Online> tidak dapat memberi jawapan berhubung perkara itu.

MH17: Siasatan mesti seluruh, heret pesalah ke muka pengadilan

Posted: 18 Jul 2014 02:32 AM PDT

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : KEADILAN menggesa Kerajaan Malaysia supaya melakukan siasatan menyeluruh terhadap insiden pesawat MH17 dan mereka yang bersalah perlu diheret ke muka pengadilan.

Wan Azizah"KEADILAN juga berharap masyarakat antarabangsa khususnya di Rusia dan Ukraine, termasuklah puak pemisah pro-Rusia di kawasan terhempasnya pesawat MH17, akan memberi kerjasama penuh kepada pasukan penyiasat dan penyelamat antarabangsa," kata Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam kenyataan.

Seluruh keluarga KEADILAN merakamkan salam takziah kepada semua keluarga mangsa tragedi ini.

"Negara kita dan seluruh dunia dikejutkan dengan berita tragis di pagi Jumaat, Ramadan ke-20, berlakunya kemalangan terhadap pesawat MAS, MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal, dilaporkan terhempas di sempadan Ukraine-Rusia malam tadi.

"Dengan doa agar kita semua sabar dan tabah dalam menghadapi saat yang cukup getir dan penuh dugaan ini," kata Wan Azizah lagi.

Kotak hitam MH17 dihantar ke Moscow

Posted: 17 Jul 2014 09:59 PM PDT



DETIK DAILY

DONESTSK - Kumpulan pemisah pro-Rusia mendakwa menemui kotak hitam pesawat Malaysia Airlines MH17 yang terhempas di wilayah bergolak, Donestsk Ukraine.

Portal berita Mail Online melaporkan agensi berita Rusia, Interfax yang memetik Timbalan Perdana Menteri Pertama Donestsk, Adriy Purgin berkata, kotak hitam tersebut akan dihantar ke Moscow untuk disiasat.

"Kami mungkin akan menyerahkan kotak hitam itu kepada Jawatankuasa Penerbangan Negara (IAC), ke Moscow. Mereka mempunyai pakar yang akan dapat menentukan punca tragedi ini," katanya.

Nahas MH17: MAS Guna Laluan Alternatif Ke Eropah Berkuatkuasa Serta-Merta

Posted: 17 Jul 2014 09:52 PM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
 
KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) pada Jumaat mengumumkan bahawa semua penerbangan ke Eropah kendalian syarikat penerbangan nasional itu akan menggunakan laluan alternatif dan mengelak laluan biasa berkuat kuasa serta merta.

Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17, yang dalam penerbangan berjadual dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di timur Ukraine.

Malaysia Airlines mengesahkan pesawat itu tidak membuat panggilan kecemasan. 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, MAS berkata laluan penerbangan yang biasa pada mulanya diisytiharkan selamat oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Laluan penerbangan itu merentasi Ukraine yang sedang bergolak.

Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menyatakan ruang udara yang direntasi pesawat itu tidak tertakluk kepada sekatan.

MH17: Keluarga Mangsa Diberi Taklimat Di Marriot Putrajaya

Posted: 17 Jul 2014 09:44 PM PDT

Antara ahli keluarga mangsa pesawat MH17 berada di KLIA, Sepang, awal pagi Jumaat. - foto AZLINA ABDULLAH/THE STAR
 
Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK 


SEPANG: Keluarga mangsa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) akan diberikan taklimat mengenai perkembangan terkini berhubung nahas MH17 di Hotel Marriot Putrajaya.

Sementara itu MAS turut membuka pusat operasinya di Hotel Shangrila Putrajaya bertujuan menyalurkan maklumat kepada keluarga krew MH17 mengenai tragedi malang itu.

Maklumat daripada sumber dalaman MAS itu bagaimanapun tidak menyatakan mengenai waktu taklimat berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan pesawat MH17, yang membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, terhempas di timur Ukraine.

Beliau berkata setakat ini Malaysia tidak dapat mengesahkan punca tragedi dan berkata pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh berhampiran sempadan Rusia, Khamis.

Pesawat itu berlepas dari Amsterdam pada pukul 12.15 tengah hari waktu tempatan dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 6.10 pagi waktu tempatan.

Rakaman Perbualan Kumpulan Pemisah Akui Tembak Jatuh Pesawat Dipintas, Lapor Kyiv Post

Posted: 17 Jul 2014 09:40 PM PDT

MSTAR ONLINE


 
 
 
PETALING JAYA: Dakwaan terbaharu bahawa penerbangan Malaysia (MAS) MH17 ditembak jatuh oleh kumpulan militan tersebar, dengan rakaman yang didakwa perbualan antara pegawai perisikan tentera Rusia dan anggota kumpulan pemisah sebagai bukti, lapor sebuah akhbar Ukraine berbahasa Inggeris.

Dalam perbualan yang didakwa dipintas dan dikeluarkan oleh agensi keselamatan Ukraine (SBU), seorang anggota militan memaklumkan bahawa pesawat itu adalah '100% persawat komersial'.

Rakaman itu yang diterjemahkan oleh The Kyiv Post menunjukkan Iglor Bezler - seorang komander utama Republik Rakyat Donetsk - berbual dengan seseorang yang dipercayai kolonel bersama Angkatan Tentera Rusia, Vasili Geranin.

Bezler berkata, mereka berjaya menembak jatuh sebuah pesawat dan kemudiannya mendapati ia adalah sebuah pesawat penumpang.

Selepas itu, kedua-duanya didengar berbincang mengenai serangan tersebut dengan salah seorang daripada mereka berkata pesawat tersebut berkecai di udara.

"Kami telah menemui mayat pertama iaitu orang awam.

"Pendek kata, ia 100 peratus pesawat komersial," katanya.

Dia berkata, serpihan pesawat berkecai di sekitar kawasan perumahan dan tiada apa yang tinggal melainkan mayat, kerusi pesawat dan barangan penumpang seperti peralatan perubatan, tuala dan tisu tandas.

Katanya, mengenai pesawat yang ditembak jatuh di kawasan Snizhne-Torez, ia adalah pesawat komersial dan terhempas berhampiran Grabove.

"Terdapat banyak mayat wanita dan kanak-kanak," katanya.

Menurut laporan itu, salah satu panggilan itu dibuat kira-kira 20 minit selepas MH17 dipercayai ditembak jatuh.
 
LIHAT VIDEO DI SINI

[GAMBAR] Nama & Gambar Penumpang MH17 Didedahkan, Suasana Hiba DI KLIA

Posted: 17 Jul 2014 09:22 PM PDT

KELAB GREENBOC



Syarikat penerbangan Malaysia (MAS) pada Jumaat mengesahkan terdapat kira-kira 298 penumpang termasuk anak kapal berada di dalam pesawat MH17 dan bukannya, 295 seperti yang dilaporkan sebelum ini.

MAS menjelaskan bertentangan dengan kenyataan sebelum ini, penerbangan itu membawa 283 penumpang termasuk tiga bayi dari pelbagai negara dan 15 anak kapal warganegara Malaysia.

Syarikat penerbangan itu dalam kenyataan sebelum ini berkata bahawa pesawat malang penerbangan MH17 itu membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.

Warganegara beberapa penumpang masih belum dikenal pasti.

Senarai penumpang dan anak kapal mengikut negara adalah seperti berikut:

Belanda - 154
Malaysia - 43 (termasuk 15 kru dan dua bayi)
Australia - 27
Indonesia - 12 (termasuk seorang bayi)
United Kingdom - 9
Jerman - 4
Belgium - 4
Filipina - 3
Kanada - 1

Belum dikenal pasti - 41

MAS kini dalam proses memaklumkan kesemua ahli keluarga penumpang dan anak kapal.

Fokus utama syarikat penerbangan itu adalah bekerjasama dengan pasukan kecemasan dan pihak berkuasa serta menggerakkan sistem sokongan penuh untuk menyediakan semua keperluan kepada ahli keluarga mangsa.

MAS akan menggerakkan 'Go Team' ke Amsterdam dengan sekumpulan penjaga dan sukarelawan untuk membantu ahli keluarga penumpang. MAS mengesahkan pesawat itu tidak membuat panggilan kecemasan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh.

Malaysia Airlines juga menggerakkan "Go Team" ke Amsterdam dengan sekumpulan penjaga dan sukarelawan membantu anggota keluarga penumpang.

"Doa dan harapan kami bersama dengan penumpang dan anak kapal yang terlibat dan anggota keluarga mereka," menurut kenyataan itu.

Syarikat itu akan menyediakan perkembangan terkini berhubung keadaan itu.

Anggota keluarga penumpang dan anak kapal boleh menghubungi talian +603 7884 1234 (Malaysia) atau +31703487770 (Netherlands).


Senarai Nama Anak Kapal & Gambar Penumpang Pesawat MH17 Didedahkan


Insiden pesawat MH17 terhempas di Ukraine ini benar-benar mengejutkan ramai pihak. Terkini, tersebarnya di laman Twitter dan Facebook senarai awal nama penumpang Malaysia dalam pesawat MH17. 




Beberapa keping passport penumpang ditemui di lokasi pesawat terhempas. Namun ada yang mempertikaikan mengapa passport yang ditemui itu masih berada dalam keadaan yang sempurna. Namun, sebuah passport milik rakyat Malaysia, Sanjid Singh, telah dipaparkan dalam LIFE NEWS sekaligus membuktikan kesahihan senarai nama yang tersebar di atas adalah benar.



Gambar seorang anak kapal pesawat MH17 pula mula tersebar di laman Twitter. Azrina Binti Yakob, beliau adalah anak kapal pesawat MH17.



Gambar di bawah pula adalah gambar salah seorang penumpang pesawat MH17.



Dan ini pula adalah penumpang kanak-kanak, apa yang menyedihkan ia adalah penerbangan pertama bagi kanak-kanak ini.


Pesawat MH17 milik Malaysia Airlines yang membawa 295 penumpang termasuk anak kapal itu berlepas dari Amsterdam terputus hubungan dengan menara kawalan ATC UKRAINE terhempas di lokasi seperti yang dinyatakan dalam gambar di bawah:
-mymediahubonline


Gambar Sayu Keluarga Penumpang MH17 Di KLIA

Ahli keluarga penumpang MH17 yang sudah berada di KLIA sebaik menerima perkhabaran berita tragedi pesawat itu kelihatan sayu. Beberapa ahli keluarga dilihat memeriksa senarai nama penumpang MH17 di Anjung Tinjau bagi mengesahkan nama ahli keluarga mereka yang berada di dalam pesawat berkenaan.

Mereka hadir sambil diawasi beberapa pegawai Malaysia Airlines.

Kebanyakan mereka enggan ditemuramah dan meminta pihak media memberi ruang kepada mereka untuk bertenang sambil menunggu maklumat lanjut mengenai tragedi pesawat MH17 yang dilaporkan dipercayai terhempas di Ukraine, sempadan Russia, malam tadi.
-tengiktvonline


Kes buli: Kiki ditahan polis

Posted: 17 Jul 2014 06:22 PM PDT


Wanita yang digelar "kiki" atau Siti Fairrah Ashykin Kamarudin, 30, (tiga, kiri) keluar dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan selepas memberi keterangan berhubung tindakannya menyerang dan mengetuk kereta pesara kerajaan, Sim Siak Heong, 68, selepas berlaku kemalangan kecil pada Isnin lepas di Kuantan, hari ini. - Foto Bernama Wanita yang digelar "kiki" atau Siti Fairrah Ashykin Kamarudin, 30, (tiga, kiri) keluar dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan selepas memberi keterangan berhubung tindakannya menyerang dan mengetuk kereta pesara kerajaan, Sim Siak Heong, 68, selepas berlaku kemalangan kecil pada Isnin lepas di Kuantan, hari ini. - Foto Bernama


SHAH ALAM - Siti Fairrah Asyikin, 30 atau lebih dikenali sebagai Kiki, yang dirakam membuli seorang warga emas di kawasan tempat letak kereta di Kuantan Isnin lalu ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Dilaporkan, Kiki hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pada jam 4.00 petang bersama ibu, ayah dan keluarganya sebelum ditahan.

Dalam insiden itu, Kiki yang memandu kereta Peugeot putih bertindak membuli pesara yang terlanggar keretanya.

Dia bagaimanapun sudah pun memohon maaf dan mengakui kesalahannya kepada Sim Siok Hong, 67, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan pada petang hari kejadian.

Menurut laporan Bernama yang memetik Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, polis kini sedang menyiasat daripada pelbagai sudut mengenai kejadian yang tersebar luas di media sosial itu.
  
"Polis juga sedang mengesan pengunci stereng yang digunakan wanita terbabit untuk mengetuk kereta warga emas berkenaan.
  
"Mengikut keterangan awal, wanita itu mendakwa telah membuang pengunci stereng itu di sekitar bandar ini dan kita dalam usaha mencari alat tersebut sebagai barang kes," katanya.
  
Beliau berkata, selain itu pihaknya sudah mengenal pasti individu yang merakam video dan dimuat naik di laman sosial untuk membantu siasatan.
  
Abdul Aziz berkata polis juga sudah merakam percakapan Siok Hong semalam dan sekiranya ada sebarang keperluan dalam siasatan, polis akan  memanggilnya semula untuk memberi keterangan.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

Nik Aziz sihat, laporan meninggal dunia palsu

Posted: 17 Jul 2014 06:18 PM PDT


Nik Aziz Nik Aziz


SHAH ALAM - Ketua Pemuda Pas Pusat, Suhaizan Kaiat menafikan khabar angin mengenai bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang didakwa meninggal dunia tengah malam tadi.

Menurutnya, keadaan Nik Aziz yang kini sedang menerima rawatan di sebuah pusat perubatan dilaporkan kritikal namun beliau masih stabil.

"Setakat semakan yang saya buat, tiada berita kematian tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Nurul Islam Mohamed Yusoff dalam satu kenyataan melalui sistem aplikasi Whatsapp turut menafikan khabar angin tersebut.

Beliau turut meminta semua pihak merujuk perkembangan terbaru kesihatan Nik Aziz melalui laman Facebook keluarganya.

Nik Aziz telah ditempatkan Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian bagi menerima rawatan atas faktor usianya yang semakin meningkat.

Sementara itu, anak Mursyidul Am Pas itu, Nik Mohamad Abduh turut mengesahkan laporan itu tidak benar menerusi laman sosial miliknya.

"Ayahanda sihat banyak. Tak sihat sikit.

"Doakan Lailatulqadar untuknya dan kita semua," menerusi laman mikro Twitter miliknya.

Pelaku mesti dibawa ke muka pengadilan - PM

Posted: 17 Jul 2014 06:14 PM PDT


Pesawat penumpang Malaysia terhempas di Ukraine Pesawat penumpang Malaysia terhempas di Ukraine


SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan pihaknya akan mengadakan sesi perbincangan dengan pemimpin Belanda hari ini.

Melalui satu kenyataan, Najib berkata, pihaknya akan turut mengadakan beberapa pertemuan dengan pemimpin dunia yang lain bagi membincangkan insiden kemalangan yang menimpa pesawat MH17.

"Saya baru sahaja bercakap dengan Presiden Obama sebentar tadi dan beliau turut bersetuju bahawa siasatan ke atas tragedi tersebut akan tetap dijalankan walau apa pun yang berlaku.

"Ini adalah hari yang malang buat kita semua dan seperti yang didakwa, merupakan tahun yang penuh dugaan buat kita," katanya.

Najib dalam pada itu mendesak pihak Ukraine menubuhkan pasukan siasatan khas bagi menyiasat ke atas insiden kemalangan tersebut.

"Kami mahu sebuah pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat insiden ini. Di mana pasukan tersebut mampu menjalankan siasatan tanpa mencemarkan lokasi kemalangan  atau memindahkan apa-apa barang dan objek termasuklah kotak hitam," tegasnya.

Ujar Najib lagi, pihak yang bertanggungjawab ke atas kemalangan membabitkan 295 penumpang dan anak kapal MH17 ini perlu dikenakan tindakan sewajarnya.

"Jika benar pesawat itu telah ditembak jatuh, kita mahu pelakunya dibawa ke muka pengadilan," kata Perdana Menteri.

Sementara itu, Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa dalam satu kenyataan mengesahkan laluan yang digunakan oleh pesawat Boeing 777-200 MH17 adalah laluan yang selamat.

"Kami menerima maklumat bahawa Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa mendapati pesawat tersebut tidak melintasi atau menyeberangi sepadan dan sekatan yang digariskan.

 "Pihak MAS juga mengesahkan yang pesawat tersebut tidak membuat sebarang panggilan kecemasan sebelum kemalangan tersebut berlaku," katanya lagi.

Akhbar lapor panggilan telefon dipintas dakwa tembak pesawat

Posted: 17 Jul 2014 06:10 PM PDT

MALAYSIAKINI


Akhbar Ukraine, The Kyiv Post melaporkan satu panggilan telefon di antara anggota pemisah dan pegawai risikan tentera Rusia berhubung pesawat yang didakwa ditembak jatuh dari ruang udara Ukraine.

Rakaman tersebut dikeluarkan oleh agensi keselamatan Ukraine, SBU.

Menurut rakaman dalam bahasa tempatan itu, anggota pemisah berkenaan memberitahu pegawai risikan Rusia bahawa mereka berjaya menembak jatuh sebuah pesawat.

Ia juga menunjukkan, militan berkenaan memberitahu pihak risikan Rusia bahawa mereka kemudiannya mendapati ia adalah sebuah pesawat penumpang.


Menurut laporan itu, salah satu panggilan itu dibuat kira-kira 20 minit selepas MH17 terhempas. Panggilan itu dibuat oleh Igor Bezler, yang didakwa SBU sebagai seorang pegawai perisikan tentera Rusia dan komander utama Republik Rakyat Donetsk.

Portal berita itu juga menerbitkan sebuah transkrip penuh perbualan telefon, yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris.

Sementara itu, Reuters memetik kenyataan pemimpin operasi bencana Ukraine yang berkata, operasi mencari dan menyelamat dihalang oleh kumpulan "pengganas bersenjata".

Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa pula menyebut, ruang udara yang dilalui MH17 tidak dikelaskan sebagai zon larangan terbang.

Manakala New York Times melaporkan, keadaan fizikal mayat yang ditemui masih utuh. Ini menunjukkan pesawat itu mungkin membuat pendaratan terkawal.

23 rakyat kita, 154 warga Belanda dalam MH17

Posted: 17 Jul 2014 05:51 PM PDT

MALAYSIAKINI



 


Sebuah pesawat dari Malaysia dilaporkan terhempas di Ukraine dekat sempadan Rusia, lapor agensi berita lewat malam ini.

Malaysia Airlines mengesahkan pasukannya terputus hubungan dengan pesawat Boeing 777 dengan nombor penerbangan MH17.

Kedudukan terakhir adalah di ruang udara Ukraine," kenyataan MAS di Twitter dipetik.

Laporan langsung sejak jam 12.01 pagi, Jumaat 18 Julai:

4.45am: Najib dalam sidang medianya berkata Malaysia menggesa pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan sekiranya benar pesawat MH17 ditembak jatuh.

Sementara itu, laporan agensi berita antarabangsa menyenaraikan warganegara yang berada dalam penerbangan malang tersebut, memetik kenyataan pejabat MAS Eropah:

- 23 warga Malaysian
- 154 warga Belanda
- 27 warga Australia
- 11 warga Indonesia
- 6 warga British
- 4 warga Jerman
- 4 warga Belgium
- 3 warga Filipina
- 1 warga Kanada

Codeshare airline KLM says MAS' MH17 emergency hotline is +31 70 3487770

4.42am: Naib presiden AS Joe Biden menyatakan keyakinan bahawa pesawat MH17 ditembak jatuh.

"Ia bukan satu kemalangan, pesawat ditembak jatuh dari udara," katanya, lapor Reuters.

4.35am:
Petugas di 'sidang media' perdana menteri menegaskan, Najib tidak akan melayan sebarang pertanyaan dari wartawan.

4.10am: Akhbar Ukraine, The Kyiv Post melaporkan satu panggilan telefon di antara anggota pemisah dan pegawai risikan tentera Rusia berhubung pesawat yang didakwa ditembak jatuh dari ruang udara Ukraine.

Rakaman tersebut dikeluarkan oleh agensi keselamatan Ukraine, SBU.

Menurut rakaman dalam bahasa tempatan itu, anggota pemisah berkenaan memberitahu pegawai risikan Rusia bahawa mereka berjaya menembak jatuh sebuah pesawat.

Ia juga menunjukkan, militan berkenaan memberitahu pihak risikan Rusia bahawa mereka mendapati ia adalah sebuah pesawat penumpang.

3.53am: RT.com melaporkan, pesawat itu dipandu oleh pengawal udara Ukraine sebelum ia didapati hilang dari radar.

Laporan itu memetik laporan saluran berita Rossiya-24.

3.25am: Reuters memetik kenyataan pemimpin operasi bencana Ukraine yang berkata, operasi mencari dan menyelamat dihalang oleh kumpulan "pengganas bersenjata".

3.20am: Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa menyebut, ruang udara yang dilalui MH17 tidak dikelaskan sebagai zon larangan terbang.

2.46am: New York Times melaporkan, keadaan fizikal mayat yang ditemui masih utuh. Ini menunjukkan pesawat itu mungkin membuat pendaratan terkawal.

2.42am: Noraini Mohd Noor berkata, kakaknya dalam perjalanan pulang untuk menyambut Hari Raya yang transit di Amsterdam.

Katanya kakaknya yang berusia 67 tahun itu menetap di Switzerland sejak 30 tahun lalu dan tidak pulang ke Malaysia sejak lima tahun lalu.

Beliau kesal kerana MAS tidak mengambil tindakan pantas untuk memberi makluman.

2.37am: Seorang juruterbang memberitahu The Telegraph, beliau terkejut kerana MH17 masih menggunakan laluan di ruang udara Ukraine memandangkan sebuah pesawat pengangkutan negara itu telah ditembak jatuh awal minggu ini.

"Penerbangan sudah dilencongkan keluar dari Crimea," kata Danny Fyne.

"Saya mendapati, ganjil bagi pesawat melalui kawasan ini."

2.30am: Laporan The Telegraph menyebut, warga Ukraine di London akan mengadakan bantahan di kedutaan Rusia atas tragedi MH17.

Para penunjuk perasaan itu akan meletakkan bunga di luar kedutaan Malaysia dan Belanda sebelum demonstrasi tersebut.

2.22am: Lebih ramai para waris tiba di anjung tinjau KLIA untuk mendapat kepastikan mengenai nasib penumpang dan anak kapal.

Pegawai MAS tidak kelihatan di kawasan itu.

2.15am: Bapa kepada Nur Shazana Mohd Salleh, 31, seorang pramugari dalam penerbangan MH17 menyatakan rasa terkejut atas kejadian itu.

Mohd Salleh Shamsuddin, 54, berkata beliau berharap anaknya itu, yang bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi, berada dalam keadaan selamat.

Ibu Nur Shazana kelihatan berada dalam keadaan terkejut dan tidak dapat bercakap kepada pemberita.

1.57am: Wartawan New York Times di lokasi bencana melaporkan, kebanyakan mayat masih terikat dengan tali pinggang keselamatan di tempat duduk.

"Banyak mayat masih terikat dengan tali pinggang keselamatan di serpihan pesawt," kata Sabrina Stravernise di Twitter.

1.49am: Para wartawan berhimpun di luar kawasan anjung tinjau KLIA, tetapi tidak dibenarkan masuk ke ruang tersebut oleh pasukan keselamatan.

Pusat operasi bencana akan ditubuhkan di Hotel Sama-sama.

Najib sedang mengikuti taklimat oleh Pusat Operasi Darurat MAS.

1.47am: Laporan Reuters menyebut, pihak berkuasa pengangkutan udara Amerika Syarikat dan Eropah sudahpun mengeluarkan amaran berhubung risiko penerbangan di ruang udara Ukraine sejak April.

1.40am: Najib mengikuti taklimat mengenai status pesawat MH17 di pusat operasi darurat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

1am: Laporan Reuters menyebut, puluhan mayat ditemui bergelimpangan di sekitar bangkai pesawat di sebuah padang di timur Ukraine.

Pasukan penyelamat menemui sekurang-kurangnya 100 mayat ditemui dengan kawasan kampung Grabovo.

Serpihan pesawat itu dikesan dalam lingkungan diameter 15 kilometer.

Seorang pegawai kerajaan Ukraine yang dipetik dalam laporan itu menyebut, kesemua 295 orang dalam penerbangan itu maut.

12.31am: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam tulisan di Twitter menyatakan rasa terkejut dengan perkembangan itu.

"Saya terkejut dengan laporan bahawa pesawat MH terhempas. Kita sedang melancarkan siasatan serta merta," katanya di Twitter.

12.30am: Presiden Rusia Vladimir Putin mengadakan perbincangan dengan Barack Obama berhubung pesawat Malaysia yang terhempas di Ukraine, lapor Reuters

12.28am: Koresponden Reuters di timur Ukraine melaporkan menyaksikan bangkai pesawat terbakar dan badan manusia di kawasan bencana.

Sementara itu, Datuk Seri Najib Razak dilaporkan akan tiba tidak lama lagi di pusat operasi Malaysia Airlines yang dibuka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

12.24am: Presiden Ukraine, Petro Poroshenko menafikan tenteranya menembak jatuh pesawat Malaysia, lapor DPA.

12.19am: Laporan Reuters menyebut, presiden AS Barack Obama maklum dengan laporan mengenai pesawat Malaysia yang terhempas.

Rumah Putih bagaimanapun enggan mengesahkan apa-apa butiran.

12.15: Laporan Reuters memetik kenyataan penasihat kerajaan Ukraine yang berkata pesawat Malaysia itu ditembak jatuk oleh militan di timur Ukraine, mengorbankan kesemua 295 orang dalam penerbangan tersebut.

Ia menyebut, pesawat itu jatuh dekat bandar Donetsk, yang menjadi kubu kuat pemisah pro-Rusia.

Menteri tersebut, Anton Gerashchenko dilaporkan berkata, pesawat itu terkena tembakan peluru berpandu dari permukaan darat.

Laporan itu mendakwa, penduduk tempatan telah menemui bangkai pesawat.

Laporan terdahulu:


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam tulisan di Twitter menyatakan rasa terkejut dengan perkembangan itu.

"Saya terkejut dengan laporan bahawa pesawat MH terhempas. Kita sedang melancarkan siasatan serta merta," katanya di Twitter.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata dakwaan bahawa pesawat itu ditembak jatuh masih belum disahkan.

"Tiada pengesahan bawah ia ditembak jatuh. Tentera kita sudah diarahkan untuk menanganinya," katanya di Twitter.

Pesawat itu dilaporkan membawa 295 penumpang dan anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Ia berlepas dari Amsterdam pada jam 2.14 pagi waktu tempatan dan dijangka tiba di Kuala Lumpur pada kira-kira jam 6 pagi.

Laporan Al-Jazeera menyebut, pesawat itu mungkin terhempas di kawasan yang menyaksikan pertempuran sengit antara Rusia dan Ukraine.

Menurut Interfax, pesawat itu terhempas hanya 50 km selepas memasuki ruang udara Rusia.

Laporan yang memetik sumber keselamatan Ukraine yang tidak dinamakan itu menyebut, pesawat itu hilang dari radar ketika berada di ketinggian 10,000 meter.

Najib: Ini hari yang tragis bagi Malaysia

Posted: 17 Jul 2014 05:48 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berazam untuk menyiasat tragedei pesawat Malaysia Airline yang terhempas di Ukraini hingga ke akar umbi.

Najib yang kelihatan tenang dalam sidang medianya pagi ini berkata beliau tidak dapat membayangkan apa yang dialami oleh para waris individu dalam penerbangan tersebut.

"Ini adalah hari yang tragis, dalam tahun yang sudahpun tragis bagi Malaysia.

"Dalam usaha kita untuk memahami apa yang berlaku, ingatan kita dan doa kita bersama keluarga dan rakan-rakan yang menaiki penerbangan tersebut.

"Saya tidak dapat bayangkan apa yang mereka alami dalam masa yang amat sukar ini," katanya.

Katanya, Malaysia Airlines kini sedang dalam proses memaklumkan kejadian itu kepada para waris penumpang dan anak kapal.

"Kesemua keperluan akan disediakan kepada para waris," katanya.

Pesawat Malaysia Airlines MH17 yang membawa 280 orang termasuk 23 rakyat kita terhempas di timur Ukraine dalam kejadian hari Khamis.

Semakan di peta dalam talian menunjukkan kawasan bencana itu terletak dekat bandar Krasnyi Luch di wilayah Luhansk Oblast di tenggara Ukraine.

Tiada ulasan: