Khamis, 3 Julai 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Pesalah Trafik Sain "Pukimak" pada Surat Saman

Posted: 03 Jul 2014 01:29 AM PDT


Foto yang tersebar di blog dan laman sosial.
Apakah perasaan anda sebagai pegawai polis apabila pesalah trafik menandatangani surat saman yang diserahkan kepadanya dengan nama "pukimak"? Bayangkan tahap kesabaran yang perlu ada dalam diri anda untuk menghadapi sikap kurang ajar pesalah trafik seperti ini.

Namun, itulah yang dihadapi oleh pegawai polis yang menyaman seorang pengguna jalan raya yang melanggar lampu isyarat merah. Berdasarkan butiran surat saman, kesalahan tersebut berlaku di Jalan Batu Feringgi pada 2 Julai yang lalu.

Mungkin berang dikenakan saman, pengguna jalan raya dengan nama keluarga Lim itu menandatangi surat saman yang diserahkan kepadanya menggunakan nama "pukimak".

Tindakan pesalah trafik ini amat kurang ajar dan mencabar kesabaran anggota polis yang menjalankan tugas. Biarpun berhadapan dengan pelbagai kerenah dan sikap pesalah trafik, kita yakin anggota polis di negara ini sentiasa bersikap waras dan profesional ketika menjalankan tugas. -DCM


Jelitawan Felixia Yeap Rasmi Masuk Islam Hari Ini

Posted: 02 Jul 2014 11:03 PM PDT



[Malaysia Kini] Model cantik Felixia Yap dengan rasmi memeluk Islam hari ini di hadapan empat saksi dan menyatakan telah bertemu 'jalan pulang' selepas pencarian bertahun-tahun.

Beliau sebelum ini telah berhijab selama enam bulan dan mendalami agama Islam sehingga menarik perhatian masyarakat Malaysia.

Felixia yang berasal dari Ipoh hari ini dengan panjang lebar menulis di laman Facebook dan blog beliau tentang pencarian hidup beliau dan melahirkan rasa lebih tenang selepas mendekati Islam.

Gadis berusia 28 tahun itu menceritakan mula berjinak dengan hijab ketika diminta memperagakan pakaian muslimah untuk sesi fotografi.

Beliau mendapat ilham dan terasa lebih selesa, selamat dan berasa dihormati.

Bekas model 'arnab' untuk Playboy yang fasih berbahasa Melayu itu kemudiannya mengambil keputusan untuk mendalami Islam dan melahirkan kebanggaan kerana niat itu direstui ibu kesayangan.

Beliau yang menambah "Rania" pada namanya itu bagaimanapun memohon maaf kerana tidak membenarkan mana-mana media membuat liputan dan menegaskan acara itu hanyalah formaliti kerana hati beliau telah pun beriman sebelum ini.

"Kepada semua media, saya pasti untuk tidak membenarkan sesiapa pun untuk datang menyaksikan saya mengucap syahadah bagi berlaku adil kepada semua. Terima kasih kerana memahami," tulisnya di laman sosial Facebook, hari ini.

Bertudung sebelum Islam

Felixia turut dikatakan bakal terjun untuk membuka perniagaan fesyen busana muslimahnya sendiri.

Terdahulu, tindakannya memilih memakai hijab sebelum rasmi memeluk Islam turut mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Ada yang menyokong tetapi juga segelintir pihak yang sinis dengan tindakannya itu.

"Saya telah mengharungi pelbagai dugaan. Bantahan. Makian. Sindiran. Fitnah. Penyisihan. Tekanan.

"Tetapi syukur Alhamdullilah... saya juga dapat sokongan yang begitu hebat.

"Saya harus berterima kasih dengan kedegilan saya," tulis beliau. -3/7/14


P/s: Berdasarkan status FB Felixia sekitar pukul 2.00 petang tadi, upacara pengislamannya mungkin berlangsung pada petang ini. Mungkin selepas atau sebelum solat Asar.



Nasihat admin, padamlah gambar-gambar yang tidak menutup aurat dan mengaibkan diri Felixia daripada laman FB dan laman sosial yang lain dengan segera. Sebelum ini, Felixia ada menyatakan bahawa dia akan memadamkan semua gambar itu sedikit demi sedikit kerana kekangan masa. Sekarang sudah tiada lagi alasan untuk melengah-lengahkan tindakan itu. Hal ini penting bagi mengelakkan dirinya dicemari dosa dan sekali gus memelihara maruah dirinya.

Selamat memeluk Islam, Felixia. Semoga anda menjadi muslimah yang solehah. Moga-moga hidayah yang diperoleh itu kekal sehingga akhir hayat.

Kemas Kini:



Isu Status Maki Anak : “Saya Tersentak, Jantung Seperti Terhenti” - Amy Search

Posted: 02 Jul 2014 09:42 PM PDT



[Malaysia Digest] Selama ini setiap kali nama Nabila Huda atau lebih dikenali sebagai Abil, terpalit dengan apa saja isu panas dan kontroversi, penyanyi rock terkenal tanah air, Amy Search, tidak terlepas dari diburu media bagi mendapatkan komen ekoran perangai anak perempuannya itu.

Lepas satu, satu… daripada isu Abil yang seringkali tampil seksi, kisah bersilih ganti teman lelaki hinggalah yang terbaru isu gambar aktres berbakat besar itu bercuti bersama kekasih barunya dipercayai seorang jejaka mat salih. Apa yang menjadi kontroversi, seorang pengikut Nabila di Instagram telah menyarankan pelakon itu supaya menganut agama Kristian gara-gara gambar percutiannya.

Berang dengan hal tersebut, Amy telah memerikan komen pada entry berkenaan. Lagenda rock tanah air ini bertindak seolah-olah melepaskan geram ekoran sikap anaknya itu yang seperti tidak mahu bertanggungjawab dengan kontroversi yang dicetuskannya sendiri.

Melihat status makian dengan satu perkataan kesat dan ia ditujukan kepada Abil, ramai yang tidak percaya bahwa status tu ditulis oleh Amy sendiri kerana selama ini dia seorang bapa yang sangat tenang meskipun acapkali diasak dengan pelbagai soalan berkaitan dengan Nabila.

"Ya, saya yang tulis. Memang saya yang tulis status itu, bukan orang lain", akui figura berusia 56 tahun ini ketika ditemui media pada Majlis Berbuka puasa bersama anak-anak yatim anjuran Hotel Royal Chulan, Damansara, malam tadi.

"Sebelum saya bertidak begitu, sebenarnya saya menerima beberapa panggilan daripada wartawan yang meminta saya mengulas mengenai dia (Nabila) yang pergi bercuti dan tentang agama Kristian. Bagi saya, bila dah sentuh bab agama, ianya dah terlalu sensitif.

"Saat pihak media bertanyakan pada saya tentang hal dia itu dan berkait pula dengan agama, jantung saya seperti terhenti sekejap. Saya macam hilang akal, saya hilang pertimbangan. Saya tersentak sekejap. Sebelum itu saya tidak tahu apa-apa sehinggalah saya diberitahu oleh wartawan yang menghubungi saya tentang isu itu", ujarnya lagi dengan nada tenang.

'Aku Dah Bosan'


Amy Search memberikan penelasan mengenai isu status makiannya terhadap Nabila ketika ditemui media di Hotel Royal Chulan, malam tadi.

Menyedari yang statusnya itu berbaur makian terhadap anaknya sendiri, Amy bagaimanapun tidak menyesal memuat naik status sebegitu. Malah katanya, beliau bertanggungjawab atas tindakannya itu.

Namun Amy dengan nada tegas berkata, dia berharap selepas ini media tidak lagi bertanyakan kepadanya mengenai apa saa isu panas dan kontroversi yang mengaitkan Abil.

"Saya tak menyesal muat naik status itu. Malah saya rasa bertanggungjawab terhadap status itu. Tapi selepas ini, saya minta media jangan lagi cari dan bertanya kepada saya tentang isu yang mengaitkan dia. Selepas ini saya tak mahu lagi memberi apa-apa komen yang mengaitkan kontroversi dia.

"Saya dah bosan. Setiap kali isu pasal dia, saya yang kena jawab. Selepas ini, kalau anda semua hendakkan penjelasan tentang apa jua isu yang mengaitkan dirinya, tanyalah tuan badan sendiri. Saya percaya dia sudah cukup dewasa dan dia perlu bertanggungjawab dengan apa saja yang dilakukan. Dia berbakat, jagalah karier dia dan janganlah dia sendiri buka jalan untuk orang bercakap yang buruk-buruk tentang dia", tutur Amy.

Dalam masa sama, Amy memberitahu dia sudah lama tidak berjumpa dengan Abil apatahlagi berhubung menerusi telefon.

"Saya dah lama tak jumpa dia. Bila isu ni timbul, dia pun tak hubungi saya. Tapi dengan Keisha (anak Abil) selalu juga jumpa. Baru-baru ini, saya ada bawa cucu saya itu pergi bercuti", katanya.

Isteri Terkejut

Sementara itu, isteri Amy yang juga merupakan pengurusnya iaitu dikenali sebagai Norish berkata dia sangat terkejut apabila mendapat tahu tentang tindakan Amy memuat naik status sedemikian.

"Ketika hari itu, saya ke satu seminar sementara abang Amy ke Raub, Pahang. Tapi bila saya balik rumah, saya hairan sebab Abang sudah berada di rumah.

" Dia marah- marah dan bengang. Katanya, dia dihubungi media dan diminta komen mengenai isu Nabila dan sekaligus melibatkan soal agama. Saya cuba tenangkan dia dan berpesan jangan komen apa-apa di laman sosial sebab ia mungkin akan memburukkan lagi keadaan.

"Masa tu, saya memang tak tahu lagi yang dia sebenarnya dah muat naik status 'lepas geramnya' itu. Sehinggalah kawan saya kirimkan screen caption status tersebut di Wassap saya. Saya terkejut melihat status itu.

Tambah Norish lagi, dia berasa kasihan kepada suaminya itu kerana selama ini Amy banyak menanggung dan berdepan dengan kontroversi-kontroversi yang mengaitkan Nabila.

"Sebagai isteri, saya berasa kasihan pada abang. Dalam usiannya 56 tahun, dia tak sepatutnya berdepan dengan hal sebegini lagi. Lagipun Nabila sudah dewasa dan dia sudah ada kehidupan sendiri.

"Tak dinafi dulu abang selalu diam. Apa pun orang kata tentang anak dia, dia diam. Cuma sejak akhir-akhir ini, dia ekspresikan kemarahannya di laman sosial", katanya sambil menahan sebak. – 3/7/14


[PANAS] Pemimpin DAP Kecam Larangan Puasa terhadap Umat Islam di Xinjiang, China

Posted: 02 Jul 2014 08:49 PM PDT



[RoketKini] GEORGE TOWN, 3 JUL – Tindakan pihak berkuasa wilayah Xinjiang, sebuah daerah di barat laut China, melarang umat Islam menunaikan ibadah puasa adalah bertentangan dengan prinsip hak asasi manusia.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim menegaskan hal tersebut dalam kenyataan medianya awal pagi tadi yang antara lain menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu penindasan terhadap penduduk Islam Xinjiang yang didiami etnik minoriti Uighur.

"Dalam bulan Ramadan yang mulia ini, ibadah puasa mengajar kita nilai bersederhana, pengorbanan dan membuat amal kebajikan.

"Malangnya dunia sedang mengalami ekstremisme di merata-rata tempat," ujar beliau.

Menafikan rakyat Islam China daripada mengamalkan rukun utama agama adalah bertentangan dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia," tegasnya.

Bersedih dengan penindasan terbabit, Steven mengutuk keras tindakan tersebut sambil menyatakan solidariti bersama mereka yang tertindas di seluruh dunia yang menjadi mangsa kepentingan politik sempit.

Notis larangan berpuasa tersebut dilaporkan telah dimuatnaik beberapa jabatan kerajaan daerah berkenaan sejak bermulanya Ramadan hujung minggu lalu.

Larangan itu ternyata bukan kali pertama dikuatkuasakan. Menurut laporan media, kerajaan pimpinan Parti Komunis itu telah mengenakan larangan berpuasa di Xinjiang sejak beberapa tahun lalu.


P/s: Ada perkara yang kita tidak bersetuju dengan DAP, misalnya tentang pendirian parti itu terhadap hukum hudud. Namun, hujah mereka menentang hudud kerana undang-undang Islam itu bertentangan dengan Perlembagaan (Siapa yang merangka Perlembagaan?). Setakat ini, tidak pernah kedengaran mereka menghina hudud atau Islam.

Itu fakta.

Dalam keadaan Malaysia, UMNO, dan NGO Islamnya senyap sunyi terhadap pelbagai kekejaman kerajaan komunis China terhadap umat Islam terutamanya etnik Islam Uighur, pemimpin DAP mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan kerajaan China itu yang melarang umat Islam di Xinjiang menunaikan ibadah puasa. Hal itu tegas Steven Sim bertentangan dengan prinsip hak asasi manusia.

Persoalannya, beranikah Malaysia yang mempunyai hubungan yang rapat dengan kerajaan komunis China mengemukakan kecaman dan bantahan tatkala kita diuar-uarkan tentang rancangan pembinaan Taman Persahabatan Malaysia-China di Putrajaya dan peminjaman dua ekor panda yang menelan kos RM70 juta selama 10 tahun? Mampukah Malaysia bersuara apabila pelbagai usaha dilakukan atas nama menghargai persahabatan antara Malaysia dengan China yang melebihi 40 tahun? 

Di mana pula suara NGO Islam mesra UMNo yang selama ini cukup berani mengkritik dan membantah DAP? Bilakah mereka akan membuat demonstrasi membantah tindakan China ini? Umum tahu bahawa respons dan tindakan mereka amat pantas jika sesuatu perkara itu dikaitkan dengan DAP.

Jika tiada sebarang respons daripada pihak NGO dan kerajaan, maka pandai-pandailah mereka mencermin diri dan berasa malu terhadap DAP yang selama ini ditohmah anti-Islam dan anti-Melayu.



Pasukan Algeria DERMA Bonus Piala Dunia untuk Gaza

Posted: 02 Jul 2014 08:28 PM PDT


[Astro Awani] KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak Algeria mengumumkan akan mendermakan imbuhan dan bonus yang diperoleh mereka pada temasya Piala Dunia FIFA 2014 untuk rakyat Palestin di Gaza.

Dalam laporan sebuah portal sukan Diehardsport.com, penyerang pasukan itu Islam Slimani memberitahu yang perkara tersebut dibuat atas dasar prihatin.

"Mereka lebih memerlukan dari kami" katanya.

Islam turut memberitahu bahawa jumlah wang yang akan didermakan sekitar RM29 juta (US9 juta).

Sementara itu, prestasi Algeria dalam kempen kali ini dilihat sebagai cemerlang apatah lagi tiada siapa menyangka mereka mampu sampai ke pusingan kalah mati, malah gergasi Eropah seperti Jerman terpaksa menunggu sehingga masa tambahan untuk menumpaskan Algeria pada pusingan itu.

Ini adalah kali pertama Algeria berjaya mara ke peringkat kalah mati selepas tiga kemunculan di Piala Dunia sebelum ini.

Sebelum ini, pada 1982, 1986 dan 2010, Algeria tidak pernah lepas daripada peringkat kumpulan.

Bumi Gaza diserang tentera Israel sejak tiga hari yang lalu ekoran insiden tiga remaja Israel diculik dan dibunuh di Tebing Barat yang didakwa rejim angkara anggota militan Hamas. - Azyyati Ahmad/3/7/14

P/s: Terbaik!!!



China LARANG Muslim di Xinjiang Berpuasa

Posted: 02 Jul 2014 07:59 PM PDT


Gambar hiasan - Wanita Islam etnik Uighur
[Harian Metro] Beijing: China melarang kakitangan kerajaan, pelajar dan guru di wilayah majoriti Islam Xinjiang daripada berpuasa pada Ramadan ini.

Parti pemerintah Komunis China - yang secara rasmi ateis - sudah beberapa tahun menghalang penduduk wilayah itu yang kebanyakannya berbangsa Uighur. 

Beberapa jabatan kerajaan menaikkan notis di laman sesawang masing-masing sejak beberapa hari lalu memaklumkan larangan berkenaan. 

Biro Hal Ehwal Perdagangan di Turfan berkata di laman sesawangnya Isnin lalu bahawa "kakitangan kerajaan dan pelajar tidak boleh berpuasa atau mengambil bahagian dalam aktiviti keagamaan lain."

Radio Bozhou dan sebuah rangkaian televisyen universiti pula berkata larangan itu perlu dipatuhi anggota parti, guru dan golongan muda.

"Kami ingin mengingatkan semua orang bahawa mereka tidak dibenarkan berpuasa," katanya dalam satu kenyataan. 

Sebuah jabatan kaji cuaca di barat Xinjiang pula berkata di laman sesawangnya: "Sejajar dengan arahan pihak atasan, semua kakitangan sama ada yang masih berkhidmat atau sudah bersara diingatkan supaya tidak berpuasa pada Ramadan ini." 

Sementara itu, pejabat kerajaan yang bertanggungjawab menguruskan Sungai Tarim pula memuat naik gambar pekerjanya yang memakai topi tradisional Uighur sedang makan. 

"Walaupun gambar ini diambil pada bulan Ramadan, mereka yang digambarkan ini bersikap positif dan tidak berpuasa," katanya. 

China sebelum ini mendakwa larangan terhadap puasa adalah untuk memastikan kesihatan kakitangan kerajaan terjamin. 

Sementara itu, jurucakap kumpulan dalam buangan Kongres Uighur Sedunia Dilxat Raxit berkata, dia dimaklumkan pihak berkuasa menggalakkan orang Uighur makan dengan memberi makanan percuma selain membuat pemeriksaan di rumah untuk memastikan penghuninya tidak berpuasa. 

"Tindakan China yang mengekang amalan dan kepercayaan Uighur hanya akan menimbulkan lebih banyak konflik. 

"Kami menggesa kerajaan China memberi lebih kebebasan beragama untuk orang Uighur dan berhenti menyekat mereka daripada menyambut Ramadan," katanya.- AFP/3/7/14


Polis Rancang Rogol, Bunuh, Masak Wanita Tidak Bersalah Kerana...

Posted: 02 Jul 2014 07:55 PM PDT


'Polis Kanibal' Tidak Bersalah

[Harian Metro] New York: Seorang anggota polis yang digelar 'Polis Kanibal' selepas dia merancang menculik, merogol dan memakan mangsanya dibebaskan setelah peguamnya berhujah bahawa manusia berhak untuk berkhayal.

Gilberto Valle, 30 masih menunggu hukuman selepas didapati bersalah tahun lalu setelah mahkamah diberitahu mengenai keinginannya memakan 'daging wanita' diluahkan dalam perbualan di Internet.

Dia juga menyimpan pangkalan data mengenai wanita yang ingin dirogol, dibunuh dan dimasak.

Pendakwa raya berkata, Valle melayari Internet untuk mencari resipi masakan daging manusia.

Bagaimanapun, keputusan bersalahnya dibatalkan oleh seorang hakim semalam selepas peguamnya berhujah bahawa perlembagaan Amerika Syarikat tidak menghalang dan mencampuri urusan rakyatnya untuk berkhayal.

Peguamnya berkata, Valle tidak pernah melakukan kekejaman walaupun selepas hampir setahun berkhayal menculik, membunuh dan memakan puluhan wanita, termasuk bekas isterinya.

Hakim Gardephe berkata: "Semua bukti yang ditemui menunjukkan tertuduh hanya berkhayal." 

Bagaimanapun, tuduhan lebih ringan yang dikenakan ke atas Valle kerana mengakses pangkalan data pihak penguatkuasa undang-undang tanpa kebenaran, dikekalkan. - Agensi/3/7/14


Perogol Ada Kes Rogol Kantoi Merogol Lagi

Posted: 02 Jul 2014 07:06 PM PDT



Perogol Dua Gadis 13 Tahun Ditahan

[Borneo Post] SIBU: Seorang lelaki berumur 18 tahun yang mempunyai rekod jenayah rogol yang belum selesai di mahkamah mengulangi kesalahannya selepas dituduh merogol seorang lagi gadis berumur 13 tahun.

Menurut laporan, mangsa bawah umur tersebut dikatakan telah dibawa oleh suspek sebanyak dua kali ke hotel bajet pada Januari dan April lepas.

Gadis tersebut yang tinggal di Jalan Tong Sang, telah mengenali suspek yang tinggal di Jalan Tiong Hua.

Selepas menjalin hubungan intim, gadis tersebut mendapati dirinya tidak datang haid lagi.

Keadaan tersebut memaksa gadis tersebut memberitahu suspek bahawa dirinya sudah mengandung.

Difahamkan juga suspek telah bersetuju untuk berkahwin dengan gadis tersebut, namun mengubah fi kirannya selepas tidak mendapat restu daripada ibu bapanya.

Terdesak dengan keadaan dirinya, mangsa telah memberitahu ibunya mengenai apa yang telah terjadi kepada dirinya pada 29 Jun lalu.

Ibu mangsa yang tidak berpuas hati dengan keadaan tersebut terus bertindak membawa anaknya ke klinik untuk menjalani pemeriksaan perubatan.

Selepas pemeriksaan itu, doktor telah mengesahkan mangsa telah mengandung lima bulan.

Tidak berpuas hati dengan keadaan tersebut, ibu mangsa mengheret anak gadisnya ke balai polis di sini untuk membuat laporan polis pagi Selasa lalu.

Siasatan awal polis mendapati suspek mempunyai rekod jenayah sama yang masih belum selesai di mahkamah.

Suspek juga telah melakukan jenayah rogol terhadap seorang lagi gadis berumur 13 tahun, tahun lepas.

Suspek juga tidak hadir di mahkamah sekali gus memaksa mahkamah mengeluarkan waran tangkap.

Suspek telah Berjaya ditahan di rumahnya pada malam kelmarin.

Menurut pegawai penyiasat, polis akan mengendalikan kes pertamanya terlebih dahulu manakala tuduhan kes rogol kedua suspek akan dilakukan sehingga mangsa melahirkan bayinya pada November akan datang.

Sehingga itu, polis dijangka akan menunggu keputusan pemeriksaan DNA bayi untuk menentukan siapa bapa bayi itu.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Mohd Kamal Kordi telah mengesahkan kes tersebut.

Katanya kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. -3/7/14



Pemandu Lori Tunjuk Anu kepada Pengusaha Kedai Makan Berusia...

Posted: 02 Jul 2014 06:58 PM PDT



[Harian Metro] Alor Gajah: Gara-gara tidak dapat menahan nafsu, seorang pemandu lori menunjukkan kemaluannya kepada pengusaha kedai makan wanita ketika menempah sarapan di Machap, di sini.

Malangnya, tindakan lelaki terbabit mengundang padah apabila ditahan sepasukan anggota polis yang dipanggil ke kedai makan berkenaan dalam kejadian Sabtu lalu.

Difahamkan, dalam kejadian jam 8 pagi itu, suspek berusia awal 40-an ke kedai makan berkenaan untuk menikmati sarapan sebelum pengusaha kedai makan berusia 47 tahun datang mengambil pesanan.

Ketika wanita itu keluar menghantar pesanan, suspek membuka butang seluarnya dan mengeluarkan kemaluannya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah Deputi Superintendan Abdul Rahman Jid berkata, suspek memesan secawan kopi sebelum mangsa masuk ke dalam dan keluar semula menghantar pesanan.

"Tiba-tiba suspek keluarkan kemaluan dan diarahkan kepada mangsa menyebabkan wanita itu terkejut lalu berlari ke belakang kedai sebelum memaklumkan kejadian kepada anak lelakinya.

"Anak lelaki mangsa berusia 25 tahun menghubungi balai polis berdekatan sebelum suspek diberkas anggota polis yang tiba tidak lama kemudian," katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Beliau berkata, soal siasat mendapati suspek menyimpan perasaan terhadap wanita itu tanpa diketahui mangsa sehingga dia berani menunjukkan kemaluannya di tempat awam. - 3/7/14






Serangan Seksual: Diplomat Diekstradisi Ke New Zealand - Wisma Putra

Posted: 02 Jul 2014 06:54 PM PDT


[Mstar] PETALING JAYA: Malaysia akan mengekstradisi lelaki yang didakwa melakukan serangan seksual di New Zealand bagi menghadapi pertuduhan pecah rumah dan melakukan serangan dengan niat untuk merogol.

Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, Muhammad Rizalman, 38, bekas pegawai berpangkat Waran ll di Kementerian Pertahanan yang dihantar bertugas di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, akan dihantar kembali untuk membantu siasatan kes tersebut.

Keputusan itu disampaikan oleh Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman kepada rakan sejawatannya dari New Zealand Murray McCully pada petang Rabu.

"Kerajaan Malaysia berpendapat bahawa keputusan ini akan memberi peluang kepada Rizalman untuk bekerjasama dan sepenuhnya membantu pihak berkuasa New Zealand terhadap siasatan yang sedang dijalankan mengenai dakwaan yang terhadapnya.

"Malaysia mempunyai keyakinan yang penuh dalam sistem undang-undang New Zealand dan mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa Rizalman akan diberi layanan yang adil di bawah undang-undang ini," menurut kenyataan itu, sambil menambah bantuan undang-undang akan disediakan oleh Kerajaan Malaysia kepada tertuduh jika perlu.

Rizalman ditahan pada 9 Mei lalu dan dibawa ke mahkamah pada hari berikutnya untuk didakwa kerana cuba melakukan pecah rumah dan serangan seksual terhadap seorang wanita.

Dia dikatakan mengikut wanita berkenaan yang dalam perjalanan pulang ke rumah di Brooklyn pada malam 9 Mei lalu.

Dia dihadapkan ke sebuah mahkamah New Zealand pada 10 Mei untuk menghadapi tuduhan pecah rumah dan melakukan serangan, tetapi telah dibawa pulang ke Malaysia kerana didakwa mempunyai kekebalan diplomatik. 

Perdana Menteri New Zealand John Key dilaporkan berkata bahawa "keutamaan" beliau adalah supaya tertuduh dibicarakan di bawah undang-undang. -2/7/14


[Gambar] Runtuhan Terowong Bawah Tanah Cetus Gambar Rekayasa di Laman Sosial

Posted: 02 Jul 2014 06:53 PM PDT



[Mstar] KUALA LUMPUR: Dua lubang besar dan dalam yang terbentuk akibat kejadian tanah mendap di persimpangan Jalan Pudu dan Jalan Hang Tuah di sini telah mencetuskan gambar-gambar kreatif yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia serta disebarkan di internet.

Gambar-gambar dengan unsur sindiran gara-gara kejadian itu sedang disebarkan di laman rangkaian sosial seperti Twitter, Facebook dan juga aplikasi WhatsApp.

Salah satu gambar berkaitan runtuhan yang semakin tersebar secara meluas ialah gambar raksasa fiksyen Jepun Godzilla.

Lain-lain watak-watak fiksyen yang 'diletakkan' di tempat kejadian adalah King Kong, Transformers, Ultraman dan Loki.

Sesetengah daripadanya juga 'mengusik' pihak berkuasa, yang digambarkan menggunakan pita pelekat untuk 'membaiki' keretakan di jalan raya.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata terowong bawah tanah itu, yang merupakan sebahagian daripada projek laluan bawah tanah Pudu oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) runtuh dua kali kira-kira pukul 10.38 pagi dan 12.20 tengahari Rabu.

Seramai 30 kakitangan jabatan dan dua pasukan yang terdiri daripada 20 anggota penyelamat DBKL, polis, dan pegawai-pegawai Prasarana berada di tapak kejadian untuk membantu. -RASHVINJEET S/3/7/14

Gambar-gambar lain:














Tiada ulasan: