Sabtu, 26 Julai 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Balik kampung naik 'kapcai' elak kesesakan

Posted: 26 Jul 2014 09:03 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Walaupun banyak pengangkutan awam disediakan, segelintir golongan muda memilih untuk pulang ke kampung halaman menyambut Aidilfitri menunggang 'kapcai' atau motosikal berkuasa rendah.

Menurut mereka selain menjimatkan kos, menunggang beramai-ramai atau berkonvoi ke kampung halaman juga dapat mempererat silaturrahim sesama mereka.

Pekerja swasta, Mohd Syahrul Hafizan Wahid, 25, berkata berkonvoi 15 hingga 20 buah kapcai untuk pulang beraya sudah dilakukannya sejak tiga tahun lepas.

"Bukan tak nak guna pengangkutan awam, tapi kadang-kadang bila pergi ke terminal bas atau stesen kereta api, tiket telah habis dijual walaupun Ramadan belum menjengah.

"Justeru, saya berpakat dengan beberapa rakan untuk pulang ke kampung halaman menaiki motosikal walaupun terpaksa menunggang lebih 300 kilometer," katanya kepada Bernama.

Mohd Syahrul yang berasal dari Rancangan Pembangunan Tanah (RPT) Kesedar Sungai Terah, Gua Musang, Kelantan, berkata banyak kelebihan menaiki motosikal berbanding menggunakan kereta untuk pulang ke kampung halaman.

"Antaranya dapat mengelak kesesakan lalu lintas yang sering berlaku terutama dua hari menjelang lebaran kerana ramai yang akan pulang ke kampung halaman ketika itu.

"Kadang-kadang kasihan bila mendengar sanak-saudara terperangkap dalam kesesakan sehingga berbelas jam kerana tiada lebuh raya yang menghubungkan Pahang dan Kelantan," katanya.

Rakannya, Mohd Akirul Abdullah, 24, dari Felda Paloh 3, Gua Musang, berkata sebelum memulakan perjalanan, motosikal perlu diselenggara agar kenderaan itu berada dalam keadaan baik.

Katanya antara perkara penting ialah menukar minyak hitam selain brek dan tayar pula dipastikan dalam keadaan baik.

"Ketika pulang, peralatan membaiki motosikal seperti sepana dan tiub tayar juga mesti dibawa sebagai persediaan jika tayar motosikal pancit selain memastikan ada antara anggota konvoi yang pandai baiki motosikal," katanya.- Bernama

PERKASA pertahan Tun Hamid isu 'Islam terancam'

Posted: 26 Jul 2014 08:59 AM PDT

MALAYSIAKINI



 


Ketua menteri Pulau Pinang tidak sepatutnya "melenting" dengan kenyataan bekas ketua hakim negara Tun Abdul Hamid Mohamad bahawa mendakwa Islam terancam di Pulau Pinang kata kumpulan pendesak Melayu PERKASA.

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata Lim bersikap tidak matang dan bersifat tidak seperti negarawan kerana memanggil Abdul Hamid "penipu dan rasis" kerana mendedahkan dakwaan daripada seorang bekas mufti Pulau Pinang yang tidak dinamakan itu.

"Banyak lagi yang menghina Islam menerusi ucapan, media sosial dan blog tetapi Lim tidak memberi reaksi sebegitu. Kenapa ketika itu beliau senyap sahaja," tanya Ibrahim ketika ditemui bersahur di Pulau Pinang awal pagi ini.

"Dia tidak berlu bertindak sebegitu. Sebagai ketua menteri, dia patut berikan bukti, fakta. Beritahu kami sejak mereka (DAP) ambil alih pada 2008, kita hanya mahu tahu berapa banyak dana mereka berikan untuk aktiviti Islam," kata beliau.

Ibrahim turut menekankan sebagai ketua menteri, Lim sepatutnya memberi respon kepada Abdul Hamid bukan berlagak seperti "pemimpin jalanan."

Lim sebelum ini mencadangkan bekas ketua hakim itu mendapatkan kaunseling kerana dakwaan beliau bukan hanya tidak berasas tetapi tidak patut berdasarkan kedudukan beliau sebagai bekas ketua hakim

Exco Kerajaan Pulau Pinang yang bertanggungjawab bagi hal ehwal Islam, Abdul Malik Kassim mengecam bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad yang mendakwa bahawa Islam terancam di negeri majoriti bukan Islam itu.

Malik menyifatkan dakwaan bekas ketua hakim itu sebagai "karut sama sekali, tidak berasas dan banyak berasas kepada khabar angin".

Dalam ucapannya di majlis berbuka puasa dengan beberapa NGO Islam kelmarin, Hamid, antara lain, mendakwa bahawa mantan Mufti Pulau Pinang memberitahunya adalah susah mendapat peruntukan untuk aktiviti agama Islam di Pulau Pinang, kerana pemimpin agama lain juga menuntut hak yang sama.

Astro akui beri kontrak pada Amdocs

Posted: 26 Jul 2014 08:58 AM PDT

MALAYSIAKINI



 


Rangkaian penyiaran Astro mengakui bahawa syarikat itu melantik syarikat yang ditubuhkan di Israel, Amdocs untuk menyediakan perisian serta perkhidmatan pengurusan perhubungan pelanggan dan pengebilannya.

Astro menjelaskan demikian dalam kenyataannya, susulan serangan penggodam yang mensasarkan halaman utama laman webnya, astro.com.my semalam.

Dalam kenyataan itu, Astro menjelaskan bahawa Amdocs kini berpengkalan di Amerika Syarikat dan diapungkan di pasaran saham negara itu.

"Ibu pejabat Amdocs utama terletak di Amerika Syarikat. Southwestern Bell yang berpangkalan di Amerika Syarikat memperoleh 50% daripada kepentingan Amdocs pada tahun 1985.

"Hari ini, Amdocs dimiliki 100% secara institusi melalui penyenaraiannya di Bursa Saham NASDAQ," kata Astro menerusi laman Facebook rasminya petang tadi.

Astro menambah Amdocs mempunyai lebih 20,000 pekerja di 70 negara.

"Anak syarikat Amdocs yang dilantik oleh Astro telah diperbadankan di Ireland dan Malaysia," kenyataan itu dipetik.

Serangan penggodam ke atas laman web Astro itu berlaku susulan pendedahan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Datuk Dr Asyraf Wajdi berhubung kontrak lumayan tersebut.

Asyraf yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno itu menyelar tindakan tersebut, yang tidak sensitif pada perkembangan konflik di Gaza, yang membunuh lebih 800 nyawa umat Islam.

Penggodam memuatkan imej warna bendera Malaysia dan Palestin dengan slogan "#OpSaveGaza".

MH17: White House dakwa Putin, Rusia 'bersalah'

Posted: 26 Jul 2014 08:44 AM PDT

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
WASHINGTON: Jurucakap White House Josh Earnest semalam mendakwa Presiden Rusia Vladimir Putin 'bersalah' menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 dalam zon perang di Ukraine.
 
Malah beliau juga mengulangi kerjasama dengan Kesatuan Eropah dan G7 untuk mengenakan lebih sekatan ke atas Moscow.   
 
Earnest membuat beberapa komen tegas sejak pesawat ditembak jatuh, mengaitkan kejadian itu dengan Rusia, di mana Amerika Syarikat turut membuat kritikan kerana menyediakan senjata untuk pemisah Ukraine.
 
"Apa yang kami tahu, pesawat Malaysia Airlines ditembak jatuh oleh peluru berpandu yang dilancarkan dari permukaan tanah. Ia telah dilancarkan dari tanah di kawasan yang dikuasai oleh puak pemisah, dan di kawasan di mana Ukraine sendiri sebenarnya tidak mengendalikan senjata anti-pesawat pada masa itu," kata Earnest kepada pemberita di White House.
 
"Jadi itulah sebabnya kita telah membuat kesimpulan bahawa Vladimir Putin dan Rusia bersalah dalam tragedi ini," katanya.
 
Naib Presiden, Joe Biden telah bercakap dengan Presiden Ukraine Petro Poroshenko mengenai siasatan nahas dan juga dinamik politik negara pada Jumaat, menurut kenyataan berasingan White House.
 
"Presiden Poroshenko menekankan bahawa walaupun dengan pembubaran parti pemerintah di parlimen Ukraine, kerajaan akan meneruskan kerja-kerja bagi menangani pembaharuan ekonomi yang kritikal," katanya dalam satu kenyataan.
 
"Presiden Poroshenko juga memaklumkan naib presiden bahawa Rusia terus membekalkan senjata berat dan peralatan kepada puak pemisah, dan tentera Ukraine semakin berdepan risiko diserang secara terus dari kedudukan di sebelah sempadan Rusia," katanya.
 
Biden memberitahu Poroshenko bahawa Amerika Syarikat telah bekerjasama dengan Kesatuan Eropah dan G7 untuk mengenakan sekatan lanjut terhadap Rusia yang melakukan "tindakan menyebabkan ketidakstabilan dan tidak bertanggungjawab di Ukraine."

Kadar tol CIQ Johor Bahru naik mulai 1 Ogos

Posted: 26 Jul 2014 08:38 AM PDT

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
 
JOHOR BAHRU: Kerajaan mengumumkan kadar baru tol di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar di sini berkuat kuasa 1 Ogos nanti. 
 
Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ir Ismail Md Salleh, dalam satu kenyataan berkata, kenaikan itu melibatkan kenderaan Kelas 1 hingga Kelas 5 dari kedua-dua arah keluar dan masuk kompleks itu. 
 
Kadar tol baru arah masuk Malaysia, kenderaan kelas-kelas berkenaan ialah masing-masing RM9.70; RM14.70; RM19.70, RM4.80 dan RM7.80 manakala kadar tol arah keluar pula adalah RM6.80; RM10.20; RM13.60; RM3.40 dan RM5.50. 
 
"Kadar tol baharu di CIQ, BSI ini adalah bersesuaian dengan kemudahan dan perkhidmatan yang dinikmati oleh pengguna semasa melalui kompleks tersebut dari laluan Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL)," katanya. 
 
Menurut beliau, kutipan tol itu akan dibuat secara elektronik sepenuhnya bagi memastikan aliran trafik lancar. 
 
Pengguna-pengguna yang tidak melalui CIQ itu tidak akan terkesan daripada kenaikan tol tersebut. 
 
Kadar lama sejak Januari 2011 masing-masing adalah RM2.90; RM4.50, RM6.10, RM1.40 dan RM2.30.
 
Sementara itu, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan kadar baharu itu hanya bersifat untuk mengawal jumlah kemasukan kenderaan sahaja. 
 
"Apabila kita masuk ke Singapura pun, selain VEP kita juga kena bayar tol, masuk ke bandar pun kena lagi. 
 
"Jadi penggunaan tol ini merupakan kaedah bagi mana-mana negara untuk mengawal penggunaan kenderaan yang semakin bertambah," katanya ketika diminta mengulas perkara itu selepas majlis penyerahan sumbangan sempena Aidilfitri di Pasir Gudang hari ini.

"PAS tidak setuju guling MB, Khalid tidak pernah khianat!" kata TGHA

Posted: 26 Jul 2014 08:33 AM PDT

Akhirnya, Presiden PAS, TGHA bercakap secara terbuka di Rusila semalam yang PAS tidak bersetuju untuk menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor dan berharap semua ahli PAS bersama beliau dalam isu ini. TGHA...Menteri Besar boleh diganti selepas pilihanraya nanti, itu maksud TGHA.

Tetapi ia terpulang kepada Ke bawah Duli Tuanku Selangor untuk bersetuju atau sebaliknya, tetapi adalah dijangkakan Tuanku akan bersetuju untuk Khalid kekal sebagai Menteri Besar sehingga tamat penggal keduanya.

Menteri Besar hanya boleh ditukar jika beliau telah melakukan kesalahan jenayah dan terlibat dalam menyalah gunakan wang rakyat dan rasuah. Jika setakat masalah dalaman parti PKR sahaja, ia tidak memberikan sebab PAS bersetuju untuk menggantikan beliau dengan sesiapa yang lain.

TGHA menyedari yang parti itu terpaksa mendengar pandangan ahli-ahli parti di peringkat 'grassroots' dan tidak boleh mengambil tindakan sendirian. Parti tidak boleh membiarkan ahli-ahli tidak diberikan peluang untuk bersama menentukan hala parti. Pimpinan parti PAS tidak boleh 'disconnected' dengan ahli-ahli di bawah kerana itu merupakan satu tindakan yang tidak adil terhadap ahli-ahli yang selama ini setia dengan perjuangan dan terhadap kepimpinan parti.

Dengan kenyataan Tok Guru Haji Hadi Awang ini ia sesungguhnya selari dengan kehendak ahli di peringkat bawahan yang telah memberikan sumbangan banyak terhadap kerajaan PR di Selangor.


Dengan pendirian PAS ini parti itu akan dipandang sebagai parti yang setia kepada rakan seperjuangan  dan tidak terlibat dengan permainan politik yang tidak sihat di dalam PKR sekarang ini. PAS tentunya tidak mahu parti itu diperlekeh oleh ahli-ahlinya sendiri kerana kekuatan PAS bergantung kepada kekuatan akar umbi.

Apa pun yang akan terjadi diantara PAS dengan PKR, parti PAS akan dipandang tinggi dan dihormati oleh banyak pihak khasnya rakyat yang menyokong selama ini. Sebagai parti yang berlandaskan kepada Islam PAS sudah tentu tidak semudah itu untuk mengorbankan nilai-nilai Islam yang mana melakukan penyembelihan terhadap rakan seperjuangan itu adalah tindakan politik tidak bermoral.

PAS tahu membezakan diantara kesalahan dan kesilapan. Khalid tidak melakukan apa-apa kesalahan dan tidak terdengar beliau menyalah gunakan wang rakyat seperti yang kita dengar dikalangan pimpinan BN.

Jika ada orang yang ingin dan terlalu berselera dengan perasaan tidak sabar untuk menggantikan Khalid, agar mengesat lelehan liur mereka dahulu sementara menunggu tamatnya penggal Khalid sehingga pilihanraya ke 14 nanti.

Tidak lari gunung dikejar dan bersatulah dalam parti dalam mentadbir kerajaan negeri terkaya di negara ini. Janganlah memberi alasan untuk mengganti Khalid ini dengan menggunakan alasan yang tersurat, kerana apa yang tersirat juga yang akan di lihat dan di nilai oleh rakyat yang ramai.

Apa yang Khalid mesti buat sekarang ini ialah untuk meneruskan mentadbir negeri seperti sekarang, dan beliau perlu memahami yang pimpinan PKR tertinggi hanya mempunyai satu masalah dengan beliau, iaitu beliau dianggap terlalu kedekut kepada parti.

Walaupun kita faham yang wang rakyat tidak boleh digunakan untuk parti, saya berharap TS Khalid berbuatlah apa yang perlu terhadap parti ini, tetapi jangan menggunakan wang rakyat.

Sejauh Manakah Khalid Ibrahim Boleh Bertahan?

Posted: 26 Jul 2014 12:49 AM PDT

shahbudindotcom


Kedudukan Menteri Besar Selangor kini menjadi semakin panas dan menarik berikutan Khalid Ibrahim yang mahu ditukarkan daripada jawatan itu seperti tidak mahu mengalah dan berundur. Beliau dalam beberapa kenyataan yang dikeluarkan sejak kebelakangan ini memperlihatkan kecenderungan mahu terus kekal sehingga ke hujung penggal.

Sebagaimana yang dilaporkan oleh media, Khalid terlihat tidak tergugat dengan pengumuman Anwar Ibrahim bahawa beliau akan digantikan oleh Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai meneruskan Langkah Kajang yang telah dirangka sebelum itu.

Selain mengaitkan kuasa Sultan Selangor dan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor sebagai sandaran untuk terus bertahan, sampai ke satu peringkat beliau juga mencabar agar undi tidak percaya dilakukan keatasnya. Dalam masa yang sama, media milik kerajaan Selangor juga mula membuat tinjauan yang mendapati kononnya rakyat Selangor lebih perlukan Khalid sebagai ketua kerajaan negeri berbanding calon-calon yang lain.

Tinjauan atau bancian ini untuk mempertahankan Khalid jelas tidak matang kerana rakyat sudah pun memberi mandat dalam pilihanraya lalu. Sekarang terserah kepada pimpinan PR yang telah diberikan majoriti menentukan siapa pimpinan negeri. Meninjau pendapat rakyat sudah tidak relevan lagi.

Menambahkan lagi rencah ialah apabila UMNO Selangor juga mula menyucuk jarum dengan mengeluarkan kenyataan menyokong kepimpinan Khalid untuk terus kekal sebagai Menteri Besar Selangor, walaupun kenyataan itu secara tidak langsung memperlihatkan ketandusan pemimpin di pihak UMNO sendiri dalam kemelut yang sedang berlaku ini.

Ada juga yang menyarankan agar Khalid menyertai Pas dan seterusnya menagih sokongan parti itu untuk mengekalkannya di kedudukan sekarang atau membubarkan DUN Selangor sebagai langkah terakhir "biar sama-sama putih mata."

Di pihak yang lain, selain ada yang menyarankan agar PR mengadakan undi tidak percaya keatas Khalid jika gagal memujuknya untuk berundur atau jika Sultan Selangor menolak pencalonan Dr Wan Azizah, ada juga yang memintanya agar menubuhkan parti baru bagi menguji kekuatannya.

Blog ini sendiri pernah menyarankan, jika Khalid merasa dirinya hebat dan tidak mahu akur kepada kehendak parti yang pernah meletakkannya di kedudukan tertinggi kerajaan negeri, beliau sepatutnya membubarkan DUN bagi membolehkan pilihanraya negeri dan kemudian bertanding atas tiket BN memandangkan kecenderungannya lebih kepada BN dan kerajaan Pusat sejak kebelakangan ini.

Jika beliau masih mampu menang, sama ada di DUN Pelabukan Kelang yang diduduki sekarang atau di DUN Ijok yang pernah dimenanginya dalam pilihanraya 2008, barulah beliau seorang pemimpin yang hebat dan benar-benar diterima rakyat Selangor.

Tetapi sehingga ini nampaknya bukan itu pilihan Khalid. Beliau hanya mahu kekal sebagai Menteri Besar berdasarkan keyakinannya bahawa undang-undang negeri memihak kepadanya dan Menteri Besar tidak boleh ditukar sesuka hati. Penyokongnya pula percaya Sultan Selangor akan terus mempertahankannya dan menolak sebarang pertukaran yang dicadangkan oleh PR.

Sehingga ini, nama Dr Wan Azizah sebagai pengganti Khalid sudah pun dicadangkan kepada mesyuarat Majlis Pimpinan PR dan hanya menunggu persetujuan rasmi daripada Pas dan DAP yang dijangka akan diketahui selepas Aidilfitri ini. Namun sehingga keputusan itu diketahui, perdebatan mengenainya akan terus hangat.

Persoalan yang paling menarik ialah sejauh manakah Khalid boleh terus bertahan? Apakah beliau mampu bertahan jika ditakdirkan Pas dan DAP juga sebulat suara untuk bersama-sama dengan PKR mahu menolaknya dan menggantikan dengan Dr Wan Azizah?

Pendirian Haji Hadi yang mempertahankan Khalid lebih merupakan pendapat peribadi dan belum lagi merupakan pendirian rasmi Pas. Mungkin Haji Hadi sekadar ingin meredakan suasana yang mula berpecah-pecah dalam parti itu sehingga mesyuarat rasmi diadakan selepas Hari Raya nanti.

Ini kerana selain PKR yang sudah sebulat suara mahu menukar Khalid, DAP juga dilaporkan berpendirian sama. Mampukah Haji Hadi terus mempertahankan pendiriannya mengenai Khalid sedangkan kebersamaan dalam agenda yang lebih besar di peringkat pusat terus menjadi pegangan?

Apakah pula pilihan Khalid ketika itu nanti? Akur dengan pertukaran atau akan menentangnya? Atau mungkinkah beliau memilih untuk membubarkan DUN bagi membolehkan pilihanraya negeri diadakan?

Apa pun pilihannya, semuanya terletak di tangan Khalid. Sebagaimana Anwar, PKR dan PR boleh mencadangkan pertukarannya, Khalid juga boleh memilih untuk menjadi degil dan keras hati.

Tetapi jika berdegil menjadi pilihannya, orang akan beransur-ansur meluat dengannya. Sekarang pun sudah ramai yang menyampah dengan Khalid melalui lenggok politik yang ditunjukkannya. Khalid mulai ditakrif sebagai tamak, tidak menghormati parti serta tidak faham hukum dalam berpolitik. Bila zamannya berakhir nanti, bukan saja rakan-rakan dalam PR tidak lagi menghormatinya, UMNO yang sekarang menyokongnya juga tidak memperdulikannya lagi.

Lebuhraya Utara-Selatan mengalami kesesakan lalu lintas

Posted: 26 Jul 2014 12:42 AM PDT

 
ne_06.1

KUALA LUMPUR: Lebuhraya Utara-Selatan (NSE) telah dilaporkan mengalami kesesakan lalu lintas di beberapa kawasan pada tengah hari tadi.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik PLUS Expressway berkata laluan trafik ke utara dilaporkan perlahan dari Gopeng ke Simpang Pulai disebabkan oleh kemalangan yang melibatkan sebuah lori di KM294.4 dan dari Terowong Menora ke Kuala Kangsar.

"Laluan trafik ke selatan juga perlahan berikutan kemalangan di Km32.6 dari Sedenak ke Pulai Jaya," katanya.

Manakala laluan ke Pantai Timur dan di Plaza Tol Gombak masih dalam keadaan terkawal kata seorang jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Namun terdapat juga kesesakan kecil di lorong tunai Plaza Tol Jabor," jelasnya.

Astro dituntut beri penjelasan berurusan dengan syarikat Israel

Posted: 26 Jul 2014 12:35 AM PDT

 
Rabu lalu Amdocs telah mengumumkan bahawa mereka dipilih oleh Astro All Asia Network plc Measat Broadcast Network Systems (Astro) bagi membolehkan Astro menambah baik penyampaian perkhidmatan


astroPETALING JAYA: Yang DiPertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki meminta pihak Astro beri penjelasan kerana telah berhubung dengan Amdocs sebuah syarikat milik Israel.

Katanya di dalam status Facebooknya, Amdocs adalah syarikat milik Israel yang baru dianugerahkan kontrak 'Subscriber Management System' oleh Astro.

"Astro harus beri penjelasan atau diboikot kerana berurusan dengan syarikat Israel.

"Jika tidak, rakyat Malaysia hendaklah beramai-ramai memboikot Astro sebagai bantahan terhadap pembunuhan rakyat Palestin," jelasnya di laman web ismaweb.net.

Lapor web Haaretz, Amdocs merupakan salah satu syarikat Israel yang paling berjaya dan konsisten yang telah ditubuhkan sejak 30 tahun lalu sebagai pemaju perisian untuk direktori telefon.

Amdocs dikatakan terus kekal mempertahankan ciri-ciri Israel dalam organisasi tersebut.

Bagaimanapun, Rabu lalu Amdocs telah mengumumkan bahawa mereka dipilih oleh Astro All Asia Network plc Measat Broadcast Network Systems (Astro) bagi membolehkan Astro menambah baik penyampaian perkhidmatan kepada lebih daripada 1.5 juta pelanggan disamping mengurangkan kos.

Kontrak tersebut dianggarkan bernilai jutaan dolar bagi penyediaan perisian dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Siasat dakwaan Raja Muda murtad

Posted: 26 Jul 2014 12:19 AM PDT


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Amir Shah (kiri) berkenan hadir pada Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil sempena Hari Pahlawan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Amir Shah (kiri) berkenan hadir pada Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil sempena Hari Pahlawan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah.


KUALA LUMPUR - Polis sedang menjejak individu yang bertanggungjawab menimbulkan kucar-kacir dengan mendakwa Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah sebagai murtad.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan menjejak individu terbabit bagi membantu siasatan kerana dakwaan sedemikian boleh menggugat keamanan.

Menurutnya, ini merupakan perbuatan yang menjijikkan oleh seorang yang menggunakan media sosial. Pihak istana sudah pun memaklumkan kejadian berkenaan dan menafikan perkara tersebut.

"Setakat hari ini (semalam), saya baru dimaklumkan terdapat satu laporan berkenaan kejadian terbabit.

"Perkara ini bukan sahaja akan merunsingkan pihak istana, bahkan ia juga akan merunsingkan masyarakat yang tertanya-tanya sama ada ia benar atau tidak," katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menjejak pemilik akaun laman sosial berkenaan.

Sebelum ini, PDRM sudah pun menguar-uarkan mengenai penyalahgunaan laman media sosial, tapi masih ada lagi individu yang degil.

"Individu ini sengaja hendak menimbulkan suasana kacau-bilau," katanya.

Memetik laporan sebuah portal, semalam laman web palsu World News Daily Report mencetuskan kegemparan di kalangan pengguna internet mendakwa Tengku Amir Shah menukar agama ke Kristian Katolik minggu lalu.

'No more' salam-salam bukan mahram

Posted: 26 Jul 2014 12:14 AM PDT


'No more' salam-salam bukan mahram
 
MAKLUMLAH, bila saudara mara sudah berkumpul, semua main redah je bersalam.

Antara alasan popular, "dia dah hulur, terpaksa la salam".

Peluang ini biasanya suka diambil orang lelaki. Atau mungkin mereka sudah terbiasa dengan amalan bersalam sesama lelaki dan perempuan.

Mungkin kita boleh tukar amalan sebegini. No more salam-salaman sesama lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

Kerana Nabi sudah memberi amaran. Sabda  Nabi Muhammad SAW,

لأَنْ يُطْعَنَ فِي رَأْسِ رَجُلٍ بِمِخْيَطٍ مِنْ حَدِيدٍ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمَسَّ امْرَأَةً لا تَحِلُّ لَهُ

"Ditusuknya kepala seseorang dengan pasak dari besi, sungguh lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang bukan mahramnya." (riwayat Thabrani dalam Mu'jam Al Kabir 20: 211. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadis ini shahih)

Amaran ini sangat keras. Lebih baik ditusukkan besi ke kepala dari bersalam lelaki dan perempuan.

Berani ke tusuk besi kat kepala?

[Baca lanjut: http://www.abuaqifstudio.com/2014/07/nasihat-sempena-raya-haram-bersalaman.html]

Dewan Ulamak sokong pendirian Presiden PAS

Posted: 25 Jul 2014 10:24 PM PDT

HARAKAHDAILY


KOTA BHARU: Dewan Ulamak PAS menyokong pendirian Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berhubung kemelut kedudukan Menteri Besar Selangor.

Yang berikut ialah kenyataan penuh Ustaz Datuk Ahmad Yakob, Pemangku Ketua, Dewan Ulamak PAS Pusat:

Dewan Ulamak PAS Pusat menyokong penuh sikap dan pendirian Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bahawa kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor perlu dikekalkan. Sila rujuk: ( http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/29937-saya-sokong-khalid-kekal-mb-presiden-pas)

Kenyataan Presiden itu adalah pendirian tegas berdasar keputusan yang telah dibuat oleh PAS berkait dengan PRK Kajang yang lalu iaitu:

1. Calon PRK Kajang diserahkan kepada PKR;
2. PAS membantu menurut keperluan; dan
3. Isu Menteri Besar Selangor tidak berbangkit.

Oleh itu, pendirian Presiden tersebut adalah berasaskan keputusan yang telah disepakati bahawa tiada perubahan MB Selangor dan Dewan Ulamak PAS Pusat menegaskan tiada sebarang alasan Syarie yang kukuh dikemukakan sehingga kini untuk mewajarkan penukaran Menteri Besar Selangor dan beliau patut dibenarkan meneruskan amanah sehingga ke akhir penggal.

Dewan Ulamak PAS Pusat telah mengamati bahawa tidak berlaku sebarang pengkhianatan terhadap amanah kepimpinan, penyelewengan dan rasuah yang dilakukan oleh Menteri Besar Selangor sejak perlantikan beliau sebagai MB selepas PRU ke-13. Begitu juga, sejak beliau mula menjadi Menteri Besar pada tahun 2008 sehingga berjaya kembali mendapat mandat rakyat dengan kemenangan berganda untuk PR dalam PRU ke-13 lalu.

Dewan Ulamak PAS Pusat menegaskan bahawa maslahah mengekalkan jawatan beliau lebih kuat berbanding keperluan menukar MB baru. Sebarang usaha menukar MB Selangor tanpa persetujuan bersama tiga kompenan parti, PAS, PKR dan DAP sehingga menimbulkan kekalutan dalam kalangan rakyat bawahan hendaklah dielakkan.

Pihak Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru semua ahli PAS agar menghayati kebijaksanaan pendirian Presiden dalam hal ini tambahan lagi Presiden mempunyai hak pemutus dalam beberapa isu yang memerlukan keputusan segera. - HARAKAHDAILY

Jangan Tukar MB Tanpa Persetujuan Rakyat

Posted: 25 Jul 2014 10:19 PM PDT

alt

Hafiz Roslan 

 
KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) didesak agar tidak menukar Menteri Besar Selangor Tan Sri Datk Seri Abdul Khalid Ibrahim sebelum mendapat keputusan suara rakyat negeri itu.

Ketua Eksekutif Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA) Safwan Anang berkata, satu referendum perlu dilaksanakan dengan mengemukakan sebab utama mengapa Menteri Besar negeri tersebut perlu di tukar kepada Presiden parti untuk Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

"Kami (Lensa) menyarankan agar dijalankan sebuah referendum rakyat Selangor bagi menyelesaikan kemelut pentadbiran negeri itu yang sedang berlaku.

"Secara khususnya, pandangan rakyat Selangor harus diambil kira samada mereka bersetuju atau tidak menteri besar di tukar dengan yang baru," katanya pada sidang media di Bangsar sebentar tadi.

Jelas Safwan, sekiranya Pakatan Rakyat (PR) terus dengan keputusan untuk menukar Khalid Ibrahim dengan Wan Azizah tanpa pandangan rakyat Selangor tidak mustahil ia akan menerima nasib yang sama seperti Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Kedah pada satu ketika dahulu.

Dalam pada itu, Lensa turut mempertikaikan 17 asas perjuangan politik PKR yang ingin membentuk sebuah pemerintahan demokratik serta prinsip perjuangan PR yang dilihat sudah lari dari persimpangan sebenar.

"Demokrasi yang dicanang pemimpin pemimpin pembangkang ini tidak berbeza seperti demokrasi yang dilaungkan oleh pemimpin kerajaan persektuan selama ini.

"Jika Kerajaan Negeri PR terus menerus dengan corak pentadbiran begini maka rakyat boleh melupakan impian untuk menikmati sebuah demokrasi baru dibawah pentadbiran pembangkang," katanya.

Pada Selasa yang lalu selepas Mesyuarat Majlis Pempinan Pusat (MPP) PKR Anwar telah mengumumkan cadangan nama pengganti Khalid adalah Wan Azizah.

Walubagaimanapun Khalid Ibrahim dilihat tidak bersetuju dengan tindakan pucuk pimpinan partinya itu, sebaliknya beliau akan kekal mempertahankan jawatnnya itu sehingga habis penggal.

Gaza Terus Dibedil : Wanita Mengandung Antara Terkorban

Posted: 25 Jul 2014 10:14 PM PDT

RAKYATNEWS


alt
 


GAZA  - Serangan peluru berpandu Israel ke Gaza pada hari ke-18, hari ini, meragut nyawa seorang wanita yang sarat mengandung dan seorang tokoh Jihad Islam, menjadikan angka korban rakyat Palestin meningkat kepada 815 orang.

Jurucakap perkhidmatan kecemasan, Ashraf al-Qudra berkata, pakar bedah bagaimanapun berjaya menyelamatkan bayi dalam kandungan wanita berusia 23 tahun itu selepas serangan udara rejim Zionis membedil sebuah rumah di Deir al-Balah, tengah Gaza.

Satu lagi serangan udara membunuh seorang jurucakap kanan Jihad Islam, kumpulan Islam kedua terbesar selepas Hamas. - AFP

Astro : Foto Jenazah Dililit Ular Rakaman 'Tanah Kubur'

Posted: 25 Jul 2014 10:12 PM PDT

RAKYATNEWS


alt
 


Beberapa foto jenazah dililit seekor ular yang tersebar di beberapa laman blog baru-baru ini merupakan salah satu babak dalam drama bersiri Tanah Kubur : Kutuk Azan.

Pengurus saluran Astro Oasis, Namanzee Harris berkata, gambar yang diambil oleh salah seorang krew produksi drama bersiri itu telah tersebut dan disalahgunakan sehingga menimbulkan kerisauan orang ramai.

"Ya, itu merupakan salah satu babak dalam drama Tanah Kubur bagi episod Kutuk Azan, saya juga tidak tahu bagaimana ia boleh tersebar di internet kerana drama itu belum lagi ditayangkan.

"Penggambaran dilakukan kira-kira tiga minggu lepas di Sungai Ijok, Selangor dan diarahkan oleh Rashid Sibir. Saya juga sudah minta pengesahan tentang gambar itu daripada pihak produksi," katanya memetik laporan MStar Online hari ini.

Beliau turut terkejut dengan penyebaran foto itu setelah dimaklumkan dari beberapa rakan untuk mendapatkan penjelasan sebenar dari pihaknya.

"Beberapa hari lalu ada beberapa rakan yang hantar gambar ini kepada saya, mula-mula saya tengok macam betul tetapi bila lihat betul-betul ia nampak ular itu seperti sudah diatur dan sedia untuk penggambaran.

"Kalau orang luar lihat mungkin akan mempercayainya, lagi pula kononnya ia berlaku pada bulan Ramadan ini," katanya.

Sebelum ini, beberapa blog telah mencetuskan kerisauan masyarakat apabila melaporkan beberapa keping gambar yang disebarkan yang memperlihatkan jenazah sedang disembahyangkan dilingkari seekor ular sawa.

Gambar yang dikatakan merupakan kejadian sebenar didakwa kononnya berlaku di utara tanah air.

Drama Tanah Kubur: Kutuk Azan itu bakal ditayangkan tidak lama lagi bagi musim ke-12.

Letupan Bom di Yala : Seorang Rakyat Malaysia Cedera

Posted: 25 Jul 2014 10:08 PM PDT

RAKYATNEWS


alt
 


KUALA LUMPUR  - Seorang rakyat Malaysia cedera dalam kejadian letupan bom kereta di luar sebuah hotel di Yala, selatan Thailand pada semalam.

Jurucakap Wisma Putra memberitahu Bernama, pihak Kementerian Luar masih menunggu laporan dari kedutaan Malaysia di Thailand mengenai kejadian itu.

"Kita masih menunggu laporan lanjut mengenai identiti individu tersebut. Kita akan sentiasa memaklumkannya," katanya.

Saluran media antarabangsa dan tempatan di Thailand melapor dengan memetik pihak polis sebagai berkata tiga orang terbunuh sementara 40 orang cedera dalam letupan itu.

Polis Thailand dipetik sebagai berkata sebuah bom yang diletak di dalam kereta meletup di hadapan hotel Holiday Hill kira-kira 4 petang waktu tempatan di kawasan yang dipenuhi pelancong dan orang ramai. Siasatan kejadian sedang dilakukan.

Daripada senarai di hospital Betong, warga Malaysia itu ialah seorang pemuda berusia 28 tahun yang dikenali sebagai Jeemihan dan dipercayai berketurunan India sementara mangsa-mangsa lain adalah rakyat Thai.

Menurut pihak hospital ada 24 orang yang cedera tetapi sumber lain dan laporan media tempatan ada menyebutkan sehingga hampir 40 orang.

Menurut maklumat sumber kakitangan di Hospital Betong, empat orang yang  cedera parah dan dalam keadaan kritikal dihantar menggunakan helikopter untuk menerima rawatan di Hospital Pusat Yala.

Penduduk tempatan berkata bom tersebut meletup sekitar jam 4.45 petang waktu tempatan.

Ia dipasang dalam sebuah trak pikap dan diletak serta diletupkan di hadapan Hotel Holiday Hill di pekan pelancongan Betong.

Ia merosakkan empat premis perniagaan serta berpuluh buah motosikal dan kereta.

Betong pada amnya adalah bandar yang aman dan bukan sasaran serangan puak pemisah sebelum ini.

Menurut maklumat pejabat pelancongan Daerah Betong, sekitar 80 peratus daripada ribuan pelancong yang datang ke situ merupakan rakyat Malaysia yang datang untuk berhibur.

Penyiasat masih temui cebisan mayat

Posted: 25 Jul 2014 10:06 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Pasukan penyiasat antarabangsa menuntut agar pencarian lebih teliti dijalankan di kawasan nahas pesawat MH17 selepas anggotanya menemui cebisan mayat dan serpihan bangkai pesawat sejak dua hari lalu.

Jurucakap Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah, Michael Bociurkiw dilaporkan berkata, ia perlu dijalankan bagi memastikan tiada bahagian penting yang tertinggal.

"Dua hari berturut-turut kami menemui banyak lagi cebisan mayat, tidak banyak, tetapi ia menunjukkan ia berada di situ...

"...pencarian lebih teliti di seluruh kawasan mungkin perlu dijalankan untuk memastikan tiada apa yang tertinggal," katanya seperti dipetik dalam laporan ABC News.

Bociurkiv berkata, pasukannya turut menemui serpihan badan pesawat yang masih boleh dimasuki, dengan tingap yang masih sempurna.

Laporan ABC juga menyebut, akses ke kawasan bencana itu masih berdepan kesukaran kerana pemisah pro-Rusia menyekat akses dan mengganggu petugas operasi.

Selain petugas OSCE, pakar dari Malaysia dan Australia juga telah mengunjungi kawasan nahas, lapor ABC.

Kes poster Dyana: Guru diarah bertukar

Posted: 25 Jul 2014 09:56 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Seorang guru wanita yang disiasat kerana menyiarkan poster calon DAP untuk pilihan raya kecil Teluk Intan, Mei lalu, kali ini menerima arahan bertukar ke sekolah lain yang lebih jauh.

Guru wanita itu, yang enggan mendedahkan identitinya berkata, surat pemberitahuan pertukaran sekolah itu dihantar dengan tangan kepada beliau di sekolahnya di Melaka hari ini.

"Ia pertukaran mandatori. Saya tak.boleh merayu keputusan itu," kata beliau dalam SMS kepada Malaysiakini.

Guru berkenaan yang telah bertugas selama 16 tahun berkata sekolah baru itu terletak 27 kilometer dari kediamannya sementara sekolahnya sekarang hanya dua kilometer.

"Saya ditukarkan dari sekolah yang berdekatan kepada sekolah yang jauh. Tidakkah JPN kasihan pada saya yang berstatus balu. Ini betul-betul sangat bodoh," katanya.

Menurutnya, Jabatan Pendidikan Melaka mengeluarkan surat itu selepas beliau dipanggil ke Kementerian Pendidikan di Putrajaya, awal bulan ini, berhubung kes sama.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan seorang pegawaj khas kepada Ketua Pengarah Pendidikan memberitahu guru terbabit bahawa laman Facebooknya akan dipantau dari semasa ke semasa.

Pegawai terbabit mengesahkan beliau berbuat demikian di bawah adahan ketua pengarahnya Datuk Dr Khair Mohamad Yusof.

Mahkamah Tinggi benar permohonan Indira

Posted: 25 Jul 2014 09:53 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini membenarkan permohonan M Indira Gandhyi untuk mendapatkan arahan menyekat Mahkamah Syariah dalam kes hak jagaan ke atas anaknya.

"Mahkamah memberi (kebenaran mendapatkan) arahan untuk menyekat atau menghalang pelaksanaan arahan Mahkamah Syariah," kata MP Ipoh Barat M Kulasegaran, yang bertindak sebagai peguam Indira dalam satu kenyataan hari ini.

Indira pada 2010 mendapat hak jagaan ke atas anak perempuannya di Mahkamah Tinggi Ipoh namun belum dapat disatukan dengan kanak-kanak tersebut kerana bekas suaminya, yang memeluk Islam, enggan mematuhi arahan dan polis juga enggan bertindak.

Suaminya Mohd Ridzuan Abdullah @ K Pathmanaban, menukar agama anak tersebut kepada Islam tanpa pengetahuan beliau dan memperolehi hak jagaan di Mahkamah Syariah.

Polis enggan bertindak kerana Mahkamah Tinggi memberi hak jagaan kepada ibu dan Mahkamah Syariah pula kepada bapa.

Kebenaran untuk mendapatkan arahan sekatan itu diberikan bersama dengan kebenaran mendapatkan arahan mandamus ke atas Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Ahmad.

Kulasegaran berkata arahan mandamus itu bagi mengarahkan ketua polis negara menguatkuasa waran tangkap oleh mahkamah ke atas bekas suami Indira.

Katanya, pasukan guamannya akan mengusahakan perkara itu secepat mungkin.

Beliau menganggap keputusan Mahkamah Tinggi itu sebagai keputusan penting, yang akan memberi kesan yang meluas.

Khalid hargai sokongan Hadi

Posted: 25 Jul 2014 09:51 PM PDT

MALAYSIAKINI



 


Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melahirkan penghargaan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang atas sokongan supaya beliau terus menerajui kerajaan Selangor sehingga akhir penggal pentadbirannya.

Abdul Khalid dalam satu kenyataan hari ini berkata sokongan Abdul Hadi terhadapnya dilihat amat bermakna dalam memastikan keperluan negeri Selangor untuk mempunyai suasana politik yang stabil.

Katanya, beliau dan barisan pemimpin negeri akan terus memastikan manifesto yang dijanjikan kepada rakyat dapat dilaksana menerusi kecemerlangan pentadbirannya menerajui negeri maju itu.

Abdul Hadi hari ini mempertahankan Abdul Khalid supaya kekal sebagai Menteri Besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

Beliau berkata kecemerlangan perkhidmatan Abdul Khalid dalam menerajui Selangor hingga ke tahap yang lebih baik termasuk mempertahankan Selangor pada pilihan raya umum ke-13 tidak boleh dinafikan meskipun terdapat kecelaruan yang ditimbulkan dalam Pakatan Rakyat.

Katanya alasan pihak yang mahu menukar Menteri Besar itu adalah tidak kukuh dan beliau secara peribadi tidak setuju kerana melihat Abdul Khalid tidak terlibat masalah besar.

Baru-baru ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat pada Rabu lepas menerima cadangan PKR untuk menggantikan Abdul Khalid dan mencalonkan presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengisi jawatan itu. - Bernama

Trafik perlahan di kebanyakan lebuh raya utama

Posted: 25 Jul 2014 09:48 PM PDT

MALAYSIAKINI



 


Keadaan trafik di semua lebuh raya menghala utara, selatan dan pantai timur dilapor perlahan setakat 9 pagi ini.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressway berkata bagi aliran ke selatan, trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi sehingga Seremban akibat kemalangan di Km 309.

Trafik juga perlahan dari Senawang ke Pagoh, katanya ketika dihubungi Bernama.

Menurut jurucakap itu trafik ke utara pula mula sesak dari Kota Damansara ke Jalan Duta sehingga Bukit Beruntung.

"Trafik juga sesak dari Lembah Beringin hingga ke Gopeng dan dari Ipoh Utara ke Taiping," katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pula berkata trafik ke pantai timur sesak dari Plaza Tol Gombak ke terowong Genting Sempah dan dari persimpangan Genting Highlands ke Bukit Tinggi.

"Trafik juga perlahan di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke) dari Plaza Tol Batu menuju Karak," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.- Bernama

Tiada ulasan: