Tukar Tiub |
- KERJA BANGANG
- PENJENAYAH INI SEDANG DI CARI
- MUKA SIAPA DALAM CERMIN
- BEKAS KETUA HAKIM BANGANG
- KENYATAAN MAHFUZ
- SELAMAT BERBUKA
- YURAN NAIK LAGI
- UCAPAN SELAMAT HARI RAYA
- KHALID IBRAHIM NAK TIPU LAGI
- KHALID IBRAHIM SILA UNDUR
- MAKLUMAT UNTUK PEMANDU
- TIPU JEREBU RASUAH
- SYABAS TUAN GURU HADI
- SELAMAT BERBUKA
- HARI PANAS - MARI KETAWA
- ZAKAT UNTUK DAPUR JALANAN
- BANGANG! PADAN MUKA
- BERITA PALSU
- HARI MELAWAN ZIONIS
- AL- FATIHAH
- KENYATAAN DAPUR JALANAN
- KHALID BRING 'EM ON
- BIAR BETUL BERITA INI
- SELAMAT BERBUKA
Posted: 26 Jul 2014 07:00 PM PDT |
Posted: 26 Jul 2014 06:30 PM PDT MUKA PENJENAYAH PERANG bertangung jawab melancar perang di iraq dan di afghanistan NOTA bayangkan penjenayah ini dijadikan orang tengah untuk menyelesaikan politik Palestine dan politik timur tengah ----------- |
Posted: 26 Jul 2014 02:30 PM PDT Cermin muka dulu sebelum selar Hamid, kata Perkasa kepada AmbigaPertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini mengingatkan pengasas badan bukan kerajaan (NGO) Negara-Ku Ambiga Sreenevasan agar tidak sewenang-wenangnya menyelar bekas ketua hakim negara Abdul Hamid Mohamad. Presiden Perkasa Ibrahim Ali berkata Ambiga hanyalah bekas presiden Majlis Peguam dan ramai yang berkelulusan lebih tinggi daripada bekas pengerusi Bersih 2.0 itu. "Siapa Ambiga untuk memberi amaran kepada Hamid? Cermin muka dulu. Ada nampak ke muka sendiri? KAH KAH KAH woit kalau ambiga tengok cermin muka mana dia nampak KAH KAH KAH --------- |
Posted: 26 Jul 2014 07:30 AM PDT Apakah Bekas Ketua Hakim Negara Tidak Terlatih untuk Membuat Keputusan Berdasarkan Maklumat Sahih Dan Mengelak Spekulasi Liar Tanpa Asas? Saya ingin merujuk kepada kenyataan Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad yang membuat kenyataan bahawa mantan Mufti Pulau Pinang memberitahunya adalah susah mendapat peruntukan untuk aktiviti agama Islam di Pulau Pinang, kerana pemimpin agama lain juga menuntut hak yang sama. Tambah beliau lagi; "Jika kita tidak membendungnya, perkara seperti ini akan merebak ke seluruh Malaysia. Di waktu itu, waktu penyiaran rancangan-rancangan agama Islam di televisyen pun akan terpaksa dikongsi dengan agama-agama lain. Jabatan-jabatan kerajaan dan kampus-kampus universiti kerajaan yang menyediakan surau akan terpaksa menyediakan gereja, tokong dan gurdwara". Menurut beliau akhirnya kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan sudah tidak bermakna lagi. Ini bukan kali pertama Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang difitnah kononnya mengabaikan Islam di negeri ini. Namun, apabila kali ini datang daripada Bekas Ketua Hakim Negara dan memomokkan masyarakat Melayu bahawa agama Islam akan terancam tanpa merujuk sebarang bukti sahih, maka saya khuatir apakah selama ini Tun Abdul Hamid Mohamad tidak terdidik untuk membuat keputusan berdasarkan fakta semasa menjadi Ketua Hakim Negara? Jika inilah sikap Bekas Ketua Hakim Negara, tidak hairanlah selama ini badan kehakiman negara berdepan dengan isu wibawa yang besar akibat sentiasa berat sebelah terhadap Kerajaan UMNO-BN. Beliau seharusnya menghormati kedudukan beliau kini yang merupakan negarawan, bukannya terjebak dalam politik fitnah yang hanya merendahkan dirinya kepada tahap macai UMNO-BN. Maka atas dasar hormat terhadap kedudukan beliau, saya memilih untuk menjawab kenyataan tidak berasas beliau secara terhormat, dan bukannya sekadar membuat spekulasi bahawa Tun Abdul Hamid Mohamad ini merupakan macai UMNO-BN. Fakta: Peruntukan Islam Meningkat Saban Tahun Untuk Kebajikan, Infrastuktur dan Juga Program Keilmuan Saya yakin jika Tun Abdul Hamid Mohamad menyemak fakta, akan mendapati bahawa syiar Islam bukan sahaja terpelihara, malah saban tahun mendapat tambahan peruntukan yang sangat tinggi – peningkatan 300% - berbanding zaman pentadbiran BN. Malah, kutipan dan agihan zakat negeri juga telah meningkat berkali ganda berbanding tahun 2007. Umpamanya, pada tahun 2007, hanya agihan zakat Kerajaan Negeri Pulau Pinang hanya berjumlah RM 34.5 juta, berbanding tahun lepas, 2013, di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat, agihan zakat meningkat kepada RM73.1 juta. Tambahan lagi, sempena Ramadhan ini, Kerajaan negeri Pulau Pinang telah memberikan sumbangan Ehya Ramadan sebanyak RM 222,000.00 kepada semua masjid dan surau utama di seluruh negeri. Pada masa yang sama, Kerajaan negeri telahpun memberikan tanah seluas 3.49 ekar di Bukit Gantong/Jalan Scotland yang sangat stratergik yang kini bernilai RM100 juta untuk membina Kompleks Mahkamah Syariah yang dijangka siap sepenuhnya sebelum akhir tahun ini. Selain bantuan kebajikan dan pembangunan infrastruktur, di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat, terdapat banyak program keilmuan dianjurkan oleh banyak agensi kerajaan, termasuklah Penang Institute yang secara berterusan menganjurkan siri Forum Nusantara yang bertujuan mengangkat ilmuan Pulau Pinang seperti Sheikh Syed Al-Hadi, Tuan Haji Yusuf Rawa, dan Tuan Guru Abdullah Fahim dengan tema besar seperti keilmuan Islam, gerakan Islah, dan kebudayaan Melayu Islam Pulau Pinang. Malah, Penang Institute juga pernah membawa ilmuan kontemporari dunia Islam, Prof Tariq Ramadhan ke Pulau Pinang. Mana-mana ilmuan Islam lainnya adalah bebas dan sentiasa dialu-alukan di negeri ini. Peningkatan Peruntukan Islam Bukan Dengan Cara Kurangkan Peruntukan Bagi Masyarakat Bukan Islam Tetapi Dengan Cara Tingkatkan Pendapatan Negeri Serta Elakkan Rasuah Prinsip asas kepada peningkatan peruntukan kepada agama Islam ini adalah berdasarkan keperluan tanpa meminggirkan masyarakat bukanIslam di negeri ini. Pada masa yang sama, peruntukan ini adalah selari dengan kejayaan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat meningkatkan pendapatan negeri. Kerajaan Negeri merekodkan lebihan bajet setiap tahun, menaikkan aset Kumpulan Wang Disatukan sebanyak 50% sejak 2008 kepada RM1,192 juta, pengurangan hutang Kerajaan Negeri sebanyak 95%, dan merupakan Kerajaan Negeri tunggal di Malaysia yang dipuji oleh Transparency International kerana Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah Kerajaan Negeri yang pertama mengamalkan sistem tender terbuka secara kompetitif dan mengumumkan harta peribadi Ketua Menteri, Ahli MMK dan ADUN-ADUN. Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga meneruskan prestasi cemerlang lebihan bajet tahunan dengan lebihan bajet 2012 sebanyak RM114.47 juta mengikut Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang juga memuji keupayaan Pulau Pinang dalam mengamalkan sistem pengurusan kewangan dengan baik. Tun Abdul Hamid Mohamad Harus Kembali Menjadi Negarawan Dan Elak Dilihat Sebagai Macai UMNO-BN Berdasarkan fakta-fakta ringkas ini, adalah jelas bahawa Islam sentiasa dimartabatkan di Pulau Pinang. Maka saya berharap Tun Abdul Hamid Mohamad dapat menyemak dan membetulkan semula kenyataan yang telah beliau buat serta, sebagaimana sikap seorang negarawan, harus memohon maaf atas kekeliruan dan persepsi yang salah yang beliau telah timbulkan terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Saya yakin, dengan membetulkan sikapnya ini, akan membezakan beliau sebagai negawan dan bukannya macai UMNO-BN. Haris Zuan Ketua DAPSY Bukit Bendera Ahli Majlis Majlis Perbandaran Pulau Pinang ----------- |
Posted: 26 Jul 2014 07:00 AM PDT FACE BOOK Tunggu keputusan mesyuarat peringkat tertinggi pemimpin PAS lerr Kalau Haji Hadi benar-benar seorang pemimpin yang berjiwa besar beliau akan mendapatkan SUARA MAJORITI dari kalangan pucuk pimpinan Parti.. Haji Hadi tidak boleh mengunakan KUASA VETO walaupun beliau President Parti kalau tak nanti rakyat akan samakan Hadi dengan MAHATHER KUTTY... Kalau ikut kira mata Dr. Wan Aziza Still menang 2-1 Kerana DAP dengan semangat Setia Kawan serta Jati Diri yang hebat tetap menyokong sepenuhnya Dr.Wan Azizah dilantik sebagai MB Selangor.. Menantu Kesayangan Haji Hadi saudara Din Ayam macam mana anta ok ka..?? Teuku Zacharyah Iskandar Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO ----------- |
Posted: 26 Jul 2014 03:32 AM PDT ESOK PETANG RAYA sehari lagi maka berakhir bulan puasa tahun ini dirasakan semua berjalan cepat tetiba dah setahun pru 13 tipu berlalu tetiba mh370 lesap tetiba mh17 ditembak jatuh tetiba wan azizah menang di kajang tetiba khalid akan letak jawatan tetiba hadi awang dilihat bodoh semua berjalan pantas KELMARIN melintas batu road mencari gilai itik kelihatan semua hambar banyak kedai dah tutup biasanaya hujung minggu bagini akan bertambah sibuk tahun ini hambar MACET JEM BERASAK dimimpikan dirancangkan lebuh raya akan mempercepat perjalanan kali ini lebuh raya menjadi jalan semut padan muka FESHEN DAN TREND BARU kini muncul treng baru dinamakan raya bangla tidak di kampong bebas dari berasak asak dijalan raya beraya di kuala lumpur atau beraya dalam kota tak perlu sibuk sibuk di kampong PETANG INI gwa nak keluar makan cari restoran di pudu dah muak dengan masakan melayu malam akan cuba merayau di jalan tunku dan batu road SELAMAT HARI RAYA BANGLA --------- |
Posted: 26 Jul 2014 03:01 AM PDT Mahasiswa Keadilan Mahasiswa Keadilan Melaka menyokong perhimpunan aman yang diadakan semalam di Multimedia University Melaka. kami juga bersama dengan mahasiswa MMU dalam membantah kenaikan yuran oleh pihak pentadbiran dan pengurusan MMU.
Kenaikan yuran "resource fees' secara mendadak ini sememangnya membebankan para pelajar. Tidak ada penjelasan yang kukuh diberikan olehh pihak pengurusan MMU untuk menjustifikasikan kenaikan yuran tersebut. Pihak pengurusan hanya menyatakan menaikkan yuran adalah satu keperluan demi meningkatkan perkhidmatan dan kemudahan universiti.
Penguatkuasaan kenaikan ini akan dibuat serta merta menjelang semester hadapan. Ini jelas mengejutkan dan menimbulkan kemarahan para pelajar yang masih menuntut di MMU.
Selain itu, pihak pengurusan MMU tidak berunding dengan para pelajar untuk memaklumkan kenaikan yuran ini. Sepatutnya pengurusan perlu tampil berunding dengan para pelajar dengan mengadakan satu sesi dialog bercirikan townhall session. Jika dibuat , pasti para pelajar boleh membuat persediaan untuk menghadapi kenaikan tersebut.
Kenaikan yuran ini juga tidak sensitif dengan mahasiswa yang rata-ratanya terdiri daripada golongan sederhana. Mereka inilah yang paling terkesan dengan kenaikan ini. Dihimpit dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, kenaikan yuran sememangnya membebankan bukan sahaja mereka malah para pelajar secara amnya.
Pihak Mahasiswa Keadilan Melaka mencadangkan pihak pengurusan MMU untuk mengkaji semula kenaikan ini. Walaupun pihak pengurusan akan memberikan penjelasan, tetapi pihak pengurusan harus sensitif dan mendapatkan pandangan mahasiswa sebelum melaksanakan sebarang kenaikan.
Pihak Mahasiswa Keadilan Melaka juga menggesa Kementerian Pendidikan menggunakan budi bicaranya sekiranya MMU masih berdegil dan berkeras melaksanakan kenaikan yuran ini. Memang benar MMU merupakan universiti swasta dan terikat dengan konsep perniagaan tetapi harus juga bertanggungjawab memastikan yuran tidak membebankan mahasiswa MMU.
Mahasiswa Keadilan Melaka akan menyokong segala tindakan yang diambil oleh mahasiswa MMU dalam membantah kenaikan ini. Pihak pengurusan MMU harus mengambil pertimbangan mendengar suara mahasiswa MMU. Naqiuddin Nazrin Pengerusi Mahasiswa Keadilan Melaka SABTU, 26 JULAI 2014 ------------- |
Posted: 25 Jul 2014 10:00 PM PDT |
Posted: 25 Jul 2014 09:30 PM PDT PENJELASAN ISU PENSTRUKTURAN AIR SELANGOR Kebelakangan ini, ada beberapa tuduhan liar yang dilemparkan terhadap saya dan Dato' Seri Anwar Ibrahim kononnya kami terlibat cuba campur tangan dalam rundingan air untuk mendapat bayaran komisen dari pemegang konsesi SPLASH. Tuduhan-tuduhan liar ini ada menyebut jumlah yang besar kononnya melibatkan berpuluh-puluh juta. Saya tidak menjawab sebarang tuduhan sebegini sebelum ini sebagai menghormati mandat Pakatan Rakyat yang diberikan kepada saya yang menjadi salah seorang Panel Penstrukturan Air yang mewakili PR dan menyelia Kerajaan Selangor dalam hal ini. Saya masih berharap sebelum ini supaya sebarang perbezaan pendapat mengenai kaedah proses penstrukturan air sewajarnya dibincangkan bersama bukan melalui media. Walau bagaimana pun, oleh kerana tuduhan liar itu melampaui batas dan menjejaskan imej saya, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan KEADILAN, saya telah berbincang dengan beberapa pimpinan kanan KEADILAN dan PR sama ada tuduhan-tuduhan ini wajar dijawab secara umum. Saya dinasihati supaya memberi penerangan untuk membolehkan orang ramai tahu keadaan sebenar. Bersama-sama ini saya sertakan nota penerangan mengenai penstrukturan industri air Selangor yang saya tulis dan bentangkan kepada pimpinan KEADILAN (dan beberapa pimpinan DAP dan PAS) pada akhir Februari 2014 iaitu seminggu selepas Kerajaan Negeri menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Kerajaan Pusat. Kebimbangan yang saya lahirkan dalam bulan Februari 2014 telah menjadi kenyataan iaitu: 1. Kerajaan Pusat engkar dengan kata-kata dan enggan melaksanakan janji mereka menggunakan akta untuk menyempurnakan penstrukturan semula 2. Tarif air di Selangor akan naik mendadak dalam tahun yang dekat dengan pilihanraya umum 3. Kroni kuat Umno iaitu Tan Sri Rozalli Ismail akan menerima harga tawaran Kerajaan Selangor kerana ia lumayan dan jauh mengatasi nilai sebenar syarikatnya 4. Pemegang konsesi Loji Sg Selangor (yang merupakan loji terbesar yang membekalkan kepada hampir 60% pengguna) iaitu SPLASH akan menolak kerana harga tawaran awal dipotong oleh Kerajaan Selangor untuk jumlah itu dibayar kepada Tan Sri Rozalli Ismail 5. Projek Langat 2 diteruskan dan kontrak diberikan kepada kroni-kroni Umno sedangkan bayarannya nanti ditanggung oleh rakyat Selangor 6. Masalah bekalan air di Selangor berterusan hingga menimbulkan kemarahan rakyat terhadap Pakatan Rakyat Selepas hampir 6 bulan, sehingga kini penstrukturan air tidak nampak ada kemajuan di Selangor. Pelbagai kontroversi dan pertanyaan terus timbul seperti yang saya akan terangkan selepas ini. Perbezaan pendapat saya yang paling besar dengan Kerajaan Selangor mengenai penstrukturan air ialah keputusan untuk membayar pampasan keuntungan (disebut "equity portion") kepada Tan Sri Rozalli Ismail (melalui Syabas dan Puncak Niaga) sebanyak RM1.6 bilion sedangkan nilai kedua-dua syarikat itu adalah hampir muflis. Setelah bertahun-tahun rakyat Selangor sengsara dengan masalah air yang sebahagian besarnya berpunca dari kelemahan Syabas dan Puncak Niaga, Tan Sri Rozalli Ismail menerima ganjaran yang cukup besar yang akan ditanggung oleh rakyat Selangor. Bagi saya, keputusan itu tidak ada bezanya dengan keputusan Barisan Nasional menghapuskan hutang Tan Sri Tajuddin Ramli sebanyak RM600 juta atau campur tangan Tun Mahathir dulu agar syarikat perkapalan milik anaknya Mirzan Mahathir diberi pampasan lebih tinggi oleh PETRONAS sedangkan nilaian semasanya jauh lebih rendah. Nota yang saya sertakan ditulis selepas mesyuarat di antara Tan Sri Khalid Ibrahim dan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat untuk beliau menjelaskan keputusan dan tindakan Kerajaan Selangor dalam isu air ini. Saya berlapang dada di dalam bulan Ramadhan ini dengan fitnah sebegini dan beranggapan ia adalah asam garam kehidupan seorang penjawat awam. Saya tidak akan mengambil tindakan saman ke atas mereka yang galak menyebarkan fitnah ini kerana saya yakin dosa yang mereka tanggung melebihi apa-apa tekanan tindakan undang-undang yang boleh saya ambil. Saya maafkan semua yang menyebarkan fitnah ini dan menasihati mereka bertaubat dan berhenti menyebarkannya setelah saya menjelaskan dengan fakta seperti di dalam nota. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Rafizi Ramli Ahli Parlimen Pandan Pengarah Strategi KEADILAN 25 Julai 2014 ----------- |
Posted: 25 Jul 2014 09:00 PM PDT IKATAN PRIHATIN SELANGOR (GABUNGAN NGO-NGO SELANGOR) KENYATAAN MEDIA 25 Julai 2014 / 27 Ramadhan 1435 TAN SRI KHALID MESTI MELEPASKAN JAWATAN MB SEBAGAIMANA KEPUTUSAN PAKATAN RAKYAT Ikatan Prihatin Selangor (PRIHATIN) sebuah badan gabungan NGO-NGO dalam Negeri Selangor menuntut agar Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid bin Ibrahim (TSKI) dengan rela hati mengundur diri dan melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor. PERIHATIN membuat gesaan ini adalah selaras dengan keputusan yang telah dibuat oleh Parti iaitu Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang mana TSKI menjadi anggotanya , serta keputusan Pakatan Parti yang menjadi gabungan bagi tertubuhnya kerajaan campuran di Negeri Selangor ini iaitu Pakatan Rakyat (PR). Dalam mesyuarat yang telah dilaksanakan oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN dan Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) telah sebulat suara bersetuju menukar TSKI dengan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah binti Dato' Wan Ismail. Maka berdasarkan keputusan ini PERIHATIN mengesa agar TSKI akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh KEADILAN dan PR. PRIHATIN memohon agar TSKI tidak mengheret Rakyat kedalam kacah politik dalaman parti politik. Amalan sistem demokrasi di Malaysia adalah dengan memberi kuasa kepada rakyat mengundi memilih wakil rakyat, parti atau gabungan parti yang mempunyai kerusi majoriti berhak menubuhkan kerajaan. Parti yang memerintah mempunyai hak mutlak menamakan ketua kerajaan. Bagaimana beliau TSKI menjadi Menteri Besar Selangor (MB) adalah melalui proses iaitu bilamana nama beliau dicadangkan oleh PR seterusnya mengangkat sumpah untuk menjawat jawatan MB. Proses menamakan calon MB serta proses mengugurkan MB bukan hak rakyat , ianya adalah hak parti pemerintah. Sewajarnya TSKI dengan aman dan relahati mengundur diri tanpa perlu membuat pelbagai alasan serta helah. Sekiranya proses menukar MB perlu mendapat sokongan rakyat maka sudah tentu ketika menamakan TSKI sebagai MB perlu merujuk kepada rakyat. Samada PR ataupun BN tidak pernah merujuk kepada rakyat ketika mencalonkan indivudu sebagai MB atau PM. PRIHATIN sebagai badan NGO berpegang kepada prinsip dimana setiap individu mesti akur dan patuh kepada amalan peraturan Tataetika serta Tatakelola badan pertubuhan, dimana setiap NGO sepertimana parti politik mempunyai Jawatankuasa, keputusan Jawatankuasa mesti dipatuhi oleh setiap ahli. Maka bagi seorang ahli yang tidak menghormati keputusan Ahlijawatankuasa adalah seorang yang tidak punya disiplin serta tanggungjawab. Kita tidak mahu melihat TSKI mengakhiri rekod baiknya sepanjang menjadi MB Selangor dengan titik hitam sebagaimana MB-MB Selangor terdahulu seperti Dato' Harun Idris, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib, Tan Sri Abu Hassan Omar juga Dato' Seri Khir Toyo. PRIHATIN juga dapat merasionalkan keputusan KEADILAN DAN PAKATAN RAKYAT untuk menukar TSKI kerana beberapa isu yang tidak dapat diselesaikan antaranya; 1. Isu Air yang berterusan 2. Isu Kenaikan Caj Fee Perniagaan yang melambung hingga 500% 3. Isu Kegagalan meningkatkan kualiti Unisel dan KUis 4. Isu kegagalan menyelesaikan ribuan Hak Milik Tanah 5. Isu kegagalan menyelesaikan masalah projek perumahan terbengkalai 6. Isu Kegagalan Membina Rumah Mampu Milik yang ditunggu-tunggu rakyat 7. Isu Kegagalan Membuka Peluang Pekerjaan kepada anak muda 8. Isu Kegagalan membuka ruang dan peluang baru perniagaan 9. Isu pengurusan sampah dan kebersihan kawasan 10. Isu senggaraan dan baikpulih jalan dan longkang 11. Isu kegagalan membasmi pembiakan nyamuk aedes yang menyebabkan Selangor menjadi negeri tertinggi yang diserang wabak denggi 12. Isu KIDEX - pembinaan lebuhraya yang mendapat bantahan daripada ribuan penduduk setempat 13. Isu Kegagalan meningkatkan pendapatan Golongan Petani dan Nelayan 14. Isu kegagalan membantu Pelajar Miskin di Unisel dan Kuis 15. Isu kegagalan meningkatkan taraf sekolah Agama Rakyat 16. Isu kegagalan meningkatkan taraf Pembangunan Agama Islam 17. Isu Peribadi yang menjadi pertanyaan umum, bagaimana TSKI dapat menyelesaikan tanggungan hutangnya dengan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) DATO' HAJI MAT GHAZALI BIN ABD RAKIM PENGERUSI IKATAN PRHATIN SELANGOR merangkap Pengerusi Dewan Perdagangan Islam Malaysia Selangor (DPIM Selangor) Email: dpimselangor@gmail.com No Tel: 012-2839957 Bersama Gabungan NGO-NGO dalam Negeri Selangor 1. DPIM Selangor 2. Pusat Khidmat Islah 3. Jaringan Amal Kerohanian Selangor 4. Rakan Muafakat Bisnes Selangor 5. Kelab Anak Muda Bersatu Selangor 6. Pusat Khidmat Wanita Tg Karang 7. Kelab Cinta Alam Nusantara 8. Persatuan Peniaga Alatulis Negeri Selangor 9. Persatuan Pengail Kuala Selangor 10. Kelab Pengusaha IKS Negeri Selangor 11. Gabungan Persatuan Penduduk Hulu Selangor 12. Kelab Seniman Alam 13. Kelab Pelukis Kajang 14. Persatuan Penulis Kuala Langat 15. Kelab Dinamik Anak Muda Hulu Langat 16. Persatuan Tamilan Kuala Selangor 17. Persatuan Pembuat Pau Kelang 18. Ikatan Pengguna IMPAK 19. Persatuan Pengamal Perubatan Islam Al Baraqah 20. Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Selangor 21. Persatuan Pengusaha dan Pemilik Perniagaan Restoran Muslim 22. Kelab Sukan Rakyat Harmoni 23. Yayasan Ikatan Masyarakat Malaysia 24. Yayasan Pembangunan Ummah 25. Yayasan Budi Penyayang Malaysia ------------ |
Posted: 25 Jul 2014 08:30 PM PDT KOMENTAR kerajaan najib rosmah sedang kurang duit ingat bagaimana lesen memandu nak dinaikkan ke 2000 ringgit kali ini musim raya adalah musim menuai untuk memungut duit melalui saman hati hati MEMERANGKAP PERANGKAP TELAH DIPASANG * Around Ayer Hitam in 60km / h zone. * Sebelum Perwaja Steel. * Sg Petani persimpangan. * Antara persimpangan Seberang Jaya dan Tol Sg Dua. South Bound * PenangBridgeisland akhir. Had laju 80km / j. * Kira-kira 2 km sebelum Juru Toll Speed ??had 90km / j. TAKTIK PERANGKAP Perangkap HADLAJU DI PERAK North Bound * Di bawah jambatan di 197.1km dan 198.8km, Simpang selepas Kamunting. * Di bawah jambatan di 204.3km, selepas simpang Kamunting. * Di bawah jambatan di 208km, sebelum simpang Junction. * Di bawah jambatan di 214.8km, sebelum simpang Kamunting. * Ipoh Vista Point pada kira-kira 263km. Had laju 80km / j. * Di bawah jambatan di 271km,simpang utara Ipoh . * Di bawah jambatan di 274.4km, simpang utara Ipoh South . * Di bawah jambatan di 286.9km, #kalau tk Nk kena saman kita pakat naik basikal Balik kampung on BUBAR DEWAN ADUN SELANGOR Publish | Delete | Spam Anonymous on 7/24/14 TERIMA KASEH ----------- |
Posted: 25 Jul 2014 07:53 PM PDT KOMENTAR mari kita samakan jerebu ini dengan penipuan pilihan raya awalan dahulu warga naik berang bila jerebu sampai bantah sana bantah sini tuduh sana tuduh sini tapi jerebu tetap sampai pilihan raya juga sama awalan dulu bila ada penipuan dalam pru 13 naik berang naik minyak heboh dengan bantahan kini dah macam jerebu jerebu di terima sebagai sebagai sebahagian dari hidup moden penipuan dalam pilihan raya di terima sebagai sebahagian dari hidup moden sama juga dengan jalan jem sama juga dengan rasuah sama juga dengan mesin judi dan dan dan semua hot hot ciken shit KUALA LUMPUR 26 Julai - Dua kawasan masing-masing di Sarawak dan Perak mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pukul 6 pagi ini. Mengikut maklumat yang dipaparkan di laman web... 10:28:26 ---------- |
Posted: 25 Jul 2014 07:00 AM PDT KAH KAH KAH woit ini kenyataan terbaik kenyataan jujur dari pemimpin agama inilah sifat agamawan suci dan bersih berhemah ertinya tuan guru haji hadi belum diberi tahu belum diberi penerangan tentang hutang 80 juta hutang khalid ibrahim yang telah dipotong jadi 8 juta sahaja ertinya tuan guru haji hadi belum diberi tahu tentang ribuan ekar tanah selangor yang diberi pada adik vincent tan woit mana hilangnya ketua penerangan pkr sila beri perincian kes hutang dan kes adik vincent tan kes lebuh raya kidex kes air selangor tak perlu terang nanti banyak sangat dalam kepala tok guru berat pulak nak memikir KAH KAH KAH ---------- |
Posted: 25 Jul 2014 05:09 AM PDT DUA ARI LAGI cepat sungguh ari berjalan lagi dua hari raya sampai lagi dua ari aje rasa nya macam semalam gi chow kit cari buah manggis tup tup dah nak raya RAYA BANGLA aku tahu ini raya bangla APA ITU RAYA BANGLA raya bangla ialah sesiapa sahaja yang berhari raya di kuala lumpur ertinya tidak pulang ke kampong ertinya dah putus dengan kampong ertinya dah tak rapat hunungan dengan kampong ertinya dah jadi macam bangla dah tak ada kampong BAGAIMANA AGAKNYA RAYA BANGLA aku akan cuba beri laporan raya bangla seromantik mungkin dan jadikan trend anak muda agar merayakan raya bangla KELMARIN ziarah mak cik pejuang kampong chu badak ada oran baik hati sedekah beras gula untuk orang kampong yang rumah telah diroboh nanti aku buat kesahnya PETANG INI petang ini amat panas rumput dahj banyak kering aku agak sibuk dengan berita berita langkah kajang juga berita kapal terbang aljeria yang terhempas juga berita orang pelarian dari benua afrika bersampan ke eropah KUALA LUMPUR makin kurang orang salah ini anggapan salah semua bangla dari seluruh negara akan datang bercuti dan jumpa kawan di kuala lumpur PETANG INI aku ada kueh melayu beli malan tadi ketika bersahur makan nasi lemak di restoran tikus kecil petai bawa sendiri ini juga trend baru masuk restoran bawa petai dan jering sempat beli pulasan dan durian SELAMAT BERBUKA --------- |
Posted: 24 Jul 2014 11:01 PM PDT SELAMAT PUASA hari ini panas kalau panas mari kita ketawa kah kah kah Hisham, You know what milk the cow mean. wanna watch this link for better understanding https://www.youtube.com/watch?v=76g8O-qhG3k on TAK PERLU DI SEBUT SEBUT Publish | Delete | Spam looes74 on 7/24/14 |
Posted: 24 Jul 2014 10:30 PM PDT
NGO Dapur Jalanan Kuala Lumpur mengutuk tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang memasang palang besi di bangku awam di sekitar kota ini bagi mengelak golongan tidak berumah daripada tidur di struktur tersebut. Menurut NGO tersebut, langkah itu menjadi batu penghalang kepada rundingan yang sedang dijalankan bagi mencari penyelesaian dalam isu warga miskin kota dan gelandangan. --------------------------------------------------------------------------------------- NOTA banyak panggilan bertanya tentang zakat pada dapur jalanan senang sahaja masukan duit zakat itu pada akoun dapur jalanan di cimb bank dengan niat berzakat asnaf BERITA BAIK semakin ramai umat berzakat terus kepada yang memerlukan bantuan zakat ini kerana kurang yakin terhadap lembaga daulah yang mengutip zakat ZAKAT UNTUK DAPOR JALANAN Untuk yang mahu menyumbang boleh masuk ke akaun dapur jalanan 8001-7278-49 spkl collective Untuk yang ingin sama-sama potong bawang atau sumbang makanan atau apa-apa nak disumbang boleh tekan number dibawah Pakwan = 019-2671285 atau Hadikhalid = 012-6648873 Golongan Asnaf yang Layak Menerima Wang Zakat ...Firman Allah swt dalam surah at Taubah ayat 60 bermaksud: "Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanya untuk orang-orang fakir dan orang-orang . --------------- |
Posted: 24 Jul 2014 08:30 PM PDT PM tipu rakyat Kelantan, Jawatankuasa Khas Petroleum gimik PRU13, kata NGOIni kerana, walaupun berjanji keputusan pertama dalam tempoh enam bulan setelah persidangan pertama, sehingga kini tidak ada sebarang hasil jawatankuasa ini, kata Pertubuhan R Kelantan yang memperjuangkan bayaran royalti petroleum untuk negeri itu. Presiden R Nazri Deraman dalam satu kenyataannya kepada The Malaysian Insider berkata, setelah dua tahun pembentukan jawatankuasa ini, tidak ada sebarang hasil yang diumumkan. Katanya, empat hari selepas pengumumaan Najib iaitu pada 8 Ogos, 2012, Pertubuhan R Kelantan menyerahkan memorandum bantahan dan menolak Jawatankuasa Khas ini, kepada Menteri Besar Kelantan pada ketika itu, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Nazri berkata, Jawatankuasa Khas tersebut tidak mempunyai asas perundangan dan ditubuhkan semata-mata bertujuan mengaburi mata rakyat Kelantan yang ketika itu begitu teruja dengan perjuangan menuntut royalti. "Jawatankuasa tersebut juga hanyalah janji politik licik perdana menteri untuk berdepan PRU13. KAH KAH KAH woit yang bangang percaya pada najib pasal apa? tak kan tak sedar sedar mustahil tak tahu nanti pru 14 buat janji lagi jadi bangang lagi padan muka KAH KAH KAH ----------- |
Posted: 24 Jul 2014 07:15 PM PDT Malaysia: Crown Prince Converts to Catholicism, Shocks Muslim World Kuala Lumpur | The only son and heir of Sultan Sharafuddin Idris Shah, Tengku Amir Shah, has sent a shockwave throughout the Muslim community worldwide as what People's magazine has deemed "the real life Romeo and Juliet story of our time". The crown prince of the state of Selangor in Malaysia, has relinquished all his possessions and a chance to succeed to the prestigious throne of Selangor to follow his heart and marry Spanish top model and superstar Cristina Gomez, a 16 year old who was propelled to stardom this year when she was noticed on national television in the crowd of a highly anticipated football matc - See more at: http://worldnewsdailyreport.com/malaysia-crown-prince-converts-to-catholicism-shocks-muslim-world/#sthash.CCKxAfcM.dpuf http://worldnewsdailyreport.com/malaysia-crown-prince-converts-to-catholicism-shocks-muslim-world/ KAH KAH KAH woit jangan percaya berita ini ini berita palsu mana dia pejuang melayu mana dia pejuang islam bila nak saman laman ini mana dia pukisa mana dia beras jati mana dia jaringan melayu raja melayu telah dihina agama islam telah dihina bangsa melayu telah dihina bila nak tangkap komputer laman ini kenapa tak bawa kes ini ke bangsa bangsa bersatu NOTA memang berita ini berniat jahat berita tak masuk akal wahai bani melayu cuba fikirkan kalau putera raja ini masuk kristian siapa nak ganti pemegang mohor botol besar KAH KAH KAH ----------- |
Posted: 24 Jul 2014 06:30 PM PDT |
Posted: 24 Jul 2014 06:00 PM PDT AL-FATIHAH Air Algérie flight AH5017 crash brings week's air death toll to 450An Algerian aircraft carrying 110 passengers and six crew disappeared and was believed to have crashed over northern Africa early on Thursday, the third air tragedy in a week. Flight AH5017 operated by Air Algérie vanished from radar screens around 50 minutes after taking off from Burkina Faso en route for Algiers. It had reportedly asked to divert from its planned course because of heavy rain and poor visibility over northern Mali. ----------- |
Posted: 24 Jul 2014 02:30 PM PDT KENYATAAN MEDIA DAPUR JALANAN KUALA LUMPUR 24 JULAI 2014: PEMASANGAN PALANG BESI DI BANGKU-BANGKU AWAM SEKITAR PUSAT BANDAR KUALA LUMPUR HADIAH HARI RAYA DARI DBKL BUAT WARGA MISKIN KOTA. Dapur Jalanan Kuala Lumpur mengutuk sekeras-kerasnya pemasangan palang besi di bangku-bangku awam sekitar Kuala Lumpur oleh pihak DBKL. Kami menganggap ini tindakan kejam dan tidak bertimbang-rasa serta satu bentuk serangan baru pemerintah terhadap warga miskin kota. Seperti yang diketahui, organisasi-organisasi yang prihatin tentang warga miskin kota termasuk Dapur Jalanan Kuala Lumpur sedang dalam perbincangan dan perundingan dengan Kementerian Wilayah Persekutuan mengenai isu warga miskin kota dan golongan tak berumah. Mesyuarat sudah diadakan dua kali serta masuk ke peringkat merangka penyelesaian. Pertemuan secara terus di antara pihak Kementerian Wilayah Persekutuan dan komuniti warga miskin kota sedang dirancang. Masalah timbul kerana tindakan DBKL itu membelakangi semangat perundingan dan perbincangan. Tindakan agresif memasang palang besi di bangku-bangku awam ini juga telah mensabotaj usaha semua pihak dalam mencari penyelesaian isu warga miskin kota dan golongan tak berumah. Dapur Jalanan Kuala Lumpur mengingatkan pihak pemerintah terutama sekali DBKL supaya menghormati semangat perundingan. Bagi menunjukkan kesungguhan dan keikhlasan pihak pemerintah. Dapur Jalanan Kuala Lumpur sudah dari awal lagi menyeru kepada pemerintah untuk menghentikan segala operasi "pembersihan" dan penangkapan serta apa jua bentuk tindakan agresif kepada warga miskin kota. "MAKANAN ADALAH HAK ANAK SEMUA BANGSA" DAPUR JALANAN KUALA LUMPUR 24 JULAI 2014 ------------ |
Posted: 24 Jul 2014 08:00 AM PDT BRING 'EM ON Selesai isu MB secara tertib atau hilang Selangor, kata KhalidMenteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim mengingatkan Pakatan Rakyat (PR) menyelesaikan isu menteri besar Selangor dengan tertib serta penuh berhemah dengan persefahaman tiga parti bagi memastikan PR tidak terjejas khasnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).Khalid berkata, beliau harap isu pertukaran menteri besar seperti yang dimahukan beberapa pihak PKR dapat diselesaikan dengan penuh tanggungjawab sekali gus memulihkan keyakinan rakyat ekoran isu ini. KAH KAH KAH sahak gagap ini beri ancaman ingat kita takut bubar dun woit ingat apa kata george bush pada saddam ' bring ' em on... ' KAH KAH KAH BRING 'EM ON ----------- |
Posted: 24 Jul 2014 07:00 AM PDT Polis lupus 752 komputer judi bernilai RM1.5 juta di GeorgetownGEORGETOWN: Polis hari ini memusnahkan 752 komputer bernilai RM1.50 juta yang diguna untuk kegiatan perjudian di sekitar Daerah Timur Laut. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, kesemua komputer yang telah diubah suai itu adalah hasil rampasan polis dari premis perjudian dan kafe siber dari 2013 hingga awal tahun ini. "Rampasan itu hasil kejayaan siasatan 65 kes judi sepanjang tempoh berkenaan dan barang kes itu disyaki mengandungi permainan judi simulator dari komputer yang telah diubah suai," katanya kepada pemberita di sini hari ini. KAH KAH KAH woit 65 kes judi 752 komputer di rampas tapi tak ada sorang pun kena tangkap ini mesti kedai judi hantu tak ada siapa jaga tak ada tukang cuci atau ini konspirasi cukong komputer jalan imbi polis rampas komputer cukong supply lagi KAH KAH KAH ----------- |
Posted: 24 Jul 2014 03:31 AM PDT SELAMAT BERBUKA setiap kali bulan puasa sampai aku teringat akan kamunting teringat dalam sel bersama tian chua bila bulan puasa sampai tian nak puasa tapi kem komandan tak beri lalu bertelagah tian chia tak makan siang akhirnya dapat berpuasa MASIH INGAT LAGI puasa tahun pertama kami dibenarkan berbuka puasa sama lalu 6 orag kami bertemu ustaz badrul dengan lokman ezam dengan pak abu aku dengan tian semua datang kumpul dalam bilik ezam dan pak abu seronok memang seronok hadiah hari raya yang tidak akan aku lupakan malam raya ditahun pertama kamunting untuk pertama kalinya kami 6 orang dibenarkan duduk bermalam dalam satu blok hanya untuk satu malam hadiah hari raya yang tidak akan aku lupakan pagi raya kami ke masjid penjara jumpa macam macam orang baik dalam dunia ini ada dimerata pelusuk dalam penjara pun ramai yang baik UNCLE HO ho chih minh kata kalau nak tahu erti musim bunga wajib tahu musim dingin aku kata nak tahu nikmat kebebasan kena tahu apa itu penjara PETANG INI nak tengok bangsar utama kalau sempat nak lihat bazar ramadan jam dah 6:30 ada lagi atau tidak RAYA TAHUN INI aku bukan dalam sekolah tak perlu baju baru tak perlu kasut baru tak perlu apa pun yang baru raya tahun ini macam 20 kali raya aku ketika berkelana tapi kali ini aku akan beraya dengan lebai google dan siti youtube SELAMAT BERBUKA --------- |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan