Sabtu, 26 Julai 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Tribulasi yang PAS terpaksa hadapi gara-gara mulut gatal

Posted: 26 Jul 2014 09:00 AM PDT

Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata sokongan Hadi untuk Khalid hanya pandangan "peribadi" dan menegaskan bahawa PAS hanya akan menyatakan kedudukan rasmi sama ada atau tidak ia bersetuju untuk menggantikan Khalid selepas pucuk pimpinan bertemu pada 10 Ogos.

 "Itu adalah pandangan peribadi beliau, kita akan bertemu pada 10 Ogos Pada 10 Ogos ia akan menjadi pendirian rasmi parti itu," portal berita dalam talian Antarapos memetik Mohamad sebagai berkata.

 Orang Nombor dua PAS itu berkata sebarang keputusan yang dicapai dalam mesyuarat itu akan dihormati oleh semua ahli dalam parti.

 "Apa sahaja keputusan, kita akan patuhi," katanya di sini

Harap-harap akan ada lagi suara-suara pemimpin PAS lain yang lebih garang lagi mengenai isu ini sementara nak menuggu tarikh 10 Ogos tu!

Sebelum ini, Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar telah turut menyatakan bahawa Kenyataan Haji Hadi itu bukan keputusan parti

Sehingga kini nampaknya belum ada mana-mana pemimpin PAS lain yang berani membuka mulut walaupun dari Setiausahanya, Mustafa Ali.

Haji Hadi dibiarkan kesaorangan dalam kekalutan yang dia cipta sendiri. Apakah menantu 'D.A' kesayangannya itu sanggup membiarkan Pak Mentuanya lemas seorang diri? Esok lusa, kita tunggulah.

Selepas 10 Ogos nanti, kalau PAS Pusat ambil keputusan tidak akan menyokong pertukaran Khalid, maka ramai yang akan beranggapan bahawa itu adalah kerana gara-gara dipengaruhi oleh sikap gelojoh Haji Hadi.Orang ramai tidak akan menghormati pendirian PAS itu kerana Haji Hadi sudah awal-awal menyuarakannya terlebih dahulu. Dan orangramai akan melihat 15 Adun PAS Selangor tu standard anak ayam yang hanya tahu mematuk-matuk untuk makan!

Perkara sebegini tidak akan berlaku kalau Haji Hadi tidak gatal mulut buat kenyataan yang kalut macam itu sebelum bermesyuarah dengan Jawatankuasa Pusat. Orang ramai pun tidak akan tahu sikapnya itu. Maka apa-apa keputusan yang bakal PAS ambil, orangramai akan menganggapnya itu adalah keputusan muafakat PAS melalui mesyuarat.

Takkanlah Haji Hadi tidak tahu PAS bukan milik dia seorang tetapi jemaah.Maka perlulah hormati pandangan jemaah!

Namun apa yang akan menjadi lebih dramatik  dan akan mempengaruhi dan mengubah landscape parti PAS itu sendiri ialah apabila mesyuarat itu mengambil keputusan menyokong pertukaran Khalid.

Menyokong pertukaran Khalid bermakna, majoriti  Jawatankuasa PAS tidak akur dengan kehendak peribadi Haji Hadi yang telah pun kita semua ketahui.Sudah tentu ini akan memalukannya dan takkanlah dia masih mahu terus duduk macam kayu di situ ... 

Tragedi Cinta Tiga Suku Pakatan Rakyat

Posted: 26 Jul 2014 12:00 AM PDT

Memang tidak salah untuk Haji Hadi berjumpa MB Khalid. Khalid dilaporkan kononnya dia rindukan bahawa beliau sudah lama tidak berjumpa dengan Hadi ...

Rupanya, bukan Khalid sorang sahaja yang menanggung rindu dendam, nak sangat ketemu Haji Hadi. Pemimpin PKR dan DAP sudah berbulan-bulan ingin menemuinya.

Mereka mahu membincangkan dalam kalangan mereka bagaimana mahu menggantikan Khalid dengan Presiden PKR yang juga Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tetapi Haji Hadi menolah usaha itu. Kesian, hajat mereka tidak kesampaian...

Betapa hancur luluhnya harapan, bila tup-tup kita semua dikejutkan oleh pertemuan mengejut antara Haji Hadi dan Khalid pada suatu malam yang hening di kediaman MB itu.

Tidak ubah seperti tragedi Cinta Tiga Segi yang biasa terjadi dalam alam percintaan muda-mudi...Tapi ini terjadi dalam alam kalangan mereka yang sudah lanjut usia dan mahu mentadbir negara....maka moleklah kita katakan ini adalah tragedi Cinta Tiga Suku?

Khalid sendiri yang dedahkan pertemuan tersebut melalui facebooknya.Kononnya pertemuan tersebut biasa-biasa saja, tiada agenda tersembunyi…..langkah yang sengaja Khalid buat untuk menyakat Anwar Ibrahim...



 Yang lawak sangat tu, Mustafa Ali yang mengekori Hadi dalam pertemuan itu menyatakan bahawa mereka tidak berbincang soal jawatan Menteri Besar....atau kepartian mana-mana pihak. Ewah! Ewah Cikgu Pah! 

Mustafa Ali sudah jadi macam Wak Dogol, Pak Lawak dalam wayang kulit tradisional. Kenyataan Cikgu Pa itu sangat lucu dan tetapi pelik. Dia mengingatkan kita semua kepada kisah Pak Kaduk yang menyorok wang dalam tanah, kemudian letak satu memo atas timbunan tanah itu - Di sini tidak ada wang! Kah! Kah! Kah!

 Kini semuanya sudah jelas.Pertemuan pada malam itu ada agenda politik. Takkanlah kerana keenakan juadah iftar pada malam itu begitu menyengat sekali hinggakan mesyuarat dengan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pun tak dapat untuk menghadirkan diri. Adakah semata-mata kerana mahu mengelak dari bertemu dengan MPPR?

Atau apakah benar Haji Hadi sudah kena ikat oleh Khalid? Bacalah cerita seterusnya  DI SINI

Kenyataan Hadi itu bukanlah keputusan parti - Ketua Penerangan PAS

Posted: 25 Jul 2014 07:00 PM PDT

 Ketua penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar ketika ditanya mengenai laporan Bernama yang menyebut, Hadi menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor, beliau berkata kenyataan Hadi itu bukanlah keputusan parti.

 Ini kerana hal pertukaran menteri besar itu hanya bakal dibincangkan di peringkat PAS Pusat selepas hari raya ini.

 "Saya tak tahu pun. Lepas Raya baru kita mesyuarat (hal ini)," kata beliau DI SINI
Menurut sumber di sini ~ Haji Hadi telah diberi taklimat hasil mesyuarat berkenaan dan telah setuju dengan sikap yang diambil iaitu Pas akan membuat pendirian berhubung cadangan PKR untuk menggantikan Khalid dengan Dr Wan Azizah itu. Pas bersetuju cuma akan menentukan calonnya dalam mesyuarat tertinggi Pas selepas hari raya.
Alih-alih Abdul Hadi membuat kenyataan songsang yang memalukan Mohamad Sabu dan juga pimpinan Pas lain yang telah menerima konsensus PKR untuk menukar MB Selangor itu. 

15 anak ayam Selangor
Apakah mesyuarat selepas hari raya itu nanti hanya  akan jadi majlis angguk-angguk macam anak ayam sedang patuk-patuk makanan?

Kita lihat siapa yang berani nak  geleng-geleng nanti....

Tiada ulasan: