WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Tulisan di FB hak individu, kata NUTP
- Guru ada hak sokong parti pilihan mereka, kata NGO
- MAI LA CIKGU MAI TOLONG KAMI.....KAMI NAK MAMPOIH DAHHHHH
- Sistem baru subsidi minyak tambah beban rakyat
Tulisan di FB hak individu, kata NUTP Posted: 04 Jun 2014 04:02 AM PDT Tulisan di FB hak individu, kata NUTPKesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia berpendirian bahawa anggotanya tidak harus menjadi sasaran apa-apa tindakan hanya kerana tulisan di Facebook. Presiden kesatuan itu, Hashim Adnan berkata, mana-mana pihak tidak boleh menetapkan apa yang patut dan tidak patut ditulis kerana tulisan di laman berkenaan adalah "hak peribadi" guru terbabit. "(Tulisan) Facebook ini hak individu... Siapa-siapapun jangan sentuh. (Kalau) dia sentuh dia tak faham apa maksud kebebasan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. Beliau mengulas teguran oleh Kementerian Pendidikan ke atas seorang guru yang memuatkan poster pemimpin muda DAP Dyana Sofya Mohd Daud di laman Facebook. Biar Facebook itu jadi ruang kepada semua, jadikan Facebook sebagai ruang untuk bersosial, bukan nak dipilih gambar ini tak boleh, kemudian nak ambil tindakan, itu (pemikiran yang) sangat cetek. "Jika orang baca tak semestinya mereka ikut. Biar dia baca, apa salahnya?," kata Hashim lagi. Bagaimanapun, guru berkenaan perlu bertanggungjawab sepenuhnya jika mereka memuatkan perkara yang bersifat menghasut. Ditanya mengenai seruan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam agar para guru kembali ke pangkuan BN, Hashim berkata perkara itu juga tertakluk kepada kebebasan individu. Katanya, mana-mana guru yang berminat untuk menyertai politik boleh memilih parti yang disukai, sama ada dari parti kerajaan atau pembangkang. Namun, guru berkenaan perlu memastikan bahawa mereka kekal profesional pada setiap masa. "Harap mereka profesional dalam perkara ini, jangan (biar) fahaman politik disalahgunakan masuk bilik darjah disebarkan masa mengajar, katanya. Sekatan ke atas golongan guru dari menyertai politik secara aktif digugurkan pada tahun 2010. |
Guru ada hak sokong parti pilihan mereka, kata NGO Posted: 04 Jun 2014 03:59 AM PDT Guru ada hak sokong parti pilihan mereka, kata NGOGuru tidak sepatutnya dipaksa untuk hanya menyertai Barisan Nasional (BN) tetapi sebaliknya perlu diberi kebebasan untuk menggunakan hak mereka sebagai warganegara untuk menyokong mana-mana parti politik yang mereka pilih, kata kumpulan pendidik, hari ini. Mereka berkata demikian ketika mengulas kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menyeru guru kembali kepada politik di bawah sayap BN selepas mengakui tindakan melarang guru menyertai politik sebelum ini adalah satu kesilapan. Kumpulan pendidikan, termasuk Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menyambut baik cadangan membenarkan guru menyertai politik, tetapi mengkritik tindakan Tengku Adnan itu dan berkata mereka mempunyai hak untuk memilih mana-mana parti politik yang mereka mahu. "Guru sama seperti rakyat lain dalam negara. Seperti profesional lain, mereka mempunyai pendapat politik juga. Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, berkata kenyataan Tengku Adnan itu dilihat sebagai langkah untuk menggunakan guru bagi kepentingan politik sempit dan bagi mempolitikkan pendidikan. "Kenyataan Tengku Adnan tidak lebih daripada untuk membuat guru sebagai ahli propaganda Umno-BN. Ini adalah perkembangan tidak sihat untuk masa depan pendidikan negara, dan ia bertentangan dengan asas falsafah serta Pelan Pembangunan Pendidikan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Ketua Suara Guru Masyarakat Malaysia, Mohd Nor Izzat Mohd Johari, berkata Malaysia pada dasarnya adalah negara yang mengamalkan demokrasi tetapi realitinya, ia tidak begitu. "Kita lihat banyak bentuk sekatan terutama membabitkan politik dan guru, jika seseorang itu bergerak walau hanya jauh sedikit daripada BN," katanya kepada The Malaysian Insider. "Perkara ini sudah lama berlaku, bila ada guru menunjukkan minat dalam politik yang bukan BN, mereka akan dipindahkan serta-merta," katanya. Nor Izzat, yang juga pernah menjadi mangsa dipindahkan selepas menentang Putrajaya berhubung sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), mendakwa kerajaan kini bimbang kerana semakin ramai guru kelihatan seperti menyokong pembangkang. "JIka kerajaan lebih terbuka mengenai perkara ini, saya pasti guru akan kembali menyokong mereka tetapi dengan semua sekatan ini, kami sudah bosan," katanya. Pada Februari, Nor Izzat dipindahkan ke sekolah luar bandar di Pahang, kira-kira 80km daripada sekolah tempatnya mengajar di Jerantut, selepas merancang mengadakan perhimpunan untuk membantah pelaksanaan PBS. Gagal dalam rayuannya membatalkan perintah pemindahan itu, Nor Izzat kini mengajar di sekolah baru, berulang-alik hampir 200km setiap hari dari rumahnya. Beliau juga mengkritik Kementerian Pendidikan yang menggunakan kuasa sama terhadap seorang guru yang diarahkan menutup laman Facebooknya selepas beliau meletakkan poster kempen calon DAP di Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud. "Ini perkara yang sama. Ia adalah persekitaran yang tidak sihat. Apa yang mereka lakukan sekarang tidak akan membuat guru menyokong mereka. "Kami juga sebagai warganegara mahu kebebasan untuk memilih parti politik mana untuk disokong dan kami marah kerana tidak diberi kebebasan itu," katanya. Semalam dilaporkan, pegawai peringkat tinggi dalam Kementerian Pendidikan menghubungi guru berkenaan sejak minggu lalu, "menasihatkan" beliau untuk memadam gambar Dyana Sofya yang diletak di akaun Facebook kerana ia dilihat sebagai "anti kerajaan". Guru itu memberita satu portal berita, seorang pegawai khas ketua pengarah Kementerian Pendidikan memberitahunya supaya menutup laman Facebooknya dan dia sedang "diperhatikan". Sementara itu, Hashim berkata, guru dibenarkan menyertai politik adalah tindakan yang baik, namun, pendidik perlu memastikan mereka tidak membawa pandangan politik masing-masing ke dalam bilik darjah. "Bagus jika mereka mahu menyertai politik. Tetapi mereka perlu tahu bagaimana untuk membahagikan masa mereka dan perhatian. Bilik darjah tidak boleh dikaitkan dengan politik. "Mereka tidak boleh membawa masuk politik ke dalam bilik darjah dan mempengaruhi pelajar. Mereka juga perlu menjamin idea politik mereka tidak disebarkan kepada pelajar yang boleh menyebabkan kebencian di kalangan mereka," katanya. – 4 Jun, 2014. |
MAI LA CIKGU MAI TOLONG KAMI.....KAMI NAK MAMPOIH DAHHHHH Posted: 04 Jun 2014 12:08 AM PDT |
Sistem baru subsidi minyak tambah beban rakyat Posted: 03 Jun 2014 11:26 PM PDT Sistem baru subsidi minyak tambah beban rakyat(Oleh Lyn Nasir)KUALA LUMPUR 3 JUN: Kerajaan digesa membentangkan cadangan sistem subsidi baru petrol dan diesel di Parlimen untuk dibahaskan bagi mengambil kira bebanan rakyat yang sedia terbeban akibat menanggung kenaikan harga barang, sebelum sebarang keputusan dibuat. "Dalam keadaan harga barang terus meningkat dan tangga gaji masih belum berjaya dilonjakkan, sebarang perubahan drastik terhadap harga petrol dan diesel sudah tentu akan mempunyai kesan berganda kepada harga barang. "Rakyat perlu diberikan masa secukupnya, sekurang-kurangnya setahun untuk memberi pandangan sebelum sistem baru ini berkuatkuasa, mengambil kira kesusahan yang dialami rakyat akibat kenaikan harga petrol, elektrik, gula dan barang-barang keperluan lain," kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli. "Jadi Barisan Nasional (BN) wajar membentangkan cadangan rombakan sistem ini ke Parlimen sebelum membuat sebarang keputusan," katanya lagi dalam kenyataan. BN dilaporkan kini sedang memuktamadkan satu sistem subsidi baru petrol dan diesel untuk golongan tertentu mengikut kadar pendapatan. Setakat ini, laporan menyebut jumlah pendapatan yang dipertimbangkan adalah RM5,000 ke bawah, manakala individu berpendapatan lebih RM10,000 sebulan perlu membeli pada harga pasaran. Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan juga bimbang kemungkinan wujudnya pasaran gelap petrol dan diesel jika sistem baru subsidi itu tidak diperhalusi serta dibincangkan secara terbuka. "Saya khuatir sekiranya sistem baru subsidi ini tidak diperhalusi dan dibincangkan secara terbuka, apabila dilaksanakan kelak ia mewujudkan pasaran gelap petrol dan diesel yang menimbulkan masalah baru lebih besar dari masalah penyeludupan sedia ada kerana ia melibatkan lebih ramai orang dan rakyat biasa. "Contohnya jika harga subsidi seliter petrol RM2.10 dan harga pasaran adalah RM2.80 seliter, pasaran gelap boleh berlaku apabila kumpulan yang dibenarkan membeli petrol dan diesel pada harga subsidi menjualnya pada harga RM2.30 seliter kepada ejen pasaran gelap, manakala ejen pasaran gelap menjualnya pada harga RM2.50 seliter kepada syarikat, pengusaha dan orang persendirian yang membeli melalui pasaran gelap," ujarnya. "Ini sudah tentu tidak berbaloi apabila dibandingkan dengan kepayahan yang dihadapi rakyat akibat kenaikan harga petrol dan diesel serta kesan kenaikan berganda kepada harga barang, sedangkan ketirisan subsidi petrol dan diesel yang dijadikan alasan untuk menukar sistem makin berleluasa," sambung Rafizi. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan