Rabu, 4 Jun 2014

Tukar Tiub

Tukar Tiub


MALAM INI KAH KAH KAH

Posted: 04 Jun 2014 07:13 PM PDT








 MALAM INI
tukar tiub
buat lawak berdiri
mak janda
mengaku dara
jam 9:00
pj live center
seksyen 17 petaling jaya
pj one



--------

ISLAM PARK LANE

Posted: 04 Jun 2014 07:02 PM PDT





KOMENTAR
islam sultan berunai ialah
islam park lane
hudud berunai 
tak sangkut paut dengan islam
pasal 84B dalam hukum hudud berunai
memastikan sultan TIDAK boleh didakwa

hukum ini dibuat
kerana rakyat berunai
makin jelak dengan sultan
rakyat makin ramai
akan sampai masanya
mereka akan bangun berontak

NOTA
apa dia islam park lane?
kalau kita main monopoly
wilayah mahal ialah park lane
tak jauh dari istana raja
berhadapan dengan hyde park
justeru tempat orang kaya kaya
dalm dunia ini
hotel hotel mahal

hotel dorchester
termahal dalam dunia
terletak di park lane
hotel ini milik sultan berunai
justeru
nama islam park lane

PENGANUT ISLAM PARK LANE


KERAJAAN BRUNEI HARAMKAN 19 PERKATAAN INI UNTUK ORANG BUKAN ISLAM

Seperti yang anda tahu, Hukum Hudud telahpun dilaksanakan di Brunei. Kini, Kerajaan Brunei telah mengharamkan penggunaan 19 perkataan kepada orang bukan islam di negara itu termasuklah perkataanALLAH dan masjid.

Selain itu,perkataan yang diharamkan adalah azan, baitullah, al-Quran, fatwa, firman ALLAH, hadis, haji, hukum syarak, Ilahi, kaabah, kalimah syahadat, kiblat, imam, mufti, mukmin, solat dan wali.

Mohd Salleh iaitu Pegawai Undang-Undang Syariah Kanan Unit Undang-Undang Islam Hardifadhillah berkata, Kod Penal Syariah juga  digunapakai kepada bukan Islam, termasuk kesalahan berzina dengan pasangan Islam, minum arak di tempat awam dan khalwat dengan pasangan Islam.



KAH KAH KAH

gila ada seribu 
macam gila

warga bukan islam 
dilarang guna pakai 
perkatan haji di berunai

jadi pak haji di berunai
nak panggil apa?

panggil kontol berserban?

bukan islam dilarang
guna pakai perkataan masjid

ganti tempat tunggang tunggit?

CONTOH: pak kontol berserban
rehat dalam bilik 
tunggang tunggit
kah kah kah

LAGI ISLAM PARK LANE

---------

SAH TAK ADA YANG BACA

Posted: 04 Jun 2014 06:05 PM PDT







Edaran akhbar milik Umno, NSTP turun selepas PRU13


Media New Straits Times Press (NSTP) yang dikawal Umno menyaksikan penyusutan jumlah pengedaran bagi pertengahan 2013 dengan kedudukan akhbar lain kekal, kata laporan Audit Bureau of Circulation Malaysia (ABC).
Angka berkenaan menyusut selepas Pilihan Raya Umum (PRU) pada 5 Mei yang turut menyaksikan Barisan Nasional (BN) kehillangan tujuh kerusi Parlimen meskipun mengawal media utama yang memerlukan lesen dan dikawal parti politik kerajaan.
"Kebanyakan akhbar harian tidak mampu menahan angka mereka selepas tempoh pertama 2013 (Januari hingga Jun 2013)," kata ABC dalam kenyataan di Hanoi, Vietnam.


KAH KAH KAH

saheh terbukti

akhbar tak laku

kah kah kah



------

DIA PUNYA PASAL

Posted: 04 Jun 2014 07:00 AM PDT







Selangor akan bantu pengantin Hindu selesaikan status agama, kata MB


Menteri besar Selangor  itu berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini selepas mendengar penerangan daripada pegawai Jais.
"Dia boleh membuat pertukaran kalau dapat selesaikan nama baru yang beliau ingini.

KOMENTAR

minah ini
tak nak jadi islam
pasal apa kita sibuk sibuk
dia nak makan biawak
dia nak minum todi
itu hak dia

dia tak nak pergi sytiurga
biarklan lah

bukan kita bayar bil api dia
bukan kita bayar sewa rumah dia
bukan kita bayar top up dia
bukan kita yang beli sari dia
dia punya pasal dia nak kahwin dengan siapa

---------

KUASA KAUM KAPITALIS

Posted: 04 Jun 2014 06:00 AM PDT








KOMENTAR

lihat kuasa kapitalis
lihat kuasa kaum pemodal
yang haram jadi halal
yang batil jadi hak

ini belum lagi
tanda tangan tppa
bila sudah tanda tangan
jamin jakim jais akan disaman

bila kaum pemodal marah
bila tuan kapitalis marah
semua tunduk akur
islam ke
hindu ke
buddha ke
semua tunduk

tak ada aaaah
tak ooooh
semua tunduk

semua  terima hakikat
bahawa syarikat multinasional
memiliki kuasa lebih hebat
dari kuasa tuhan
lobi kaum kapitalis
lebih afdal
dari lobi pope
dari lobi padri
dari lobi sami
atau lobi mufti

cadbury sebagai bukti


KUALA LUMPUR 3 Jun - Cadbury Confectionary (M) Sdn. Bhd. (Cadbury) menyatakan rasa gembira berikutan keputusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang mengesahkan kesemua produk coklat syarikat berkenaan... 
KUALA LUMPUR 3 Jun - Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) mempertahankan keputusan ujian makmal Jabatan Kimia yang dilakukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mengesan Asid Deoksiribonukliek..... 

KUALA LUMPUR 3 Jun - Umat Islam di negara ini wajar meletakkan kepercayaan kepada Bahagian Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang merupakan pihak berkuasa dalam hal ehwal halal di Malaysia. 
KUALA LUMPUR 3 Jun - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah meletak jawatan dan memohon maaf kepada semua pihak berikutan kenyataannya sebelum... 
KUALA LUMPUR 3 Jun - Kementerian Kesihatan mengakui melakukan kesilapan berhubung pengumuman terdapat kesan Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi dalam kandungan dua produk coklat Cadbury termasuk tidak memaklumkan... 
KUALA LUMPUR 3 Jun - Syarikat Cadbury Confectionary (M) Sdn. Bhd. (Cadbury) perlu bertanggungjawab menjaga rantaian produk yang dikeluarkan walaupun selepas berada di pasaran bagi memastikannya tidak dicemari... 

KAH KAH KAH



----------

BENCI CINA BENCI INDIA

Posted: 03 Jun 2014 10:08 PM PDT




 

 TANAH MELAYU


RASISMA DAN KEBENCIAN
Sejarah membuktikan bahawa Orang India dan Orang Cina telah dibawa masuk ke Tanah Melayu oleh British. Harus juga diakui bahawa sebelum British membawa masuk Bangsa Imigran ini – telah ada Orang Cina dan Orang India di Tanah Melayu. Mereka telah datang berhijrah dan berniaga ke Melaka - kota metropolis ulung di Asia pada ketika itu.
Dari kitab Salaltus Salatin- Sejarah Melayu - kita bertemu dengan watak Kitul dan Keling Mendeliar. Kita bertemu dengan watak Hang Li Po yang berkahwin dengan Sultan Melaka. Kalau kita membaca dan memahami kitab sejarah maka kita akan sedar kenapa wujudnya Tanjung Keling dan Lubuk China di Melaka. Justeru kemasukkan Orang India dan Orang China ini bukan satu yang baru.
Kita tahu dan faham bahawa British ialah kuasa penjajah yang datang untuk mencari, menjarah dan memunggah harta kekayaan wilayah yang dijajah. Kuasa kolonial British ini membawa sistem ekonomi baru bukan sahaja ke Bumi Melayu malah kaum kolonialis membawa sistem ekonomi baru ini ke India, China, Afrika, ke Timur Tengah atau ke Amerika Latin.
Ketika Portugis, Belanda datang ke Melaka – sistem ekonomi kapitalis masih ditahap rendah. Tahap ekonomi ini dipanggil ' Mercantile Capitalism'. Perniagaan masih ditahap 'tukar barang'. Duit, riyal dan dinar wujud tetapi bukan saperti yang kita bayangkan hari ini.
Ketika Portugis dan Belanda datang ke Melaka – pemerintahan masih lagi di tahap Feudal. Raja dan Sultan Melayu paling berkuasa. Sultan dan Raja boleh melakukan apa sahaja. Sultan dan Raja di Tanah Melayu ini muncul kerana 'sosok-sosok' ini bijak membunuh dan menewaskan musuh mereka. Saperti Don Corleone dalam Godfather – Si Polan yang bijak bersilat, bijak bertikam dan pandai membunuh dan memiliki ketrampilan pimpinan akhirnya menjadi Raja.
Raja ini dikatakan penyambung kerja Nabi. Sultan dikatakan bayangan Allah. Semua ini adalah karut marut. Semua ini dimunculkan kemudian oleh Kaki Bodek dalam Istana yang mengakui diri mereka sebagai Alim Ulama dan boleh 'online' dengan Tuhan. Ini terjadi bukan sahaja di Tanah Melayu malah dimana ada kemunculan Raja – baginilah asal usulnya. Semua ini berlaku ketika sistem ekonomi kapitalis baru mahu mengembang dan Penjajah berkulit puteh belum sampai.
Harus juga dinyatakan disini penjajahan British di Tanah Melayu atau India dimulakan oleh British India Company beretukar menjadi British East India Company. Kemudian baru diambil alih oleh Baginda Queen. Kaum pemodal ini datang untuk menjarah harta kekayaan. Tidak lebih dari itu.
Apa yang ingin saya kukuhkan disini ialah EKONOMI yang menjadi asas kedatangan Penjajah. Kedatangan penjajah dikatakan untuk membawa Tamadun, untuk membawa Pencerahan, untuk mengembangkan Agama Kristian – semuanya ajenda sampingan. Ajenda sampingan ini diwujudkan untuk mengolah persetujuan warga yang bakal dijajah.
Justeru kerana mahukan bijih, mahukan kayu kayan dan mahu menanam getah – maka penjajah British telah membawa masuk kuli dari India dan dari negara China. British memerlukan kaum buruh untuk membanting tulang agar hasil bumi Tanah Melayu dapat dipunggah pulang ke kota London. Pekara ini bukan sahaja berlaku di Tanah Melayu – malah di mana British menjajah pekara yang sama berlaku.
Kemasukkan imigran dari China dan India ini adalah permulaan era penjajahan dan bermulanya berkembang sistem ekonomi kapitalis. Dalam Dunia Melayu yang termasuk Kepulauan Melayu pada awalnya Imigran ini tidak dilihat sebagai masalah. Tidak dilihat sebagai musuh. Tidak wujud persaingan ekonomi. Kaum Imigran dan Manusia Melayu tidak mengganggu satu sama lain.
Kemasukan awal Orang China dan India ini dilihat tidak mengancam politik Melayu. Ini amat berbeza dengan kemasukan Imigran yang dirancang dan disusun oleh British.

Ini kerana Orang Melayu dari segi ekonominya masih terikat kuat dengan sistem cari makan paling asas. Ekonomi Melayu masih berTani untuk hidup. Ke laut untuk berIkan. Ke hutan untuk berKayu, berPetai atau berKijang. Membuka ladang diwilayah yang subur. Tidak ada konsep tanah milik pribadi atau lesen dan geran tanah. Manusia Melayu di Tanah Melayu masih belum lagi masuk ke alam jual beli – ke alam perniagaan.
Kerjasama antara kaum feudal Melayu dan China pada ketika cukup baik. Kita membaca kitab sejarah dan melihat bagaimana pencarian bijeh timah diatur untuk menjaga kepentingan British, kaum feudal Melayu dan Kapitan China. Kita membaca sejarah dan memahami bagaimana Yap Ah Loy – tokan candu – boleh berkerjasama dengan Sultan Abdul Samad – untuk mengumpul kekayaan.
Apa yang ingin saya katakann disini ialah pada awal sejarah Tanah Melayu ini kosep kaum, bangsa, agama belum tebal dan belum menjadi ancaman. Pada ketika ini tidak wujud lagi perasaan BENCI CINA , atau BENCI INDIA malah kaum feudal Melayu amat gumbira untuk memilik gundek-gundek China atau gundek Keling.
Jika dari awalan sejarah tidak dilihat kemunculan sikap BENCI maka dari mana datangnya perasaan Melayu benci Cina, Cina benci Melayu atau Melayu benci India? Dari mana datangnya RASISMA? Dari mana datangnya sikap perkauman?

Sikap ini muncul apabila berlakunya perebutan EKONOMI antara Melayu dengan Cina. Fahaman rasis ini muncul apabila berlakunya pertembungan ekonomi. Sikap perkauman muncul untuk mengolah persetujuan apabila wujud perebutan ekonomi.
Contohnya cukup jelas – British mengeluarkan dan menyebarkan pandangan bahawa budaya dan tamadun berkulit puteh lagi maju dan hebat. Justeru kerana mereka maju dan hebat maka 'halallah' mereka datang ke Tanah Melayu untuk membawa pencerahan. Pencerahan ini di bawa juga ke Afrika dan India. Dibelakang fahamam rasis 'aku lebih baik – aku lebih mulia' ini sebenarnya tersimpan niat untuk menjajah. Menjajah ialah menjarah ekonomi.
Kaum Zionis Israel memiliki faham rasis perkauman kerana mereka menganggap diri mereka – yang telah dipilih oleh Tuhan. Mengikut ajaran agama Yahudi mereka adalah kaum terpilih yang muncul untuk menyelamatkan dunia ini. Justeru mereka menyebarkan faham Zionis, justeru mereka menjajah ekonomi Eropah, justeru mereka mengambil bumi Palestin.
Apa yang hendak ditekankan disini ialah tentang peranan EKONOMI yang melahirkan kebencian. Perebutan ekonomilah yang melahirkan pandangan rasis. Pandagan rasis ini boleh digunakan untuk mengumpulkan semangat 'kekitaan'. Kekitaan ini maknanya – KITA orang Melayu – KITA orang Islam – Kita yang cakap Melayu.
Apakah salah jika kita memiliki semangat KEKITAAN? Jawabnya tidak salah. Secara positif semangat atau perasaan kekitaan baik untuk sesama bergotong royong. Kita sekampong, kita sesekolah, kita sebangsa, kita seagama – adalah contoh semangat kekitaan. Semangat ini adalah rasa awal yang melahirkan semangat NASIONALISMA dan melahirakan saemangat kebangsaan. Kebangsaan lahir dari - kita sebangsa.
Semangat dan perasan KEKITAAN ini hanya wujud apabila kita bertemu dengan 'Orang Lain'. Dalam konteks zaman penjajahan 'orang lain' itu ialah Mat Saleh. Kedatangan Portugis ke Melaka pada awalnya tidak dilihat mengacam. Malah orang Melayu hanya hairan melihat janggut mereka. Tetapi Portugis datang bukan untuk bercukur janggut tetapi menawan Melaka. Maka Orang Lain yang berjanggut ini mula dibenci. Kebencian terhadap Orang Luar ini dianggap semangat nasionalisma yang positif. Orang Melayu Melaka bangun melawan Portugis.
Bagitu juga dengan Belanda. Kita ingat bagaimana datuk nenek moyak kita membuat perempamaan – macam Belanda minta tanah. Asas perumpamaan ini ialah tanah i.e ekonomi. Datuk nenek moyang bei ingataan tentang jahatnya Orang Lain.
Kedatangan British ialah ialah permulaan ekonomi kapitalis moden. Revolusi industri telah bermula di England. Arang batu telah menjana tenaga baru. Keretapi, kapal laut mula melayari dunia. Kilang dan pabrik mula muncul di London, di Manchester dan di Liverpool. Kilang-kilang ini memerlukan bahan mentah. Penemuan baru muncul. Kereta mula di buat. Semua ini membuka era ekonomi kapitalis baru.
Ketika inilah penjajah British membawa masuk kuli dari India dan kuli dari China. Mereka dibawa masuk ke Tanah Melayu kerana tenaga mereka diperlukan. Secara natural Imigran China ini berlabuh di Singapura dan Pulau Pinang. Ini kerana bandar ini bandar perlabuhan. Maka secara natural bandar-bandar ini diduduki oleh Imigran. Anak Melayu jati masih lagi duduk di kampong-kampong.
Perhubungan Manusia Melayu dengan Imigran agak jarang berlaku kerana Orang Cina tinggal di pekan , di kongsi lombong bijeh manakala Orang India tinggal di ladang getah. Untuk satu ketika - tiga bangsa ini tidak menimbulkan apa permasalahan. Yang bergaduh Cina Hai San dengan Ghee Hin. Manakala Manusia Melayu hidup aman permai di kampong dan desa.
Semua ini berubah. Apabila adanya Melayu mula pandai membaca. Ada Melayu mula pandai menulis. Apabila ada Melayu mula pandai berfikir. Dan lahirkah semangat KEKITAAN. (TT)
ANAK SEMUA BANGSA
BERSATU DIBAWAH
 SANG SAKA

NOTA
tulisan ini telah
disiarkan dalam SUARA KEADILAN


--------

KELAS FALSAFAH DI SAMBUNG

Posted: 03 Jun 2014 09:30 PM PDT




 MALAM INI

4  june 2014

jam 9:00

di UBU

jemput datang


al-Ghazàlì, Abù Hamìd Muhammad

kita akan melihat
pandangan al- Ghazali


UNTUK WARGA DI LUAR STUDIO
sila layari radio bangsar utama





---------

RASAKAN NIKMATNYA

Posted: 03 Jun 2014 09:08 PM PDT




BILA NAK TUKAR DARAH
kah kah kah


KAPITALIS BEREBUT PASARAN
Ha ha ha..Bhai.. Hershey & Mondelez company yang buat Cardbury...kat Malaysia Mondelez hv right to produce Cardbury.... Hershey buat kilang Cokolat besar kat Johor...Mondelez dah ada kilang cokolat kat Shah Alam...

Is that Mondelez will compete with Hershey? So Kaum Pemodal bergaduh ...kita pulak yang berperang...ha ha ha.. Bhai TT Selamat BerMarkhamah..moga Menang....Ha ha ha on KUASA DOLAR DAN RINGGIT
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 6/4/14



RASAKAN 

NIKMATNYA

RASAKAN

BABINYA

KAH KAH KAH




---------

MALAM ESOK KITA KETAWA

Posted: 03 Jun 2014 08:48 PM PDT





ESOK MALAM

kita ketawa
kah kah kah
pj live arts
seksen 17
petaling jaya

isey
benjy
rayza
fadly
hishamuddin rais
buat lawak dalam bahasa melayu

hang ingat senang
buat lawak dalam bahasa melayu
lawak cerdik
bukan
lawak bodoh 









-----------

TINDAKAN BAGUS LAGI TEPAT

Posted: 03 Jun 2014 08:15 PM PDT



KOMENTAR
satu tindakan baik sekali
memang ditunggu tunggu
memang dipancing

akan keluar fakta altantuya
akan keluar fakta cincin
akan keluar fakta isterti gila

terlalu banyak peguam
menunggu nak seumbang tenaga

inilah namanya
pelandok terlupa jerat
tapi jerat tak pernah
lupakan pelandok




Najib, UMNO saman Malaysiakini

KUALA LUMPUR 3 Jun -  Najib  Razak dan Setiausaha Kerja UMNO, Ab. Rauf Yusoh memfailkan saman terhadap portal berita propembangkang, Malaysiakini berhubung penerbitan dua artikel yang berunsur fitnah pada Mei lalu.

Najib selaku plaintif kedua mengemukakan saman tersebut di Mahkamah Tinggi di sini atas kapasiti peribadi beliau manakala Ab. Rauf sebagai plaintif pertama bertindak bagi pihak UMNO.

KAH KAH KAH

berapa kali

nak beritahu

malaysiakini 

bukan

pro pembangkang

malaysiakini

anti-kerajaan

ada faham!

---------

NAJIB JUAL MALAYSIA

Posted: 03 Jun 2014 07:31 PM PDT






KOMENTAR
lihat betapa bijak
kuasa imprialis anglo-amerika
terus menerus berkempen

masuk akal ke
kaum pemodal antarabangsa
nak bantu rakyat malaysia?

kaum pemodal amerika nak bantu
rakyat malaysia?

rakyat amerika sendiri
mereka tidak dipedulikan
mustahil nak bantu rakyat malaysia

kaum pemodal antaranbangsa
agamanya bernama untung
nabinya bernama  kapitalis
kiblatnya di wall street

NOTA
kenapa payah
bani melayu
faham hal ini?




Malaysia ke-2 dapat manfaat TPPA

KUALA LUMPUR 3 Jun - Malaysia merupakan negara kedua selepas Vietnam yang bakal mendapat faedah hasil daripada Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) yang bakal dimuktamadkan hujung tahun ini.

Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Joseph Y. Yun berkata, kajian yang dijalankan oleh Peterson Institute yang berpangkalan di Washington DC, mendapati Vietnam adalah negara pertama yang akan memperoleh manfaat TPPA terutama dari segi sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Katanya, pelaksanaan TPPA di Malaysia akan menarik lebih banyak pelaburan asing sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

 
KAH KAH KAH

kerajaan rosmah najib
cukup degil
rakyat tak mahu ttpa
suara menentang telah kedengaran
tapi tppa masih disorong
tppa mahu di tanda tangani

nampak jelas rosmah najib ini
dua maloan yang merosakkan
malaysia
mampoos 

melayu



KOMPENI 

SETAN


----------

Tiada ulasan: