Kelab Greenboc |
- Jika Guru Dibenarkan Berpolitik, Mereka Akan Sertai PAS - Mahathir
- [VIDEO] Pelajar Perempuan Bergaduh Di Terengganu Sampai Terselak...
- [BERGAMBAR] UIA Gombak Dilanda Banjir Kilat, Kawasan Sekitar Bak Lautan...
Jika Guru Dibenarkan Berpolitik, Mereka Akan Sertai PAS - Mahathir Posted: 05 Jun 2014 01:11 AM PDT Guru berpolitik hanya rugikan BN GOMBAK - Gesaan pemimpin Umno supaya penjawat awam khususnya guru kembali ke pangkuan BN dengan membenarkan mereka berpolitik hanya akan merugikan parti itu. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tiada jaminan warga pendidik itu berpihak dan memberi sokongan kepada parti pemerintah jika mereka diberi kelonggaran untuk menceburi bidang politik. "Mereka (guru) tidak akan sertai BN tetapi mereka sertai Pas dan kerajaan akan hadapi masalah bila guru menjadi pengikut parti pembangkang. "Kerajaan kena ingat apabila mereka masuk politik, mereka tidak semestinya menyokong BN," katanya kepada pemberita selepas merasmikan 'Siri Syarahan Perdana Presiden' di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini, hari ini. Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam yang meminta warga pendidik itu kembali ke pangkuan BN. Katanya keputusan kerajaan sebelum ini menyekat guru dari menyertai politik adalah satu kesilapan dan boleh melemahkan BN. Mengulas lanjut, Dr Mahathir menambah jika cadangan itu tidak diperhalusi, kelonggaran itu dikhuatiri akan mengancam kerajaan kelak. "... mereka bukan sahaja tidak akan sertai BN malah lebih buruk lagi akan menentang kerajaan pemerintah," katanya lagi. -SH
ULASAN GB Nampaknya Mahathir telah sedar bahawa jika kaum guru dibenarkan berpolitik, UMNO BN akan berdepan masalah kerana beliau mengetahui bahawa kaum bijak pandai termasuk para guru, tidak akan memilih untuk menyertai UMNO BN, sebaliknya akan memilih untuk menyertai PAS dan parti-parti Pakatan Rakyat. Bukan saja kaum guru, penjawat awam divisyen A pun jika dibenarkan aktif berpolitik mereka tidak akan menyertai UMNO BN. Jika sebelum ini Mahathir sendiri yang menggesa UMNO supaya "berlapang dada terima profesional sertai Umno kerana menurutnya Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS, dan akhirnya menyukarkan Umno mencari calon sesuai bagi menentukan kemenangan pada pada pilihan raya", tetapi kini Mahathir mengubah nadanya untuk membantah saranan supaya kaum guru aktif berpolitik. Yang nyata, perubahan sikap Mahathir mendedahkan fakta bahawa biarlah UMNO BN terus didominasikan oleh golongan yang bodoh-bodoh. Dan ini akan memudahkan Mahathir untuk mempastikan kelansungan survival politik anaknya Mukhriz di Kedah yang bakal terancam jika menerima tentangan hebat jika golongan profesyenal dibenarkan berpolitik kerana ia akan menyebabkan PAS akan bertambah kuat di Kedah. Juga bererti mengesahkan kata-katanya dulu, UMNO hanya untuk mereka yang bodoh-bodoh, bukan untuk yang pandai-pandai seperti golongan profesyenal dan para guru. Yang profesyal dan yang pandai-pandai akan memilih PAS dan parti-parti Pakatan Rakyat. Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
[VIDEO] Pelajar Perempuan Bergaduh Di Terengganu Sampai Terselak... Posted: 04 Jun 2014 10:10 PM PDT Belum reda lagi kejadian buli di sekolah Kota Samarahan yang menjadi viral baru-baru ini, tersebar pula sebuah video yang membabitkan 2 orang pelajar perempuan yang tersebar di laman sosial. Beberapa yang lalu, telah tersebarnya sebuah video yang melibatkan dua orang pelajar perempuan sekolah menengah bergaduh di luar perkarangan sekolah. Kejadian itu dipercayai berlaku di Terengganu berdasarkan bahasa yang digunakan oleh dua pelajar perempuan terbabit. Di dalam kes sebelum ini, video kes buli pelajar perempuan di Sekolah Menengah Kota Samarahan Sarawak tersebar telah menjadi viral di mana rakaman berdurasi 1 minit 16 saat yang memaparkan aksi sekumpulan pelajar wanita membuli dan memukul seorang pelajar lain tanpa belas kasihan. Kejadian tersebut berlaku pada 25 April 2014 di sebuah sekolah di daerah Kota Samarahan, Sarawak. Pihak polis telah menerima laporan berkaitan kejadian tersebut pada 25 Mei 2014 dan siasatan serta tindakan susulan sedang dijalankan. GB pernah mengulas sebelum ini bahawa "apabila sistem pendidikan negara telah jauh daripada roh pendidikan sebenar dengan tidak menitikberatkan aspek pendidikan rohaniah maka itulah kesannya." Pengertian sebenar konsep pendidikan, tujuan dan peranannya terhadap pembangunan insan dalam sesebuah masyarakat dan negara perlu dinilai semua dan Menteri Pelajaran perlubertangungjawab sepenuhnya untuk sebuah penggubalan dasar pendidikan yang menitikberatkan nilai-nilai akhlak dan disiplin - bukan terhad semata-mata kepada penilaian kognitif dan lulus periksa. Jika tidak, maka kita akan dapat melihat lagi kejadian-jeadian di atas, malah dengan adegan dan senario yang lebih mengerikan! klik untuk baca Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
[BERGAMBAR] UIA Gombak Dilanda Banjir Kilat, Kawasan Sekitar Bak Lautan... Posted: 04 Jun 2014 05:47 PM PDT Kuala Lumpur: Hujan lebat yang berterusan petang tadi telah mengakibatkan beberapa kereta tenggelam akibat banjir kilat yang melanda kampus Universiti Islam Malaysia (UIAM) di Gombak. Menurut laporan Harian Metro, Jurucakap Bahagian Komunikasi Korporat UIAM berkata, keadaan bagaimanapun kembali terkawal selepas air mula surut. "Kejadian itu tidak menjejaskan operasi harian universiti termasuk penuntut yang sedang menduduki peperiksaan semester. "Walaupun beberapa kenderaan dinaiki air, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku," katanya. Kejadian itu berpunca limpahan air daripada beberapa anak sungai berdekatan yang memasuki kawasan berkenaan hingga mencecah paras pinggang. Ia berlaku di Jalan Al Jamiah di universiti berkenaan. Beberapa pelajar UIAM telah memuat naik gambar situasi di kampus berkenaan: Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan