Rabu, 4 Jun 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Kenapa Tengku Razaleigh Diketepikan Sempena 40 Tahun Hubungan Malaysia - China?

Posted: 04 Jun 2014 08:53 AM PDT

shahbudindotcom


Minggu lalu Perdana Menteri, Najib Razak mengadakan lawatan enam hari ke negara China. Selain lawatan itu bertujuan merapatkan hubungan diplomatik, perdagangan dan sosio-budaya antara Malaysia dengan China, tujuan besar lawatan kali ini ialah untuk meraikan 40 tahun terjalinnya hubungan diplomatik antara kedua negara.

Memandangkan permetraian hubungan diplomatik antara Malaysia dengan China diadakan pada 31 Mei 1974 oleh Tun Abdul Razak yang menjadi Perdana Menteri ketika itu bersama Perdana Menteri China, Zhou Enlai, kunjungan Najib selaku anak Tun Razak untuk meraikan hubungan yang telah terjalin selama 40 tahun itu tentulah besar ertinya.

Ia bukan saja sesuatu yang manis dan membanggakan negara, bahkan juga tentunya turut menyentuh perasaan Najib sendiri kerana dapat melihat sendiri kejayaan yang telah diasaskan oleh bapanya dan beliau menjadi penyambungnya pula ketika ini.

Ketika lawatan itu baru dua hari berlangsung, negara dikejutkan dengan kemangkatan Sultan Perak, Almarhum Sultan Azlan Shah di IJN, Kuala Lumpur. Najib segera kembali ke tanahair untuk memberikan penghormatan terakhir di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar dan pentingnya lawatan ke China itu dapat dilihat apabila Najib kemudiannya kembali semula ke China untuk menyambung aturcara lawatannnya.

Kalaulah lawatan dan hubungan dengan China itu tidak penting, sudah pastilah Najib terus saja berada di Kuala Kangsar sehingga upacara pengkebumian Almarhum Sultan Perak selesai dan menyerahkan kepada menteri-menteri yang mengikuti rombongannya meneruskan program seterusnya.

Tetapi kerana pentingnya hubungan yang telah terjalin selama 40 tahun itu kepada kesejahteraan negara, di samping ada nilai sentimental kepada dirinya selaku anak kepada Tun Razak, maka Najib kembali menyambung acara lawatannya setelah beberapa jam meninggalkan untuk menziarahi Almarhum Sultan Perak.

Hakikatnya, semua orang tahu sejarah hubungan Malaysia dengan China yang telah terjalin sejak 40 tahun itu. Dalam membina hubungan persahabatan itu, Malaysia pada tahun 1971 merupakan satu-satunya negara yang mendesak PBB agar menerima China menyertai pertubuhan itu. Dalam perhimpunan agung PBB pada tahun yang sama, Malaysia juga telah menyokong pemulihan kerusi Republik Rakyat China di PBB.

Semua orang juga tahu dalam usaha membina persahabatan yang lebih kukuh itu, Tun Razak telah meminta Tengku Razaleigh Hamzah yang ketika itu menjadi Pengerusi Pernas untuk mengetuai delegasi ahli-ahli perniagaan Malaysia menyertai Ekspo Perdagangan di Guangzhuo pada tahun 1971. Atas rasa besar hati dengan kedatangan delegasi perdagangan itu, Perdana Menteri China, Zhou Enlai dan Naib Perdana Menterinya, Li Xianian telah mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli rombongan yang diketuai oleh Tengku Razaleigh itu.

Kemudian dari itu, rombongan daripada China pula melakukan lawatan ke Malaysia dan ia menandakan negara itu telah mengubah pendirian lamanya serta mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang perlu dijalinkan hubungan baik.

Tun Razak melakukan lawatan rasmi ke China pada 28 Mei hingga 2 Jun 1974 untuk membuka lembaran baru hubungan diplomatik Malaysia dengan China dan pada 31 Mei, Tun Razak bersama Perdana Menteri China, Zhou Enlai telah menandatangani perjanjian diplomatik antara kedua negara yang bertujuan menjalin dan memperkukuhkan lagi hubungan yang sebenarnya sudah pun bermula sejak ratusan tahun dulu lagi.

Hari ini, hasil hubungan itu, China bukan saja merupakan antara 10 pelabur terbesar dalam Malaysia, bahkan merupakan rakan perdagangan dan pasaran eksport keempat terbesar bagi negara.

Sementara Najib begitu menghargai hubungan 40 tahun yang terjalin itu, bahkan memilih 31 Mei juga untuk mengadakan lawatan ke China, sesuatu yang tertinggal ialah apabila beliau mengenepikan Tengku Razaleigh dalam sejarah yang amat bermakna itu.

Memandangkan Tengku Razaleigh masih hidup dan sihat, beliau adalah perakam sejarah sebenar yang bukan saja seharusnya dihargai oleh Najib dan negara, bahkan boleh menceritakan pelbagai perkara tentang usaha menjalin hubungan itu yang mungkin tidak diketahui oleh ramai orang lain.

Sekiranya dalam lawatan ke China tempohari, beliau turut membawa Tengku Razaleigh bersama, ia tentulah bukan saja bermakna kepada Malaysia tetapi juga kepada negara China sendiri. Ini kerana selain Tun Razak yang selalu disebut sebagai memulakan hubungan diplomatik dengan China itu, nama Tengku Razaleigh sebagai perintis dan "menebas lalang" untuk membuka laluan persabahatan, perdagangan dan hubungan yang lebih erat, juga tidak boleh dikesampingkan.

Bersama-sama Tun Razak, bukalah mana-mana makalah, tulisan atau catitan sejarah hubungan diplomatik Malaysia dengan China, nama Tengku Razaleigh kekal tercatit sebagai salah satu watak pentingnya.

Najib pastilah akan lebih dihargai jika beliau tahu menghargai tokoh-tokoh lain yang banyak membantu kejayaan bapanya dulu.

Perkasa tak ingin sertai NGO Pemuda Umno, sila cari NGO pondan, kata SU Agung

Posted: 04 Jun 2014 08:16 AM PDT

 OLEH MOHD FARHAN DARWIS


Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) merasakan tiada keperluan untuk pertubuhan badan bukan kerajaan itu menyertai Biro Hubungan NGO Pemuda Umno.

Setiausaha Agung Perkasa Syed Hasan Syed Ali (gambar) berkata, pertubuhan sayap kanan Melayu itu, termasuk Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) juga tidak akan menyertai biro berkenaan walau dijemput sekalipun.

 "Perkasa dan Isma tidak ingin walau dijemput sekalipun," katanya, ketika dihubungi The Malaysian Insider.

 "Kami hanya mahu bersama NGO yang benar-benar anak jantan," katanya. Pemuda Umno hari ini berpendapat tiada keperluan bagi Perkasa dan Isma untuk menyertai biro yang baru ditubuhkan mereka sebaliknya cukup saling berhubung dengan dua NGO itu.

Pengerusi Biro Hubungan NGO, Khairul Firdaus Akbar Khan, berkata apa yang paling penting adalah memahami agenda NGO berkenaan supaya segala isu yang dilontarkan dapat dilihat dengan lebih adil.

"Kita tidak perlu mengarah atau mempelawa mereka. Cuma yang paling penting hubungan. Setiap NGO di Malaysia perlu ada hubungan. Dengan Bersih pun kita kena ada hubungan. Tidak perlu mereka masuk ke payung NGO kita," katanya pada majlis makan tengahari bersama media di Kuala Lumpur, hari ini.

Khairul Firdaus berkata tiada gunanya mendekati NGO yang tidak mahu melakukan perubahan kerana sifat ekstremis dan cauvinis sememangnya perlu dielakkan. Syed Hasan berkata, biro berkenaan boleh mencari mana-mana NGO yang lembut dan terlalu baik untuk menyertai mereka.
 
"Mereka boleh mencari mana-mana NGO pondan yang lemah lembut untuk bersama mereka," kata Syed Hasan. Beliau turut mempersoalkan tindakan biro berkenaan, yang mana katanya sebelum ini sering memperlekehkan pertubuhan seperti Perkasa.

 "Persoalannya kenapa baru sekarang ingin mendekati NGO seperti kami, kenapa tidak dari dahulu.

"Sudah lemas baru tahu kepentingan NGO seperti kami," katanya. Biro Hubungan NGO merupakan biro baru yang ditubuhkan di bawah sayap Pemuda Umno bagi mengukuhkan hubungan Pemuda dengan NGO di serata Malaysia.

Enam kluster yang ditekankan oleh NGO di bawah gabungan itu adalah pendidikan, ekonomi dan kos sara hidup, keselamatan, perancangan keluarga, kepenggunaan serta agama

Tawaran tender terbuka cari pesawat MH370

Posted: 04 Jun 2014 08:09 AM PDT

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Syarikat mempunyai kepakaran dipelawa menyertai tender bagi mengendalikan pencarian peswat MH370 di dasar laut, bermula Ogos ini.

Tender terbuka itu dikeluarkan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) dan boleh didapati menerusi laman web AusTender, www.tenders.gov.au.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 5.30 petang waktu Australia (3.30 petang waktu Malaysia), 30 Jun 2014.

"Syarikat itu akan menyediakan pakar, peralatan dan kapal bagi mengendalikan pencarian dasar laut bagi mengesan pesawat Boeing 777 di dalam zon ditetapkan iaitu selatan Lautan Hindi," katanya dalam satu kenyataan.

ATSB berkata, pembida yang berjaya dijangka mengendalikan pencarian membabitkan kawasan sehingga 60,000 kilometer persegi berdasarkan komunikasi terakhir pesawat itu dengan satelit Inmarsat.

Yammy jawab isu surat tunjuk sebab

Posted: 04 Jun 2014 08:07 AM PDT



Yammy mengesat peluh anaknya yang selepas diumumkan sebagai calon DAP bagi PRK Parlimen Teluk Intan. Yammy mengesat peluh anaknya yang selepas diumumkan sebagai calon DAP bagi PRK Parlimen Teluk Intan.


IPOH – "Surat itu belum sampai kepada saya lagi," itu jawapan ringkas Yammy Samat, 59, berhubung tindakan Umno menghantar surat tunjuk atas dakwaan membantu kempen anaknya, Dyana Sofya Mohd Daud pada PRK Parlimen Teluk Intan Mei lepas.

Yammy berkata, pihaknya akan meneliti kandungan surat berkenaan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan sama ada mahu menjawab atau terus mendiamkan diri.

"Saya nak lihat dan baca dulu kandungan surat itu, baru pertimbang nak jawab balik atau diamkan diri sahaja.

"Terpulanglah kepada Umno dan MT (Majlis Tertinggi) untuk buat keputusan, nak gantung, nak buang atau nak pecat saya... itu terserah kepada mereka," katanya ketika dihubungi Sinar Harian sebentar tadi.

Terdahulu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, Yammy perlu menjawab surat tunjuk sebab itu dalam tempoh 14 hari bagi dipertimbangkan untuk tindakan seterusnya sebagaimana tertakluk dalam perlembagaan parti itu.

Surat tunjuk sebab itu dilaporkan diserahkan, semalam atas desakan sesetengah pihak yang mahu tindakan diambil terhadap Yammy yang didakwa berkempen untuk Dyana Sofya yang juga calon DAP.

Najib umum subsidi pakej perisian GST kini dibuka

Posted: 04 Jun 2014 08:01 AM PDT

Najib Tun Razak menyampaikan Anugerah Inovasi Perusahaan Kecil dan Sederhaha (PKS) Paling Inovatif kepada Dr Saw Khay Yong (dua, kanan) selepas Pelancaran Pameran Tahunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SMIDEX) 2014 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama Najib Tun Razak menyampaikan Anugerah Inovasi Perusahaan Kecil dan Sederhaha (PKS) Paling Inovatif kepada Dr Saw Khay Yong (dua, kanan) selepas Pelancaran Pameran Tahunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SMIDEX) 2014 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan permohonan untuk e-baucar cukai barang dan perkhidmatan (GST) oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) bernilai RM1,000, kini dibuka.
  
Beliau berkata baucar ini merupakan kaedah mudah, cepat dan berkesan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) membeli atau menaik taraf perisian perakaunan pematuhan GST.
  
Najib membuat pengumuman ini dalam ucaptama pada perasmikan pameran tahunan PKS (SMIDEX) 2014 di Kuala Lumpur Convention Centre, di sini.
  
"Mereka hanya perlu membuat pemohonan secara dalam talian untuk e-baucar ini yang boleh digunakan untuk membeli perisian daripada vendor yang mengambil bahagian.
  
"Saya menggesa PKS supaya tampil dan memanfaatkan bantuan yang disediakan oleh kerajaan ini bagi memastikan peralihan lancar dalam pelaksanaan GST," katanya.

GST akan dilaksanakan berkuat kuasa 1 April 2015 pada kadar 6 peratus menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan.

Kadar cukai jualan dan perkhidmatan kini masing-masing ditetapkan pada 10 peratus dan 6 peratus.

Najib berkata beliau mahu semua pihak berkepentingan, terutama peniaga, memahami dengan jelas mengenai persediaan untuk melaksanakan GST, dan Malaysia juga boleh belajar dari 160 negara, yang sudah melalui cabaran dalam memahami dan melaksanakan sistem percukaian ini.

"Kerajaan memperuntukkan RM100 juta (daripada RM250 juta) untuk melaksanakan program latihan dan kesedaran di seluruh negara menerusi pelbagai saluran," kata Perdana Menteri.

Baki RM150 juta lagi akan diperuntukkan untuk PKS menaik taraf perisian perakaunan masing-masing.

Najib turut mengumumkan bahawa SME Corp akan bekerja bersama-sama Suruhanjaya Sekuriti untuk mewujudkan Platform Dagangan Tidak Tersenarai Malaysia (MyULM), yang akan memudahkan peluang pembiayaan untuk PKS.

Beliau berkata, kerajaan perlu menggalakkan pertumbuhan dan peluasan PKS menerusi pasaran modal, dengan peserta kecil mendapati cabaran besar untuk memasuki pasaran modal secara rasmi berikutan pelbagai syarat, selain kos yang tinggi untuk penyenaraian.

"Bagi memudahkannya, tahun lepas Suruhanjaya Sekuriti mengumumkan MyULM, bagi menyediakan akses kepada modal dan maklumat bagi memudahkan transaksi," katanya.

Najib juga berkata, kerajaan membelanjakan RM13 bilion untuk program pembangunan PKS tahun ini berbanding RM12 bilion tahun lepas.

"Dana ini bukan sahaja daripada kerajaan, malah sektor swasta, dengan hampir 50 peratus daripada dana untuk program itu tahun ini diperoleh daripada sumber sektor swasta," katanya.

Najib melihat usaha sama awam-swasta ini akan memberi manfaat kepada kedua-dua rakan berkenaan, menjadikannya persekitaran perniagaan lebih cergas dan ekonomi yang lebih kompetitif.

Tahun lepas, RM12 bilion dibelanjakan untuk 157 program pembangunan PKS yang menjana hampir 890,000 projek dalam semua sektor ekonomi, meningkatkan produktiviti, mendaftar perniagaan baharu, keuntungan yang tinggi selain lebih banyak peluang pekejaan.

Mengenai komitmen Asean, Najib berkata: "Malaysia kini ke hadapan dalam menyediakan ekonomi untuk penyepaduan yang lebih baik. Matlamatnya, kami mahu Asean menjadi rantau yang lebih kompetitif, terangkum dan bersepadu sepenuhnya dalam persekitaran perniagaan global.

"Bagi PKS Malaysia dan pelabur antarabangsa, Komuniti Ekonomi Asean menjanjikan manfaat sebenar, malah mengubah persekitaran perniagaan, yang memerlukan persediaan rapi."

Pada majlis yang sama, Najib menyampaikan Anugerah Perdana dan hadiah wang tunai RM1 juta kepada KLSMC Stem Cells Sdn Bhd yang dipilih sebagai PKS Paling Inovatif.

Najib sebelum itu menyaksikan majlis bertukar-tukar memorandum persefahaman  usaha sama awam-swasta yang termasuk SME Corp dan Standards Malaysia, Padiberas Nasional Berhad (Bernas) dan Malaysian Debt Ventures (MDV). - Bernama

Pengilang tepung kurangkan bekalan disiasat

Posted: 04 Jun 2014 07:52 AM PDT

Hasan Malek  
Hasan Malek
 
KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang menyiasat sebuah pengilang tepung gandum di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana mengurangkan bekalan kepada pemborong.

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata kerajaan akan bertindak tegas terhadap mana-mana pemegang lesen yang melanggar syarat antaranya mengurang, menyorok atau enggan menjual barang kawalan di pasaran.

"Buat masa ini kementerian hanya mengesan satu jenama yan,g terlibat dan bekalan yang terjejas setakat ini terhad kepada utara Semenanjung," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mana-mana syarikat yang didapati bersalah mengikut akta itu boleh dikenakan penalti RM250,000 untuk kesalahan pertama dan RM500,000 untuk kesalahan berulang.

Tambahnya, KPDNKK juga sedang menimbangkan untuk meluluskan tambahan kuota bekalan tepung gandum sebanyak tujuh peratus pada Jun, Julai dan Ogos sempena Ramadan dan Aidilfitri nanti.

Selain itu, KPDNKK turut serius menangani isu bekalan minyak masak dengan kerjasama Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi termasuk mendapatkan persetujuan menambah 10 peratus kuota minyak masak bagi tempoh berkenaan.

KPDNKK sebelum ini digesa untuk menyiasat dan menyelesaikan isu kekurangan bekalan dua produk itu selepas sebuah persatuan pengguna di Kedah mengadu berlaku masalah kekurangan bekalan minyak masak dan tepung gandum sejak dua minggu lalu. - Bernama

Ugut guru muat naik poster calon DAP, kerajaan keterlaluan

Posted: 04 Jun 2014 07:47 AM PDT

Oleh Azuan Ab Rahman


KUALA LUMPUR: Gangguan pegawai kanan Kementerian Pendidikan terhadap guru yang memuat naik poster calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil Teluk Intan di facebooknya adalah tindakan keterlaluan.

Ini berlaku apabila pegawai berkenaan menghubungi guru tersebut dan turut memberi 'nasihat'.
Pengarah Biro Pendidikan KEADILAN, Abbas Awang berkata, tindakan tersebut yang dianggap beliau sebagai ugutan itu menyekat kebebasan guru untuk bersuara.

abas awang 4"Ini tindakan terkebelakang, kementerian tidak seharusnya menyekat kebebasan guru untuk menyatakan pendirian mereka.

"Dengan sekatan itu, bermakna Kementerian sedang menjadikan mutu guru merosot," kata Abbas kepada Keadilan Daily.

Media melaporkan, seorang guru yang tidak mahu namanya disiar mendakwa dihubungi seorang pegawai kanan kementerian yang meminta guru berkenaan menutup laman facebooknya dan menyatakan beliau sedang 'diawasi'.

Guru yang berkhidmat 16 tahun itu mendakwa, kementerian lebih berminat memantau laman sosialnya berbanding mengambil tindakan terhadap sebilangan guru yang terlibat dalam masalah lebih serius.

Abbas yang juga bekas Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan tidak terkejut dengan tindakan kementerian dan beranggapan ia dilakukan atas arahan pihak tertentu.

Jelasnya, arahan itu dikeluarkan akibat ketakutan dan rasa terancam BN terhadap sokongan guru dan penjawat awam terhadap kemaraan Pakatan Rakyat.

"Inilah punca kualiti pendidikan kita merudum, ada pihak lebih utamakan kuasa politik berbanding berusaha mempertingkatkan mutu pendidikan negara," tegas Abbas.

Selepas kekang dengan akta, Najib beri tekanan dengan saman media

Posted: 04 Jun 2014 07:42 AM PDT

Azuan Ab Rahman


KUALA LUMPUR  : Selepas mengekang media dengan pelbagai akta yang zalim, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini memfaikan saman terhadap portal berita Malaysiakini berhubung artikel berkenaan krisis di Umno Terengganu baru-baru ini.

DSC_01753Tindakan saman ini disifatkan sebagai cubaan kerajaan untuk memberi tekanan kepada pengamal media di negara ini.

Jurucakap Gerakan Media Marah (Geramm), Fazallah Pit ketika dihubungi mendakwa Najib sengaja menggunakan isu teknikal bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap portal berita itu.

"Najib menggunakan isu teknikal untuk ambil tindakan terhadap Malaysiakini.

"Tindakan ini ialah satu bentuk tekanan kepada media," tegasnya.

Malah Fazallah turut mempersoal mengapa Najib tidak menggunakan ruang yang diberi portal berita tersebut untuk membuat penafian terhadap artikel yang disiarkan.

"Kenapa beliau tidak menggunakan ruang yang disediakan oleh Malaysiakini untuk memberi penjelasan berhubung isu yang disiarkan itu?" soalnya.

Tindakkan saman tersebut difaikan di Mahkamah Tinggi pada 30 Mei lalu oleh Najib dan Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh bagi pihak Umno.

Ia dibuat ekoran penyiaran dua artikel mengumpulkan pandangan pembaca dalam isu krisis Terengganu baru-baru ini.

Pengurusan kes ditetapkan pada 18 Jun depan.

Kenyataan menteri bukan jaminan barang tidak disorok

Posted: 04 Jun 2014 07:36 AM PDT

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Para pengguna sudah serik mengalami keadaan ketiadaan barangan kegunaan harian setiap kali menjelang bulan puasa dan musim perayaan.

Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan menyatakan demikian setelah meneliti beberapa laporan berita berkenaan isu penawaran bahan-bahan keperluan asas seperti gula, tepung dan minyak masak dalam pasaran.

Katanya, walaupun semalam Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Tanah Merah memaklumkan bahawa belum menerima aduan berhubung kekurangan bekalan bahan-bahan itu dalam pasaran negeri, berbeza pula dengan apa yang berlaku di Kedah apabila dilaporkan bahawa sejak minggu lepas lagi para pengguna berhadapan dengan masalah kekurangan bekalan minyak masak dan tepung gandum serta kenaikan harga barangan itu.

Menruutnya, kenyataan Menteri KPDNKK, Datuk Seri Hasan Malik semalam bahawa bekalan bahan-bahan itu mencukupi untuk sepanjang bulan Ramadan bukanlah suatu jaminan yang pasti dan kuat untuk mengelakkan gejala menyorok barang dan memanipulasi harga daripada berlaku.

"Al-Ihtikar atau perbuatan menyorok barangan keperluan awam dalam keadaan masyarakat sangat berhajat kepadanya yang dilakukan dengan tujuan untuk menjualnya semula dengan harga yang lebih tinggi bagi mengaut keuntungan yang lebih besar adalah perbuatan yang memperlihatkan keburukan akhlak dan etika dalam perniagaan berpunca daripada sikap tamak dan rakus," ujarnya kepada Harakahdaily.

Tambahnya lagi, kesan daripada perbuatan itu khususnya oleh pemborong akan menyebabkan para peruncit pula terpaksa mengehadkan penjualan kepada para pembeli dan ada pula sebahagian daripada mereka yang mengambil kesempatan untuk menaikkan harga.

Natijahnya, kata beliau para pengguna yang mendapat kesan negatif kerana kekurangan barang-barang keperluan harian di samping harga yang terus melambung tinggi.

Oleh yang demikian, beliau sangat berharap agar kerajaan dapat mengadakan tindakan lebih proaktif bagi membendung segera gejala itu sebelum tibanya Ramadan dan musim perayaan Idul Fitri akan datang.

Justeru, tegasnya para pemborong dan peruncit yang berpotensi melakukan salah laku ini harus dipantau oleh pihak penguatkuasa dan jika disahkan mereka melakukannya, tindakan membatalkan lesen pernigaan mereka perlu dibuat bagi memberi pengajaran kepada peniaga-peniaga yang lain. -

PKR pecat keahlian ketua pengawas pemilihan

Posted: 04 Jun 2014 07:34 AM PDT

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: PKR memecat keahlian seorang Ketua Pengawas Pemilihan parti itu kerana didakwa menyalahguna kuasanya semasa proses pengundian.

Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata, Azrai Abdullah dari cabang Hulu Langat dipecat selepas didakwa menyalahgunakan kedudukan sewaktu proses pengundian di Cabang Batang Sadong pada 26 April lalu.

Melalui satu kenyataan, beliau juga memaklumkan tiga lagi turut digangtung keahlian atas kesalahan masing-masing.

Jol Jolhi Bee dari cabang Batang Sadong diberi surat tunjuk sebab dan digangtung keahlian sehingga siasatan selesai.

Beliau didakwa memenangi jawatan Ketua Cabang Batang Sadong tanpa bertanding, dan didakwa terlibat menanda kertas-kertas undi lain sewaktu proses pengundian di Cabang Batang Sadong pada 26 April 2014.

Dua lagi digangtung keahlian selama setahun iaitu Shanmuganathan a/l Velu dan Patmanathan a/l Nadarajah dari cabang Selayang.

Kedua -dua mereka didapati terlibat merempuh masuk ke dalam dewan dan mengganggu proses pengundian di Cabang Selayang pada 11 Mei 2014.

Keputusan itu dibuat selepas diteliti lembaga disiplin PKR dan dibentangkan kepada mesyuarat Biro Politik parti itu semalam yang dipengerusikan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sementara itu penggantungan terhadap dua anggotanya Norizan Omar dan Azman Yaakob dari cabang Selayang ditarik balik dan hanya diberi amaran keras.

Keputusan itu dibuat selepas sesi pendengaran yang diadakan pada 31 Mei lalu.

Cadbury: Jakim kata halal, rakyat tetap tolak

Posted: 04 Jun 2014 07:31 AM PDT

MUHAMMAD FAIZAL


KUALA LUMPUR: Tindakan tergesa-gesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengumumkan status halal dua produk coklat Cadbury tetap menimbulkan keraguan kepada pengguna.

Kajian undian Harakahdaily yang dilakukan mulai 2 Jun lalu mendapati 94.2 peratus tidak akan membeli produk tersebut walaupun ia telah disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Sementara itu, 5.8 peratus pula akan membelinya berhubung kajian secara undian dengan soalan 'JAKIM sahkan tiada DNA Babi dalam coklat Cadbury. Adakah anda akan membelinya seperti biasa' membabitkan 1,828 pengunjung.

Jamil Khir yang mengumumkan status dua produk coklat Cadbury yang sebelum ini dikatakan tercemar DNA babi sangat mengejutkan kerana sebelumnya Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah mengeluarkan maklumat mengenai kandungan DNA itu.

Jakim sebelum ini mengesahkan dua sampel produk coklat berkenaan yang diambil terus dari kilang syarikat itu disahkan oleh makmal Jabatan Kimia, tidak mengandungi DNA babi.

Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menolak kemungkinan berlaku pencemaran terhadap kedua-dua sampel coklat Cadbury yang diambil di pasaran untuk dianalisis di makmal sebelum ini.

Dr Noor Hisham berkata kedua-dua sampel coklat yang dikesan mengandungi DNA babi (porcine) itu memang diambil di pasaran, bukan dari kilang dan kemungkinan berlaku pencemaran.

Rakyat makin terbeban sistem baru subsidi minyak

Posted: 04 Jun 2014 07:28 AM PDT

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa membentangkan cadangan sistem subsidi baru petrol dan diesel di Parlimen untuk dibahaskan bagi mengambil kira bebanan rakyat yang sedia terbeban akibat menanggung kenaikan harga barang, sebelum sebarang keputusan dibuat.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, dalam keadaan harga barang terus meningkat dan tangga gaji masih belum berjaya dilonjakkan, sebarang perubahan drastik terhadap harga petrol dan diesel sudah tentu akan mempunyai kesan berganda kepada harga barang.

Beliau menambah, rakyat perlu diberikan masa secukupnya, sekurang-kurangnya setahun untuk memberi pandangan sebelum sistem baru ini berkuatkuasa, mengambil kira kesusahan yang dialami rakyat akibat kenaikan harga petrol, elektrik, gula dan barang-barang keperluan lain.

"Jadi Barisan Nasional (BN) wajar membentangkan cadangan rombakan sistem ini ke Parlimen sebelum membuat sebarang keputusan," katanya dalam satu kenyataan.

BN dilaporkan kini sedang memuktamadkan satu sistem subsidi baru petrol dan diesel untuk golongan tertentu mengikut kadar pendapatan.

Setakat ini, laporan menyebut jumlah pendapatan yang dipertimbangkan adalah RM5,000 ke bawah, manakala individu berpendapatan lebih RM10,000 sebulan perlu membeli pada harga pasaran.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan juga bimbang kemungkinan wujudnya pasaran gelap petrol dan diesel jika sistem baru subsidi itu tidak diperhalusi serta dibincangkan secara terbuka.

Beliau khuatir sekiranya sistem baru subsidi ini tidak diperhalusi dan dibincangkan secara terbuka, apabila dilaksanakan kelak ia mewujudkan pasaran gelap petrol dan diesel yang menimbulkan masalah baru lebih besar dari masalah penyeludupan sedia ada kerana ia melibatkan lebih ramai orang dan rakyat biasa.

"Contohnya jika harga subsidi seliter petrol RM2.10 dan harga pasaran adalah RM2.80 seliter, pasaran gelap boleh berlaku apabila kumpulan yang dibenarkan membeli petrol dan diesel pada harga subsidi menjualnya pada harga RM2.30 seliter kepada ejen pasaran gelap, manakala ejen pasaran gelap menjualnya pada harga RM2.50 seliter kepada syarikat, pengusaha dan orang persendirian yang membeli melalui pasaran gelap," ujarnya.

Ini, ujar beliau sudah tentu tidak berbaloi apabila dibandingkan dengan kepayahan yang dihadapi rakyat akibat kenaikan harga petrol dan diesel serta kesan kenaikan berganda kepada harga barang, sedangkan ketirisan subsidi petrol dan diesel yang dijadikan alasan untuk menukar sistem makin berleluasa.

Di antara Yammy dengan Dr Mahathir, Yammy lebih setia kepada UMNO

Posted: 04 Jun 2014 12:35 AM PDT


Aku tak pernah haramkan Umno atau keluar dari parti.
ASPAN ALIAS


Hasil dari penyertaan Dyana Sofia sebagai calon DAP dalam pilihanraya Teluk Intan yang baru selesai, ibu kepada Dyana menjadi isu besar kepada UMNO. Ramai dari dalam UMNO mahu Yammy diambil tindakan atau dipecat dari keahliannya dari UMNO. Yammy dituduh berkempen habis-habisan untuk anaknya calon DAP itu dan kata mereka (UMNO) Yammy patut dipecat dari parti kerana dikatakan sebagai ahli yang tidak setia kepada UMNO itu.

Saya berpendapat kita wajar memberikan definasi 'setia' itu dahulu. Kita mesti memahami apakah dia yang dikatakan kesetiaan kepada UMNO itu sebelum kita menuduh Yammy sebagai tidak setia kepada parti.

Bagi saya jika seseorang itu setia kepada parti ia perlu menjaga kebersihan perjuangan parti itu. Bagi saya seseorang ahli atau pemimpin UMNO yang rasuah dan salah menggunakan kuasa itu juga adalah ahli atau pemimpin yang tidak setia. Seseorang yang setia tidak akan melakukan rasuah dan menyalah gunakan kuasa. Seseorang yang setia kepada parti tidak akan membunuh partinya seperti yang berlaku kepada UMNO itu pada tahun 1988 dahulu.

Bagaimana kita hendak menganggap setia kepada UMNO itu jika mereka berunding untuk membunuh parti itu dan menggantikannya dengan parti yang baru? Yang lebih mengelirukan parti yang baru itu menggunakan nama parti yang dibunuhnya. Katakan kepada saya, setiakah pemimpin yang saya maksudkan ini?

Yammy tidak ada rekod meminta UMNO asal itu dibunuh, malahan beliau telah bertungkus lumus bersama saya semasa UMNO terbunuh itu untuk menghidupkan UMNO asal itu. Kami telah meminta rakyat menyokong Semangat 46 yang menjanjikan untuk menghidupkan UMNO asal itu jika mendapat mandat rakyat. Tetapi rakyat dikelirukan maka parti Semangat 46 tidak berjaya untuk memenangi pilihanraya 1990 dahulu untuk menghidupkan UMNO yang dibunuh oleh mereka yang mengaku setia kepada parti itu.

Maka wujudlah parti baru yang juga diberikan nama UMNO dan terus memerintah negara sehingga hari ini. Sejak itu rasuah berluas-luasa dilakukan oleh pimpinan UMNO yang kini menuduh Yammy Samat sebagai tidak setia. Kita tahu jika pemimpin UMNO itu rasuah maka itu merupakan tindakan 'insubordination' terhadap UMNO kerana UMNO ditubuhkan untuk melaksanakan pentadbiran negara yang baik pada asalnya.

Bagi saya apa sahaja tindakan yang menghasilkan beliau menjadi seperti hari ini adalah disebabkan beliau setia kepada UMNO dan menentang segala kemungkaran politik dan ekonomi yang dilakukan oleh pimpinan-pimpinan UMNO hari ini.

Saya hendak memetik kata-kata Dr Mahathir yang mengkritik Yammy tidak mendidik anaknya untuk setia kepada UMNO. Dr Mahathir telah meminta semua orang memberikan cerita dan sejarah tentang perjuangan UMNO. Sebenarnya Yammy yang saya kenali begitu rapat, telah melakukan apa yang diminta oleh Dr Mahathir itu. Hasilnya apabila anaknya Dyana mengetahui segala cerita yang diceritakan oleh ibunya, maka anaknya mengambil tindakan menyertai DAP kerana Dyana tahu bagaimana parti UMNO itu dibunuh dan digantikan dengan parti baru yang senama dengan UMNO yang dibunuh itu.

Lagi ramai orang mendengar nasihat Dr Mahathir untuk memberikan cerita sebenarnya tentang UMNO itu saya rasa lebih ramai anak-anak muda akan meninggalkan UMNO itu kerana mereka tahu cerita sebenarnya tentang kekotoran yang dilakukan oleh pimpinan UMNO itu.

Saya bersetuju dengan nasihat Dr Mahathir itu dengan memberikan segala cerita perjuangan UMNO itu terutamanya bagaimana UMNO itu dibunuh dan sebagainya. Tetapi Dr Mahathir jangan menyalahkan mereka meninggalkan UMNO itu kerana mereka terlalu marah dengan apa yang dilakukan oleh pimpinan UMNO seperti Dr Mahathir membunuh parti itu. Mahathir sepatutnya meminta ahli-ahli UMNO untuk tidak bercakap tentang sejarah UMNO itu kerana jika diceritakan sejarahnya bagaimana hendak mengelak dari menceritakan bagaimana UMNO itu dibunuh oleh beliau?

Bagi saya, saya menulis posting ini untuk mempertahankan Yammy Samat dari tuduhan jahat setengah pihak dalam UMNO itu. Sesungguhnya Yammy lebih setia kepada UMNO jika dibandingkan dengan Dr Mahathir, Najib atau pun Muhyidin Yassin serta pemimpin lain dalam UMNO itu.

Yammy tidak pernah mengambil wang kerajaan beratus juta ringgit untuk membela lembu yang akhirnya wang-wang tersebut digunakan untuk membeli kondominium mewah di merata negara dirantau ini.

Yammy tidak pernah menggunakan wang rakyat berbillion ringgit untuk menyelamatkan perniagaan anaknya. Yammy tidak pernah terlibat dengan seks luar tabii dan tidak pernah membeli sebentuk cincin dengan harga puluhan juta ringgit.

Bagi saya apa yang berlaku kepada UMNO sekarang ini adalah kerana pemimpin-pemimpin dan ahli serta kroni yang tidak setia kepada parti, malahan mereka adalah makhluk perosak yang telah menjahanamkan UMNO itu sejak tiga dekad yang lalu.

Itu sebabnya saya selalu mencadangkan supaya UMNO memilih untuk mencari imej baru dengan meminta seluruh anggota majlis teringgi parti itu meletakkan jawatan dan memberikan kepada seorang pemimpin yang boleh dan berkemampuan untuk membawa imej dan aura baru kepada parti itu.

Bak kata Tengku Razaleigh Hamzah jika Almarhum YTM Tunku masih hidup beliau akan membidas semua ahli politik negara kini, baik dari kerajaan mahu pun dari pembangkang.

Sesungguhnya kita memerlukan seorang yang berpengalaman untuk membawa perubahan baru kepada sistem politik yang sekarang ini sudah reput dan akan pecah tidak berapa lama lagi. Keperluan ini adalah 'urgent' dan tidak boleh berlengah lagi.

Jika perlu TR keluar untuk melakukan pembersihan kepada politik kotor yang ada pada hari ini, lakukanlah sekarang. Bagi saya TR lebih 'magnanimous' dari banyak pimpinan yang lain dan itu merupakan 'attribute' yang sangat diperlukan untuk mencapai matlamat dan 'ultimate' negara, iaitu untuk mencapai perpaduan kaum dengan kerajaan yang lebih bersih dari apa yang kita saksikan hari ini.

Kekalahan di Teluk Intan jangan jadi faktor keretakan Pakatan Rakyat

Posted: 04 Jun 2014 12:33 AM PDT

MSO


UBN disamping bergembira kerana berjaya merampas semula kerusi Teluk Intan, mereka juga suka kalau kemenangan tipis itu memberi masalah kepada Pakatan Rakyat. Umno khasnya mahu melihat Pakatan Rakyat "berkucah" dengan kekalahan itu seterusnya boleh meretakkan kepaduan dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Walhal UBN sendiri tidak begitu berpuas hati dengan kemenangan itu, tetapi mereka berasa terubat apabila Pakatan Rakyat "berseliheng" - tidak sekata dengan analisa atau dapatan keputusan yang tidak memihak kepadanya itu. Kini ada beberapa kenyataan keluar dari mulut sesetengah pemimpin PR khasnya DAP yang kurang manis dan boleh mengilankan hati pihak lain.

Misalnya kenyataan Gobin Singh Deo, yang membuat kenyataan, faktor kekalahan Dyana Saofya itu disebabkan kerana isu hudud yang dibawa oleh Pas. 25% kemerosotan undi Cina kepada DAP itu beliau meletakkan kepada kesungguhan kerajaan Pas Kelantan hendak melaksanakan hudud.

 Sudah tentu pandangan Gobin Singh Deo itu tidak disenangi oleh orang Pas. Kenyataan Gobin itu terlalu cepat tanpa meneliti sebab-sebab lain, dan seperti tergesa-gesa meletakkan kepada masalah hudud. Cara kurang bijaksana Gobin itu menyebabkan dia akan dilihat seperti memcemuh Pas. Seakan Gobind Singh Deo bergaduh dengan hudud dan mahu menyambungkan kerja gemulah ayahnya yang sering mengeluarkan kenyataan kontroversi mengenai hudud.

Dalam PR memerlukan semangat yang kuat dan persefahaman tinggi serta mengenali sesuatu masalah itu dengan baik untuk berdepan dengan BN, sepatutnya Gobin tidak seterus terang itu menyalahkan Pas. Kalau pun dia yakin puncanya kerana hudud tetapi dia harus juga mengemukakan punca lain yang menjadi penyebab utamanya.

Dengan mengambil kira undi Melayu untuk DAP bertambah 2% ia memberi petanda baik bahawa kehadiran calon Melayu (Dyana Sofya) mendapat sokongan Melayu. Adapun kenapa ia tidak besar adalah sebab-sebab lain yang DAP sendiri harus menyelidiki dan mengakui kelemahan mereka.

Saya sudah bilang suasana pilihan raya di Teluk Intan berbeza dengan pilihan raya kecil di Kajang ataupun Bukit Gelugur. Kedua pilihan raya itu berlangsung dalam negeri yang dikuasai Pakatan, manakala sebaliknya di Teluk Intan. Sudah tentu ia juga akan memberi natijah berbeza. Tetapi hal itu nampaknya dikesampingkan kerana terlalu confident dengan kemenangan besar calon DAP sebelum ini dengan majoriti lebih 7,000.

Satu segi keputusan DAP meletakkan Dyana Sofya sudah kira betul dan tepat dalam usaha parti berkenaan untuk menarik perhatian orang Melayu kepada parti berkenaan dan menjadikan DAP merentasi garisan tegaknya selama ini. Tetapi ia bukan cukup setakat Dyana itu saja kerana masih ada kekurngan-kekurangan lain. Usia muda, kurang pengalaman Dyana serta dia bukan anak tempatan juga faktor kekalahan. Kalau Dyana merupakan tokoh hebat dan sudah ada jasa politiknya seperti Lim Kit Siang mungkin masalah anak tempatan atau tidak, itu tidak menjadi faktor.

Beberapa perbezaan dan kelebihan yang ada kepada Mah Siew Keong seperti mana disebut Ahmad Maslan itu walaupun ia sifir budak-budak, tetapi ia diterima oleh pengundi lama. Pengundi veteran Cina sukar untuk pejam mata menindakkan Mah. Hal itu juga harus dilihat dan turut sama dijadikan bahan kajian oleh DAP untuk masa akan datang.

Adalah dibimbangkan sekiranya hudud dijadikan faktor kekalahan Dyana ia boleh menimbulkan rasa tidak senang dipihak Pas. Pas walaupun harus memikul risiko kekalahan itu, tetapi ia bukan bahu utama. Janganlah Pakatan Rakyat bergaduh dan berpecah kerana hudud. Saya tetap berpendirian hudud bukan menjadi faktor besar kepada kekurangan undi kepada Pakatan Rakyat, kerana hudud adalah isu politik yang dilihat sebagai isu agama yang menakutkan. Apa juga isu agama yang dipolitikkan sudah difahami oleh rakyat. Jadi ia bukan menjadi halangan utama. Tugas di sini menyedarkan pengundi memahami isu-isu seperti itu.

Justeru kalangan pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya dari DAP hendaklah melihat dengan penuh rasional mengenai isu hukum hudud agar orang ramai tidak tersimpul dalam jerat UBN menggunakan tali hudud untuk mengelirukan rakyat dan juga pimpinan Pakatan sendiri. Tugas ini yang penting daripada menolak hudud secara gasan. Di sini, tindakannya ialah turut memberi penerangan. Jangan menyalahkan Pas kerana ia membawa isu itu. Pas tidak boleh mendiamkan kerana ia juga tuntutan dan menjadi modal politiknya.

Kalau Gobin Singh Deo atau mana-mana pemimpin DAP mahukan Pas meninggalkan hudud sebagai isu politiknya, samalah seperti menyuruh orang-orang Pas menanggalkan serban dan mencukur janggut, mereka tidak akan berbuat kerana status sunnah itu samalah dengan turban yang dipakai sesetengah orang Sikh. Adalah malang kalau kekalahan DAP di Teluk Intan itu ditala ke arah Pas gara-gara hudud kandati ianya ada memberi sumbangan kecil ke arah itu.

Mengenai hudud ini yang menjadi masalahnya, kedua-dua pihak membesarkan sesuatu itu yang tidak perlu dibesarkan sebaliknya isu seperti hudud itu perlu difahami, bukan dipersoalkan. Kalau sikap ini dapat diambil apa yang dibimbangkan (dakwa) Gobin Singh Deo itu tidak akan berlaku

[VIDEO & GAMBAR] Kuantan Diserang Jutaan Kupu-kupu Gergasi

Posted: 04 Jun 2014 12:28 AM PDT

KELAB GREENBOC


Kupu-kupu gergasi muncul dipengaruhi banyak faktor


KUANTAN - Kemunculan jutaan kupu-kupu gergasi sejak seminggu lepas di bandar ini menimbulkan banyak tanda tanya dalam kalangan penduduk di sini dan pelancong luar.

Serangga bersayap ini dilihat sangat aktif pada waktu malam dan sering mengurumuni kawasan yang melimpahkan cahaya lampu amat terang.

Malah, ia turut mengerumuni padang Stadium Darul Makmur ketika perlawanan bola sepak Pahang menentang Johor Darul Takzim dalam saingan separuh akhir Piala FA Jumaat lepas.

Profesor Entomogi Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Universiti Sains Malaysia Profesor Che Salmah Mat Rawi berkata serangga 'misteri' ini dikenali dengan nama saintifiknya Lyssa Zampa Docile.

Beliau berkata pelbagai teori boleh dikaitkan dengan kemunculan kupu-kupu termasuk faktor perubahan cuaca yang menyebabkan peningkatan mendadak serangga itu di bandar ini.

"Lazimnya, serangga ini mendiami kawasan tanah tinggi tetapi ada kemungkinan ia boleh didapati dengan banyak di kawasan penanaman atau kawasan pembangunan terutama pada Mei hingga Ogos setiap tahun.

"Serangga yang bersifat nokturnal ini sangat aktif pada waktu malam dan akan mudah tertarik dengan cahaya lampu. Pada siang hari, ia akan berehat dan mendiami kawasan teduh dan sejuk seperti di bumbung-bumbung rumah atau di kaki pokok-pokok besar," katanya ketika dihubungi di sini.

Prof Che Salmah berkata faktor tarikan lampu, perubahan cuaca, banyak sumber makanan serta tiada musuh yang mengancam keselamatan serangga ini turut mempengaruhi kemunculannya.

"Walaupun kajian menyatakan serangga ini tidak beracun, namun ia boleh menyebabkan kegatalan pada kulit jika disentuh.

"Bulu pada kepak serangga ini juga boleh mengganggu penafasan dan amat sensitif terhadap penghidap penyakit lelah," katanya. - Bernama 


LIHAT VIDEO DI SINI


Pelayar British dakwa nampak MH370 terbakar berdekatan Thailand

Posted: 04 Jun 2014 12:06 AM PDT

 OLEH JAMILAH KAMARUDIN


 Selepas hampir tiga bulan hilang, MH370 masih gagal ditemui terutama selepas pencarian di selatan Lautan Hindi didapati hanya sia-sia. Gambar fail.
Selepas hampir tiga bulan hilang, MH370 masih gagal ditemui terutama selepas pencarian di selatan Lautan Hindi didapati hanya sia-sia. Gambar fail.


Seorang pelayar laut warga Britain mendakwa melihat pesawat Boeing 777 terbakar berdekatan Thailand pada pagi MH730 dilaporkan hilang, menurut laporan media Australia News Corp Australia Network.

Katherine Tee memberitahu kerajaan Australia, semasa belayar di Lautan Hindi pada Mac lalu, beliau melihat kepulan asap hitam naik ke langit, dipercayainya berpunca daripada pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang.

Beliau yang ketika itu belayar dari Kochi, India menuju ke Phuket, Thailand bersama suaminya, Marc Horn melihat objek seakan pesawat besar terbakar di tengah laut.

 "Saya rasa saya nampak satu pesawat terbakar di seberang belakang buritan kami dari arah kanan pelabuhan, kira-kira dari utara ke selatan.

"Saya fikir perkara itu bukan sesuatu kejadian normal yang dapat dilihat setiap hari.

 "Ketika itu saya sedang melihat satu objek seolah-olah pesawat panjang mengeluarkan cahaya jingga terang, dengan kepulan asap hitam keluar di belakangnya.

 "Terlintas di fikiran kemungkinan ia hanya meteorit tetapi agaknya mungkin saya sudah mula hilang akal," kata Katherine dalam tulisannya di website pelayaran, Cruisers' Forum. Selasa lalu,

Katherine memberitahu akhbar Thailand, Phuket Gazette, semasa malam kejadian antara 7 hingga 8 Mac beliau sedang berjaga di atas kapal layar miliknya yang bersaiz 40 kaki.

 "Ia menarik perhatian saya kerana saya tidak pernah melihat sebuah pesawat bercahaya jingga sebelum ini lalu membuatkan saya terfikir apa benda itu.

 "Saya nampak jelas susuk badan pesawat itu, ia nampak lebih panjang daripada biasa. Kemudiannya asap tebal berwarna hitam mula berkepul keluar.

 "Pada masa sama, ada dua pesawat lain berlegar di atasnya dan kemudian terbang pergi ke arah bertentangan.

"Pesawat itu ada lampu penunjuk arah biasa. Seingat saya kemungkinan ada pesawat lain yang melaporkan kejadian terbabit jika mereka nampak sama seperti apa yang saya lihat," katanya.

Katherine dan pasangannya tiba di Phuket dua hari kemudian, tetapi beliau tidak melaporkan insiden itu kepada Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) sehingga Ahad.

 Wanita berusia 41 tahun yang menghabiskan masa 13 bulan di laut itu berkata, dia tidak membuat laporan kerana ketika itu mengalami masalah rumah tangga dan berasakan fikirannya mungkin terganggu.

 "Jadi semasa kami sampai ke darat semua orang sedang bercakap tentang kehilangan pesawat dan "Memandangkan saya ragu-ragu dengan apa yang sana nampak dan emosi saya juga kurang stabil, saya menafikan apa yang saya lihat. Lebih pula saya beranggapan mereka mungkin dapat menjumpainya," katanya.

Tetapi laporan media sepanjang hujung minggu menyiarkan tentang misi pencarian kapal terbang yang hilang membangkitkan perasaan pasangan itu untuk menyemak semula data log pelayaran mereka.

 "Malam ini saya dengar mereka sedang mencari di tempat yang salah, jadi saya dan suami buka semula log GPS kami dan yakin apa yang kami nampak sebelum ini konsisten dengan maklumat yang disahkan pihak berkuasa tentang MH370," katanya.

Horn, 50, kemudian menyiarkan peta laluan pelayaran mereka dalam laman web Cruiser's Forum selepas mendapati kapal layar mereka berada di sekitar kawasan MH370 mengeluarkan cahaya semasa malam kejadian pesawat itu hilang.

Katherine kini percaya mereka pernah berada berdekatan dengan laluan penerbangan itu dan mendakwa peta mereka juga menunjukkan MH370 melintasi kapal layar mereka.

 "Bukti beserta laporan penuh data rekod pelayaran kami ini meyakinkan kami untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa yang berkaitan," katanya.

Shahir nafi intim dengan Erra Fazira

Posted: 03 Jun 2014 11:57 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Penyanyi popular, Shahir Zawawi, menafikan dirinya mempunyai hubungan intim bersama primadona filem Melayu alaf baharu, Erra Fazira. 
 
Juara Akademi Fantasia musim kelapan itu turut mendakwa, dirinya tidak pernah mengeluarkan kenyataan kononnya beliau sedang mengenali hati budi aktres jelita yang juga penyanyi terkenal berusia 40 tahun itu. 
 
Bagaimanapun Shahir, 25, mengaku beliau pernah keluar bersama bekas isteri Engku Emran Engku Zainal Abidin itu, namun atas urusan kerja. 
 
Tegas pemuda terbabit, mereka berbuat demikian kerana bintang jelita berkenaan ada menawarkannya sebuah watak dalam pementasan teater. 
 
Berasakan ada pihak cuba memanipulasi kenyataannya kepada sebuah program hiburan TV, baru-baru ini, penyanyi yang dikenali dengan lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu menegaskan, hubungannya dengan Erra sekadar kawan dalam industri seni dan tidak pernah timbul isu mereka sedang mengenali hati budi masing-masing. 
 
Tidak mahu lagi dipalitkan dengan kontroversi percintaan bersama wanita lebih tua daripadanya, Shahir sebaliknya mahu menumpukan kepada kerjaya muzik dan kembali aktif dalam industri seni suara, setelah agak lama menyepikan diri. 
 
Sebelum ini, artis dari Perak ini pernah dikaitkan bercinta dengan pelakon, Rozita Che Wan. 
 
"Saya tidak tahu macam mana boleh timbul isu kami intim dan sedang mengenali antara satu sama lain. Kalau dilihat balik kenyataan saya kepada hlive!, saya tiada pun menyebut mengenai perkara itu. 
 
"Memang kami pernah berjumpa dan keluar bersama beberapa kali, tetapi itu semua atas urusan kerja. Beliau ada menawarkan saya watak Hang Nadim dalam teater Tun Teja, yang akan dipentaskan bulan ini. Disebabkan kesuntukan masa dan saya juga mahu menumpukan kepada single terbaharu, Cerita Kita, jadi saya terpaksa menolaknya," kata Shahir ketika ditemui sewaktu menghadiri sebuah majlis di ibu kota, kelmarin. 
 
Menurutnya, spekulasi yang timbul sejak bulan lalu itu turut memeranjatkan Erra, yang turut bertanyakan hal berkenaan kepadanya. 
 
Shahir berkata, beliau sendiri sudah menjelaskan perkara sebenar kepada wanita terbabit. 
 
"Tiada apa yang perlu saya risaukan kerana memang tak ada hubungan istimewa antara kami," ujar Shahir sambil menafikan dirinya cuba melarikan diri daripada pihak media berhubung perkara itu sebelum ini, sebaliknya berada di kampung atas urusan keluarga.

UMNO hantar surat tunjuk sebab kepada ibu Dyana Sofya

Posted: 03 Jun 2014 11:50 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: UMNO menghantar surat tunjuk sebab kepada Yammy Samat hari ini kerana didakwa berkempen untuk anak perempuannya, Dyana Sofya Mohd Daud, calon DAP pada Pilihan Raya Kecil Teluk Intan baru-baru ini.
 
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, Yammy perlu menjawab surat tunjuk sebab itu dalam tempoh 14 hari bagi dipertimbangkan untuk tindakan seterusnya sebagaimana tertakluk dalam perlembagaan UMNO.
 
"Jika tiada jawapan, terpulang kepada parti sebab tugas saya telah selesai dan saya hanya menjalankan tugas," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Guru anjuran Yayasan Pendidikan Cheras di sini hari ini.
 
Tengku Adnan, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, mengulas desakan sesetengah pihak yang mahu tindakan diambil terhadap Yammy yang didakwa telah berkempen untuk Dyana Sofya.
 
Yammy sebelum ini dilaporkan berkata beliau berharap kekal bersama UMNO dan terpulang kepada parti itu untuk menentukan kedudukannya.
 
Pada PRK Teluk Intan Sabtu lalu, Dyana Sofya, 27, tewas dengan majoriti 238 undi kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong, 53. - BERNAMA

Khairy sokong PM saman Malaysiakini

Posted: 03 Jun 2014 11:48 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic



SHAH ALAM: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyokong langkah tegas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tindakan saman terhadap portal berita pro-pembangkang Malaysiakini.com.

Beliau berkata, langkah tersebut penting kerana kebebasan media dan hak bersuara yang diberikan oleh kerajaan bukan bererti kebebasan untuk melaporkan fitnah.

"Bagus bahawa PM mengambil sikap agresif dengan saman fitnah terhadap Malaysiakini. Kebebasan bersuara bukan bermakna kebebasan untuk menipu atau menyiarkan penipuan," katanya dalam laman Twitter.


 
Hari ini, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh memfailkan saman fitnah terhadap syarikat, ketua editor dan ketua pengarang laman web portal Malaysiakini berhubung penerbitan dua artikel bulan lepas.
 
Writ saman difailkan menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak pada Jumaat lalu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur dan pihak media memperoleh writ saman itu.
 
Najib dan Ab Rauf menamakan syarikat Mkini Dotcom Sdn Bhd, Ketua Editor Malaysiakini.com Steven Gan dan Ketua Pengarang Fathi Aris Omar sebagai defendan pertama hingga ketiga.
 
Dalam pernyataan tuntutan, Najib dan Ab Rauf mendakwa ketiga-tiga defendan melaporkan, mengeluarkan dan membenarkan penerbitan dua artikel berasingan yang bertajuk "A case of the PM reaping what he sows" dan "How much will Najib spend to keep Terengganu?".
 
Kedua-dua artikel fitnah itu didakwa diterbitkan pada 14 Mei lalu.
 
Khairy dalam ruangan Twitternya bagaimanapun cuba dikritik oleh pengikut akaunnya yang kononnya mahu mempertahankan Malaysiakini dengan mengatakan bahawa media arus perdana pro kerajaan turut menghadapi tindakan saman.

Namun, Ketua Pemuda Umno itu mematahkan hujah pengikut itu dengan berkata: "Apa hujah anda? Siapa fitnah patut kena saman."

"Sekiranya MSM (Majlis Sukan Malaysia (MSM) didapati menipu maka mereka juga berhak disaman. Begitu juga kepada online portal, itu sahaja."

Ahli Parlimen Rembau itu menambah, pembangkang  tidak layak untuk memperjuangkan kebebasan media kerana akhbar-akhbar milik parti itu turut disaman berulang kali.

"Macam Suara Keadlilan kena "@megreat: kalau mouthpiece parti sendiri kalah saman fitnah berpuluh kali, tak layak sembang 'freedom of speech"

Saintis kaji misteri bunyi bawah laut ketika kali terakhir MH370 dikesan satelit

Posted: 03 Jun 2014 11:42 PM PDT

ANTARAPOS.COM
Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Sekumpulan saintis antarabangsa sedang mengkaji satu bunyi misteri berfrekuensi rendah bawah laut yang dikesan pada masa yang sama ketika pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 dilaporkan dikesan kali terakhir oleh radar satelit.
 
Bunyi terbabit dikatakan berasal dari selatan negara India.
 
Ia percayai telah merentasi Lautan Hindi dan telah dikesan oleh dua alat penerima (receiver) sekitar pesisiran pantai dan selatan Perth, Australia, lapor laman berita United Kingdom, Telegraph.
 
Namun lokasi asal isyarat itu adalah hampir lima ribu kilometer dari barat laut Australia, yang mana lokasinya tidak sama dengan lokasi carian MH370 di Australia yang dibuat berdasarkan data satelit Firma British, Inmarsat sebelum ini.
 
Walau bagaimanapun, kekuatan bunyi tersebut adalah di luar lingkungan pendengaran manusia.
 
Telegraph turut memetik laporan New York Times yang menemubual Ahli Sains Marin dari Universiti Curtin, Alec Duncan mengenai bunyi tersebut.
 
Duncan berkata beliau menganggarkan hanya terdapat 25 hingga 30 peratus peluang untuk bunyi tersebut datang dari pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac yang lalu.
 
"Hanya 25 hingga 30 peratus kebarangkalian bunyi tersebut datang dari pesawat MH370, walaupun rendah namun berbaloi untuk dikaji" kata Duncan kepada New York Times.
 
Kata Duncan lagi, bunyi tersebut telah dikesan oleh alat penerima yang biasanya beroperasi untuk memantau aktiviti ikan paus.
 
Sementara itu, dalam laporan yang sama dari Telegraph menyatakan bahawa seorang wanita British, Katherine Tee, 41 memberitahu Thailand Gazette  bahawa dia dan suaminya ada terlihat sebuah pesawat terbakar ketika belayar dari Lautan Hindi ke Thailand.
 
Tee mendakwa kejadian berkenaan disaksikan olehnya pada 8 Mac namun hanya membuat laporan mengenainya pada keesokan harinya.
 
"Ketika itu saya nampak sebuah pesawat terbakar, seluruh badan pesawat diselubungi api yang marak dan asap hitam berkepul-kepul.
 
"Saya fikir mungkin saya hilang akal seketika, objek tersebut menarik perhatian saya. Ia kelihatan berwarna jingga terang dan bersaiz lebih panjang dari kapal terbang biasa" beritahu Tee kepada Thailand Gazette.
 
Menurut Tee lagi, pada masa yang sama dia terlihat pesawat lain berdekatan dan menyangka mereka pasti telah membuat laporan berkenaan pesawat yang terbakar itu.
 
"Ada dua pesawat di bawah kapal terbang yang terbakar itu, dan mereka bergerak ke arah lain ketika itu. Mereka mempunyai lampu navigasi normal.  Saya masih ingat ketika itu saya terfikir bahawa dua pesawat tersebut pasti sudah melaporkan mengenai kapal yang terbakar itu" cerita Tee lagi.
 
Pada 29 Mei, Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) menyimpulkan bahawa pesawat MH370 tidak hilang di kawasan empat isyarat ping dikesan sebelumi ini.
 
Kawasan laut dalam di Lautan Hindi yang menjadi tumpuan operasi pencarian pesawat MH370 selepas empat isyarat ping yang dipercayai datang dari kotak hitam  pesawat diiystiharkan sebagai bukan kawasan pesawat MH370 hilang.

1MDB; yang tidak kita ketahui, dan yang tidak pula kita peduli

Posted: 03 Jun 2014 10:15 PM PDT

1mdb feat


Izmil Amri


Tahukah anda bahawa syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad atau singkatnya 1MDB itu mulanya wujud sebagai Terengganu Investment Authority? Tahukah anda juga bahawa 1MDB ini bidang niaganya cuma tiga: Tun Razak Exchange, Bandar Malaysia dan penjanakuasaan elektrik?

Tahukah anda lagi bahawa 1MDB kini dibebani hutang bernilai lebih USD11 bilion atau RM30 bilion? Dan tahukah anda juga bahawa hutang berbilion ringgit ini dijamin separuhnya oleh Kerajaan Malaysia?

Sebagai marhaen yang tidak pandai bab-bab wang ringgit dan bisnes, apalah yang kita tahu soal dana kekayaan negara. Namun apabila dikhabarkan bahawa semua ini ada kaitannya dengan hutang negara yang kian memuncak dan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), mungkin banyak antara kita yang mula tersentak.

Sebelum kita pergi lebih jauh, mari kita berbincang seketika mengenai dana kekayaan negara atau yang disebut dalam bahasa Inggeris 'sovereign wealth fund'.

Di seluruh dunia, dana kekayaan negara ini adalah dana yang dimulakan dengan keadaan sesebuah negara itu tidak mempunyai hutang. Ia ditubuhkan dengan dana daripada belanjawan lebihan, dan selalunya apabila sesebuah negara itu bergantung kepada eksport barang mentah seperti minyak.
Setakat itu sahaja kita boleh faham bahawa dana kekayaan negara ini adalah a) milik negara, dan b) negara dalam keadaan kaya, tidak berhutang.

Namun berbeza dengan negara-negara lain itu, 1MDB wujud dalam keadaan hutang negara berada pada tahap 53.8% daripada KDNK sekadar kurang 1.2% daripada kadar hutang yang dibenarkan undang-undang, iaitu sebanyak 55% daripada KDNK.

KDNK ini benda apa pula? KDNK ini singkatan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar, atau dalam bahasa Inggerisnya disebut Gross Domestic Product. Ini nilai yang digunakan untuk mengukur ekonomi sesebuah negara berdasarkan nilai keseluruhan barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh sesebuah negara dalam satu-satu masa.

Ukuran KDNK ini pula meletakkan, secara asasnya negara manakah yang lebih kukuh ekonominya dari segi hasilan tahunan. Sebagai contoh mudah, berdasarkan bacaan Bank Dunia pada tahun 2012, Singapura dan Brunei meninggalkan Malaysia jauh di tangga ke-4 dan ke-5 berbanding kita yang berada di tangga ke-48 dalam hal KDNK ini.

Maka asasnya sekarang ialah, Malaysia punya KDNK yang tidak seberapa; dan nisbah hutang negara kepada KDNK itu pula sudah lebih daripada separuh. Negara yang ekonominya sedemikian rupa boleh dibandingkan dengan rakyatnya yang siang malam membanting tulang bekerja hanya untuk membayar hutang-hutang kereta, rumah dan sebagainya. Kata pepatah moden, "Gaji, dari bank kau datang, kepada bank kau kembali."

Dalam keadaan ekonomi yang sedemikian itu, Perdana Menteri kita yang bijak bistari, Datuk Seri Najib Razak, membuat keputusan untuk menubuhkan 1MDB, sejajar dengan penjenamaan semua benda dengan kalimat 1Malaysia. 1MDB disebut sebagai makhluk hybrid antara dana kekayaan negara dan syarikat pelaburan swasta.

Apa yang dibuat 1MDB? Seperti yang tadi disebut, 1MDB mempunyai sekadar tiga operasi utama. Jika anda sering melazimi lebuhraya Sungai Besi menuju pusat bandar, dua daripada operasi ini akan jelas kelihatan. Satunya belum nampak rupa di lapangan terbang TUDM di Sungai Besi itu, disebut dalam laman web 1MDB sebagai Bandar Malaysia; manakala satu lagi letaknya berhampiran Bulatan Pandan menghala ke pusat bandar. Ya, kawasan yang berpagar tetapi kosong itu yang mulanya dipanggil KL International Financial District, namun kini diberi nama Tun Razak Exchange.

Dua tapak tanah ini menjadi pengeras kepada pinjaman dan hutang ditanggung 1MDB yang sehingga kini mempunyai liabiliti lebih USD13 bilion, dan sekadar mampu menghasilkan sekitar RM860 juta daripada operasi tahunan yang tidak pun cukup untuk menampung faedah pinjaman USD1.62 bilion.
Reuters melaporkan bahawa 1MDB sepatutnya rugi RM1.85 bilion, namun diselamatkan oleh penilaian semula hartanahnya yang bernilai RM2.7 bilion.

KLIFD ini pula ceritanya adalah sebuah rancangan pembangunan hartanah seluas 34.4 hektar yang mahu diusahakan secara bersama antara 1MDB dengan Mubadala Development Company, sebuah syarikat berpusat di Abu Dhabi.

Nak dijadikan cerita lagi, upacara pecah tanah KLIFD atau Tun Razak Exchange ini pula telah dijadualkan lebih empat tahun lalu. Jemputan ke majlis gilang-gemilang yang bakal dirasmikan Najib Razak dan Syeikh Mohammed bin Zayed Al-Nahyan, putera mahkota Abu Dhabi, diberikan kepada beberapa orang kenamaan dan pihak media. Namun pada saat-saat akhir majlis pecah tanah tersebut, pihak media dimaklumkan bahawa acara tersebut dibatalkan, tanpa sebarang alasan. Yang tinggal sekarang hanyalah pagarnya sahaja.

Dalam jangkamasa sama juga 1MDB turut menandatangani usahasama pembangunan hartanah bersama Qatar Investment bagi tapak yang kini merupakan lapangan terbang TUDM di Sungai Besi.
Tanah milik kerajaan seluas 196 hektar itu akan dipindahkan 'dari tangan kanan ke tangan kiri' dan akan digunakan untuk pembangunan bercampur demi meningkatkan nilai hartanah terbabit.

Semua ini bunyinya hebat dan indah sekali sehinggalah kita mempertimbangkan masalah kewangan yang sedang dihadapi syarikat pelaburan negara ini.

Dalam sidang Parlimen Oktober tahun lalu, Perdana Menteri gagal menjawab soalan yang diutarakan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng tentang status jaminan kerajaan terhadap pinjaman-pinjaman 1MDB yang sehingga takat tersebut berjumlah lebih RM38 bilion. Najib sekadar menjawab bahawa kerajaan tidak menjamin keseluruhan pinjaman 1MDB, tetapi cuba RM5 bilion sahaja.

Syarikat ini kemudiannya dilaporkan berjaya memperolehi penangguhan terhadap pinjaman sementaranya dari Maybank Investment Bank sebanyak RM6.1 bilion sementara ia mengaturkan tawaran permulaan awam (IPO) bagi mengumpulkan dana bagi aset janakuasanya untuk membayar hutang-hutang berkenaan. Pinjaman Maybank tersebut kini harus dilangsaikan menjelang November.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua giat mendedahkan beberapa aktiviti kerajaan yang nampaknya cuba memberi nyawa kepada syarikat milik penuh kerajaan yang menanggung hutang sebesar gunung ini. Antara aktiviti tersebut termasuklah penganugerahan tender loji janakuasa tenaga solar yang bakal menyediakan elektrik untuk dibeli pula oleh Tenaga Nasional Berhad supaya boleh diedarkan kepada rakyat yang akhirnya akan terpaksa menanggung bil elektrik lebih tinggi demi memastikan 1MDB mampu membayar hutang-hutangnya.

Yang menjadi kerunsingan kita setakat ini ialah perihal syarikat ini yang meski kelihatan seperti sebuah syarikat swasta adalah syarikat milik penuh kerajaan. Dan meski kerajaan sekadar menjamin sebahagian kecil daripada hutangnya yang menggunung, persoalan yang lebih penting ialah siapa pula yang menjamin hutang-hutangnya yang lain itu, dan bila pula 1MDB akan mampu melangsaikan kesemua hutang-hutangnya?

Adakah rakyat Malaysia akhirnya akan terpaksa menjadi pak sanggup untuk membantu melangsaikan hutang-hutang ini secara berjemaah melalui perbelanjaan sehari-hari dan cukai GST yang bakal dilaksanakan tahun depan? Umum tahu bahawa sesebuah kerajaan kaya tidak perlu mengenakan bermacam-macam cukai ke atas rakyat, manakala kerajaan yang tidak cukup duit sahaja yang akan giat mencukai rakyat demi mengisi kelompangan dalam pengurusan kewangannya yang gagal.

Gali lubang, tutup lubang. Cumanya lubang 1MDB ini barangkali tidak akan pernah mampu dikambus lagi. – Roketkini.com

Saya tidak sama dengan Tunku Aziz – Dyana Sofya

Posted: 03 Jun 2014 10:11 PM PDT

dyana baby

Roketkini.com

KUALA LUMPUR: Mantan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud hari ini membidas kenyataan bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz yang mendakwa beliau akan meninggalkan parti apabila menyedari bahawa 'ia tidak berbilang kaum'.

Dyana menegaskan, beliau menyertai DAP kerana memahami serta mengagumi perjuangan pemimpin dan prinsip berbilang budaya parti itu serta pengalamannya sama sekali jauh berbeza Tunku Aziz.

"Saya menghargai kesungguhan DAP yang sentiasa membela semua rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa dan agama. Saya percaya dengan prinsip melakukan sesuatu yang betul tanpa mengambil kira kesan dan risiko.

"Saya menyertai DAP tanpa sebarang niat untuk dilantik ke dalam apa-apa jawatan. Saya hanya mahu bersama orang-orang yang berfikiran terbuka, berkongsi visi dan misi serta mengambil bahagian dalam perjuangan untuk Malaysia yang lebih baik," tegasnya dalam kenyataan.

Setiausaha Politik Ahli Parlimen Gelang Patah itu menyatakan, beliau sama sekali tidak memandang DAP hanya sebagai sebuah parti politik tapi lebih daripada itu, iaitu sebuah keluarga.

Jelasnya, sebelum menyertai DAP, beliau tidak pernah merasai semangat sebagai rakyat Malaysia berbilang kaum yang menghormati antara satu sama lain

"Saudara-saudari saya dalam DAP telah membuatkan saya sedar bahawa tidak mustahil untuk menjadi rakyat Malaysia sejati tanpa kepura-puraan.

"Ini berbeza dengan slogan '1Malaysia' yang kononnya menggalakkan semangat sebagai rakyat Malaysia tetapi tidak lebih hanya sekadar usaha meneruskan kesinambungan politik perkauman.

Jangan salah, saya bangga menjadi Melayu, namun saya menentang tindakan menyalahgunakannya untuk mengorbankan rakyat lain," katanya.

Tambahnya lagi, sehingga kini kerjasama beliau bersama rakan-rakan DAP tidak pernah pudar malah kekal dan bertambah erat kerana berkongsi cinta yang sama untuk negara dengan mengenepikan sebarang perbezaan.

"Jika setiap rakyat memberi tumpuan kepada persamaan dan bukannya perbezaan, maka kita semua boleh melihat dunia dengan cara sama yang dilihat kanak-kanak Darjah Satu – buta warna kulit.

"Kita mungkin mempunyai perbezaan, tetapi ia tidak bermakna seseorang itu perlu meninggalkan keluarga setiap kali perselisihan muncul," ujarnya. -Roketkini.com

Setelah Dyanamania, kerajaan dijangkiti Dyanafobia

Posted: 03 Jun 2014 10:06 PM PDT

lks-WIRA7120 (3)


Roketkini.com


KUALA LUMPUR,: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu menghentikan segera penyakit 'Dyanafobia' yang dialami kerajaan Umno BN, seperti yang dilihat pada tindakan seorang pegawai kanan Kementerian Pendidikan yang mengarahkan seorang guru menutup laman Facebooknya selepas meletakkan poster calon DAP Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud di laman itu..

Guru terbabit juga diberitahu bahawa beliau akan dipantau ekoran tindakan itu.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mengkritik tindakan seorang pegawai kanan Kementerian Pendidikan yang mengarahkan seorang guru menutup laman Facebooknya selepas meletakkan poster calon DAP Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud di laman itu.

"Sangat ironi apabila ketika Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Mansor menyeru para guru untuk kembali terlibat dalam politik di bawah BN, pegawai tinggi Kementerian Pendidikan memberi amaran kepada seorang guru yang meletakkan poster kempen Dyana di Facebook.

"Adakah ini yang Najib maksudkan apabila beliau dengan penuh yakin berkata ingin menjadikan Malaysia 'demokrasi terbaik di dunia' – di mana guru hanya berhak terlibat dalam politik jika menjadi 'penggerak utama' BN dan bukannya Pakatan?" katanya dalam satu kenyataan semalam.

"Saya ingin tahu sama ada Najib dalam mesyuarat kabinet esok (hari ini) akan menghentikan 'Dyanafobia' ini, atau beliau juga akan tunduk kepadanya," katanya lagi.

Menurut laporan Malaysiakini semalam, pegawai khas itu mengaku bahawa beliau bertindak selepas menerima arahan Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Datuk Khair Mohamad Yusof.

Kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu lagi, ketakutan terhadap Dyana Sofya adalah petanda paling jelas akan berakhirnya pemerintahan Umno BN di negara ini.

"Bukan seorang sahaja yang perlu dibimbangkan mereka, tetapi ribuan lagi 'Dyana Sofya' yang telah mendapat inspirasi daripada Dyana untuk tampil ke hadapan dan berjuang ke arah Malaysia untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum dan agama," katanya lagi.

Walaupun kalah tipis pada PRK Teluk Intan, Dyana berjaya mencetuskan fenomena baru dalam politik negara, seperti perjuangan 'Me-Malaysiakan Malaysia' yang dibawanya sepanjang kempen. – Roketkini.com

29 lembu kena kebas

Posted: 03 Jun 2014 05:52 PM PDT


Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh


KUANTAN - Seorang penternak kerugian kira-kira RM100,000 selepas 29 ekor lembu miliknya hilang dipercayai dilarikan pencuri dalam kejadian di Kampung Pahang, Jalan Sungai Soi di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, seorang pekerja ladang berusia dalam lingkungan 30-an turut diikat penjenayah yang dipercayai seramai lapan orang bersenjatakan pistol.

Ketua Polis Daerah Kuantan,  Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata,  suspek dipercayai menggunakan sebuah lori masuk ke dalam kawasan ladang itu sebelum menahan dan mengikat pekerja.

Menurutnya, suspek bertindak memindahkan lembu-lembu itu ke dalam lori sebelum beredar.

"Pekerja terbabit berjaya melepaskan diri dan memaklumkan kejadian kepada majikan sebelum melaporkan kepada pihak polis.

"Berdasarkan keterangan pekerja terbabit, dia mendakwa penjenayah membawa lari haiwan ternakan itu menggunakan lori, bagaimana pun jenis dan nombor pendaftaran gagal dikenal pasti," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Abdul Aziz berkata, pihaknya juga masih dalam siasatan sama ada pistol yang digunakan suspek seperti yang didakwa pekerja itu senjata api sebenar atau tiruan.

"Usaha menjejaki suspek kini giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya.

Penjenayah dipercayai bertindak mencuri haiwan ternakan tersebut ekoran permintaan tinggi terhadap daging lembu untuk kenduri perkahwinan sempena cuti sekolah kali ini.

PKR persoal menteri minta guru sokong BN

Posted: 03 Jun 2014 04:47 PM PDT


Fahmi Fadzil
 
 
SHAH ALAM - PKR mempersoalkan tindakan pemimpin BN yang meminta golongan guru kembali memberi sokongan kepada parti perikatan itu pada pilihan raya akan datang.
 
Pengarah Komunikasinya, Fahmi Fadzil mendakwa gesaan itu menunjukkan Umno-BN semakin ketinggalan dalam politik baru di negara ini.
 
"Kenyataan Tengku Adnan tidak lain dan tidak bukan merupakan langkah untuk menjadikan guru-guru ejen propaganda Umno-BN.
 
"Perkembangan itu tidak sihat untuk masa depan pendidikan negara, malah bertentangan dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang dicanang menterinya," katanya dalam kenyataan medianya, hari ini.
 
Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini yang meminta warga pendidik itu kembali ke pangkuan BN.
 
Mengulas lanjut, Fahmi mendakwa Umno mengamalkan sikap pilih kasih dengan memberi layanan baik terhadap penjawat awam yang menyokong perjuangan parti pemerintah itu.
 
"Ketidakadilan yang wujud akan bertambah teruk apabila guru-guru yang berpihak kepada Umno-BN mungkin akan menerima layanan yang baik.
 
"Manakala yang berpihak kepada PR atau tidak mahu berpihak pula mungkin ditukar tempat kerja, dilambatkan kenaikan pangkat atau lebih teruk dari itu," dakwanya.

Tiada ulasan: