Khamis, 26 Jun 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


SMS Bonus Raya, Cuepacs Nafi Keluar Kenyataan

Posted: 25 Jun 2014 09:49 PM PDT


[Sinar Harian] KUALA KANGSAR - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menafikan pihaknya mengeluarkan kenyataan berhubung pemberian bonus kepada penjawat awam sempena Hari Raya Aidilfitri ini.

Presidennya, Azih Muda berkata, mesej palsu tersebut yang tersebar dalam aplikasi WhatsApp sejak semalam tiada kena mengena dengan Cuepacs dan pihaknya tidak pernah menerima berita seumpama itu setakat ini.

Justeru, beliau meminta pihak berkuasa menyiasat mengenai penyebaran maklumat berunsur fitnah seperti itu kerana ia menjejaskan imej penjawat awam.

"Cuepacs berasa kesal kerana ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan nama Setiausaha Agung Cuepacs yang menyatakan kononnya Kabinet buat keputusan beri sagu hati kepada penjawat awam sempena Ramadan dan Syawal.

"Kita harap pihak berkuasa menyiasat perkara ini kerana ia boleh menyebabkan gangguan kepada perkhidmatan awam dan meletakkan integriti penjawat awam semakin rendah di mata masyarakat.

"Sesuatu perlu dibuat untuk kenal pasti punca sebenar kenapa perkara ini berlaku," katanya kepada Sinar Harian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tri Tahunan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia (ANULAE) di sini, semalam.

Beliau berkata, mesej tersebut dipercayai direka untuk mempermainkan pembaca dan sekiranya mereka membuka 'link url' yang disertakan, mereka akan mendapati bahawa mesej tersebut adalah palsu semata-mata.

Dalam perkembangan lain, Cuepacs menggesa kerajaan supaya memberi pertimbangan khusus dalam memberi sagu hati kepada penjawat awam sempena Ramadhan dan Aidilfitri nanti.

Katanya, penjawat awam berasa tertekan dengan sara hidup pada zaman sekarang dan dengan sedikit suntikan daripada kerajaan, ia sedikit sebanyak mampu mengurangkan beban kewangan mereka.

"Perkara ini (pemberian sagu hati sempena Ramadhan dan Syawal) sememangnya menjadi harapan penjawat awam kerana ada di kalangan mereka tidak mempunyai wang yang cukup untuk menyambut Syawal.

"Pemberian sagu hati tersebut pastinya akan menggembirakan penjawat awam terutamanya ketika mereka sedang sibuk mahu meraikan Hari Raya Aidilfitri," ujarnya. -26/6/14


Video Jihad Rakyat Malaysia di Syria Tersebar di YouTube

Posted: 25 Jun 2014 09:47 PM PDT


[Bernama] KUALA LUMPUR – Video dipercayai dirakamkan rakyat Malaysia yang terlibat dalam peperangan saudara di Syria, selama seminit dan 33 saat mula tersebar di laman YouTube.

Video yang bertajuk "Siria – Mercenarios Asiáticos Combaten en las Filas Terroristas – 7″ telah dimuat turun ke laman YouTube pada 7 Jun dan dirakamkan oleh seorang individu yang bercakap bahasa Melayu loghat utara.

Video itu merakamkan sebuah kereta kebal bergerak ke medan pertempuran dan sekumpulan lelaki, yang berpakaian celoreng tentera dan bersenjata, berada di dalam sebuah trak pengangkut.

"Ya kereta kebal sedang bergerak menuju ke destinasinya menuju ke medan pertempuran, Allahuakbar, Allahuakbar..Kesemuanya cinta syahid," kata jurukamera video itu.

Seorang lagi lelaki bercermin mata, yang dirakamkan dalam video itu, turut berkata: "Mujahid-mujahid hensem".

Rakaman video itu dikesan ketika Malaysia meminta pihak berkuasa Syria mengesahkan dakwaan berhubung penglibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti militan di negara Timur Tengah itu.

Dalam kenyataan semalam, Kementerian Luar berkata Malaysia menentang dan tidak merestui tindakan keganasan atau ekstremisme oleh mana-mana pihak termasuk oleh rakyatnya sendiri.

Kenyataan itu merujuk kepada dakwaan bahawa 15 rakyat Malaysia yang terbabit dalam keganasan dan aktiviti jihad dengan kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL), kumpulan yang berpecah daripada Al-Qaeda, telah terbunuh di Syria.

Dakwaan itu dilapor dibuat oleh seorang pegawai Syria yang berpusat di New York pada sidang media 18 Jun yang turut mendakwa selain rakyat Malaysia, rakyat dari negara lain termasuk beberapa negara Asean juga terlibat dalam aktiviti seumpama itu di Syria. – 26/6/14



Penyanyi Pop Nigeria Sanggup Serah Dara Sebagai Ganti Pembebasan Gadis yang Diculik Boko Haram

Posted: 25 Jun 2014 09:08 PM PDT



Penyanyi pop Nigeria Adokiye, 23 tahun mengejutkan banyak pihak apabila mendakwa dirinya masih dara dalam sebuah rancangan temu bual dengan Showtime.

Lebih mengejutkan apabila penyanyi muda ini menyatakan bahawa dia sanggup menyerahkan keperawanannya sebagai ganti untuk pembebasan lebih daripada 200 kanak-kanak perempuan yang diculik oleh Boko Haram pada pertengahan April lalu. 

"Sekarang sudah pukul 11:00 malam dan adakah anda tahu apa yang saya fikirkan? Mereka kanak-kanak perempuan, di mana mereka berada dan apa yang boleh berlaku kepada mereka? Ini tidak adil. Mereka terlalu muda. Saya harap saya boleh menawarkan diri saya sebagai ganti, " katanya kepada Showtime. 

"Demi Tuhan, usia mereka adalah antara 12 hingga 15 tahun. Saya lebih tua dan lebih berpengalaman. Walaupun 10 hingga 12 lelaki mengambil (meniduri) saya setiap malam, saya tidak peduli. Bebaskan gadis-gadis itu dan biarlah mereka kembali kepada ibu bapa masing-masing. "

Dalam temu bual yang sama, penyanyi ini turut berkata bahawa orang yang mengambil perawannya mestilah membelikan sebuah jet peribadi untuk ibunya. Namun, adakah Boko Haram akan mendengar permintaannya? 

Kenyataan penyanyi ini mengundang pelbagai reaksi. Ada yang mendakwa penyanyi ini hanya mahu publisiti murahan dan perhatian media. Ada juga yang menyokong dan turut menawarkan diri masing-masing. -DCM/Globalpost/26/6/14


Makan Nasi Kandar Boleh Positif Dadah

Posted: 25 Jun 2014 08:17 PM PDT


[Berita Harian] Kuala Lumpur: Peminat nasi kandar diminta berhati-hati memakan makanan popular dari Utara Semenanjung itu kerana ujian air kencing ke atas mereka yang memakannya boleh positif dadah.

Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Selangor, Alias Jaafar, berkata ujian dilakukan anggotanya sendiri mendapati kandungan bahan rempah yang digunakan seperti kaskas menyebabkan kandungan air kencing menjadi positif seperti mengambil najis dadah. 

"Pegawai kami sudah uji dengan makan nasi kandar. Lima orang yang buat ujian air kencing semuanya positif selepas makan. Oleh itu kena hati-hati, takut lepas makan, naik kereta ada sekatan jalan raya, tak pasal-pasal kita masuk lokap pula. -26/6/14


Lagi Kes Rogol Bergilir-gilir di India, Kali Ini Kejadian Dimuat Naik ke Laman Sosial

Posted: 25 Jun 2014 08:11 PM PDT


Sekadar hiasan.
[Harian Metro] Lucknow (India): Seorang lagi wanita dirogol bergilir-gilir di Uttar Pradesh dan kali ini suspek bertindak lebih berani dengan memuat naik rakaman kejadian itu dalam Facebook.

Menurut laporan akhbar Indiatoday, mangsa berusia 20 tahun didakwa dirogol oleh lapan lelaki termasuk kawannya yang merakam video perbuatan terkutuk itu.

Mangsa tidak membuat laporan berhubung kejadian Ogos lalu selepas tertuduh mengancam keselamatannya jika dia menceritakan kejadian itu kepada pihak lain.

Bagaimanapun, menurut jurucakap polis, mangsa akhirnya melaporkan kes berkenaan setelah melihat gambarnya di media sosial itu.

Menurutnya, ketika kejadian, tiga suspek merakam perbuatan itu sementara yang lain memperkosanya.- Agensi/26/6/14

Lanjut di sini.

Rakan Diperkosa Depan Mata

Posted: 25 Jun 2014 07:39 PM PDT

YULIDA menunjukkan tempat kejadian.
[Harian Metro] Miri: "Saya merayu supaya rakan saya (pembantu rumah) dilepaskan tetapi penjenayah tidak mempedulikan rayuan saya, sebaliknya terus menarik rakan saya itu dan membuka seluarnya sebelum dirogol di depan saya," kata pembantu rumah Yulida Zailan, 39, mengenai perbuatan keji seorang daripada lima penjenayah yang bukan saja memecah rumah majikannya, malah merogol rakan sekerjanya wanita warga Indonesia berusia 33 tahun dalam kejadian di Taman Desa Indah 2 di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi, penjenayah yang bersenjatakan parang dan memakai penutup muka menceroboh rumah berkenaan melalui pintu belakang dengan memotong jeriji tingkap. 

Ketika kejadian, majikan mangsa bercuti di Sabah manakala anak lelakinya tiada di rumah dengan hanya Yulida dan mangsa bersama seorang anak perempuan majikannya berusia enam tahun berada di rumah ketika itu. 

Yulida berkata, ketika rakannya dirogol, dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana terlalu cemas dan bimbang dirinya turut menjadi mangsa rogol.

"Walaupun rakan saya menangis dan berulang kali merayu dilepaskan, namun rayuannya tidak dihiraukan, sebaliknya lelaki itu tetap bertindak ganas memperkosanya. -Abd Rahman Adam/26/6/14

Berkaitan:

Rumah dirompak, amah dirogol

[Borneo Post] MIRI: Sekurang-kurangnya empat lelaki memecah masuk sebuah rumah di Desa Indah 2 di sini dengan bersenjatakan parang, merompak beberapa barangan milik tuan rumah dan merogol pembantu rumahnya.

Kejadian berlaku awal pagi semalam ketika pemiliknya tiada di rumah dan hanya ada dua pembantu rumah warga Indonesia dan anak perempuan pasangan tersebut yang berusia enam tahun.

Menurut sumber, kejadian tersebut dimaklumkan kepada tuan rumah terbabit oleh pembantu rumahnya sebaik beliau pulang ke rumah mereka sekitar jam 4.45 pagi semalam.

Mangsa memberitahu majikannya bahawa rumah mereka dimasuki sekurang-kurangnya empat orang lelaki bertopeng bersenjatakan parang, dengan seorang daripada mereka masuk ke bilik salah seorang pembantu rumahnya dan bertindak merogol mangsa.

Manakala suspek yang lain dipercayai masuk ke bilik lain dan menyelongkar rumah terbabit serta melarikan barangan kemas serta laptop milik majikannya.

Anggaran kerugian belum dapat dipastikan.

Sementara itu, seorang lagi pembantu rumah bersama anak perempuan majikannya tidak diapa-apakan oleh perompak terbabit.

Laporan polis dibuat di Balai Polis Pusat Miri di sini oleh majikannya pagi semalam dan disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Miri yang memberitahu polis masih menyiasat perkara tersebut. -26/6/14


Tiada ulasan: