Khamis, 26 Jun 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Pancung kepala : Membela Islam atau Menghina Islam?

Posted: 26 Jun 2014 09:00 AM PDT

Seorang ulama faqih dan sufi yang terkenal di Morocco iaitu almarhum Sidi Ahmad Zarruq (1442- 1493) dihukum oleh pemerintah kerana mempertahankan hak orang Yahudi. Ulama besar ini yang juga digelar muhtasib al-ulama'wa al-auliya' terkenal dengan kitabnya yang masyhur iaitu Qawa'id al-tasawwuf.

 Beliau juga memberi komentari ke atas kitab al-Hikam. Beliau akhirnya meninggal dunia di Misrata, Libya. Mungkin pelik kita mendengar ulama besar Islam dihukum kerana mempertahankan hak orang Yahudi yang dizalimi oleh pemerintah beragama Islam.

 Ia pelik jika kita belajar Islam daripada Umno dan Perkasa. Tetapi jika kita pelajari Islam dari sumbernya yang bersih dan suci insya-Allah tidak ada peliknya. Mukadimah itu sengaja saya lontarkan supaya kita tidak terikut dengan gelagat dan cara Perkasa ingin membela Islam.

 Yang terbaharu pemimpin Perkasa Ruslan Kassim mahukan Sultan memenggal kepala mereka yang dikatakan menghina Islam. Jika beginilah imej dan mesej Islam yang dibawa oleh para pendakwah dan pedagang Islam yang datang ke bumi Nusantara ini adakah Parameswara tertarik kepada Islam?

 Wahai Ruslan bacalah Al-Quran nescaya kamu akan lihat banyak lagi penghinaan yang dilemparkan kepada Islam dan para anbiya' dan adakah Islam menyelesaikan penghinaan itu dengan bertindak secara hina iaitu memenggal kepala manusia?

 Segalanya bermula daripada isu tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 2 Januari 2014 yang merampas 300 naskah al-Kitab berbahasa Melayu dan Bup Kudus (Bible berbahasa Iban) yang mengandungi nama Allah dari stor Persatuan Bible Malaysia.

 Alasan rampasan itu adalah penggunaan kalimah Allah dalam Bible tersebut melanggar seksyen 9 (1) (a) Enakmen Agama Bukan Islam (Pengawalan penyebaran ke atas orang-orang Islam) 1988 . Antara lain menurut seksyen 9 (1) (a) enakmen tersebut, seseorang itu dikatakan melakukan kesalahan sekiranya ia menerbitkan kata-kata di dalam Bahagian 1 Jadual di Enakmen tersebut bagi tujuan "menyatakan sesuatu fakta, kepercayaan, idea, konsep, aktiviti, cara atau apa yang berkaitan dengan agama bukan Islam".

 Perkataan Allah termasuk dalam Bahagian 1 Jadual di enakmen tersebut. Berdasarkan enakmen tersebut mereka yang melakukan kesalahan tersebut boleh dibicarakan di Mahkamah Sesyen iaitu pendakwaan akan dilakukan oleh pendakwa raya iaitu peguam negara. Pihak peguam negara memutuskan tiada kesalahan dilakukan di bawah enakmen tersebut dan tiada pendakwaan akan dilakukan ke atas mana-mana orang.

 Dengan ketiadaan pendakwaan itu maka di sisi undang undang dan juga logik, Jais sewajarnya memulangkan kembali 300 bible yang dirampas itu. Malangnya Jais tidak mahu memulangkan kembali.

 Meskipun PAS tidak terlibat dengan tindakan Jais tersebut, pelbagai kritikan di laman sosial menghentam PAS sehingga ada yang menyatakan jika PAS memerintah Malaysia inilah yang PAS akan lakukan (macam Jais lakukan). Kami empat ahli Parlimen PAS dari Selangor mengambil keputusan membuat sidang akhbar bagi membetulkan fakta dan memberikan pandangan kami.

 Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Che Rosli Che Mat (Hulu Langat), 
Khalid Samad (Shah Alam), dan Hanipa Maidin (Sepang)

 Tujuan utama kami membersihkan nama PAS. Antaranya kami nyatakan PAS tidak terbabit dalam insiden ini dan tidak adil menyalahkan PAS.

 Keduanya tindakan Jais yang tidak mahu memulangkan semula rampasan dalam keadaan peguam negara menyatakan tiada kesalahan yang dilakukan adalah tidak wajar di sisi undang undang dan Islam itu sendiri.

 Ketiganya mungkin sudah sampai masanya kuasa eksekutif Jais atau Mais dikaji semula dan kami menyerahkan kebijaksanaan kerajaan negeri Selangor menyelesaikan perkara tersebut.

 Saya juga menambah dalam kes sensitif seperti ini sepatutnya Jais memilih kaedah rundingan dan dialog daripada menceroboh dan merampas Bible di premis orang.

 Berita tentang kenyataan akhbar kami berempat itu lebih ditonjolkan tentang isu melenyapkan kuasa eksekutif Jais dan Mais, maka Utusan dan Perkasa memulakan serangan ke atas kami berempat dari situ.

 Pada masa artikel ini ditulis sudah ada seruan untuk memenggal kepala mereka yang menghina Islam dan nama-nama kami disebut oleh seruan tersebut.

 Secara jujur saya tidak rasa apa-apa dengan amaran atau kecaman itu kerana saya percaya kami tidak melakukan apa-apa kesalahan. Saya tetap berpegang pada pendirian Jais mesti memulangkan rampasan Bible itu, meskipun datangnya 100 ancaman memenggal kepala dari Perkasa.

 Daripada segi perundangan saya sependapat dengan peguam negara iaitu tiada kesalahan dilakukan oleh Persatuan Bible Malaysia di bawah seksyen 9 (1) (a) enakmen tersebut atau mana mana seksyen lain di enakmen tersebut. Malahan saya berani menyatakan seksyen 9 (1) (a) enakmen itu adalah ultra vires atau bercanggah dengan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.

 Harus diingat, enakmen tersebut adalah digubal menurut Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan Dewan Undangan Negeri boleh menggubal undang undang bagi mengawal penyebaran dokrin atau agama bukan Islam ke atas orang Islam.

 Perkataan yang penting di sini adalah penyebaran kepada orang Islam. Hanya penyebaran yang tidak dibenarkan dan itu pun jika ia disebarkan kepada orang Islam. Persoalannya bagaimanakah penerbitan nama Allah dalam Bible yang hanya akan digunakan ke atas orang Kristian saja dikira satu penyebaran agama atau doktrin bukan Islam kepada orang Islam.

 Hanya kerana kewujudan kalimah Allah di dalam Bible al-Kitab atau Bup Kudus ia bukan satu kesalahan di bawah Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan maka apabila seksyen 9 (1) (a) menjadikan ia kesalahan jelas bercanggah dengan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.

 Ia hanya satu kesalahan jika Bible yang berbahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah itu terbukti tersebar dalam kalangan orang Islam. Malah jika Bible berbahasa Melayu itu disebarkan kepada orang Islam ia tetap salah meskipun nama Allah tidak digunakan di dalam Bible Melayu itu.

 Jadi isunya di sini adalah isu penyebaran bukan isu nama Allah. Seksyen 9 (1) (a) enakmen yang menjadikan penggunaan kalimah Islam seperti Allah oleh bukan Islam adalah satu kesalahan bercanggah dengan Perlembagaan kerana ia melampaui kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan.

 Tindakan Jais merampas di bawah seksyen 9 (1) (a) enakmen yang ultra vires Perlembagaan juga secara automatik tidak sah dan melanggar Perlembagaan. Dalam keadaan ini mengaku kesilapan adalah tindakan mulia yang kita tunggu daripada Jais. – HARAKAHDAILY 25/6/2014

Mahu bakar al-Quran?

Posted: 26 Jun 2014 03:00 AM PDT

Bayangkanlah, ada orang serbu masjid dan rampas al-Quran yang ada, lalu mahu membakarnya kerana al-Quran, pada anggapan mereka bertentangan dengan ajaran agama mereka .......

Tentunya perkara macam itu tidak akan berlaku di Malaysia kerana penganut Islam adalah majoriti.

Kita bersyukur kerana perkara sebegitu tidak pernah dilaporkan berlaku walaupun dinegara-negara di mana Islam merupakan agama minoriti.

Pernah terjadi, satu percubaan oleh seorang paderi evangelis Amerika yang mengumumkan rancangannya untuk membakar al-Quran tahun lepas, tetapi telah mengundang kemarahan dan kecaman hebat bukan sahaja oleh dunia Islam, malah oleh masyarakat dunia amnya.

Apakah kita bersetuju dengan perlakuan Mais yang merampas alkitab dari dalam gereja dan bersikap degil mahukan alKitab dimusnahkan?

 Waima Kristian di Malaysia boleh menggunakan 'Allah' di dalam gereja. Baca laporan berikut seterusnya.
PETALING JAYA, 26 Jun - Tiada sesiapa di dunia akan menerima perlakuan memusnahkan mana-mana kitab-kitab suci agama, kumpulan penaung yang mewakili gereja-gereja Protestan Malaysia, memberitahu pihak berkuasa agama Islam Selangor hari ini. 
 Majlis Gereja-Gereja Malaysia (CCM) Setiausaha Agung Rev Dr Hermen Shastri menekankan kutukan global yang pernah timbul akibat percubaan oleh seorang paderi evangelis Amerika yang mengumumkan rancangannya untuk membakar al-Quran tahun lepas sebagai peringatan.
 "Tiada ada dalam dunia di mana masyarakat moden akan menerima bahawa orang dari agama lain pergi dan memusnahkan kitab-kitab suci yang lain," Shastri memberitahu sidang akhbar yang dianjurkan oleh Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao ( MCCBCHST) di sini.
 "Satu contoh yang baik adalah percubaan untuk membakar al-Quran di Amerika Syarikat," tambah paderi Methodist gereja itu .
 Rangkaian berita antarabangsa Al Jazeera melaporkan September lepas bahawa Pastor Terry Jones dari Florida telah ditangkap lebih awal daripada rancangannya kepada beribu-ribu obor salinan kitab suci Islam untuk memperingati ulang tahun 11 September, 2001, serangan pengganas ke atas Amerika Syarikat.
 Shastri juga merayu kepada kedua-dua kerajaan persekutuan dan negeri untuk menegakkan kebebasan perlembagaan untuk penyembahan agama minoriti Malaysia dan untuk menyelesaikan penyitaan kontroversi Alkitab Melayu dan Iban-bahasa yang mengandungi "Allah", perkataan Arab untuk Tuhan, yang pihak berkuasa Islam di sini berhujah hanya untuk orang Islam.
 Presiden MCCBCHST Jagir Singh, pada sidang akhbar yang sama, memberitahu pihak berkuasa Islam Selangor  mematuhi keputusan Peguam Negara untuk tidak mendakwa terhadap Persatuan Alkitab Malaysia (BSM) kerana memiliki Alkitab Iban-Bahasa Melayu dan.
 "Peguam Negara sudah tutup fail. Tiada siapa yang boleh membatalkannya," Jagir berkata kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai  desakan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) bertegas merampas buku-buku suci agama Kristian yang mengandungi perkataan "Allah".
 Semalam, pengerusi Mais Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dilaporkan berkata pihak berkuasa agama Islam negeri juga akan menangkap orang-orang yang mengedarkan Alkitab dengan "Allah"SUMBER

Posted: 25 Jun 2014 10:00 PM PDT

ANALISIS Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dinanti-nanti hari ini menimbulkan persoalan berhubung saiz besar kabinet barunya itu.

 Untuk negara dengan 30 juta penduduk ini, pertambahan anggota kabinet Najib menjadikannya memiliki 35 menteri penuh dan 27 timbalan menteri.

Jumlah portfolio kabinet juga semakin bertambah. Seramai 35 anggota itu, 10 daripadanya berkhidmat dalam Jabatan Perdana Menteri – yang semakin membesar – membentuk kabinet dalam kapasiti sebagai menteri penuh.

 Berdasarkan pakej saraan yang ditetapkan parlimen Malaysia, barisan baru kabinet itu akan menelan wang pembayar cukai kira-kira RM530,000 dalam bentuk gaji atau RM6.3 juta setahun.

 Ini tidak termasuk saraan yang diterima menteri-menteri itu atas kapasiti mereka sebagai anggota parlimen serta mengambil kira juga bayaran elaun-elaun yang layak diterima.


Jika timbalan perdana menteri dimasukkan sekali, kerajaan ini berbelanja RM824,525 sebulan untuk gaji pokok untuk kesemua pemimpin atasannya, atau mencecah RM9.9 juta setahun.

 Lebih mahal dari UK

 Najib mempertahankan keperluan mengembangkan kabinet. Ini ekoran perubahan pendirian MCA yang kini bertukar fikiran untuk menerima kerusi kabinet.

 Jika dibandingkan dengan negara-negara Komanwel, kabinet itu besar jika dibandingkan dengan populasi penduduk.

 India, negara dengan satu bilion penduduk, menyaksikan juga 23 anggota kabinet.

 Malah, menteri di India tidak mempunyai gaji pokok dan dibayar berdasarkan elaun harian yang ditetapkan parlimen mereka.

 Di United Kingdom yang mempunyai 63 juta penduduk, juga mempunyai 23 anggota kabinet yang menerima bayaran £1.57 juta setahun (RM8.54 juta)~ SUMBER

Info Tambahan.

 Seorang Ahli Parlimen boleh menjana pendapatan sehingga RM10,000 sebulan termasuk elaun.

 Merujuk Kertas Statut 235 Tahun 1983, Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980, seorang Ahli Parlimen diberikan elaun bulanan seperti untuk keraian (RM1,500), pemandu peribadi (RM1,200), perjalanan (RM1, 500) dan telefon (RM900).

 Ahli Parlimen turut dibayar elaun sebanyak RM200 sehari apabila mereka menghadiri mesyuarat di Parlimen dan RM150 apabila mereka menghadiri mana-mana jemputan rasmi mesyuarat, taklimat, seminar atau pelbagai acara anjuran kementerian atau agensi-agensi kerajaan di peringkat persekutuan atau negeri.

 Selain itu, Ahli Parlimen juga boleh menuntut elaun makanan (termasuk 25% untuk tips) dan bayaran untuk bilik hotel, bayaran caj dobi, tempat letak kenderaan, tol, dan wang belanja untuk membeli pakaian panas dan pakaian istiadat.

 Faedah-faedah lain seorang Ahli Parlimen ialah mendapat rawatan perubatan percuma untuk diri mereka, pasangan dan anak-anak di bawah 21 tahun di hospital dan klinik kerajaan, pinjaman komputer, kereta dan perumahan, senjata api percuma dan lesen kenderaan, serta pencen dan ganjaran untuk perkhidmatan mereka di bawah syarat-syarat dan keadaan tertentu.

Perlantikan Menteri Cina - Bukti menteri Umno telah gagal sepenuhnya untuk berfikir bagi orang lain selain orang Melayu.

Posted: 25 Jun 2014 07:54 PM PDT


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telak di kritik oleh beberapa penganilis politik kerana dilihat gagal dalam memenuhi janji-janji reformasinya.

Sebelum semalam, spekulasi secara meluas  bahawa satu rombakan besar adalah dijangka untuk memulihkan semula kerajaan BN, dengan langkah Najib menstabilkan kedudukannya bertindak keatas mereka yang tidak menepati jangkaan. Beberapa menteri dari Umno telah dijangka akan dikeluarkan.

Tidak ada apa-apa perubahan berlaku keatas mana-mana menteri Umno selain perlantikan beberapa menteri dan timbalan baru dari kalangan etnik Cina.Najib kini mempunyai bilangan 35 menteri dalam kabinetnya dan merupakan yang terbesar bagi Malaysia!

Pelantikan Wee dan Mah sebagai menteri di Jabatan Perdana kini menjadikan jabatan itu mempunyai sejumlah 10 Menteri.Bilangan yang sangat besar dan suatau pembaziran koss membiayai gaji mereka.

Terlalu ramai, sehinggakan Najib sendiri tidak tahu tahu nak letakan mereka di portpolio mana! Mungkin Najib akan lantik mereka sebagai Mentri Hal Ehwal Panda - seorang jaga Xing-Xing, dan sorang lagi jaga Liang-Liang! Kah!Kah! Kah!

 Wan Saiful juga dilaporkan berkata penambahan enam menteri dan timbalan menteri Cina dari MCA dan Gerakan disimpulkan bahawa Umno telah gagal untuk melindungi kepentingan orang bukan Melayu.

 "Sebab di sebalik pelantikan ini adalah bahawa kerajaan atau Perdana Menteri mahu yang baru itu dilantik bercakap bagi pihak masyarakat Cina.

 "Dengan kata lain, dia mengakui bahawa menteri Umno telah gagal sepenuhnya untuk berfikir bagi orang lain selain orang Melayu. Ia adalah satu pengesahan bahawa keseluruhan agenda 1  Malaysia tidak berfungsi, "kata penganalisis itu.

 Penganalisis politik Khoo Kay Peng juga mempersoalkan keberkesanan ahli-ahli Kabinet baru, sambil menunjukkan bahawa menteri dari Sabah dan Sarawak adalah "tidak berdaya" dalam isu "Allah".

  "Apa yang boleh menteri-menteri baru ini buat? Ini tidak akan memberikan apa-apa keyakinan," kata Khoo. SUMBER

Tiada ulasan: