Rabu, 25 Jun 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Gadis Putus Cinta Gantung Diri pada Pokok Tempat Janji Temu Pertama

Posted: 24 Jun 2014 11:13 PM PDT


[Kosmo] CUMBRIA, Britain - Seorang pelajar perempuan yang kecewa selepas ditinggalkan oleh teman lelakinya bertindak menggantung diri di tempat yang sama mereka mula-mula melakukan temu janji pertama.

Pelajar itu, Helena Farrell, 15, (gambar) ditemui mati dalam keadaan tergantung di pokok berdekatan rumahnya bersama-sama dengan lagu nyanyian kumpulan popular Britain, Coldplay yang masih dipasang.

Dalam satu inkues di Dewan Daerah Kendal di sini, remaja itu yang merupakan anak kepada seorang doktor disifatkan sebagai gadis yang bijak, pintar, cergas dan penyayang selain mempunyai bakat menyanyi.

Menurut bapanya, Enda Farrell, 56, Helena berpindah ke Sekolah Kirkbie Kendal selepas dia dibuli di sekolah lama kerana mempunyai rambut berwarna merah dan kemudian berkenalan dengan seorang pelajar lelaki, Billy Williams yang lebih tua setahun daripadanya pada 2012.

Pasangan itu membuat temu janji pertama di bawah sebatang pokok yang terletak kira-kira 800 meter dari rumah Helena di Kendal.

William bagaimanapun memutuskan hubungan mereka tidak lama selepas itu dan Helena ada menyatakan dalam Facebooknya bahawa hatinya begitu terluka.

Willian semasa memberikan keterangannya pula berkata, pada hari kematian gadis itu, Januari tahun lalu, dia ada menerima mesej bahawa Helena mahu menemuinya di tempat pertama kali mereka berjumpa.

Katanya, dalam mesej itu, Helena berkata: "Selamat tinggal... terima kasih untuk segala-galanya".

Bersama mayatnya, Helena turut meninggalkan satu surat mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga dan rakan-rakannya. -25/6/14





Rombajan Kabinet: Lima Jawatan untuk MCA dan Satu Jawatan untuk Gerakan

Posted: 24 Jun 2014 11:00 PM PDT


Sekadar hiasan.
[Malaysia Kini] Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penstrukturan semula Kabinet seperti berikut:

Datuk Seri Liow Tiong Lai - Menteri Pengangkutan

Datuk Wee Ka Siong - Menteri di JPM

Datuk Mah Siew Keong - Menteri di JPM

Datuk Lee Chee Leong - Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Datuk Chua Tee Yong - Timbalan Menteri Kewangan

Datin Chew Mei Fun - Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Masyarakat.

Kesemua anggota baru jemaah menteri itu akan mengangkat sumpah jawatan pada hari Jumaat, katanya.

Beliau tidak menyebut nama mana-mana anggota jemaah menteri yang digugurkan.

"Saya berasa gembira kerana wakil MCA yang mewakili kaum Cina telah dapat kembali berada dalam Kabinet, begitu juga dengan wakil parti GERAKAN," katanya.

Beliau juga yakin bahawa kemasukan anggota baru ke dalam Kabinet itu akan dalam "menterjemah akujanji kepada rakyat" seperti dinyatakan dalam kempen pilihan raya umum lalu.

Najib mengumumkan demikian dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet, tengahari.

Beliau semalam membayangkan bahawa rombakan tersebut akan melibatkan jawatan menteri pengangkutan, yang dipangku sepupunya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

BN perlu mengotakan janji untuk melantik Datuk Mah Siew Keong ke jawatan penuh menteri, selepas Presiden GERAKAN itu menang pilihan raya kecil parlimen Teluk Intan.

Najib juga perlu mengambil kira kuota MCA, yang meluluskan usul untuk kembali memegang jawatan kerajaan melalui mesyuarat agung luar biasa, Februari lalu. -25/6/14

Hakim Jatuhkan Hukuman Mati terhadap Saddam Hussein Dibunuh

Posted: 24 Jun 2014 10:55 PM PDT


[Harian Metro] Baghdad: Hakim yang bertanggungjawab menjatuhkan hukuman mati ke atas bekas presiden Iraq, Saddam Hussein dilapor ditangkap dan dibunuh oleh kumpulan bersenjata Sunni.

Menurut laporan, Raouf Abdul Rahman yang menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Saddam, 69, pada 2006 di percayai dibunuh anggota kumpulan Negara Islam Iraq dan Syam (ISIS) sebagai tindak balas terhadap apa yang dilakukannya.

Kematiannya belum disahkan kerajaan Iraq tetapi pegawai tidak menafikan laporan penangkapannya minggu lalu.

Dia dipercayai ditangkap pada 16 Jun dan dibunuh dua hari kemudian.

Ahli Parlimen Jordan, Khalil Attieh melalui status Facebooknya berkata, Raouf yang menjadi ketua hakim Tribunal Jenayah Mahkamah Tinggi Iraq ketika perbicaraan Saddam, ditahan dan dihukum mati.

"Pejuang revolusi Iraq menahan dan menjatuhkan hukuman mati ke atasnya sebagai tindak balas ke atas kematian Saddam Hussein," katanya.

Khalil juga menyatakan cubaan hakim itu untuk melarikan diri dari Baghdad dengan menyamar menggunakan kostum penari gagal.

Status di laman Facebook bekas timbalan presiden ketika pemerintahan Saddam, Izzat Ibrahim al-Douri juga menyatakan ISIS berjaya menahan Raouf.

Raouf mengendalikan perbicaraan Saddam yang didakwa atas jenayah kemanusiaan berhubung pembunuhan 148 orang di bandar Dujail pada 1982 dan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati selepas memutuskan bekas presiden itu bersalah atas tuduhan berkenaan.

Pada 2008, dia mengecam cara pelaksanaan hukuman itu yang dijalankan pada Disember 2006 itu dengan berkata ia tidak sepatutnya dijalankan di khalayak ramai dan menyifatkan tindakan itu sebagai 'tidak bertamadun.' Saddam digantung ketika umat Islam meraikan Aidil Adha dan klip video hukuman itu menunjukkan bekas presiden itu dihina pengikut Syiah.- AFP/25/6/14

"Saya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Lindsay Lohan!" - Adam Levine

Posted: 24 Jun 2014 08:22 PM PDT



Dalam laporan Daily Mail, penyanyi sensasi Adam Levine menegaskan bahawa dia tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Lindsay Lohan.

Penyanyi Maroon 5 yang sedang membuat persiapan untuk berkahwin dengan tunangnya model Behati Prinsloo di Mexico pada 19 Julai ini dinamakan antara 36 selebriti lelaki yang didakwa pernah mengadakan hubungan seks dengan Linsay Lohan. Senarai yang pernah hangat seketika itu dikatakan ditulis sendiri oleh Lindsay. 

Ditanya mengenai dakwaan itu, Adam, 35 tahun, memberitahu Howard Stern dalam sebuah rancangan radio pada hari Selasa: "Itu tidak benar. Saya tidak mempunyai hubungan seks dengan Lindsay Lohan. Saya sanggup bersumpah, memang saya tidak pernah melakukan seks dengannya!"

Pelakon James Franco sebelum ini  turut menafikan bahawa dia adalah salah seorang daripada 36 selebriti lelaki tersebut.

Bintang The Mean Girls , 27 tahun, didakwa menulis senarai selebriti lelaki yang pernah menidurinya, antaranya termasuklah Joaquin Phoenix, Zac Efron, Colin Farrell dan mendiang Heath Ledger. 

Adam turut menegaskan bahawa dia tidak tahu sesiapa yang pernah tidur sekatil dengan pelakon berambut perang itu.-DCM/25/6/14


Berita awal di sini dan di sini.


Tiada ulasan: