Rabu, 25 Jun 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Najib perlu jelas mengapa agungkan pengganas – Kit Siang

Posted: 25 Jun 2014 05:26 AM PDT

lks (3)

Roketkini.com


KUALA LUMPUR- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak wajib menjelaskan kenyataannya yang mengagungkan Islamic State for Iraq and the Levant (ISIL) yang telah mencetuskan kecaman pelbagai pihak.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, pujian Najib terhadap kumpulan militan itu bukan sahaja menimbulkan kebimbangan dalam negara, malah boleh menjejaskan hubungan antara negara Asean dan juga antarabangsa.

"Bukan sahaja warga Malaysia, malah jiran Asean kita dan masyarakat antarabangsa masih cuba memahami implikasi kenyataan Perdana Menteri yang memuji ISIL – pertubuhan yang dianggap terlalu ekstrim oleh Al-Qaeda sendiri," katanya dalam satu kenyataan.

Lebih teruk, katanya lagi, kenyataan Najib itu dibuat ketika Malaysia berhadapan dengan polarisasi kaum dan agama, di mana adu-domba dan ucapan mengapi-apikan kebencian mengancam kemajmukan masyarakat Malaysia.

"Pujian Najib itu diadakan pada hari yang sama Ketua Penerangan Perkasa Ruslan Kassim mengancam untuk 'memancung leher' pihak yang dikatakan menghina Islam dan Sultan Selangor.

Adakah ini bermakna Ruslan dan Perkasa bakal mendapat perlindungan atas ancaman jenayah mereka?" katanya, merujuk pada kenyataan Ruslan dalam satu perhimpunan berhampiran Istana Selangor Isnin lalu.

Ketika berucap dalam majlis sambutan ulang tahun ke-20 Umno Cheras pada hari yang sama, Najib mengejutkan banyak pihak dengan menjadikan ISIL sebagai simbol keberanian yang perlu dicontohi anggota Umno dalam mempertahankan parti itu.

ISIL adalah kumpulan serpihan Al-Qaeda yang bertujuan mewujudkan negara Islam dan diperintah oleh Khalifah di Iraq dan Syria dan diklasifikasikan sebagai organisasi pengganas oleh seluruh masyarakat antarabangsa, termasuk oleh negara majoriti Muslim.

Kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu lagi, ucapan itu juga memberikan kesan serius, memandangkan Wisma Putra semalam menyatakan bahawa 15 rakyat Malaysia yang menyertai ISIL telah terbunuh di Syria.

"Wisma Putra juga menyatakan 'Malaysia selaku negara yang sederhana dan mencintai keamanan mengutuk sebarang tindakan keganasan dan ekstremisme oleh mana-mana pihak, termasuk warganya sendiri'.

"Maka, Najib perlu menjelaskan kepada seluruh rakyat Malaysia, negara Asean dan masyarakat antarabangsa mengapa beliau mengagungkan pengganas ISIL," katanya lagi.

Mengulas isu sama, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyifatkan kenyataan itu seperti menggalakkan lagi ancaman-ancaman keganasan dan kebencian oleh pimpinan Umno dan Perkasa.

"Ancaman kebencian seperti dibuat Ruslan Kassim seperti diberi galakan oleh Najib (dengan kenyataannya itu).

"Ini juga kali pertama seorang Perdana Menteri menggesa ahli partinya untuk belajar daripada pengganas. Adakah beliau akan meminta ISIL membuka cawangan di Malaysia selepas ini, agar lebih mudah untuk orang Umno belajar daripada mereka," katanya sinis. –


“Kabinet ada MCA atau tidak, sama sahaja” – Lim Lip Eng

Posted: 25 Jun 2014 05:21 AM PDT

lim lip eng

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Penstrukturan semula Menteri Kabinet melibatkan lima pemimpin MCA tidak memberi sebarang makna kerana parti itu gagal menyuarakan hasrat masyarakat Cina di negara ini, kata Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.

Lim dalam kenyatannya hari ini berkata, sama ada wujud atau tidak wakil MCA dalam barisan kabinet, tidak ada perbezaan.

"Yang perlu dipersoalkankan sekarang – apa yang boleh mereka lakukan. Apa bezanya sebuah kabinet yang ada wakil MCA dan kabinet yang tiada wakil MCA?, kata Lim sinis.

Bekas Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dalam satu kenyataan sebelum ini berkata, parti itu menolak sebarang jawatan dalam kerajaan ekoran pencapaian parti itu yang lemah dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Namun, pada Februari 2014 selepas pelantikan Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai presiden MCA dalam satu mesyuarat agung luar biasa (EGM), parti itu mengintai peluang untuk menjabat semula jawatan di peringkat pusat, negeri dan kerajaan tempatan.

Kata Lim, tidak ada sebarang hasil kerja yang boleh dibanggakan, malah tanpa sebarang petunjuk prestasi bagi mengabsahkan pelantikan lima pemimpin MCA ke dalam kabinet.

"Kabinet kerajaan minoriti Barisan Nasional terpaksa disusun semula. Selepas hanya satu tahun, Malaysia kembali ke petak mula? Apa sebabnya?. soalnya.

Tambahnya, penyusunan semula kabinet ini hanya untuk 'memberi muka' kepada MCA dan Gerakan yang gagal untuk kekal relevan pada PRU lalu.

Lim sebelum ini pernah meminta -pemimpin MCA yang begitu aktif di media sosial, terutamanya presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai untuk menawarkan lima janji kepada masyarakat Cina sebagai hujah penyertaan parti itu ke dalam kabinet.

"Permintaan ini tidak dijawab. Minggu lalu saya bertanya lagi dan kali ini saya kurangkan kepada tiga janji sahaja. Ini pun tidak dijawab. MCA kekal membisu.

"Apa janji MCA yang tidak boleh diusahakan sendiri oleh masyarakat Cina tanpa MCA? soal Lim.

Hari ini lima pemimpin MCA menyertai kabinet yang terdiri dari Datuk Seri Liow Tiong Lai (Menteri Pengangkutan), Datuk Wee Ka Siong (Menteri di JPM), Datuk Lee Chee Leong (Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri), Datuk Chua Tee Yong (Timbalan Menteri Kewangan) dan Datin Chew Mei Fun (Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga & Masyarakat)

Justeru kata Lim, pada hari bersejarah MCA menyertai semula kabinet, beliau sekali lagi meminta parti itu untuk menawarkan satu sahaja janji lagi kepada masyarakat Cina di Malaysia.

'Saya secara spesifik menyebut 'masyarakat Cina' kerana kali terakhir saya periksa, MCA itu maksudnya 'Malaysian Chinese Association'.

"Semua orang tahu bahawa MCA sebuah parti Cina yang ditolak masyarakat Cina tidak berfungsi sepanjang satu tahun lalu," katanya.

Apa Muhyiddin Buat Di Jakarta?

Posted: 25 Jun 2014 04:05 AM PDT

shahbudindotcom


Setelah Perdana Menteri, Najib Razak memberikan kenyataan bahawa desas-desus perletakan jawatan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin hanyalah rekaan politik pihak-pihak tertentu saja dan diikuti pula dengan perasaan lega pengundi serta ahli-ahli UMNO Pagoh menerima perkhabaran itu, hakikat yang berlaku mungkin adalah sebaliknya.

Sebagaimana yang selalu terjadi, penafian tidak lagi bermaksud sesuatu itu tidak akan berlaku, malah lebih merupakan petunjuk bahawa khabar angin semakin hampir menjadi kenyataan.

Ini berikutan tidak berapa lama selepas Najib menafikan ada sebarang pertukaran orang nombor duanya, dikhabarkan pula bahawa Muhyiddin telah pun berlepas ke Jakarta dengan diikuti oleh beberapa orang pengikut serta rakan karibnya dalam dunia politik.

Beberapa nama telah disebutkan sebagai antara yang pergi menemani Muhyiddin ke Jakarta itu dan antaranya memang diketahui sebagai penyokong setia dan mereka yang selalu jatuh bangun bersama-sama dengannya.

Sumber yang dekat dengan Muhyiddin memberitahu, pemergian itu ada kaitan untuk membincangkan perkembangan politik terbaru mengenai dirinya serta hubungannya dengan Perdana Menteri yang menjadi bualan ramai ketika ini.

Difahamkan, hasil daripada perbincangan di Jakarta itu nanti, tidak mustahil Muhyiddin akan membuat sesuatu keputusan yang mengejutkan. Namun tidak mustahil juga beliau dinasihati terus kekal dan bersabar sehingga pilihanraya umum akan datang.

Sebelum tersebar berita mengenai perletakan jawatan Muhyiddin yang dihebohkan melalui media sosial, sudah lama sebenarnya kedengaran mengenai hubungan dinginnya dengan Najib Razak kerana beliau difahamkan tidak bersetuju dalam beberapa perkara tetapi tidak mampu bertindak berikutan pemusatan kuasa yang terlalu tertumpu kepada Najib dan Seri Perdana.

Blog ini turut mendedahkan kesengsaraan yang dialami oleh Muhyiddin sebagai pemimpin nombor dua yang seolah-olah tidak mampu berbuat apa-apa. Berbanding ramai pemimpin dan ahli UMNO yang kecewa dengan Najib, Muhyiddin mungkin merupakan orang yang paling sengsara dan terseksa jiwanya.

Kemudian dari itu, bekas Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin atau Zam dalam blognya juga menulis bahawa Muhyiddin memang diketahui telah memberitahu beberapa rakannya mengenai hasrat untuk meletakkan jawatan dan walaupun alasan yang diberi ialah umur tetapi dikatakan juga menyimpan perasaan kecewa yang mendalam tentang beberapa hal.

Najib pula, disebalik menafikan desas-desus mengenai Muhyiddin tetapi masih lagi menangguhkan rancangannya untuk merombak kabinet, meskipun wakil daripada MCA dan Gerakan yang sebelumnya dipelawa dan dijanjikan jawatan dalam kabinet sudah tidak sabar-sabar mahu berada dalam kerajaan.

Rombakan kali ini, selain bertujuan memasukkan wakil MCA dan Gerakan, dipercayai juga untuk menaikkan pangkat sepupunya, Hishammuddin daripada Menteri Pertahanan kepada Menteri Kewangan. Langkah itu pastinya akan membuatkan Muhyiddin tersinggung kerana ia menunjukkan seolah-olah Najib sedang mempersiapkan Hishammuddin untuk mengambil alih tempatnya.

Penafian Najib sambil mengatakan ia hanyalah rekaan politik tetapi dalam masa yang sama masih menangguhkan rombakan kabinet, lebih membuktikan bahawa beliau memang ada rancangan untuk menaikkan pangkat Hishammuddin sambil menyisihkan Muhyiddin secara perlahan-lahan.

Jika rombakan kabinet sekadar untuk memasukkan wakil MCA dan Gerakan atau menukar portfolio beberapa menteri UMNO yang tidak menjejaskan masa depan Muhyiddin, tiada sebab Najib masih menangguhkannya sehingga sekarang.

Namun, oleh kerana isu ini sudah menjadi perbualan ramai, kemungkinan besar ianya ditukar atau ditangguhkan dahulu sehingga keadaan reda. Tetapi Muhyiddin dikatakan semakin memahami permainan politik Najib dan nasib yang bakal menimpa dirinya.

Dalam masa yang terdekat ini nampaknya ada dua perkara yang menjadi penantian - rombakan kabinet dan pengumuman Muhyiddin mengenai masa depannya hasil perbincangan dengan rakan-rakannya di Jakarta itu.

MyWatch dakwa ada bukti skandal seks polis

Posted: 25 Jun 2014 04:00 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


NGO pemantau jenayah MyWatch mendakwa menerima satu set gambar dan dokumen berhubung skandal seks melibatkan seorang pegawai kanan polis.

Pengerusi NGO tersebut R Sri Sanjeevan yang enggan menamakan pegawai tersebut bekata, MyWatch sedia mendedahkan gambar dan dokumen tersebut kepada umum.

Bagaimanapun, beliau meminta jaminan daripada perdana menteri dan menteri dalam negeri agar tidak mengambil tindakan ke atasnya.

"MyWatch mahu mendapat jaminan dari Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa mereka terus menggantung tugas pegawai tersebut, tanpa mengira pangkat dan gelarannya, dan mengarahkan siasatan menyeluruh dalam perkara ini

"MyWatch sudah membuat pelbagai pendedahan sebelum ini dan menggesa siasatan penuh dijalankan. Namun, sedihnya, semua pendedahan ini disorokkan," dakwa Sanjeevan dalam satu kenyataan.

Katanya, MyWatch sedia mendedahkan bahan tersebut sekiranya diberi jaminan, seperti diminta.

"Ini adalah satu lagi peluang bagi perdana menteri dan menteri dalam negeri untuk menunjukkan bahawa mereka tidak berkompromi dengan salah laku atau salah guna kuasa melibatkan pegawai tinggi polis, dan bersedia bertindak atas maklumat," katanya.

Beliau yang pernah mengalami kecederaan parah akibat ditembak beberapa kali sebelum ini, turut menyatakan bahawa langkah terbaru ini mungkin mendedahkan beliau kepada risiko sekali lagi.

Tasik Putrajaya mungkin jadi sumber air baru

Posted: 25 Jun 2014 03:57 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Tasik Putrajaya akan menjadi antara lokasi yang berkemungkinan dipilih sebagai sumber air bagi para pengguna sekitar Lembah Klang sekiranya paras empangan air di sekitarnya berada di tahap kritikal ekoran fenomena El-Nino yang dijangka berlaku hujung bulan ini.
  
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, selain itu, tasik lain seperti di Mines, Seri Kembangan dan beberapa lokasi turut terpilih sekiranya Kementerian Kesihatan mengesahkan tasik-tasik berkenaan selamat untuk digunakan.
  
Beliau menjelaskan, alternatif itu merupakan antara beberapa cadangan yang akan dikemukakan dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa El-Nino dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 30 Jun ini.`
  
"Selain itu, kita berhasrat untuk menggunakan sumber air bawah tanah bagi menampung keperluan air sama ada domestik atau industri yang terjejas akibat musim kemarau.
  
Jawatankuasa El-Nino itu perlu terlebih dahulu mendapatkan data paras empangan di seluruh negara sebelum membuat sebarang keputusan," katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan majlis pembukaan rasmi Hotel Tune KLIA2 di Sepang hari ini.
  
Ketika ditanya sama ada kemungkinan catuan air berulang kembali, Mahdzir berkata, pihaknya perlu mendapat penjelasan Jabatan Meteorologi berhubung perubahan monsun barat daya pada minggu kedua Julai ini.

Katanya, fenomena cuaca panas yang berlaku sejak minggu lalu bukan berpunca daripada El-Nino tetapi disebabkan oleh Monsun Barat Daya dari Lautan Hindi.
  
"Pada minggu kedua bulan hadapan, kita akan lihat sama Monsun Barat Daya telah beralih daripada Lautan Hindi kepada Lautan Pasifik dan jika berlaku, maka fenomena El-Nino telah melanda.
  
Fenomeno El-Nino mendatangkan cuaca panas berpanjangan bakal memberi impak cukup besar pada negara dengan melibatkan lima sektor iaitu domestik, pertanian, industri, janakuasa eletrik dan kesihatan," katanya.- Bernama

'Saya, exco tiada masa bincang isu tukar MB'

Posted: 25 Jun 2014 03:55 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Tan Sri Khalid Ibrahim enggan memberikan komen berhubung kenyataan pemimpin PKR sendiri yang mendakwa terdapat persetujuan menggantikan beliau sebagai menteri besar Selangor.

"Saya dan exco saya tiada masa untuk berbincang perkara ini," katanya dalam sidang media di bangunan kerajaan negeri hari ini.

Khalid menjawab soalan pemberita mengenai dakwaan Ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin semalam bahawa pemimpin Pakatan Rakyat sudahpun mencapai persetujuan agar untuk menggantikan kedudukan beliau sebagai menteri besar.

Shamsul Iskandar yang juga anggota parlimen Bukit Katil dalam satu kenyataan menyebut pertukaran itu turut dipersetujui "majoriti pimpinan PAS".

Sementara itu ADUN Pelabuhan Klang itu turut enggan mengulas insiden kekecohan yang berlaku ketika pemilihan semula PKR di Selangor minggu lalu.

Bagaimanapun, Khalid secara berseloroh berkata pemilihan tersebut bakal berakhir tidak lama lagi.

"Pemilihan (berakhir) tak lama lagi. Tamat 28 haribulan ini kan? Lepas itu kita puasa. Selepas itu bolehlah berbaik dan kita sambut hari raya," katanya yang mengundang gelak ketawa wartawan yang hadir.

Berapa mahal kabinet Najib? RM10j setahun

Posted: 25 Jun 2014 03:49 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


ANALISIS Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dinanti-nanti hari ini menimbulkan persoalan berhubung saiz besar kabinet barunya itu.

Untuk negara dengan 30 juta penduduk ini, pertambahan anggota kabinet Najib menjadikannya memiliki 35 menteri penuh dan 28 timbalan menteri.

Jumlah portfolio kabinet juga semakin bertambah.

Seramai 35 anggota itu, 10 daripadanya berkhidmat dalam Jabatan Perdana Menteri – yang semakin membesar – membentuk kabinet dalam kapasiti sebagai menteri penuh.

Berdasarkan pakej saraan yang ditetapkan parlimen Malaysia, barisan baru kabinet itu akan menelan wang pembayar cukai kira-kira RM530,000 dalam bentuk gaji atau RM6.3 juta setahun.

Ini tidak termasuk saraan yang diterima menteri-menteri itu atas kapasiti mereka sebagai anggota parlimen serta mengambil kira juga bayaran elaun-elaun yang layak diterima.

Jika timbalan perdana menteri dimasukkan sekali, kerajaan ini berbelanja RM835,325 sebulan untuk gaji pokok untuk kesemua pemimpin atasannya, atau mencecah RM10 juta setahun.

Lebih mahal dari UK

Najib mempertahankan keperluan mengembangkan kabinet. Ini ekoran perubahan pendirian MCA yang kini bertukar fikiran untuk menerima kerusi kabinet.

Jika dibandingkan dengan negara-negara Komanwel, kabinet itu besar jika dibandingkan dengan populasi penduduk.

India, negara dengan satu bilion penduduk, menyaksikan juga 23 anggota kabinet.

Malah, menteri di India tidak mempunyai gaji pokok dan dibayar berdasarkan elaun harian yang ditetapkan parlimen mereka.

Di United Kingdom yang mempunyai 63 juta penduduk, juga mempunyai 23 anggota kabinet yang menerima bayaran £1.57 juta setahun (RM8.54 juta).

Sidang media pertama MCA lepas sertai Kabinet

Posted: 25 Jun 2014 03:32 AM PDT


rombakan kabinet


SHAH ALAM – Sebaik pengumuman mengenai Kabinet baharu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi, MCA akan mengadakan sidang media jam 3.00 petang ini.

Sidang media itu akan dipengerusikan oleh Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin MCA yang lain.

MCA kembali menyertai Kabinet kerajaan selepas setahun berlalu ekoran kecewa dengan keputusan tidak memberangsangkan pada PRU13 yang lalu.

Sebentar tadi, teka-teki mengenai kedudukan terkini Kabinet Malaysia terjawab dengan beberapa nama yang sudah dijangka sebelum ini turut diumumkan Najib.

Najib mengumumkan, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai menteri memegang portfolio Menteri Pengangkutan; Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri; Naib Presiden MCA, Senator Datuk Lee Chee Leong sebagai
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa  dan Industri; Naib Presiden MCA, Datuk Chua Tee Yong sebagai Timbalan Menteri Kewangan; Naib Presiden MCA, Senator Datin Seri Paduka Chew Mei Fun sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat dan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Keenam-enam menteri Kabinet ini akan mengangkat sumpah pada Jumaat ini, jam 11.30 pagi di Istana Negara.

'Terima kasih atas kepercayaan'

Posted: 25 Jun 2014 03:29 AM PDT

Mah Siew Keong  
Mah Siew Keong
 
 
 
 KUALA LUMPUR - Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan Barisan Nasional (BN) kerana mempunyai keyakinan terhadap beliau untuk dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Siew Keong berkata, beliau berbesar hati dengan pelantikan itu, yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini.

"Saya berasa amat berbesar hati apabila dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri oleh Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak pada 25 Jun 2014.

"Juga mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mempunyai kepercayaan dan keyakinan terhadap saya," kata Siew Keong dalam laman Facebooknya.

Najib hari ini mengumumkan pelantikan tiga menteri dan tiga timbalan menteri baharu terdiri daripada pemimpin MCA dan Gerakan.

Dalam PRK Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei, Mah, 53, mengalahkan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti 238 undi.

Kemenangan Siew Keong bukan sahaja menyaksikan BN merampas kembali kerusi itu, tetapi juga mengukuhkan kedudukannya sebagai presiden Gerakan, jawatan yang dimenanginya pada pemilihan parti Oktober tahun lepas, serta kedudukan Gerakan dalam BN. - Bernama

Ini Dia Muka-muka Tak Tahu Malu Jadi Menteri & Timbalan Menteri

Posted: 25 Jun 2014 03:23 AM PDT

KELAB GREENBOC


Liow, Mah, Wee dilantik menteri penuh


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penstrukturan semula Kabinet seperti berikut:

Datuk Seri Liow Tiong Lai - Menteri Pengangkutan
Datuk Wee Ka Siong - Menteri di JPM
Datuk Mah Siew Keong - Menteri di JPM
Datuk Lee Chee Leong - Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Datuk Chua Tee Yong - Timbalan Menteri Kewangan
Datin Chew Mei Fun - Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Masyarakat.

Kesemua anggota baru jemaah menteri itu akan mengangkat sumpah jawatan pada hari Jumaat, katanya.

Beliau tidak menyebut nama mana-mana anggota jemaah menteri yang digugurkan.

"Saya berasa gembira kerana wakil MCA yang mewakili kaum Cina telah dapat kembali berada dalam Kabinet, begitu juga dengan wakil parti GERAKAN," katanya.

Beliau juga yakin bahawa kemasukan anggota baru ke dalam Kabinet itu akan dalam "menterjemah akujanji kepada rakyat" seperti dinyatakan dalam kempen pilihan raya umum lalu.

Najib mengumumkan demikian dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet, tengahari.

Beliau semalam membayangkan bahawa rombakan tersebut akan melibatkan jawatan menteri pengangkutan, yang dipangku sepupunya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

BN perlu mengotakan janji untuk melantik Datuk Mah Siew Keong ke jawatan penuh menteri, selepas presiden GERAKAN itu menang pilihan raya kecil parlimen Teluk Intan.

Najib juga perlu mengambil kira kuota MCA, yang meluluskan usul untuk kembali memegang jawatan kerajaan melalui mesyuarat agung luar biasa, Februari lalu. ~mk

ULASAN GB

MCA & gerakan TELAH DITOLAK oleh kaum Cina untuk mewakili bangsa mereka di dalam PRU13 yang lalu. Tetapi Presiden kedua-dua parti begitu mendesak untuk dipilih juga sebagai menteri kabinet.

Bukankah itu dasar tak tahu malu?

Lebih menganehkan Chiew Mei Fun, kalah di dalam PRK Kajang yang baru lalu, pun dilantik juga sebagai Timbalan Menteri.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Mereka akan dikalahkan dengan lebih hina di dalam PRU yang akan datang.

Apasal PERKASA Tak Mahu Pancung Mereka Di Putrajaya?

Posted: 25 Jun 2014 03:21 AM PDT

KELAB GREENBOC


Apa Lagi, Penggallah... Sebab Kerajaan Sendiri Benarkan Gereja Guna Kalimah Allah


Tidak lama selepas beberapa NGO dan banyak pejuang-pejuang Islam meraikan keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang secara jelasnya mengekalkan keputusan tidak membenarkan majalah Herald menggunakan kalimah Allah dalam terbitannya, kerajaan mengeluarkan kenyataan ringkas bagi memperjelaskan lagi keputusan mahkamah itu.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan itu menyebut bahawa keputusan itu hanya terpakai untuk majalah Herald saja, tetapi penganut agama Kristian masih boleh menggunakan kalimah Allah di gereja-gereja. Diulang, penganut agama Kristian masih boleh menggunakan kalimah Allah di gereja-gereja.

Menurut kenyataan itu, kerajaan menghormati keputusan mahkamah itu dan meminta semua pihak mematuhinya, namun penghakiman itu hanya terpakai untuk majalah Herald saja.

Lihat betapa lemah-lembut, toleransi dan talam dua mukanya kerajaan. Dalam sejak sekian lama mengatakan kalimah Allah hanya eksklusif untuk Islam dan meminta NGO serta banyak pihak lain menjerit dan bersama dengannya mempertahankan kalimah Allah, sekelip mata saja pendirian kerajaan boleh berubah.

Kenyataan itu hanya menyebut ianya sebagai pendirian kerajaan atau Putrajaya, tetapi tidak pula mengaitkan dengan mana-mana pemimpin kerajaan termasuk Perdana Menteri dan sebagainya. Namun demikian, oleh kerana ia disebut mewakili kerajaan atau Putrajaya, sudah tentulah kenyataan yang memperjelaskan bahawa keputsan mahkamah hanya berkaitan dengan majalah Herald dan penganut Kristian masih boleh menggunakan kalimah Allah tanpa halangan, turut mendapat kebenaran daripada Perdana Menteri.

Tidak mungkin ia dikeluarkan tanpa mendapat restu atau lampu hijau daripada Najib selaku Perdana Menteri.


Kenyataan yang dilihat amat melukakan hati NGO dan pejuang-pejuang Islam seperti Perkasa, Isma dan lain-lain ini bagaimanapun hanya mendapat tempat di portal berita dalam talian saja, namun tidak disiarkan dalam akhbar-akhbar arus perdana. Dengan demikian, pendirian "double standard", talam dua muka dan secara jelas membenarkan kalimah Allah digunakan di gereja, tidak diketahui oleh orang-orang Melayu di kampung atau makcik-makcik di tanah rancangan Felda di seluruh negara.

Dengan Perkasa, Isma dan lain-lainnya meraikan keputusan mahkamah semalam seolah-olah suatu kejayaan kepada Islam dan kemudian berhimpun pula di Istana Kayangan, Shah Alam menuntut agar Bible bahasa Melayu yang dirampas Jais sebelum ini tidak dipulangkan, pengundi Melayu yang tiada kemudahan internet tentulah menyangka bahawa kerajaan pimpinan Najib juga benar-benar mempertahahkan kalimah Allah itu.

Lebih menggerunkan lagi apabila seorang pemimpin Perkasa juga memberi amaran mahu memenggal kepala mana-mana pihak yang enggan menghormati Islam di negara ini.

Malangnya, Islam akhirnya dikhianati oleh mereka yang sering melaungkan mahu mempertahankan Islam itu sendiri.

Nah, sekarang siapa yang mengkhianati kedaulatan Islam? Bukankah kerajaan, Putrajaya, anggota kabinet pimpinan najib sendiri yang menjadi pengkhianatnya? Apa lagi, penggallah....


Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam jelas menyebut gereja-gereja boleh menggunakan kalimah Allah tanpa halangan. Ia nampaknya tidak hanya untuk Sabah dan Sarawak, bahkan kenyataan terbaru ini memberi gambaran bahawa semua gereja di seluruh negara boleh menggunakan kalimah Allah.

Terbukti bahawa keputusan mahkamah itu hanya menampakkan lagi wajah talam dua muka kerajaan mengenai Islam. Kepada pengundi Melayu dan Islam, mereka menonjolkan wajah Islam tetapi dalam masa yang sama berwajah lain semata-mata kerana bimbangan kehilangan sokongan serta undi daripada penganut agama lain.

Yang sedihnya, selain orang Melayu di kampung, makcik dan pakcik peneroka Felda dijual hidup-hidup oleh sikap talam dua muka UMNO dan kerajaan ini, beberapa NGO Islam seperti Perkasa, Isma juga turut terpedaya. Malah, ramai juga pemimpin UMNO sendiri yang turut terpedaya dengan lakonan UMNO dan kerajaan ini di mana mereka juga turut menyambut dan meraikan seolah-olah suatu kejayaan keputusan Mahkamah Persekutuan itu.

Hakikatnya, tiada kejayaan apa pun kepada Islam daripada keputusan mahkamah itu, kecualilah jika Perkasa segera berubah fikiran dan menunaikan ikrar mahu memenggal kepala seperti yang dilafazkannya dengan garang sebelum ini. Jika tidak, semua ini poyo belaka. ~shahbudindotcom


Putrajaya hormat keputusan mahkamah, Kristian boleh guna kalimah Allah di gereja

Kalimah Allah masih boleh digunakan di gereja oleh penganut Kristian kerana keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini hanya melarang penerbitan mingguan Herald menggunakan perkataan itu, kata Putrajaya.

Kenyataan dua perenggan yang dikeluarkan Putrajaya hari ini berkata, kerajaan turut menghormati keputusan mahkamah tersebut tersebut.

"Keputusan itu hanya terpakai untuk akhbar Herald daripada menggunakan perkataan Allah. Kristian Malaysia masih boleh menggunakan kalimah Allah di gereja," kata kenyataan yang dikeluarkan petang tadi, di Kuala Lumpur.

"Kerajaan kekal komited dengan Penyelesaian 10 Perkara. Malaysia merupakan negara berbilang agama dan penting kitab menguruskan perbezaan dengan aman, berdasarkan peruntukan undang-undang, dialog, rasa hormat dan kompromi."

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan untuk tidak membenarkan rayuan pihak gereja selepas empat daripada tiga panel hakim bersetuju menolak rayuan penggunaan kalimah Allah.

Panel hakim menolak permohonan gereja untuk merayu, dengan memetik Mahkamah Rayuan membuat keputusan yang tepat untuk melarang penggunaan kalimah tersebut dalam terbitan mingguan Katolik, The Herald.

Ketua Hakim Tun Arifin Zakaria yang mengetuai panel tujuh hakim itu berkata, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, Ketua Hakim Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin dan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Suriyadi Halim Omar berkongsi pendapat yang sama.

Gereja Katolik bagaimanapun kecewa apabila empat hakim menolak permohonan mereka untuk menggunakan kalimah Allah dalam akhbar mingguan mereka, The Herald.

"Empat hakim tersebut yang tidak membenarkan permohonan kami bercakap tentang perkara yang tidak menyentuh mengenai hak asasi kumpulan minoriti," kata Ketua Pengarang The Herald, Father Lawrance Andrew hari ini, di luar mahkamah.

Beliau berkata, peguam gereja akan mempertimbangkan untuk menyemak semula keputusan tersebut.
-TMI

Liow, Mah, Wee dilantik menteri penuh

Posted: 24 Jun 2014 11:08 PM PDT

MALAYSIAKINI



 


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penstrukturan semula Kabinet seperti berikut:

Datuk Seri Liow Tiong Lai - Menteri Pengangkutan

Datuk Wee Ka Siong - Menteri di JPM

Datuk Mah Siew Keong - Menteri di JPM

Datuk Lee Chee Leong - Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Datuk Chua Tee Yong - Timbalan Menteri Kewangan

Datin Chew Mei Fun - Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Masyarakat.

Kesemua anggota baru jemaah menteri itu akan mengangkat sumpah jawatan pada hari Jumaat, katanya.

Beliau tidak menyebut nama mana-mana anggota jemaah menteri yang digugurkan.

"Saya berasa gembira kerana wakil MCA yang mewakili kaum Cina telah dapat kembali berada dalam Kabinet, begitu juga dengan wakil parti GERAKAN," katanya.

Beliau juga yakin bahawa kemasukan anggota baru ke dalam Kabinet itu akan dalam "menterjemah akujanji kepada rakyat" seperti dinyatakan dalam kempen pilihan raya umum lalu.

Najib mengumumkan demikian dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet, tengahari.

Beliau semalam membayangkan bahawa rombakan tersebut akan melibatkan jawatan menteri pengangkutan, yang dipangku sepupunya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

BN perlu mengotakan janji untuk melantik Datuk Mah Siew Keong ke jawatan penuh menteri, selepas presiden GERAKAN itu menang pilihan raya kecil parlimen Teluk Intan.

Najib juga perlu mengambil kira kuota MCA, yang meluluskan usul untuk kembali memegang jawatan kerajaan melalui mesyuarat agung luar biasa, Februari lalu.

Kampung Chubadak wujud sebelum 1800

Posted: 24 Jun 2014 11:02 PM PDT

NAZLI IBRAHIM 






WALAUPUN tidak dicatat tarikh sebenar pembukaan Kampung Chubadak tetapi berdasarkan sejarah lisan, ia dipercayai wujud sebelum 1800 lagi.

Ia dikatakan diteroka sekumpulan masyarakat keturunan Minang Chubadak dari Sumatera sejak bergenerasi lamanya.

Perkampungan yang sebahagiannya bekas tanah lombong terdiri daripada beberapa kampung seperti Kampung Chubadak Tambahan atau Kampung Pasir, Kampung Chubadak Indah, Chubadak Hulu dan Chubadak Hilir.

Selepas lombong ditutup sekitar tahun 40-an, semakin ramai  menduduki Kampung Chubadak dengan membina rumah di tanah yang mereka terokai.

Penerokaan untuk dijadikan penempatan baru yang ketika itu Wilayah Persekutuan belum wujud, asalnya mendapat restu dan  galakan Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris.

Ini dapat dilihat apabila Kerajaan Selangor ketika itu berjanji mengambil segala langkah perlu bagi memastikan penduduk kampung itu mendapat hak milik tanah yang diduduki.

Walaupun selepas status tanah rezab Melayu Kampung Chubadak dibatal melalui Pengistiharan Rezab pada 22 Jun 1932, Pegawai  Daerah Kuala Lumpur pada 1960-an menyediakan pelan lakar bagi memecah tanah itu kepada lot-lot yang dibahagi-bahagi kepada penduduk kampung.

Ini diperkuat dengan kewujudan pelbagai kemudahan yang dibangunkan pihak berkuasa seperti dua balai raya, tiga masjid, bekalan air dan eletrik, perkhidmatan telefon, klinik, jalan berturap, pusat aktiviti wanita dan beberapa sekolah agama antara 1960 hingga 1990.

Malah ada bukti menunjukkan sebelum pembentukan Wilayah Persekutuan, Kerajaan Selangor telah menubuhkan badan yang dikenali sebagai Committee of Village Development and Security (CVDS).

Peranan CVDS yang diketuai ketua kampung itu menyamai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) pada masa ini.

Bagaimanapun, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam Draf Pelan Bandar Kuala Lumpur (KLCP) 2020 mengkategori Kampung Chubadak sebagai penempatan setinggan bersama lima kampung.

Kampung lain ialah Kampung Padang Balang, Kampung Bandar Dalam, Kampung Sungai Merali, Kampung Bahagia dan Kampung Puah.

Tindakan DBKL yang mungkin didalangi Kerajaan Persekutuan itu mengkhianati generasi awal penduduk Kampung Chubadak, selain turut mengkhianati Kerajaan Selangor.

Lebih mengecewakan, tanah itu dijual pula kepada sektor swasta, STLR Sdn Bhd pada 26 Oktober 1985 yang kemudian dijual kepada Sentul Murni Sdn Bhd (SMSB).

Mujur penduduk Kampung Chubadak Tambahan memperoleh perintah Mahkamah Rayuan bahawa mereka boleh mendiami kawasan itu dan kampung itu diiktiraf sebagai bukan setinggan.

Sungguhpun begitu, DBKL tidak mengendahkan fakta itu sebaliknya tergamak meroboh rumah penduduk yang akhirnya menghadirkan perlawanan rakyat. - Selangor Kini


Kelantan juarai Majlis Tilawah al-Quran Braille

Posted: 24 Jun 2014 10:58 PM PDT

MUHAMMAD ARIF ISMAIL






SHAH ALAM: Peserta yang mewakili negeri Kelantan, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi muncul juara Majlis Tilawah al-Quran Braille peringkat kebangsaan yang berlangsung di Perpustakaan Raja Tun Uda di sini, 22 Jun lalu.

Majlis yang julung-julung kali diadakan itu dianjurkan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).

Berucap pada majlis tersebut, Pengarah Urusan KL Braille Resource, Datuk Mah Hassan Omar berkata, PPAS menyediakan pelbagai kemudahan bukan sahaja kepada orang awam malah kepada golongan orang kelainan upaya (OKU).

Golongan OKU kini boleh memperolehi bahan bacaan dalam tulisan braille yang disediakan pihak pengurusan perpustakaan, katanya.

Menurut beliau, sebuah bilik khas di tingkat dua disediakan di perpustakaan yang menyediakan bahan bacaan khusus untuk mereka yang mengalami kecacatan penglihatan.

"Kalau dahulu, mereka terpaksa datang ke Brickfield untuk mendapat bahan bacaan, tetapi kini dengan kerjasama perpustakaan awam ini, urusan ini lebih mudah.

"Ramai orang cacat penglihatan yang berminat untuk mendalami al-Quran tetapi tiada kemudahan itu, maka kita ambil inisiatif ini untuk sediakan kepada mereka," jelas beliau.

Majlis yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr. Halimah Ali itu disertai 12 peserta dari seluruh negara.

Turut hadir Pengarah PPAS, Mastura Muhammad.

Najib umum rombakan Kabinet hari ini?

Posted: 24 Jun 2014 10:13 PM PDT


Najib umum rombakan Kabinet hari ini?


SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan sidang media di pejabatnya jam 12.30 tengah hari ini, dipercayai berkaitan rombakan Kabinet.

Najib semalam secara berseloroh memberitahu Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa itu mungkin majlis terakhir Naib Presiden Umno itu dengan jawatan berkenaan.

"Ini mungkin majlis rasmi terakhir anda sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan," katanya pada majlis pelancaran KLIA2.
  
Hishammuddin turut hadir pada majlis pelancaran KLIA2, terminal bagi syarikat penerbangan tambang rendah.

Isu rombakan Kabinet Najib bertiup kencang mutakhir ini namun ia pernah dinafikan oleh Perdana Menteri itu.

Tutup laluan, SPAD tunggu keputusan KTMB

Posted: 24 Jun 2014 10:10 PM PDT

MUHAMMAD FAIZAL 


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menunggu keputusan mesyuarat pengurusan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang dijangkakan esok mengenai arahan penutupan landasan Gua Musang ke Gemas mulai 27 Jun ini.

Harakahdaily ketika menghubungi Bahagian Komunikasi SPAD dimaklumkan arahan penutupan itu dilakukan berikutan atas faktor keselamatan penumpang yang menggunakan laluan tersebut.

"Kita telah bermesyuarat sebelum ini, dengan meletakkan aspek keselamatan sebagai perkara paling utama dalam menyediakan pengangkutan awam dan selaras dengan Seksyen 106 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, kita mengarahkan landasan tersebut telah ditutup.

"Dua tahun lepas empat kemalangan (gelincir) telah berlaku dan kita bernasib baik kerana tidak melibatkan kemalangan jiwa, kita juga merujuk kepada laporan audit dan atas dasar-dasar tersebut kita membuat arahan," jelas pegawai bahagian komunikasi itu.

Ketika ditanya adakah arahan penutupan itu menyebabkan keseluruhan operasi ke laluan Pantai Timur akan dihentikan serta merta atau tidak, beliau memberitahu arahan SPAD adalah menutup operasi laluan tersebut atas dasar keselamatan penumpang.

"Namun KTMB ada maklum bahawa satu mesyuarat pengurusan akan diadakan esok bagi berikutan arahan SPAD itu.

"KTMB boleh merayu kepada kita apa kaedah yang mereka ada dan cara mana mereka ingin lakukan, apa yang penting sekali faktor risiko dan keselamatan penumpang itu perlu dipatuhi seperti mana yang terkandung di dalam Akta Pengangkutan Awam Darat 2010," kata beliau.

Harakahdaily turut menghubungi Pusat Panggilan KTMB memaklumkan tiket bagi perjalanan ke Pantai Timur bagi musim perayaan dibuka mulai semalam untuk jualan.

Pusat Panggilan KTMB itu turut memaklumkan bahawa tiada arahan diterima dari pihak pengurusan kepada Bahagian Jualan Tiket mengenai penutupan laluan tersebut.

Sementara itu, Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPPTMB) dijangka akan mengadakan satu piket di pekarangan Ibu Pejabat SPAD pada 26 Jun (esok) jam 5 petang sebagai bantahan penutupan operasi laluan Gua Musang ke Gemas.

Presidennya, Abdul Razak Md Hassan turut memberitahu selain Kuala Lumpur, piket turut diadakan di Gemas, Kuala Lipis dan Gua Musang pada 28 Jun ini.

Putrajaya paling tinggi catat IPU tak sihat

Posted: 24 Jun 2014 10:07 PM PDT

BERNAMA 


KUALA LUMPUR: Kawasan yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat meningkat kepada lapan setakat 7 pagi tadi, berbanding lima kawasan pada petang Selasa.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), Putrajaya mencatat bacaan IPU tertinggi pada 113, diikuti Banting dan Pelabuhan Klang (110), Cheras (107), Nilai (106), Shah Alam (105), Petaling Jaya (104) dan Batu Muda (102).

Dalam pada itu Port Dickson yang mencatat bacaan tidak sihat semalam, turun kepada 82 iaitu IPU sederhana.

Tiga puluh kawasan lain turut mencatat bacaan IPU sederhana antaranya Kuala Selangor (98), Seremban (88), Seri Manjung (74) serta Bakar Arang dan Sungai Petani yang masing-masing merekodkan IPU 71.

Sebanyak 12 kawasan di seluruh negara mencatat bacaan IPU baik dengan yang terendah iaitu 30 dicatatkan di Langkawi dan Sandakan.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

Tutup laluan: Adakah SPAD berdendam, tanya KPKTMB

Posted: 24 Jun 2014 10:05 PM PDT

MUHAMMAD FAIZAL


KUALA LUMPUR: Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPKTMB) menyifatkan tindakan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menggunakan Seksyen 106 sebagai ugutan dan 'bullet' untuk menekan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Presidennya, Abdul Razak Md Hassan mempersoalkan tindakan SPAD menggunakan akta tersebut adakah kerana berdendam dengan KTMB.

"Apakah mungkin SPAD berdendam dengan KTMB? Siapakan gerangan individu berkenaan? Ini andaian kita mengenai penutupan operasi Gua Musang ke Gemas kerana tindakan SPAD adalah meragukan.

"Persoalannya yang menjadi tanda tanya KPKTMB ialah dari mana laporan teknikal yang pihak SPAD dapat, adakah laporan teknikal berdasarkan kajian SPAD melalui pelantikan jurutera seperti termaktub dalam seksyen 106," soal beliau ketika dihubungi.

Tambahnya lagi, apakah SPAD mengunakan lapuran teknikal KTMB dalam menuntut suntikan kewangan atau mohon bajet sebanyak RM400 juta kepada kerajaan untuk membaikpulih landasan sebagai satu rumusan serta kajian SPAD dan lalu membuat keputusan menutup laluan operasi tersebut.

"Sekiranya benar perkara ini, di manakah profesionalisma SPAD dalam membuat kajian ini sehingga mengambil kesempatan 'menangguk di air keruh' dengan mengunakan seksyen 106.

"Tindakan sedemikian merupakan satu tindakan tidak profesional yang menjuruskan kegagalan SPAD sebagai regulator," sambung beliau lagi.

Abdul Razak yang mengulangi, pihak kesatuan ingin mengetahui siapakah jurutera SPAD atau jurutera yang dilantik oleh SPAD dalam membuat kajian serta memutuskan dan menandatangani lapuran kajian sehingga memutuskan penutupan laluan operasi itu selaras dengan peruntukan seksyen 106.

"Pihak kesatuan sebagai organisasi Kesatuan Sekerja yang didaftarkan di bawah Akta Kesatuan Sekerja yang menyuarakan bantahan bagi mewakili Pekerja KTMB dan seluruh rakyat  Pantai Timur khususnya penumpang keretapi akan menulis surat rasmi kepada SPAD memohon laporan kajian tersebut.

"Pihak kesatuan juga akan menyiasat apakah lapuran yang dibuat oleh SPAD itu kajian dari seorang jurutera yang dilantik oleh SPAD atau hanya berpandukan laporan teknikal KTMB dalam menuntut bajet dari kerajaan bagi tujuan membaikpulih landasan Gua Musang ke Gemas.

"Tindakan SPAD menutup operasi ini sesungguhnya adalah sangat meragukan," katanya.

Unisel antara IPTS terbaik, ada 70 pensyarah PhD

Posted: 24 Jun 2014 10:04 PM PDT

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) disarankan memilih Universiti Selangor (Unisel) untuk menyambung pengajian mereka di peringkat tertinggi.

Naib Canselor Unisel, Prof Dr Anuar Ahmad berkata, hal itu kerana Unisel adalah salah satu institut pengajian tinggi swasta (IPTS) yang diakui terbaik di negara ini dengan lebih 70 pensyarah berstatus doktor falsafah (PhD), lapor Selangor Kini.

Katanya, 50 daripada kesemua 86 kursus pengajian ditawarkan turut menerima pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

"Kita tawarkan program terbaik dengan harga yang sangat rendah.

"RM26,000 kita tawarkan untuk tiga tahun pengajian, sedangkan IPTS lain jumlah itu hanya untuk setahun, malah ada yang setakat boleh tampung pengajian satu semester sahaja," katanya dalam sidang media di kampus Bestari Jaya.

Turut sama Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali yang terdahulu melakukan lawatan ke asrama pelajar perempuan yang siap dibaik pulih.

Sementara itu, Anuar mengakui terdapat peningkatan yuran dilakukan namun ia tidak melebihi kadar ditetapkan kementerian sebanyak 30 peratus daripada kadar sebelumnya.

Menurutnya, sesetengah yuran bagi program tertentu memang dinaikkan tetapi tidak lebih 30 peratus.

"Katakan sebelum ini RM10,000, selepas dinaikkan menjadi RM15,000 dan ini masih rendah berbanding IPTS lain takkan dapat harga begini.

"Kita juga tidak boleh naikkan tinggi, kerajaan negeri tidak benarkan," katanya lagi.

Tanpa YTL, laksana tender terbuka

Posted: 24 Jun 2014 10:02 PM PDT

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Bidaan pembinaan loji janakuasa Track A4 perlu dibuat semula menerusi tender terbuka oleh Suruhanjaya Tenaga selepas YTL Corporation mengambil keputusan menarik diri daripada projek itu.

Pengarah Eksekutif Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) Wan Saiful Wan Jan (gambar) berkata, pengunduran YTL itu tidak seharusnya menyebabkan projek itu dianugerahkan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) seperti dicadangkan sesetengah pihak.

"Pengunduran (YTL) itu tidak sepatutnya mendorong projek itu diberikan kepada TNB. Monopoli seperti itu tidak akan memberi faedah kepada pengguna," katanya.

Menurut beliau, pengunduran YTL itu membuka peluang untuk Suruhanjaya Tenaga mematuhi janjinya untuk melaksanakan proses tender terbuka bagi projek janakuasa demi kebaikan rakyat.

Wan Saiful memetik kajian Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) awal tahun ini bertajuk 'Reforming Peninsular Malaysia's Electricity Sector' yang menunjukkan bahawa persaingan pembidaan projek tarif loji gas telah membawa kepada penurunan tarif yang sepatutnya memanfaatkan pengguna elektrik di rumah.

"Desakan agar projek janakuasa diberikan kepada satu syarikat sahaja bertentangan dengan Model Ekonomi Baru (MEB) dan hanya mengembalikan kita kepada amalan monopoli masa lalu. Kita tidak boleh membiarkan tadbir urus dijalankan secara samar kerana ia akan menyebabkan kronisme terus berlaku," katanya lagi.

Pada 18 Jun lalu, YTL menarik diri daripada projek kontroversi itu dengan alasan "mengelak kesangsian terhadap komitmen tadbir urus dan ketelusan kerajaan".

Suruhanjaya Tenaga menganugerahkan projek itu kepada konsortium yang dianggotai YTL, TNB dan SIPP Energy secara rundingan terus.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mengecam Suruhanjaya Tenaga yang tidak memberikan projek itu secara tender terbuka, dan menyifatkan badan itu memanipulasi proses penganugerahan agar memihak kepada syarikat tertentu.

"Projek 4A bukan saja dirunding secara terus, malah termanya juga samar-samar, tidak spesifik dan disediakan secara tergesa-gesa. Lebih buruk lagi, perjanjian konsortium antara YTL, TNB dan SIPP Energy – syarikat yang dikaitkan dengan Sultan Johor – masih belum selesai.

"Ini menunjukkan Suruhanjaya Tenaga memanipulasi proses penganugerahan keseluruhan untuk memihak kepada syarikat konsesi tertentu dengan tidak mengambil kira prinsip ketelusan, tadbir urus yang baik dan tender berdaya saing," katanya dalam satu kenyataan yang dibuat pada 20 Jun lalu. – Roketkini.com

Tiada ulasan: