Tukar Tiub |
- KABINET BARU MAT MONGOL
- KE MAHKAMAH LAGI
- KEMPEN KELUAR MALAYSIA MEREBAK
- LAGI PROJEK KAYAKAN KRONI
- YA AMPOOOON
- NAKBA DAN MALAPETAKA
- MALAM ESOK KITA KAH KAH KAH
- LAGI BERITA BAIK
- MANA BAU KARIPAP ROSMAH
- TONGGENG LAGI BAIK
- HARI HARI AKHIR SAEKOR SEMBAB
- TERIMA KASEH HARAKAH
Posted: 25 Jun 2014 06:48 PM PDT FACE BOOK Keputusan Najib hari ini mungkin menyebabkan BN kalah dalam PRU14. Beliau sepatutnya memasukkan dua ekor panda ke dalam kabinet, dan kemudian masukkan Liow Tiong Lai dan Wee Ka Siong ke zoo dan namakan mereka "Tiong Tiong & Siong Siong". --------- |
Posted: 25 Jun 2014 06:30 PM PDT KAH KAH KAH punya nasib pagi pagi pergi mahkamah kali ini jadi saksi pulak kes saman dbkl bersih 3 KAH KAH KAH ------------ |
KEMPEN KELUAR MALAYSIA MEREBAK Posted: 25 Jun 2014 06:18 PM PDT Kempen keluar Malaysia didalangi pembangkangBN sentiasa berpegang kepada polisi untuk memastikan rakyat akan menikmati keamanan dan keharmonian antara kaum. KUCHING: Tindakan "tidak bertanggungjawab" segelintir badan bukan kerajaan (NGO) yang dipercayai didalangi oleh parti pembangkang memainkan sentimen kenegerian menghasut Sarawak keluar dari Malaysia "menjurus negara ini ke arah kehancuran". Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Awangku Jamuddin Pengiran Kon berkata "isu perkauman dan tuntutan hak sering menjadi modal utama parti pembangkang sejak kebelakangan ini". KAH KAH KAH woit dayak iban kadazan sarawak dan sabah nak keluar malaysia bukan kerana pembangkang mereka nak keluar kerana perangai perkasa kerana dasar isma kerana tak boleh sebut allah parti pembangkan hanya mengumpul sokongan KAH KAH KAH ---------- |
Posted: 25 Jun 2014 05:30 PM PDT PEMEGANG KONSESI UiTM KOTA SAMARAHAN JUGA DIANUGERAHKAN KONSESI LEBUHRAYA Pemegang konsesi penswastaan UiTM yang terakhir mengikut jawapan bertulis Perdana Menteri kepada soalan Parlimen saya ialah Rekajaya Projek Sdn Bhd yang dianugerahkan konsesi penswastaan UiTM Kota Samarahan. Semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan syarikat ini dikuasai oleh pasangan ahli perniagaan bernama Dato' Mohamed Raffe b K. Chekku dan isterinya Datin Nilufar Yusupova melalui Rafulin Holdings Sdn Bhd. (Sila semak carian SSM bagi Rekajaya Projek Sdn Bhd dan Rafulin Holdings Sdn Bhd) Sementara saya tidak mempersoalkan kebebasan ahli-ahli perniagaan seperti Dato' Mohamed Raffe untuk menjalankan perniagaan masing-masing, kaedah rundingan terus yang digunakan oleh pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak dengan berselindung di sebalik alasan pendekatan "private finance initiatives" (PFI) begitu mudah disalahgunakan atau dipengaruhi yang membuka ruang kepada rasuah yang merugikan rakyat. Melalui kaedah rundingan terus ini, ahli perniagaan yang mempunyai akses dengan pimpinan Umno dan pegawai tinggi kerajaan berpeluang mendapat konsesi-konsesi yang diikat dalam tempoh yang lama dan boleh merugikan rakyat. Selain konsesi penswastaan UiTM kampus cawangan Kota Samarahan, syarikat yang dikawal oleh Dato' Mohamed Raffe juga dianugerahkan konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur Kuala Selangor (atau LATAR) melalui satu konsortium Kuala Lumpur Kuala Selangor Expressway Berhad. Konsesi lebuhraya LATAR ini adalah selama 40 tahun. Syarikat-syarikat yang dikawal oleh Dato' Mohamed Raffe boleh diibaratkan sebagai pakar perunding konsesi yang berurusan dengan Kerajaan Persekutuan untuk mendapatkan konsesi-konsesi sebegini sementara pembinaannya diberikan kepada syarikat bukan Bumiputra sama ada melalui perkongsian (joint venture) atau sub-kontrak. Di dalam kes pembinaan Lebuhraya LATAR dan UiTM cawangan Kota Samarahan, pembinaannya dikendalikan oleh Binapuri Holdings Berhad, sebuah syarikat pembinaan bukan bumiputra yang disenaraikan di Bursa Kuala Lumpur. Semakan ke atas carian syarikat SSM dan laman web syarikat-syarikat terbabit menunjukkan bahawa kos pembinaan kedua-dua konsesi yang dianugerahkan kepada syarikat Dato' Mohamed Raffe dibiayai melalui pinjaman dengan Bank Pembangunan Berhad, sebuah bank milik penuh kerajaan. Saya mengambil contoh konsesi penswastaan UiTM cawangan Kota Samarahan ini untuk menunjukkan bagaimana kaedah PFI yang dijadikan alasan untuk memberi anugerah konsesi kepada ahli-ahli politik Umno dan rakan perniagaan mereka sebenarnya samalah dengan Kerajaan Persekutuan menanggung sendiri kos pembiayaan tanpa perlu diikat dengan perjanjian konsesi 23 tahun yang membebankan rakyat; atas pertimbangan berikut: 1. Kontraktor akhir yang membina kampus-kampus ini atau lebuhraya adalah syarikat pembinaan sedia ada seperti Binapuri Holdings. Syarikat-syarikat ini boleh sahaja turut serta dalam satu tender terbuka pembinaan kampus tanpa perlu melalui syarikat konsesi seperti sekarang. Akhirnya projek dikendalikan kontraktor bukan bumiputra walaupun Umno memberi alasan ia perlu dianugerahkan melalui konsesi untuk memberi peluang kepada kontraktor Bumiputra 2. Projek sebenarnya dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan sendiri melalui Bank Pembangunan milik penuh Kerajaan Persekutuan. Sekiranya kampus-kampus ini dibina sendiri tanpa diswastakan, Kerajaan Persekutuan boleh sahaja meminjam dari Bank Pembangunan tetapi kos yang ditanggung rakyat adalah jauh lebih murah Siri penswastaan UiTM menjadi bukti bagaimana nama Melayu dan Bumiputra disalahgunakan untuk mengkayakan kroni Umno. Saya akan terus bersuara mendesak kebertanggungjawaban dan ketelusan di dalam kaedah PFI supaya Umno tidak sewenang-wenangnya menganugerahkan konsesi yang akan membebankan rakyat kelak. Saya juga sertakan jawapan bertulis Perdana Menteri yang mengesahkan syarikat-syarikat yang memenangi anugerah konsesi penswastaan UiTM ini sebagai bukti fakta sepanjang pendedahan. RAFIZI RAMLI Ahli Parlimen Pandan 25 Jun 2014 --------- |
Posted: 25 Jun 2014 07:30 AM PDT Pemimpin Umno mahu jadi raja, selar Zam Cara berpakaian seperti persalinan kepahlawanan Melayu yang dipuji Zaini Hassan itu, menurut Zainuddin, menimbulkan persepsi Umno semakin jauh daripada rakyat biasa ringkas hidupnya. KAH KAH KAH woit bagi peluang laaa bagi chan laaa semua nak jadi raja melayu kalau atan boleh jadi raja semua boleh jadi raja KAH KAH KAH DUA EKOR RAJA BARU --------- |
Posted: 25 Jun 2014 06:30 AM PDT SELAGI ITU Nakba sebenar ialah pemikiran rakyat malaysia sekarang... selagi selesa dengan penipuan... selagi selesa dengan kejahilan... selagi selesa dengan pembodohan... selagi selesa dengan GST... selagi selesa dengan TPPA...selagi selesa dengan Lynas... selagi selesa dengan free loader... selagi selesa dengan ketidakadilan... selagi selesa dengan subsidi... selagi selesa dengan BRIM... selagi selesa dengan Broom... kah kah kah nakba di minda setiap manusia ... yang ijazah... yang master... yang phD... yang cerdik... yang matang... sama sama membodohkan orang... kah kah kah selagi agama bangsa jadi pedoman hidup selagi hidup demi kepentingan diri... selagi itu nasib kamu tidak berubah kah kah kah on HARI NAKBA AKAN SAMPAI Publish | Delete | Spam Anonymous on 6/24/14 -------- |
Posted: 25 Jun 2014 05:30 AM PDT |
Posted: 25 Jun 2014 01:05 AM PDT KOMENTAR ini berita baik ini berita ngam semenjak tenaga diswastakan harga leterik terus naik dulu tenaga bakar arang dulu ntenaga bakar petrol dulu tenaga bakar gas dari proses pembakaran ini keluar tenaga leterik yang disalur ke seluruh negara tetiba datang anak lelaki iskandar kutty tenaga tidak lagi bakar arang minyak dan gas sendiri semua wajib beli dari syarikat sawasta cucu iskandar kutty ada loji bakar arang cukong ytl ada loji syed mokhtar ada loji dulu leterik tak ada orang tengah kini ada orang tengah cekik darah ini lah sebab harga leterik naik nak kayakan cucu iskandar kutty nak kayakan cukong ytl nak kayakan syed mokhtar bila agaknya bani melayu nak sedar kalau ini pun tak sedar sedar mapoooslaah negara ini Tarif elektrik naik lagi?25 Jun — Agensi tenaga elektrik, MyPower Corp Bhd menjangka kenaikan tarif elektrik bermula bulan depan, enam bulan selepas Putrajaya mengumumkan tarif elektrik baru Januari lalu. MyPower berkata, kenaikan tersebut tidak dapat dielakkan memandangkan peningkatan… KAH KAH KAH peluang baik untuk hasut kah kah kah ---------- |
Posted: 24 Jun 2014 10:30 PM PDT DAPAT BAU KARIPAP ROSMAH Rombakan Kabinet, Hassan Malek dan Jamil Khir antara digugurkan, kata sumber25 Jun — Pengumuman rombakan Kabinet Najib Razak hari ini dijangka menyaksikan tiga menteri digugurkan, antaranya Jamil Khir Baharom dan Hasan Malek. Sumber memberitahu The Malaysian Insider, KAH KAH KAH sedih sedih sedih pilu pilu pilu pedih pedih pedih apa akan jadi kepada dedak terkumpul berguni guni siapa nak makan? cium bau karipap kena buang juga ciissss baik keluar parti KAH KAH KAH ---------- |
Posted: 24 Jun 2014 09:44 PM PDT FACE BOOK Pyanhabib Rahman shared a link.APABILA abang yang perkasa mahu pancung leher sesiapa yang perkotak-katik agama dan memperlekeh sultan, gua teringat satu pakcik, lama dahulu ada bilang hukum hudud akan bikin orang yang mencuri kena potong tangan dan akan banyak orang yang akan kudung tangan, otak gua yang jahat pun terbayang akan banyaklah orang yang perkotak-katikkan agama dan memperlekehkan sultan akan kudung kepala dipancung abang yang perkasa. Gua yang jahiliah ini cuma mahu bertanya: Mana yang sewajibnya kita laksanakan iaitu mendidik si jahat, si bahlol, si bangang dengan ajaran yang tuhan Allah perturunkan atau tidak fasal-fasal anut ajaran abang yang perkasa, pancung putus kepala manusia sampai mampos? BAIK PUNYA BARANG -------- |
Posted: 24 Jun 2014 09:08 PM PDT BERITA UTAMAPM beri bayangan rombakan kabinet, lagi petunjuk Muhyiddin bakal disingkirKUALA LUMPUR 24 JUN: Khabar angin tersebar mengatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal disingkirkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri semakin diyakini ekoran petunjuk baru daripada Perdana Menteri. Ini dikuatkan lagi… Jun 24 2014 / Keadilan Daily / Read More »KAH KAH KAH apa akan jadi pada malikul sembab? kenapa malikul di tendang? malikul masih muda rancangan siapa ini? rancangan mahafiruan? rancangan bik mana? atau rancangan ezam mat nor KAH KAH KAH --------- |
Posted: 24 Jun 2014 08:08 PM PDT tengok betul betul camkan jangan termakan daun kenduduk kah kah kah 20% pelajar menengah di Perlis ketagih ketumKANGAR:Menteri Besar Perlis Azlan Man berkata guru boleh memainkan peranan berkesan untuk membantu pelajar mengatasi masalah ketagihan air ketum. Beliau berkata kajian Jabatan Pendidikan Perlis mendapati 20 peratus daripada pelajar tingkatan satu hingga enam di negeri ini terbabit meminum air ketum. KAH KAH KAH woit 20% gian air ketum kah kah kah banyak sungguh daun ketum di perlis ingatkan perlis hanya terkenal dengan laksa belut tak tahu ada cafe ketum kah kah kah nota terima kaseh harakah kerana keluarkan gambar kalau tidak hanya dengar nama muka tak pernah lihat |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan