Selasa, 3 Jun 2014

dollah yankee

dollah yankee


Sapa cakap melayu tarak makan babi?

Posted: 03 Jun 2014 07:25 AM PDT


Secara peribadi rasa-rasanya banyak rakyat akan berterima kasih kepada pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia yang dikatakan "membocorkan" laporan ujian sampel cadbury.

Pengesahan pembocoran laporan awal ujian itu dinyatakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya. Sehingga kini kita tidak tahu sama ada pegawai tersebut beragama Islam atau tidak.

Saya berpandangan, jika pembocor ini beragama Islam, dia telah melaksanakan tanggunjawabnya demi menjaga kemaslahatan umat Islam di Malaysia dan di serata dunia. Moga Allah memberikan pahala yang besar kepada nya.

Jika pembocor itu bukan beragama Islam, terima kasih yang tidak terhingga kerana melaksanakan tanggungjawab mendedahkan fakta sebenar serta memahami sensitiviti umat Islam. Dalam hal ini pihak KKM mahupun JAKIM sepatutnya tidak  menyalahkan pembocor maklumat.

Kedua-dua agensi kerajaan ini sepatutnya lebih agresif memeriksa setiap jenis makanan yang ada di pasaran untuk menentukan kehalalannya.

Jika inilah situasinya, adakah lagi maklumat sulit yang disembunyikan? Masih adakah produk yang lain yang seumpamanya tetapi tidak didedahkan?

Adakah ada pihak yang dilindungi perniagaannya? Janganlah kerana sedikit keuntungan maka perkara halal dan haram menjadi pertaruhannya.

Umat Islam amat berharap kekeliruan ini diatasi dengan jujur dan ikhlas.


dollah yankee -
Dunia sudah dipenghujung sebab yang halal akan diharamkan manakala yang haram akan dihalalkan

Tiada ulasan: