Tukar Tiub |
- MEJAR ZAIDI DI DAKWA
- BERITA TIPU MELAYU
- PAGI BABI LAGI
- SENYAP SENYAP TANPA BERITA
- ISLAM TERMODEN
- KUASA DOLAR DAN RINGGIT
- UNIK DI MALAYSIA!
- RADIO BANGSAR MALAM INI
- PEMBACA JADI HAKIM
- SATU PERTANYAAN
- KENA SAMAN SYARIKAT AMERIKA
- BERITA DARI MAHKAMAH
Posted: 03 Jun 2014 07:08 PM PDT JEMPUT DATANG SEMUA Salam BERSIH, Untuk makluman semua, perbicaraan Mejar Zaidi Ahmad akan bermula semula pada: Tarikh : 10 Jun - 12 Jun 2014. Masa : 9.00 pagi Tempat : Kompleks Mahkamah Tentera Pangkalan TUDM, Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur Untuk pengetahuan semua, Mejar Zaidi telah didakwa dengan 7 tuduhan atas tindakan beraninya membuat laporan polis pada 1 Mei 2013 yang lalu mengenai isu dakwat kekal. Akibat daripada itu, Mejar Zaidi kini berhadapan tindakan Mahkamah Tentera setelah didakwa melanggar etika/peraturan Angkatan Tentera Malaysia. Bagi pihak BERSIH 2.0, kami mempertahankan Mejar Zaidi dan menekankan bahawa beliau sama sekali tidak bersalah, malah telah pun menunjukkan kesetiaannya terhadap negara dengan melaporkan perkara ini kepada pihak polis bagi menjalankan siasatan terhadap isu dakwat kekal. Oleh yang demikian, BERSIH 2.0 menjemput rakan-rakan sekalian untuk hadir bersama ke Mahkamah Tentera Sg Besi pada tarikh seperti dinyatakan di atas untuk menunjukkan sokongan moral kepada Mejar Zaidi dan keluarganya. Kita harus berdiri bersama Mejar Zaidi yang mana pada ketika ini berhadapan dengan hukuman penjara jika disabitkan sebagai bersalah. Peringatan Penting: 1. Apabila anda tiba di pintu masuk utama, anda harus mendaftarkan diri untuk mendapatkan pas masuk. Sila beritahu anda dari organisasi mana. 2. Setelah mendapat pas masuk, anda kemudian harus memandu/menunggang kenderaan ke dalam kompleks mahkamah. Jika menaiki teksi, sila turun di dalam kompleks, Perjalanan dari pagar ke Kompleks Mahkamah adalah sejauh 2 KM. 3. Anda tidak dibenarkan membawa telefon bimbit, laptop atau apa-apa alat rakaman ke dalam Kamar Mahkamah. Pihak keselamatan mahkamah akan meminta anda meninggalkannya di dalam peti simpanan diluar mahkamah. (dinasihatkan untuk menyimpan alat-alat ini di dalam kereta) 4.Alat tulis dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam kamar Mahkamah. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Mandeep/Adam di talian 03-77723275/019-4380428 Kehadiran pihak anda adalah amat dihargai. Sekian, terima kasih. ---------- |
Posted: 03 Jun 2014 06:38 PM PDT KOMENTAR apa makna berita ini? berita ini bertujuan untuk mengolah persetujuan agar orang ramai sokong tppa najib akan tanda tangan perjanjian tppa ini dalam perjanjian ini najib akan jual negara ini kepada pemodal antarabangsa tak caya? tunggu dan lihat nanti KAH KAH KAH lagi projek tipu melayu kah kah kah ----------- |
Posted: 03 Jun 2014 06:00 PM PDT FACE BOOK Halal ke haram? KAH KAH KAH pagi pagi dah tanya halal ke haram apa punya tuuuurrrr ---------------- |
Posted: 03 Jun 2014 07:00 AM PDT KOMENTAR SENYAP SENYAP HARGA DINAIKAN BILA MASANYA NAK TURUNKAN? FACE BOOK Minyak masak naik hari ini dari 2.50/kg kepada 3.10 manakala tepong gandum naik 40 sen ANAK MUDA BERSEDIA! ---------- |
Posted: 03 Jun 2014 06:00 AM PDT |
Posted: 03 Jun 2014 01:00 AM PDT KOMENTAR kejap halal kejap haram flip flop kenapa? Cadbury: MAPIM gesa perjelaskan kekeliruan faktaMAPIM mengesa penjelasan segera perbezaan antara dua Agensi kerajaan iaitu JAKIM yang memperoleh keputusan makmal dari Jabatan Kimia dan Kementerian Kesihatan. Cadbury: walaupun halal, umat Islam tidak yakinSEBAHAGIAN umat Islam masih tidak yakin dengan status dua produk Cadbury walaupun disahkan halal dan tiada unsur DNA babi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). INI JAWAPAN FACE BOOK Zunar Kartunis Dua shared a link.ADA KAITAN ISU BABI DALAM CADBURY?... (Berita) Syarikat cokelat terbesar di Amerika, Hersyey akan labur RM816 juta utk bina kilang coklat di Johor. KAH KAH KAH dolar dan ringgit lebih berkuasa dari hukum allah kah kah kah --------- |
Posted: 03 Jun 2014 12:00 AM PDT KANGAR - Sebanyak 16 laporan polis dibuat sejak Sukan Malaysia (Sukma) ke-17 bermula di negeri ini pada 24 Mei lepas, kata Timbalan Ketua Polis Perlis ACP Md Zukir Md Isa. Beliau berkata, daripada jumlah itu, polis telah membuka kertas siasatan bagi tujuh laporan yang membabitkan atlet dan pegawai kontinjen. Satu daripadanya disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membabitkan pergaduhan dua pemain tenis dari Sabah di gelanggang tenis Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra di sini pada Khamis lepas. Polis turut menyiasat empat kes mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan membabitkan kehilangan tiga peti TV di dewan rehat asrama Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, yang menjadi tempat penginapan para atlet, pada 22 Mei lepas. Md Zukir berkata dua pelajar tingkatan tiga dan empat dari sebuah sekolah menengah di negeri ini yang terbabit kes mencuri barangan atlet pada malam perasmian Sukma 26 Mei lepas, telah ditahan dan kes berkenaan akan disebut untuk kali kedua di mahkamah di sini pada 25 Jun akan datang. Dua lagi kes turut disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri di kawasan Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra di sini pada malam perasmian Sukma. KAH KAH KAH woit ini sukan ke perhimpunan penyamun kah kah kah malaysia boleeh kah kah kah ----------- |
Posted: 02 Jun 2014 10:00 PM PDT |
Posted: 02 Jun 2014 09:30 PM PDT JADI HAKIM para pembaca tukar tiub dibawah ini ialah klip yang telah dirakam pada malam 13 mei 2013 di dewan perhimpunan cina ini adalah ucapan hishamuddin rais ucapan ini dianggap menghasut makan hishamuddin rais kini didakwa dibawah akta hasutan para pembaca lihat dan dengar dan jadilah hakim |
Posted: 02 Jun 2014 09:00 PM PDT 5,000 hadiah misteri untuk pembaca NSTPKuantan: Pembaca akhbar keluaran The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) berpeluang mendapat 5,000 hadiah misteri menerusi peraduan beli dan tebus yang akan berakhir 15 Jun ini. » KAH KAH KAH woit ini surat khabar atau tiket loteri kah kah kah dah tak laku apa nak buat kah kah kah --------- |
Posted: 02 Jun 2014 08:00 PM PDT KOMENTAR nasib baik najib belum jual malaysia najib belum jual melalui tppa kalau dah tanda tangan tppa jakim boleh disaman akan membawa kes kejap ada babi kejap babi hilang ke mahkamah dunia kerana hilang punca perniagaan jakim boleh kena saman macam kes kerajaan bolivia kerajaan bolivia kena saman oleh syarikat amerika
Corporate Watch Updates - Ethical Consumerwww.ethicalconsumer.org/.../CorporateWatchUpdates.aspx We reported that the sum that the government was being sued for ($25 million) was the amount Bechtel earned in half a day. In Bolivia, the same sum could ..--------- |
Posted: 02 Jun 2014 07:36 PM PDT DARI MAHKAMAH kes hishamuddin rais melawan kerajaan najib rosmah dibawah akta hasutan pagi ini ditangguh hingga 19 julai 2014 ini kerana ada kes besar tentang perlembagan sedang berjalan di mahkamah persekutuan kes nik nazmi lawan kerajaan najib rosmah di bawah akta perhimpuan aman nik nazmi telah menang dalam mahkamah rtayuan kerajaan najib rosmah merayu di mahkamah persektuan ini bersabit dengan perlembagaan hak asasi warga negara untuk berkumpul dan bersuara jika nik nazmi menang maka kes akta hasutan tutup kedai jika nika nazmi kalah kami semua pindah ke sungai buluh --------- |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan